You are on page 1of 171

SOALAN 1: HURAIKAN STRUKTUR DAN CIRI-CIRI KEHIDUPAN

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

A. PENGENALAN

1. Definisi zaman jahiliah – merujuk kepada satu masyarakat Arab yang hidup pada satu tahap
antara tahun 300sm iaitu bermula ketika runtuhnya empangan Maarib dalam Kerajaan Sabak
hingga tahun 610 masihi iaitu turun ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah saw.
2. Dari segi bahasa, jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu Jahala yang bererti bodoh, dungu
atau jahil. Mengikut P.K Hitti, beliau telah memberi pengertian bahawa masyarakat Arab
Jahiliah adalah satu masyarakat Arab yang telah mencapai tahap tamadun yang tinggi kecuali
dari aspek sosial dan akhlak.
3. Masyarakat Arab mempunyai struktur masyarakat dan ciri-ciri kehidupan yang tersendiri.
Masyarakat Arab terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu masyarakat badwi dan
hadari. Dari segi ciri-ciri kehidupan dapat dilihat dari segi politik, ekonomi, sosial, ilmu
pengetahuan dan sebagainya.

B. ISI

CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

1. Aspek Politik dan Pentadbiran

a. Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas di kalangan masyarakat Arab di
bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan
Yaman di selatan dikuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini
bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di
bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi
statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

b. Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan (Darul
Nadwah) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun
ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah
yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan
tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan
ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa
mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Di samping itu,
ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan
berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang
lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu
pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

1 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


2. Aspek Ekonomi

a. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab Bandar. Hubungan


perdagangan di antara Bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada
bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman.
Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai
cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku
Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda
tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

b. Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-
anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah,
permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan
lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf
(Moyang Nabi Muhammad s.a.w) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine
dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim
sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara (Syam).

c. Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba
abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar.
Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa. Contohnya pasar Zul Ukaz
dan Zul Majaz yang menjadi tumpuan golongan pedagang asing dan tempatan.

3. Aspek Sosial

a. Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.
Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan
semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka
dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula
hidup berpuak-puak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem
berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar
disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah
randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

b. Semangat Assabiyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak
lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Peperangan
dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang
berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.

c. Akhlak yang runtuh dantingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang
hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan
2 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan
pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi
mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun, terdapat
keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat
keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila
sampai tempoh akil baligh.

4. Aspek Ilmu Pengetahuan

a. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka
saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil
peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka
mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan
perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang
tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.

b. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang
sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah
dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.
Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

c. Aspek Agama dan Kepercayaan:


i. Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi,
Nasrani, Yahudi dan Hanif, berhala , animisme dan tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana
adanya pengaruh asing di samping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang
dipercayai dapat mengawal dan membantu kehidupan seharian.

ii. Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman,
Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh masyarakat
Parsi.

iii. Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara
Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi
Isa a.s. telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama
ini.

iv. Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestin. Penganut asal
agama ini ialah Bani Israel. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi
Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan
menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan
Madinah.

3 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


v. Di samping itu, terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s
sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di
Arab.

vi. Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi di kalangan masyarakat
Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali
penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut agama lain.

vii. Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala.
Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s. Masyarakat berkehendakan
perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t. Mereka mencipta berhala-berhala
daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Penyembahan berhala
muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap
penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

viii. Di samping itu mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animism dan tahyul.
Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima
kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda
baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

ix. Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa
termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

C. KESIMPULAN

Terdapat dua golongan utama dalam struktur masyarakat Arab Jahiliah iaitu Badwi dan Hadari.
Kedua-dua golongan ini berbeza dari segi cara hidup, budaya, sistem sosial dan sebagainya.

4 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 2 : HURAIKAN TENTANG AGAMA DAN KEPERCAYAAN
MASYARAKAT JAHILIAH.

A. PENDAHULUAN

Zaman sebelum kedatangan Islam dipanggil zaman jahiliah.

1. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam
bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana
pada ketika itu, tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk.
Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah
mempunyai tamadun yang tinggi.
2. Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan
zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran.
3. Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
4. Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri.

B. ISI

Bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah.

1) Agama Berhala

Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab.
Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap
kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta,
al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan
tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah
dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu
Allah.

2) Agama Majusi

Agama ini tidak diamalkan secara meluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas
Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini
menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah
Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai
hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan
Zaradushtiyah.

3) Agama Yahudi

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada
kitab Taurat . Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Oasis di Barat Laut
Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari
Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah
menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi.
5 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar
sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

3) Agama Nasrani

Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.
berpandukan kitab Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan
pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan
mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini
mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab
Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam.
Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus
menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani
di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

4) Agama Hanif

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini
mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini
termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau
bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama
Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di
sekeliling kaabah.

5) Kepercayaan Animisme

Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia
terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong
atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil
termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

6) Kepercayaan Adat

Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan
ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling
bagi menjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri
bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

C. KESIMPULAN

Terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Semua
agama itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada sedikit persamaan.
Masyarakat jahiliah akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau bentuk yang boleh membawa
keuntungan. Oleh yang demikian, mereka sanggup menyembah pelbagai bentuk tuhan termasuklah
alam semulajadi yang dianggap boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka.

6 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 3: JELASKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD
SAW DALAM MENGUBAH MASYARAKAT BERKABILAH DI MADINAH
KEPADA PENYATUAN UMMAH.

A. PENGENALAN
1. Nabi Muhammad SAW yang berketurunan Bani Hasyim, dilahirkan pada 12 Rabiulawal,
hari Isnin, Tahun Gajah. Setelah baginda menerima wahyu daripada Allah SWT, baginda
berusaha membina masyarakat Islam di Makkah melalui aktiviti dakwah tetapi mendapat
tentangan daripada kaum Quraisy.
2. Penentangan ini telah menyebabkan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda
berhijrah ke Madinah. Baginda diterima baik oleh kaum Ansar di Madinah. Akhirnya
baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dilantik sebagai pemimpin Madinah.
3. Sebelum Hijrah Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib. Nama ini diambil sempena nama
seorang pemimpin Amaliq iaitu Yathrib. Madinah terletak lebih kurang 200 batu di utara
Makkah dalam daerah Hijaz. Majoriti penduduk di Madinah beragama yahudi sebelum
kedatangan Islam dan selebihnya ialah kaum Aus dan Khazraj yang menganut agama
Wathani.
B. ISI
Latar Belakang Masyarakat Madinah
1. Golongan Aus dan Khazraj
-Mereka merupakan penduduk Madinah yang juga dikenali sebagai Bani Qabilah.
-Dalam Bani Qabilah, beberapa kelompok suku atau bani telah dibahagikan.
a) Golongan Aus- Bani Abd al-Asyhal dan Bani Amru Bin ‘Auf
b) Golongan Khazraj- Bani al-Najjar, Bani Salin bin ‘Auf, Bani ‘Auf, Bani al-Harith, Bani
al-Qawaqilah, Bani Salimah, dan Bani Sa’idah. Mereka berasal dari Arab Selatan (Yaman).
-Kaum Aus dan Khazraj sering bermusuhan sehingga mencetuskan Perang Bu’ath akibat
didorong oleh semangat assabiah yang kuat.
2. Muhajiri

- Kaum Muhajirin merupakan orang-orang Islam yang berhijrah bersama-sama nabi

dari Makkah ke Madinah. Terdiri daripada lebih kurang 150 orang kaum
Muhajirin yang berketurunan Quraisy daripada suku Bani Hasyim, Taym dan
Umaiyah
3. Golongan Yahudi
- Kaum Yahudi yang menetap di Madinah berasal dari Palestin. Jumlah suku Yahudi yang
tinggal di Madinah adalah sebanyak 20 suku. Antara suku-suku yang terkenal dalam
kalangan kaum Yahudi ialah Bni Qainuqa, Bani Nadir, dan Bani Quraizah.
- Mereka sering menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan Tuhan.

Peranan Nabi Muhammad SAW Menyatakan Ummah di Madinah

1. Penyatuan Kaum Muhajirin dan Ansar

7 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


- Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar melalui ikatan
dengan suatu perjanjian yang terkandung dalam Piagam Madinah.
- Semangat persaudaraan yang dilaksanakan ialah persaudaraan satu akidah iaitu yang
menitikberatkan semangat tolong-menolong antara mereka. Mereka saling membantu
dan bermuafakat tanpa mengira suku kaum untuk kebaikan sesama Islam.
- Kaum Ansar juga menyediakan kemudahan kepada kaum Muhajirin. Contohnya, Sa’ad
bin al-Rabi daripada kaum Ansar menawarkan hartanya kepada Abdul Rahman bin
A’uf.

2. Persaudaraan Aus dan Khazraj


- Nabi Muhammad SAW mengambil tindakan untuk menyelesaikan permusuhan antara
suku Aus dan Khazraj yang mencetuskan Perang Bu’ath menerusi persaudaraan Islam.

3. Pembentukan Piagam Madinah / Syahifah Madinah


- Dalam piagam ini, beberapa prinsip umum telah digariskan tentang dasar pembentukan
ummah dan negara Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
- Antara kandungan Piagam Madinah ialah :
a) Sumber utama undang-undang negara ialah wahyu Allah SWT yang disampaikan
kepada Nabi Muhammad SAW .
b) Nabi Muhammad SAW sebagai ketua Negara.
c) Masyarakat majmuk di Madinah dianggap sebagai sebuah masyarakat (ummah)
yang mempunyai kewajipan dan tangunggjawab yang sama terhadap Negara Islam
Madinah.
d) Setiap anggota piagam ini haruslah menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka.
e) Ummah di Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama.
f) Piagam berperanan untuk menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.
g) Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan
mematuhi peraturan syahifah.
4. Memperluas Fungsi Masjid
- Nabi Muhammad SAW memperluas fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat
dan pentadbiran.

C. KESIMPULAN
1. Nabi Muhammad SAW berjaya mengubah masyarakat berkabilah kepada penyatuan
ummah di Madinah. Penyatuan ini amat penting untuk memupuk dan memelihara kestabilan
politik dan sosial di Madinah.
2. Kesan daripadanya, penyebaran Islam dapat dijalankan dengan lebih pesat lagi di Madinah.
Keamanan serta kesejahteraan penduduknya tetap terpelihara dan kemakmuran ekonomi
dapat diwujudkan.

8 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 4. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
PERKEMBANGAN UMAT ISLAM DARI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
SEHINGGA TERBENTUKNYA SEBUAH EMPAYAR ISLAM PADA ZAMAN
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB.

A. PENGENALAN
1. Nabi Muhammad SAW telah melakukan dakwah selama 13 tahun di Makkah Baginda
melakukan dakwah secara sulit selama tiga tahun. Selepas itu, turun wahyu yang
menyuruh baginda supaya berdakwah secara terang-terangan. Bagaimanapun,
sambutan daripada kaum keluarga baginda sendiri agak dingin.
2. Untuk meneruskan seruan menegakkan agama Allah, baginda dan para sahabat
berhijrah ke Madinah. Selama sepuluh tahun di Madinah, baginda telah mengasaskan
sebuah kerajaan Islam. Selepas kemangkatan baginda, usaha-usaha menyebarkan
agama Islam diteruskan oleh pemerintahan Khulafa al-Rasyidin iaitu Khalifah Abu
Bakar as-siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman Affan, dan Khalifah Ali
Abi Talib. Pada masa pemerintahan Umar al-khattab sebuah empayar Islam telah
terbentang luas.

B. ISI
1. Prinsip dalam Islam
- Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah SWT Islam tidak membezakan antara
seseorang berdasarkan status sosial dalam masyarakat. Taraf seseorang itu ditentukan
oleh ketakwaan kepada Allah SWT.
- Penyatuan akidah tanpa mengira bangsa dan keturunan membuktikan Islam bukanlah
agama yang mementingkan status sosial dalam masyarakat.
2. Keperibadian Pemimpin-pemimpin Islam
- Pemimpin-pemimpin Islam mempunyai keperibadian yang mulia. Kepimpinan yang
dikagumi khususnya baginda Rasulullah sendiri dan para sahabat termasuklah Abu
Bakar, Umar dan sebagainya mencerminkan perjuangan mereka adalah semata-mata
untuk menegakkan Islam. Teladan yang ditunjukkan mereka menjadi ikutan masyarakat
bukan Islam untuk mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.
3. Faktor Ekonomi
- Aktiviti perdagangan merupakan salah satu cara bagaimana Islam dapat dikembangkan
dengan begitu pesat. Sambil berniaga, para pedagang turut menyebarkan agama Islam di
kawasan-kawasan yang mereka singgah.
4. Perluasan Wilayah
- Perluasan wilayah Islam yang dilakukan oleh Umar al-Khattab mencerminkan bahawa
beliau benar-benar ingin mengembangkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia.
- Beliau tidak menindas penduduk di wilayah-wilayah berkenaan sebaliknya menjaga
keselamatan mereka seperti penduduk Islam lain. Antara kawasan yang ditakluki
termasuklah Iraq, Mesir, dan Syria. Ekspedisi ketenteraan berjaya mengembangkan
pengaruh Islam kepada penduduk setempat.
9 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
5. Faktor Sosial
- Asimilasi antara kaum Arab dan bukan Arab (Mawali) berlaku di mana-mana bahagian
di dunia ini. Secara tidak langsung Islam dapat disebarkan melalui perkahwinan.

C. KESIMPULAN
1. Perkembangan masyarakat Islam membawa kepada perkembangan agama dan
kebudayaan Islam. Pegangan agama yang kuat khususnya dalam kalangan para
pemimpin Islam berjaya menarik ramai orang bukan Arab memeluk agama Islam.

10 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 5 : SAHIFAH MADINAH DIANGGAP SEBAGAI PERLEMBAGAAN BERTULIS
YANG PERTAMA PADA ZAMAN ISLAM. HURAIKAN PERKARA-
PERKARA YANG TERDAPAT DALAM SAHIFAH TERSEBUT.

A.PENGENALAN

1.Piagam Madinah atau dikenali juga dengan Sahifah Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang
pertama di dunia. Ia merujuk kepada satu perlembagaan bertulis yang lengkap mengenai pentadbiran
sebuah negara. Digubal oleh Rasulullah saw pada tahun 1 dan 2 Hijrah bersama dengan penduduk
Madinah.

2.Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang berasaskan wahyu Allah yang dirangka pada tahun
622M yang tercatat peraturan dan tanggungjawab serta persetujuan antara golongan Islam yang terdiri
Muhajirin dan Ansar dengan golongan bukan Islam yang terdiri daripada Yahudi dan suku Arab
lainnya.

3.Tujuan Piagam Madinah diwujudkan adalah untuk membentuk satu masyarakat yang hidup
harmoni,menghormati antara satu sama lain,mewujudkan perpaduan dan mengekalkan keamanan
dalam proses perjalanan sebuah negara pemerintahan Islam.

4.Ia mengandungi 47 fasal dengan pembahagian 23 fasal berkaitan dengan hubungan antara golongan
Islam dan tanggungjawab mereka sementara 24 fasal adalah berkaitan dengan tanggungjawab golongan
bukan Islam seperti Yahudi terhadap negara Islam Madinah.

B.ISI

1.Politik

Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin kepada Negara Islam Madinah. Dalam perkara pertama
Piagam Madinah, semua rakyat Madinah hendaklah menerima kepimpinan Nabi Muhammad saw.
Penduduk Islam menerima Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Nabi
juga menjadi tempat rujukan sekiranya terdapat sebarang masalah. Ketua-ketua kaum pulak
mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah dalam suku masing-masing. Rasulullah juga
mempunyai kuasa yang besar dalam pentadbiran iatu sebagai ketua negara,ketua hakim dan ketua
angkatan tentera Islam.

11 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


2.Agama

Sebagai sebuah negara yang bebas, rakyat juga diberikan kebebasan menganut agama masing-masing.
Kebebasan ini telah dijamin oleh Al-Quran yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama”. Di sini
orang Yahudi dan Nasrani bebas mengamalkan ajaran dan cara hidup masing-masing di Madinah tanpa
sebarang sekatan dari umat Islam. Walaubagaimanapun mereka tidak boleh mengamalkan ajaran dan
budaya mereka sehingga menggugat keamanan dan ajaran Islam.

Melalui ayat tersebut orang-orang Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
Sungguhpun demikian Nabi Muhammad saw sentiasa menggalakkan umat Islam memberikan contoh
yang terbaik sehingga mereka tertarik dengan orang Islam dan menganuti Islam.

3.Sosial

Seluruh penduduk di Madinah sama ada Islam atau bukan Islam disatukan di bawah konsep ummah.
Hal ini disebutkan dalam perkara kedua perlembagaan . Ini bermakna semua penduduk Madinah
adalah dianggap sebagai satu komuniti yang bersatu bukan lagi berasaskan kepada kaum atau
keturunan. Tujuannya untuk menghapuskan semangat assabiyah yang menjadi punca kepada
permusuhan dan peperanan sebelum itu.

Contohnya Rasulullah saw telah menyatukan kaum Aus dengan Khazraj dan dijadikan sebagai Ansar .
Kesannya golongan ini bersatu dan tidak lagi bermusuhan seperti sebelum ini. Selain daripada itu,
Rasulullah saw juga menyatukan golongan Ansar dengan Muhajirin di bawah konsep ummah atau
persaudaraan Islam. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan antara satu sama lain dan perlu
mengamalkan sikap bantu-membantu,bekerjasama dan menjaga keharmonian negara.

4.Perundangan

Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh dalam pelbagai aspek di Madinah untuk
mengekalkan keamanan dan hidup berperaturan di Madinah. Undang-undang kekeluargaan dalam
sesuatu kabilah juga diperbolehkan amalannya selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Keselamatan penduduk Madinah dipelihara selagi mereka taat kepada perundangan negara.

12 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5.Ekonomi

Setiap individu tidak dihalang untuk mendapatkan peluang ekonomi. Unsur-unsur negatif dalam
ekonomi dan perniagaan seperti riba dan penipuan dihapuskan sama sekali dalam sistem ekonomi dan
perniagaan di Madinah.

6.Pertahanan

Oleh kerana penduduk Madinah terdiri daripada Islam dan bukan Islam, Nabi Muhammad saw telah
mengikat mereka dengan perjanjian ini bahawa semua hendaklah mempertahankan Kota Madinah jika
diserang oleh pihak musuh. Dengan kenyataan ini membuktikan bahawa orang bukan Islam hendaklah
bersama dengan negara untuk mempertahankan keselamatan negara dari dicerobohi oleh musuh Islam.
Contohnya orang Yahudi mestilah sama-sama mempertahankan negara Islam dari ancaman musuh
Islam khususnya orang Quraisy Mekah dan Rom. Mereka mestilah mengelak daripada bekerjasama
dengan pihak musuh untuk menjatuhkan umat Islam.

7.Al-Quran dan hadis sebagai sumber perundangan dan rujukan utama

Dalam Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber rujukan
tertinggi. Segala undang-undang dan peraturan Islam mengenai Islam adalah berdasarkan kepada
undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran. Ini bermakna segala sumber peraturan sebelum itu
seperti undang-undang lama setiap kaum atau hukum adat terbatal. Contohnya hukum adat kabilah
sebelum Islam telah dihapuskan dan diganti dengan hukum Islam.

C. KESIMPULAN

1.Sahifah Madinah ini merupakan antara perlembagaan bertulis yang pernah digubal di dunia dan
menariknya ianya dibuat oleh Rasulullah saw sebelum wujudnya sebuah negara.

2.Kesannya dapat dilihat apabila masyarakat berbilang bangsa dapat hidup dengan aman dan damai
tanpa sebarang diskriminasi selagi tidak melanggari perkara- perkara yang telah dipersetujui.

3.Kepentingan yang lebih besar adalah masyarakat pelbagai bangsa dan agama dapat hidup bersatu
padu dengan masyarakat Islam. Islam menjadi agama rasmi dan sistem pemerintahan Madinah
berteraskan Islam dapat diterima oleh setiap penduduknya.

13 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 6 : BINCANGKAN PERANAN PIAGAM MADINAH KEPADA KEUTUHAN
POLITIK PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

A.PENDAHULUAN

1. Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merujuk kepada perlembagaan bertulis berkenaan hak dan
tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah.

2.Al-Quran sebagai rujukan utama. Prinsip-prinsip dalam pemerintahan Islam seperti syura,keadilan
dan persamaan taraf dan hak terkandung dalam Piagam Madinah.

3.Pembahagian Piagam Madinah iaitu bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang
hubungan sesama umat Islam dan tanggungjawab sesame mereka. Bahagian kedua mengandungi 24
fasal melibatkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

4.Tiga golongan utama yang terlibat dengan Piagam Madinah iaitu Muhajirin,Ansar dan Yahudi.

B.ISI

1.Menyatukan penduduk Madinah

Piagam ini meletakkkan asas bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Perlembagaan ini menyatukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di bawah
satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad saw. Masyarakat berbilang agama dan keturunan
di Madinah dianggap sebagai satu masyarakat(ummah) yang mempunyai kewajipan dan
tanggungjawab terhadap negara Islam.

Penduduk Islam yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu Ansar dan Muhajirin diasuh menjadi satu
kumpulan yang kuat bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan daripada perpecahan mereka.
Piagam ini membolehkan penduduk berbilang kaum di Madinah hidup aman dan damai,teratur dan
bersistem serta menghindarkan permusuhan.

2.Mewujudkan sistem perundangan Islam

Piagam Madinah membolehkan sistem perundangan Islam diamalkan oleh semua penduduk Madinah.
Nabi Muhammad saw telah menubuhkan sistem kehakiman dan keadilan yang sistematik. Sebagai
contoh, hukuman terhadap pesalah dilakukan dengan adil tanpa mengira kaum. Pada masa yang sama,
peraturan dalam sesebuah kabilah tidak dihapuskan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

14 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Dari segi ekonomi pula,unsur penipuan dan riba dihapuskan. Semua penduduk Madinah diberi peluang
yang sama dalam bidang ekonomi. Piagam Madinah merupakan undang-undang tertinggi Madinah
selepas Al-Quran bagi menyelesaikan segala permasalahan penduduk.

3.Pengisytiharan Madinah sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan

Piagam ini membolehkan Nabi Muhammad saw membina sebuah negara Islam yang berdaulat dan
bermaruah. Melalui piagam ini,orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan
Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh
Allah yang sebenar dan sebagai ketua negara serta berperanan menyelesaikan sebarang perbalahan di
Madinah. Sebelum ini,ketiga-tiga perkara ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.

4.Menggariskan dasar-dasar umum pemerintahan negara dan pentadbiran masyarakat

Piagam Madinah menetapkan bahawa masyarakat Madinah sama ada yang beragama Islam atau bukan
Islam harus mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Mereka tidak boleh mengadakan
hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi menentang negara Islam.Semangat cintakan kota Madinah
dipupuk bagi menghindari permusuhan sesama sendiri. Dapat mewujudkan keamanan di Madinah.

5.Mewujudkan sistem politik yang teratur

Piagam Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu sistem politik yang teratur dan kemas.
Sistem politik Islam berlandaskan kepada syariah,akidah dan akhlak Islam. Piagam Madinah dapat
melahirkan pemerintah yang berpegang teguh kepada prinsip musyawarah.Dalam konteks ini semua
kaum berhak untuk menyuarakan masalah mereka. Piagam ini juga mewujudkan peraturan tatanegara
bagi menyelesaikan segala masalah penduduk Madinah.

C.KESIMPULAN

1.Peranan Piagam Madinah jelas terserlah dari segi agama,sosial dan agama.

2.Piagam ini mempunyai pengertian yang besar terhadap perkembangan agama Islam. Ia juga
melambangkan bahawa agama Islam sentiasa dapat dipraktikkan dalam peraturan-peraturan
berkerajaan.

3.Piagam ini juga menyusun masyarakat yang sebelum ini tidak pernah mempunyai peraturan dalam
erti kata yang sebenar sekaligus berjaya memberi keutuhan politik di Madinah

15 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 7 : BINCANGKAN USAHA-USAHA NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS
BERJAYA MENUBUHKAN NEGARA ISLAM MADINAH.

A. PENDAHULUAN

1.Perjanjian Aqabah Kedua dimeterai pada tahun 622M. Perjanjian ini dimeterai stelah Nabi
Muhammad saw menerima perintah Allah supaya berhijrah ke Yathrib (Madinah). Perpindahan ini
diikuti oleh orang Islam Makkah yang trdiri daripada suku kaum Quraisy.

2.Perpindahan ini membawa pengertian yang besar kepada sejarah perkembangan Islam serta
kemunculan Madinah sebagai sebuah kerajaan yang teguh. Kerajaan Islam Madinah meletakkan Nabi
Muhammad saw bukan sahaja sebagai Nabi dan Rasul tetapi ketua bagi setiap bidang termasuk ketua
agama Islam.

B.ISI

1.Konsep Ummah

Seluruh penduduk di Madinah sama ada Islam dan bukan Islam disatukan di bawah konsep ummah.
Semua penduduk Madinah adalah dianggap sebagai satu komuniti yang bersatu bukan sahaja
berasaskan kepada kaum dan keturunan. Tujuannya untuk menghapuskan semangat asabiyah yang
menjadi punca permusuhan dan peperangan. Nabi Muhammad saw memperkasakan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Madinah. Contohnya,Rasulullah saw telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj
dan dijadikan Ansar. Rasulullah saw juga menyatukan golongan Ansar dengan Muhajirin di bawah
konsep ummah atau persaudaraan Islam.

2.Mendirikan masjid

Pada peringkat awal baginda telah mendirikanMasjid Quba dan Masjid Nabawi yang berfungsi sebagai
pusat ibadat dan tempat pertemuan membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan
agama,politik,ekonomi dan sosial. Justeru itu masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam
pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu.

3.Menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai asas pemerintahan

Bagi memastikan kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah, Nabi Muhammad saw
menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan dalam mentadbir negara

16 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Madinah.Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Maka ini dapat melahirkan
masyarakat yang bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama.

4.Melaksanakan Piagam Madinah

Nabi Muhammad saw telah menggubal Piagam Madinah untuk memelihara keadaan di Madinah.
Piagam ini memperkukuhkan kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras
kepada pemerintahan dan pembentukan negara Islam Madinah.

5.Memimpin melalui teladan

Nabi Muhammad saw telah mempamerkan dan mengamalkan sifat kepimpinan yang unggul seperti
siddiq,amanah,tabligh ,fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran baginda sebagai
ketua negara. Kepimpinan ini berjaya membentuk negara Madinah yang mantap dan teguh.

6.Penyingkiran golongan Yahudi

Kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari kota Madinah
kerana melanggar Piagam Madinah. Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan berteraskan
keadilan. Usaha baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah. Oleh itu,
masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja.

