You are on page 1of 51

KERJA KURSUS

SHE 101/2: HUBUNGAN ETNIK

PERBANDINGAN HIBURAN DAN KESENIAN ANTARA


KAUM CINA, INDIA, IBAN DAN KADAZANDUSUN

FARRA ELLYANA BINTI HAZNI (110783)


MUHAMAD IZZUDDIN BIN MOHD SHARIF (110826)
QUE JUN YIK (110863)
WELLINDA SINGUUT (107561)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN

PENASIHAT:
DR MOHD YUSOF SIDEK

ISI KANDUNGAN

Bil

Perkara

1.

KAUM CINA
1) Seni Tari
i.
Tarian Naga
ii.
Tarian Singa
2) Seni Muzik
i.
Opera Cina
ii.
Er-hu
iii.
Seruling
iv. Pipa
v. Yangqin
vi.
Guzheng
vii.
Gendang
viii.
Gong
ix.
Yueqin
3) Permainan Tradisional
i.
Xianqi
ii.
Mahjong
iii.
Yoyo

2.

KAUM INDIA
1) Seni Tari
i.
Tarian Bharata Natyam
ii.
Tarian Bhangra
iii.
Tarian Khatak
2) Seni Muzik
i.
Dholak
ii.
Sitar
iii.
Veena
iv. Tabla
v. Tanpura
3) Permainan Tradisional
i.
Aadi-pute-alam
ii.
Kho kho
iii.
Chaturanga
iv. Kabadi

m/s

3.

KAUM IBAN
1) Seni Tari
i.
Ngajat Berbunuh
ii.
Ngajat Induk
iii.
Ngajat Lesong
iv. Ngajat Ngalu Temuai
v. Ngajat Kuta
vi.
Ngajat Pua Kumbu
vii.
Gagung
2) Seni Muzik
i.
Engkerurai
ii.
Sape
iii.
Engkeromong
iv. Gendang wanita
3) Permainan Tradisional
i.
Tibow

4.

KAUM KADAZANDUSUN
1) Seni Tari
i.
Tarian Sumazau
2) Seni Muzik
i.
Gong (tagung)
ii.
Sompoton
iii.
Kulintangan
iv. Togunggu
3) Permainan Tradisional
i.
Sepak Manggis

ABSTRAK

Kajian yang kami jalankan adalah tentang perbezaan budaya antara empat kaum besar
di Malaysia, iaitu kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Secara spesifiknya, kami telah
memilih untuk membandingkan aspek hiburan dan kesenian keempat-empat kaum ini.
Negara ini merupakan antara negara yang paling unik pada mata dunia kerana komposisi
penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Sehingga kini, sudah lebih
setengah abad rakyat Malaysia hidup dengan aman damai dan harmoni.
Sepanjang perlaksanaan kajian, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Pertama adalah daripada pengamalan budaya itu sendiri dalam
kehidupan seharian. Kedua, kami telah menemu ramah beberapa penduduk tempatan untuk
mendapatkan informasi yang lebih lanjut terutamanya dari segi seni muzik dan seni tari.
Kaedah yang ketiga ialah daripada sumber media massa dann elektronik.
Hasilnya, kami dapati bahawa antara setiap kumpulan etnik yang dibincagkan,
terdapat perbezaan ciri-ciri kebudayaan. Setip kaum berhibur dengan cara yang berlainan
tetapi terdapat juga pertindihan makna di sebalik kegiatan budaya mereka. Hal inilah yang
memberikan keunikan kepada kaum-kaum di negara ini.
Kesimpulannya, sifat kerjasama, toleransi dan saling menghormati amat penting
untuk mengekalkan kesejahteraan yang kita rasai pada hari ini. Setiap rakyat juga haruslah
bertanggungjawab untuk bersatu dengan pihak kerajaan daam usaha untuk mengekalkan
perpaduan dan keharmonian negara Malaysia.

PENGENALAN

Antara matlamat utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk memupuk dan


memperkukuh lagi perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalah prasyarat penting yang boleh
menjamin kestabilan yang amat diperlukan untuk kemajuan negara.
Selepas lebih 50 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia, tidak dapat dinafikan
lagi wujudnya suasana muhibah antara kumpulan etnik utama Semenanjung dan bukan
Semenanjung Malaysia. Dalam konteks hubungan etnik, factor kaum didapati menjadi
elemen utama untuk sama ada menyatupadukan atau memecahbelahkan penduduk multietnik.
Hal ini tidak terkecuali di Malaysia. Cara Malaysia menanganinya adalah unik sekali, dengan
membenarkan wujudnya kemajmukan etnik dan kepelbagaian budaya.
Kemajmukan etnik dalam bentuk saling bergantungan antara kelompok etnik bukan
sahaja menjadi asas penting untuk masyarakat Malaysia bergerak ke hadapan, tetapi yang
lebih penting adalah ia memnandakan penerimaan hakikat bahawa Malaysia sebuah negara
majmuk.
Kebebasan inilah yang menjadi ciri demokratik unggul, selain sifat hidup
bermasyarakat istimewa dalam sebuah negara majmuk. Oleh yang demikian, kita sebagai
rakyat Malaysia haruslah sentiasa berterima kasih atas keunikan negara ini dan berusaha
untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat multietnik sebegini. Sesungguhnya,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

OBJEKTIF

Kajian perbandingan etnik ini dilaksanakan untuk tujuan berikut:


a) Untuk mengenali aspek hiburan dan kesenian kaum Cina, India, Iban dan
Kadazandusun dengan lebih mendalam.
b) Untuk mengenali perbezaan kegiatan seni kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun.
c) Menerapkan semangat jati diri dan toleransi dalam mengenali budaya kaum-kaum
utama di Malaysia.
d) Menghargai keunikan budaya dan kesenian kaum Cina, India, Iban dan
Kadazandusun.
e) Melahirkan semangat kerjasama, saling menghormati dan bersatu padu dalam diri.

