You are on page 1of 14

NILAM Pengenalan NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysiadengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF 1. Menggalakkan murid banyak membaca. 2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. 3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.

TAHAP PELAKSANAAN

Merangkumi 2 Tahap : 1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari. 2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca.

SESI PENILAIAN

Sesi Penilaian akan merangkumi 2 bahagian iaitu : 1. Ujian Lisan - Meliputi aspek-aspek Pengesanan Minat Membaca, Pengesanan Kemahiran Membaca, Pengesanan Pengetahuan, Pengesanan Penghayatan dan Aspresiasi Pembacaan. 2. Ujian Penulisan - Menjurus kepada pengesanan kemahiran membuat rumusan atau ulasan. Calon akan bergerak mengikut urutan ujian bagi kelancaran program.

SYARAT PENCALONAN

Seorang Murid Tahun 6 ( Sekolah Rendah ) dan Tingkatan 5 ( Sekolah Mengeah ) yang mencapai pengikhtirafan NILAM dalam tahap Jauhari. Rekod yang diperlukan : Borang Pencalonan Borang Kebenaran Ibubapa/Penjaga Folio Calon Buku Rekod Bacaan NILAM (Asal) Salinan Sijil Pencapaian NILAM yang disahkan oleh pentadbir Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang disahkan oleh pentadbir Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak calon disahkan oleh pentadbir Salinan keputusan Peperiksaan yang disahkan oleh pentadbiran Kategori :

1. Sekolah Rendah Bandar

2. Sekolah Rendah Luar Bandar

3. Sekolah Menengah Bandar

4. Sekolah Menengah Luar Bandar SISTEM GANJARAN Tahap Jauhari - Sekolah Rendah Jumlah Bacaan 90 - 179 180 - 269 270 359 360 Ke Atas Pengikhtirafan GANGSA PERAK EMAS NILAM

Tahap Jauhari - Sekolah Menengah Jumlah Bacaan 72 143 144 215 216 287 388 Ke Atas Pengikhtirafan GANGSA PERAK EMAS NILAM

Tahap Rakan Pembaca ( RP )

Pengiraan markah berdasarkan jumlah pendengar, penonton, pembaca atau peminjam buku untuk setiap aktiviti yang dijalankan oleh murid yang telah mencapai RP dengan bimbingan guru. Contoh kiraan :

Bercerita : 1 sesi x 20 Pendengar = 5 Markah Jumlah Bacaan 100 199 200 299 300 399 400 Ke Atas Sesi Penilaian Pengikhtirafan GANGSA PERAK EMAS NILAM

1. PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBACA ( 25 %) ( Calon hendaklah membaca teks yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan berhubung dengan isu-isu pengetahuan am,sains,seni, sukan dan lain-lain ) 1.1 Skimming

1.2 Scanning 1.3 Analisis 1.4 Rumusan

2. PENGESANAN PENGETAHUAN ( 20 %) 2.1 Nama penulis dan tajuk buku 2.2 Tema / mesej buku tersebut 2.3 Sinopsis 2.4 Bagaimana buku tersebut membantu kerjaya murid 2.5 Ciri fizikal buku : Apakah bibliografi? = ../ 1 Terangkan di manakah nombor panggilan = ../1 Apakah tulang buku ? = ../1 Apakah kegunaan indeks? = /1

3. PENGESANAN KEBESTARIAN ( 20 % ) ( Berdasarkan topik terkini / isu semasa) 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Kebolehan berhujah Kepetahan bercakap Kefasihan bertutur Perawakan Ilmiah

4. PENGESANAN PENGHAYATAN & PRESIASI PEMBACAAN (25%) 4.1 Apakah erti membaca? (penekanan : minat dan pengetahuan)

4.2 Masa membaca (penekanan : konsisten dan paling kerap) 4.3 Bagaimana anda mengurus / menghargai / menyayangi buku 4.4 Apakah jenis genre buku yang paling anda gemari & mengapa? 4.5 Soalan Bonus Hakim (tentang sikap peserta terhadap membaca) 4.5.1. usaha mendapatkan bahan bacaan 4.5.2. reaksi terhadap penulis yang diminati 4.5.3. pengetahuan tentang Bulan Membaca / Pesta Buku/ Hari Buku Sedunia 4.5.4. usaha menyimpan /mengurus buku = (1) = (1) = (1) = (1)

