You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH

34000 TAIPING, PERAK


KOD SEKOLAH : ABB6067
Tel / Fax : 05-8072476

________________________________________________________________________
‘PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN’
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh :

Kepada;

NOR ASIAH BINTI ZAKARIA

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh
Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196 bahawa tuan telah dilantik sebagai :

KETUA GURU PENASIHAT


KELAB DOKTOR MUDA

berkuatkuasa mulai 8 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

3. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan


dan Surat Penerimaan Perlantikan yang perlu dilengkapkan oleh tuan.

Semoga tuan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh cemerlang dan saya
juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti tuan pada
tahun lalu.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( NOORHASIMI BINTI RAMLEE )


Guru Besar
SK Klian Pauh
34000 Taiping

s.k 1. Fail Pengurusan Koku


2. Fail Penyelaras
3. Fail Kelab/Persatuan yang berkenaan
SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PERSATUAN

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian
Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan


baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/
Permainan kepada Guru Besar/Guru Besar atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah /zon


/daerah/ negeri dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .


14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang
diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.


21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
Rujukan Tuan :
Tarikh :
ROHAPIZAN BINTI SA’ARI
(Setelah dilengkapkan sila serahkan kpd
Sk Klian Pauh S/U Koku. S/U Koku perbanyakkan dan
serahkan salinan kpd PK Koku,Penyelaras,
Jalan Lumba Kuda Guru Penasihat (Dokumentasi) dan Ketua
34000, Taiping Perak Guru Rumah Sukan

Guru Besar
SK Klian Pauh
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT/PEMIMPIN

Dengan segala hormatnya surat tuan yang bertarikh 8 Januari 2014 adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih di


atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai

KETUA GURU PENASIHAT

KELAB DOKTOR MUDA

berkuatkuasa mulai 8 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

3. Sehubungan dengan itu saya dengan sepenuh hati menerima pelantikan tersebut
sebagai sebahagian daripada tugas,kuasa dan tanggungjawab profesion saya dan saya
berikrar akan menumpukan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekirannya saya lalai,alpa dan ingkar dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini,maka saya boleh dikenakan tindakan
mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam
Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian,terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
( ROHAPIZAN BINTI SA’ARI )

s.k 1. Fail Pengurusan Koku


2. Fail Penyelaras
3. Fail Kelab/Persatuan yang berkenaan

You might also like