HASIL KAJIAN
KAUM CINA
1. SENI TARI
Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari
negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi
Cina seperti tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu
Buwei . Tujuan keagamaan itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam
bentuk sekelompok wanita yang menghibur tamu pada acara jamuan kenegaraan dan
akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang. Cina adalah negara dengan banyak
ragam budaya yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan tarian
masing-masing. Tarian Tradisional Cina menggabungkan semua elemen dari tarian
masing-masing etnik, Opera Cina, Kungfu dan opera rakyat. Hasilnya adalah apa
yang kita sekarang kenal dengan Tarian Tradisional Cina yang sudah melewati
pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun.

a) Tarian Naga

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya
Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim
perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang
identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.
Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib
buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa
mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut
seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari
syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu
imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup,
membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang
dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap
dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai
gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakangerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan perananperanan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara
utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti
Han Barat, menulis sebuah buku "Chun Chiu Fan lu". Di dalam buku itu terdapat
maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu
menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah
baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum
naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan
berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan
tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan
ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima
warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan

lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun,
pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China
bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah
menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab
kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps
hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi
kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru
Cina.

b) Tarian Singa

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan
adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian
singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang
berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana
dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat
popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut
menggunakan warna merah, jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina).
Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan
bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang
berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat
ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai
upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala
kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai
cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna
hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini
bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang. Gaya tarian yang mana
penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum
singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan
bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi
oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

2. SENI MUZIK
a) Opera Cina

Opera Cina adalah sejenis persembahan seni yang melibatkan pelbagai cara
penyampaian di atas pentas.Opera Cina ini meliputi menyanyi dan melafaz
sebagai unsur utama persembahannya.Oleh sebab itu,lebih banyak orang
menyebut mendengar opera daripada menonton opera.Selain dua unsur
tadi,terdapat dua unsur lain juga dititikberatkan dalam persembahan opera
Cina:"Zuo" iaitu membuat dan "Da" yang membawa maksud pukulan.
Namun,menyanyi adalah unsur yang paling istimewa sehingga membezakannya
daripada drama yang lain. Kedudukan tinggi opera Cina sekarang adalah hasil
daripada

perkembangannya

melalui

jangka

masa

yang

cukup

lama.

Perkembangannya yang boleh disusur galurkan ke Dinasti Song (960-1279 Tahun


Masihi)itu sudah meresapi banyak unsur budaya tempatan di benua China dari
masa ke masa. Orang Cina masa dahulu tidak tahu sebab-musabab berlakunya
fenomena alam semula jadi, terutamanya malapetaka yang membawa kemusnahan
yang serius. Oleh sebab itu, mereka menganggap fenomena alam semula jadi dan
malapetaka itu sebagai tanda kemarahan Tuhan atau hukuman daripada Tuhan ke
atas rakyat jelata. Untuk mengelak kemalangan itu,mereka menyembah
Tuhan,bumi,hantu dan roh selain meminta mereka dilindungi agar nyawa dan
harta benda mereka selamat. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk
mengadakan aktiviti sembahyang itu tidak lain daripada pawang, bomoh dan ahli
sihir.Mereka membaca mentera dan doa dengan diiringi nyanyian dan
tarian.Selain berkomunikasi dengan Tuhan, roh dan hantu, nyanyian dan tarian
ditambah untuk memberi hiburan. Apa yang disebut serba ringkas itu adalah
prototaip dan model opera yang terawal yang seterusnya melahirkan opera Cina
tradisional sampai hari ini. Tempat sembahyang itulah kononnya bentuk dan rupa
teater awal persembahan drama yang diketahui ini. Ada pula yang mengatakan
opera Cina bermula daripada Dinasti Qin (1644-1911 Tahun Masihi) yang
mengasuh opera. Ini melambangkan perkembangannya daripada yang bertujuan
memberi hiburan dengan nilai seninya meningkat dari masa ke masa. Ia
dipersembahkan untuk menghibur pemimpin negara selain daripada memberi
nasihat kepada pemimpin secara humor supaya dapat mengatakan keadaan
sebenar negara masa itu dan seterusnya meminta pemimpin negara agar beruasaha
untuk

menyelesaikan

masalah

yang

berkenaan.Sehingga

kini,

selain

menghiburkan, opera Cina mempunyai fungsi mendidik dari segi nilai agama
dengan dibungkusi nilai humor. Persembahan ini diberi dengan pelakon

menggunakan cara menyanyi dan menari untuk menerangkan plot ceritanya. Plot
dengan perkembangan cerita itulah menjadi asas opera Cina, sedangkan
penyampaian plot berupa persembahan luaran pelakonnya. Keunikan opera Cina
boleh dilihat dalam plot ceritanya, muziknya, cara persembahannya dan latar
belakang pentasnya. Pelakon mengenakan pakaian tradisional, solekan muka yang
berlainan untuk menonjolkan watak yang berlainan, selain cara persembahan yang
tersendiri yang diwarisi turun temurun, ditambah dengan ekspresi dan mimikan
muka yang sesuai, tentulah termasuk cara menyanyi yang menghiburkan bersama
latar muzik daripada orkestra Cina untuk meningkatkan mesej dan perasaan yang
ingin disampaikan.

b) Er-hu

Erh-hu, alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz,kecil, sedang dan besar.
Cara bermain ialah Erh-hu didirikan tegap pada riba pemain semasa dimain. Tali
digesek dengan sebleah tangan manakala jari-jair tangan lainnya memetik tali-tali
atau digesek. Alat musik kedua yang akan diperkanalkan ialah Pipa yang
mempunyai 4 tali logam dan badannya dibuat daripada kayu. Beberapa tali
dipasang pada papan jari, tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan
pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Cara bermain ialah pipa dipegang berdiri
di atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jair
sebelah tangan lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan

pelbagai bunyi ketika dipetik. Jika terlibat dengan muzik, persembahan yang tidak
boleh dilupai merupakan opera cina yang merangkumi muzik dan tarian.

c) Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia
dinamakan sebagai Zhudi, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan
badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan
aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyibunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran
dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

d) Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu;
dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar.
Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali
diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi
papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

e) Yangqin
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik
instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi
terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara
atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan
orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad
pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur
Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman
Dinasti Ming ( 1368 1644), seiring dengan perkembangan hubungan
persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat
muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa
permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan

Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China.


Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi
alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

f) Guzheng
Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di
China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman
purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi
empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang
diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya,
ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah
banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga
sekarang ini, mempunyai 21 utas tali. Bunyi yang dihasilkan oleh guzheng ini
padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk
menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan
yang seni. Cara memainkannya adalah dengan mematik. Untuk memetik talinya,
alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau
plastic perlu dipakai pada jari pemain. Ketika membuat persembahan, jari kanan
akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk
mengawal melodi.

g) Gendang
Gendang Cina dibahagikan menjadi pelbagai jenis termasuk gendang
pinggang, gendang besar dan lain-lain. Antaranya gendang pinggang dibahagikan
kepada 4 jenis berdasarkan saiz, dan sering dimainkan dalam persembahan tarian
Yangge dalam kalangan rakyat Cina. Semasa mengadakan persembahan, gendang
itu diikatkan kepada pinggang pemain dan pemain memukul gendang dengan dua
batang tongkat pemukul.

h) Gong

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya


sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk
mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China.
Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu
naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong dibuat dengan logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung,
pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong
bergentar dan berbunyi. Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan
ialah gong besar dan gong kecil.
Garis tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering
dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana. Gong kecil
dibahagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana dan rendah.
Penggunaannya sangat meluas, sering dimainkan dalam pelbagai opera tempatan
tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.

i) Yueqin
Yueqin berkait rapat dengan pelbagai opera tempatan Cina. Alat muzik ini sering
digunakan untuk mengiringi opera etnik Bai, Qingyin danSichuan. Yueqin
merupakan salah satu daripada 3 jenis alat muzik yang paling penting dalam
orchestra Opera Beijing. Yueqin yang digunakan oleh para pemuzik China
sekarang sebenarnya telah beberapa kali diubah dan dimodenkan. Muzik yang
dimainkan oleh yueqin jenis tersebut lebih merdu berbanding yueqin tradisional
China.

3. PERMAINAN TRADISIONAL
Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks
yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang
penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah.Kebudayaan
Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di kalangan kawasan

berbahasa Cina di luar Tanah Besar China. Antara kesemua kebudayaan Cina, hiburan Cina
memainkan satu peranan yang penting kerana ini bukan sahaja sesuatu aktiviti untuk kita
meluangkan masa lapang. Hiburan Cina juga melambangkan kebijaksanaan kaum Cina
mencipta permainan, muzik dan tarian yang berbeza sejak masa dahulu. Jadi, aspek pertama
yang akan dibincangkan ialah permainan tradisional Cina.

a) Xiang qi
Catur Cina merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh
dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur.
Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti raja dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta sungai dan istana yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur. Permainan ini menggunakan bidak-bidak, mirip dengan
catur. Terdapat bidak raja, patih, gajah, kuda, benteng, dan prajurit. Bidak raja
dalam catur Cina hanya bisa dijalankan di empat kotak, konon sesuai dengan
fungsi raja yang tidak boleh keluar di lingkungan istana. Bidak gajah dijalankan di
kotak empat miring dan tidak menyeberang ke daerah lawan. Bidak kuda,
benteng, dan prajurit langkahnya hampir sama dengan catur biasa.Ada sedikit
keunikan dalam permainan ini adalah adanya bidak Meriam, yang memiliki gerak
mirip dengan bidak benteng, namun jika hendak menyerang bidak ini harus
melompati satu bidak lain, baik bidak musuh maupun bidak kawan.

b) Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk orang yang berasal
dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termauk
juga satu tahap nasib. Bergantung pada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau factor utama kejayaan.

Di Asia, mahjong sangat popular sebagai perjudian dan permainan


computer. Objek permainan mah-jong adalah membina set lengkap atau gabungan
biasanya bertiga daripada 13 atau 16 orang. Orang pertama yang mendapatkannya
dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain
sama ada 14 atau 17 keping. Salah satu mitos asal usul mah-jong menyatakan
bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung, telah membangunkan permainan
ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang boleh diragui
kebenarannya.
Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri
bersesuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar
doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan
tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhong (harfiah tengah), Fa
(harfiah kemakmuran), Bai (harfiah putih) masing-masing mewakili kemurahan
hati, kejujuran dan ketaatan terhadap ibu bapa. Mitos ini juga mendakwa bahawa
Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama mahjong yang
bermaksud burung pipit.
Walau bagaimanapun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping
pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pncipta. Teori lain
membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan
kad Cina yang disebut sebagai Madiao, secara harfiah bererti Kuda Tergantung
atau Yezi, secara harfiah bererti daun di zaman awal Dinasti Ming. Sehingga kini,
di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mah-jong sentiasa popular,
terutamanya dalam kalangan penutur Kantonis.

c) Yoyo
Selain itu, Yoyo Cina juga sejenis permainan yang berasal dari negara
China. Permainan ini dikenal pasti telah wujuk sejak zaman Dinasti Ming iaitu
sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Permainan ini mempunyai
dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo
Cina akan sentiasa berpusing pada tahi yang diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan megimbangi y-yo daripada

jatuh. Yo-yo tradisional dibuat daripada buluh yang mudah patah dan tidak sesuai
untuk aksi-aksi lasak.
Sesetengah yo-yo Cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila
dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi
kelajuan yo-yo. Bagaimanapun, yo-yo cina sekarang diperbuat daripada plastik
untuk menambah daya tahan.Manakala tongkat masih menggunakan kayu keras
sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih
sesuai

kepada

pemula.

Ada

juga

tongkat

dibuat

daripada aluminium,

karbon, logam dan Fibreglass. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa
mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin
melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo
cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina
membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

KAUM INDIA
1. SENI TARI
a. Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan
tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun
kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari
dem mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara
lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini
merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam,
Varnam, Padam dan Thillana. Muzik iringan untuk tarian ini ialah muzik
Carnatic India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic.

Menurut Abhinayadarpanam (dokumen berkuasa berkaitan tarian


India), sifat utama yang perlu ada pada setiap penari tarian ini adalah Javaha
(ketangkasan), Sthirathvam (kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik),
Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata),
Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Sraddha (kesetiaan) Vacho
(pertuturan yang baik) dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam ialah campuran abstrak dan emosi yang berasal
daripada dua unsur utama iatu Nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) &
Nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada
perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta
merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas. Setiap adavu mempunyai
tiga elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari)
dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
b. Tarian Bhangra
Tarian Bhangra merupakan salah satu tarian kebudayaan kaum Sikh. Ia
merupakan satu bentuk tarian untuk meraikan penglibatan dan kejayaan dalam
tuaian yang baik. Tarian ini berasal daripada wilayah Punjab di India.
Setiap pergerakan dalam tarian ini membawa maksud yang tersendiri
dalam memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari tarian ini yang
biasanya terdiri daripada daripada kalangan lelaki dan wanita akan
mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.
Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta
ketahanan seseorang penari. Salah satunya ialah gabungan antara ciri-ciri stunt
melangkaui kepupayaan artistic dan keupayaan fizikal. Lagu yang digunakan
untuk tarian ini adalah gabungan asli dengan instrumen tradisional seperti tholl
(drum), harmonica, tamborin dan klapper muzik.
Kepopulariti Bhangra di Malaysia biasanya ditarikan pada majlismajlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.
c. Tarian Khatak

