You are on page 1of 8

TARIAN ZAPIN

Sally Cho Hui Min Lee Pei Jun

Pengenalan
Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian ArabParsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan alZafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian.

SEJARAH TARIAN ZAPIN


Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13.

TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN


Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat : 1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari. 2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari. 3. Peringkat ketiga - penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. \ Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, kata kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN


Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lainlain.

PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN


Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh ArabParsi, tetapi dari segi pakaian, penari penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.

TUJUAN PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN


digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

You might also like