7.Membendung kaum munafik

Pembentukan masyarakat Madinah sedikit rumit kerana kaum munafik merupakan kaum yang berpura-
pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan nenghancurkan masyarakat Islam.
Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.
Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan kematian ketuanya Abdullah bin
Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik.

8.Membentuk dasar politik ,ekonomi dan sosial negara

Apabila terbentuknya masyarakat Islam ,secara tidak langsung terbentuknya negara Islam Madinah.
Nabi Muhammad saw telah memperkenalkan sistem politik,ekonomi dan sosial bercorak Islam dengan
berlandaskan wahyu dan keputusan musyawarah daripada para sahabat. Dengan ini,terbentuklah
keseragaman politik,ekonomi dan pentadbiran kerajaan Islam bagi kesejahteraan penduduk Madinah.

17 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


8.Mewujudkan hubungan diplomatik

Nabi Muhammad saw mengasaskan hubungan diplomatik dengan negara lain,bukan sahaja dapat
mengukuhkan negara Islam bahkan penghantaran utusan, ia dapat menyebarkan agama Islam dengan
lebih luas sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab. Baginda dianggap diplomat yang
berjaya kerana inisiatif baginda menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.

9.Ketenteraan

Nabi Muhammad saw telah membentuk pasukan tentera yang lengkap untuk menjaga keselamatan dan
pertahanan dalam negeri dan menghadapi serangan pihak musuh,khususnya golongan musyrikin
Makkah. Baginda sendiri mengetuai pasukan tentera dan tidak pernah tidak mengikuti peperangan
menentang golongan musyrikin walaupun dilarang oleh para sahabat.

Contohnya,Nabi Muhammad saw mengetuai tentera dalam Perang Badar(624M),Perang Uhud(625M)


dan Perang Khandak(627M). Untuk menguatkan lagi kedudukan pasukan tentera,Nabi Muhammad
saw telah melantik panglima-panglima perang seperti Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib,Saidina Ali
bin Abu Talib dan lain-lain.

C.KESIMPULAN

1.Usaha-usaha Nabi Muhammad saw selepas berjaya menubuhkan negara Islam Madinah adalah
berkesan. Nabi Muhammad saw menjalankan pemerintahan yang menitikberatkan soal
kenegaraan,undang-undang dan ilmu pengetahuan yang merangkumi kehidupan manusia dan beriman
kepada Allah swt.

18 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 8 : PERIHALKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD SAW DI
MADINAH.

A.PENDAHULUAN

1.Nabi Muhammad saw merupakan pemerintah Islam di Madinah yang pertama

2.Nabi Muhammad saw memerintah berteraskan wahyu Allah swt selain mementingkan musyawarah
dan persaudaraan dalam pemerintahannya. Baginda menekankan perasaan taat setia kepada umat Islam
menggantikan semangat assabiyah dalam kabilah masing-masing.

B. ISI

1.Kedudukan Nabi Muhammad saw

Kerajaan Islam telah ditubuhkan di Madinah. Negara Islam tesebut diketuai oleh Nabi Muhammad
saw yang juga merupakan seorang Nabi dan Rasul. Baginda merupakan pemimpin tertinggi iaitu
sebagai ketua badan eksekutif,legislatif dan kehakiman. Beberapa jawatan diwujudkan untuk
membantu baginda. Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad saw telah
meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

2.Al-Quran dan Hadis sebagai dasar pemerintahan

Dalam Piagam Madinah menetapkan bahawa Al-Quran dan Hadis adalah sumber rujukan tertinggi.
Segala undang-undang dan peraturan Islam mengenai Islam adalah berdasarkan kepada undang-undang
yang terdapat dalam Al-Quran. Ini bermakna segala sumber peraturan sebelum itu seperti undang-
undang lama setiap kaum atau hukum adat terbatal. Contohnya hukum adat setiap kabilah sebelum
Islam telah dihapuskan dan diganti dengan hukum Islam.

3.Majlis Syura dan amalan musyawarah

Majlis Syura berperanan dalam menggubal dasar pemerintahan negara yang berasakan Al-Quran dan
sunnah. Majlis tersebut dianggotai oleh sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam
bidang tertentu. Baginda mengamalkan prinsip musyawarah semasa melakukan pengadilan terhadap
tawanan Yahudi Bani Quraizah semasa perang. Baginda tidak menunjukkan permusuhan dengan kaum
Yahudi sebaliknya mengadakan perundingan demi perundingan dan memulangkan hata benda yang
ditawan daripada pihak musuh semasa perang.

4.Dasar diplomatik

Nabi Muhammad saw membentuk satu dasar hubungan diplomatik dengan menjalin hubungan dengan
negara-negra yang lain. Memandangkan wilayah Islam yang semakin luas,para amir telah dilantik
untuk mentadbir kawasan yang dipertanggungjawab. Contohnya, Uthman ibn Abi al’-As dilantik
sebagai amir di Thaif manakala Attab bin Usaid sebagai amir di Makkah.

19 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5.Dasar pentadbiran

Nabi Muhammad saw membentuk pentadbiran berasaskan kepada empat dasar, iaitu mengukuhkan
semangat akidah bagi menghapuskan semangat assabiyah, Islam dijadikan sebagai landasan peraturan
masyarakat, mengamalkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran dan memperkenalkan Piagam
Madinah. Dasar tersebut telah menjadi panduan kepada masyarakat Islam untuk memperoleh
kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan kerana secara tidak langsung dapat mewujudkan
kestabilan politik dan pengekalan integriti bagi kedaulatan sesebuah pemerintahan yang stabil.

C.KESIMPULAN

1.Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad saw telah berjaya membina masyarakat yang bersatu
padu yang telah mewujudkan kestabilan politik dan pembinaan negara Islam yang
kukuh,aman,makmur dan berdaulat.

20 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 9 : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA
PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH.

A. PENGENALAN

1.Piagam Madinah dibentuk sebagai panduan untuk membentuk negara Islam yang berdaulat dan telah
digubal oleh Nabi Muhammad saw. Piagam Madinah sebagai pedoman untuk membentuk ummah
Islam pada tahun pertama dan kedua hijrah.

2.Piagam ini dibentuk berasaskan wahyu dan norma-norma masyarakat. Perlembagaan bertulis yang
pertama ini menjelaskan hak dan tanggungjawab pemerintah serta orang yang diperintah.

3.Piagam ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengndungi 23 fasal yang menyentuh
hak,hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal
yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.
Bahagian ini digubal selepas Perang Badar.

B. ISI

1.Menghadapi masyarakat majmuk Madinah

Penduduk Madinah selepas peristiwa hijrah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Mereka ialah
golongan Arab Selatan, iaitu kaum Aus dan Khazraj yang berhijrah ke Madinah selepas keruntuhan
empangan Maarib. Kumpulan kedua ialah golongan Yahudi yang berhijrah dari Palestin dan Mesir.
Satu lagi kumuplan ialah masyarakat Quraisy yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Piagam
Madinah merupakan undang-undang yang boleh menjamin keamanan hidup dalam kalangan
masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya.

2.Membentuk peraturan untuk semua penduduk

Nabi Muhammad saw sedar bahawa perlu adanya satu perjanjian antara semua kaum dan mewujudkan
satu set undang-undang yang diterima oleh semua. Sahifah Madinah bertujuan membentuk
persefahaman antara semua kumpulan dengan pemerintah. Persefahaman ini akan membentuk sebuah
negara Islam yang kuat dan berdaulat.

3.Menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum dan agama

Selepas peristiwa hijrah, terbentuk masyarakat Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan
Ansar. Melalui Piagam Madinah, Rasulullah saw mengharapkan permusuhan antara kaum Aus dan
Khazraj dapat ditamatkan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama orang Islam
melalui akidah dan ukhwah Islamiyah.

4.Mempersaudarakan orang Islam

Piagam Madinah bertujuan mempersaudarakan golongan muhajirin dan Ansar. Piagam ini dapat
mewujudkan kerjasama,kasih sayang dan perpaduan supaya Madinah menjadi sebuah kerajaan yang
kuat terutamanya apabila menghadapi penentangan dari Quraisy Makkah.
21 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
5.Melenyapkan permusuhan dan menentukan hak orang Yahudi

Orang Yahudi di Makkah terdiri daripada Bani Qunaiqa’,Quraizah dan Nadhir. Permusuhan antara
orang Aus dan Khazraj adalah disebabkan oleh hasutan orang-orang Yahudi. Kaum Yahudi sering
melaga-lagakan orang Arab kerana niat mereka untuk menguasai kota Madinah sebelum hijrah.
Mereka juga merasa iri hati terhadap Nabi Muhammad saw. Piagam Madinah menentukan hak dan
tanggungjawab setiap anggota sahifah ini. Walaupun mereka terdiri daripada berbilang
kaum,keturunan,agama,bangsa dan kepercayaan, mereka ditentukan peranan mereka untuk
mempertahankan kota Madinah. Kerajaan Madinah akan menjadi kukuh dan dapat mempertahankan
kedaulatannya.

6.Mewujudkan perdamaian dan keamanan

Piagam Madinah bertujuanmewujudkan perdamaian dan keamanan apabila wujud sebuah masyarakat
yang menerima perjanjian ini. Piagam ini boleh membentuk satu masyarakat yang ideal dan boleh
diteladani oleh penduduk di seluruh dunia. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi Muhammad saw akan
menjadi satu masyarakat yang terbaik,tersusun dan sempurna.

C.KESIMPULAN

1.Piagam Madinah mengiktirafkan kedudukan Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin negara dan
umat.

2.Piagam ini membolehkan Rasulullah saw membina sebuah negara Islam yang aman,damai dan
berdaulat.

3.Keunggulan Nabi Muhammad saw juga terserlah dengan pembentukan piagam ini.

22 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 10: JELASKAN USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NABI
MUHAMMMAD S.A.W. UNTUK MEREALISASIKAN KONSEP
UMMAH DI MADINAH.

A. PENGENALAN

1. Perkataan ’ummah’ adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud satu golongan atau
komuniti. Mengikut Abdul Al-Baqi, perkataan ummah telah disebut dalam al- Quran
sebanyak 40 kali seperti ummah nabi atau rasul yang diutuskan oleh Allah untuk memimpin
ummah seperti ummah Nabi Ibrahim, ummah Nabi Isa, ummah Nabi Musa, ummah Nabi
Lut dan ummah Nabi Muhammad SAW.
2. Dalam al-Quran juga menyatakan bahawa konsep ummah merujuk kepada semua makhluk
Allah termasuklah masyarakat manusia, ahli kitab, malaikat, jin dan makhluk yang lain.
3. Konsep ummah mengikut dalam Perlembagaan Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi
Muhammad saw juga amat luas. Dalam fasal 1 dan 2 Perlembagaan Madinah menyatakan
bahawa semua umat Islam Madinah yang terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar,
penduduk-penduduk Madinah, dan golongan yang menyokong mereka dianggap sebagai satu
ummah. Ini bererti pada peringkat awal, konsep ummah di zaman Nabi Muhammad saw
tidak terhad kepada umat Islam sahaja tetapi termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi
( Bani Quraizah, Nadhir dan Qainuqa’ ) dan kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah
seperti Bani Jusham, Sai’dah, Al-Harith dan lain-lain
4. Bagi umat Islam mereka dikenali sebagai ’Ummah Wahidah’ ( masyarakat yang satu )
manakala orang bukan Islam dianggap sebagai orang kafir Zimmi ( mereka yang dilindungi ).
Bagi W.K Wyatt, menjelaskan bahawa konsep ummah merujuk kepada masyarakat yang
dibentuk oleh mereka yang mengakui kerasulan dan ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja.
Ini bererti bagi masyarakat bukan Islam yang tidak menerima Islam dan kerasulan Nabi
Muhammad SAW seperti kaum Yahudi dan kabilah Arab di sekitar Madinah, mereka
tidak dianggap sebagai satu ummah.
5. Selain itu, konsep ummah di zaman Nabi Muhammad SAW juga merujuk kepada
masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam samada mereka beragama Islam
ataupun tidak. Ini kerana bagi masyarakat yang tidak mematuhi perlembagaan Madinah akan
disingkir atau dihukum mengikut peruntukan undang-undang di dalamnya. Contohnya
penyingkiran kaum Yahudi ( Bani Quraizah, Nadhir dan Qainuqa’) kerana mereka
enggan mematuhi Piagam Madinah dengan berkerjasama dengan kaum Musyrikin Quraish
Mekah telah menyebabkan mereka terkeluar dari lingkungan ummah pada masa itu.
6. Secara umumnya, konsep ummah merujuk kepada semua masyarakat yang tinggal di
Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW tanpa mengira agama atau bangsa asalkan
mereka patuh dan taat kepada undang-undang yang ditetapkan di dalam Piagam Madinah yang
digubal pada tahun 622 M.

B. ISI

a) Penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar ( kaum Aus dan Khazraj )


i. Persaudaraan yang diperkenalkan amat mendalam hinggakan mereka bukan sahaja dapat
bergaul dengan lebih mesra, bahkan dapat mewarisi harta pusaka dan mempunyai hak yang
sama dalam keluarga masing-masing melalui ikatan perkahwinan serta ikatan akidah.
ii. Melalui konsep inilah golongan Muhajirin yang sebelum ini berhijrah dalam keadaan
sehelai sepinggang dapat dibantu memulakan kehidupan baharu dengan bantuan saudara
23 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
seagama seperti mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar
bin al-Khattab dengan Itban bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dengan Sa’ad al- Rabi’ dan
lain-lain.

b) Menyatukan orang Ansar


i. Penyatuan antara golongan Ansar ( penduduk Madinah ) iaitu antara golongan Aus
dengan Khazraj. Baginda telah menerapkan iman dalam setiap sanubari kedua-dua kaum ini
agar semangat asabiyah yang diamalkan sebelum ini terhapus.
ii. Nabi Muhammad SAW juga menyeru kepada kedua-dua kaum tersebut supaya melupakan
persoalan hutang darah dan dendam kesumat akibat Perang But’ah yang telah meragut
ribuan nyawa. Sebaliknya mereka mesti hidup dalam keadaan aman dan saling bekerjasama.

c) Penggubalan Piagam Madinah


i. Nabi Muhammad SAW telah mengambil beberapa langkah yang boleh menjamin
keamanan di Madinah. khususnya menghindarkan daripada tindakan jahat orang Yahudi yang
boleh mengancam keselamatan umat Islam. Nabi Muhammad SAW telah menggubal
Perlembagaan Madinah pada tahun 1 Hijrah.
ii. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal yang menyentuh segala aspek kehidupan
sesebuah negara. Antaranya menggariskan peranan Rasulullah sebagai ketua negara,
tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam terhadap Negara Madinah, keselamatan,
perundangan dan sebagainya.
iii. Contohnya Nabi Muhammad SAW telah memperuntukkan di dalam Piagam Madinah hak-
hak golongan Yahudi seperti memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat
agama mereka, kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, social, adat istiadat dan mereka
diminta bersedia mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh. Di dalam
Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.

d) Membina masjid
i. Nabi Muhammad SAW telah membina masjid sebagai langkah menyatukan umat Islam.
Masjid bukan sahaja dijadikan sebagai tempat ibadat oleh umat Islam tetapi sebagai
symbol penyatuan ummah. Masjid telah dijadikan tempat segala aktiviti umat Islam
seperti perbincangan untuk menyelesaikan masalah negara, menerima tetamu asing da
sebagainya. Masjid yang terawal dibina ialah Masjid Nabawi dan Masjid Quba.

e) Mengawal kegiatan golongan munafik


i) Seterusnya untuk mengelak berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam, Nabi
Muhammad SAW telah bertindak mengawal aktiviti golongan munafik yang merupakan kaum
yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan
menghancurkan masyarakat Islam.
ii) Nabi Muhammad SAW menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum
munafik. Langkah ini berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan kematian
ketuanya Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik.

f) Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat
Madinah
i. Bagi merealisasikan pembentukan ummah di Madinah, Nabi Muhammad SAW menjadikan
al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan dalam mentadbir negara. ii. Keadilan dijadikan

24 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


asas dalam segala bentuk tindakan. Maka ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatupadu tanpa
mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan pembentukan masyarakat Madinah.

g) Penyingkiran Kaum Yahudi di Madinah


i. Seterusnya bagi memastikan tidak berlaku suasana yang huru hara di Madinah, kaum
Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari Kota
Madinah kerana melanggar Perjanjian Madinah. Penyingkiran mereka dibuat secara
perundangan berteraskan keadilan.
ii. Langkah ini telah berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah dan akhirnya
masyarakat Madinah terdiri daripada umat Islam sahaja.

h) Kepimpinan melalui teladan.


i. Nabi Muhammad SAW telah mempamerkan dan mengamalkan sifat kepimpinan yang
unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan
pentadbiran baginda sebagai ketua negara. Kepimpinan ini berjaya menyatukan dan
membangunkan masyarakat Madinah yang mantap dan mencapai kejayaan dunia dan
akhirat.

i) Memperkenalkan sistem sosial dan ekonomi yang adil


i. Bagi menyatukan ummah di Madinah, Nabi Muhammad SAW juga telah memperkenalkan
sistem sosial dan ekonomi yang memberikan keadilan kepada semua pihak sama ada
beragama Islam atau sebaliknya. Antaranya memperkenalkan amalan syura agar semua
pihak terlibat dalam apa juga perbincangan serta tidak menimbulkan ketidakpuasan hati
dalam kalangan mereka.
ii. Nabi Muhammad SAW juga memperkenalkan sistem ekonomi yang lebih adil termasuk
mengharamkan segala bentuk penindasan dan mengagihkan kekayaan secara sama rata.
Pengenalan sistem ekonomi ini juga telah menghapuskan monopoli golongan Yahudi
terhadap aktiviti dan sumber kekayaan kota Madinah.

C. KESIMPULAN

1. Dalam merealisasikan konsep ummah di Madinah, Nabi Muhammad SAW telah


mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi sebelum merancang strategi atau
kaedah yang sesuai untuk mengatasinya.
2. Langkah-langkah tersebut adalah berkesan untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat
berbilang kaum di Madinah. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan di bawah satu
konsep ummah Muhammad dan mengubah imej kota Madinah sebagai sebuah negara Islam.

25 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 11: BINCANGKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH KEPADA
MASYARAKAT MADINAH SEMASA ZAMAN NABI MUHAMMAD
SAW.

A. PENDAHULUAN

1. Ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah, terdapat dua golongan penduduk yang
terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam Madinah (Aus dan Khazraj)
dikenali sebagai golongan Ansar. Orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula
dikenali sebagai golongan Muhajirin.
2. Golongan Ansar (Aus dan Khazraj) sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak
zaman-berzaman. Golongan Muhajirin pula susah kerana mereka meninggalkan kampung
halaman mereka. Kaum Yahudi pula sentiasa bersikap bermusuhan, menghasut dan
mengkhianati Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya. Orang-orang munafik menjadi
musuh dalam selimut. Pada masa yang sama, orang musyrikin Quraisy di Makkah
sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
3. Bagi mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Nabi Muhammad SAW membuat
perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah dan menulis satu piagam bertulis pertama di
dunia yang dikenali sebagai Piagam Madinah atau Sahifah Madinah.

B. ISI

a) Kandungan Piagam Madinah

i. Piagam Madinah terdiri daripada 47 fasal dan terbahagi kepada lima bahagian secara
umumnya.Fasal 1 – pengenalan kepada piagam dan mengakui tentang keEsaan Allah SWT
dan Rasul-Nya. Fasal 2 hingga 11 – menerangkan tentang kedudukan kaum-kaum dalam
negara Islam Madinah.
ii. Fasal 12 hingga 23 – menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab
sesama sendiri dan perkara-perkara yang patut dilakukan serta perkara yang perlu ditinggalkan.
Fasal 24 hingga 38 – menyebut tentang kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam
Madinah. Fasal 39 hingga 47 – menerangkan tentang kedudukan Yathrib.

b) Kepentingan Piagam Madinah

i. Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul.


Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul dan berperanan sebagai pemimpin bagi
kerajaan Madinah yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama. Masyarakat
Madinah menerima baginda sebagai ketua negara Madinah.
Baginda memberi tumpuan terhadap aspek akidah dan juga aspek duniawi dalam
pemerintahannya. Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan dan hakim
yang tinggi dan unggul. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah
SWT dan keputusan baginda. Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan
bermusyawarah. Baginda juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.

26 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


ii. Mewujudkan rasa tanggungjawab mempertahankan Madinah.
Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat
Islam dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada
serangan musuh. Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-
musuh Islam yang menentang kerajaan Islam Madinah. Untuk mengukuhkan perpaduan dan
mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah, semangat cintakan
negara dipupuk. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil
kesempatan menawan Madinah. Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah
seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menurut
Piagam Madinah.

iii. Mewujudkan perpaduan umat Islam.


Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua kumpulan, iaitu golongan Ansar dan
Muhajirin. Penekanan berkaitan dengan kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat ini
terdapat dalam Piagam Madinah. Selain daripada masyarakat Islam, piagam ini juga
merangkumi kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti kaum Yahudi,
Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi dan Habsyi.
Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah
dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang
kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat tinggal.
Hal ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Madinah. Jika berlaku perpecahan
ini, musuh Islam boleh mengambil kesempatan untuk menawan Madinah.
Persaudaraan Islam dapat mewujudkan masyarakat Islam yang tulen berlandaskan akidah
dan keimanan kepada Allah SWT. Persaudaraan inilah yang akan mewujudkan kerjasama
antara masyarakat serta cintakan kedamaian dalam kehidupan.

iv. Penekanan terhadap musyawarah dalam pemerintahan.


Piagam Madinah mengamalkan prinsip musyawarah yang berlandaskan keadilan dalam
pemerintahan. Semua kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaum masing-masing.
Penduduk Madinah juga diberi hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin. Hal ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

v. Mewujudkan keadilan dan persamaan terhadap masyarakat Madinah.


Untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan berlaku dalam masyarakat Madinah,
Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira
keturunan, bangsa dan kedudukan seperti antara pemerintah dengan yang diperintah.
Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan golongan
kaya ke atas golongan miskin.
Setiap masyarakat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran
Islam agar mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan
kepada mereka. Hal ini juga dapat menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas
masyarakat tersebut.
Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim
seperti menindas golongan yang lemah. Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara
satu sama lain.

27 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


vi. Kedudukan kaum Yahudi.
Masyarakat Yahudi diberi kebebasan untuk mengamalkan agama, adat dan budaya
mereka. Namun demikian, mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk
menganut agama mereka. Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau golongan
yang lemah. Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka
mematuhi piagam tersebut.

vii. Kebebasan beragama.


Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut
agama lain. Kebebasan ini diberikan kerana :
- Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap
individu.
- Menghindarkan permusuhan antara masyarakat.
- Mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah.

viii. Pembinaan sebuah kerajaan Islam yang kuat.


Untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat, masyarakat Madinah bebas
membincangkan hal politik dan pentadbiran.
Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka
merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu. Piagam ini juga menyatakan bahawa
kerajaan Madinah adalah hak milik mereka bersama.
Oleh itu, masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada
ancaman musuh.
Hak dan tanggungjawab penduduk Madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa mengira
agama mereka. Penduduk Madinah yang beragama Islam dan bukan Islam mempunyai
hak yang sama untuk memperoleh perlindungan, keselamatan dan keadilan.

ix. Kebebasan masyarakat Madinah.


Penindasan ke atas golongan yang lemah seperti yang biasa dilakukan oleh kaum Yahudi
adalah dilarang kerana Piagam Madinah menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata untuk
setiap penduduk.
Hal ini dapat menjamin keharmonian hidup masyarakat Madinah.
Kebebasan hak asasi ini meliputi kebebasan beragama, beramal, bekerja, bersuara dan
sebagainya selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana kebebasan yang tiada batas
akan mewujudkan kezaliman yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah sesebuah
kerajaan.

x. Menyatupadukan penduduk Madinah.


Masyarakat Madinah khususnya umat Islam dapat disatukan menerusi Piagam Madinah.
Piagam ini juga menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat
bukan Islam seperti saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya.
Melalui Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang
dahulunya mengamalkan tradisi jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum
masing-masing telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persudaraan Islam.

28 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


C. KESIMPULAN:

1. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirlah sebuah negara Islam pertama di Madinah.
2. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam negara Islam yang
baharu, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk pelbagai
bangsa.
3. Piagam Madinah telah menggariskan dasar-dasar umum pemerintahan negara dan
pentadbiran masyarakat yang menjadi asas pemerintahan Rasulullah SAW dan umat
baginda selepas itu.

29 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 12: BINCANGKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NABI, RASUL
DAN NEGARAWAN.

A. PENGENALAN

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal/ 20 April tahun Gajah, menerima
wahyu pertama pada 17 Ramadhan di Guan Hira – surah al Alaq(ayat 1-5) dan dilantik
secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.

2. Baginda berdakwah melalui 2 cara iaitu berdakwah secara sulit selama 3 tahun dan secara
terbuka.

3. Dakwah secara terbuka telah mendapat tentangan hebat daripada musyrikin Mekah
sehingga baginda amat kecewa dan berhijrah ke Madinah pada 622 M dan berjaya
membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.

B. ISI

a) Sebagai seorang Nabi dan Rasul

i. Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui kitab-kitab suci iaitu al-Quran, Injil,
Zabur, Taurat dan menerusi fakta sejarah Bahirah, seorang pendeta Kristian telah
menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad SAW.

ii. Baginda mempunyai sifat-sifat terpuji iaitu siddiq, amanah tabligh dan fatanah. Baginda
menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia secara berperingkat- peringkat. Sebagai
seorang pendakwah, Nabi telah menunjukkan sikap lemah lembut, toleransi, tegas dan
berpegang teguh terhadap akidah Islam walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan
tentangan hebat daripada musyrikin Mekah sehingga mereka berkomplot untuk
membunuh Nabi. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak
pernah menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerah pelbagai mukjizat oleh
Allah SWT. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat, nikah kahwin, jenayah, ketatanegaraan dan
hubungan antara bangsa yang bersumberkan al-Quran dan Hadis. Dalam amanat terakhir,
baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan Hadis .