Tarian Kathak berasal daripada perkataan India Katha yang bermaksud


seni bercerita. Dari sifat asalnya yang merupakan gambaran menghambakan
diri kepada dewa-dewa Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana
pemerintah.
Tarian yang berasal daripada India Utara ini boleh dijejak asalnya kepada
pencerita lisan nomad India Utara silam, dikenali sebagai Kathaks atau
pencerita. Pencerita ini membuat persembahan di lapangan kampong dan
laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral
dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimic
muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi
muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan cerita. Dalam bentuk kini
terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak
abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan Asia
Tenggara yang diimport oleh istana diraja era Mughal.
Teradapat tiga jurusan utama atau gharana bagi Kathak dari mana
pengamal masa kini menyusur susur galurnya: gharana dari Jaipur, Lucknow
dan Benares. Terdapat juga gharana Raigarh yang kurang menonjol dan lebih
muda dari mana teknik ketiga-tiga gharana sebelumnya digabung tetapi
menjadi terkenal kerana komposisinya yang berbeza.
Pada kurun ke 11 dan 12, pada waktu pemerintahan era Moghul di India,
persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Moghul.
Seni tarian Kathak ketika itu telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.
Pada ketika inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan hasil pengaruh
Tarian Sufi dari Turki.

2. SENI MUZIK
Muzik tradisional India adalah sejenis kesenian muzik tradisional dari India.
Walaupun India memiliki wilayah yang sangat luas dan pelbagai kebudayaan,
namun warisan tradisi seni muzik adalah sama. Oleh kerana India adalah tempat
kelahiran Buddha, pengaruh muziknya mangalir ke banyak negara yang

mempunyai aliran agama yang sama. Sumber terawal adalah sebuah kitab kuno
Natya Shastra mengenai pentas drama yang diiringi tarian dan muzik.
Sistem muzik kuno India dijelaskan dengan 22 pembahagian oktaf yang
menghasilkan 2 buah tangga nada dengan 7 bunyi dasar. Setiap bunyi di keduadua tangga nada berperanan sebagai bunyi pertama sehingga kesemuanya menjadi
14 bunyi. Kitab Natya Shastra juga menjelaskan mengenai karajter emosional dari
setiap bunyi. Bahagian utama dari konsep muzik India adalah mode yang
dinamakan ragas.
Ritma dalam muzik India dibangunkan dari blok bangunan yang lebih kecil
kepada yang lebih besar, sebuah konsep yang berpengaruh dalam muzik barat
mulai abad ke-20. Ritma ini dinamakan tala. Pada asalnya ritma muzik India
hanya terdiri daripada satu melodi yang mengalun melawan melodi yang lebih
rendah, dan pada melodi lainnya diikuti tabuhan gendang.
Walaupun muzik India dilengkapi dengan teori dan notasi yang kaya,
tradisinya diwariskan secara oral antara guru dengan murid. Alat-alat muzik India
yang penting adalah alat muzik senar, perkusi (percussion), sitar, table dan vina.
Alat muzik tiup memainkan sedikit peranan berbanding dengan muzik Barat.
a. Dholak
Dholak ialah gendang berkepala dua yang popular dalam kalangan
rakyat Asia Selatan. Ia mempunyai hiasan tali tradisional dan skru pengawal
tekanan. Dholak ialah instrumen zaman dahulu yang dikatakan mempunyai
sedikit persamaan dengan alat muzik India yang lain seperti tabla atau
pakhawaj. Gendang ini dibunyikan berdasarkan saiz antara dua kepalanya,
iaitu dhol (bahagian besar) dan dholki (bahagian kecil).
Alat muzik ini biasanya digunakan dalam qawwali, kirtan, Marathi
(lavaani) dan bhangra. Pada asalnya, ia dimainkan dalam tarian klasikal India,
di mana kanak-kanak akan menyanyi dan menari dalam upacara praperkahwinan. Selain itu, dholak digunakan dalam Filmi Sangeet (muzik filem
India), muzik chutney, baithak gana, nyanyian tan dan music tempatan
wilayah Jamaica, Suriname, Guyana, Trinidad dan Tobago.
Bahagian kepala dholak yang mempunyai nada tinggi dimainkan
dengan tangan kanan manakala bahagian kepala bass yang memberikan nada
rendah dimainkan dengan tangan kiri. Bahagian yang lebih kecil ini

membolehkan bunyi sliding yang dikenali antara mereka sebagai giss atau
gissa. Dalam sesetengah teknik bermain, cincin ibu jari besi digunakan utnuk
menghasilkan bunyi chak. Dalam teknik-teknik yang lain, kesemua jari
digunakan.
Mengikut kesesuaian rentak dan perayaan, gendang dholak ini boleh
dimainkan dalam keadaan berdiri, diletak atas peha pemain, digantung pada
bahu, atau dalam posisi duduk. Lapisan kulit gendang diperbuat daripada kayu
seperti kayu sheesham, kayu mango atau daripada batang kelapa.
Terdapat juga dholka yang sedikit berbeza daripada dholka yang biasa.
Dholki yang bermaksud paip atau tiub, kebiasaannya lebih kecil diameternya
dan menggunakan teknik table syahi masala. Alat ini turut dikenali sebagai
naal. Dholki seperti ini paling popular di kalangan rakyat Sri Lanka. Sejenis
lagi dholka iaitu dhaul, banyak dimainkan oleh rakyat Asia Barat.
b. Sitar
Sitar merupakan instrument bertali yang paling popular dalam
kalangan kaum India. Ia menggunakan beberapa tali untuk menghasilkan
bunyi tetapi kebiasaannya adalah 17 tali. Instrumen ini memunyai 3 tali utama
dan selebihnya adalah tali-tali yang menghasilkan melodi iringan. Tali-tali
tersebut dipetik menggunakan wayar plectrum yang dipanggil mizrab. Sitar
digunakan dalam pelbagai genre masyarakat India. Ia banyak dimainkan
sebagai muzik klasikal di India Utara. Dalam muzik filem dan sebagai
gabungan dalam mengiringi muzik moden Barat. Ia tidak jarang dijumpai
dalam persembahan-persembahan di India Selatan.

c. Veena
Veena, juga dikenali sebagai veenai, ialah instrument bertali yang
banyak dimainkan dalam muzik klasikal masyarakat India. Bunyi yang
dihasilkan berasal daripada reka bentuk alat muzik ini sendiri. Alat muzik ini
mempunyai reka bentuk seperti jambatan, leher yang panjang dan kurus, serta
ruang resonans.

