You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN RUNDUM,

PETI SURAT 340,


89908 TENOM,
SABAH.
e-mel : s.k.rundum1965@gmail.com

PANITIA SAINS

KERTAS KERJA

PROGRAM
MINGGU STAY HEALTH, BRAIN SMART

TARIKH
22 25 SEPTEMBER 2016
( Isnin Khamis )

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Rundum, Tenom

1. Pendahuluan
Minggu stay health, brain smart merupakan satu aktiviti yang dapat
memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan pengamalan gaya hidup
yang sihat, disamping itu juga dapat melahirkan murid minat dalam mata pelajaran
sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia.
Sehubungan itu, Panitia Sains bagi Sekolah Kebangsaan Rundum mengambil inisiatif
merencanakan program Minggu stay health, brain smart sebagai pemangkin dalam
konteks melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja
dari segi akademik, malah juga dari segi sosial dan jasmani. Program ini merupakan
program anjuran bersama di antara Panitia Sains dan Kelab Doktor Muda,
Sekolah Kebangsaan Rundum, Tenom.

2. Matlamat
a. Memberi pendedahan kepada semua murid tentang ilmu sains dan gaya hidup
sihat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
b. Mewujudkan budaya sihat dalam kehidupan seharian melalui aktiviti
kesukanan dan semangat berpasukan antara kumpulan.

3. Objektif
a. Melahirkan murid yang cinta akan mata pelajaran sains.
b. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi
khususnya dalam bidang perubatan masa kini serta pendedahan tentang ilmu
gaya hidup yang sihat.
c. Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains terhadap manusia serta
alam semula jadi.
d. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains
seterusnya meningkatkan peratusan kelulusan sains dalam UPSR .
e. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan Sains dalam
kehidupan seharian kepada manusia.

4. Sasaran
Semua murid Sekolah Kebangsaan Rundum, Tenom

5. Tarikh dan masa.


Tarikh : 22 - 25 September 2016
Hari : Isnin Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Rundum, Tenom

6. Strategi : i. Merangka draf program


ii. Diskusi dengan Guru Besar, GPK 1 dan
GPK Kokurikulum
iii. Mesyuarat Jawatankuasa Program
iv. Pelancaran Program
7. Jawatankuasa pelaksanaan :

Penasihat : En. Julius Antodin, Guru Besar S. K. Rundum


Pengerusi : En. Damian Kassim, Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi 1 : En. Christopher Kajan Wan, Penolong kanan
H.E.M.
Naib Pengerusi 2 : En. Ambaru Insor, Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : En. Winston Loke Soon Mau, Ketua Panitia Sains
Penolong Setiausaha : Pn. Chiang Ket Yung, Guru Panitia Sains
Bendahari : En. Heatlee Sylzer Ajali, Guru Panitia Sains
Ahli Jawatankuasa :
En. Riduan Bin Ismail
En. Zulfadhli Bin Fadzell
En. Norhafizi Abdul Wahab
Cik Maya Binti Yaman
Pn. Norazimah Binti Haji Saidi

8. Aktiviti yang dicadangkan


Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu
Pertandingan Menulis Karangan Murid Tahap Dua
Ceramah Amalan Pemakanan Yang Sihat Daripada Guru Penasihat
Kelab Doktor Muda, S.K. Rundum
Demonstrasi 7 Langkah Cuci Tangan & Memberus Gigi oleh Doktor
Muda
Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama PIBG S. K.
Rundum.
Pertandingan membina model bangunan yang berkonsepkan stabil dan
kuat dengan menggunakan bahan-bahan buangan seperti bahan kaca,
bahan plastik dan bahan kertas (dalam 4 kumpulan yang didaftarkan).

9. Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)

Bil Perbelanjaan RM
1. Kertas Laminating ( 1 kotak ) 45.00
2. Kertas sijil penghargaan 42.00
3. Hadiah pertandingan mewarna (Tahap 1) :
a) Johan (Hamper bernilai RM 20.00) 20.00
b) Naib Johan (hamper bernilai RM 15.00) 15.00
c) Tempat Ketiga (hamper bernilai RM 10.00) 10.00
Hadiah pertandingan menulis karangan
(Tahap 2) : 20.00
a) Johan (Hamper bernilai RM 20.00) 15.00
b) Naib Johan (hamper bernilai RM 15.00) 10.00
c) Tempat Ketiga (hamper bernilai RM 10.00)
Hadiah pertandingan membina model
bangnan dalam kumpulan (Tahap 1 & 2) : 50.00
a) Johan (Hamper bernilai RM 50.00) 30.00
b) Naib Johan (hamper bernilai RM 30.00) 20.00
c) Tempat Ketiga (hamper bernilai RM 20.00) 100.00
Jamuan ringan untuk gotong-royong
bersama PIBG sekolah
JUMLAH RM
377.00

10. Tentatif Program

Tarikh Masa Perkara Tindakan

22 2:00 petang Pertandingan Mewarna Murid Tahap Satu - Cikgu Maya


Septembe - Cikgu Heatlee
r2016 hingga Tema : BERSUKAN UNTUK KESIHATAN
(Isnin)
5:00 petang Pertandingan Menulis Karangan Murid Tahap Dua
- Cikgu Riduan
Tema : BADAN CERGAS, MINDA CERDAS - Cikgu Chiang

23 2:00 petang Ceramah Amalan Pemakanan Yang Sihat Daripada Guru - Cikgu Winston
Septembe Penasihat Kelab Doktor Muda, S.K. Rundum - Cikgu Zulfadhli
r2016 hingga
(Selasa) Demonstrasi 7 Langkah Cuci Tangan & Memberus Gigi - Murid Tahun 6
5:00 petang oleh Doktor Muda

24 2:00 petang Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama - Semua murid


Septembe PIBG S. K. Rundum. - Semua
r2016 hingga ahli PIBG
(Rabu) Tema : Hapuskan Aedes Tanggungjawab Bersama! S.K. Rundum
5:00 petang

25 2:00 petang Pertandingan membina model bangunan yang - Semua guru


Septembe berkonsepkan stabil dan kuat dengan menggunakan panitia Sains
r 2016 hingga bahan-bahan buangan seperti bahan kaca, bahan plastik - Semua murid
(Khamis) dan bahan kertas (dalam 4 kumpulan yang didaftarkan). Tahap 1 dan 2
5:00 petang
Tema : Sampah Kurang, Badan Sihat

11. Penutup
Diharapkan program ini dapat dilaksana dengan jayanya supaya dapat memberi
pendedahan dan kesedaran kepada murid berkaitan dengan perkembangan Sains dan
Teknologi serta pengamalan gaya hidup yang sihat masa kini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..
(WINSTON LOKE SOON MAU)
Setiausaha Program,
Merangkap Ketua Panitia Sains,
S.K. Rundum, Tenom.

PANITIA MATA PELAJARAN SAINS


SEKOLAH KEBANGSAAN RUNDUM
PETI SURAT NO. 340,
TENOM, SABAH.
TEL : 011-19561911
Rujukan kami :
Tarikh : 02 OGOS 2016

Encik Julius Antodin


Guru Besar
S.K. Rundum, Tenom.

Tuan,

MEMOHON WANG PERUNTUKAN PANATIA MATA PELAJARAN SAINS UNTUK


PROGRAM MINGGU STAY HEALTH, BRAIN SMART

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman dan perhatian pihak tuan, Panitia Mata Pelajaran Sains,
Sekolah Kebangsaan Rundum akan mengadakan program Minggu Stay Health,
Brain Smart bersama Kelab Doktor Muda, Sekolah Kebangsaan Rundum
mengikut ketetapan seperti yang berikut :

Tarikh : 22 - 25 September 2016


Hari : Isnin - Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Rundum

3. Oleh itu, pihak Panatia Mata Pelajaran Sains memohon wang peruntukan
Panitia Sains sebanyak RM 377.00 bagi menampung kos perbelanjaan program
Minggu Stay Health, Brain Smart. Bersama ini dilampirkan Kertas Kerja Minggu Stay
Health, Brain Smart dan kos perbelanjaan yang dianggarkan.

4. Segala keperihatinan dan kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan
dan dihargai demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak bangsa di masa hadapan.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(WINSTON LOKE SOON MAU)


Ketua Panitia Sains,
S. K. Rundum, Tenom.

You might also like