30 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


b) Pemimpin Politik

i. Kecemerlangan kepimpinan baginda terserlah sejak di Mekah lagi iaitu berjaya


menyelesaikan masalah perletakan Batu Hajarul Aswad. Kepimpinan yang matang turut
terserlah semasa Perjanjian Aqabah 1 (621M) danAqabah 2 (622M).

ii. Menggubal Perlembagaan Madinah berdasar al-Quran dan Hadis yang mampu
menyelesaikan semua masalah di Madinah dan baginda diiktiraf sebagai Ketua Negara Islam
melalui hubungandiplomatikdengan Negara / Kerajaaan di sekitar Tanah Arab dan luar
Tanah Arab sepertiYaman, Ghassan, Hirah, Bahrain, Yamamah, Mesir, Syria, Habsyah,
Rome danParsi. Baginda memperkenalkan sistem Syura untuk membuat perbincangan dan
keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

c. Pemimpin Masyarakat

Baginda berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang terdiri dari suku kaum Ausdan Khazraj
di bawah konsep akidah dan mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin berdasarkan
konsep ukhwah Islamiah dan bantu-membantu kearah kebaikan berjaya mengekalkan
perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah
Memperkenalkan konsep persamaan taraf dan menaikkan taraf kaum wanita serta
menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep ummah, dapat menghapuskan nilai
dan amalan sosial masyarakat jahiliah dan digantikan dengan nilai sosial Islam yang lebih adil.
d. Pemimpin Tentera

Selepas hijrah baginda telah membentuk dan melatih pasukan tentera Islam serta mengetuai 27
ekspedisi ketenteraan .Baginda telah memperkenalkan etika peperangaan yang wajib dipatuhi
oleh tentera Islam seperti tidak memerangi golongan yang lemah, tidak memusnahkan harta
benda awam dan sebagainya. Mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat
dalam menghadapi pihak musuh, bersikap adil terhadap tentera musuh dan tentera Islam contoh
membahagikan harta rampasan perang sama rata, tidak mengejar musuh yang lari dan
sebagainya. Baginda bertanggungjawab merancang taktik dan strategi peperangan seperti taktik
menunggu dan menyerang bertubi-tubi, alsaf, taktik bertahan, penyamaran dan sebagainya.

31 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


e. Pemimpin Ekonomi

Nabi memperkenalkan sistem ekonomi baharu yang lebih adil dan saksama serta menghapuskan
segala bentuk penindasan khususnya amalan riba, menghapuskan monopoli ekonomi yang
diamalkan oleh kaum Yahudi, Berjaya memulihkan dan memejukan ekonomi umat Islam
dengan memajukan aktiviti pertanian seperti mengusahakan tanah-tanah terbiar, menebus tanah
milik Ansar yang tergadai ketanganYahudi untuk dimajukan. Berjaya menjadikan Madinah
sebagai pusat perdagangan Islam, bukan sahaja disebabkan kedudukannya yang strategik
bahkan kejayaan baginda membentuk iklilm politik yang stabil dan mewujudkan sistem
ekonomi yang adil memberi peluang yang saksama kepada semua warga bergiat dalam
perdagangan.
f. Ketua Hakim

Menjalankan tugas sebagai ketua hakim dengan adil dan saksama, wujud penyelarasan
hukuman dan amalan diskriminasi berdasarkan semangat assabiyah dapat dihapuskan.Bersifat
tegas dalam melaksanakan undang-undang Islam berdasarkan al- Quran seperti hukuman
potongan tangan kepada pencuri. Melantik hakim wilayah yang betul-betul layak dan
mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang syariah.

C:KESIMPULAN

1. Kejayaan yang dicaapai oleh Nabi sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang
menyebabkan baginda bukan sahaja sebagai nabi dan rasul tetapi juga negarawan yang
unggul bagi memimpin umat manusia.

2. Ketokohan nabi dalam aspek kepimpinan sama ada politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan
sangat berkaliber.

32 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 13: “NABI MUHAMMAD S.A.W BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL
TETAPI JUGA SEORANG NEGARAWAN”. BINCANGKAN.

A. PENDAHULUAN

Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah. Baginda
diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy. Baginda dilantik secara rasmi
sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadhan
bersamaan 16 Ogos 610Masihi, iaitu melalui surah Al Alaq ayat 1-5. Setelah itu diikuti pula dengan
surah Al Mudatthir ayat 1-7 yang menandakan kerasulan baginda SAW. Baginda mula menjalankan
dakwah secara sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka. Baginda bukan sahaja seorang
nabi dan rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat, panglima tentera serta perancang ekonomi
yang disegani .

B. ISI

1. Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci al-Quran,Taurat,
Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan memiliki sifat mulia
seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui bukti-bukti sejarah.

Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda masih kanak-
kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Setelah itu, terdapat pula
tanda-tanda kenabian sewaktu baginda menemui seorang padri di Syam.

Selama 13 tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang
membawa agama Islam. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa
menyebarkan agama Islam ,nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, tolenrasi tetapi tegas.
Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan
menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan beberapa
bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang- bidang tersebut adalah seperti ibadat solat,
zakat, puasa dan sebagainya.

2. Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat
kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah
seperti:-

i. berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan


keturunan setelah perpecahan begitu lama .
ii. mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha
gigih mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin(Madinah jadi kuat,aman,stabil dari
segi politik dan ekonomi)
iii. Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama
dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah(penggubalan Piagam
Madinah).
iv. Menghormati agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya
bukan Islam.

33 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


v. Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan anggota suku masing-masing.
vi. Membentuk konsep ummah.

3. Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi (masalah perpindahan Hajar
Aswad ke tempat asal di Kaabah). Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik
yang matang. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan
terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka.

Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana
baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran
Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem
syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.

4. Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar baru menggantikan dasar ekonomi
jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan aktif dalam urusan perniagaan dan
pertanian. Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat. Nabi berusaha
membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar diusaha semula, tanah
tergadai ditebus semula dan dikerjakan.

5. Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang
disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia. Baginda
mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda bertindak mengikut
batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata,
serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan
perasaan kemanusiaan seperti memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan
Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam.

Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam
bidang taktik dan strategi perang contohnya perang Badar menggunakan taktik tunggu dan lihat, sistem
saf dan taktik bertahan dalam perang Khandak serta teknik mengepung dalam perang Taif.

C. KESIMPULAN

Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah
baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi, dan pemimpin
tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah,
tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Baginda berjaya membina tamadun Islam
dan diwarisi pula oleh khulafa’ alRasyidin.

34 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 14: HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH NABI
MUHAMMAD S.A.W UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA ISLAM
MADINAH.

A. PENDAHULUAN:

1. Konsep ketahanan dalam Islam


 Islam-agama yang cintakan kedamaian
 Peperangan diizinkan dalam Islam sekiranya diancam oleh musuh, untuk mempertahankan
agama, bangsa, negara, serta mempertahankan hak.

2. Contoh peperangan pada zaman Rasulullah – Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak,
Perang Hunain dan Perang Muktah.
3. Bagi mempertahankan negara Islam daripada serangan musuh, pelbagai langkah telah

diambil oleh Rasulullah s.a.w.

B. ISI:

Langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mempertahankan negara
Islam daripada serangan musuh

1. Mematuhi Piagam Madinah

 Perlembagaan ini mempunyai 47 fasal dan merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama
mengandungi 23 fasal yang menyentuh tentang hubungan dan tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin dan Ansar).
 Manakala bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan
tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

2. Penyingkiran Kaum Yahudi

 Langkah ini demi mempertahankan kedaulatan negara dan kehormatan umat


Islam.

 Langkah yang pertama ialah menyingkirkan suku kaum Yahudi yang teramai di Madinah, iaitu
Bani Qainuqa’ bersama harta benda mereka ke Syam. Penyingkiran mereka berpunca daripada
sikap yang memperkecilkan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar.
 Bani Nadir telah menimbulkan masalah di dalam kejadian seorang Arab telah membunuh secara
tidak sengaja dua orang lelaki Yahudi. Bani Nadir telah menuntut ganti rugi yang tinggi.
Namun Bani Nadir mengambil kesempatan merancang membunuh nabi semasa perbincangan
tersebut. Akibatnya mereka disingkirkan ke Khaibar
 Bani Quraizah ditewaskan semasa Perang al-Ahzab.

3. Menyatukan Masyarakat Madinah


 Langkah bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat maka Rasullullah telah
menyatukan orang-orang Islam.

35 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


 Baginda menyatukan antara puak Muhajirin dengan Ansar yang terdiri daripada kabilah
Aus dan Khazraj.
 Penyatuan juga dilakukan antara orang-orang Islam dengan bukan Islam.
 Penyatuan ini telah melahirkan masyarakat Madinah dan negara yang kuat, aman dan stabil
dari segi politik serta ekonomi.

4. Mematuhi Perjanjian Hudaibiah
 Gencatan senjata selama 10 tahun antara kedua-dua pihak
 Kabilah-kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada umat Islam Madinah
atau kaum Quraisy Makkah.
 Orang Islam Madinah yang lari ke Makkah tanpa kebenaran walinya tidak perlu
dipulangkan semula Orang Quraisy Makkah yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya
mestilah dipulangkan semula
 Umat Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H) dan hanya boleh berada
di Makkah selama 3 hari tanpa membawa senjata dan hanya boleh memasuki Makkah setelah
kaum Quraisy keluar dahulu
 Perjanjian Hudaibiyah yang awalnya penuh kontroversi ternyata telah memberi
kemenangan jangka pendek kepada kaum Quraisy Mekah tetapi dalam jangka panjang
merupakan satu kemenangan mutlak ke atas umat Islam dari setiap segi. Sekali lagi Nabi
Muhammad s.a.w. telah menampakkan kebijaksanaannya sebagai seorang pemimpin yang
berpandangan jauh dan amat memahami politik Tanah Arab.
 Melalui Perjanjian Hudaibiah (6H/628M). Memberi kemenangan psikologi kepada Nabi
Muhammad s.aw kerana telah menghancurkan seluruh semangat musuh di mana tidak berlaku
pertumpahan darah seterusnya membawa kepada pembukaan semula kota Makkah

5. Mengadakan Hubungan Diplomatik


 Bagi mengukuh dan mempertahankan negara Islam baginda telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan menghantar utusan-utusan ke negara luar.
 Baginda telah dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya
menghantar pewakilan ke luar negara.

 Antara negara yang telah dihantar diplomat ialah Habsyah, Mesir, Ghassan, Hirah
Byzantine dan Farsi untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka.
 Kesan daripada misi diplomatik ini tidak sampai setengah abad lamanya semua negara
berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan negara Islam. Ini mengambarkan negara
Islam terhindar daripada serangan pihak musuh.

6. Membentuk Tentera Dan Menanam Semangat Jihad


 Pembentukan tentera adalah untuk:
i. Mempertahankan diri daripada sebarang serangan musuh, menjaga keamanan dan
mempertahankan kedaulatan negara.
ii. Menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukannya daripada permusuhan
oleh sebarang pihak yang ingin merosakkan sebarang perjanjian yang termeterai di antara
negara Islam dan pihak lain.

36 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


7. Menyusun Taktik Dan Strategi Dalam Peperangan

 Baginda juga membuktikan dirinya sebagai seorang ahli strategi. Hal ini terbukti dengan
kecekapan taktik baginda dalam beberapa siri peperangan.
 Perang Uhud – menempatkan pasukan pemanah di lereng Gunung Uhud.
 Perang Badar – tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk saf.
 Perang Khandak- menggunakan taktik bertahan dengan menggali parit di sekeliling kota
Madinah
 Perang Taif - menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya
melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musuh tidak sempat bersedia. Teknik psikologi
untuk memaksa Malek bin Auf menyerah diri dalam peperangan tersebut.
 Taktik lain – tidak memburu musuh yang melarikan diri

C. KESIMPULAN:

1. Apa yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah hasil daripada panduan wahyu Allah s.w.t.
Justeru, dalam tempoh 10 tahun sahaja di Madinah, Rasulullah s.a.w telah meninggalkan contoh
yang tersangat berharga dari segi kepimpinan politik dan secara tidak langsung mempertahankan
negara Islam daripada serangan pihak musuh.
2. mimpin serta mujahid-mujahid seterusnya dalam menangani ancaman musuh agama dan negara.
Pada zaman Rasulullah s.a.w angkatan tentera adalah secara sukarela bagi menegakkan agama dan
menuntut keredaan Allah s.w.t.
3. Daripada langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w secara tidak langsung telah
menaikkan nama Islam dan seterusnya terhindarlah negara Islam daripada serangan pihak musuh.

37 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 15 : BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH DAN
TANGGUNGJAWAB KHALIFAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN ISLAM

A . PENDAHULUAN

1. Institisi khalifah bermula sebaik sahaja Abu Bakar dilantik sebagai khalifah .
2. Perkataan khalifah bermaksud pengganti, iaitu merujuk kepada pengganti Rasulullah untuk
memimpin Negara dan umat islam.
3. Syarat-syarat khalifah ialah lelaki,agama islam,adil, berilmu, tiada kecacatan, berani
,bersiasah.
4. Perlantikan khalifah disahkan melalui proses baiah iaitu ikrar setia daripada rakyat yang
bakal diperintah.

B. ISI

1. Pemilihan Khalifah

a. 1. Pemilihan khalifah pertama dilakukan secara perundingan atau persetujuan seperti


pemilihan khalifah Abu Bakar al Siddiq.Pemilihan ini berlangsung secara terbuka di balai bani
Saadah.
b. 2.Cara wasiat oeh khalifah terdahulu seperti pemilihan khalifah Umar al Khattab oleh
Khalifah Abu Bakar dan rakyat secara sukarela telah memberikan baiah atau taat setia kepada
beliau.
c. 3.Cara musyawarah. Khalifah Umar al Khattab telah menubuhkan majlis Syura yang
berperanan memilih dan menentukan bakal khalifah seterusnya.Jawatankuasa ini
menemuramah calon dan mendapatkan pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat
pemilihan. Contohnya perlantikan khalifah Uthman bin Affan
d. Perlantikan khalifah Ali bin abi Talib secara desakan oleh sekumpulan masyarakat. Kaedah ini
tidak menampakkan nilai demokrasi dan ditentang oleh penduduk Syam dan Bani
Umayyah.Walau bagaimanapun menurut al Tabari Pemilihan Ali bin abi Talib sebagai
khalifah masih mengikut peraturan asal Majlis Syura dan keadaan darurat pada waktu itu.

2. Tanggubgjawab khalifah

a. Mengendalikan urusan pentadbiran Negara dan melaksanakan hukum-hukum agama dengan


adil mengikut hukum seperti yang terkandung di dalam al quran seperti pelantikan hakim, saksi
dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.
b. Dalam aspek ekonomi, khalifah juga melaksanakan sistem ekonomi yang selaras dengan
tuntutan islam. Khalifah memastikan sumber pendapatan adalah bersih mengikut syariat.
Khalifah bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan baitulmal dengan cara
berhemat.
c. Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat disamping menyediakan
kemudahan awam seperti sekolah, masjid , hospital dan lain-lain untuk kebajikan rakyat .
Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah utuh.

38 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


d. Khalifah juga bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta Negara
daripada ancaman musuh sama ada musuh dalam mahupun luar.Khalifah mengambil langkah-
langkah tertentu bagi mengukuhkan keselamatan negara dengan membina tembok, kubu dan
memperkemaskan pasukan tentera islam bagi menghadapi ancaman Rom dan Parsi.
e. Dalam membuat sebarang keputusan berhubung urusan Negara, khalifah mestilah
bermesyuarat ( berdasarkan syura)Urusan perlantikan pegawai menjadi tugas khlifah memilih
pegawai yang amanah dan jujur bagi memastikan tugas yang dapat dijalankan dengan
sempurna.

C. KESIMPULAN

1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbgai cara. Namun cirri-ciri demokrasi tetap
wujud dalam masyarakat islam dan paling penting yang diberikan ialah baiah kepada
rakyat yang bakal diperintah bagi melicinkan urusan pentadbiran dan kestabilan
Negara.
2. Khalifah mempunyai tanggugjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat
terhadapnya.Khalifah yang dipilih sepatutunya memiliki keupayaan dan kemampuan
dalam pelbagai aspek terutamanaya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir.

39 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 16 : USAHA-USAHA KHALIFAH UMAR AL KHATTAB TELAH DIANGGAP
BERJAYA MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM MADINAH DALAM
SEMUA ASPEK. BINCANGKAN.

A. PENDAHULUAN
1. Nama sebenar beliau ialah Umar bin al Khattab bin Naufal daripada keturunan Bani Adi.
Dlahirkan pada 584 M dan meninggal dunia pada 644M. Beliau menjadi khalifah setelah
dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar dengan persetujuan para sahabat
2. Selama 10 tahun menjadi khalifah , pelbagai usaha telah dilakukan sama ada dalam bidang
pentadbiran,ekonomi dan sosial sehingga pemerintahannya dianggap sebagai zaman
kegemilangan kerajaan dan umat Islam.

B. ISI
USAHA-USAHA KHALIFAH UMAR DALAM ASPEK PENTADBIRAN / POLITIK
1.Pentadbiran wilayah – Wilayah islam dibahagikan kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai
yang bertugas , iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan. Pegawai yang dilantik diperiksa
harta dan keperibadiannya untuk mengelakkan berlaku korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Setiap
tahun , pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.

2.Pentadbiran Tanah – Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu :-

a) Tanah sawafi- tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegmg-pemegang amanah yang dilantik
daripada golongan ahl al-Ayyam, iaitu golongan peneroka. Tanah ini tidak bolehdijual beli atau
dimiliki sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat islam.

b) Tanah dhimmah- tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya.

3. Membentuk Majlis Syura – Majlis Syura ialah lembaga atau majlis perundangan Negara yang
ditubuhkan oleh Khalifah Umar al Khattab. Tanggungjawab Majlis Syura ialah menentukan polisi
Negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan Negara.

Majlis Syura membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.

Majlis Syura terbahagi kepada dua bahagian iaitu majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura am. Majlis
Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Ali Abi Talib .

4. Mengasaskan al Diwan

Al Diwan merupakan daftar atau buku catatan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga
mereka serta jumlah sara hidup masing-masing. Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa sesorang
terhadap islam terutama semasa proses perluasan wilayah.

5. Mengasaskan Takwin Hijrah.

40 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan
perkiraan calendar bagi umat islam. Pengenalan takwin Hijrah memudahkan catatan peristiwa-
peristiwa selepasnya. Takwin ini memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat
catatan mengenainya.

USAHA-USAHA UMAR AL KHATTAB DALAM ASPEK EKONOMI

1Penubuhan Baitulmal – untuk menguruskan harta kerajaan. Buku kira-kira turut disediakan untuk
mengetahui jumlah kewangan Negara. Sumber kewangan Negara daripada pungutan zakat, jizyah,
kharaj, ghanimah. Usyur disimpan dalam Baitulmal.

2.Memajukan bidang pertanian - Membina terusan dan tali air bagi meningkatkan hasil pertanian
seperti Empangan Abu Musa dan Terusan Amir al Mukminim di Mesir. Beliau juga mengubah system
pungutan cukai yang dikenakan berdasarkan kesuburan tanah dan jenis tanaman.Peraturan yang tidak
adil dan membebankan petani dimansuhkan.

USAHA-USAHA UMAR AL KHATTAB DALAM ASPEK SOSIAL

1.Memperkembangkan pelajaran al-Quran - Menyediakan guru-guru untuk mengajarkan al quran.


Guru-guru dihantar ke merata-rata tempat dengan ganjaran gaji lumayan. Di peringkat wilayah,
sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajarkan pelajaran al quran. Golongan
yang menghafaz seluruh kandungan al qurqn akan diberi ganjaran. Umat islam juga diwajibkan
menghafaz surah-surah yang tertentu.

2.Memperbaharui taraf dan kedudukan golongan hamba- dalam hal-hal tertentu , taraf golongan hamba
akan disamakan dengan tuannya. Bagi menjaga kepentingan social, iaitu tarf da kedudukan golongn
hamba dalam masyarakat, satu perubahaan telah diadakan. Hamba tidak boleh ditindas manakala
hamba yang mempunyai keluarga dilarang daripada dipisah-pisahkan.

C . KESIMPULAN

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh khalifah Umar Al Khattab sepanjang pemerintahannya selama 10
tahun. Kejayaan yang dicapai oleh Khalifah umar al Khattab ekoran kewujudan iklim politik yang
stabil., terutamanya musuh-musuh kerajaan islam seperti Rom dan Parsi telah berjaya dilemahkan
disamping sokongan rakyat termasuk dalam kalangan bukan islam disebabkan keadilan dan prinsip
terbuka dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

41 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 17 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PENTADBIRAN PUSAT
DAN WILAYAH SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-
RASHIDIN PADA ABAD KE 7M.
A.PENDAHULUAN

- Pemerintahan Khulafa al-Rashidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah kewafatan Nabi
Muhammad SAW.

- Terdiri dari 4 orang khalifah iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali
b Abi Talib

- Khulafa al-Rashidin meneruskan dasar pemerintahan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW

B.ISI

Pentadbiran Pusat

- Madinah sebagai pusat pemerintahan. Mereka meneruskan pusat pentadbiran di Madinah sepertimana
yang dibuat oleh Rasullullah SAW.

- Tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran yang khusus. Masjid Nabawi
sebagai pusat pentadbiran Negara, pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah. Sebarang keputusan dan
polisi yang ingin dibuat dilakukan di Masjid Nabawi secara Syura.

- Khalifah sebagai ketua badan eksekutif, legislative dan kehakiman. Walau bagaimanapun, sebarang
keputusan yang ingin dibuat tetap berdasarkan Al-Quran dan Sunnah kerana ia menjadi sumber rujukan
utama khalifah pada masa itu.

- Khalifah menjadi ketua Negara Islam dan dibantu oleh barisan cabinet yang terdiri daripada pelbagai
jawatan seperti menteri kanan, ahli syura, pegawai Baitulmal, kadi, panglima angkatan tentera dan
gabenor-gabenor yang dilantik mengetuai wilayah-wilayah Islam

- Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat khalifah).Ia menjadi tempat rujukan
utama Khalifah al-Rashidin dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran Islam

- Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan
dianggotai oleh sahabat-sahabat yang dipercayai seperti Uthman al-Affan, Ali b Abi Talib Zaid b Sabit
dan lain-lain

42 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


- Antara tugasan ahli majlis syura ialah pemilihan panglima tentera, gabenor, kadar cukai dan lain-lain

- Ditubuhkan Baitul Mal (Perbendaharaan Negara) untuk menguruskan harta rakyat dan Negara.
Peranan Baitul Mal diperkasakan pada zaman Umar al-Khattab dan sumbernya daripada zakat,
Ghanimah, Al-Fai’, Jizyah, Kharaj dan ‘Usyur

Pentadbiran Wilayah

- Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, pemerintahan wilayah dibahagikan kepada 10 wilayah
iaitu- Makkah, Taif, Yaman, Hadramaut dan lain-lain. Setiap wilayah diperintah oleh amil sebagai
wakil khalifah

- Pentadbiran wilayah telah diperkemaskan pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Mesir dan
Palestin.

- Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran

- Setiap wilayah diketui oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai lain seperti
setiausaha tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj), pegawai polis (Sahib al-Syurtah), pegawai
perbendaharaan (sahib Bait al-Mal) dan kadi.

- Setiap wilayah didirikan sebuah Baitul Mal untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan Negara
secara sistematik.

C. KESIMPULAN

- Sistem pemerintahan pusat dan wilayah di zaman Khulafa ar-Rashidin berkembang selari dengan
peredaran masa. Pemerintahannya menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama.

- Kemuncak kegemilangan zaman ini adalah pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab

43 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 18: JELASKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD KE-16.
A. PENDAHULUAN
 Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Sultan Uthman Ertughul yang menaiki tahta pada
tahun 1281M yang menggantikan bapanya Artoghrol dan berpusat di Istanbul
 Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai 38 orang khalifah
 Kerajaan ini berakhir pada 1924

B. ISI

 Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem autokrasi, iaitu pemerintah mempunyai kuasa


mutlak. Sultan mempunyai kuasa tertingi dalam pentadbiran dan ketenteraan.
 Pelantikan sultan dilakukan mengikut sistem feudal
 Wazir Besar/Agung (Menteri Besar) ialah orang yang paling berkuasa selepas sultan dan
menjadi ketua pentadbiran dan penasihat sultan serta ketua seluruh wazir dan amir
 Memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan
 Kadi ialah ketua agama bagi setiap wilayah yang berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan
sivil menurut syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
 Jawatan Syeikh al-Islam (mufti) diwujudkan pada zaman Sultan Salim1 yang beribu pejabat di
Istanbul
 Antara tugas Syeikh al-Islam ialah member fatwa dalam semua aspek keagamaan termasuk
keputusan berperang antara sesame umat Islam
 Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai struktur angkatan tentera yang tersusun sesuai dengan
kedudukannya sebagai sebuah kuasa dunia yang digeruni
 Beylerbey(Ketua turus tentera) ialah pangkat ketenteraan yang paling tinggi dan mempunyai
kuasa yang amat luas, malah Putera Mahkota juga terpaksa tunduk kepadanya
 Bey ialah gelaran ketua battalion atau ketumbukan tentera yang bertanggungjawab membawa
bendera (liwa’) dalam sesuatu peperangan.
 Tentera dibantu 3 orang hakim tentera, 2 orang defterdar (kewangan), 1 orang Agha (wakil
tentera darat), seorang laksamana dan seorang Nishanji.
 Dari segi ketenteraan, pasukan tentera Fief ialah tentera asasi kerajaan Turki Uthmaniyah. Fief
yang berjasa dikurniakan tanah.Tentera fief akhirnya digantikan dengan tentera upahan dengan
persenjataan yang lebih moden
44 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
 Pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah mengamalkan polisi peluasan kuasa dan tanah jajahan.
Penaklukan Kota Constantinolpe oleh Sultan Muhammad II pada tahun 753H merupakan jasa
kerajaan Uthmaniyah yang paling besar dan menonjol.
 Wilayah-wilayah islam yang berada di bawah penguasaan kerajaan pusat sentiasa diberikan
perlindungan seperti perlindungan yang diberikan ke atas dunia Arab daripada colonial Eropah
untuk beberapa lama.
C. KESIMPULAN
 Kecekapan sistem pemerintahan dan ketaatan para pemimpin kepada ajaran Islam menjadi
faktor utama kejayaan Khalifah Uthmaniyah sebagai kuasa besar dunia.
 Apabila sistem tersebut hilang, maka khalifah Uthmaniyah akhirnya tumbang dan ditamatkan
pada tahun 1924.

45 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 19: JELASKAN PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN PUSAT
DENGAN KERAJAAN WILAYAH YANG DIAMALKAN OLEH KERAJAAN
KHULAFA AL-RASYIDIN DAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH.

A. PENGENALAN.
1. Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam diperintah oleh para khalifah yang
digelar Khulafa al Rasyidin yang meneruskan dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda. 2.
Namun, terdapat juga penambahan dasar ekoran negara dan wilayah Islam yang semakin luas.
Misalnya, pemerintahan terbahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan wilayah.
3. Penggubalan dasar-dasar pada peringkat wilayah adalah selari dengan dasar peringkat pusat
dan diamalkan sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.

