You are on page 1of 2

Rujukan Kami : SKWJ.

600-3/5/28 ( )
Tarikh : 09 Mei 2023

Ibu bapa / Penjaga Murid


Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya,
Seksyen 4, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Tuan,

PROGRAM SAMBUTAN “WORLD THINKING DAY AND TEDDY BEAR TEA


PARTY 2023” PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan


Kuala Lumpur akan mengadakan sambutan “WORLD THINKING DAY AND
TEDDY BEAR TEA PARTY 2023” pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 10 MEI 2023


Hari : RABU
Masa : 12.30 - 3.30 PETANG
Tempat : The Hotel Majestic , Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama ibu bapa untuk


membenarkan anak-anak tuan puan untuk menyertai program ini. Bersama-sama
surat ini disertakan surat kebenaran ibu bapa untuk dilengkapkan. Sila kembalikan
semula surat kebenaran ibu bapa kepada ketua guru penasihat Persatuan Pandu
Puteri Tunas.

4. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZARIFAH BINTI MOHD ZAMBRI)


Guru Besar
SK Wangsa Jaya
Kuala Lumpur
BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Kepada,
Guru Besar,
SK Wangsa Jaya,
53300 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MURID

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya .....................................................................................................adalah
ibu / bapa / penjaga kepada murid di bawah :

Nama Pelajar : ............................................................................


Tahun/Kelas : ............................................................................
No. KP /Surat Lahir : ............................................................................

3. Saya dengan ini *bersetuju / tidak bersetuju membenarkan anak/jagaan


saya untuk menyertai aktiviti di bawah:

Aktiviti : SAMBUTAN “WORLD THINKING DAY & TEDDY BEAR TEA


PARTY 2023”
Tarikh : 10 Mei 2023
Hari : Rabu
Masa : 12.30 - 3.30 petang
Pakaian : Uniform Lengkap Pandu Puteri Tunas

4. Saya mengetahui dan faham bahawa soal keselamatan dan disiplin akan
sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru/Pegawai/Urus Setia yang telah
diamanahkan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, saya tidak akan
mengambil tindakan kepada pihak sekolah.

5. Saya juga dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urus Setia


menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan kepada
anak/jagaan saya jika kesihatannya terganggu semasa kejohanan. Saya dengan ini
mengakui bahawa anak/jagaan saya ADA / TIDAK ADA* mengidap penyakit
kronik/berjangkit. Nyatakan (Jika ada) : ...............................................

Sekian, terima kasih.

Pengakuan : Tandatangan : .......................................................................................


Nama : .......................................................................................
No. K/P : .......................................................................................
No. Telefon : .......................................................................................
Tarikh : .......................................................................................
*potong yang tidak berkenaan.

You might also like