You are on page 1of 19

Penubuhan Kelab

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin,
mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara
berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau
persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan
kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

2. OBJEKTIF KHUSUS

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks
kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau
persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan


Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

3. KELAB ATAU PERSATUAN

Definisi:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang
dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan
yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:

Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke


peringkat yang lebih tinggi

3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat

b. Aktiviti dan kegiatan

c. Peraturan

d. Perlembagaan

Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan
menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.

Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar

Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

a. Memilih Ahli Jawatankuasa

b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan

c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan


Mengoperasikan kelab atau persatuan
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja

2. Draf Perlembagaan Persatuan

3. Draf Aktiviti Tahunan.

4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.


5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru Besar)
6. Pengendalian Mesyuarat Agung:
i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.
ii. Mesyuarat Agung.

Persatuan Bahasa Melayu ,


Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis,
Pahang.

No. Tel : 09-8591349

_____________________________________________________________________

Ruj kami : SKPT/09/01/01(1)


Tarikh : 01 Januari 2005

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis,
Pahang.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ( nama). berdasarkan Peraturan (4)


dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta
Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah
Kebangsaan Padang Tengku mulai 5 Januari 2009.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.


2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(Tengku Yusnor b. Tengku Yusof)


Guru Penasihat,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Padang Tengku.
Kuala Lipis, Pahang.

____________________________________________________________________

Ruj kami: SKPT06/09/01/(01)

Tarikh : 08 Januari 2009

Guru Penasihat,
Persatuan Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Merujuk surat tuan SKPT 09/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2005 dinyatakan bahawa dengan kuasa
yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam
Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan
tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis
adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut Perintah,

(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)


Pendaftar Kelab Dan Persatuan,
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku,,
Kuala Lipis Pahang

s.k. - Fail Timbul

Posted by GPK KOKO at 7:19 AM


Labels: Prnubuhan Kelab

JUL

12

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

1. TAJUK :

PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM : TEORI, PROSES DAN AMALI

2. PENDAHULUAN

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai keunikan dalam
penubuhan dan pelaksanaan Pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kebanyakan negara hanya
mempunyai beberapa pasukan Badan Beruniform di sekolah, sebagai contohnya Indonesia yang
hanya mempunyai satu pasukan Badan Beruniform iaitu Pramuka ( Pengakap )

Di Malaysia, terdapat pelbagai pasukan Badan Beruniform yang ditubuhkan dan dijalankan di
sekolah- sekolah samada sekolah menengah atau rendah. Murid-murid samada sekolah menengah
atau rendah dikehendaki menyertai aktiviti kokurikulum antaranya Pasukan Badan Beruniform,
selain itu murid-murid juga menyertai salah satu aktiviti persatuan dan kelab serta sukan/permainan
yang terdapat di sekolah. Salah satu cara untuk mencapai matlamat-matlamat pendidikan adalah
melalui gerak kerja kokurikulum merupakan. Menurut laporan jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar
Pelajaran pada tahun 1979 dengan jelas menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum ini adalah
penting un tuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun esprit de corps di
anatara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang
berlainan. Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab, kegiatan ini
juga boleh mewlatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang
mereka sertai. ( Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989 )

3. DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum adalah kegiatan kumpulan seperti mana yang termaktub dalam Warta Kerajaan No.
5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian
Sekolah 1956).

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
(Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, dalam Warta
Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998)

Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah
tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya
kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain ( Kamus Dewan,Edisi Ketiga,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2002)
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.
Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik
darjah. ( Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1992).

Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal. ( Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 ).

Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan
pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan
inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan
negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala
tuju kehidupan masa depannya.( Ramlan Abd. Wahab,2002)

Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar
mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan sebenar. ( Ramlan Abd. Wahab,2002)

Badan Beruniform merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan
mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah
merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah, ini adalah
berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997menyatakan dengan jelas mengenai
penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

Definisi badan beruniform pula adalah satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan
mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi.

4. PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH

Jenis pasukan badan beruniform yang ada di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

i. pasukan badan beruniform agensi kerajaan

ii. pasukan badan beruniform agensi bukan kerajaan

iii. pasukan badan beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. pasukan badan beruniform yang diluluskan oleh pendaftar

Pasukan badan beruniform agensi kerajaan terdiri daripada pasukan-pasukan yang ditubuhkan di
sekolah dan mempunyai badan induk yang merupakan agensi kerajaan. Pasukan Badan Beruniform
ini hanya ditubuhkan di sekolah menengah sahaja kerana sebahagian besarnya mempunyai syarat
had umur untuk menyertainya. Pasukan-pasukan tersebut terdiri daripada :

i. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat ( PKBM Darat )

ii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut ( PKBM Laut )

iii. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara ( PKBM Udara)

iv. Paukan Kor Kadet Polis

v. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat


vi. Pasukan Kadet Pertahanan Awam

vii. Pasukan Kadet Koreksional

Pasukan Badan Beruniform agensi bukan kerajaan pula merupakan pasukan badan beruniform yang
mempunyai badan induknya yang merupakan pertubuhan agensi bukan kerajaan ( NGO ), pasukan-
pasukan ini terdiri daripada :

i. Persekutuan Pengakap Malaysia

ii. Bulan Sabit Merah Malaysia

iii. Persatuan Pandu Puteri

iv. Pergerakan Puteri Islam

v. Persatuan St. John Ambulans

Pasukan Badan Beruniform ini ditubuhkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah.

Sementara Pasukan Badan Beruniform Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah pasukan badan
beruniform yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Pasukan tersebut terdiri
daripada Kadet Remaja Sekolah Malaysia ( KRS ) yang ditubuhkan untuk murid-murid sekolah
menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan untuk murid-murid sekolah rendah.

Selain daripada tiga kategori di atas terdapat juga pasukan badan beruniform yang dikategorikan
sebagai pasukan yang diluluskan oleh pendaftar. Antaranya adalah pasukan pancaragam yang
ditubuhkan di sekolah serta Seni Bela Diri seperti Taekwondo, Wushu, Judo, Seni Silat, Karate,
Silamban dll. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97)

PERUNTUKAN MASA UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH:

Peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan
beruniform di sekolah seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember
1967 adalah seperti jadual yang tertera di bawah :

6.1 Sekolah Menengah

Tingkatan Aliran Peruntukan Masa

Peralihan, 1,2, 3 & 6 180 minit seminggu

4&5 Sastera 180 minit seminggu

SRT 180 minit seminggu

Perdagangan 180 minit seminggu

Sains 140 minit seminggu

Pertanian 140 minit seminggu

Teknik 100 minit seminggu

6.2 Sekolah Rendah

Tahun Peruntukan Masa


3 dan 4 60 minit seminggu

5 dan 6 120 minit seminggu

7. PENUBUHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI SEKOLAH

Sekolah-sekolah yang ingin menubuhkan pasukan badan beruniform samada pasukan badan
beruniform agensi kerajaan atau bukan kerajaan atau pasukan badan beruniform Kadet Remaja
Sekolah perlulah mengikut prosedur-prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Prosedur tetap
penubuhan samada persatuan atau kelab atau pasukan badan beruniform di sekolah adalah
mengikut kaedah seperti berikut :

7.1 Mesyuarat penaja.

7.2 Surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru
Pemimpin/Penasihat Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan
kepada Pengetua/Guru Besar

7.3 Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab
Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru
Pemimpin/Penasihat.

7.4 Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan dari Setiausaha Persatuan melalui Guru
Penasihat/Pemimpin kepada Pengetua/Guru Besar.

7.5 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan

7.6 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan

7.7 Senarai Aktiviti Utama Persatuan

6.8 Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan/Permainan dari Pengetua/Guru Besar kepada Setiausaha Persatuan melalui Guru
Penasihat/Pemimpin.

7.9 Surat Perlantikan dari Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Badan
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan.