B. ISI.
1. Kerajaan pusat ialah kerajaan yang mendominasikan kuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran serta bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk haiehwal politik, ekonomi dan
soasial kerajaan –kerajaan kecil (Wilayah) yang bernaung.Pemerintahannya mempunyai kusa tertinggi
dan berkuasa keatas segala bentuk dan ciri-ciri pemerintahan di wilayah. Pemerintahan tertinggi
ialah Khalifah. Khalifah didipilih secara bergilir mengikut musyawarah.(Khulafa al-Rasyidin-
Madinah, Bani Umaiyah-Damsyik, Bani Abbasiyah-Baghdad, Bani Uthmaniyah-Turki)

2. Dalam pentadbiran Kerajaan Wilayah mempunyai kuasa otonomi terhad. Pemerintah


tertinggikerajaan wilayah ialah gabnor. Gabnor dibantu oleh pembesar seperti kadi dan wazir yang
dilantik oleh khalifah(Khulafa Al-Rasyidin- Mekah,Baghdad & Damsyik, Bani Umaiyah-
Mekah,madinah,&Baghdad, bani Abbasiyah-Mekah,Madinah & Damsyik.

3. Kerajaan Khulafa al Rasyidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah Khalifah Abu Bakar al
Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.

4. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula diasaskan Uthman bin Ertughrul Sulaiman Shah pada 1280M.
Pentadbiran kerajaan pusat mendominasikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran manakala kerajaan
wilayah miliki kuasa autonomi yang terbatas.

5. Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pentadbiran pusat berpusat di kota Madinah manakala untuk
kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Istanbul.

46 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


6. Kerajaan wilayah zaman Khulafa al Rasyidin ialah Makkah, Baghdad dan Damsyik manakala
kerajaan wilayah zaman Turki Uthmaniyah ialah Madinah, Makkah, Baghdad, Damsyik, Andalus dan
Mamluk.

7. Kuasa tertinggi kerajaan pusat zaman Khulafa al Rasyidin ialah khalifah manakala ‘Amir’
mengetuai kerajaan wilayah. Khalifah dipilih melalui syura dan mereka memerintah berdasarkan
hukum syariah berpandukan al Quran dan Sunnah.

8. Pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah, kuasa tertinggi kerajaan pusat dipegang oleh Sultan
manakala Gabenor atau Wazir mengetuai kerajaan wilayah. Sultan dipilih secara warisan manakala
Gabenor wilayah dilantik oleh Sultan tanpa berdasarkan keturunan. Seperti khalifah, sultan memerintah
berlandaskan syariah Islam manakala Gabenor memerintah berasaskan panduan yang ditentukan oleh
sultan.

9. Bagi kedua-dua kerajaan ini, kerajaan pusat bertanggungjawab dalam segala aspek pentadbiran
termasuk pentadbiran wilayah. Kerajaan pusat akan membantu perbelanjaan kerajaan wilayah.
10. Kerajaan wilayah akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan kerajaan pusat.
Misalnya, urusan berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa peperangan.

11. Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai serta
bantuan ketenteraan. Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi segala
arahan kerajaan pusat. Khalifah dan Sultan berkuasa melantik dan memecat Amir dan Gabenor/Wazir.
Khalifah dan Sultan akan memerintah sehingga meninggal dunia.

12. Aspek ekonomi, politik dan sosial diuruskan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun,
kerajaan wilayah yang merupakan bandar-bandar kecil perlu berganding bahu dengan kerajaan pusat
demi menjamin keamanan, kemajuan dan keharmonian rakyat serta negara.

C. KESIMPULAN
1. Kerajaan pusat dan kerajaan wilayah mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek.

2. Namun kedua-dua bentuk kerajaan ini perlu saling bekerjasama bagi memastikan pemerintahan
dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan selamat.

47 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 20:HURAIKAN PENTADBIRAN PUSAT KERAJAAN MOGHUL DI INDIA DARI
ABAD KE-16M HINGGA ABAD KE-17M.

A. PENGENALAN

1. Kerajaan Moghul diasaskan oleh Babur/Baber yang telah mengalahkan Sultan Ibrahim Lodi
dalam Perang Panipat.
2. Antara pemerintah berwibawa ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir setelah
pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh British.

B. ISI
1. Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akbar merintis jalan
mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama.
2. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa.
3. Akbar telah membentuk sistem birokrasi separuh awam dan separuh tentera iaitu ‘mansabdar’.
‘Mansabdar’ merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera
diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam.
4. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion
tentera berkuda.
5. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau
‘jagir’.
6. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang
dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar ‘wazir’.
7. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu
jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan
kepada keluarga diraja sahaja.
8. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan,
9. ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan ‘Sadr-us-
Sudur’yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan.
10. ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman dan
perundangan.
11. Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan
orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta.
12. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu dengan
diawasi seorang Hakim Besar.
13. Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran
pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah.

48 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


14. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula
amalan syura dalam pemerintahan.

C. KESIMPULAN
1. Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah
tidak dapat dicabar individu lain.
2. Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama
memainkan peranan penting menasihati pemerintah.

49 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 21: JIHAD MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DALAM PEPERANGAN
ISLAM. BINCANGKAN.

A. PENGENALAN
l. Pengertian jihad.
 Perkataan jihad berasal dari kata akar 'jahada' beRerti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan
berjuang. Dalam istilah syarak, bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang
menentang hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan
kalimah Allah.
 Dari sudut bahasa pula jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai
satu cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam.
 Menurut Abu' a'la al-Maududi, erti jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia adalah
perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah rnerupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam.

B. ISI
l. Pengabdian diri kepada Allah SWT.
 Islam menekankan perang jihad fisabilillah semata-mata satu pengabdian diri kepada Allah.
 Perang untuk memenuhi satu tuntutan syariat Islam seperti mana dalam perang Badar bila mana
tentera Islam telah berjuang bersungguh-sungguh dengan mergenepikan segala kesenangan.
 Maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera lslam.

2. Sebagai daripada tuntutan agama.


 Seterusnya jika dilihat dari segi hukum, golongan ulama berpendapat bahawa ia adalah satu
tuntutan sama ada fardu 'ain mahupun fardu kifayah.
 Jika tujuan jihad adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan orang bukan Islam,
maka hukuman fardu 'ain, sementara jika ia bertujuan untuk menyebarkan Islam ia adalah fardu
kifayah.
 Justeru jihad berperanan dalam memperkukuh ketahanan dan pertahanan Islam.

3. Menjadi dorongan dalam menghadapi musuh.


 Semangat jihad menuntut supaya tentera Islam melawan musuh yang bilangannya besar tanpa
rasa takut dan gentar.
 Sikap jihad, keberanian dalam kebenaran dan taktik peperangan yang baik membolehkan
mereka mendapat kejayaan dalam perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda.

4. Ganjaran Syurga.
 Kematian dalam satu perang jihad membolehkan mereka syahid, satu ketetapan dan jarninan
hidup bahagia di akhirat kelak seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dalam surah Ali-Irnran
ayat 169-170.
 Malah orang yang mati syahid kerana jihad fisabilillah menentang orang kafir bagi menegakkan
kalimah Allah tidak dimandikan dan disembahyangkan tetapi cukup dengan pakaian yang
dipakai semasa berperang dan dikebumikan di tempat berlakunya peperangan tersebut.
 Dalam surah al-Taubah ayat 111, Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang
berjuang kepada jalan Allah.
 Kesemua perkara ini menjadi pendorong dan penguat semangat tentera-tentera Islam bagi
melaksanakan jihad.
50 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
5. Mempertahankan Islam, maruah diri dan negara.
 Konsep jihad digunakan untuk mempertahankan Islam, maruah diri dan negara. Sekaligus ia
turut memperkembangkan Islam.
 Dalam zaman Nabi S.A.W berlaku pelbagai peristiwa peperangan terutama menentng golongan
kaum Quraisy di Makkah.
 Tentera Nabi s.a.w dapat menewaskan mereka dengan semangat jihad yang tinggi.
 Konsep jihad fisabilillah tnrut dapat diperhatikan sewaktu zaman pemerintahan Khulafa al-
Rasyidin menghadapi ancaman dari Rom dan Parsi.

6. Memastikan perjuangan umat Islam selari dengan tuntutan agama Islam.

C. KESIMPULAN
Mana-mana yang berkaitan

51 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 22: JELASKAN KONSEP DAN JENIS-JENIS JIHAD MENURUT PANDANGAN
ISLAM
A. PENGENALAN
1. Jihad sering dikaitkan dengan perjuangan masyarakat Islam dari sudut membela agama Islam dan
tanah air.
2. Perjuangan yang dilakukan atas dasar jihad dengan nama Allah dan agama Islam adalah dikira
sebagai perjuangan syahid.
3. Istilah jihad apabila dilihat dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang semata-mata,
sebaliknya jihad membawa penfertian yang lebih luas.

B. ISI
a. KONSEP JIHAD

1. Pengertian jihad boleh dilihat dalam beberapa sudut, jihad adalah perkataan Arab iaitu jahada,
yajhadu, juhdu yang bermaksud kesulitan dan bebanan. Al Jahdu pula bermakna kesungguhan dan
keupayaan terakhir.

2. Al Jihad pada bahasa bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan
sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.

3. Dalam erti kata yang luas, jihad boleh dimaksudkan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang
menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada
jalan Allah dengan tujuan meninggikan kalimah Allah.

4. Jihad juga bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.

b. JENIS - JENIS JIHAD

1. Jihad Nyawa Dan Tenaga


 Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan tenaga semata-mata
untuk kepentingan agama Islam.
 Lazimnya jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan orang yang terkorban adalah syahid.
 Terdapar ramai kalangan sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman selepasnya sanggup
berkorban nyawa demi menegakkan perjuangan Islam.

2. Jihad Harta Benda


 Pengorbanan harta benda dan wang ringgit adalah juga termasuk dalam jihad fi sabilillah.
 Bagi golongan kaya harta, mereka boleh menyumbang dalam bentuk kewangan bagi
menyokong usaha jihad umat Islam di medan perang.
 Sebagaimana Abu Bakar as Siddiq dan Uthman b. Affan menyerahkan harta mereka untuk
keperluan umat Islam dalam peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w.
3. Jihad Akal fikiran dan Ilmu
 Sumbangan buah fikiran dan idea juga tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah.
Sebagaimana Salman al Farisi memberi pendapat kepada Rasulullah s.a.w untuk mengali parit
dalam perang Khandak.

52 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


 Begitu juga para ijtihad yang memberikan sesuatu pandangan mengenai hukum Islam juga
tergolong sebagai orang yang berjihad di jalan Allah.
4. Jihad Melawan Nafsu
 Berjihad melawan nafsu adalah jihad yang paling tinggi sekali darjat di dalam Islam.
Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan yang digariskan oleh Allah.
 Perjuangan melawan nafsu adalah perjuangan yang utama dalam diri setiap orang Islam.
 Mencari petunjuk agama yang benar, mencari ilmu, beramal dengan ajaran Islam, menyebarkan
dakwah serta sabar dengan segala cabaran dan ujian adalah perjuangan melawan nafsu.
 Jihad sebegini menuntut kepada jihad yang berpanjangan dan ianya adalah jihad fardu ain.

5. Jihad Melawan Syaitan


 Syaitan adalah seteru manusia yang utama. Terdapat banyak ayat al Quran yang menjelaskan
permusuhan antara manusia dan syaitan.
 Di dalam kisah Nabi adam dengan syaitan menunjukkan bagaimana permusuhan Iblis terhadap
manusia.
 Ini kerana syaitan sentiasa memusuhi dan berusaha untuk menyesatkan manusia dan bagi
menjadikan manusia sebagai orang yang derhaka kepada Allah dan menjadi penghuni neraka.

6. Jihad Menentang Golongan Munafik


 Golongan munafik merupakan musuh Islam yang berselindung di sebalik nama Islam.
 Terdapat banyak ayat al Quran yang mengingatkan umat Islam tentang bahayanya golongan
munafik (al Taubah:96).
 Golongan munafik sering menjadi ancaman kepada perkembangan Islam sejak zaman awal
Islam lagi.

7. Jihad Menentang Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran


 Segala kemungkaran dan kezaliman di dalam sesuatu pemerintahan adalah wajib ditentang.
Segala kebatilan yang terdapat di dalam masyarakat mesti ditentang sama ada melalui
perbuatan, perkataan mahupun dengan hati.
 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Jihad yang paling utama adalah
menyatakan perkataan yang hal di hadapan seorang penguasa yang zalim."

8. Jihad Menuntut Ilmu


 Menuntut ilmu juga adalah satu jihad dalam Islam. ini penting agar umat Islam tidak
ketinggalan dalam setiap lapangan.
 Umat Islam digalakkan mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat sama ada fardhu ain, tauhid,
fardhi kifayah, sains, perubatan dan sebagainya.
 Ianya bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain.
 Bahkan menuntut ilmu menjadi wajib sekiranya tidak ada orang yang mempelajarinya.
9. Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
10. Jihad ekonomi - membasmi kemiskinan dan kemunduran
11. Jihad politik – Dawlah Islamiah- menegakkan masyarakat dan syiar Islam

KESIMPULAN

Mana-mana yang berkaitan.


53 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 23 : TERANGKAN ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

A. PENDAHULUAN

1. Islam tidak menggalakkan peperangan

2. Tujuan Peperangan

3. Peperangan zaman Nabi Muhammad SAW

B: ISI

Etika menghadapi peperangan

1. Sebelum peperangan

1.1 Menawarkan perdamaian kepada pihak musuh

1.2 Menganut agama Islam atau membayar jizyah

1.3 Perang berlaku jika musuh berkeras

2. Larangan semasa peperangan

2.1 Tentera Islam dilarang memerangi golongan yang lemah

2.2 Jika pencetus- tindakan boleh diambil

2.3 Tidak boleh merosakkan harta

3. Semasa peperangan

3.1 Tentera Islam diwajibkan akur arahan pemimpin

3.2 Langkah mengelakkan perpecahan

4. Selepas peperangan

4.1 Perang hendaklah dihentikan jika musuh meminta perdamaian

4.2 Tentera Islam wajib mematuhi perjanjian

4.3 Perlu melayan musuh dengan adil

54 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5. Amalan sifat keadilan

5.1 Sebati dengan sifat Nabi Muhammad SAW

5.2 Terhadap kawan- membahagikan harta rampasan perang

5.3 Terhadap lawan- tidak melakukan pencerobohan

C. KESIMPULAN

1. Etika peperangan membawa kejayaan tentera Islam

2. Asas kekuatan tentera Islam adalah kepimpinan Nabi Muhammad SAW

55 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 24: HURAIKAN TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGAN ISLAM ZAMAN NABI
MUHAMMAD S.A.W.

A. PENDAHULUAN

1. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.


2. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
3. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada
penghijrahan ke Madinah.
4. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan
ditindas oleh musuh.
5. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
6. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan
merancang strategi sebelum peperangan.

B. ISI

1.Taktik Menunggu Musuh :

1.1 Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.

1.2 Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila
tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

2. Taktik al – Saf :

2.1 Digunakan dalam Perang Badar.

2.2. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak
dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang
bendera.

2.3 Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

3. Taktik Menggali Parit :

3.1 Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.

3.2 Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.

56 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3.3 Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.

3.4 Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.

3.5 Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

4. Taktik Kepungan :

4.1 Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.

4.2 Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan
makanan.

4.3 Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

5. Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :

5.1 Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.

5.2 Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.

5.3 Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk
membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

6. Taktik Penyamaran :

6.1 Digunakan sewaktu Perang Khandak.

6.2 Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan
pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.

6.3 Musuh akhirnya tewas.

C. KESIMPULAN

1. Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.

2. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan
merancang taktik dan strategi peperangan.

3. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam

57 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 25: BUKTIKAN/ NILAIKAN/ JELASKAN/ HURAIKAN/ BAHASKAN
SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH PADA ZAMAN KEAGUNGANNYA.

A. PENDAHULUAN
1. Sejarah mencatatkan permusuhan kerajaan Islam dengan Byzantine telah berlaku sejak zaman
Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan gerakan tentera Byzantine merupakan suatu ancaman
yang perlu dibendung oleh pemimpin kerajaan Uthmaniyah bagi mengelak berlakunya musibah.
2. Kekuatan kerajaan Uthmaniyah begitu terserlah sewaktu pemerintahan Sultan Mehmed II atau
Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda pemah menerajui kerajaan Uthmaniyah sebanyak dua kali.
Kali pertama pada tahun 1444-1446 M dan kali kedua pada tahun 1451-1481 M. Baginda
digelar al-Fatih yang bermaksud pembuka atau penakluk iaitu hasil daripada kejayaannya
membentuk angkatan tentera yang mantap serta membuka kota Constantinople
B. ISI
1. Mengepung dan membuka kota Constantinople
 Baginda telah melakukan kajian terperinci sebelum bertindak menyerang kota Constantinople.
Baginda juga sering berbincang dengan para panglimanya serta menyediakan angkatan
tentera yang terlibat dalam serangan tersebut dengan semangat jihad.
 Baginda juga menggunakan peralatan perang moden seperti meriam.
Setelah 53 hari mengepung kota tersebut, akhimya Constantinople berjaya dikuasai oleh
umat Islam.
2. Menambah bilangan penduduk Constantinople
 Bagi menambah bilangan penduduk di kota Constantinople, baginda telah mengarahkan orang
Yunani yang meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke kota berkenaan.
 Selain itu, baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar
wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
 Disebabkan galakan tersebut, orang Islam dari Asia berpindah secara beramai-ramai untuk
menjalankan aktiviti pemiagaan memandangkan kedudukan kota tersebut yang strategik.
3. Menyatukan empayar di bahagian utara Balkan
 Bertujuan menyekat serangan kaum Magyar.
 Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia.
 Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania
yang berhasrat untuk menjatuhkannya.

58 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


 Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di
Eropah.
4. Menghapuskan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah
 Antara kerajaan tersebut ialah Trebizond, iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil.
 Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice serta menamatkan kebangkitan kaum
Venetian pada kali kedua.
5. Mendirikan masjid
 Gereja St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini, gereja tersebut dikenali
sebagai Masjid Aya Sofia.
 Seni bina bangunan tersebut diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan
tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah, manakala pada
bahagian luar masjid dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara
bertambah menjadi tiga buah
6. Mendirikan bangunan lain
 Baginda telah mendirikan institusi pendidikan seperti madrasah dan perpustakaan. Tindakan ini
menggambarkan baginda merupakan seorang pemerintah yang amat mementingkan aspek
pendidikan.
 Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda telah mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah
untuk orang fakir dan miskin serta kemudahan telaga.
 Bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat pula, baginda telah membina limbungan
kapal, gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.

C. KESIMPULAN
1. Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menguasai ibu kota kerajaan Byzantine, iaitu
Constantinople merupakan suatu coretan sejarah terpenting dalam perjuangan umat Islam.
2. Kejayaan ini telah membolehkan Islam berkembang lebih pesat dan diterima sebagai pedoman
hidup oleh pelbagai bangsa. Malah kemenangan ini bolehlah diibaratkan sebagai kemenangan
mutlak kerana Byzantine kini telah hampir dapat dilenyapkan

P.S : Untuk esei ini pelajar boleh juga menulis pengenalan/ pendahuluan dengan menyatakan biodata
tokoh dan pendidikannya dan diakhiri dgn penegasan terhadap kehendak soalan.( 4- 5 baris )
59 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 26: BAHASKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL FATIH.

A. PENGENALAN

1. Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin Al-
Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-
Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan
salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.
2. Sejarah mencatatkan permusuhan kerajaan Islam dengan Byzantine telah berlaku sejak zaman
Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan gerakan tentera Byzantine merupakan suatu ancaman
yang perlu dibendung oleh pemimpin kerajaan Uthmaniyah bagi mengelak berlakunya musibah

B. ISI
Kepimpinan baginda menunjukkan baginda mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.

 Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin Al-
Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-
Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan
salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.
 Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca
hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala
raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang
baik. Merenung dan mentadabburkan hadis itu, menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh telah
berusaha hendak menjadikan dirinya sebagai orang yang baik.

b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan

 Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di
tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman,
telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti
Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh
tahun, tetapi masih gagal.
 Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi
kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan

60 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis,
5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada tanggal 29 Mei 1453.

c. Kehendak yang kuat

 Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan


melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa
Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang
dijanjikan oleh Nabi itu.

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat

 Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah
menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi
mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif

e. Pengetahuan dan kemahiran

 Baginda mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan
skil berkenaan Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia
adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan
seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah
malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini
diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas
batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan
kapal- kapal itu. Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan
muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah
terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan
berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan. Dinding tembok itu terlalu tebal dan
pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya.
 Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok
itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan
seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara
Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang. Berat setiap
meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns. Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang
61 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan
menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Benteng besar itu sekarang telah
menemui ruasnya

f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

 Sultan Muhammad Al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua perang yang
dilantik, bahkan baginda Sultan sendiri menghadiri latihan ketenteraaan tersebut.
 Pada siangnya, Sultan Muhammad Al-Fateh berada di atas kuda memerhatikan latihan
ketenteraan yang dilibatkan kepada tentera-tenteranya. Pada waktu malamnya pula, Sultan
Muhammad Al-Fateh sendiri berjalan menyiasat di khemah-khemah tentera, apakah mereka
bertahajud dan baca Al-Quran atau tidak
 Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak
baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Instanbul

C. KESIMPULAN

Berkat kepimpinan dan ilmu agama yang tinggi dapat memacu kejayaan sesebuah kerajaan. Hanya
kepadanya tempat berserah kerana hanya kepadanya bantuan dan keilmuan adalah miliknya.

62 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 27:HURAIKAN SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI DALAM ASPEK
POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.

A. PENGENALAN.

1. Nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub. Di Eropah beliau digelar sebagai
Saladin.
2. Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraish, suku Ruwaidah. Beliau dilahirkan di benteng
Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138M dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193M.
3. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat
tinggi dan masyhur pada zaman perang salib.
4. Kejayaan besarnya adalah menumpaskan kerajaan tentera salib dan berjaya mengambil semula
Baitulmuqaddis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke 12M.

Sumbangan Dalam Bidang Politik.

 Membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada cengkaman golongan Kristian sekali gus menebus
kelaziman yang dilakukan oleh tentera salib di bawah pimpinan Raynald.
 Memastikan kesucian kota Baitulmuqaddis dikekalkan ; menandatangani perjanjian dengan
orang-orang Kristian.
 Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut agama Kristian; mereka dibenarkan
mengunjungi kota berkenaan untuk beribadat dan berziarah.

Sumbangan Dalam Bidang Sosial.

 Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti membina kubu dan tembok pertahanan.


 Mendirikan hospital, rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang musafir.
 Memajukan bidang pendidikan serta memperluaskan peranan masjid dan institusi pendidikan.

Sumbangan dalam Bidang Ekonomi.

 Meningkatkan sumber pendapatan negara melalui jizyah, fidyah dan harta rampasan perang.
 Menghapuskan cukai yang membebankan.
 Memajukan sektor pertanian.
 Menggalakkan aktiviti perdangangan.

63 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


C. KESIMPULAN.

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi terhadap perkembangan dan kesucian agama Islam


Amat besar terutamanya kejayaan mengembalikan kota suci Baitulmuqaddis dan
Memulihkan imej umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dan
Pendidikan agar mereka tidak ketinggalan berbanding bangsa lain

64 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 28: BINCANGKAN SIFAT ATAU CIRI KEPIMPINAN SALAHUDDIN AL-
AYYUBI YANG MENJADIKAN BELIAU SEORANG HEBAT.
A. PENGENALAN

1. Nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub. Di Eropah beliau digelar sebagai
Saladin.
2. Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraish, suku Ruwaidah. Beliau dilahirkan di benteng
Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138M dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193M.
3. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat
tinggi dan masyhur pada zaman perang salib.
4. Kejayaan besarnya adalah menumpaskan kerajaan tentera salib dan berjaya mengambil semula
Baitulmuqaddis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke 12M.

B. ISI

Ciri kepimpinan Salahuddin

1.Tidak Bangga Diri – sifat ini telah wujud dalam dirinya salahuddin al-ayubi semenjak beliau kecil
lagi. ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah salahuddin al-ayyubi
kepada beliau.
Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli sejarah ingggeris yang menulis menenagi salahudin
mencatatkan “ sabagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat
istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba tiba,sebaliknya
beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan
bangsawan”
2.Memiliki Visi Dan Misi Yan Jelas-salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul maqdia dari
tangan tentera salib yang mengusai baitul maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau merancang menguatkan
tentra Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu ketenteraan serta persiapan perang. Dari
segi kerohanian pula salahuddin sangat menitikan beratkan soal soal agama kepada tenteranya . serta
menyatupadukan semua panduduk Islam terlebih dahulu sebelum memulakan visinya mahu menawan
salah satu tempat suci umat islam itulah Baitul Maqdis
3. Mampu Lakukan Semua Tugas- salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang hanya tahu
mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin yang sanggup turun
padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas . contohnya , salahuddin al-
ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampong dalam ushanya mendapatkan maklumat untuk
menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik pagawai tentera salib yang berjaya di
tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan maklumat.
4. Bijak Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helah –salahudin alayyubi selalu mengikut cara
nabi Muhammad S.W.A berperang dalam semua misi peperangan. Ini salah satu factor kejayaan
peperangan yang dilakukan oleh sultan salhuddin al-ayyubi.contohnya salahuddin al-ayyubi

65 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang dalam perjalanan menuju ke medan
peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan musuh .
5. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam- salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah rasullah
seperti, sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat menitik bertakan
ajran Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima muluk mencadangkan
agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan air, tetapi salahuddin melarang
panglima muluk berbuat demikian kerana islam tidak membenrkan berbuat demikian dan juga demi
kemaslahatan penduduk islam lain yang turut menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang
panglima perangnya menggunakan rasuah dalam misi menawan sesebuah Negara.
6.Sentisa Berbincang Dengan Orang Bawah- salahuddin sentisa mendengar pandangan dan
berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth: ketika misi penawan
bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan ketua2 pasukan tentera islam
berkaitan strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan dengan lain bila
memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di jalankan .
7. Tidak mudah putus asa - contonya semasa misi penawanan tawan benteng khusnul ahzan , tentra
salahuddin bagi tahu beliau sukar untuk menawan benteng yang terlalu kukuh n di kawan rapi oleh
tentraa salib. Pelbagi usaha yang telah dilakukan namun masih gagal menawan benteng tersebut.
Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belaiu menyamar untuk dapat kan
mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di sekitar kampung yang berhampiran untuk tahu kelemehan
musuh akhirnya belaiu dan tentera islam berjaya menawan benteng tersebut.
8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi salahuddin dah ada cita cita yang besar
untuk merampas kembali kota suci baitul maqdia dari tangan kristian.
9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan bersedarhana dalam
kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya , ketika salahuddin al-ayyubi menghembuskan
nafas terakhir diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 diham , yang tidak cukup untuk kos
pengebumian beliau.
10.Tidak Leka Dengan Pujian – salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian dan sanjugan atas
kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi beliau tidak pernah leka dengan
pujian tersebut, bahkan salahuddin sentiasa meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan
peperangan dalam misi menawan Jerusalem.

