You are on page 1of 3

SK LA SALLE (1) SENTUL

51000 SENTUL KUALA LUMPUR


TEL: 03-40443196
Rujukan Kami : SKLSS (1) / /
Tarikh : 22 November 2016
Kepada ,
................................
................................
................................

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SPBT SEKOLAH SESI 2017


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah
telah bermesyuarat dan bersetuju melantik anak tuan / puan ...........................................................dari
tahun ...................... sebagai Pengawas SPBT Sekolah bagi sesi 2017.

3. Sekiranya tuan / puan membenarkan anak tuan / puan sanggup mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah, sila isi borang persetujuan yang dilampirkan dan kembalikan pada
atau sebelum hari Jumaat, 25 November 2016 kepada pihak sekolah.

4. Kerjasama daripada tuan / puan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


................................................. ........................................
( MOHD HAMIDI BIN HARIS ) (PN. NOR AZIZAH BT MOHD LAZIM)
Guru Penyelaras SPBT, Guru Penolong Kanan HEM
SK. La Salle (1) Sentul, Kuala Lumpur SK. La Salle (1) Sentul, Kuala Lumpur
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENGAWAS SPBT TAHUN 2017

1. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah.


2. Berakhlak mulia sebagai murid.
3. Rajin menjalankan tugas sebagai seorang murid.
4. Sentiasa berpakaian kemas semasa berada di sekolah.
5. Taat dan patuh pada arahan yang diberikan.
6. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab.
7. Jawatan ini berkuatkuasa mulai Januari sehingga Disember 2017 ( Sesi persekolahan 2017).
8. Jawatan akan DIGUGURKAN, jika melanggar peraturan sekolah, setelah diberi nasihat, 3
kali amaran bertulis dan diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengawas SBPT Sekolah.
9. Pakaian seragam pengawas SPBT adalah seperti berikut:
- Baju kemeja ( warna putih )
- Seluar panjang ( warna biru tua )
- Kasut dan stoking ( warna hitam )
- Vest ( warna ungu )

AKU JANJI PENGAWAS SPBT SEKOLAH SESI 2017

Saya ....................................................................................... dari tahun ................................(2016)


faham dan bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sekiranya saya
tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dan melanggar syarat yang telah ditetapkan jawatan saya
sebagai Pengawas SPBT Sekolah akan digugurkan serta-merta.

Yang benar,

....................................................
( )
SURAT KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA

Saya ........................................................................................................ ibu / bapa / penjaga


kepada.............................................................................................** bersetuju / tidak bersetuju dengan
pelantikan anak / anak jagaan saya sebagai Pengawas SPBT Sekolah bagi sesi 2017.

2. Saya faham dan bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

3. Saya bersetuju dan mematuhi segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
mengenai jawatan anak / anak jagaan saya sebagai Pengawas SPBT 4Sekolah dan tidak akan
mempertikaikan segala keputusan yang dibuat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
...................................................................
( )
** potong yang berkenaan.

You might also like