You are on page 1of 35

contoh surat rawatan hospital pelajar

kepala surat rasmi


..........................................................................................................

Pegawai Perubatan
.

Tuan,

MOHON MENDAPATKAN RAWATAN PELAJAR

Dimaklumkan _______________________________________________ No. S/B :


__________________________
adalah pelajar tahun _____________ Sekolah Kebangsaan __________.
2. Diharap pihak tuan dapat memberikan rawatan perubatan yang sesuai
untuk pelajar ini.

Sekian, terima kasih

Guru Besar
t.t

...................

Contoh surat jemput perasmian

NAMA DAN ALAMAT

NAMA DAN JAWATAN PERASMI.

Tuan,

PERASMIAN PROGRAM ....

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.


2. Pihak ,,,,,,,,,,,,,,,, berbesar hati menjemput Tuan . untuk
menyempurnakan Majlis Perasmian Program . yang akan
diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh

Masa

Tempat

3. Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput Y.Bhg ........... untuk
merasmikan dan menyampaikan ucap utama perasmian pada majlis
tersebut. Aturcara majlis adalah seperti di lampiran.

Kerjasama Y.Bhg ............... didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


AKUAN RAWATAN PERUBATAN

Dimaklumkan No. K/P


..........
Pelajar tahun . Sekolah Kebangsaan __________. telah didapati
.................................................................................................................
...................................................................

Waktu Rawatan : ...

Tarikh :

..
T.Tangan Pegawai Yang Merawat

CONTOH SURAT MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM IHYA


RAMADHAN 2012

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM IHYA RAMADHAN 2012

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Khatam Al-
Quran bagi murid-murid yang menyertai Tadarus Al-Quran pada:-

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sedikit sumbangan dari pihak
tuan bagi menjayakan lagi majlis tersebut dan sebagai galakan kepada murid-murid yang
mengambil bahagian.

4. Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

CONTOH JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID

JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi I : PK HEM
Naib Pengerusi II : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi III : PK Kokurikulum
Setiausaha :
AJK :
Disiplin & Penc.Jenayah
Pengawas & Ketua Kelas
RIMUP
SPBT
Bina Insan
Perabot
Keselamatn & Kebakaran
PPDa
Biasiswa & Bantuan
Kebajikan & Penabungan
Kesihatan Aedes/Denggi
Bimbingan Kaunseling
RMT & PS1M
Kantin
SMM/APDM
Kebersihan & Keceriaan
............................................................................................................................................
........
JAWATANKUASA DISIPLIN/PENCEGAHAN JENAYAH DAN PENGAWAS
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras:

AJK : PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
Guru kelas
Guru kaunseling
Bidang Tugas

1. Menyediakan / menggubal Buku Panduan Disipin Sekolah.

2. Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah (disiplin) dipamerkan dalam


setiap kelas / makmal / pusat sumber / papan kenyataan.

3. Merancang aktiviti-aktiviti bagi memberi penerangan secara meluas dan


menyeluruh kepada pelajar-pelajar tentang peraturan sekolah.

4. Merancang strategi pelaksanaan, pengawasan dan penilaian semua aspek.

5. Bertanggungjawab sebagai penasihat, pemudahcara dan pakar rujuk berhubung


dengan pengawas sekolah.

6. Melaksanakan hukuman disiplin dan merekodkan dalam buku salah laku.

7. Menghantar laporan salah laku (SSDM) kepada pihak PPD / JPNP.

8. Membuat postmortem tentang pelaksanaan disiplin sekolah pada akhir tahun


dan merangka strategi bagi mengatasi segala kelemahan.

9. Menyediakan surat perlantikan pengawas dan mengeluarkan sijil pengawas


kepada pengawas-pengawas Tahun Enam pada akhir tahun.

10. Mencadangkan kepada Guru Besar nama-nama calon pengawas dan perlucutan
pengawas.
11. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.
............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT )

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab kepada keseluruhan hal ehwal urusan mengenai pinjaman


buku-buku teks kepada pelajar-pelajar.

2. Menyedia dan menguruskan pengisian Borang SPBT dan Borang Pinjaman


SPBT kelas dan kemas kini.