BAHAGIAN B PENULISAN PENGESANAN KEMAHIRAN MEMBERIKAN PENDAPAT / ULASAN ( 10 % ) [ Calon hendaklah menulis tidak lebih daripada 150 patah perkataan ( Sekolah Menengah) atau 100 patah perkataan ( Sekolah Rendah) dengan berdasarkan soalan yang disediakan dalam tempoh yang ditentukan ] 5.1 Isi 5.2 Bahasa 5.3 Kaedah persembahan 5.4 Penyelesaian masalah (kaedah mengulas dan memberikan pendapat)

iNILAM

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan wawasan anda

Nilam program membaca memberikan semangat

Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat nilam kita Ganjaran yang diberi tidak terhingga Jadi rakan pembaca juga capai jauhari Pembaca yang bestari anugerah yang diberi

Nilam nilam anugerah nilam Menerangi jalan suram Nilam nilam anugerah nilam Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia Bina tabiat membaca matlamat nilam kita Dunia indah sekali pasti lebih berseri

Amalan membacamenjana minda bestari

Nilam nilam anugerah nilam Menerangi jalan suram Nilam nilam anugerah nilam Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia Bina tabiat membaca matlamat nilam kita Dunia indah sekali pasti lebih berseri Amalan membaca menjana minda bestari Amalan membaca menjana minda bestari ( NILAM)

Senarai Tugas Jawatankuasa NILAM Sekolah Senarai tugas-tugas Jawatankuasa NILAM sekolah adalah :-

Penasihat Guru Besar & Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini. Pengerusi Penolong Kanan 1 & Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM. & Memahami dasar dan matlamat program. & Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.

& Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui : Penyeliaan Perjumpaan dengan guru. Temu bual murid dan ibu bapa secara informal. Laporan pelaksanaan.

& Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM. & Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan program. & Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya. & Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid. & Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan. & Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM.

Timbalan Pengerusi PK HEM / PK Ko-Kurikulum & Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau. & Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai Program NILAM. & Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM. & Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM dan mengambil tindakan. & Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM. & Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut perancangan.

Ibu bapa & Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan

bimbingan daripada ibu bapa. & & Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika berkemampuan). Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain

(Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya) & Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan membuat rekod bacaan. & Mengesahkan dan menandatangani rekod bacaan anak-anak. (Sekiranya ditentukan oleh pihak sekolah)

Pengawas PSS & & & Membantu murid untuk meminjam buku di PSS. Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam. Membantu guru PSS menyediakan pinjaman kelompok (bulk

loan) & & Membantu guru PSS menganalisis data bacaan murid. Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

Murid & & & Membaca buku sebanyak yang mungkin. Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod. Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di

mana sahaja.

& &

Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber. Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang telah

ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan. & Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan

berkeyakinan. & & Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Penyelaras Program Guru Penyelaras Media & Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada

setiap awal tahun. & Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. & & & & Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM. Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah. Memastikan program berjalan dengan lancar. Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM di

peringkat sekolah. & Mengenal pasti dan membimbing caon untk anugerah NILAM

peringkat negeri. & Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada

Guru Besar. & & Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Setiausaha Guru NILAM & & & & & Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan. Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM. Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data)

dan menyerahkan kepada penyelaras program. & Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis

untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi. & Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Penolong Setiausaha Guru Data NILAM & Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid

daripada Guru Kelas setiap bulan. & & Memasukkan data ke pangkalan data. Menganalisis data rekod membaca dan rekod aktiviti Rakan

Pembaca. & Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis

aktiviti Rakan Pembaca kepada Guru NILAM. & & Mengemas kini data NILAM. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Ketua Bidang / Ketua Panitia & Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk

murid. & Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualiti. & Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program

NILAM bersama-sama Penyelaras Program NILAM. & Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Guru Kelas & Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing. & Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada PSS/Koperasi dan mengedarkan kepada murid. & Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif. & Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

& Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM. & Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan. & Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM setiap hujung bulan. & Mengenal pasti dan menyenaraikan mrid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca.

Guru Perpustakaan

& Membuat penggredan buku. & Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM. & Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal) & Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program NILAM. & Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

Wakil PIBG

& Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM. & Menjadi pengantara utuk menyampaikan maklumat Program NILAM. & PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusiinstitusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

You might also like