You are on page 1of 21

Jadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid-murid

1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11 · 12 · 13 · Markah: 0.00% | Progres:


14 · 15 · 16 · 17 · 18 · 19 · 20 · 21 · 22 · 23 · 24 · 25 ±00:08
· 26 · 27 · 28 · 29 · 30 · 31 · 32 · 33 · 34 · 35 · 36 · 0/40 | Masa: /
60:00 | Sudah Tamat
37 · 38 · 39 · 40

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1    Abang Amir bertugas sebagai __________ di Balai Polis Bukit Kiara.

A mata-mata
B suka-suka
C orang-orang
D patung-patung

Huraian

A. Mata-mata - bermaksud polis penyiasat, penyuluh.


B. Suka-suka - bermaksud seronok-seronok.
C. Orang-orang - bermaksud tiruan orang, boneka, patung.
D. Patung-patung - bermaksud sepatung, sibur-sibur atau banyak patung.
(ID:1343848295558 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2    Reban ayam itu telah reput dimakan oleh __________.

A kura-kura
B anai-anai
C kelip-kelip
D labah-labah

Huraian

A. Kura-kura - bermaksud sejenis binatang reptilia dalam keluarga yang mempunyai


kulit yang keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat.
B. Anai-anai - bermaksud sejenis serangga seperti semut, putih warnanya, membuat
sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong
dalam order Isoptera.
C. Kelip-kelip - bermaksud sejenis serangga yang bersayap (tubuhnya mengeluarkan
cahaya yang berkedip-kedip).
D. Labah-labah - bermaksud sejenis serangga berkaki lapan yang membuat sarang dengan
menyirat benang yang keluar daripada badannya (dan sarang ini dapat
memerangkap mangsanya).
(ID:1343848295555 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

3    Suaranya __________ kerana menahan kesedihan apabila mendengar berita kematian
suaminya itu.

A ternanti-nanti
B tersekat-sekat
C terbahak-bahak
D tercungap-cungap

Huraian

A. Ternanti-nanti - bermaksud menunggu-nunggu dengan penuh harapan, selalu


berharap.
B. Tersekat-sekat - bermaksud terputus-putus (suara dan lain-lain), tersangkut-
sangkut.
C. Terbahak-bahak - bermaksud tertawa dengan kuat dan tidak tertahan-tahan (kerana
terlalu geli hati), tertawa gelak-gelak.
D. Tercungap-cungap - bermaksud bernafas kencang (melalui mulut dan hidung) kerana
kepenatan dan lain-lain, terngap-ngap (susah bernafas), mengap-
ngap, terengah-engah.

(ID:1343848295528 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

4    Suasana di tempat kenduri itu __________ dengan suara para jemputan yang hadir.

A huru-hara
B kacau-bilau
C riuh-rendah
D kelam-kabut

Huraian

A. Huru-hara - bermaksud dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau.


B. Kacau-bilau - bermaksud sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau,
kacau-balau.
C. Riuh-rendah - bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk.
D. Kelam-kabut - bermaksud tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau.
(ID:1343848295539 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Kita tidak sepatutnya mempercayai perkara yang __________.

A karut-marut
B hingar-bingar
C lintang-pukang
D pontang-panting

Huraian

A. Karut-marut - bermaksud terlalu bohong atau dusta.


B. Hingar-bingar - bermaksud riuh rendah atau bising.
C. Lintang-pukang - bermaksud tidak menentu arahnya.
D. Pontang-panting - bermaksud lari lintang pukang.

(ID:1343848295545 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Adik __________ untuk mendapatkan ayah yang baru pulang dari pejabat.

A berpeluk-peluk
B berpusu-pusu
C bersiar-siar
D berlari-lari

Huraian

A. Berpeluk-peluk - bermaksud saling memeluk atau berdakapan.


B. Berpusu-pusu - bermaksud berduyun-duyun.
C. Bersiar-siar - bermaksud berjalan-jalan makan angin.
D. Berlari-lari - bermaksud bergerak dengan cepat atau berkejar-kejar.

