You are on page 1of 6

LAPORAN JAWANTAN KUASA KECIL PERALATAN

Pada tanggal 29 November 2011, pelajar dari kelas PGSR ambilan November 2008 kumpulan Prasekolah telah menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional. Oleh yang demikian, perkara utama yang telah dilakukan untuk penganjuran tersebut ialah pembentukan Ahli Jawatankuasa Induk dan Kerja untuk pertandingan ini. Pengerusi yang telah dilantik ialah Sarena ak Ujie manakala Naib Pengerusi pula disandang oleh Paya Lasa. AJK Peralatan yang telah dipilih pula ialah saya Siti Munirah Abdullah dan Mah Poh Poh. Kami dari AJK Peralatan telah mengadakan sesi musyawarah bagi memastikan semasa penganjuran berlangsung kelak, tiada perkara berbangkit yang tidak dapat diselesaikan. Kami juga telah membahagikan tugas antara kami berdua iaitu saya membuat surat permohonan pinjaman peralatan kepada pihak IPG Kampus Batu Lintang dan laporan bertulis. Manakala, Mah Poh Poh pula ditugaskan untuk memastikan segala peralatan mencukupi semasa pertandingan. Bagi tujuan pengambilan peralatan, kami berdua sama-sama mengambil dan membawa peralatan ke gelanggang pertandingan dan menghantarnya semula ke stor sukan Selepas pertandingan selesai. Selain itu juga, kami telah mengumpul senarai bahan yang diperlukan semasa hari pertandingan daripada setiap Jawatankuasa yang lain. Antara barang yang telah diminta ialah papan skor, kerusi dan meja, Hailer, skitel dan payung besar. Kami berbangga kerana kerjasama yang diberikan oleh setiap AJK sangat baik dan mereka melakukan kerja dengan komited. Di samping itu juga, kami meminta pendapat pengerusi dan pensyarah pembimbing tentang skop kerja kami supaya kami dapat melakukan kerja dengan baik dan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kesimpulannya, kami dapati segala peralatan yang disediakan mencukupi dan tiada perkara berbangkit semasa penganjuran pertandingan. Kami berbangga kerana dapat memainkan peranan kami melaksanakan

tanggungjawab yang diamanahkan tanpa ada rasa rungutan mahupun sebarang dalih. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :

............................................... (SITI MUNIRAH ABDULLAH) Ketua AJK Peralatan, PGSR Nov 2008/ Prasekolah

LAPORAN MINIT MESYUARAT AJK PERALATAN

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 24.11.2011 : 0130 tengahari : Bilik kuliah A02 : 1. Siti Munirah Abdullah 2. Mah Poh Poh

1.0 Ucapan Ketua AJK Peralatan

1.1.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat menghadirkan diri bagi membincangkan mengenai tugas AJK peralatan

1.2. Tarikh bagi Pengelolaan

Pertandingan Permainan Tradisional Makluman

ialah 29 November 2011.

2.0 Agihan Bidang Tugas

2.1

Pengerusi menyatakan bahawa agihan tugas adalah seperti dalam lampiran. Tindakan: Semua AJK

2.2

Permintaan diharap agar setiap AJK dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan serta merta. Tindakan: Semua AJK

2.3

Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh akhir menyerah senarai

alatan ialah 27 November 2011.

3.0

Hal-hal lain
3.1

Pengerusi memaklumkan bahawa dia akan mengambil senarai alatan daripada AJK yang lain sebelum masa yang ditetap oleh AJK Alatan

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________ (MAH POH POH) Pencatat Minit

__________________ (SARENA AK UJIE) Pengerusi Pertandingan Permainan Tradisional

Institu Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang, Jalan Kolej, 93200 Kuching. Ruj: Tarikh: 23 November 2011 Tuan, Siti Munirah Abdullah Mah Poh Poh

Mesyuarat Jawatankuasa AJK Peralatan Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: Hari: Masa: Tempat: Pencatat: 2.0 Agenda mesyuarat 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Agihan Bidang Tugas 3.0 Hal-hal lain. 24 November 2011 Khamis 0130 petang Bilik A02 Mah Poh Poh

Semua AJK diwajibkan hadir.

Yang menjalankan tugas,

____________________ (SARENA AK UJIE)

Pengerusi Pertandingan Permainan Tradisional

You might also like