3. Menerima bekalan dan mendaftar serta menyimpan semua buku di bawah SPBT.

4. Menyimpan invois / nota hantaran dan nota komputer dengan kemas kini.

5. Mengambil langkah segera mengenai pelaporan dari segi penerimaan dan


bekalan belum sampai kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan salinan kepada JPNP / PPD.

6. Menyediakan senarai nama murid-murid yang menghilangkan atau merosakkan


buku SPBT untuk penahanan sementara keputusan UPSR dan pemberian SPBT
seterusnya.

7. Membuat senarai buku-buku yang perlu dibuat hapus kira serta menghantar
kepada PPD / JPNP.
8. Mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga tanggungjawab
bersama dalam memastikan penjagaan dan penggunaan buku murid pada tahap
maksimum.

9. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.


............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA SMM / APDM

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Merekod data murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah
2. Mengedarkan Borang Maklumat Murid (BMM) kepada setiap murid pada awal
tahun untuk mendapatkan maklumat tepat dan lengkap.
3. Mengemaskini data murid dari masa ke masa.
4. Menghantar data ke PPD mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Bekerjasama dengan unit lain seperti Bantuan & Biasiswa bagi keperluan data dalam
memudahkan urusan permohonan bantuan kepada murid yang layak.
6. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.
............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT/PS1M)

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Menyelaras murid yang layak menerima RMT dan susu sekolah.
2. Menyediakan menu dan jadual guru bertugas RMT dan memastikan penyediaan
makanan mengikut menu yang berkhasiat.
3 Menyediakan perjanjian dengan pengusaha kantin yang menguruskan makanan RMT
supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan.
4. Merekodkan nama murid yang layak menerima RMT dan menanda kedatangan murid
mengikut bilangan hari makanan RMT.
5. Menyemak buku laporan RMT yang ditulis pada setiap hari oleh guru bertugas
mingguan.
6. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.
............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas

1. Memastikan kualiti makanan yang dijual sentiasa baik.


2. Memastikan segala peraturan pengendalian kantin dan Pekeliling Kementerian
Pendidikan mengenai kantin dipatuhi sepanjang masa.

3. Menjalankan kegiatan-kegiatan Pendidikan dan lain-lain yang berkaitan dengan


kantin sekolah.

4. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dan membuat laporan lengkap serta


mengambil tindakan segera jika berlaku keracunan makanan akibat makanan di
kantin sekolah.

5. Memastikan kebersihan dan keceriaan kantin sentiasa bersih dan


selesa sepanjang tahun.

6. Mengadakan Hari Kantin Sekolah.

7. Menyampaikan maklumat dan nasihat daripada pihak murid, guru, ibu bapa dan
penjaga kepada pihak sekolah terhadap pengurusan kantin.
8. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.
.

...............................................................................................................................

JAWATANKUASA BIASISWA DAN BANTUAN PELAJAR MISKIN

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Menguruskan biasiswa atau bantuan daripada agensi lain.
2. Bekerjasama dengan unit SMM untuk mendapatkan data yang tepat bagi memudahkan
urusan permohonan bantuan kepada murid yang layak.
3. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut masa tawaran.
4. Memaklumkan ibu bapa pelajar yang mendapat biasiswa supaya menggunakan wang
biasiswa yang diterima dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran anak-anak.
5. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

.................................................................................................................................
...................

JAWATANKUASA BINA INSAN

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Merancang program Bina Insan untuk semua warga sekolah.
2. Melaksanakan program Nadwah Islamiah
3. Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.
4. Mengadakan program penghayatan (Ihya Ramadhan) sepanjang bulan Ramadhan.
5. Merancang dan menyelenggara surau / bilik / ruang solat sekolah.
6. Menyediakan jadual waktu solat berjemaah di surau dan memastikan murid-murid yang
terlibat mematuhinya.
7. Merancang dan melaksanakan program yang dapat membantu meningkatkan
kecemerlangan UPSR seperti Bacaan Yaasin Mingguan dan Solat Hajat.
8. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas

1. Mengatur program-program bimbingan bagi murid-murid bermasalah (disiplin


dan akhlak).

2. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program Mentor-Mentee sekolah.

