You are on page 1of 20

ALAT MUZIK

ALAT-ALAT IDIOFON

Sejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong

Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai 'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia. Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan timbre. Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.Di kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai 'Tawag'. Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.

KEMPUL

Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya. Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.

kempul

BONANG

Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.

bonang

GAMBANG

KAYU

Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan.Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong, dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras daripada spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang. Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistem anhemitonic pentatonic.

GAMBANG

KAYU

ANGKLUNG

Alat idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor. Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alatalat dari disiplin Gamelan. Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung dilakukan dengan melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.

Angklung

ALAT-ALAT

MEMBRANOFON

Sejarah Ringkas- Alat Gendang

Alat-alat gendang juga penting sebagai alat perkusi dalam pembinaan sesebuah struktur muzik tradisional di Malaysia.Mengikut Curt Sachs, Gendang bermula dari zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda

KOMPANG

Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras.Lazimnya daripada spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophyllus.Belulang dariapada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik. Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya.Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah tangan lagi utnuk memegangnya.

Kompang

Rebana Sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan

masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang Melayu Asli dan Ayam Didik. Dalam konteks persembahan,Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari bahagian tepi alat berkenaan.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan sebagai irama asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross rythme.

Rebana

Gendang ibu
Gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu.Ianya mula berkembang di negari Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat. Dalam konteks persembanhan Gendang Ibu(Gendang dua muka) akan disertai dengan Gendang Anak untuk meemainkan polapola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Gamelan dan Silat.

Pengenalan Dan Sistem Klasifikasi Alat-Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia.

Kajian mengenai alat-alat serta bentuk-bentuk muzik yang berkembang dalam sesebuah masyarakat, adalah merupakan satu usaha yang amat berfaedah untuk tujuan perbandingan di anatara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.Tujuan kajian ini juga dapat mengemukakan satu gambaran yang jelas serta unik terhadap unsur dan dimensi budaya ekspresif masyarakat pendokongnya dan kaitannya dengan kegiatan masa lapang. Adapun disetiap negeri di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk alat yang telah diwarisi, dicipta dan digunakan sejak berkurunkurun lamanya.Untuk itu, bagi tujuan perbandingan dan kebenaran estetikanya adalah dicadangkan secara asas untuk melihatnya dari sudut apa yang disebut sebagai organografikal iaitu satu pengdiskripsian bagi peralatan muzik, yang mencakupi bahan-bahan asas yang digunakan untuk membuatnya, sistem klasifikasi, sistem skala, sistem talaan dan teknik penghasilan bunyi serta alat dalam sesebuah disiplin muzik mengikut kegunaan ensembelnya. Dari aspek sejarah perkembangannya, secara asas dibincang mengikut pola-pola yang bersifat adaptational dan idiosyncratic untuk membentuk sebuah tugu alat yang begitu unggul sifatnya untuk dikongsi bersama generasi akan datang. Prinsip asas mengenai klasifikasi bagi alat-alat muzik dalam masyarakat Melayu tradisi di Malaysia adalah dirangka mengikut sistem yang telah diperkemaskan dan dilanjutkan oleh dua tokoh terkemuka iaitu Curt Sachs dan Erich Von Hornbostel dalam tahun 1914. 1. IDIOFON Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah sperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesbuah alat itu.Yakni sifat alat berkenaan tidak memerlukan persediaan awal bagi maksud penalaan untuk menghasilkan bunyi. 2. KORDOFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan 'tali' yang diregangkan. 3. MEMBRANOFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya bahan kulit yang diregangkan. 4. EROFON Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil melalui peniupan ataupun hembusan angin. terhasil daripada

CANANG

KESI

gambus

serunai

marakas

bongos

tamborin

Kastenet

kerincing

kayu tik tok

seruling

Loceng

gitar

Piano

Gendang (drum set)

You might also like