C. KESIMPULAN

Ciri-ciri kepimpinan baginda dalam membebaskan Baitulmaqdis adalah kejayaan yang cukup hebat dan
patut dicontohi oleh pemimpin Islam moden dengan bergantung kepada Allah semata-mata dan
meningkatkan ilmu agama agar menjadi rendah diri dalam pentadbiran.

Disediakan oleh : Rahim Mohamad/ SID2014 ( Sila murnikan )

66 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 29: GALURKAN PERKEMBANGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN NABI
MUHAMMAD S.A.W DAN KHULAFA AL- RASYIDIN PADA ABAD KE-7M.

A. PENGENALAN
i. Islam mengharuskan hubungan diplomatik demi kebaikan dan keamanan- mengajak
pemimpin, ketua negara dan rakyat sesbuah negara memeluk Islam.
ii. Permulaan hubungan diplomatik zaman nabi Muhammad S.A.W adalah melalui Perjanjian
Hudaibiah 6H- isi kandungan perjanjian mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W
dan negara Islam Madinah.

B. ISI

(a) Hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad s.a.w

i. Hubungan terawal berlaku sejak baginda di Makkah- surat kepada Raja Habsyah

melalui utusan Amru bin Umayyah-memeluk Islam.

ii. Surat kepada Raja Bahrain melalui utusan Ala’ bin Hadrami - memeluk Islam

iii. Surat kepada Raja Oman melalui utusan Amru bin Al-‘As – memeluk Islam
iv. Surat kepada pemerintah Damsyik dan gabenor Syam melalui utusan Shuja’ bin Wahb al-
Asadi – tidak memeluk Islam
v. Surat kepada pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin ‘Amr – meninggal dunia
sebelum memeluk Islam.
vi. Surat kepada Raja Iskandariah melalui utusan Hatib bin abi Balta’ah – tidak memeluk Islam
vii. Surat utusan kepada Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-kalbi – tidak memeluk Islam
viii. Surat kepada Raja Parsi melalui utusan Abdullah bin Huzaifah – tidak memeluk Islam
ix. Surat-surat perutusan kepada amir, pemimpin dan pemerintah yang lain – menerima layanan
yang baik .

(b) Hubungan diplomatik pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin

i. Dasar-dasar Nabi Muhammad s.a.w diteruskan oleh para sahabat zaman Khulafa’

al-Rasyidin

ii. Hubungan negara Islam dengan negara luar, khasnya Rom/Byzantine dan Parsi agak tegang
.
67 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
iii. Khalifah Abu bakar meneruskan perancangan menghantar tentera ke Syam bagi melindungi
ancaman Rom

iv. kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara-negara luar
sama ada secara diplomatik atau penguasaan wilayah.

v. Zaman Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam semakin luas melalui melalui dasar hubungan
diplomatik dan ketenteraan.

vi. Zaman Khalifah Uthman juga berjaya membina empayar Islam yang luas melalui dasar
hubungan diplomatik dan ketenteraan – menubuhkan pasukan tentera laut

vii. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib – pergolakan dalaman menghalang beliau meluaskan wilayah
Islam.

C. KESIMPULAN
i. Zaman nabi Muhammad memperlihatkan hubungan diplomatik dijalin dengan negara luar
bertujuan menyebarkan agama Islam dan mendapat pengiktirafan daripada negara lain
ii. hubungan diplomatik Zaman Khulafa’ al-Rasiyidin telah menyebabkan negara-negara asing
tunduk terhadap kekuatan kerajaan Islam
iii. Melalui hubungan diplomatik ini, sumber pendapatan negara kian meningkat, diperoleh dari
sumber zakat, jizyah, ghanimah dan sebagainya.

68 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 30:HURAIKAN PROSES NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH PADA
ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN DAN KHALIFAH UMAIYAH PADA
ABAD KE-7 DAN 8.

A. PENGENALAN

1.Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh kerajaan yang lebih kuat
berpengaruh terhadap kerajaan yang lemah atau yang berjaya dikuasai melalui kempen ketenteraan.
2 .Kesan daripada perlaksanaan konsep naungan ini,negara islam menjanjikan keselamatan nyawa dan
harta terhadap golongan bukan islam.Sebagai balasannya, golongan ini dikehendaki membayar jizyah.

B. ISI

1 .Kemuncak kepada perlaksanaan konsep naungan ini adalah ketika zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab. Hal ini berikutan kejayaan kempen-kempen ketenteraan yang telah dilancarkan.

2 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, konsep naungan ini telah dilaksanakan di
wilayah kekuasaan Parsi, iaitu Hirah, Anbar dan Daumat al-Jandal. Penduduk Hirah dikatakan telah
sanggup membayar jizyah sebanyak 19 000 dirham setahun.

3 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab,kejayaan melumpuhkan kekuatan


Byzantine dan Parsi telah membawa kepada penguasaan Syria, Mesir, Palestin [Baitulmuqqadis] dan
Azerbaijan.

4 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar juga telah tercipta sejarah baharu berikutan kesediaan
beliau sendiri mendatangi perjanjian damai dengan pemimpim Baitulmuqqdis.Pemimpin
Bitulmuqqadis bersetuju membayar jizyah dan sebagai balasannya, Khalifah Umar bersikap toleran
terhadap penganut agama lain.

5 .Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin Affan pula pelaksanaan konsep naungan ini telah
dilaksanakan hingga ke kawasan utara Afrikah dan persisiran Laut Mediterranien berikutan kejayaan
armada laut islam mengatasi ancaman Byzantine.

6 .Pada zaman kekuasaan Umayyah pula, pelaksanaan konsep naungan ini amat ketara disebabkan
dasar para Khalifahnya yang mementingkan ekspedisi ketenteraan.

7 .Impaknya,pada zaman pemerintahan Khalifah al-walid bin Abdul Malik,tentera Islam telah berjaya
bertapak di Andalus, utara Afrika dan sebahagian besar Asia.

8.Walaupun Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghentikan kempen ketenteraan, pelaksanaan
konsep naungan tetep dijalankan melalui penghantaran utusan-utusan dakwah yang mana keengganan
peminpin sesebuah wilayah menerima Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan ke atas
perlindungan nyawa dan harta mereka.

C. KESIMPULAN

Apa-apa yang berkaitan


69 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 31:PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI ANTARA
KERAJAAN BANI ABBASIYYAH DAN UTHMANIYAH DENGAN KUASA-
KUASA LAIN MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA PERKEMBANGAN
POLITIK KEPADA KEDUA-DUA KERAJAAN TERSEBUT. BINCANGKAN.
A. PENGENALAN

i. Pada zaman kekuasaan bani Abbasiyyah sesuatu perjanjian yaang dimeterai bertujuan
mengeratkan persahabatan, mengukuhkan kerajaan dan memakmurkan ekonomi

ii. Kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-17 hingga 19 menghadapi tekanan kuasa-kuasa barat dan
terpaksa menandatangani beberapa siri perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.

B. ISI

(a). Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyyah

i. Kesan Politik - Perjanjian Khalifah Abbasiyyah dengan kerajaan Byzantine (Rom Timur)-
musuh tradisi kerajaan Islam – gencatan senjata oleh kedua-dua pihak, membolehkan kerajaan
Abbasiyyah menumpukan perhatian kepada kepada musuh-musuh politiknya yang lain khasnya
kerajaan Umayyah di Sepanyol.

ii. Perjanjian Khalifah Abbasiyyah dengan kerajaan karolonji di laut Adriatik (Selatan perancis) –
perlantikan duta kedua-dua pihak dan pertukaran hadiah – berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia
barat (zaman kegelapan ilmu)

iii. Kesan ekonomi - Perjanjian Khalifah Abbasiyyah dengan Byzantine – Byzantine membayar
cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyyah, bersedia bekerjasama dalam aktiviti perdagangan
dengan orang Islam di perairan Laut Mediteranean

iv. Kesan sosial – Byzantin bersedia membenarkan pendakwah menjalankan misi dakwah tanpa
sebarang gangguan.

(b). Perjanjian pada zaman Khalifah Uthmaniyah

i. Perjanjian Karlowith (1699M) – Kerajaan Uthmaniyah menyerahkan seluruh Hungary,


sebagian besar Slovenia dan Croasia kepada Hapsburg; dan Hemenietz, Padolia, Ukraina,
Morea, dan sebagian Dalmatia kepada orang-orang Venice.

ii. Perjanjian Passarowit (1718M) – menamatkan perang Peterwarden – Kerajaan Uthmaniyah


kehilangan Timsuar, Belgrade, Serbia dan Romania. Wilayah Dalmatia diserah kepada Venice.

iii. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan kerajaan Uthmaniyah kepada Russia
dan menyebabkan Kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia.

iv. Perjanjian Kainarji/Kucuk Kaynarcea/Catharina (1774M) – mengakhiri peperangan antara


Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia.

70 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


- Rusia diberi hak menguasai perdagangan di Laut Hitam
- Rusia berhak campur tangan dalam pemerintahan wilayah Wallachia dan Moldova
- Rusia mendirikan pejabat konsulnya di seluruh wilayah kekuasaan Uthmaniyah
- Kerajaan uthmaniyah terpaksa menanggung kos peperangan bernilai 4.5 juta rubbel.

v. Perjanjian Sistova (1791M) - yang mengakhiri perang antara Austria dan Empayar
Uthmaniyyah

vi. Perjanjian Jassy (1792M) – kerajaan Uthmaniyah menyerahkan kota Crimea kepada Rusia,
Sungai Dnister dijadikan sempadan semulajadi

vii. Perjanjian Dardanela (1809M) – Perjanjian Kerajaan Uthmaniyah dengan British.

- British berjanji meninggalkan semua wilayah kekuasaan Uthmaniyah termasuk Mesir


- Kerajaan Uthmaniyah mengakui secara rasmi hak-hak konsular British di wilayahnya
- British berjaya menjaga kepentingannya di kawasan Selat Bosphorus dan Dardanela.

viii. Perjanjian San Stefano (1878M) – Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia

- Pembebasan Romania, Serbia dan Montenegro


- Bosnia dan Herzegovina diberi kuasa autonomi
- Bulgaria diserah sepenuhnya kepada Rusia
- Empayar kekuasaan kerajaan Uthmaniyah di Eropah kian mengecil.
x. Perjanjian Berlin (1887M) – Britain mendapatkan hak pemerintahan di Ciprus

C. KESIMPULAN

1. Bagi Kerajaan Abbasiyyah perjanjian yang dimeterai dapat mengukuhkan kekuasaannya.

2. Bagi kerajaan Uthmaniyah, melalui perjanjian-perjanjian yang dimeterai

3. Kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja kehilangan wilayah, bahkan yang paling buruk telah
menyumbang kepada kejatuhan kerajaan ini.

71 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 32: BINCANGKAN SIRI PERJANJIAN YANG MEMBAWA KEPADA
KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE 17M
HINGGA KE 19M
A.PENDAHULUAN

1. Zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah adalah panjang melebihi 6 kurun. Boleh


dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu permulaan (pembinaan), kegemilangan, dan kejatuhan
2. Diasaskan oleh Uthman 1 yang mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun
1299
3. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad al-Fatih
pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun
kemangkatan Baginda pada 1566 menyebabkan kemerosotan dalam empayar Turki Utmaniyah.
4. Berlaku beberapa siri peperangan dengan kuasa Eropah menyebabkan banyak perjanjian
terpaksa dimeterai.

B. ISI

a. Perjanjian Carlowitz (1699M)

- Perjanjian ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Mustapha 11

- Antara isi perjanjian ialah Kerajaan Uthmaniyah menyerahkan seluruh wilayah Hungaria, sebahagian
besar Slovenia, Hemenietz, Padolia, Ukraine, Morea Croasia kepada Habsbur

- Sebahagian daerah Dalmatia kepada Venesia

b. Perjanjian Passarowit (1718)

- Ditandatangi pada Julai 1718 antara Sultan Ahmad III dengan Austria dan Venesia

- Antara isi perjanjian ialah kerajaan Uthmaniyah perlu menyerahkan semua daerah yang dikuasai
Austria dan hanya dibenarkan menduduki pulau-pulau yang direbut daripada Venesia

- Akibatnya, kerajaan Uthmaniyah kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan
negeri Rumania.

c. Perjanjian Radsin

- Perjanjian ini akibat kekalahan kerajaan Uthamniyah kepada Russia.

72 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


- Kesannya ialah menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa
Cossack di Laut Hitam.

d. Perjanjian Kainarji / Perjanjian Kucuk Kaynarca / Perjanjian Catharina (1774)

- Perjanjian ini ditandatangani pada 21 Julai 1774 antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Kerajaan Russia
setelah tamatnya Perang Rusia – Turki (1769-1774)

- Kerajaan Rusia pada masa itu diperintah oleh Ratu Catherina II sementara Kerajaan Turki
Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Abdul Hamid I.

- Antara isi perjanjian ialah;-

1. Rusia mengembalikan daerah Wallachia dan Maldova kepada kerajaan Turki Utmaniyah tetapi
Rusia masih berhak campur tangan di kedua-dua daerah tersebut.
2. Rusia berhak mendirikan konsulat diseluruh wilayah Turki Uthmaniyah sekaligus melindungi
kepentingan Kristian Ortodok
3. Kerajaan Uthmaniyah membayar gantirugi peperangan sebanyak 4.5 juta Rubble
4. Rusia diberikan hak untuk menguasai seluruh pelabuhan di Laut Azov dan Muara Sg Danube
5. Kapal dagang Rusia dibolehkan untuk melintas Selat Dardanella

- Kesan daripada perjanjian ini ialah empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah telah kehilangan pengaruh
terhadap wilayah Eropah Tengah dan Timur. Agama Kristian juga mula memasuki wilayah-wilayah
Islam

e. Perjanjian Sistova (1791)

- Ditandatangani pada 1792 antara Sultan Salim III dengan Rusia.

- Kerajaan Turki Utmaniyah hendaklah menyerahkan Crimea kepada Rusia

f. Perjanjian Dardanela (1809)

- Dimeterai pada 5 Januari 1809 antara kerajaan Turki Utmaniyah dengan British.

- Dalam perjanjian itu, British berjanji untuk meninggalkan semua wilayah kekuasaan Turki
Uthmaniyah iaitu Mesir dan menghentikan pendudukannya ke atas wilayah-wilayah tersebut.

73 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


- Pemerintah Turki Uthmaniyah pula berjanji untuk mengakui secara rasmi hak-hak consular British di
wilayah Turki Uthmaniyah

g. Perjanjian San Stefano (1878)

- Dimeterai pada 3 Mac 1878 antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia.

- Menandakan tamatnya persengketaan antara Turki Uthmaniyah dengan Rusia yang berlangsung sejak
tahun 1877.

- Perjanjian ini mengandungi pembebasan Romania, Serbia, dan Montenegro serta memberikan kuasa
autonomi kepada Bosnia dan Herzegovina.

- Selain itu, Bulgaria juga diserahkan di bawah pengawasan Rusia

C. KESIMPULAN

- Walaupun perjanjian-perjanjian damai ini ditandatangani, keadaan Turki Uthmaniyah semakin lemah
dari sehari ke sehari terutama apabila Napoleon I, jeneral Perancis menguasai Mesir pada tahun 1798.

74 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 33 : JELASKAN PRINSIP ASAS EKONOMI DALAM TAMADUN
ISLAM.

A. PENGENALAN
1. Definisi ekonomi Islam satu sistem yang berteraskan syariah syariah bagi melindungi, bagi
menegakkan keadilan dan pemerolehan dan penggunaan sumber alam, dengan memenuhi kepuasan
manusia untuk melaksanakan tanggung jawab kepada Allah SWT dan masyarakat keseluruhannya.
2. Falsafah ekonomi iaitu berteraskan etika dan moral yang digariskan dalam al-Quran dan Sunnah.
Ia juga membentuk kerangka dasar pandangan hidup dan membina corak pendekatan sesuatu
sistem. Ia juga akan mempengaruhi pembentukan nilai etika dan seterusnya melahirkan budaya
masyarakat beretika yang menyokong semangat falsafah ke arah mencapai sesuatu matlamat.
3. Konsep rububiyah yang menekankan sifat Allah SWT sebagai Penguasa yang membuat peraturan
dan bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

B. ISI
i. Konsep Ekonomi Islam
1. Konsep tazkiyah untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan
harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Pembersihan jiwa ini juga dapat dibentuk
dengan mengikis sifat bakhil dan diganti dengan sifat pemurah, zuhud, dan qanaah di samping
kompromi dan pengagihan sama rata serta sikap saling bekerjasama dan membantu.

2. Segala aktiviti ekonomi di dunia perlu dilihat dari segi ‘nilai kini bagi natijah pada hari akhirat.’
Di dunia ini, aktiviti berekonomi merupakan salah satu daripada amanah dan tanggung jawab
kepada Allah SWT. Kedua-dua unsur ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

3. Justeru itu manusia sebagai khalifah Allah merupakan pemegang amanah yang bererti
memakmurkan dunia yang masih tidak terputus daripada hubungan dengan unsur-unsur tauhid
dan rububiyah.

ii. Prinsip ekonomi islam

1. Prinsip menjauhkan perbuatan yang merosakkan, Islam mengharamkan perkara-perkara seperti


penindasan, penipuan, pencurian dan pembaziran dalam kegiatan ekonomi.
75 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
2. Prinsip keuntungan dan kerugian : Prinsip untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalat
islam. Berdasarkan prinsip ini, mekanisma seperti mudarabah dan musyarakah digalakkan dalam
aktiviti ekonomi. Ia menjamin keadilan di samping menegaskan konsep memerlukan antara
pengusaha dengan pemilik modal.

3. Prinsip berkerja dan ganjaran Dalam ekonomi islam, kegiatan ekonomi merupakan ibadah.
Setiap penglibatan mestilah diberi ganjaran yang setimpal. Konsep kerja ini akan membawa
peningkatan taraf hidup masyarakat yang disertai dengan keadilan, pengagihan harta dan kekayaan.
Riba’ terkeluar dari prinsip ini.

4. Prinsip istikhlaf, Manusia ialah khalifah Allah dan pemegang amanah. Manusia bertanggung
jawab kepada Allah SWT dan apa yang diusaha dan dimiliki.

5. Prinsip kemuafakatan, Islam menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan


pertelingkahan antara pasangan-pasangan unit ekonomi seperti majikan dengan pekerja. Unit
ekonomi tersebut mempunyai matlamat dan arah yang sama iaitu mengabdikan diri kepada nilai
keadilan dan muafakat yang dituntut oleh agama.

6. Prinsip keadilan sosial, Prinsip ini ialah asas yang dinamik untuk mengatur dan melaksanakan
urusan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Semangat ini memberi ruang kepada semua individu
untuk berfungsi secara positif dan optimis. Adanya unsure perkongsian faedah secara adil antara
pihak yang terlibatdalam kegiatan ekonomi, tidak ada pihak yang dieksploitasi sehingga
menyebabkan pihak lain mendapat keuntungan yang berlebihan

7. Campur tangan pihak berkuasa, Syariah Islamiyah mengharuskan konsep campur tangan pihak
pemerintah dalam kegiatan-kegiatan ekonomi, baik dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan
dan perancangan bertujuan untuk melindungi, menjamin kestabilan, dan keadilan sosial dengan
syarat ia bersandarkan syariah.

8. Hak milik swasta atau awam, Pemilikan harta mesti secara halal. Dari swasta ataupun
persendirian hendaklah dikeluarkan zakat atau cukainya untuk sumbangan ke jalan Allah SWT
seperti sedekah. Pihak swasta hendaklah mengagihkan pendapatan secara adil. Secara syariat islam

76 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


terdapatnya perakuan dan perlindungan keatas hak milik awam atau swasta, tetapi pemilikan harta
tertakluk kepada pengeluaran zakat atau cukai.

9. Kebebasan terhad dan menurut nilai-nilai akhlak, Nilai-nilai akhlak dan sifat-sifat terpuji
menjadi asas pengisian prinsip kebebasan. Segala amalan ekonomi yang bertentangan dengan
syariah Islamiyah dianggap menyalahgunakan pengertian kebebasan. Islam memberikan kebebasan
kepada individu untuk menjalankan kegiatan ekonomi, kegiatan ekonomi mestilah tidak
bertentangan dengan syariat Islam.

C. KESIMPULAN

1. Berdasarkan penjelasan di atas menunjukkan kegiatan ekonomi Islam dipandu oleh prinsip-prinsip
yang jelas, yang menekankan kepada keikhlasan, kesediaan dan ketundukan kepada ajaran Islam.
2. Ekonomi Islam menjaga kepentingan semua pihak tanpa adanya unsur penindasan dan penipuan.

77 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 34: BINCANGKAN SUMBER-SUMBER -PENDAPATAN NEGARA DAN
KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA ZAMAN
PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W

A. PENGENALAN
1. Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian AlAqabah 1
dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj.
Kedatangan Nabi dan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
2. Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin
masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara
Islam yang pertama.
3. Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan
ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan
untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi
selaras dengan tuntutan agama Islam.

B. ISI.
l. Derma (sedekah)
a. Sumber - Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di
awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah
yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian
dan makanan, wang, dan harta tanah.
b. Kepentingan -
i. Derma clan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan
masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa
membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka
(rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.

ii. Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan


kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin
Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar,
Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera
Islam dalam perang Tabuk.

78 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


iii. Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan
masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk
membina masjid Quba'.
2. Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai')
a. Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan tentera Islam telah
menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut
ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang
ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa
oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan
seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat
harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata,
unta, emas, dan kekayaan lain.
b. Kepentingan-Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu
bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera
Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar
tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang
menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan
bebanan ekonomi masyarakat Islam.
3. Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh
a. Sumber -Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang
Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu
Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang
Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada
kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.
b. Kepentingan-Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di
Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan
Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir
kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di
Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan
sebahagian hasilnya kepada kerajaan.

79 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


4. Tebusan Tawanan Perang
a. Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan
perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah
membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-Mustaliq--
Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.
b. Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di
serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang
tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam
(kelengkapan perang)
5. Jizyah
a. Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan
pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada
tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan
keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan
Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah
satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk
setahun.
b. Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan
Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan
negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang
kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam.

c. Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam
di Madinah.
6. Zakat
a. Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai
ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh
Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada
golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari
hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan
tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..

80 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


b. Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi
kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang
kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan. Selain
daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial.
Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.
C. KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan.

81 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 35: BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN PEMERINTAHAN
KERAJAAN ABBASIYAH PADA ABAD KE 11 HINGGA ABAD KE 12.

A.PENGENALAN

o Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan yang pesat dan bertaraf dunia

o Mempunyai pelabuhan yang maju kerana dikunjungi pelbagai jenis kapal seperti kapal dagang
dan kapal perang

o Terdapat pelbagai barang yang dipasarkan sama ada barangan dalam negeri dan luar negeri
seperti sutera dan kasturi dari negara China,rempah ratus dan cat dari India,batu –batu permata
dan hasil perusahaan dibawa oleh pedagang dari Turki dan Asia Tengah.

o Pedagang dari Scandinavia dan Rusia memasarkan barangan kulit,madu dan lilin,gading dan
hasil galian seperti permata,emas dari Afrika-Timur,beras dan gandum dari Mesir

o Barangan kaca dan buah-buahan dari Syria,manakala kain sutera dan minyak wangi dari Parsi.

B.ISI
1. Kegiatan perdagangan
a. Baghdad menjadi pusat perdagangan dalam dan luar negara
o Mata wang Arab ditemui di Rusia,Finland,Sweden

o Menyumbang pendapatan negara melalui cukai zakat ke atas barang dagangan yang dibawa
melalui tempat pemeriksaan

2.Kegiatan pertanian dan penternakan


o Wujudnya kegiatan pertanian dan ternakan menyebabkan kerajaan Abbasiyah dapat

memperkenalkan kutipan zakat yang dibahagi kepada 2 jenis iaitu kutipan zakat fitrah dan
zakat harta
i. Zakat fitrah – dikenakan ke atas setiap orang Islam
ii.Zakat harta -dikenakan terhadap binatang ternakan seperti kambing,lembu dan unta
- harta barangan berharga seperti emas,perak
- zakat perniagaan
o Menunjukkan pemerintahan B.Abbasiyah mencapai kemakmuran dan kemewahan

3. Pusat percetakan
o Berlaku semasa pemerintahan Khalifah al Makmun

4.Penggunaan mata wang emas


o Diguna dalam urusan pemerintahan

i. taksiran cukai
ii.belanjawan khalifah
iii.perbelanjaan dan perniagaan
5.Sumber pendapatan negara
o Daripada cukai yang dikutip daripada kawasan-kawasan yang ditakluki
82 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
o Hasil kutipan cukai disimpan dalam Perbendaharaan Negara atau Baitul Mal

o Contoh:

i.Khalifah Harun al Rasyid (786-809M)


o Berjaya mengalahkan tentera Rom dan Maharani Irene Leo IV dan Raja
Nicephorus bersetuju membayar jizyah kepada Khalifah Harun al Rasyid

ii.Khalifah al Muqtadir (908-932M)


o Pendapatan utama negara daripada hasil cukai

i.Cukai wilayah – Iraq,Khuzistan,Parsi,Jazirah,Syria,Mesir,Oman,Adharbayyah


dan Armania. Bayar cukai dalam bentuk mata wang emas dan perak.
ii.cukai tanah,cukai pendapatan,cukai air,cukai tol,cukai pasir di Iraq berjumlah
1,547,734 dinar.
iii.Wilayah Adharbayyah dan Armania -226,370 dinar
iv.Pendapat lain – 1,768,015 dinar
iii.Khalifah al Qadir (991-1074M)
o berlaku pertambahan dalam perbendaharaan negara

o mendapat rampasan perang setelah memenangi peperangan dengan Turki,Wasit dan


Basrah

o Batihah dan Basrah setuju bayar cukai tahunan 1,000 dinar.

C.KESIMPULAN
o zaman pemerintahan Bani Abbasiyah mengalami perkembangan pesat dalam pelbagai
kegiatan ekonomi

o menjalin hubungan perkembangan dengan pelbagai negara luar

o mengurus kegiatan ekonomi dengan baik

o menjana pendapat negara dari pelbagai sumber ekonomi terutama hasil kutipan pelbagai cukai

o Serangan tentera Moghul telah menamatkan era kegemilangan ekonomi kerajaan Abbasiyah

83 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 36 : SEJAUH MANAKAH PERANAN DASAR PEMERINTAHAN
KESULTANAN KERAJAAN MELAYU MELAKA DALAM
MEMAJUKAN KEGIATAN PERDAGANGAN PADA ABAD KE-15.