(ID:1343848295569 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
7    Dari jauh telah kelihatan suasana pasar malam yang __________ itu.

A sunyi-sepi
B riuh-rendah
C hingar-bingar
D terang-benderang

Huraian

A. Sunyi-sepi - bermaksud senyap tanpa sebarang bunyi.


B. Riuh-rendah - bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain.
C. Hingar-bingar - bermaksud bunyi yang sangat bising.
D. Terang-benderang - bermaksud pemandangan yang sangat terang dengan cahaya.

(ID:1343848295549 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

8    Kelihatan kilat __________ diikuti bunyi guruh yang kuat sewaktu hujan lebat pada
petang semalam.

A kejar-mengejar
B lintang-pukang
C porak-peranda
D sabung-menyabung

Huraian

A. Kejar-mengejar - bermaksud perbuatan saling mengejar.


B. Lintang-pukang - bermaksud (keadaan) yang amat tidak teratur dan tidak tentu
arahnya.
C. Porak-peranda - bermaksud(keadaan) tidak tenteram (huru-hara dan sebagainya),
kucar-kacir.
D. Sabung-menyabung - bermaksud berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat,
dan lain-lain).

(ID:1343848295557 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
9    Ibu suka minum air yang disimpannya di dalam __________ kerana rasanya sangat
sejuk dan nyaman.

A labu-labu
B tupai-tupai
C kuda-kuda
D api-api

Huraian

A. Labu-labu - bermaksud buyung, bekas air, baldi.


B. Tupai-tupai - bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan
lain-lain untuk menyangga sesuatu.
C. Kuda-kuda - bermaksud penyangga (penopang) yang dibuat daripada kayu untuk
papan hitam yang berkaki tiga, kayu penyangga tulang bumbung rumah.
D. Api-api - bermaksud sejenis serangga atau kunang-kunang.

(ID:1343848295576 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Rambut pengemis itu kelihatan __________ dan pakaiannya berbau hapak.

A calar-balar
B kusut-masai
C celorong-celoreng
D compang-camping

Huraian

A. Calar-balar - bermaksud banyak garis


yang tidak keruan, penuh
dengan calar.
B. Kusut-masai - bermaksud bersimpul-
simpul dengan tidak
berketentuan hingga susah
hendak dicerai-ceraikan
( rambut, benang, dan lain-
lain), tidak kemas atau
bersikat rapi (rambut
seseorang).
C. Celorong-celoreng - bermaksud (baju
askar)  yang coraknya
berupa palitan berbagai-
bagai warna yang kehijau-
hijauan.
D. Compang-camping - bermaksud koyak-koyak
( kain, baju, dan lain-lain),
cabik-cabik, cobak-cabik.

(ID:1343848295548 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11    Banyak __________ diadakan semasa musim cuti persekolahan.

A lauk-pauk
B kuih-muih
C rempah-ratus
D kenduri-kendara

Huraian

A. Lauk-pauk - bermaksud bermacam-macam lauk.


B. Kuih-muih - bermaksud bermacam-macam jenis kuih
C. Rempah-ratus - bermaksud bermacam-macam jenis rempah.
D. Kenduri-kendara - bermaksud berbagai-bagai jenis kenduri.

(ID:1343848295542 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12    Kakak saya sedang melipat __________ di dalam bakul yang baru diangkatnya
daripada ampaian.

A buku-buku
B kertas-kertas
C kasut-kasut
D kain-kain

Huraian

A. Buku-buku - bermaksud banyak buah buku (kata ganda seluruh kata)


B. Kertas-kertas - bermaksud banyak helai kertas (kata ganda seluruh kata)
C. Kasut-kasut - bermaksud banyak pasang kasut (kata ganda seluruh kata)
D. Kain-kain - bermaksud banyak helai kain (kata ganda seluruh kata)

(ID:1343848295575 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13    Baju adik __________ kerana dia berlari dalam hujan yang lebat itu.

