You are on page 1of 2

Tarian Zapin seni warisan negeri Johor

1. Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah seni warisan dan budaya.
Bahkan seni warisan dan budaya di Johor telah memberi impak besar dalam sektor pelancongan negeri
hingga ke hari ini.

2. Salah satu seni warisan yang terulung di Johor adalah Tarian Zapin Melayu Johor. Tarian Zapin
merupakan satu bentuk tarian tradisional masyarakat Johor yang memperlihatkan seni persembahan di
dalamnya mengandungi unsur pergerakan anggota badan manusia dan diiringi dengan suatu muzik
tertentu.

3. Pada asalnya, Tarian Zapin diinspirasikan oleh keturunan Arab yang berasal dari Yaman. Kemudian
seni budaya ini dipercayai dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad
ke-16 seterusnya merebak ke negeri Johor.

4. Tarian Zapin yang diperkenalkan di Johor awalnya hanya melibatkan golongan lelaki sahaja. Namun
selepas ia berkembang secara meluas, tarian ini telah melibatkan penyertaan golongan wanita iaitu
secara berpasangan.

5. Kebiasaannya Tarian Zapin dimulakan dengan permainan gambus, kemudian diikuti dengan Taksim
(permulaan). Seterusnya diikuti dengan beberapa ragam di dalam tariannya seperti ragam pusau
belanak besar, ragam lompat injut, ragam kopak, ragam titi batang, ragam ayam patah, ragam pusau
belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

6. Namun demikian, Tarian Zapin di Johor ini hanya tersebar mengikut daerah-daerah tertentu sahaja.
Setiap daerah pula mempunyai ‘genre’ Tarian Zapin yang berbeza mengikut ragam gerak tarinya.

7. Antara jenis-jenis zapin mengikut daerah di negeri Johor seperti berikut :

Daerah Muar : dikenali dengan Zapin Lenga da Zapin Putar Alam

Daerah Batu Pahat : dikenali dengan Zapin Kores, Zapin Tanjung Labuh dan Zapin Sari
Daerah Pontian : dikenali dengan Zapin Seri Bunian dan Zapin Parit Mustar

Daerah Mersing : dikenali dengan Zapin Tenglu dan Zapin Pulau

Daerah Johor Bahru : dikenali dengan Zapin Melayu Johor dan Zapin Pekajang.

8. Malah, Tarian Zapin ini semakin terserlah keunikannya dengan iringan lagu dan instrumen muziknya.
Sebagai contoh instrumen yang terlibat adalah Gambus, Tamborin, Biola, Marwas (gendang tangan). Ia
dipercayai dipengaruhi oleh kesenian Arab.

9. Sehingga ke hari ini, Tarian Zapin menjadi salah satu warisan seni yang masih wajar dipersembahkan
untuk acara-acara sambutan sosial seperti majlis perkahwinan, majlis perasmian dan lain-lain. Bahkan
tarian ini juga pernah dijadikan sebagai satu kemestian bagi pelbagai acara termasuklah cukur jambul
dan Khatam Al-Quran.

10. Diharapkan Tarian Zapin ini akan terus hidup dengan suburnya dan berakar umbi dari satu generasi
ke satu generasi yang lain. Ini kerana memulihara seni warisan Johor adalah penting agar generasi akan
datang masih dapat merasai dan mempelajari seni budaya yang terkenal di Johor seperti Tarian Zapin
ini.

Sekian.

You might also like