You are on page 1of 1

Prakata Pertama kali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah dapat berjaya menyelesaikan tugasan

projek Bahasa Melayu Kontekstual dengan berjaya. Saya telah membuat banding beza antara kedua-dua bentuk kemahiran menyampai iaitu pidato dan syarahan dengan menggunakan peta pemikiran I Think. Jenis peta pemikiran I-Think yang telah saya pilih ialah Double Bubble map yang digunakan untuk membuat perbandingan beza. Dalam tugasan kedua, saya telah menghuraikan strategi penyampaian taklimat yang sesuai iaitu pengucap perlu mempunyai gerak geri dan gaya yang sesuai supaya dapat menarik perhatian khalayak. Selain itu, saya juga telah menghuraikan kelebihan alat bantu perisisan powerpoint, OHP, carta, gambar dan brosur. Semua alat bantu ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam menjalankan kemahiran menyampai. Sejajar dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Latif bin Abdullah, iaitu pensyarah bahasa Melayu Kontekstual kami. Beliau telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan projek ini dengan memberi panduan yang jelas dan nasihat yang bagus kepada kami. Di samping itu, beliau telah menjawab soalan kami dengan jelas dan sabar. Seperkara itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah banyak memberi pandangan dan kerjasama dalam mencari bahan dan maklumat untuk menyiapkan tugasan projek ini. Mereka juga sanggup meluangkan masa mereka untuk membantu saya apabila saya menghadapi masalah dalam penggunaan komputer. Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya. Tanpa bantuan dan sokongan mereka dalam kehidupan, saya tidak mampu menumpukan perhatian saya dalam menyelesaikan tugas ini dengan berjaya. Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

You might also like