A kering-kontang
B compang-camping
C basah-kuyup
D kusut-masai

Huraian

A. Kering-kontang - bermaksud sangat kering.


B. Compang-camping - bermaksud koyak-rabak.
C. Basah-kuyup - bermaksud basah semuanya.
D. Kusut-masai - bermaksud keadaan yang tidak terurus.

(ID:1343848295546 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14    Pengemis yang berpakaian __________ itu pengsan kerana sudah beberapa hari tidak
menjamah makanan.

A tunggang-langgang
B compang-camping
C lintang-pukang
D kusut-masai

Huraian

A. Tunggang-langgang - bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-


tenggang.
B. Compang-camping - bermaksud koyak-koyak (tentang kain baju); cabik-cabik.
C. Lintang-pukang - bermaksud (berlari) tunggang-langgang.
D. Kusut-masai - bermaksud sangat kusut; masai.

(ID:1343848295530 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15    Maliki gemar makan __________ ikan.

A jejari
B pepuyu
C bebola
D tetulang

Huraian

A. Jejari - bermaksud bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan rim,
terutamanya basikal, garis lurus dari pusat ke keliling bulatan.
B. Pepuyu - bermaksud sejenis ikan darat.
C. Bebola - bermaksud sesuatu (objek dan sebagainya) yang berbentuk bulat seperti
bola.
D. Tetulang - bermaksud rangka bentuk rumah, bahagian rangka sesuatu binaan (barang
dan lain-lain).

(ID:1343848295552 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16    Suasana di pasar itu __________ dengan suara pembeli dan penjual.

A riuh-rendah
B kusut-masai
C lintang-pukang
D tunggang-langgang

Huraian

A. Riuh-rendah - bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk.


B. Kusut-masai - bermaksud tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran) kacau,
rumit.
C. Lintang-pukang - bermaksud tidak menentu arahnya (orang berlari), bergerak
bertempiaran.
D. Tunggang-langgang - bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang).

(ID:1343848295541 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

17    Sudin dan Chandran sering __________ kosong di warung Wak Hasyim.

A berbaik-baik
B berbual-bual
C bermain-main
D berehat-rehat

Huraian

A. Berbaik-baik - bermaksud tidak bermusuhan.


B. Berbual-bual - bermaksud bercakap-cakap.
C. Bermain-main - bermaksud melakukan sesuatu untuk bersenang-senang.
D. Berehat-rehat - bermaksud melepaskan lelah.

(ID:1343848295574 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

18    Guru Besar itu tidak suka membincangkan __________ yang remeh dalam mesyuarat.

A perkara-perkara
B cakap-cakap
C pandang-pandang
D rahsia-rahsia

Huraian

A. Perkara-perkara - bermaksud banyak hal atau perkara.


B. Cakap-cakap - bermaksud kata-kata.
C. Pandang-pandang - bermaksud lihat-lihat.
D. Rahsia-rahsia - bermaksud banyak rahsia.

(ID:1343848295537 )
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Amri __________ tidur ketika ibu menyuruhnya ke kedai untuk membeli beras dan
gula.

A berpura-pura
B berfoya-foya
C bermain-main
D berkelip-kelip

Huraian

A. Berpura-pura - bermaksud berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya


seperti (seseorang dan sebagainya yang bukannya dirinya yang
sebenar), berlagak.
B. Berfoya-foya - bermaksud bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta (dengan
menghabiskan masa dan wang).
C. Bermain-main - bermaksud muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dan
sebagainya).
D. Berkelip-kelip - bermaksud kejam (pejam) celik dengan pantas (berkenaan mata),
seketika terang seketika padam (berkenaan lampu), berkedip-kedip,
terkedip-kedip (berkenaan mata, lampu, dan lain-lain), gemerlapan
(bintang dan lain-lain).