Veena yang terawal adalah alat muzik seperti jenis harp yang popular
di Burma. Namun kini, alat muzik ini telah berkembang menjadi seperti alat
muzik jenis gitar.
Alat-alat yang digunakan dalam pembuatan veena ialah kayu tun untuk
leher, dan labu untuk ruang resonans. Bahagian lain diperbuat daripada tanduk
rusa, eboni atau jarang sekali tulang unta. Bahan-bahan sintetik turut
digunakan pada hari ini.
d. Tabla
Tabla ialah perkusi instrumen membranophone (sama bongos), yang
digunakan dalam muzik klasik Hindustan dan muzik popular dan kebaktian
benua kecil India. Instrumen ini terdiri daripada sepasang gendang tangan saiz
berbeza dan timbres. The tabla jangka berasal dari perkataan Arab, tabl, yang
hanya bermaksud "gendang." Tabla ini digunakan di dalam beberapa tradisi
muzik lain Asia di luar India, seperti dalam genre dangdut Indonesia.
Teknik bermain melibatkan banyak menggunakan jari dan tapak tangan
dalam pelbagai konfigurasi untuk mewujudkan pelbagai bunyi yang berbeza,
ditunjukkan di dalam suku kata mnemonik (bol). Tumit tangan digunakan
untuk memohon tekanan atau dalam gerakan gelongsor pada dram lebih besar
supaya padang ditukar semasa pereputan bunyi itu.

e. Tanpura
Tambura, tanpura, tamboura atau taanpura atau tanipurani adalah
seruling panjang berleher dipetik (alat bertali yang terdapat dalam pelbagai
bentuk dan di banyak tempat). Bentuk badan yang tambura agak menyerupai
sitar, tetapi ia tidak mempunyai frets - dan tali yang dimainkan terbuka. Satu
atau lebih tamburas boleh menemani pemuzik atau penyanyi lain. Ia
mempunyai empat atau lima (jarang enam) tali kawat, yang dipetik satu demi
satu dalam corak yang tetap untuk mewujudkan resonans harmonik pada nota
asas (Bourdon atau berdengung fungsi). Satu tanpura elektronik sering
digantikan dengan persembahan muzik klasik India kontemporari.

Tambura datang dalam saiz yang berbeza dan padang: lebih besar
"lelaki", yang lebih kecil "wanita" untuk penyanyi, dan versi yang lebih kecil
yang belum digunakan untuk mengiringi sitar atau sarod, yang dipanggil
tamburi atau tanpuri. Penyanyi lelaki padang nota tonik mereka (Sa), sering
kepada kira-kira C ; penyanyi wanita biasanya lebih tinggi kelima, walaupun
tonik yang berkenaan apa-apa nota, kerana tidak ada padang mutlak dalam
sistem muzik klasik India. Instrumen lelaki mempunyai rentetan panjang
terbuka kira-kira satu meter; perempuan adalah tiga perempat daripada lelaki.
Tanapura nama mungkin berasal dari Tana, merujuk kepada frasa
muzik, dan pura, yang bermaksud "penuh" atau "lengkap". Kedua-dua dalam
fungsi muzik dan bagaimana ia berfungsi, tambura adalah unik dalam banyak
cara. Ia tidak mengambil bahagian dalam bahagian melodi muzik, tetapi ia
menyokong dan mengekalkan melodi dengan menyediakan bidang resonans
harmonik berwarna-warni dan dinamik berdasarkan satu nada yang tepat, nota
asas atau nota utama. Selain itu, ia tidak bermain dalam irama dengan muzik.
Tempo adalah bebas daripada muzik ia menyokong, dan kelajuan bermain
mungkin berbeza-beza di seluruh persembahan atau kekal malar, mengikut
budi bicara pemain.

3. PERMAINAN TRADISIONAL
a) Aade-puli-atem
Permainan yang turut dikenali sebagai permainan kambing dan
harimau ini ialah permainan strategik, dua pemain (atau 2 pasukan)
permainan papan yang dimainkan di selatan India. Seperti Pulijudam,
permainan ini adalah simetri dalam bahawa seorang pemain mengawal tiga
harimau dan pemain lain mengawal sehingga 15 ekor kambing. Harimau
'memburu' kambing manakala kambing cuba untuk menyekat gerakan
harimau.
Ini adalah permainan kuno yang dimainkan di bahagian selatan India
terutama di negeri yang dipanggil Tamil Nadu. Lembaga yang dilukis pada
dinding jambatan di dalam mahadwara daripada kuil Chamundeshwari atas
Chamundi Betta (bukit) di Mysore, Karnataka. Permainan ini membantu orang
ramai untuk membangunkan strategi dan konsep kerja berpasukan melalui

pengajaran bahawa walaupun lemah, jika bersatu, kita boleh mengalahkan


musuh yang lebih kuat sebagai satu pasukan.
Pada awal permainan kesemua 3 Pulis (harimau) diletakkan di atas
puncak, dan 2 tempat dalaman yang paling dekat dengan puncak. Semua aadus
(kambing) bermula lembaga. Keping mesti diletakkan di bersilang garis
lembaga dan bergerak mengikuti ayat-ayat ini.
Pemain mengawal pergerakan yang aadus 'pertama dengan meletakkan
Aadu ke persimpangan percuma di atas kapal. Maka ia adalah giliran puli ini.
Satu puli kemudian berpindah ke kedudukan bersebelahan sepanjang garis
yang menunjukkan bergerak yang sah. Bergerak ganti antara pemain. Puli
menangkap seorang Aadu dengan melompat ke atas ke kedudukan percuma
bersebelahan (seperti dalam dam). Aadus tidak boleh bergerak sehingga semua
15 telah diletakkan di atas kapal. Puli menang jika semua aadus ditangkap.
Aadu menang jika semua Pulis disekat daripada pergerakan.
b) Kho kho
Kho Kho adalah Bangladesh, India, Pakistan dan sukan Afrika Selatan
dimainkan oleh pasukan dua belas pemain yang cuba untuk mengelakkan
disentuh oleh ahli-ahli pasukan lawan, hanya 9 pemain pasukan memasuki
bidang ini. Ia adalah salah satu daripada dua yang paling popular permainan
tradisional rakyat Asia Selatan.
Taman permainan Kho-Kho (atau padang) adalah segi empat tepat. Ia
adalah 29 meter panjang dan 16 meter lebar. Terdapat dua segi empat tepat
pada akhir. Salah satu sisi segi empat tepat ialah 16 meter dan bahagian lain
ialah 2.75 meter. Di tengah-tengah kedua-dua segi empat tepat, terdapat dua
tiang kayu. Lorong pusat adalah 907,50 cm panjang dan 30 cm X 30 cm di
lorong. Terdapat lapan lorong bersilang yang terletak di seluruh dataran kecil
dan setiap ia adalah 500 cm panjang dan 70 cm lebar, pada sudut tepat ke
lorong tengah dan dibahagikan sama rata kepada dua bahagian 7.30 cm setiap
satu dengan lorong pusat. Pada akhir lorong pusat, dua jawatan adalah tetap.
Mereka adalah 120 cm di atas tanah dan lilitan mereka tidak kurang dari 30
cm dan tidak lebih daripada 40 cm. Jawatan itu dibuat daripada tiang kayu
yang lancar di seluruh. Jawatan adalah tetap teguh di zon tangen bebas pada
ketinggian antara 120-125 cm.

