You are on page 1of 3

KONTINJEN NEGERI PAHANG

KUMPULAN 8

SINOPSIS TARIAN

KATEGORI A
TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL

Tarian rampaian tradisional terdiri daripada 3 jenis tarian iaitu Tarian Inang Selendang,
Tarian Joget Si Pinang Muda dan Tarian Zapin Pekajang.
Intipati tarian yang diketengahkan dalam ketiga-tiga tarian ini ialah kisah anak muda
yang bergurau senda dalam tarian. Bergurau senda dalam bertingkah tari mengikut rentak
memperlihat akan kesenian budaya melayu. Selain itu, elemen pikat memikat antara teruna
dan dara juga menggamit suasana dalam ketiga-tiga tarian ini. Gerak langkah yang sopan
ditarikan dengan mengekalkan identiti kemelayuan.

SINOPSIS TARIAN

KATEGORI B
TARIAN SEWANG

Tarian sewang ialah satu bentuk persembahan tarian tradisional masyarakat orang asli
yang masih kekal diamalkan sehingga hari ini. Tarian sewang yang dipaparkan ini adalah
daripada suku kaum Orang Asli Semai yang banyak terdapat di bahagian Pahang Barat iaitu
di Kuala Lipis dan di Cameron Highlands.
Intipati tarian sewang ini menggambarkan kehidupan sehari-harian kaum orang asli
seperti berburu menggunakan sumpit, bercucuk tanam dan mengutip hasil hutan, tarian ini
diserikan lagi dengan keunikan elemen-elemen formasi dan bentuk tari yang digabungkan
daripada budaya dan amalan turun temurun kaum ini seperti perubatan, pemujaan,
perkahwinan, menyambut kedatangan tetamu dan sebagainya.

You might also like