A. PENGENALAN

1.Sebelum kemunculan kerajaan Islam Melaka peranan sebagai pusat perdagangan di nusantara
dilakukan oleh kerjaan Srivijaya dari abad ke 7 hingga abad ke-13 masihi. Kejatuhan kerajaan
Srivilaya muncul kerjaan Majapahit pada abad ke-13 hingga abad ke-16 masihi.

2. Kerajaan Kesultanan Islam Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 400 Masihi, berasal
dari Palembang dan berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di nusantara
pada abad ke 15, daripada perkampungan kecil dahulunya,berjaya menjadi terkenal disegi perdagangan
dan penyebaran agama Islam ketika itu.

3. Peranan dasar pemerintahan seperti Sultan, Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung,


Laksamana dan Syah Bandar memainkan peranan penting memajukan kegiatan perdagangan pada abad
ke 15 hingga kejatuhan pada abad ke 16 apabila Melaka ditakluki pertugis 1511.Namun begitu faktor-
faktor lain juda berperanan memajukan perdagangan di Melaka pada abad ke 15.

B. ISI

1.Peranan Sultan dan pembesar


Sejak Parameswara Melaka mempunyai ramai golongan pemerintah yang terkenal bijak dan berwibawa
dalam pentadbiran dan kepimpinan. Antaranya Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah dan Sultan
Alauddin Riayat Syah. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar seperti Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggong, Laksamana dan Syah banar.Bendahara yang terkenal ketika itu seperti Tun
Perak dan Tun Perpatih Putih dan sebagainya.

2. Hubungan diplomatik dengan China, Siam dan Majapahit


Hubungan diplomatic dendan China diawal pembukaannya menyelamatkan Melaka daripada ancaman
Siam dan Bugis. Parameswara menerima utusan China Ying Ching 1404 semasa Maharaja Dinasti
Ming Yung Lo. Pada tahun 1405 utusan Melaka di hantar ke China, selepas itu Melaka mendapat

84 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


pengiktirafan China. Pada tahun 1409 Chrng Ho melawat Melaka dan memberi amaran kepada Siam
supaya tidak mengancam Melaka. Hubungan dengan China ini menjadikan Melaka terkenal sebagai
pusat perdagangan di nusantara pada abad ke 15.

3. Dasar percukaian yang adil


Pedagang asing dan tempatan dikenakan cukai yang adil dan berpatutan. Pedagang tempatan dikenakan
cukai sebanyak 3% pedagang asing 6% China 5% atau tidak dikenakan cukai, tetapi mereka dikendaki
memberi hadiah yang berharga kepada Sultan dan pembesar yang terlibat dalam kegiatan perdagangan.

4. Sistem perundangan yang dipatuhi


Sisten perundangan diperkenalkan di Melaka bertujuan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan
pedagang di Melaka. Ini menggalakkan pedagang berkunjung ke Melaka untuk memajukan aktiviti
perdagangan di Melaka. Terdapat dua undang-undang di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.

5.Sistem mata wang, Ukuran dan timbangan yang seragam

Mata wang logam yang dipanggil Clains digunakan dalam urus niaga . Terdapat juga sistem ukuran dan
timbangan yang standard. Timbangan diukur dengan unit kati dan tahil.Penggunaan matawang, ukuran
dan timbangan tersebut dapat memajukan kegiatan perdagangan di Melaka pada abad ke 15.

6 Menyediakan Surat Izin kepada pedagang

Golongan pedagang yang hendak berniaga di Melaka dikehendaki mematuhi beberapa peraturanyang
ditetapkan sebelum berdagang di pelabuhan Melaka. Misalnya kapten kapal dikehendaki memohon
daripada Syah Bandar untuk mendapat keizinan daripada Bendahara bagi mendapat kebenaran
berniaga.
7. Peranan Syah Bandar
Sultan dan pembesar dibantu oleh empat orang syah bandar bagi melicinkan urusan perdagangan di
Melaka.Syah Bandar mewakili bangsa dan kawasan masing-masing bagi melicinkan urusan
perdagangan di pelabuhan Melaka .Contohnya dari India, China,Champa dan sebagainya.

85 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


8. Peranan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan yang digunakan oleh penduduk tempatan dan pedagang.
Ini memudahkan urusan perdagangan antara bangsa. Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
menggunakan tulisan jawi daripada Bahasa Arab. Dengan penggunaan Bahasa Melayu semua
pedagang dapat melicinkan urusan perdagangan.

9. Peranan agama Islam


Golongan pedagang dari Arab, Parsi China dan India di samping berdagang mereka mengembangkan
agama Islam kepada penduduk tempatan dan pedagang. Ini menggalakkan ramai pedagang Islam
berkunjung ke Melaka kerana mereka seagama dengan mereka. Layan yang baik kepada pedagang-
pedagang Islam

10. Prasarana/kemudahan penginapan


Kemudahan prasarana disediakan oleh pemeritah, terdapat gudang-gudang untuk menyimpan barang-
barang dagangan, Bagi pedagang yang bermalam disediakan tempat penginapan dan sebagainya.

11. Dasar Perluasan Kuasa

Faktor-faktor lain yang memajukan perdagangan di Melaka

12. Kedudukan geografi yang strategik


Pelabuhan Melaka terletak di selat Melaka yang menjadi laluan pedagang-pedagang antara Timur
seperti China dan barat Timur Tengah, India dan Eropah.Pertemuan angin monsun Timur Laut dan
Barat Daya menyebabkan Melaka menjadi persinggahan pedagang.Pulau Sumatera yang besar dapat
melindungi pelabuhan Melaka daripada tiupan angin kencang dan laut yang dalam dan bergelora.

13. Peranan Orang Laut


Orang laut berperanan menjaga keselamatan di laut. Orang laut berkhimat sebagai tentera di laut yang
diketuai oleh Laksamana, antaranya Laksamana Hang Tuah. Orang laut mahir dalam selok-belok
mengenai beting pasir, batu karang, tiufan angin dan sebagainya. Dengan mengawal keselamatan di
laut menjamin keselamatan pedagang.

86 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


14. Wujudnya golongan Kiwi
Golongan kiwi terdiri daripada golongan rakyat biasa yang berperanan menjalankan kegiatan
perdagangan untuk golongan sultan di Melaka bagi memajukan sektor perdagangan pada abad ke 15.

15. Pusat pengumpulan bahan Mentah


Melaka berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan mentah.Terletak di kawasan yang kaya dengan
bahan mentah. Emas dan lada hitam dari Sumatera, Bijih timah hasil hutan dari Tanah Melayu.
Rempah ratus dari kepulauan Moluku, dan banyak lagi sumber lain yang terkumpul di pelabuhan
Melaka. Bahan-bahan tersebut diperdagangkan di pelabuhan Melaka. Ramai pedagang dari Asia
Tenggara, China, Arab dan India, membawa batu permata,wangian,teh, sutera kapas dan sebagainya
dijual di pelabuhan Melaka. Kerajaan Melaka mendapat keuntungan daripada cukai dan hadiah.

C. KESIMPULAN

Peranan dasar pemerintah seperti mengadakan hubungan diplomaik dengan China dan berbaik-baik
dengan Siam dan Majapahit, kebijaksanaan pemerintah serta peranan lain dapat memajukan kegiatan
perdagangan kerajaan kesultanan Islam Melaka pada abad ke 15. Kejatuhan Melaka kepada pertugis
1511, menyebabkan peranan tersebut diambil alih oleh pertugis abad ke-6 dan ke-17

87 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 37: HURAIKAN AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK MELAKA PADA
ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM DI MELAKA.

A. PENDAHULUAN

1. Masyarakat Melayu tradisional di Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi seperti


bercucuk tanam, menangkap ikan, menternak dan memburu. Pada peringkat awal aktiviti ini
dijalankan bagi keperluan sendiri atau ekonomi sara diri sahaja. Keadaan ini mengalami
perubahan apabila aktiviti ekonomi perdagangan mula bertapak di Melaka maka bermula satu
perubahan dalam aktiviti ekonomi penduduk di Melaka.

2. Latar belakang pemerintahan Melaka

3. Melaka mempunyai pelabuhan yang strategik serta mempunyai keistimewaan dan pelbagai
kemudahan untuk menarik pedagang – pedagang dari luar khususnya dari China, Arab dab
India.

B. ISI

1. Pertanian.

Kegiatan pertanian di Melaka diihat menerusi aktiviti penanaman padi, Fasal 20 dalam Undang-
undang Melaka yang menyatakan wujudnya tanah perhumaan, bendang, sawah dan ladang.

Kegiatan penanaman padi dikatakan mula wujud di Melaka dan Semenanjung Tanah bermula
dengan kemunculan kerajaan Melaka dan kemasukan orang Minangkabau. Orang Melaka hanya
mengeluarkan sedikit sahaja beras, bagi menampung keperluan penduduknya, Melaka telah
mengimport dari Siam ,Palembang dan Jawa.

Disamping menjalankan aktiviti bersawah orang Melaka juga menjalankan aktiviti berdusun. Ini
diperjelaskan lagi oleh Tom Pires, beliau mengatakan Sultan Iskandar serta seribu pengikutnya
telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun, antara tanaman yang ditanam
ialah tebu, pisang, nenas dan lain – lain.
88 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
2. Menangkap ikan dan hasil laut

Selain menjalankan aktiviti pertanian dan menjalankan aktiviti berdusun, orang – orang Melaka
juga menjalankan aktiviti menangkap ikan. Ikan merupakan sumber protein yang khusus bagi orang
Melayu. Raja Iskandar Syah serta pengikutnya pernah dikatakan menjadi nelayan semasa berada di
Muar bagi menampung keperluan seharian.

Kegiatan menangkap ikan ini dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang Laut sebelum
pemerintahan Parameswara lagi. Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktiviti
penangkapan ikan. Mereka ke laut untuk menangkap ikan dengan menggunakan perahu yang
diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk menjadi perahu.

3. Memburu.

Penduduk Melaka juga menjalankan kegiatan berburu untuk menampung kehidupan seharian.
Kegiatan berburu merupakan aktiviti yang diwarisi malahan ianya merupakan aktiviti Raja – raja
Melayu Melaka.

Kegiatan berburu juga dijalankan oleh rakyat biasa kerana mereka yang tidak terlibat dengan
aktiviti perdagangan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti sara diri termasuklah aktiviti
berburu. Selain itu ia juga dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan.

4. Menternak binatang.
Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh penduduk di Melaka termasukalah aktviti
penternakan binatang secara kecil – kecilan. Antara binatang ternakan yang diternak ketika itu ialah
kambing, kerbau, lembu, ayam, itek dan sebagainya. Di Melaka, dikatakan Bendahara Seri
Maharaja membela kerbau dan ada kemungkinan beliau juga membela binatang – binatang lain.

5. Memungut hasil hutan.


Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan
oleh penduduk di Melaka. Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, damar dan getah jelutong.
Kegiatan memungut hasil hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat di

89 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Melaka ketika itu ini kerana mereka banyak bergantung hidup dengan persekitaran seperti Sungai,
hutan dan tanah pertanian. Hasil pertanian ini mendapat permintaan yang baik dari pedagang luar.

6. Kegiatan perdagangan.

Kegiatan perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti ekonomi masyarakat
peribumi yang dijalankan semasa zaman awal kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.

Kegiatan perdagangan masyarakat Melaka dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.Secara


kecil-kecilan melibatkan rakyat biasa yang berjaja di pasar-pasar dan ada yang guna perahu kecil.
Bagi golongan pembesar kegiatan perdagangan diwakilkan kepada kiwi untuk berurus niaga bagi
pihaknya. Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urusniaga dengan perdagangan luar.

7. Pertukangan kayu dihasilkan seperti pembinaan perahu, rumah. dan istana. Ketukangan besi
melibatkan penciptaan senjata.

8. Kraftangan seperti bubu dan tikar mengkuang yang berasaskan rotan, buluh dan kayu.

C. KESIMPULAN

Apa – apa sahaja yang berkaitan dengan soalan.

90 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 38: JELASKAN SUMBER DAN PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN
KHULAFA AR-RASYIDIN.

A. PENDAHULUAN

1. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum
atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan
seumpamanya.

2. Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin
dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.

3. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama:


a. Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada
golongan yang berhak menerimanya.
b. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah
dan harta tanpa waris.
c. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.

4. Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara,


menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.

5. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan
prinsip ekonomi Islam.

B. ISI
1. Sumber Baitulmal

a. Zakat.
i. Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak
menerimanya.
ii. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian,
zakat emas dan perak.

b. Kharaj.
i. Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan
kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

c. Jizyah.
i. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang
berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu
orang kafir Zimmi.
ii. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih
bidup dan berupaya.
iii. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

d. Ghanimah dan Al-fay.


i. Ghanimah merupakan harta rampasan perang.
91 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
ii. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada
pewaris dan harta karun.
iii. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan
pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam
peperangan.

e. Usyur.
i. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.
ii. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam
dikenakan usyur sebanyak 10%.
iii. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan
sebanyak 5 %.
iv. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

2. Peranan Baitulmal

a. Membantu perkembangan ekonomi Islam.


i. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
ii. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
iii. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

b. Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.


i. Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan
tentera.
ii. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk
memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera
Byzantine.

c. Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.


i. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera.
ii. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada
angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
iii. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk
memiliki tanah.

d. Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.


i. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.
ii. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.
iii. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal
ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para
sahabat.
e. Menyimpan harta negara.

f. Pembangunan negara seperti pendidikan, kesihatan dan prasarana

g. Mengurangkan kadar kemiskinan.

KESIMPULAN
92 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 39: BINCANGKAN SUMBER-SUMBER PENDAPATAN NEGARA DAN
KEPENTINGAN KEPADA MASYARAKAT PADA ZAMAN
PEMERINTAHAN KHALIFAH AR-RASYIDIN.

A. PENDAHULUAN

1. Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam, kerana
perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber hasil pendapatan negara tidak banyak
dan tidak memerlukan penubuhan sebuah badan khusus secara formal untuk menguruskannya.

2. Pengurusan hasil negara pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al – Siddiq juga mudah dan
terkawal dan Baitulmal juga tidak perlu ditubuhkan secara formal, tidak seperti pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar Al – Khattab. Sehubungan itu Khalifah Umar Al – Khattab adalah orang
yang pertama menubuhkan Baitul Mal secara formal.

3. Sumber – sumber hasil pendapatan Baitulmal adalah sebagaimana berikut:


a. Segala harta yang didapati melalui zakat, seperti zakat harta dan zakat fitrah.
b. Segala harta hak milik negara, termasuk semua sumber kekayaannya
c. Semua harta hak milik umat islam yang tidak jelas
penggunaannyaseperti wakaf, sedekah dan lain – lain.

d. Segala harta yang didapati dari peperangan, seperti ghanimmah, Jizyah dan lain – lain.

e. Harta yang lain dari yang tersebut seperti pusaka, luqatah dan lain – lain

B. ISI
Sumber-sumber pendapatan Negara
1. Zakat
Sumber utama Baitumal selaku Perbendaharaan Negara Islam ialah Zakat. Zakat ialah bayaran ke atas
hasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati
hasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan perak mereka mencukupi syarat zakat
sebagaimana yang ditentukan oleh syarak. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmal
untuk diuruskan. Pihak Baitulmal akan menilai semula bayaran. Pada satu tempoh masa, jumlah besar
bayaran diperuntukkan kepada pihak yang layak menerimanya iaitu lapan asnaf yang disebut dalam Al-
Quran.
Kepentingan: Pengagihan kepada 8 asnaf ( mereka yang berhak menerima baik. Jika berlaku lebihan
agihan, Baitulmal yang bertindak sebagai penyimpan harta zakat, berhak menggunakan harta tersebut
untuk pembangunan dan kebajikan awam.

2. Ghanimah
Ia merupakan harta dari rampasan perang. Kemenangan dalam peperangan bermakna penguasaan ke
atas segala barang ketinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil dimanfaatkan oleh orang lain.
Selain peperangan, harta juga diperolehi semasa menduduki sesuatu kawasan yang ditinggalkan oleh
tuannya atau harta yang tidak bertuan. Harta ini juga disebut ‘al-fay’.

93 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Kepentingan: Baitulmal memperuntukkan 1/5 daripada kutipan ghanimah dan al-fay dikhaskan untuk
perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkan kepada tentera-tentera yang terlibat dalam
perluasan kuasa itu.

3. Jizyah
Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang-orang bukan Islam yang
bersetuju menerima pemerintahan Islam di kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal
kawasan-kawasan mereka. Semasa kemaraan tentera Islam, mereka diberi pilihan. Sekiranya mereka
memilih untuk bernaung di baah kerajaan Islam, mereka dikehendaki membayar jizyah. Kadar cukai ini
ditetapkan di antara 12 hingga 48 dirham (1 dirham bersamaan 3.98 gram) setahun diwajibkan
membayar kpd Baitulmal.
Kepentingan: Hasil cukai ini digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan.

4. Kharaj
Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai (kharaj) kepada
Baitulmal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau
kemarau, cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh
Baitulmal.
Kepentingan: Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin.
Sekiranya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitulmal diberi kuasa untuk
menyerahkan tugas mengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai
tanah dibezakan mengikut jenis tanaman.

5. Usyur
Sumber pendapatan seterusnya ialah yang diperolehi daripada para peniaga yang memperolehi
pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniaga Islam dan bukan Islam dikehendaki
membayar cukai usyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh khalifah. Peniaga kafir harbi yang
tidak membuat perjanjian perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan usyur 10 peratus, kafir zimmi
5 peratus dan dalam kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus.
Kepentingan: Menjana ekonomi, menambah perbendaharaan dan membangunkan Negara Islam.

6. Sumber-sumber lain
Sumber pendapatan lain seperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan daripada pegawai
kerajaan yang dilantik tetapi menyalahgunakan kuasa mengumpul harta dan disahkan benar selepas
siasatan dijalankan.
Kepentingan: Matlamat penubuhan Baitulmal ialah untuk memberikan kemakmurankepada umat
Islam dan ia adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat,
sedekah, wakaf dan sebagainya untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.

C.KESIMPULAN

Secara ringkasnya jelaslah bahawa Baitul Mal merupakan institusi kewangan didalamnya terdapat
sumber-sumberpendapatan pemerintah Negara Islam Madinah dan adalah perbendaharaan negara
Islam, yang berfungsi sebagai pengerak kepada pembangunan institusi ibadat dan pembangunan
material sesebuah negara Islam keseluruhannya.

94 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 40: JELASKAN PELAKSANAAN BAITULMAL DAN SUMBER-SUMBENYA
PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH.

A. PENDAHULUAN

1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas as- Saffah. Pusat pemerintahan di Baghdad.
Zaman KBU merupakan zaman kemakmuran umat Islam.

2. Baitulmal merujuk kepada "Rumah Harta" dan dari segi istilah bermaksud "isntitusi tunggal
kewangan negara Islam". Dikenal sebagai perbendaharaan negara.

3. Sejarah Baitulmal mula diperkenalkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan ditubuhkan secara rasmi
pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

4. Kedudukan kewangan negara di dalam Baitulmal mengalami tiga zaman - zaman pembinaan,
zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kegemilangan pendapatan Baitulmal
dianggarkan mencapai kutipan sehingga 900 juta dirham.

B. ISI

PELAKSANAAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH

1. Zaman Khalifah Abu Abbas as-Saffah


a. Kebanyakan dana baitulmal digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk menaikkan gaji tentera
sebanyak 80 dirham sebulan
b. Bertujuan untuk menarik sokongan tentera kepada pemerintahan khalifah.
c. Banyak digunakan untuk urusan peribadi dan bukan untuk pembangunan negara dan kebajikan
rakyat.

2. Zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur


a. pelantikan seorang pegawai kewangan yang bertangungjawab dalam urusan kewangan negara.
b. Urusan kewangan telah dikawal secara langsung oleh kerajaan pusat (khalifah).
c. Hasil Baitulmal mencapai kutipan sehingga 810 juta dirham.
d. Menggunakan wang Baitulmal sebanyak 10 juta dirham bagi pembinaan Kota Baghdad sebagai
pusat pentadbiran yang baharu.
e. Mengemaskini sistem pungutan cukai dengan melantik seorang pegawai khas memungut cukai
dan zakat sebagai wakil khalifah.
f. Memperkenalkan wang syiling emas baharu dan bermutu rendah untuk mengurangkan
perbelanjaan.

3. Zaman Khalifah al-Mahdi


a. Penubuhan Jabatan Akauntan Negara untuk mengawal akaun setiap jabatan kerajaan (hasil
pungutan dan perbelanjaannya).
b. Khalifah juga memperkenalkan sistem ‘Muqasamah’ (perkongsian) terhadap hasil pertanian di
Iraq (cukai berdasarkan hasil pertanian sebenar setelah ditolak modal yang digunakan).
c. Mengenakan cukai ke atas ternakan yang dijual di pasar-pasar seperti pasar Baghdad.

95 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


4. Zaman Khalifah Harun al-Rasyid
a. Zaman kemuncak/kegemilangan sehingga baitulmal berjaya memainkan peranan penting dalam
pelbagai bidang kehidupan.
b. Ekonomi berkembang maju dan pesat sehingga hasil negara mencecah 900 juta dirham
c. Menggunakan harta Baitulmal untuk pembangunan bidang pendidikan dan intelektual- membina
sekolah, kolej, universiti dan Baitul Hikmah.
d. Menampung perbelanjaan kebajikan umat Islam, antaranya perbelanjaan mengerjakan haji.

5. Zaman al-Makmun
a. Bermula era kemerosotan peranan baitulmal - pembiayaan tinggi dalam peperangan dan
pemberontakan dalam negara.
b. Beberapa langkah diambil bagi mengatasi kekurangan kewangan negara : antaranya membayar
gaji mengikut hari bekerja sahaja, mengemaskini sistem cukai pertanian di kawasan dikuasai
kerajaan pusat, mewujudkan sistem konsesi dan mewujudkan undang-undang pusaka (harta tiada
waris jadi milik kerajaan).

SUMBER-SUMBER BAITULMAL ZAMAN KALIFAH ABBASIYAH

1. Zakat- diperolehi melalui zakat harta dan zakat fitrah. Pada zaman KBU pungutan zakat
dipengaruhi oleh perbezaan pendapat mengikut mazhat Hanafi, Maliki Syafii dan Hambali.
2. Harta rampasan perang- ghanimah dan fay, diperolehi melalui penakluka n wilayah Turki
dan asia Tengah, kepulauan Mediterranean dan lain-lain.
3. Melalui pungutan cukai- jizyah, kharaj, usyur dan lain-lain. banyak diperolehi daripada
masyarakat bukan Islam dan pemilik tanah.
4. Cukai-cukai lain seperti cukai air, cukai pasir, cukai pendapatan. Banyak dikenakan di
wilayah Azerbaijan, Turki, Armenia dan lain-lain.

C. KESIMPULAN
1. Mengalami kemerosotan pada zaman Al Amin dan Al Makmun.
2. Simpanan baitulmal mengalami kemerosotan sehinggalah baghdad diserang oleh tentera
Monggol pada tahun 656H/1258M.
3. Khalifah kebanyakan hidup boros, menggunakan mang Baitulmal untuk kepentingan
peribadi dan sentiasa mengenakan cukai yang membebankan rakyat.

96 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 41: HURAIKAN PERLAKSANAAN KHARAJ DAN KEPENTINGANNYA PADA
ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN.
A. PENDAHULUAN

1. Latar belakang sistem cukai zaman Khulafa al Rasyidin.

2. Latar belakang pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

3. Definisi Kharaj
Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Ia dikenali dalam tamadun Firaun di
Mesir. Dalam kerajaan Rom juga dikenali sebagai cukai tanah atau Kharaj yang dipanggil Tributum
Soil. Demikian juga di zaman pemerintahan Kerajaan Parsi dikenali sebagai cukai seumpama itu.
Keadaan ini adalah disebabkan pemerintah-pemerintah zaman purba melihat takhta sebagai milik
penuh Raja atau Sultan.
B. ISI

PELAKSANAAN KHARAJ ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN.

1. Tanah Yang Dikenakan Kharaj.

 Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah
Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tersebut
beragama Islam.
 Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada
orang bukan Islam.
 Tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam.
 Tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam.
 Tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.
2. Jenis – Jenis Kharaj.
 Kharaj Wazifah ( Musahah ) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah
pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan
kharaj sebanyak 10 dirham.
 Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada
mengelakkan penganiayaan kepada petani.

3. Kadar Kharaj.
 Kadar Kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum
tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman.
 Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil pertanian
yang diperolehi.
 Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.
 Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian.

97 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


4. Faktor Yang Menentukan Kadar Kharaj.
 Kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya sendiri
berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan ( alam semula jadi ).
 Kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan.
 Kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar kharajnya
lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan bandar.

5. Syarat – Syarat Kharaj.


 Pada awalnya Kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja.
 Kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.
 Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah bukannya
penyewa.
 Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.

6. Pengutipan Kharaj.
 Dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka akan
dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu.
 Sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu mambayarnya,
tindakan boleh diambil menerusi undang – undang atau dijual oleh kerajaan.
 Bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl – al –
Ayyam sebagai Pemegang Amanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada
kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada Ahl – al – Ayyam.
 Hasil kutipan Kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal.
7. Perlaksanaan Kharaj pada zaman Umar al – Khattab telah diteruskan oleh Khalifah al Rashidin
selepasnya. Di akhir pemerintahan Uthman, golonganAhl – Al – Ayyam tidak lagi diberi
kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan diserahkan di bawah pentadbiran gabenor.
KEPENTINGAN KHARAJ
1. Memberi Keadilan Kepada Petani
 Sistem kharaj yang dilaksanakan telah memberi keadilan kepada masyarakat untuk
mengusahakan tanah-tanah yang dimiliki.
 Pemungutan kharaj serta nilai kharaj yang dikenakan tidak menyulitkan para petani.
 Langkah ini dapat membebaskan petani daripada dieksploitasi oleh pengusaha-pengusaha
pertanian dan golongan tentera yang memiliki tanah.

2. Kemudahan Infrastruktur
 Hasil yang diperolehi oleh kerajaan daripada pungitan kharaj dapat dimanfaatkan untuk tujuan
memperbaiki infrastruktur, prasarana dan rancangan bagi meningkatkan kegiatan pertanian.
 Seperti membina empangan dan membaiki jalan pertanian dan membina sisten perparitan.

