You are on page 1of 2

SEJARAH CAKLEMPONG

SEJARAH
Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-
orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal
abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang
berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada
tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong
bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat
umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini
caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah
upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti
upacara perkahwinan. 

Muzik caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian


lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn
drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang
biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli
kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada
kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka
atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan
perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon


yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah
muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita.
Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak
- Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam
tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa
tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak
seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-
mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh
dimainkan mengikut rentak Caklempong. 
Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan
sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau
tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti
istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam
majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk
memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin. 

Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti


Caklempong memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan,
muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan
penduduk setempat.

You might also like