You are on page 1of 1

SOALAN : Pada pandangan anda, bolehkan PLC dilaksanakan di institusi anda? Jelaskan.

PLC adalah merupakan singkatan kepada Professional Learning Community atau Komuniti

Pembelajaran Profesional. PLC menggalakkan kolaborasi yang lebih aktif dalam kalangan

guru bagi menambahbaik kualiti PdPc dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, saya berpendapat

PLC sesuai dilaksanakan di institusi saya iaitu di sekolah di kalangan guru-guru. Hal ini

kerana, setiap strategi PLC yang dijalankan adalah bertujuan untuk menilai dan

menambahbaik pedagogi dalam bilik darjah. PLC dilaksanakan bukan untuk menilai guru

yang mengajar. Guru-guru dalam kumpulan PLC juga perlu lebih bersikap terbuka dan

bersedia untuk memberikan kerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PLC secara

berkualiti.

You might also like