7.10 Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat.

7.11 Surat penerimaan perlantikan sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Pasukan Badan Beruniform
Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.

7.12 Surat Penurunan Kuasa daripada Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan
melalui Guru Penasihat/Pemimpin.

7.13 Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan .

( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 )

Walaubagaimanapun penubuhan pasukan badan beruniform yang melibatkan agensi luar


mempunyai beberapa aliran permohonan yang perlu di patuhi khasnya yang melibatkan pasukan
badan beruniform yang badan induknya merupakan agensi kerajaan. Berikut adalah beberapa contoh
carta aliran penubuhan beberapa pasukan badan beruniform :

8. PENILAIAN KOKURIKULUM
Penilaian aktiviti kokurikulum murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah beradasarkan
kepada empat aspek iaitu: kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan pencapaian. Penilaian ini
amat penting bagi murid-murid khasnya bagi mereka yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi
Awam ( IPTA ). Sebanyak 10% markah diambil kira untuk kemasukan ke IPTA. ( Sidang Pengarang,
2008 )

Penilaian kegiatan kokurikulum murid boleh merangsangkan murid untuk bergiat lebih aktif dalam
kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah
kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Murid-murid yang bercita melanjutkan pelajaran ke IPTA,
penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai
cita-cita mereka.

Aspek-aspek yang diambil kira mempunyai pemberatan markah seperti berikut :

i. Kehadiran - 50 %

ii. Jawatan disandang - 10%

iii. Penglibatan - 20 %

iv. Pencapaian - 20 %

9. SURAT PEKELILING IKTISAS

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan banyak surat-surat pekeliling ikhtisas ( SPI ) bagi
tujuan member hebahan, garis panduan dan peraturan serta prosedur dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum termasuk aktiviti pasukan badan beruniform di sekolah. Di bawah disenaraikan nomor
rujukan surat pekeliling ikhtisas yang jelas menerangkan tujuan dan maksudnya :

SPI Bil 2/1971 - Rukunegara

SPI Bil 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah

SPI Bil 10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/

LCE (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate

Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III Garis

Panduan.

SPI Bil. 7/1977 - Pengelolaan Walkathon Di Sekolah-Sekolah

SPI Bil. 8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah

SPI Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah

SPI Bil. 3/1982 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan

SRP dan SRP/LCE (Sarawak) bagi Murid-murid

Tingkatan III Garis Panduan

SPI Bil. 7/1983 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan

Murid-Murid Sekolah.
SPI Bil. 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan

Di Sekolah-Sekolah.

SPI Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja

Kokurikulum Pelajar.

SPI Bil 3/1986 - Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan

Kepada Komputer Dan Kegiatan Kelab Komputer

Sekolah

SPI Bil. 5/1986 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer

Sekolah.

SPI Bil. 1/1988 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Perekacipta

Sekolah.

SPI Bil.3/1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan

Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD).

SPI Bil. 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di

Sekolah.

SPI Bil. 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau

Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau

Badan Induk Sukan.

SPI Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

SPI Bil 10/1988 - Senaman Beramai-ramai.

SPI Bil 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah.

SPI Bil 10/1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.

SPI Bil. 3/1991 - Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara

Sekolah/Institusi Pendidikan.

SPI Bil. 4/1992 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Persatuan Silat

Sekolah.

SPI Bil. 6/1994 - Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan

Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah.

SPI Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta

Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di


Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.

SPI Bil. 4/1995 - Pelaksanan Kadet Remaja Sekolah (KRS).

SPI Bil. 8/1995 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan

Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan

SPI Bil 9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan

UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.

SPI Bil. 2/1997 - Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai

Pasukan Pakaian Seragam Sekolah

PUP Bil 2/1997 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab/Persatuan

(PS.77280) Taekwando/Seni Mempertahankan Diri.

SPI Bil. 3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar

Dan/Atau Pungutan Wang.

SPI Bil. 5/1998 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di

Bawah Akta Pendidikan 1996.