98 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3. Memudahkan petani menjelaskan cukai
 Nilai cukai kharaj yang dikutip adalah mengikut nilai mata wang yang digunakan dan jumlah
hasil yang dikeluarkan.
 Cara ini dapat menjamin keadilan sosial kepada petani.
4. Mengelakkan tanah terbiar
 Mengelakkan tanah terbiar tanpa diusahakan kerana petani terpaksa membayar cukai bagi setiap
tanah yang dimiliki.
5. Pembangunan sektor pertanian
 Dapat mempertingkatkan usaha pemerintah untuk memperbaiki sektor pertanian yang
merupakan aktiviti utama masyarakat zaman tersebut. Ini dapat meningkatkan sumber
pendapatan rakyat.

C. KESIMPULAN
Sistem Kharaj telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang Islam pada
zaman Khulafa ar – Rashidin dan sistem ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah.

99 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 42: HURAIKAN PELAKSANAAN KHARAJ PADA ZAMAN UMAR AL-KHATTAB.

A. PENGENALAN
l. Definisi kharaj - dari segi bahasa kaharaj membawa maksud ufti. Dalam konteks Islam, bermaksud
cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama ada secara rundingan atau pun
peperangan.

2. Sistem kharaj telah diperkenalkan oleh khalifah Umar al Khattab setelah mendapat nasihat daripada
para sahabat terutama Saidina Ali. Perlaksanaan kharaj telah dilakukan secara adil dan mengikut
prinsip Islam.

B. ISI

l. Tanah yang dikenakan kharaj


 Tanah yang dibuka oleh tentera Islam melalui peperangan. Khalifah Umar al Khattab telah
memutuskan bahawa kedudukannya tidak tertakluk kepada pembahagian di kalangan tentera
yang membuka kawasan itu sebagai ghanimah. Ianya tidak boleh dibahagikan di kalangan
tentera.
 Kharaj juga dikenakan ke atas tanah di mana umat Islam berjaya membuka kawasan itu secara
perdamaian.
 Cukai kharaj juga diambil ke atas tanah milik kerajaan yang diusahakan oleh umat Islam atau
disebut dengan istilah lhya' al Mawat'.

2. Jenis kharaj
 Khalifah Umar al Khattab telah membahagikan kharaj kepada dua iaitu kharaj wazifah dan
kharaj muqasamah. Kharaj wazifah dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jarib anggur
dikenakan kharaj sebanyak l0 dirham.
 Kharaj muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada
tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada banyak perkara bagi mengelakkan
penganiayaan kepada petani.

3. Kadar kharaj
 Kadar kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar tidak
maksimum melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman.
 Kadar wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil pertanian
yang diperolehi.
 Kharaj muqasamah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.
 Kadar yang diambil adalah dalam bentuk nilai mata wang atau dari hasil bumi

4. Faktor penentuan kadar kharaj.


 Kualiti tanah Kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya sendiri
berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan atau alam semulajadi.
 Kualiti biji benih Jika biji benih berkualiti, kadar kharaj dikenakan adalah lebih ringgi.
 Kedudukan tanah pertanian- Jika tanah pertanian terletak jauh di pedalaman kadar kharajnya
Iebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan kawasan bandar.

100 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5. Syarat-syarat kharaj.
 Pada awalnya kharaj hanya dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja.
 Kharaj tidak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.
 Kharaj tetap dikenakan ke atas pemilik yang tidak mengerjakan tanah seandainya pemiliknya
mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya. Ini bertujuan untuk mengelak daripada wujudnya
tanah terbiar tanpa diusahakan.
 sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah dan bukannya
ke atas pemajak.

6. Pengutipan kharaj
 Dilakukan secara adil jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka akan
dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu.
 sekiranya pembayar tidak mahu membayar kharaj walaupun mampu, tindakan boleh diambil
menerusi undang-undang atau dijual oleh kerajaan.
 Bagi menguruskan kharaj di Iraq, khalifah Umar al Khattab menyerahkan kepada golongan ahl-
al-Ayyam sebagai pemegang arnanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada
kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada golongan ahl_al_ Ayyarn.
 hasil kutipan kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal.

7. Dari sudut lain pula, hasil yang diperolehi oleh kerajaan dari pemungutan cukai kharaj dapat
dimanfaatkan oleh pemerintah untuk tujuan memperbaiki infrastruktur, prasarana dan rancangan
pembangunan yang boleh memajukan lagi kegiatan pertanian dalam negara seperti mewujudkan
keamanan, memperbaiki perhubungan dan mengadakan rancangan pengairan yang sedia ada.

C. KESIMPULAN

- Cukai kharaj adalah antara cukai tertua yang diamalkan oleh tamadun manusia. pelaksanaan kharaj
pada zaman khalifah Umar al Khattab telah dibuat dengan adil dan tidak membebankan. Sistem kharaj
telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang Islam.

101 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 43: BINCANGKAN PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN
KHULAFA AL RASSYIDIN

A. PENGENALAN

1. Definisi Jizyah - cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam
(zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam ke atas
nyawa, harta dan amalan agama mereka.

2. Jizyah adalah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan
zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT
atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.

3. Jenis jizyah : Sulh al-Jizyah(cukai perlindungan) dan Jizyah al-Ru’us(cukai diri).

4. Kadar jizyah berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan bergantung kepada
kemampuan.

5. Latar belakang pemerintahan zaman Khulafa al Rasyidin.

B. ISI

PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL


RASSYIDIN

1. Pada zaman khalifah Abu Bakar


 Beliau telah mengarahkan beberapa ekspedisi ketenteraan ke kawasan Iraq dan syria di bawah
kepimpinan Khalid b Al Walid bagi menyaingi kekuatan tentera Rom dan Parsi.
 Beliau memberi tawaran kepada wilayah yang ditakluki sama ada diperangi, memeluk Islam
atau membayar jizyah.
 Pemerintah Hirah yang tidak memeluk Islam telah bersetuju untuk membayar jizyah kepada
kerajaan Islam di Madinah setelah diberi tiga pilihan.

2. Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab


 Gabenor-gabenor wilayah telah dilantik untuk melaksanakan pungutan jizyah di wilayah
masing-masing.
 Antara kawasan yang dikuasai pada zaman Khalifah Umar ialah Palestin, Iraq, Mesir dan Syria.
Wilayah tersebut dikehendaki membayar jizyah.
 Rakyat Mesir dikehendaki membayar jizyah sebanyak 2 dinar setahun, rakyat Syria membayar
1 dinar
 Pemerintah Byzantine yang memerintah Baitul Maqdis telah menandatangani perjanjian damai
dengan Khalifah Umar dan bersetuju membayar jizyah.

3. Zaman Khalifah Uthman b. Affan


 Beberapa wilayah baru telah ditakluki antaranya Tripoli (Libya), Sudan dan Qairawan (Mesir).
 Penduduk di wilayah tersebut telah meminta perdamaian dan perlindungan daripada khalifah
dan bersetuju untuk membayar jizyah.

102 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


4. Zaman Khalifah Ali b. Abi Talib
 Pelaksanaan jizyah masih dikuatkuasakan, namun kadar bayaran dan kawasan yang dikutip
tidak jelas. Ini disebabkan masalah pergolakan yang berterusan selepas kematian Khalifah
Uthman.
 Terdapat pebgecualian dalam pembayaran jizyah bagi bukan Islam yang menjadi anggota
tentera, wanita, kanak-kanak, warga tua, pendeta dan orang cacat.

C. KESIMPULAN

103 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 44:JELASKAN PELAKSANAAN DAN KEPENTINGAN ZAKAT PADA
ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN.

A. PENGENALAN

Difinisi zakat dan sejarah penubuhan institusi zakat:


1. Zakat berasal daripada perkataan Arab kata zasar Zakat yang bererti Penambahan dan penyucian.
Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat Islam, pensucian
bermaksud pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam.

2. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabi Yaakub,
Nabi Ismail dan Nabi Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat, mula dibayar secara suka rela oleh Bani
Adhrah dari Yaman yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudi mulia. Pada tahun ke dua Hijrah
(623 M), zakat difardhukan secara ijbari (kuat kuasa) atau ilzami (wajib) diantara bulan Syaaban
hingga bulan Syawal. Keenggan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau
dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.

3. Latarbelakang pemerintahan Khulafa al rasyidin

B. ISI

PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN

1. Zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq


 berfungsi sebagai ujian terhadap keimanan dan ketakwaan umat Islam kepada Allah SWT.
 Zakat difardhukan ke atas umat Islam pada tahun ke-2H
 berfungsi untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara golongan kaya dan miskin.
 mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin
 fungsi zakat untuk membantu golongan seperti fakir,miskin,amail,muallaf, hamba yang hendak
memerdekakan diri,orng yang berhutang untuk jalan Allah dan musafir.
 Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu : zakat harta dan zakat fitrah.
 Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum. Khalifah Abu
Bakar memerangi golongan al – Riddah yang enggan membayar zakat. Dari segi syarak,
pembayaran zakat adalah wajib keatas harta apabila cuku syaratnya ( sampai nisabnya dan
genap haul ( tahun / masa ).

2. Khalifah Umar Al-Khattab


 perluasan kuasa dan kawasan pengaruh Islam telah bertambah. Kutipan zakat dan cukai akan
bertambah semasa pemerintahan Umar Al – Khattab kerana beliau banyak melakukan ekspedisi
ketenteraan dan penyebaran Islam.
 Penubuhan institusi Baitul Mal yang mengurus pentadbiran harta negara, harta masyarakat dan
harta umum yang menghasilkan zakat. Operasi secara rasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar
Al-Khattab
 perlaksanaan institusi zakat semakin terserlah. Perlantikan ‘Amil’ yang melaksanakan urusan
pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau
kadar nisab tertentu.

104 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


 mendirikan sebuah Diwan yang dikenali sebagai Baitulmal untuk menguruskan urusan zakat
dan cukai.
 hasil kutipan digunakan untuk membayar gaji tentera Islam
 Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima
antaranya:
a. Fakir Miskin
b. Orang musafir.
c. Amil.
d. Muallaf
e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.
f. Orang yang berhutang
g. Orang yang berjihad
h. Orang yang merantau ( ibnu sabil ) dan kehabisan wangnya semasa dalam perjalanan
yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak (termasuk mencari rezeki yang halal dan
menuntut ilmu )
 Konsep pengembangan harta (an-nama’) dan diteruskan hingga zaman kini (zakat saham, zakat
pendapatan dan lain-lain). Setiap harta yang berpotensi untuk berkembang diwajibkan zakat
seperti anak-anak haiwan yang baharu dilahirkan.
 Khalifah Umar memperluaskan asas zakat ternakan (kuda), beberapa hasil pertanian baru
(kacang, kapas, zaitun) dan beberapa hasil laut. Zakat 5-10% madu berdasar kaedah guna
tenaga dalam memproses madu.
 Khalifah Umar melantik pegawai zakat bergaji yang bertugas di Baitulmal di seluruh daerah
kekuasaan Islam – bertugas mentaksir, memungut dan memantau pengagihan zakat.

3. Khalifah Uthman al-Affan -


 Harta zakat boleh ditunaikan dengan tukaran wang (nilai wang). Mengenakan zakat ke atas
harta yang bersih iaitu semua hutang pembayar zakat hendaklah ditolak terlebih dahulu,
kemudian baki harta yang ada itulah yang dikenakan zakat.
 Kutipan zakat pada zaman khalifah Usman bin Affan semakin bertambah kerana peluasan
wilayah Islam hingga ke Afrika, Asia dan Eropah. Walau bagaimanapun, pada akhir zaman
pemerintahannya berlaku pemberontakan sehingga beliau terbunuh dan kutipan zakat
menghadapi masalah.

4. Khalifah Ali
 Menghapuskan zakat terhadap kuda yang telah diperkenalkan Khalifah Umar.
 Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pungutan zakat diteruskan. Namun, hasilnya semakin
berkurangan kerana beliau berhadapan dengan masalah pemberontakan.

KEPENTINGAN ZAKAT ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN

1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan umat Islam. Pada zaman Abu Bakar Al Siddiq , zakat
berperanan sebagai ujian terhadap keimanan dan ketaqwaan umat Islam kepada Allah. Beliau berjaya
menangani golongan yang enggan membayar zakat dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam
yang enggan membayar zakat.

2. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Orang yang menunaikan zakat


mendekatkan diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara yang diredhai oleh Allah.

105 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3. Membasmi kemiskinan. Peranan zakat juga ialah membantu golongan yang layak menerima zakat
seperti fakir dan miskin.

4. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.

5. Mendamaikan atau mewujudkan kedamaian ( al – salah ).

6. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.

7. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.

8. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.

9. Membuktikan semangat sifat mentaati hukum & perintah Allah.

10. Memperolehi keberkatan.

11. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala.

12. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.

13. Mendamaikan atau mengwujudkan kedamaian ( al – salah ).

14. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.

15. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.

16. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.

17. Membuktikan semangat sifat metaati hukum & perintah Allah.

18. Memperolehi keberkatan.

C. KESIMPULAN:

106 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 45: ZAKAT MERUPAKAN SALAH SATU SUMBER
BAITULMAL(PENDAPATAN NEGARA). BINCANGKAN PELAKSANAANNYA PADA
ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH ABBASIYAH PADA ABAD KE 9 HINGGA
KE 11 M.
A. PENGENALAN

o zakat adalah rukun Islam yang ketiga-wajib apabila cukup syarat seperti cukup haul dan nisab

o berasal daripada perkataan Arab yang bermakna penambahan atau kesucian

o dari segi syarak, zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai
nisab dan haul(setahun)

o diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya.

o Zakat dapat membersih jiwa dan hati daripada perasaan tamak.

o Zakat dapat membawa kesuburan harta.

o Zakat wajib- dituntut mengikut Al-Quran dan Sunnah

o Zaman pemerintahan khalifah Abbasiyah meneruskan peranan institusi zakat yang telah
diamalkan sejak zaman Khalifah al Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyyah.

B. ISI

1. Perkembangan zakat zaman Khalifah Abbasiyah


a. Pemerintahan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan
zakat.Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat,pada zaman ini kadi yang pakar dalam bidang syariah
telah dilantik oleh pemerintahan pusat.
b. pada masa pemerintahan Khalifah Harun al Rasyhid,beliau pernah mendapatkan khidmat nasihat
berkaitan zakat daripada Abu Yusuf yang menjadi Ketua Kadi yang pertama
c.Kemunculan pelbagai mazhab pada masa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah memberi
tafsiran zakat yang berbeza-beza.Mazhab tersebut ialah Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki,Mazhab
Hambali dan Mazhab Shafie.

2.Jenis dan kadar zakat


Pemerintahn Khalifah Abbasiyah telah membahagikan zakat kepada dua iaitu
i. zakat fitrah
–wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadan
-Bertujuan untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada ucapan dan perbuatan yang sia-sia.
-Orang yang berhak menerima zakat fitrah ialah hamba atau orang yang merdeka tidak kira jantina

107 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


ii.Zakat harta
– merupakan harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang ternakan,emas,perak, barang
perdagangan,dan biji-bijian

a.Zakat Hasil ternakan


Terdapat beberapa syarat yang harus diikuti .Antaranya ialah
i.cukup nisab dan haul
ii.diternak di padang rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk bekerja
iii.Kadar zakat mengikut binatang peliharaan .

1.Kambing dan unta


i.Jika tiada unta betina,unta jantan boleh dikeluarkan dengan syarat umur yang lebih tua
ii.Bagi bilangan yang melebihi 120 ekor ,maka setiap 40 ekor unta yang lebih akan dikenakan zakat
tambahan 1 ekor unta betina berumur 3 tahun,setiap 50 ekor yang
lebih dikenakan 1 ekor betina berumur 4 tahun.

2. Zakat lembu
i. Kadar yang ditetapkan ialah 30 ekor
ii.Jika melebihi kadar setiap lebihan 30 ekor lembu zakatnya ialah 1 ekor lembu jantan berumur 1 tahun
.
iii.Jika lebihan setiap 40 ekor zakatnya ialah 1 ekor lembu betina berumur 2 tahun.

3.Zakat kambing
i.Setiap 100 ekor tambahan,zakatnya 1 ekor kambing betina,namun jika kambing jantan yang
diternak,maka kambing jantan yang dikeluarkan.
ii.bagi Mazhab Hanafi,kambing jantan harus dikeluarkan walaupun ternakannya kambing betina
iii.Mazhab lain mengatakan bahawa kambing hendaklah dikeluarkan jika terdapat kambing betina
iv.Para ulama sepakat mengatakan bahawa kuda yang membawa barang tunggangan dan digunakan ke
jalan Allah,tidak dikenakan zakat.Namun jika dipelihara di padang rumput yang bebas ia dikenakan
zakat kerana melebihi keperluan.
v.Kadar yang wajib dikeluarkan ialah 2.5% daripada nilai sementara kadar nisabnya ialah tidak kurang
5 ekor.

b.Zakat emas dan perak


i. Zakat ini wajib diberikan jika mempunyai syarat berikut:
- cukup nisab :
Perak : 200 dirham- 5 dirham (zakat yang dikenakan)
Emas: 20 dinar
-Cukup haul (setahun)
-Milik sempurna.Barang yang diamanahkan dan digadai,harta rampasan tidak wajib zakat
-Emas yang dijadikan perhiasan wanita tidak dikenakan zakat
-Jika dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka wajib dikeluarkan zakat kerana ianya bertujuan
untuk barang simpanan
108 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
c.Zakat barang dagangan
i.zakat barangan dagangan telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad dan diteruskan pada zaman
pemerintahan Khalifah Abbasiyah.
ii.Syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengeluarkan zakat:
- Niat untuk mendapat keuntungan dan menceburkan diri dalam bidang
perniagaan
- Cukup nisan dan haul
d.Zakat pertanian
i.syarat –syarat :
-beragama Islam
-tahu wajib berzakat
-tanah pertanian yang diusahakan hendaklah daripada jenis yang dikenakan uhyr iaitu tanah milik
sendiri.
-jika tanah kharaj maka tidak wajib dikenakan zakat tetapi dikenakan cukai kharaj
Kadar nisab ialah 5 ausuq
-Kadar zakat ialah 1/10 jika disiram air hujan.1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan alat penyiram.
ii.3 mazhab bersependapat bahawa waktu wajib keluar zakat tanaman dan buah-buahan ialah apabila
tanaman dan buahan itu sudah boleh dimakan

C. KESIMPULAN
o Pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah lebih tersusun dan telah dapat menjana
ekonomi negara Islam

o Fungsi dan peranan zakat dalam ekonomi Islam sangat penting

o Perlaksanaan zakat dapat menjamin keadilan dan keamanan sosial

109 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 46:JELASKAN TENTANG JENIS -JENIS ZAKAT YANG TERDAPAT
DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM. BINCANGKAN PERLAKSANAAN ZAKAT
PADA ZAMAN BANI ABBASIYAH.
A. PENGENALAN
1. Berasal dari kata dasar zaka, yang bermaksud kesucian, kebersihan, keberkatan, dan kepujian
dariapada sifat-sifat mazmumah seperti bakhil dan tamak.

2. Syarak pula telah mengislahkan zakat sebagai sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan
kepada golongan yang berhak menerimanya.

3. Kefardhuan zakat secara ijbari atau kuat kuasa di antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Mulai
tahun itu, keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya
oleh pemerintah.

B. ISI
JENIS-JENIS ZAKAT.
1.Zakat Fitrah

 Orang Islam diwajibkan mengeluarkannya setiap tahun.


 Pengeluaran zakat bermula dari 1 Ramadhan hingga hari pertamabulan Syawal yakni sebelum
solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.
 Mengikut Mazhab Syafie, zakat fitrah perlu dikeluarkan sebanyak segantang daripada makanan
yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum,
barli dan seumpamanya.
 Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi pula mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan dengan
mata wang mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut.

2. Zakat Harta

 Zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah
ditetapkan oleh syarak.
 Harta yang diwajibkan zakat terdiri dariapada harta yang penting dalam ekonomi seperti hasil
tanaman, binatang ternakan, emas, dan perak serta barang-barang perniagaan.

3. Zakat Pertanian

 Zakat untuk buah-buahan dan biji-bijian wajib dikeluarkan.


 5 ausuq (500 liter) secara timbangan merupakan kadar zakat pertanian yang perlu dikeluarkan.
 1/10 (jika menggunakan air hujan) dan 1/20 (jika disiram sendiri)merupakan kadar yang perlu
dikeluarkan bagi zakat tanaman.

4. Zakat Binatang Ternakan

 Setiap binatang ternakan perlu dikeluarkan zakat.

110 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


 Khalifah Umar al-Khattab pernah mengenakan zakat ke atas kuda kerana haiwan ini boleh
diperniagakan.
 Syarat-syarat: Cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal, dan membiak sendiri.

5. Zakat Saham / Pendapatan


Harta saham yang dikeluarkan dalam syarikat-syarikat perniagaan atau badan-badan pelaburan.

2.5% atau nilai terendah semua saham yang dimiliki dalam masa satahun setelah ditolak
pinjaman membeli saham merupakan pengiraan zakat ini.
 Zakat pendapatan atau zakat gaji. Syarat wajib ialah: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Hasil
usaha yang baik, Cukup nisab, dan Cukup haul.
6. Zakat Perniagaan

 2.5% adalah kadar wajib zakat yang perlu dikeluarkan.


 Syarat-syarat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Rezeki yang halal, Cukup haul, dan Cukup
nisab (85 gram harga emas semasa).
7. Zakat Wang Simpanan

 Zakat daripada wang yang disimpan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan, akaun tetap
atau akaun semasa.
 Wang simpanan dicampur wang ditangan apabila cukup nisab dan hari.
 Nilai zakat 2.5% daripada jumlah simpanan.
 Syarat-syarat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Cukup haul, dan Cukup nisab.

PERLAKSANAAN ZAKAT ZAMAN BANI ABBASIYAH

 Perlaksanaan zakat pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah merupakan kesinambungan


ajaran yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para khalifah pada zaman Khulafah al-
Rasyidin dan Bani Umaiyah.
 Zakat pada zaman Bani Abbasiyah terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
 Sumber zakat ini akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf sebagaimana zaman-zaman
sebelumnya, iaitu golongan fakir, miskin, amil, orang mualaf, orang yang berhutang, orang
yang berjihad, dan musafir serta hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
 Bagi menguruskan perlaksanaan zakat, kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik
terus oleh kerajaan pusat. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid,
beliau telah mendapatkan nasihat daripada Abu Yusuf yang telah dilantik sebagai Ketua Kadi.
 Sesuai dengan perkembangan aliran pemikiran pada zaman Abbasiyah, kelahiran pelbagai
mazhab turut membawa kepada pelbagai tafsiran tentang zakat sekaligus mempengaruhi urusan
pentadbiran dan perlaksanaannya.
 Perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga secara tidak langsung telah membawa
kepada perkembangan intelektual yang pesat pasa zaman ini.
 Pelajar atau golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah memanfaatkannya sebaik
yang mungkin seterusnya membawa kepada kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat
keilmuan pada zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-
Ma’mum.

C. KESIMPULAN
111 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 47:BINCANGKAN PELAKSANAAN ZAKAT DAN KEPENTINGANNYA
PADA ZAMAN KERAJAAN BANI ABASSIYAH.

A. PENDAHULUAN

 Zakat merupakan salah satu amalan yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam
 Zakat mula difardhukan pada tahun ke-2 hijrah setelah nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke
Madinah.
 Setelah kerajaan Bani Abbasiyah mengambil alih pemerintahan Islam daripada kerajaan Bani
Umaiyah pada tahun 132H, khalifahnya masih meneruskan malah mengukuhkan lagi dasar dan
pelaksanaan zakat.

B. ISI

1. Pelaksanaan Zakat pada Zaman Bani Abbasiyah :


 Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
 Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan.
 Zakat harta ialah zakat harta benda seperti, binatang ternakan, emas dan perak, barang
perdagangan dan bijirin.

2. Zakat Fitrah Menurut Mazhab Syafie :


 Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus ditunaikan sebelum solat aidilfitri kerana jika
diberikan selepasnya ia dianggap sedekah biasa.
 Zakat ini harus diberi kepada hamba atau orang merdeka tidak dikira jantina yang memerlukan
berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w. :
 Rasulullah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak sa’ kurma/ sa’gandum bagi
hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan dan baik kanak-kanak
mahupun orang dewasa. (Bukhari dan Muslim)

3. Zakat Harta :
 Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah harta benda yang wajib dikeluarkan zakat ialah,
ternakan, emas dan perak, barang perniagaan dan biji-bijian seperti beras, gandum, barli dan
lain-lain.

4. Zakat Hasil Ternakan :


 Antara binatang ternakan yang wajib ditunaikan zakat ialah unta, lembu, dan kambing, yang
merupakan hasil pendapatan pada masa itu.
 Syarat wajib zakat ternakan ialah cukup haul dan cukup nisab.
 Binatang ini mestilah diternak di padang rumput yang bebas dan binatang tersebut mestilah
tidak digunakan untuk bekerja.
 Kadar zakatnya adalah sama seperti yang dikenakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

5. Zakat Emas dan Perak :


Zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, iaitu:
 Cukup nisab – 5 dirham daripada 200 dirham bagi perak yang telah disepuh. Manakala bagi
emas pula nisabnya 20 dinar (96 gram emas).
 Cukup haul – cukup setahun.
112 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
 Milik sempurna – barang yang diamanahkan, dipinjam, perhiasan wanita dan harta rampasan
tidak wajib dizakatkan.

6. Zakat Barang Perdagangan :


 Zakat perdagangan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah diteruskan hingga
zaman ini. Cara pengeluaran zakat perniagaan seperti berikut:
 Apabila sudah cukuphaul, seorang peniaga hendaklah menggabungkan semua hartanya iaitu
modal, keuntungan, simpanan, serta hutang yang dijangka dapat dipungut.
 Seterusnya dia memeriksa barang perniagaan dan menilai barang-barang tersebut, lalu
dicampurkan dengan wang dan hutang dan kemudian mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

7. Zakat Pertanian :
Biji-bijian seperti padi, gandum dan lain-lain wajib dikeluarkan zakat. Antara syarat wajib zakat
pertanian ialah:
 Islam
 Mengetahui hukum wajib mengeluarkan zakat
 Tanah pertanian yang diusahakan itu hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai
usyur iaitu tanah milik sendiri. Jika tanah itu tanah kharaj iaitu tanah rampasan perang, maka
tidak wajib dikeluarkan zakat.
 Kadar zakatnya ialah 1/10 jika disirami air hujan dan 1/20 jika diusahakan sendiri dengan alat
penyiram.