(ID:1343848295527 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

20    Wajah Swee Lan __________ apabila mendapat tahu permohonannya ke Universiti
Sains Malaysia telah diterima.

A berkelip-kelip
B berbalam-balam
C berkilau-kilau
D berseri-seri

Huraian

A. Berkelip-kelip - bermaksud berkedip-kedip, mengerdip.


B. Berbalam-balam - bermaksud nampak kurang jelas.
C. Berkilau-kilau - bermaksud bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap.
D. Berseri-seri - bermaksud kelihatan bercahaya mukanya.
(ID:1343848295562 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

21    Penduduk Taman Damai __________ membina sebuah dewan orang ramai.

A berpusu-pusu
B bergegas-gegas
C bergotong-royong
D berhati-hati

Huraian

A. Berpusu-pusu - bermaksud berduyun-duyun.


B. Bergegas-gegas - bermaksud  membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat.
C. Bergotong-royong - bermaksud mengusahakan secara beramai-ramai.
D. Berhati-hati - bermaksud memberi perhatian yang teliti (sewaktu melakukan
sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat.

(ID:1343848295561 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

22    Para pemain kedua-dua pasukan bermain __________ untuk menjuarai perlawanan itu.

A berhabis-habisan
B bermati-matian
C bergilir-gilir
D beramah-tamah

Huraian

A. Berhabis-habisan - bermaksud sehingga habis (harta atau wang).


B. Bermati-matian - bermaksud bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
C. Bergilir-gilir - bermaksud berganti-ganti.
D. Beramah-tamah - bermaksud berbual-bual dengan mesra.

(ID:1343848295570 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

23    Pemain pasukan Pahang telah __________ untuk memenangi perlawanan itu.

A berasak - asak
B berbolak- balik
C berhempas – pulas
D bergotong - royong

Huraian

A. Berasak-asak - bermaksud berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan.


B. berbolak- balik - bermaksud berulang - alik atau pergi dan balik.
C. Berhempas-pulas - bermaksud bekerja keras (mati-matian), membanting tulang.
D. Bergotong-royong - bermaksud tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-
sama.

(ID:1343848295535 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

24    Abang Azmir kelihatan __________ di hadapan bilik bersalin kerana resah menunggu
isterinya melahirkan anak pertama mereka.

A lalu-lalang
B bolak-balik
C simpang-siur
D mundar-mandir

Huraian

A. Lalu-lalang - bermaksud banyak pelaku yang


melalui sesuatu jalan atau
sesuatu tempat.
B. Bolak-balik - bermaksud perjalanan pergi dan
balik seseorang atau suatu
pihak dari satu tempat ke satu
tempat secara berterusan.
C. Simpang-siur - bermaksud bergerak ke sana ke
mari (kenderaan di jalan raya),
sibuk benar, hilir mudik.
D. Mundar-mandir - bermaksud perbuatan seseorang
yang berlegar-legar dalam
kawasan yang sempit serta
jarak yang dekat.

(ID:1343848295547 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

25    __________ Hani yang pedas itu sangat menyakitkan hati Sarah.

A Janji-janji
B Kata-kata
C Luka-luka
D Ubat-ubat

Huraian

A. Janji-janji - bermaksud kata-kata untuk menyakinkan seseorang.


B. Kata-kata - bermaksud banyak kata atau cakap.
C. Luka-luka - bermaksud banyak luka.
D. Ubat-ubat - bermaksud banyak ubat.

(ID:1343848295538 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

26    __________ lagi Firdaus sudah menjangkakan kemenangan pasukan bola sepak
sekolahnya.

A Dulu-dulu
B Awal-awal
C Diam-diam
D Lama-lama

Huraian

A. Dulu-dulu - bermaksud yang telah lepas.


B. Awal-awal - bermaksud sebelum waktu biasa.
C. Diam-diam - bermaksud senyap-senyap.
D. Lama-lama - bermaksud panjang masanya.
(ID:1343848295534 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

27    Ibu sedang menyapu ________ kering yang bertaburan di halaman rumah.

A dedaun
B dedalu
C kekaras
D kekandi

Huraian

A. Dedaun - bermaksud pelbagai jenis daun, bak daun.


B. Dedalu - bermaksud sejenis tumbuhan (pokok), dalu-dalu, jenis pokok menumpang.
C. Kekaras - bermaksud karas-karas (sejenis kuih), karas.
D. Kekandi - bermaksud pundi-pundi, kantung.