3. Menyediakan laporan tentang kemajuan murid-murid yang bermasalah kepada


pihak sekolah.

4. Mengadakan program yang boleh membantu meningkatkan kecemerlangan


sekolah.

5. Mengadakan kelas-kelas tambahan bagi murid-murid tahun enam dan kelas


Pemulihan bagi murid-murid bermasalah dalam pelajaran.

6. Mengadakan Hari Penganugerahan Ilmu bagi murid-murid Tahun Enam.

7. Merancang program selepas UPSR bagi murid tahun enam.

8. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

.................................................................................................................................
...................

JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN PENABUNGAN

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :
AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas

1. Bertanggungjawab tentang urusan pelaburan pelajar di bank tempatan.

2. Menguruskan murid-murid serta pelaburan mereka apabila ada lawatan bank


ke sekolah.

3. Merangka program-program peningkatan jumlah pelajar yang melabur serta


amaun pelaburan mereka.

4. Menyediakan laporan tahunan tentang pelaburan pelajar.

5. Memberikan hadiah galakan kepada penabung terbanyak sebagai penghargaan


dan dorongan untuk menambahkan pelaburan.

6. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........
JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan
sekolah.
2. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :
i. Pertandingan kebersihan kelas (Kelas Kondusif).
ii. Pertandingan poster kebersihan.
iii. Menanam pokok bunga (Pokok Angkat) di kawasan sekolah.
iv. Gotong royong kebersihan.

3. Mengawal kebersihan kawasan sekolah, tandas, bilik darjah dan kantin.


4. Mengamalkan budaya mengutip sampah dalam kalangan murid-murid.
5. Menerapkan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan diri dan sekolah pada setiap
masa.
6. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA KESIHATAN DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk
pembiakan aedes.
2. Memberi taklimat kepada murid mengenai bahaya aedes dan denggi.
3. Mengedarkan risalah tentang tanda-tanda demam denggi.
4. Sentiasa prihatin akan kesihatan murid terutamanya murid yang mempunyai masalah
kesihatan.
5. Merekod laporan mingguan dan menghantar laporan bulanan ke PPD.
6. Merancang program yang boleh meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya
menjaga kesihatan diri.
7. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN DAN BENCANA ALAM

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Merancang program keselamatan sekolah seperti:
i. Keselamatan lalulintas
ii. Keselamatan bangunan dan perabot
iii. Hari Keselamatan.
2. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak polis,pasukan bomba dan
penyelamat, JKR, RELA dan komuniti Felda.
3. Memastikan semua sistem dan alat melawan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
4. Memastikan lalu lintas di kawasan sekolah selamat digunakan.
5. Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat yang berbahaya.
6. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
7. Memeriksa basikal murid dari masa ke masa supaya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
8. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.
............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas
1. Merancang dan mengadakan program pencegahan dadah seperti :-
a. Minggu Anti Dadah
b. Ceramah Bahaya Dadah
c. Pameran Dadah
d. Kempen Anti dadah
e. Bahaya Merokok
2. Mengadakan sudut, lorong atau bilik pencegahan dadah.
3. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........

JAWATANKUASA PERABOT

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6
Pekerja Am/Swasta

Bidang Tugas
1. Menyediakan stok alatan bagi setiap alatan seperti kerusi dan meja.
2. Mengemaskini stok setiap akhir tahun.
3. Memeriksa alatan dan membuat hapus kira.
4. Menyenarai alatan dan ditampal di bilik berkenaan.
5. Melabel nombor pada alatan baru.
6. Merekod dan menghantar laporan ke PPD/JPN/KPM apabila diperlukan.
7. Mematuhi dan melaksanakan arahan lain daripada Guru Besar.

............................................................................................................................................
........