Permainan

Kho-Kho

secara

meluas

boleh

diikuti

dengan

menyelesaikan kemahiran dan teknik-teknik asas mengejar dan kemahiran dan


teknik melarikan diri dan mengelak Chasers dan tidak membenarkan manamana satu lawan mengejar menyentuh orang anda atau pakaian yang dipakai
oleh pembela.
Mengejar memerlukan kelajuan asas dalam penubuhan pada ketika
Kho-Kho sama seperti mencetuskan blok dalam 100 mtrs. dijalankan pada
tembakan. Anda mesti mencapai pecutan maksimum dalam beberapa langkahlangkah untuk menangkap pertahanan lari berkumpul dan merangkul dia
landasan sempit mungkin di mana beliau tidak mungkin dapat menggunakan
taktik mengelak dengan bergerak di sebelah sama ada untuk menarik pemburu
untuk mengubah arah dan beliau garis bahu. Chaser boleh berjaya membuat
kesimpulan dengan menyelam di pertahanan dan menyentuh tumit kaki
belakang semasa berjalan.
c) Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Chaturanga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah catur dengan
kekuataan yang berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah terakhir, atau
dalam catur modern dengan menumbangkan sang raja. Dalam catur kuno,
papan catur memiliki 100 kotak atau lebih.
Permainan Chess atau Catur di zaman moden ini sebenarnya berasal
dari India dan mula tersebar ke Parsi.Apabila orang-orang Arab menakluki
Parsi, chess atau catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya
merebak ke Eropah Selatan. Di Eropah, chess berubah bentuk semasa dalam
abad ke-15. Perkataan "catur ataupun chess" itu sendiri berasal dari perkataan
"Chaturanga" dari bahasa Sanskrit yang bermaksud Empat Bahagian
Ketenteraan.
Pada awal abad 19, satu pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan
Duncan Forbes bahawa duhulu catur dimainkan oleh 4 orang sekaligus,
termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam puisi kepahlawanan, ia

bermaksud tentera.

Nama

itu

terjadi

daripada

pertempuran

dalam

ketenteraan Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah


simulasi permainan perang yang memperlihatkan kekuatan strategi militer
India saat itu.

d) Kabadi
Kabaddi adalah sukan pasukan Asia Selatan. Nama ini berasal dari
perkataan Tamil "Kai" (tangan), "Durian" (menangkap), yang diterjemahkan
ke dalam "Holding Hands". Dua pasukan menduduki bahagian bertentangan
dengan kolam renang kecil atau bidang dan bergilir-gilir menghantar
"penceroboh" ke dalam separuh yang lain, untuk memenangi mata dengan
mengatasi anggota pasukan lawan, kemudian penceroboh cuba untuk kembali
ke setengah sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi"
semasa keseluruhan serbuan. Penceroboh tidak menyeberangi lobi melainkan
jika dia menyentuh mana-mana lawannya. Jika dia berbuat demikian, maka dia
akan diisytiharkan sebagai "keluar". Terdapat juga garis bonus yang
memastikan mata tambahan untuk penceroboh itu jika dia berjaya menyentuh
dan kembali kepada pasukannya di padang berjaya.
Dalam versi pasukan antarabangsa kabaddi, dua pasukan tujuh anggota
masing-masing menduduki bahagian bertentangan dengan satu bidang 10 m
13 m dalam kes lelaki dan 8 m 12 m dalam kes wanita. Masing-masing
mempunyai tiga pemain tambahan diadakan dalam simpanan. Permainan ini
dimainkan dengan bahagian 20 minit dan berehat rehat lima minit di mana sisi
pertukaran pasukan.
Pasukan bergilir-gilir menghantar "penceroboh" separuh pasukan yang
bertentangan, di mana matlamatnya adalah untuk menandakan atau bertumbuk
("mengurung") ahli-ahli pasukan yang bertentangan sebelum kembali ke
separuh rumah. Tagged ahli adalah "keluar" dan dihantar sementara di luar
bidang.
Matlamat pertahanan adalah untuk menghentikan penceroboh kembali
ke pasukan tuan rumah sebelum mengambil nafas. Jika mana-mana tujuh
pemain

menyeberangi

lobi

tanpa

menyentuh

penceroboh

dia

akan

diisytiharkan sebagai "keluar". Setiap kali apabila pemain adalah "keluar",


pasukan lawan mendapat mata. Skor pasukan bonus dua mata, yang dipanggil
"Lona", jika pasukan lawan seluruh diisytiharkan sebagai "keluar". Pada akhir
permainan, pasukan dengan mata yang paling menang. Perlawanan
dikategorikan mengikut umur dan berat badan. Enam pegawai menyelia
perlawanan: satu pengadil, dua pengadil, penjaring dan dua pembantu
penjaring.

KAUM IBAN
1. SENI TARI
Tarian ngajat adalah merupakan identiti utama masyarakat Iban yang menjadi
kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Keunikan dalam setiap persembahan tarian
ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan
tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya
merupakan satu indentiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan
keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda
kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun ini. Perayaan Gawai (Pesta
Menuai) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban yang merupakan 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak dan ethnik yang terbesar di negeri tersebut yang
disambut pada awal bulan Jun setiap tahun.
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai
sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah
sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong,
Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua
Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).
Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut
kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga
meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman
padi.

a) Ngajat berbunuh
Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini
merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka
sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh
ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

b) Ngajat Induk

Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang


memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat
pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang
tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

c) Tarian Ngajat Lesong


Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki
kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong.
Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini
hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

d) Ngajat Ngalu Temuai


Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang
datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan
sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang
ramai.

e) Ngajat Kuta
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari
lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian
sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.
f) Ngajat Pua Kumbu
Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian

ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.
Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari
sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

g) Gagung ( Baju Burung)


Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju
burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung
merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan
seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan
memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut.
Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya
dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya

Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan
adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan
memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Muzik/ Lagu Iringan


Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang,
tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Kesimpulan
Kini persembahan tarian ngajat yang merupakan tarian tradisional yang
dulunya hanya dapat dinikmati ketika perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah

diperkembangkan dan dikomersialkan untuk tujuan memperkukuhkan sektor


pelancongan dan memperkasakan budaya di Sarawak.