(ID:1343848295571 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

28    Angin yang bertiup __________ membuatkan saya berasa nyaman dan segar sekali.

A kencang-kencang
B nyaman-nyaman
C lembut-lembut
D sepoi-sepoi

Huraian

A. Kencang-kencang - bermaksud laju (ribut).


B. Nyaman-nyaman - bermaksud cergas, segar, sihat.
C. Lembut-lembut - bermaksud tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak.
D. Sepoi-sepoi - bermaksud perlahan-lahan (tiupan angin)

(ID:1343848295529 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
29    Di dalam rumah banglo yang tidak berpenghuni itu dipenuhi oleh sawang __________.

A kura-kura
B anai-anai
C kelip-kelip
D labah-labah

Huraian

A. Kura-kura - bermaksud sejenis binatang reptilia dalam keluarga yang mempunyai


kulit yang keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat.
B. Anai-anai - bermaksud sejenis serangga seperti semut, putih warnanya, membuat
sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong
dalam order Isoptera.
C. Kelip-kelip - bermaksud sejenis serangga yang bersayap (tubuhnya mengeluarkan
cahaya yang berkedip-kedip).
D. Labah-labah - bermaksud sejenis serangga berkaki lapan yang membuat sarang dengan
menyirat benang yang keluar daripada badannya (dan sarang ini dapat
memerangkap mangsanya).

(ID:1343848295556 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

30    Pemain-pemain ragbi sekolah saya __________ dengan pasukan lawan sebelum
perlawanan dimulakan.

A berlari-larian
B berasak-asakan
C bertolak-tolakan
D bersalam-salaman

Huraian

A. Berlari-larian - bermaksud berkejaran tidak tentu hala.


B. Berasak-asakan - bermaksud berhimpit-himpit.
C. Bertolak-tolakan - bermaksud berdesak (-desak), berjejal (-jejal).
D. Bersalam-salaman - bermaksud berjabat tangan.

(ID:1343848295573 )
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

31    Badan lelaki itu kelihatan __________ setelah seminggu sesat di dalam hutan yang
tebal itu.

A haru-biru
B herot-merot
C calar-balar
D compang-camping

Huraian

A. Haru-biru - bermaksud haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda.


B. Herot-merot - bermaksud terlalu herot, tidak lurus.
C. Calar-balar - bermaksud banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar.
D. Compang-camping - bermaksud koyak-koyak , cabik-cabik, cobak-cabik.

(ID:1343848295536 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

32    Kakak begitu cantik apabila mengenakan __________ di kepalanya.

A cecincin
B cecekik
C jejurai
D jejari

Huraian

A. Cecincin - bermaksud sesuatu yang berbentuk seperti cincin.


B. Cecekik - bermaksud sejenis jerat untuk menjerat leher binatang, cekik-cekik.
C. Jejurai - bermaksud sejenis hiasan yang berjurai-jurai yang dipakai pada rambut.
D. Jejari - bermaksud bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan rim,
terutamanya basikal.

(ID:1343848295572 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
33    Mak Limah dan suaminya memulakan perniagaan mereka secara __________ kerana
kekurangan modal.

A buat-buatan
B kecil-kecilan
C main-mainan
D terang-terangan

Huraian

A. Buat-buatan - bermaksud yang dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura.


B. Kecil- kecilan - bermaksud berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikit-
sedikit.
C. Main-mainan - bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain-main sahaja atau
yang dipermainkan.
D. Terang- - bermaksud tidak sembunyi-sembunyi melakukan sesuatu, (berbuat
terangan sesuatu) dengan terus terang, berterang-terang.