J/KUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : PK HEM
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AJK :
PK Pentadbiran
PK kokurikulum
AJK 1
AJK 2
AJK 3
AJK 4
AJK 5
AJK 6

Bidang Tugas:
1. Merancang dan melaksanakan program yang melibatkan masyarakat setempat, para
guru dan murid serta warga sekolah secara bersama.
2. Program RIMUP mestilah dilaksanakan melalui kegiatan khas seperti berikut :-
i. Kecemerlangan Akademik
ii. Sukan dan Permainan
iii. Perayaan dan Perhimpunan
iv. Perkhemahan dan Lawatan
v. Khidmat Masyarakat.
Cara mudah save doc ..
CTRL A
CRTL C
... pastu Paste kat msword... dan delete yang tidak berkaitan

NAMA PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN

TARIKH :
HARI :
MASA : 6.30 PETANG 8.00 MALAM
TEMPAT :

RASIONAL PROGRAM

Diriwayatkan Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda Apabila salah
seorang diantara kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak
ada maka berbukalah dengan air, karena sesungguhnya air itu dapat
membersihkan,
H.R Abu Daud (2355) dan trimidzi (695)

MATLAMAT PROGRAM

Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak
pahala dan ganjaran dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan
Ramadhan, maka Program Ihya Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah
matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah merupakan salah satu aktiviti di
dalam Program Ihya Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang dan disusun bagi
menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang
sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin
berbuat demikian.
OBJEKTIF PROGRAM
Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan
Ramadhan al-Mubarak.
Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus
berpuasa.
Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan
Ramadhan al-Mubarak.
Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa
aktiviti yang
dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran sebagai
panduan hidup mereka.

KUMPULAN TARGET
Program ini adalah terbuka kepada semua murid-murid Islam Sekolah ..

PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama seluruh
warga sekolah.

JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :
Guru Besar

Pen. Penasihat :
Semua GPK

Penyelaras Program Ihya Ramadhan :


Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
Jawatankuasa Keselamatan :
Jawatankuasa Siaraya :
Jawatankuasa Dewan Solat :
Jawatankuasa Tempat Makan / Kantin :
Jawatankuasa Makanan :
Jawatankuasa Minuman :
Jawatankuasa Dokumentasi :
ATUR CARA PROGRAM

Masa : 6.30 8.00 malam

Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat


Ketibaan Tetamu Undangan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Tahlil dan Doa
Azan Maghrib (minum)
Solat Maghrib berjamaah
Jamuan makan
Bersurai

SUMBER KEWANGAN

Bil Sumber Kewangan Jumlah

1 Sumbangan Sekolah RM

2 Sumbangan PIBG RM

3 Sumbangan waris murid/kakitangan sekolah/ RM


perseorangan

JUMLAH BESAR RM ................

ANGGARAN BAJET

Bi Perkara Seunit Jumlah


l

1 Jamuan Makan RM .......... X ....... RM ...............


org
JUMLAH BESAR RM .............
.....

PENUTUP

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan
sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan
dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan
hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

CONTOH KERTAS KERJA MAJLIS KHATAM AL-QURAN

KERTAS KERJA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SK ......................
TAHUN 20.

RASIONAL :
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang
sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup
terpelihara,Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-
Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
(Al-Waaqi'ah:77-80) |

OBJEKTIF :
1. Sebagai kemuncak program tadarus quraan sempena Ramdhan.
2. Menghargai dan mengiktiraf pelajar kerana kahatam quraan.
3. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.

TARIKH :
TEMPAT :
KUMPULAN :
SASAR

ANGGARAN

1. Cenderamata Perasmi
2. Cenderamata Pelajar RM5.00 X ORG
3. Bunga Telur RM2.00 X ORG
4. Pelbagai
5. Jumlah

SUMBER
1. Sekolah
2. PIBG

JAWATANKUASA
PELAKSANA

1. Penasihat :
2. Pengerusi :
3. Naib Pengerusi :
4. Setiausaha :
5. Bendahari :

6. AJK Pelaksana :
Urusetia
Jamuan
Cenderamata
Siaraya
Persiapan Tempat
Back Drop
Brosur
Pengacara Majlis

PENUTUP

Program yang dirancang diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari
semuapihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid . Semoga program yang diatur serta
dilaksanakansedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepadasemua pihak khususnya
murid
ATURCARA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK .............................
TAHUN 20.

