You are on page 1of 1

PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHWAH MUAR, JOHOR

309, Lorong Haji Tunggal, Jalan Temenggong Ahmad,


84000 Muar, No. Telefon : 019-6227727
Johor Darul Takzim. No. Telefon : 013-3505357

____________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : PKUMJ/2018/01(2)


Tarikh : 15 MEI 2018
____________________
____________________
____________________

Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

MEMOHON SUMBANGAN DANA KEBAJIKAN MASYARAKAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Muar Johor ingin memohon sumbangan dana dan barangan
keperluan asas untuk diagihkan kepada asnaf dan juga golongan yang kurang berkemampuan dan
memerlukan.

3. Untuk makluman pihak tuan, Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Muar Johor adalah sebuah
pertubuhan kebajikan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran :
PPM-011-01-24082017) yang telah beroperasi di sekitar daerah Muar dan Tangkak.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk dikumpul
dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan dan Syawal nanti.
Antara barangan yang diperlukan adalah seperti gula, garam, tepung, beras, bihun, kopi, biskut dan
minyak. Sumbangan barangan boleh diserahkan di pejabat pertubuhan ataupun menghubungi nombor
telefon yang tertera diatas. Selain itu, sumbangan juga boleh diberikan dalam bentuk wang terus
melalui akaun pertubuhan seperti dibawah:

Nama : PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHWAH MUAR JOHOR


Nama Bank : MAYBANK BERHAD
No. Akaun : 551043520959

4. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran
yang setimpal disisi Allah dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

___________________________________
(NIK ABDUL AZIZ BIN NIK ABD RAHMAN)
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Muar Johor

You might also like