You are on page 1of 1

Asal Usul Tarian Inang

Mengikut sejarah, lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya
dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan
untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.

Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di
Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat
pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang
semasa melakukan persembahan.

Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang meberi gambaran bagaimana lembut dan
sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk
menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.

Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga
boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lenggok Tari Inang yang biasa
ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain
bergantung kepada peralatan yng diragakan dalam tarian tersebut.

Tarian Inang telah berkembang ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan telah divariasikan mengikut
budaya setempat negeri tersebut. Tarian Mak Inang Tua adalah tarian yang amat popular di negeri
Kedah sekitar tahun 1940-an sehingga 1950-an. Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan
yang mana penari perempuan memakai selendang sebagai alat tari utama. Tarian ini mempunyai
tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.

You might also like