8.00 pagi : Pelajar berkumpul di dewan


8.15 pagi : Guru-guru mengambil tempat
8.30 pagi : Ketibaan jemputan
8.45 pagi : Ketibaan perasmi
9.00 pagi : Majlis bermula
Aluan pengerusi

Bacaan al-Quran

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmi

Majlis Khatam al-Quran bermula

Penyampaian sijil & cenderamata

Persembahan nasyid

Bacaan doa

Bersurai

CONTOH SURAT PENCERAMAH PROGRAM KEMPEN ANTI ROKOK/


ANTI DADAH

CONTOH SURAT PENCERAMAH PROGRAM KEMPEN ANTI ROKOK/ ANTI DADAH

KEPALA SURAT
......................................................

KEPADA
Pegawai Kesihatan Daerah ....................

Tuan,

PERMOHONAN PENCERAMAH JEMPUTAN

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Kempen Antirokok Sekolah-Sekolah


Daerah ................... sempena program selepas UPSR pada:-

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pihak tuan sebagai Penceramah untuk
menyampaikan Taklimat/ Ceramah yang bertajuk Perkembangan Remaja dan Gejala Sosial-
Rokok dan Dadah.

4. Mohon juga pihak tuan dapat mengadakan Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan di sekolah
kami.

5 Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

contoh surat jemputan penceramah

Kepada:
NAMA PENCERAMAH

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan program sambutan


. Sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh :
Tempat :
Masa :
Tajuk :

3. Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Sekian,

Saya yang menurut perintah,


t,t Guru besar

contoh surat mohon sumbangan penajaan lawatan sambil belajar

Tuan,
MEMOHON TAJAAN SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK....

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan Program Lawatan sambil belajar
bertujuan untuk ..

3. Program tersebut akan akan diadakan pada hari.. bertarikh


bertempat di .................
4. Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada pihak
tuan bagi menjayakan program tersebut. Sumbangan hendaklah dalam bentuk cek atas nama
PIBG SK..........

5. Untuk makluman tuan, pemberian tajaan ini akan dikecualikan daripada cukai. Penajaan
melebihi RM5,000.00 akan dicatatkan di dalam buku program.

6. Pihak kami amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan terima
kasih. Bersama-sama ini juga disertakan borang tajaan bagi menjayakan program tersebut.

Sekian.

Yang benar,
................
p/s : sila sertakan kertas kerja

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha .................................... Pengetua
Yang Berusaha, ................................., Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati .................................., Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati ....................................., Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Disisir diandam dengan cekap,


Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.
Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan .................................. yang ceria
ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi
tahun ..................................

(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari
yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz .......................................bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha,
En.................................., Pengetua ................................... untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran,
Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk memotong lemang di hadapan
pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan
pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum
atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang dodol tersedia


Satay utara tidak dilupa
Hidangan tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia
dihidangkan.

(7)
PERSEMBAHAN:

Mendaki bukit tidaklah susah


Sedang mendakikita berbicara
gembira bersama nikmati juadah
Persembahan pelajar memulakan acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh
pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada
semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan
bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN


PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA NUZUL QURAAN PERINGKAT SEKOLAH

PENGENALAN
Peringatan hari Nuzul al-Quran diadakan bertujuan untuk memperingati peristiwa penurunan al-
Quran sebagai mujizat agung kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kitab suci
Al-quranul Kareem merupakan mukjizat baginda s.a.w.

OBJEKTIF
Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran
Menanamkan minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
Menghayati keagungan dan kebesaran Allah SWT dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar beragama Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 .

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh :
Hari:

ATUCARA
08.00 pagi- Murid mengambil tempat
Ucapan Pengerusi majlis
Bacaan doa

8.30 pagi-Kuiz Nuzul Quraan ( atau boleh juga buat pertandingan hafazan, Khat, mewarna dll)
10.00 pagi-Rehat
10.30 pagi-Ceramah sempena Nuzul Quran
11.30 pagi-Ucapan Penutupan oleh Guru Besar
12.00 tgh-Penyampaian hadiah
12.30 tgh-Berselawat dan bersurai
PERUNTUKAN
Pibg/ Sekolah

ANGGARAN BELANJA
Hadiah Kuiz RM
Saguhati Penceramah RM
Pelbagai RM
Jumlah Besar RM