SPI Bil 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi
kerajaan dan

pertubuhan bukan kerajaan.

SPI Bil. 1/1999 - Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan

Bahasa Inggeris Di Sekolah.

SPI Bil. 7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah

Menengah.

SPI Bil. 8/2000 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer/

Teknologi Maklumat Sekolah.

SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan

kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar

Kawasan Sekolah.

SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran

Tambahan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan

Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar

Kawasan Sekolah.
SPI Bil. 12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.

SPI Bil. 13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-

Sekolah.

SPI Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.

SPI Bil. 17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.

SPI Bil. 18/2000 - Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid

Sekolah.

SPI Bil. 20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam

Di Sekolah-Sekolah.

SPI Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

SPI Bil. 9/2004 - Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam

Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia

10. PASUKAN-PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Di institutsi pengajian tinggi terdapat beberapa pasukan badan beruniform yang ditubuhkan untuk
kegiatan atau aktiviti kokurikulum, disamping melatih siswa-siswi agar lebih berdisiplin, mengikut
peraturan, mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara ( patrotik ). Kebanyakan pasukan ini
ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam, antara pasukan yang ditubuhkan adalah PALAPES,
SUKSIS. SISPA. BSSM dan KESATRIA.

PALAPES atau Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve
Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan
Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA). Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion
Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965.

Dalam memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, selain untuk melahirkan pegawai simpanan,
PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara
yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Program
PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat,
Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan
masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA. Seorang pegawai kadet
akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-
subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. (wikipedia.org )

Penubuhan SUKSIS atau Kor-Sukarelawan Siswa Polis adalah diilhamkan oleh YAB Dato ' Seri Abdullah
Hj. Ahmad Badawi. Penubuhannya di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia diharap dapat membantu
melahirkan graduan yang cemerlang yang mematuhi kecekapan sendiri yang berdaya maju, disiplin
dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni, dan tinggi harga diri. SUKSIS adalah nama singkatan untuk
Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi atau Police Undergraduate Voluntary Corp.

Pasukan ini merupakan organisasi sukarelawan polis bagi mahasiswa dan mahasiswi yang sedang
menuntut di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Pendedahan akan tugas dan kewajipan polis untuk
siswa-siswi yang dipilih ke pasukan ini merupakan objektif utama SUKSIS. Selain itu anggota juga
didedahkan peranan dan betapa penting tugasan sebagai pegawai polis. Universiti Utara Malaysia
merupakan universiti pertama di Malaysia yang menubuhkan pasukan ini. Tempoh latihan yang
ditetapkan ialah tiga tahun. ( Wikipedia.org.)

SISPA adalah nama singkatan daripada Siswa Siswi Pertahanan Awam. Pasukan ini adalah di bawah
badan induknya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Penubuhannya sebagai salah satu kursus
kokurikulum atau pasukan badan beruniform adalah bertujuan untuk memperkasakan soft skill di
kalangan pelajar serta dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping
penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang, kemahiran semangat kerja berpasukan,
memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.yang dapat diterapkan melalui badan
beruniform SISPA. Pasukan ini juga ada ditubuhkan di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Kursus kokurikulum Kor SISPA adalah selama 4 semester. Bagi memenuhi keperluan silibus serta
memahirkan mereka dari segi kemahiran, latihan luar/ medan ia diadakan pada setiap semester.
Anggota Kor SISPA yang akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam selama 4 semester. Sijil asas
akan diberikan oleh Jabatan kepada mahasiswa yang menamatkan semester 2 dengan jayanya.
Semester ketiga, Kor SISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua
silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan
Melawan Kebakaran. Semester terakhir ( semester 4 ) SISPA yang berjaya akan mendapat Sijil Tamat
SISPA. Mahasiswa-Mahasiwi yang telah tamat 4 semester dengan jayanya akan meneruskan untuk
menjadi anggota Pertahanan Awam di Unit SISPA. Mereka yang bergiat aktif dalam mengikuti aktiviti-
aktiviti SISPA dan menjalani Kursus Bakal Pegawai dengan jayanya dan akan dicadangkan untuk
memegang pangkat Leftenan Muda. ( laman web Jabatan Pertahanan Awam)

Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948.
Kerajaan Malaysia mengiktirafkan penubuhannya pada tahun 1957 . Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pula mengiktirafkannya pada tahun 1963. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSM )ditubuhkan pada tahun
1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950 ia
ditubuhkan di Pulau Pinang ( negeri yang mula-mula menubuhkannya di Semenanjung Malaysia )
kemudian ia mula berkembang ke negeri-negeri lain pada tahu 1950 an. Pada tahun 1957, cawangan
di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.
Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan
menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos1963. Setelah penggabungan Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan)
Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya
Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia pada 5 September 1975.
Badan beruniform ini selain daripada menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah, ia juga merupakan
satlah satu aktiviti kokurikulum ( pasukan badan beruniform ) yang dijalankan di Institut Pengajian
Tinggi. Badan Beruniform BBSM di Institut Pengajian Tinggi mendukung matlamat untuk
menyebarkan ilmu pertolongan cemas kepada setiap individu. Pengetahuan pertolongan cemas
dapat memupuk semangat tolong menolong ke arah membentuk masyarakat penyayang, di samping
itu, menyediakan para bakal graduan yang mempunyai pendidikan profesional keluar sebagai
graduan yang serba boleh. ( Laman web Bulan Sabit Merah Malaysia )

KESATRIA ditubuhkan akibat daripada dua demonstrasi mahasiswa IPT pada akhir tahun 1975. Pada
awalnya latihan Kesatria ini secara sukarela menyebabkan tidak ramai menyertai. Keadaan ini tidak
mencapai objektif penubuhannya. Pada tahun 1978 latihan kesatria dan juga aktiviti-aktiviti yang lain
dijadikan aktiviti kokurikulum. Semua pelajar baru adalah diwajibkkan mengikuti salah satu ko-
kurikulum untuk selama 2,3 atau 4 semester mengikut keperluan kursus pengajian masing-masing.
Bakal garduan dibentuk dan diberi pendedahan kepada ciri-ciri kepimpinan dan disiplin yang meliputi
aspek rohani, jasmani dan emosi hasil darilatihan intensif. Kesatria mampu dikerah memberi khidmat
sosial dalam pelbagai program apabila diperlukan di peringkat dalaman mahupun luaran UiTM.

Aktivitinya menekankan aspek-aspek kemahiran Insaniah yang seimbang iaitu disiplin dan
keterampilan diri. Kedua-dua komponen ini akan diterapkan kepada semua pelajar agar mampu
menjadi generasi yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi, semangat daya saing dan daya
juang yang kental dan semangat cintakan negara yang berterusan di samping bersyukur kepada Allah
S.W.T dan berterima kasih kepada pemimpin. Ia merangkumi komponen disiplin, pengurusan dan
pembinaan diri dan etika sosial di dalam konteks Kesatria Negara yang melaksanakan latihan ala
ketenteraan.

Kursus lanjutannya adalah Kesatria Negara II yang merupakan lanjutan Kesatria Negara I. Ia
merangkumi tiga komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal dan keterampilan diri di
samping pembentukan kerohanian. Kursus ini akan memberi pendedahan kepada mahasiswa-
mahasiwi mengenai berketerampilan diri, aya kepimpinan yang terpuji dan sahsiah yang seimbang
dari segi mental, fizikal dan spiritual selaras dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Kesatria Negara III pula adalah kursus lanjutan daripada Kesatria Negara II yang merangkumi tiga
komponen utama iaitu disiplin, pembangunan fizikal dan keterampilan diri di samping pembentukan
kerohanian. Ianya khusus untuk bakal graduan yang telah ditauliahkan sebagai Komander Kesatria
yang mana akan mendedahkan pelajar kepada amalan bagi mewujudkan graduan-graduan yang
berketerampilan, mempunyai daya kepimpinan, sahsiah yang seimbang dan seterusnya mempunyai
kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh dipraktikkan sepanjang masa. ( laman web UiTM )

11. KESIMPULAN

Aktiviti kokurikulum termasuklah pasukan badan beruniform merupakan kesinambungan proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia dapat memperkukuhkan pengetahuan yang
telah dipelajari. Melalui aktiviti badan beruniform sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dapat
melahirkan insane yang mempunyai pelbagai pengetahuan, disamping perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif.

Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, aktiviti kokurikulum melalui pasukan
badan beruniform dapat menyemai kesedaran terhadap agama, kepercayaan kepada tuhan,
menyeimbangkan perkembangan mental dan perkembangan JERI. Disamping itu dapat
mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan anggota samada di sekolah atau di IPT.

Melalui Badan Beruniform juga akan melahirkan pelajar dan bakal graduan yang berdisiplin,
mempunyai semangat juang, jati diri dan cintakan Negara. Selain itu ia dapat membina dan
meningkatkan minta dan bakat serta mewujudkan budaya sekolah atau IPT tang menarik dan
menggembirakan. Melaluinya juga dapat membina kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah
dan masyarakat dan mewujudkan sekolah berwatak.
Justeru itu, amatlah wajar kegiatan pasukan badan beruniform dimantapkan, diperluaskan
pelaksanaannya samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi untuk melahirkan generasi
yang holistik, kearah mewujudkan masyarakat madani.

10. Rujukan

Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989,

Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah

Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990, Buku Panduan
Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Buku Panduan
Pengurusan Kokurikulum

Sidang Pengarang, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Buku Panduan
Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009, Buku Panduan
Pengurusan Kadet Remaja Sekolah

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009, Buku Panduan
Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Sidang Pengarang, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,

1998, Buku Pengurusan dan Latihan Pasukan Kadet Polis Sekolah

Sidang Pengarang, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pertahanan,

1997, Panduan Pengurusan Arahan Pentadbiran dan Latihan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
( Darat )

Sidang Pengarang, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, 2010, Panduan Pengurusan
Pentadbiran Latihan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara

Sidang Pengarang, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Panduan Penubuhan Kadet

Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sidang Pengarang, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kurikulum Kursus Guru

Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Asas dan Lanjutan

Sidang Pengarang, Jabatan Pertahana Awam Malaysia, Kementerian Dalam

Negeri, Buku Panduan Pengurusan dan Latihan Kadet Pertahanan Awam ( KAPA) Malaysia

Sidang Pengarang, Jabatan Penjara Malaysia, Modul Latihan Kadet Koreksional

Ramlan Abd. Wahab, 2002, Dewan Masyarakat, Kerangkraf Publication Sdn.

Bhd.

Sidang Pengarang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997, Panduan Penubuhan


Dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah

Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 Tambahan No. 2, 1967, Peraturan Kursus Pengajian Sekolah
1956.

Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)

1997, Warta Kerajaan Jilid 42/No.11, Tambahan No. 41,

Perundangan (A)/P.U.(A) 196 ,1998

Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-

Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, P.U. (A) 531/97.

Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 , 1967

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Latihan_Pegawai_Simpanan

SUKSIS Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Suksis

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

http://www.civildefence.gov.my

Bulan Sabit Merah Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia

http://redcrescent.org.my

Universiti Teknologi Mara

http://www.utm.my

Contoh Perlembagaan Persatuan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN (Suatu Contoh)

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Pencinta Alam

b. Alamat : SK Padang Tengku,


27100 Padang Tengku,
Kuala Lipis, Pahang.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk semangat bertanggungjawab
terhadap penjagaan persekitaran yang sihat.

3.2 Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah terutamanya melalui
penyibaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

5. GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila
difikirkan perlu.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir
tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-


6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

Posted by GPK KOKO at 7:18 AM

Labels: pengurusan Fail koko, Pengurusan Kokurikulum, perlembagaan

You might also like