(ID:1343848295565 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

34    Ibu melarang kami __________ di sungai itu ketika musim hujan kerana arusnya deras.

A bolak-balik
B riuh-rendah
C gurau-senda
D mandi-manda

Huraian

A. Bolak-balik - bermaksud datang dan pergi.


B. Riuh-rendah - bermaksud suasana yang bising.
C. Gurau-senda - bermaksud saling bergurauan.
D. Mandi-manda - bermaksud mandi sambil berenang dan bermain-main di dalam air.

(ID:1343848295540 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
35    Jalan raya ke Kampung Lembah menjadi __________ selepas musim banjir kerana
tanah di situ menjadi mendap.

A selok-belok
B lekak-lekuk
C simpang-siur
D basah-kuyup

Huraian

A. Selok-belok - bermaksud sesuatu yang ada hubungannya dengan yang lain, hal yang
berkaitan dengan sesuatu.
B. Lekak-lekuk - bermaksud tidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkang-
bengkok.
C. Simpang-siur - bermaksud terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat
telefon, dan lain-lain).
D. Basah-kuyup - bermaksud basah sama sekali, sangat basah.

(ID:1343848295550 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

36    Adik menangis __________ kerana dimarahi oleh ibu.

A teresak-esak
B tersekat-sekat
C tergopoh-gapah
D terlompat-lompat

Huraian

A. Teresak-esak - bermaksud tersedu-sedu.


B. Tersekat-sekat - bermaksud terputus-putus.
C. Tergopoh-gapah - bermaksud tergesa-gesa.
D. Terlompat-lompat - bermaksud terlonjak-lonjak

(ID:1343848295533 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
37    Erni __________ dengan ibunya yang baru pulang dari Mekah.

A berlari-larian
B bermuka-muka
C berpeluk-pelukan
D berpesan-pesanan

Huraian

A. Berlari-larian - bermaksud saling berlari.


B. Bermuka-muka - bermaksud berhadapan antara satu sama lain.
C. Berpeluk-pelukan - bermaksud saling berpelukan.
D. Berpesan-pesanan - bermaksud saling berpesan antara satu sama lain.

(ID:1343848295544 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

38    Ibu menyediakan __________ sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya yang
kesembilan.

A kuih-muih
B sayur-mayur
C rempah-ratus
D kenduri-kendara

Huraian

A. Kuih-muih - bermaksud bermacam-macam jenis kuih.


B. Sayur-mayur - bermaksud sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam (berjenis-
jenis) sayur.
C. Rempah-ratus - bermaksud berbagai-bagai macam rempah.
D. Kenduri-kendara - bermaksud berbagai-bagai jenis kenduri.

(ID:1343848295532 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

39    Keluarga Borhan menjadi __________ semenjak ayahnya dibuang kerja.


A pontang-panting
B hingar-bingar
C porak-peranda
D hiruk-pikuk

Huraian

A. Pontang-panting - bermaksud lari lintang pukang.


B. Hingar-bingar - bermaksud riuh rendah atau bising.
C. Porak-peranda - bermaksud keadaan tidak tenteram.
D. Hiruk-pikuk - bermaksud sibuk dan bising

(ID:1343848295543 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

40    Pengarah syarikat itu __________ di dalam biliknya sambil memikirkan masalah yang
belum selesai.

A riuh-rendah
B hiruk-pikuk
C gopoh-gapah
D mundar-mandir

Huraian

A. Riuh-rendah - bermaksud riuh gemuruh, sangat riuh.


B. Hiruk-pikuk - bermaksud keadaan yang riuh-rendah; sibuk dan bising; gempar.
C. Gopoh-gapah - bermaksud tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dengan tidak
cermat) membuat sesuatu.
D. Mundur-mandir - bermaksud berulang-alik; berjalan pergi balik.

(ID:1343848295531 )

[Atas]

You might also like