AJK PELAKSANA
Penasihat:
Pengerusi:
Naib Pengerusi 1:
Naib Pengerusi 1:
Setiausaha:
Pembaca Doa:
Juruacara Majlis:
Persiapan Dewan:
Siaraya:
Dokumentasi/ Jurufoto:
Buku Program:
Kuiz
Disiplin Dan keselamatan

PENUTUP
Diharap program ini mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberi impak kepada
warga sekolah

Contoh Atucara Program Nuzul Quran

Contoh Atucara Program Nuzul Quraa Peringkat sekolah

08.00 pagi- Murid mengambil tempat

Ucapan Pengerusi majlis

Bacaan doa

8.30 pagi-Kuiz Nuzul quraan

10.00 pagi-Rehat

10.30 pagi-Ceramah sempena Nuzul Quran


11.30-Ucapan penutupan oleh Guru Besar

12.00 tgh-Penyampaian hadiah

12.30 tgh-Berselawat dan bersurai

contoh minit mesyuarat

FORMAT MINIT MESYUARAT


MINIT MESYUARAT.....................................
(Catatkan nama mesyuarat)
Bil..... Tahun..........
(Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)

Tarikh : .
Masa : ..
Tempat : .

HADIR
(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama
Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut
kekananan.)

HADIR BERSAMA
(Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas untuk
menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan. Susunan nama
hendaklah mengikut
kekananan.)

URUSETIA
(Senaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama hendaklah
mengikut kekananan.)

I. PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah dibangkitkan
oleh
Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan semasa
mesyuarat
membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas-kertas kerja
atau di
akhir mesyuarat.
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau
disahkan
tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan pindaan-pindaan
berkenaan.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam


mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk memudahkan
rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan
perkara yang sama hendaklah dicatatkan.

Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau
pegawai yang perlu mengambil tindakan.

IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.

Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:


a. Tajuk kertas kerja berkenaan;
b. Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;
c. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan;
d. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan;
e. Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan di dalam
kertas kerja berkenaan; dan
f. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-tindakan
susulan yang perlu diambil seterusnya.

V. HAL-HAL LAIN

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat, yang pada
mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

VI PENUTUP

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:


a. Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;
b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan
c. Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan.
Urusetia
(Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan
mesyuarat.)

Tarikh
(Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.

CONTOH SURAT JEMPUTAN TAKLIMAT

Kepada :

Daripada :

Ruj. Kami :

Tarikh :
..........................................................................................................................................

JEMPUTAN KE TAKLIMAT .......................................................

Perkara diatas adalah dirujuk.


2. Adalah dimaklumkan, Unit sukan .................... akan menganjurkan Taklimat ...........................
bersama Persatuan ............................ ............sebagaimana ketetapan dibawah:

Tarikh :
Masa :
Tempat :

3. Sehubungan itu, Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi


taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih

contoh surat permohonan batal polisi insuran

Nama
Alamat
Kepada syarikat insuran

Tuan,

PEMBATALAN POLISI INSURANS : No polisi.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya seperti butir-butir polisi
berikut:
Nama :
K/P :
Jenis Polisi :
Nombor Polisi :

2. Pembatan polisi ini kerana saya tidak berminat lagi dengan polisi tersebut. Sehubungan
dengan itu , diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan agar premium sebanyak RM..
tidak lagi dipotong dari kad kredit saya bermula pada tarikh surat ini Sebarang lebihan potongan/
nilai serahan ( sekiranya ada) sila kembalikan kepada saya melalui cek ke alamat sebagaimana
tertera diatas..

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya ucapkan terima kasih.

Saya yang benar,

CONTOH SURAT PENUBUHAN KELAB/ UNIT PERSATUAN

CONTOH SURAT PENUBUHAN KELAB/ UNIT PERSATUAN


Persatuan Bahasa Melayu
sk..........
......................................................................................................................
kepada
Guru Besar,

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya dengan ini memohon untuk menubuhkan
Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan ...............................................
berkuatkuasa mulai 3 Januari hingga 18 November 2011.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:


2.1 Draf Perlembagaan.
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima
kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(................................................)
Guru Penasihat,
Persatuan Bahasa Melayu,

Memohon Tempat Penginapan

KEPALA SURAT
nama universtit/ kolej anda

Hal Ehwal Pelajar,


IPT yang anada bercadang menginap

Melalui dan salinan


Fakulti ....................

