You are on page 1of 20

1

TARIAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA



1. TARIAN KAUM MELAYU

TARIAN MAK YONG



Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong
ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-
unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks
percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja
khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama
romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang
kampung selesai menuai padi dibendang.







2

TARIAN ZAPIN



Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal
daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah
sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh
pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk
menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih
lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis
perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.












3

TARIAN GAMELAN



Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada
kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan
Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan
tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan
tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh
penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.
Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini
adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi
jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.









4

2. TARIAN KAUM CINA

TARIAN NAGA



Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.







5

TARIAN KIPAS



Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti
yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu
tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu
suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan
buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini
dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik
kepada seluruh anggota masyarakat.










6

3. TARIAN KAUM INDIA

TARIAN KATHAK



Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara
India.Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni
bercerita" .
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa
Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.
Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan
tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak
ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik
chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.








7

TARIAN BHARATA NATYAM



Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik
dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari
100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang
lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih
pada umur semuda lima tahun.
Tarian ini adalah berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya ( Tarian Ekspressi ). Nritta merangkumi tiga elemen, posisi berdiri yang
asas,pergerakan tangan dan kaki dan juga seni pergerakan tangan. Tempoh masa
adalah berdasarkan rentak yang mempunyai kadar yang sama di kenali sebagai Jatis.
Muzik bagi tarian ini adalah berdasarkan kepada nada yang penting ataupun ragas
seperti Bhairavi, Kalyani dan Kambodhi.



8

TARIAN BHANGARA



Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan
penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah
Punjab di India.Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa maksud yang
tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari
bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan
mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.
Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan
seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt
melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan
untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional
seperti tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik.Tarian Banghra di
Malaysia sangat popular dalam mana ia juga dipersembahkan untuk majlis
perkahwinan,hari-jadi dan majlis kekeluargaan.






9

4. TARIAN KAUM KADAZAN

TARIAN SUMAZAU



Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu
acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda
kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan
untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian
yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang
menggambarkan burung yang sedang terbang.











10

5. TARIAN KAUM IBAN

TARIAN NGAJAT


Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.
Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang
dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras
yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang
dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari
akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari
seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke
kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil,
gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.





11

ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU

ALAT-ALAT IDIOFON
Sejarah Ringkas - Perkembangan Alat Gong

Alat 'Gong' di dunia wujud dalan dua bentuk yang khusus iaitu satu yang mempunyai
'busut' ataupun 'tombol'.Perkataan 'Gong' yang digunakan secara meluas di seluruh
dunia sekarang ini berasal daripada perkataan Melayu/Indonesia.
Keluarga 'Gong' di Malaysia secara umunya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang
berbusut ataupun yang 'bertombol'. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas
seperti tembaga, timah, dan besi dan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran
yang kelihatan begitu berbeza di antara satu dengan yang lain termasuk juga pic dan
timbre.
Istilah tetawak yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah
tempatan ataupun daerah bagi alat 'gong' yang digunakan secara meluas oleh
masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.Di
kalangan masyarakat di Sabah alat 'gong' dari jenis yang sama dikenali sebagai
'Tawag'.
Pada masa kini terdapat juga alat 'Tetawak' yang diperbuat daripada besi sebagai
alternatif oleh pakar-pakar dari kalangan masyarakat tempatan.Mereka
menggunakan teknik 'petri' ataupun dibentuk daripada objek seperti 'leger' iaitu
tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipetrikan.







12

GONG / TETAWAK IBU


Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam
budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia.Ianya sering digunakan secara
berpasangan dengan Tetawak anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi
teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri
serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.
Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk
fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam konteks persembahan, pada
prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan
Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain.

CANANG

Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran kecil.Berperanan sebagai
alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
13

Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya
disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala dalam
ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti
Asyik, mengikut amalan semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan
mengikut sistem diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat.Lazimnya dalam
ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E dan g mengikut skala
Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu
secara berulang-ulang.Kini terdapat dua jenis Canang yang sering digunakan iaitu
diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.Gambar yang dipamerkan ini ialah Canang
Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang Ibu dan Anak yang diperbuat
daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta dinding yang rendah.

KEMPUL


Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia
yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu penambahan
baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat
seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang
Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan
suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.
Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic,
berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh
seorang pemain.

14


Ensemble lengkap Gamelan Melayu

BONANG


Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat
melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan
disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang.
Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara
dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok(perempuan) dan
yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa.
Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang dapat
diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya,
secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama
yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali
sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang
merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok
ataupun lebih tepat.
15

KESI



Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan
tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke
dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional.
Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak
kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan
bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan.
Digunakan dalam ensemble paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri
Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk
mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat
dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.

GAMBANG KAYU



Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang
dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak
gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan.Terdapat juga
16

belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong,
dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras
daripada spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada
alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat
Gambang.
Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang kayu yang
mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul dengan
sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistem
anhemitonic pentatonic.

SARON


Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed yang diperbuat daripada
perunggu.Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang gema. Merupakan
alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.Berperanan seabagai alat
melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu
pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut.
Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai alat
melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-
irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif.Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya
diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.



17

ANGKLUNG


Alat idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang
terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat
pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu
sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan
untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan'
yang mula berkembang di Johor.
Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung
digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai
bersama alat-alat dari disiplin Gamelan.
Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah
berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung dilakukan dengan
melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.




18

ALAT-ALAT MEMBRANOFON

Sejarah Ringkas- Alat Gendang
Alat-alat gendang juga penting sebagai alat perkusi dalam pembinaan sesebuah
struktur muzik tradisional di Malaysia.Mengikut Curt Sachs, Gendang bermula dari
zaman Neolitik iaitu Zaman Batu Muda.

KOMPANG

Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras.Lazimnya daripada
spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophyllus.Belulang dariapada
kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan
baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih dengan
paku supaya ketegangannya lebih terjamin.Kompang juga memerlukan rotan sedak
sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.
Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan
'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya.Dalam teknik
penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya
dan menggunakan sebelah tangan lagi utnuk memegangnya.



19

REBANA


Sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.Ianya sering digunakan
dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu
bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang Melayu
Asli dan Ayam Didik.
Dalam konteks persembahan,Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu
dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari
bahagian tepi alat berkenaan.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai
penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan sebagai irama
asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross rythme.

GENDANG IBU



Gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang
Melayu.Ianya mula berkembang di negari Kelantan dan digunakan sebagai alat
20

genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian
klasik istana dan rakyat.

Dalam konteks persembanhan Gendang Ibu(Gendang dua muka) akan disertai
dengan Gendang Anak untuk meemainkan pola-pola paluan yang khusus secara
meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang
didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Gamelan dan Silat.

You might also like