2. SENI MUZIK
a) Engkerurai
Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun
tidak ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai
merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini,
baik

di

pertunjukan

umum

mahupun

dipamerkandalam

bahan

cetak.

Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.


Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu. Ia berada dalam keadaan
bertentangan dengan leher labu. Indu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor. Di sebelah kanan indu
ialah ngingit. Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti
indu. Bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu.
Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah
ranggong. Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.
Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu iaitu Tebah
Lantang, Kenjan Keterubah, Kenjan Kadua, Saka Dua, Baling, Alun Panjai, Entak
Kepayang, Seri Dayong, Kenyah, Keliute dan Indu Gu.
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan
membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil
pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang
dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

b) Sape/sapeh

Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek
dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya
meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai
ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut
sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum
kayan dan kenyah. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian
seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan
gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak lagi diamalkan.
Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai
bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali.
Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka
menggunakan tali sabut dari Sago.

Dalam konteks persembahan talinya dilaras

mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti
berikut:
Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada c satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third di
bawah middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada F iaitu perfect fourth atas middle c.
Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan
melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone
yang dimainkan dalam keadaan terbuka (in open string) pada derap terakhir bagi
setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan
sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan penalaannya
mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan

c) Engkeromong
Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobedgong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada

tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara .
Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan
dalam ensamble untuk mengiringi tarian ngajat. Dalam konteks persembahan ,
engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan
biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu
dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk
menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu
in step wise , menaik dan menurun.
Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang
berukuran besar iaitu dikenali sebagai badai . Alat ini menyerupai alat tetawak
yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan
bagi masyarakat iban.

d) Gendang wanita/ bermukum


Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya
bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya
daripada batang kelapa ataupun sago.
Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing
dan disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita
yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis
persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai bermukum di kalangan
masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan dondang sayang
dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan bermukum ketua
kumpulan gendang wanita

akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai

gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang
ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna
melalui jual pantun sambil berjoget.
Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai
benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan
orang islam.

Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka
dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada
permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum
kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di
Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai
oleh masayarakat melayu.

3. PERMAINAN TRADISIONAL
Tibow
Tibow, sejenis permainan tradisi masyarakat Sarawak yang sangat popular.
Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung
sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim
buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah anak-anak muda
berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.
Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung
kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak
mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan
pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat
sebarang kecederaan parah.
Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan
bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada
zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada
waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi
keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.
Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti
yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk
membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan
peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan
menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.

Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki


diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana
sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk
penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan
dan menambahkan gempar suasana.
Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun
dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat'
Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo' tibow atau dewa yang menguasai
permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas
mendirikan tiang itu.

KAUM KADAZANDUSUN
Negeri Sabah yang dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu merupakan antara negeri di
Malaysia yang mempunyai banyak suku kaum yang unik dari segi tradisinya. Antara suku
kaum utama di Sabah adalah kaum KadazanDusun.

1. SENI TARI

Tarian Sumazau
Salah satu tarian tradisonal kaum Kadazandusun di Sabah adalah tarian Sumazau. Ia amat
terkenal di Sabah dan sering ditarikan semasa Pesta Kaamatan (menuai) dan majlis
perkahwinan.
Sumazau bermaksud Hari Penuaian. Tarian ini menyerupai burung helang yang
sedang terbang yang disaksikan petani-petani semasa musim menuai.
Tarian ini adalah sebagai tanda kesyukuran kepada semangat padi(bambazon) atas
hasil tuaian padi yang banyak. Bukan itu sahaja, tarian ini juga digunakan untuk menyemah
semangat, menghindar roh jahat dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan lengkap berpakaian pakaian
tradisional kaum Kadazandusun. Kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkan
seperti burung. Tarian ini ditarikan dengan perlahan dan lemah lembut. Kaki turut digerakkan
dengan langkah-langkah kecil, manakala tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut rentak
gong. Penari akan menari dalam gerakan turun naik seperti burung sedang terbang.
Tarian ini diiringi dengan paluan gong yang terdiri daripada 6 buah tagung (gong)
yang berbeza ukuran dan satu gandang (gendang) dengan rentak yang khusus. Turut
mengiringi rentak tarian ialah kulintangan, sejenis alat muzik yang terdiri daripada 9 buah
gong kecil yang dibuat daripada logam tembaga atau besi. Tempoh dan rentak paluan alat-alat
muzik ini berbeza mengikut daerah dan kampung.
Penari tarian Sumazau kebiasaannya akan memakai pakaian tradisional kaum
Kadazandusun. Pakaian ini diperbuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi corak-corak
menarik menggunakan benang emas. Penari perempuan akan turut memakai selendang dan
tangkong, sejenis tali pinggang tradisional yang diperbuat daripada syiling perak. Penari
lelaki akan memakai tanjak dan menyendang daun silad kering.

2. SENI MUZIK

Dari segi alatan muzik tradisional pula, kaum ini mempunyai banyak jenis alat
muzik yang biasanya diperbuat daripada besi dan sumber asli seperti bambu. Antara
alat muzik ialaah gong(tagung), sompoton, kulintangan dan togunggu.
a. Gong (tagung)
Alat muzik utama yang sering dimainkan oleh kaum ini ialah gong
(tagung). Alat ini biasanya dimainkan untuk mengiringi tarian sumazau.
Kebiasaannya, alat ini diperbuat daripada besi. Bilangan gong yang digunakan
adalah berbeza mengikut keperluan sesuatu majlis keramaian. Bagi tarian
sumazau pula, biasanya, 6 buah gong yang berlainan saiz akan digunakan. Alat
ini boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia
juga digunakan sebagai hantaran perkahwinan dan dalam upacara kepercayaan
animinisme.
b. Sompoton
Selain gong, satu lagi alat muzik yang terkenal di negeri Sabah ialah
Sompoton. Alat ini dimainkan dengan cara meniup menggunakan mulut. Alat
ini terdiri daripada sebiji buah labu kering dengan lapan batang paip buluh
yang disusun dalam dua lapisan.
c. Kulintangan
Kulintangan juga adalah antara alat muzik yang sering dimainkan oleh
masyarakat KadazanDusun. Kulintangan dimainkan bersama-sama dengan
gong-gong tradisional dalam majlis-majlis dan perayaan. Ianya diperbuat
daripada lapan atau sembilan buah gong yang kecil dan disusun dalam satu
barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Kulintangan akan mengeluarkan
bunyi-bunyi yang berbeza apabila dipukul.
d. Togunggu
Selain itu, satu lagi alat muzik yang terkenal di kalangan kaum ini
adalah Tongunggu. Set alat muzik ini diperbuat daripada bamboo dan biasanya
terdiri daripada enam buah tongunggu. Muzik yang terhasil menyerupai satu
set gong.
3. PERMAINAN TRADISIONAL
Sepak Manggis