Memohon Tempat Penginapan


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas :

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar Kursus ............................. Universti.....................


akan mengadakan lawatan ke .................................................... yang berdekatan dengan ( Nama
ipt yan anda berhajat untuk menginap)

3. Sehubungan dengan itu, kami meminta jasa baik pihak tuan menyediakan tempat
penginapan bagi pelajar ............................. pada tarikh ................................. untuk tempoh sehari
semalam. Butiran ahli rombongan kami yang akan menginap di Kolej Universiti tuan
sebagaimana berikut:-
3.1: ................ orang pelajar lelaki
3.2: ................orang pelajar perempuan
3.3 Sebuah bilik VIP untuk seorang pensyarah.
4. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan rombongan kami boleh bertanya terus
dengan ................................. No hp................................ Kerjasama dan keperihatinan dari pihak
tuan amat-amat diharapkan.

Sekian, terima Kasih


.......................................

CONTOH NOTA MINTA

Kepada : PPD ....................


Daripada : Guru Besar,

Tarikh : 8 MEI 2008


Perkara : Memohon Peruntukan Untuk membiayai Program Latihan
dalam Perkhidmatan SK

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program Latihan dalam perkhidmatan ....................... diadakan pada ketetapan seperti


berikut :
Tarikh :
Tempat :
3. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat meluluskan peruntukan sebanyak RM
1552.00 (Ringgit Malaysia: Satu ribu lima ratus lima puluh dua sahaja) untuk menanggung
perbelanjaan seperti keterangan di bawah :-

BI
PERKARA BUTIRAN KOS (RM)
L
1. Sewa dewan 100.00
2. Makan dan Minum RM 12.00 x 46 orang 552.00
3. Tuntutan perjalanan 400.00
4. Penceramah 400.00
5. Bahan cetak 100.00
JUMLAH 1552.00

4. Kerjasama dan sokongan tuan bagi menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK, KERJA,


DAN NILAM KALI KEDUA 2013

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BARU
59200. KUALA LUMPUR

6 Jun 2013

Kepada :

...........................................................

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK , KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


DAN NILAM KALI KEDUA 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk, Kerja Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kali
kedua 2013 akan diadakan pada :
Tarikh : 11 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

3. Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Meneliti dan mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa PSS Kali Pertama 2013
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Aktiviti Pusat Sumber Sepanjang Bulan Jan- Mei
5.0 Kewangan PSS
6.0 Sumbangan Buku
7.0 Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang
8.0 Intrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah Berkomputer (IQ-PSS)
9.0 Program NILAM 2013
10.0 Hal-hal lain
11.0 Ucapan Penangguhan

4. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.....
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
SETIAUSAHA PSS

Kehadiran :
1. Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
2. En Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
3. Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
4. Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
5. Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
6. Cik Norhazalina Binti Hashim
7. Pn Nor Asiah Binti Bidin
8. Pn Hamidah Binti Hamidah
9. Pn Haymalatha a/p M.Govindasamy
10. Pn Suzy Binti Mohamed
11. Pn Nurul Haya Binti Samsudin
12. Encik Nordin Bin Samad
13. Pn Siti Nurfauzaliana Bt Abd Rajab
14. Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
15. Encik Norzaidi Bin Mohd Jubri
16. Cik Nurul Hayati Binti Bakar
17. Pn Vijaya Luxumy a/p K.S.S Maniam
18. Pn Mary Jessela Nathan
19. Encik Mohd Nazir Bin Majid
20. Pn Norsakinah Bt Md Shakri
21. Pn Nik Nursuhada Bt Hamid
22. Cik Suzana Binti Abdullah
23. Pn Zalina Binti Muhammad
24. Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
25. Encik Mansor Bin Kamis
26. Encik Irwan Dani Bin Sulaiman
27. Encik Zulkifli Bin Saad
28. Pn Wan Izyan Bt Wan Mahadi
29. Mazlizawatey Bt Mohd Zain
30. Pn Roslina Binti Said
31. Pn Mary Jessela Nathan
32. Pn Suzana Binti Md Nawawi

You might also like