Terdapat satu permainan tradisional kaum KadazanDusun Tindal dan Bajau


yang sangat istimewa dan dimainkan semasa keraian seperti majlis perkahwinan.
Permainan ini dinamakan Sepak Manggis. Permainan ini bertujuan untuk memupuk
semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim.
Sebagai contoh, dalam majlis perkahwinan, permainan ini dimainkan di
sebuah kawasan lapang yang berhampiran dengan rumah pengantin. Sebatang tiang
buluh yang tinggi diperlukan dan satu kotak yang berwarna-warni akan digantung
pada titik tertinggi pada tiang tersebut. Kotak tersebut diiisi dengan hadiah tunai yang
lumayan yang disediakan oleh pihak lelaki. Kemudian, satu bola rotan akan ditendang
untuk mencapai kotak berwarna-warni tersebut. Kebiasaannya, permainan ini dimulai
dengan kanak-kanak, dikuti dengan remaja dan orang tua.
Peserta bebas menendang berkali-kali untuk mencapai sasaran tersebut. Dan
permainan ini boleh dimainkan sepanjang hari kerana tahap sasaran yang amat tinggi.
Permainan ini secara tidak langsungnya dapat mengeratkan hubungan antara keluarga.
Oleh sebab itu, permainan tradisional seperti ini wajar dikekalkan dan diturunkan
kepada generasi muda agar tidak luput ditelan zaman.

KESIMPULAN

Pada akhir kajian ini, kami telah dapat mengenali dengan lebih spesifik tentang empat
kumpulan etnik di Malaysia iaitu kaum Cina, India, Iban dan Kadazandusun. Sepanjang
proses kajian, kami telah mencari maklumat mengenai hiburan dan aspek kesenian keempatempat kaum tersebut. Setiap kaum mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur dan
bergiat seni. Setiap teknik yang mereka gunakan mempunyai makna yang spesifik dan tersirat
sebagai lambang sesuatu perkara. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dengan
mengenali ciri-ciri setiap kumpulan etnik, secara tidak langsung lahir dalam diri kami
perasaan saling menghormati dan menerima perbezaan budaya.
Tekad untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam Gagasan 1Malaysia perlu
diakui sebagai laur biasa, jika dibandingkan dengan sebelumnya. Ini antaranya dapat dilihat
pada penggunaan penerimaan yang menggantikan toleransi dalam usaha perpaduan rakyat.

Dengan menerima bahasa, budaya dan agama kaum lain dengan fikiran terbuka sebagai
keunikan negara Malaysia sebagai negara majmuk.
Hal inilah adalah antara destini yang perlu diterima. Justeru hubungan etnik di
Malaysia perlu dipupuk dengan penuh kesederhanaan, akomodasi, penerimaan dan
permuafakatan. Sehubungan itu, perpaduan kaum yang harmoni bukan sahaja satu mitos yang
perlu dibentuk, tetapi satu keperibadian nasional yang perlu dibentuk untuk mendukung jati
diri kebangsaan.

RUJUKAN

ammal90.blogspot.com/2010/08/permainan-tradisional-di-malaysia.html
chillgideon.blogspot.com/2010/08/tariankadazandusun_05.html
Faizuddinpro.blogspot.com/2012/11/alat-muzik-kulintangan.html
http://alonganaz.wordpress.com/2009/10/07/hiburan-kaum-cina-dan-indiamalaysia/
http://chandrakantha.com/articles/indian_music/drone.html
http://chillgideon.blogspot.com/

http://cikgu-enn.blogspot.com/p/masyarakat-india_10.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Aadu_puli_attam
http://en.wikipedia.org/wiki/Chaturanga

http://en.wikipedia.org/wiki/Dholak
http://en.wikipedia.org/wiki/Kabaddi
http://en.wikipedia.org/wiki/Kho_kho
http://en.wikipedia.org/wiki/Tabla
http://en.wikipedia.org/wiki/Veena_(Instrument)
http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter18/chapter180101.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Kathak
http://mylivingwall.com/en/commentary-news-menu-70/7979-kaum-bangsa-danrakyat-malaysia
http://n9kini.com/rakyat-harmoni-walaupun-berbilang-kaum/
http://ngbeelang.blogspot.com/2012/12/alat-muzik-kaum-cina.html
http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/permainan-tradisional-kaumkaum-di-malaysia-17/
http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
http://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/muzik-tradisional/muziktradisional-cina/

http://www.geocities.ws/kebudayaan2001/tarian_india.htm
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/masyarakat-berbilangkaum-di-malaysia/

ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Sumazau
muziktradisisabahdansarawak.blogspot.com
TarianMalaysia29.blogspot.com
www.sabah.edu.my

LAMPIRAN
KAUM CINA

Tarian Naga

Tarian Singa

Opera Cina

Er-hu

Seruling cina

Pipa

Yangqin

Gendang cina

Guzheng

Gong

Yueqin

Permainan tradisional orang Cina: xiangqi (catur), mah-jong, yoyo

KAUM INDIA

Tarian Bharata Natyam

Tarian Bhangra

Tarian Khatak

Dholak

Sitar

Tabla

Veena

Tanpura

Rajah dasar permainan Aade puli atem

Kho kho

Chaturanga

Kabadi

KAUM IBAN

Tarian Ngajat

Tarian Gagung

Engkerurai

Engkeromong

Sape

Gendang wanita

Tibow, permainan tradisional utama kaum Iban di Sarawak

KAUM KADAZANDUSUN

Tarian Sumazau

Gong (tagung)

Kulintangan

Sompoton

Togunggu

Sepak manggis, permainan tradisional kaum Kadazandusun di Sabah

You might also like