8. Kepentingan zakat pada zaman kerajaan Bani Abassiyah


 Dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam khususnya antara
golongan kaya dan miskin. Mereka yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan
lebih sempurna dan menguatkan perpaduan ummah.
 Dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor. Terhapusnya sifat ini akan
melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia.
 Medan ujian bagi golongan yang kaya seterusnya meningkatkan Qana’ah yang membendung
mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas.
 Mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dan miskin serta mendekatkan jurang
sosial antara mereka.
 Membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain yang sememangnya
bukan hak individu tersebut.
 Membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pada zaman kerajaan Abassiyah.

C. . KESIMPULAN

Zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada negara dan masyarakat Islam kerana
zakat bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang muhibbah tetapi dapat meningkatkan ketaqwaan
seseorang terhadap Allah.

113 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 48 : HURAIKAN FALSAFAH DAN CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM

A. PENDAHULUAN

1. Definisi Pendidikan Islam

2. Dikaitkan dengan istilah tarbiyah (proses pembentukan peribadi seseorang individu), ta’lim (proses
pemindahan ilmu), ta’dib (proses pembentukan sahsiah) & irsyad (petunjuk berasaskan syariah)

B. ISI

Falsafah & Ciri-ciri pendidikan Islam

1. Pendidikan merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis

1.1 Ada kebebasan untuk mendapatkan pengetahuan

1.2 Ilmu mesti dibiarkan mengalir tanpa sekatan

1.3 menunbtut ilmu ialah satu kewajipan

2. Sumber utama pendidikan ialah al-Quran dan sunah

2.1 Juga berpandukan sumber akal – ijtihad dan qias

2.2 Menonjolkan beberapa prinsip yang ideal

3. Mewujudkan pembangunan yang seimbang

3.1 Keseimbangan dalam aspek naqliah dan aqliah

3.2 Membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya

4. Menekankan nilai dan keikhlasan manusia

4.1 Merangsang seseorang untuk berusaha

4.2 Menilai kejayaan dan kegagalan seseorang dalam kehidupan

5. Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif

5.1 Mempertingkat daya pemikiran seseorang

114 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5.2 Dapat menjalankan pelbagai pekerjaan

5.3 Menambahkan kreativiti

6. Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh

6.1 Dapat menurut akhlak yang dituntut dalam Islam

6.2 Dengan kekuatan ilmu manusia akan mengetahui baik dan buruk

C. KESIMPULAN

1. Tujuan am dalam pendidikan Islam

2. Tujuan khas dalam pendidikan Islam

115 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 49: HURAIKAN PERANAN ACHEH SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN DI
NUSANTARA.

A. PENDAHULUAN
 Kekuasaan Acheh di Nusantara bermula awal abad ke-16 iaitu selepas
Melaka jatuh ke tangan Portugis
 Diperintah oleh 14 orang sultan. Bermula dari Sultan Ali Mughayat
Shah (1520-1539) hingga pemerintahan Sultanah Shariratuddin Tajul Alam
(1641-1675)
 Berkembang sebagai empayar Islam yang terkenal. Acheh berperanan
sebagai pusat pendidikan/intelektual Islam di Nusantara.

B. ISI

PERANAN ACHEH SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN

1. Peranan Pemerintah Acheh


 Sultan mengambil inisiatif mengembangkan ilmu pengetahuan. Mereka
menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
 Istana dijadikan pusat pengajian Islam terutama untuk keluarga di raja dan
golongan bangsawan.
 Pelbagai kemudahan disediakan sebagai galakan kepada ulama.
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar
Thani terkenal sebagai pemerintah yang berminat dan memberi galakan dalam bidang
pendidikan Islam.
 Pemerintah telah menubuhkan Balai Gadang yang dianggotai oleh para ulama.

2. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi


 Acheh berkembang sebagai sebuah empayar Islam yang kuat sekitar abad
ke-16 dan 17.
 Perluasan wilayah membolehkan Acheh muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal.
 Kestabilan politik dan kekayaan Acheh membolehkan pemerintah memberi tumpuan kepada
perkembangan system pendidikan dan intelektual.

3. Hubungan diplomatik
 Hubungan diplomatik dengan negara luar Turki, Mekah, India dan Mesir
telah menyebabkan kemasukan kitab-kitab agama dan para ulama yang
memainkan peranan dalam perkembangan intelektual.
 Kerajaan Acheh menyediakan kemudahan dan perlinduangan kepada ulama luar menetap di
Acheh.
 Tokoh ulama luar yang terkenal di Acheh ialah Nuruddin ar-Raniri, Muhammad Yamani dan
Muhamad Jailani.

4. Sistem Pendidikan
 Sistem pendidikan yang sistematik dari peringkat rendah ke peringkat

116 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


tinggi memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan ilmu di Acheh.
 Pendidikan peringkat rendah dikenali sebagai munasah,menengah sebagai
rangkang dan peringkat tinggi ialah Baiturrahman/Bait ar-Rahman.
 Sekolah-sekolah di Acheh menjadi tumpuan penduduk di Nusantara

5. Peranan Ulama luar


 Kedatangan ulama luar seperti Syeikh Abdul Kadir , Nuruddin ar Raniri,
Muhammad Yamani banyak membantu perkembangan intelektual di Acheh.
 Mereka menjadi tenaga pengajar dan ahli fikir yang banyak menghasilkan
karya yang bermutu dalam pelbagi bidang ilmu.
 Nuruddin Ar Raniri merupakan seorang tenaga pengajar di Bait ar- Rahman.

6. Kelahiran Ulama Tempatan


 Kesan daripada perkembangan sistem pendidikan di Acheh, lahir para
ulama tempatan yang penting dalam perkembangan intelektual di Acheh.
 Ulama tempatan yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Shamsudin al-
Sumaterani dan Bukhari al-Jauhari.
 Mereka banyak menghasilkan penulisan bercorak keagamaan, politik, kesusasteraan dan
sejarah.

7. Peranan Bahasa Melayu


 Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penulisan intelektual dengan
menggunakan huruf jawi.
 Pada masa ini Bahasa Melayu telah mencapai tahap bahasa Lingua Franca di seluruh Nusantara.
 Sebelum wujudnya sistem tulisan jawi, perkembangan pemikiran masyarakat bergantung
kepada tradisi lisan.
 Perkembangan tulisan jawi juga membolehkan karya dari Asia Barat diterjemah ke dalam
bahasa Melayu.

8. Iklim intelektual yang bebas


 Suasana ini menggalakan polemik dan menyuburkan ilmu pengetahuan.
 Contohnya polemik intelektual antara Wahdatul wujud dengan Wahadatul
syuhud.

C. KESIMPULAN
 Terlalu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Acheh bagi meningkatkan tahap pendidikan
atau intelektual Islam di Asia Tenggara sehingga ia dikenali sebagai Serambi Makkah.

117 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 50:HURAIKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI ACHEH.

A. PENGENALAN

 Setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh telah mengambil alih
peranan Melaka sebagai pusat politik.
 Seterusnya, Acheh telah muncul sebagai pusat pengajian agama setelah menerima Islam pada
tahun 1204 masihi.
 Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan terancang.
 Institusi pendidikan di Acheh mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Muda Thani.
 Ketika ini wujud pendidikan tahap rendah dan tinggi.

B. ISI

INSTITUSI PENDIDIKAN TELAH DITUBUHKAN

1. DAYAH
 Dayah boleh disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia kini.
 Bahasa penghantar yang digunakan ialah Bahasa Arab.
 Mata pelajaran yang diajar ialah fiqah, tauhid dan tasawuf serta ditambah dengan
pengajaran bidang kemahiran.
 Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah
berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama iaitu
aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
 Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teungku Chik.
2. RANGKANG
 Menyerupai sekolah rendah/sebelum melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi.
 Pelajar akan belajar di rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.
 Bahasa Arab dan Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar.
3. MEUNASAH/MADRASAH
 Merupakan tempat pendidikan asas atau institusi permulaan yang biasanya didirikan di
setiap kampung.
 Ilmu yang diajar ialah asas-asas al-Quran.
 Menggunakan Kitab Perukunan dan ‘Masialal Muhtadin
4. MASJID
 Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat Islam.
 Merupakan pusat pengajian yang bersangkutan dengan pendidikan tingkat menengah
pertama.
 Beberapa masjid dinaik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturrahman.

118 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


5. JAMAIAH BAITURAHMAN
 Masjid Baiturrahman dinaik tarafkan menjadi Jamiah/Universiti Baiturrahman.
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid Baiturrahman
yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut ilmu.
 Mengandungi 17 fakulti.
 Subjek yang diajar ialah agama dan bukan agama seperti politik, sejarah dan ilmu falak.
 Guru datangnya dari Turki, Parsi dan India.

6. BALAI SETIA HUKAMA, BALAI SETIA ULAMA DAN BALAI JAMAAH


HIMPUNAN ULAMA.
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Lembaga Pelaksana
Pendidikan yang terdiri daripada Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai
Jamaah Himpunan Ulama.
 Balai Setia Hukama merupakan tempat para ulama dan sarjana bertukar pandangan yang
menyentuh tentang pendidikan.
 Balai Setia Ulama berfungsi sebagai tempat menguruskan masalah-masalah yang
berkaitan dengan pendidikan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama.
 Balai Jamaah Himpunan Ulama merupakan tempat perbincangan bagi para sarjana dan
ulama bertukar-tukar pandangan, berseminar, membahaskan masalah pendidikan dan
sebagai tempat pengembangan ilmu pengetahuan.

7. PERINGKAT PENGAJIAN/PENDIDIKAN DI ACHEH TERBAHAGI KEPADA 3


PERINGKAT :
 Pendidikan dasar – meunasah/madrasah.
 Pendidikan menengah – rangkang. Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung
kepada tahap ilmu yang dimiliki oleg guru yang mengajar.
 Pendidikan tinggi di Balle.
 Kumpulan beberapa Rangkang Ballee – melahirakan dayah.
 Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturrahman, Baiturrahim dan
Bait Mushadah.

C. KESIMPULAN

 Pendidikan Islam mengalami kepesatan dan Acheh menjadi pusat Islam penting di
Nusantara yang dikenali akhirnya sebagai “Serambi Makkah”.
 Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam seperti
Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain.

119 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 51: HURAIKAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI MESIR PADA ABAD KE 8.

A. PENGENALAN

 Masjid menjadi pusat kegiatan agama di Mesir.


 Dilakukan dengan meluas di Masjid Amru Al As di Kota Fustat.
 Kegiatan ini telah dipelopori oleh sahabat yang mengunjungi Mesir.
 Para sahabat berkumpul serta membincangkan dan mencatat hadis mereka.

B. ISI

1. MASJID
 Masjid Amru Al As dijadikan sebagai pusat pengajian dan dikatakan terdapat sehingga
40 kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu
dan membuat kajian.
 Ilmu fardu ain dan fardu kifayah diajar disini.
 Al Maqrizi telah mencatatkan perkembangan lapan kelompok majlis pengajian yang
terdapat di Masjid Amru Al As antaranya kelompok Imam Shafi’i yang mempunyai
banyak ahli fiqah dan ulama terkenal serta kelompok ini memiliki tanah wakaf di
Sandabis yang diwakafkan kepada Sultan al Malik al Aziz.
 Kelompok al Majdiah yang diwujudkan oleh Majduddin Abu al Asybal, seorang wazir
atau menteri kepada al Malik al Asyraf dan telah menempatkan Abdul Wahab al
Bahnasi sebagai kadi besar atau guru dalam kelompok tersebut.
 Kelompok ini mempunyai harta wakaf yang banyak di daerah Kaherah dan diseluruh
Mesir.
 Kelompok al Shibiah yang diusahakan oleh al Sahb Muhammad b. Fakhruddin.
 Terdapat 2 orang ulama yang menjadi tenaga pengajar iaitu seorang dari Mazhab Shafie
dan seorang lagi dari Mazhab Maliki.
 Kelompok ini mempunyai harta wakaf bagi membiayai perjalanan pengajarannya.
 Muhammad b. Jarir al Tabari yang mahir dalam tafsir al Quran, hadis, fiqah dan
tatabahasa Arab telah diutuskan ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru al- As.

2. KUTTAB
 Kuttab turut menjadi pusat pengajian di Mesir.
 Kuttab ialah bangunan yang berasingan daripada masjid dan menjadi pusat pengajian
permulaan kepada kanak-kanak.
 Mata pelajaran yang diajar ialah al Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan
dihafaz di atas luh atau papan batu.
 Pelajar juga diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah.
 Ilmu pengetahuan diberikan secara percuma tidak kira yang kaya mahupun yang miskin
ataupun golongan lelaki dan mahupun perempuan.

120 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3. SEKOLAH
 Pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang guru-gurunya terdiri
daripada para sahabat.
 Sekolah ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat.
 Pelajar-pelajar mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan menulis
kembali hadis-hadis tersebut.
 Mereka juga mengkaji al Quran dan hadis serta mengeluarkan hukum-hukum
daripadanya.
 Sekolah ini telah menghasilkan beberapa ulama mujtahidin terkenal seperti Sulaiman b.
Aiter al Tujaibi dan Abdul Rahman b. Juhirah Abu Abdullah al Khaulani.

C. KESIMPULAN

 Institusi pendidikan di Mesir banyak dipengaruhi oleh kehadiran para sahabat dan ilmu
pendidikan semakin berkembang pesat dengan pembukaan pusat-pusat pengajian dan
pertambahan ilmu pengetahuan.

121 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 52: BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU NAQLI PADA ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH ABAD KE-11 HINGGA ABAD KE-13 M.
A. PENDAHULUAN
Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu ilmu
naqli (revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational sciences).
Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber
yang boleh dipercayai dan sentiasa benar.
Ilmu naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannya
diperturunkan kepada para sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syar’iyyah yang mana
meliputi tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan
ilmu sirah.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di jelaskan oleh
baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad
masih hidup.
Namun selepas kewafatan baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang
alim dan dipercayai seperti Ibnu Abbas.
Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabi’in dan seterusnya para
ulama. Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13
masihi.
B. ISI
Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa
itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk
membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam
al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu
pengetahuan. Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m.
Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.
Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh
ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.
Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melalui
karyanya Tahzibul-Akhlak.
Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah
mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali
turut berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-
ahli falsafah.
Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli
dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan
mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah
diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.
122 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
C. KESIMPULAN

Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-
13 lagi.

123 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 53: BINCANGKAN PERKEMBANGAN ILMU AQLI PADA ZAMAN KERAJAAN
UMAIYAH DI ANDALUS ABAD KE-11 HINGGA KE-13 M

A. PENDAHULUAN

 Perkembangan ilmu aqli lebih berkembang pesat pada zaman Khalifah Umaiyah kerana
mendapat galakan dan insentif daripada pemerintah. Ilmu aqli merupakan ilmu yang
bersumberkan akal manusia yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan ada kalanya benar
atau salah. Ilmu aqli terbahagi kepada tiga pecahan besar, iaitu ilmu kemanusian, ilmu sains
sosial dan ilmu sains tulen. Ilmu aqli mula berkembang selepas Islam berjaya menakluk wilayah
Parsi dan jajahan Rom.

B. ISI

 Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan
ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia ketika masyarakat Kristian di
Eropah berada dalam Zaman Gelap. Terdapat beberapa tokoh falsafah yang terkenal di
Andalusia seperti Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Tufail, Ibn Maimon, Said Ibn Fattuh dan Ibn
Hazm.

 Selain itu, bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila ahli astronomi berjaya
mencipta alat astrolab bernama Safihah dan membolehkan orang Eropah menentukan saiz bumi
dengan lebih tepat berbanding pengiraan yang dilakukan oleh ahli astronomi Greek. Abu Ishaq
Ibrahim bin Yahya yang dikenali sebagai al-Zarqali (Arzachd) merupakan ahli astronomi
pertama yang mengemukakan teori bintang, pergerakan planet dan kedudukan matahari. Beliau
membina sebuah jam air yang menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun
nama-nama hari dalam setiap bulan.

 Ilmu matematik berkait rapat dengan bidang astronomi iaitu matematik tulen dan matematik
gunaan. Antara ahli matematik terawal ialah Abu Habbah bin Ubaidah Manakala, Abu Ayyub
merupakan sarjana terkenal dalam bidang geometri. Kemunculan ilmuan Islam yang
memperkenalkan teknologi dalam bidang kimia membolehkan mereka mencipta banyak ubat
baharu serta menghasilkan pharmacopoeia iaitu daftar buku ubat-ubatan dan menubuhkan
kedai-kedai apotekaris atau farmasi.

 Ilmu perubatan di Andalusia sangat memberangsangkan malah pencapaian mereka lebih tinggi
berbanding pencapaian ahli perubatan di sebelah Timur. Abu al-Qassim al-Zahrawi telah
menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif yang membincangkan
tentang pembedahan seperti pemotongan anggota badan, pembedahan gigi dan mata serta
124 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
rawatan anggota yang luka dan parah. Abu Marwan Ibn Zuhr menerangkan tentang
penyakit tumor mediastinal dan penanahan di dalam ruang paru-paru. Ibn Zuhr dianggap doktor
Muslim yang pertama kerana berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut
dan rawatan penyakit buah pinggang.

 Abu Ubaid Abdullah bin Abd. Aziz al-Bakhri merupakan tokoh geografi yang terkenal di
Andalusia. Beliau menghasilkan Kitab al-Masalik wa al-Mamalik dan sebuah kamus geografi
bertajuk Mu'jam ma isti'jam. Selain itu, Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin
Abdullah bin Idrisi al-Sharif merupakan orang pertama yang menghasilkan peta dunia seperti
peta glob yang diperbuat daripada perak. Penguasaan dalam pelbagai ilmu, menyebabkan
sarjana Islam menggembangkan idea yang mengatakan bumi ini berbentuk sfera dengan
menggabungkan ilmu geografi, astronomi dan matematik.

C. KESIMPULAN

 Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelaslah bahawa tamadun Islam di Andalusia banyak
membantu perkembangan ilmu yang menjadi asas ilmu pengetahuan moden.

125 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 54: HURAIKAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI KEPADA TAMADUN
ISLAM.

A. PENGENALAN
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali
sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat
sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa
cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan
al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-
Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di
Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-
Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula
al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym
atau Augrim.

B. ISI
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik
dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan
yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan
kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem
nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia
telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam
bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
126 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin
oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat
dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan
diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau
banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya
yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah
digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos,
sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki
dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat
nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang
telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun


Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang
melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu
daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan
orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini
disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan
geometri sahaja.

127 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah
dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang
Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah
doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann
pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga
sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai
sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik


Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah
berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam
supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang
lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran,
kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan
matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat
tanpa syarat.

2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan
tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba
menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar
kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik
Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di
dalam sudut syariah.

3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan
kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari
128 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang
melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas
pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-
lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang
kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil
karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi
dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang
berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun
[2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains
dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains
dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of
Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya
yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun
820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

C. KESIMPULAN

Kejayaan beliau telah memartabatkan keilmuan Islam dalam perkembangan intelektual dunia.

Nilaikan sumbangan Al-Khawarizmi kepada tamadun Islam


( pastikan calon menyatakan pendirian dan penilaian terhadap sumbangan yang dinyatakan dalam
setiap perenggan )

129 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 55: NILAIKAN SUMBANGAN AL-MAS’UDI KEPADA PERKEMBANGAN
TAMADUN MANUSIA.
A. PENGENALAN.
1. Al – Masudi atau Abu Hassan Ali Bin Hussain bin Ali Al – Masudi dilahirkan pada tahun
895 Masihi di Baghdad. Beliau berbangsa Arab dari keturunan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
iaitu Abdullah bin Masud.
2. Al – Mas’udi merupakan seorang pengembara dan ahli pelayaran yang banyak berjasa dan
beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang sejarah, geografi, muzik, ilmu fizik,
pelayaran dan lain – lain.
3. Beliau telah mengembara hampir ke seluruh dunia. Pada tahun 915 Masihi, Al – Masudi
memulakan pengembaraan ke Parsi, kemudiannya ke India, Sri Lanka, Indo China dan
China. Dalam perjalanan pulang dari negara – negara berkenaan, beliau telah singgah di Pulau
Madagaskar, Zanzibar dan Oman.
B. ISI
Sumbangan Al – Mas’udi Terhadap Perkembangan Tamadun Manusia:
1. Beliau telah menghasilkan karya agung – Muruj al – Dhahab Wa – Maadin al – Jawahar yang
boleh dianggap sebagai sebuah ensikopedia geografi. Buku ini merupakan gabungan geografi
fizikal dengan geografi kemanusiaan, disamping gabungan geografi dengan sejarah agar
karyanya itu dapat dimanafaatkan oleh orang ramai. Karya beliau menjadi rujukan penting di
kalangan penuntut – penuntut akademi di Eropah.
2. Pandangannya mengenai iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat
dengan sikap manusia. Pandangan al – Masudi ini adalah mengukuhkan teorinya Determinisme
Alam Sekitar. Al – Masudi berpendapat – iklim pertama dipengaruhi oleh Venus ( Status ),
iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal dan iklmi ketujuh dipengaruhi oleh Bulan. Jesteru itu,
matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib orang dari utara dan menyebabkan mereka
berbakat dalam peperangan. Sedangkan manusia yang berada di selatan pula bersifat lebih
tafakur.
3. Al – Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan garisan
lintang. Penentuan garis – garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini
menjadi asas kepada ilmu pelayaran.
4. Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia.
Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup orang – orang Arab Badwi adalah

130 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. Al – Masudi juga berpendapat bahawa iklim
turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki yang tinggal
di Utara India. Beliau membincangkan dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara
sosiologikal dan antropoligikal. Dengan ini beliau turut menyumbang kepada asas ilmu
sosiologi dan antropologi.
5. Al – Masudi juga turut memberikan sumbangan dalam bidang Ilmu pelayaran. Misalnya beliau
menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelaut serta ahli pelayaran mengenai nama – nama
laut yang ditemui ketika mereka belayar. Dalam hal ini, beliau telah memberi gambaran dan
fakta sebenar mengenai lautan dari Teluk parsi ke Laut China.
6. Beliau juga membetulkan kefahaman pelaut – pelaut yang beranggapan bahawa setiap laut
adalah terpisah dan berasingan. Al – Masudi menegaskan bahawa lautan adalah bersambungan
antara satu sama lain. Menurut al – Masudi lagi, Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut
Rom dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.
7. Seterusnya al – Masudi berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dengan negara China
adalah setengah lingkungan bumi. Pendapat beliau diterima.
8. Menggabungkan ilmu sejarah dan geografi sebagai disiplin ilmu.
9. Membuat penekaan kepada geografi tempatan khasnya di India mengenai kehidupan
masyarakat dan tumbuh – tumbuhan.
C. KESIMPULAN.
1. Al – Mas’udi merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang geografi
dan pelayaran.
2. Dalam bidang sejarah, beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai Herodotus dan Plinius.
3. Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai
sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak
ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain.
4. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan
terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang
beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian
dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah
pengaruh faktor fizikal tersebut.
5. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan
Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

131 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 56: BINCANGKANKAN SUMBANGAN IBN BATTUTAH KEPADA
PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA.

A. PENGENALAN

Ibn Battutah merupakan tokoh pelayaran Arab yang terkenal. Beliau dilahirkan di Tangier
yang terletak di Morocco pada 1305M. Beliau telah menjelajahi sebanyak 44 negara dan dua benua.
Beliau mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Iraq, Iran, India semasa
pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq, Analtolia, China danri Chuan Chou hingga ke Peking,
Kepulauan Nusantara dan Constantinople. Pelayarannya yang pertama adalah untuk menunaikan haji di
Makkah serta mempelajari bidang undang-undang. Namun semasa pelayaran ini, beliau mula berminat
dalam budang pelayaran dan telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelayar. Beliau
mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 M. Catatan pengembaraan
beliau dimuatkan dalam hasil tulisannya yang dikenali sebagai ”Rihlah” atau “The Travel of Ibn
Battutah”.

B. ISI

SUMBANGAN IBN BATTUTAH KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA

1. Bidang Sejarah

Sumbangan Ibn Battutah bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu, tetapi yang lebih penting
lagi ialah dalam bidang sejarah. Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan pegawai-
pegawai tinggi kerajaan yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber-sumber lain. Hubungannya
dengan mereka tercatat dalam buku ”Rihlah Ibn Battutah” boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.
Dalam buku ini, aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkait
dengan dunia Islam. Banyak diketahui tentang sejarah Anatolia, India di bawah pemerintahan
Muhammad Tughluq, Afrika Timur dan Barat ,Maldives serta masyarakat Melayu di Sumatera.

2. Perkembangan Ilmu Geografi

Ibn Battutah banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu geografi. Bukunya Rihlah
dianggap sebagai buku geografi klasik yang terpenting kepada umat Islam dan tamadun dunia. Buku ini
mencatatkan penemuan geografi dan bentuk fizikal banyak negara Islam yang dilawati seperti Mesir,
Parsi, Baghdad, Bahrain, Oman dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan keadaan geografi fizikal dan

132 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


kemanusiaan tentang benua seperti India, China dan Sumatera. Beliau banyak membuat catatan tentang
iklim, bentuk muka bumi dan budaya masyarakat India dan China. Kesannya menjadi panduan kepada
ahli geografi moden untuk membuat kajian terhadap perkembangan ilmu geografi tersebut.

3. Kebudayaan

Ibnu Battutah juga banyak mencatatkan perkembangan kebudayaan dan sosial dunia Islam.
Melalui bukunya Rihlah, beliau mencatatkan budaya hidup masyarakat yang dilawati seperti agama,
cara hidup. adat resam dan sebagainya. Contohnya beliau mencatatkan adat-adat agama Hindu, upacara
keagamaan dan amalan sosial yang menakutkan di India seperti adat Sutte dan amalan membunuh diri
di Sungai Ganges. Manakala di Sumatera, beliau mencatatkan banyak budaya dan cara hidup
masyarakat Melayu seperti adat istiadat diraja, pakaian tradisi, bentuk seni bina istana dan sebagainya.
Kesannya membantu ahli antropologi dan sosiologi membuat kajian ke atas masyarakat lampau.

4. Politik Dan Pemerintahan

Ibn Battutah juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan politik. Bukunya Rihlah
dianggap sebagai karya poltik kerana banyak mencatatkan tentang sistem politik dan undang-undang
sesebuah negara. Fakta sejarah yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk
kepada pemerintah pada masa itu. Beliau banyak mencatatkan perkembangan sistem politik di India
pada zaman Kerajaan Tughluq kerana beliau pernah dilantik sebagai kadi selama 7 tahun di India.

5. Penerokaan Dan Penjelajahan

Ibn Battutah juga dianggap sebagai pelopor dalam dunia penerokaan dan penjelajahan Islam
setanding dengan tokoh pengembara barat iaitu Marco Polo dan lain-lain. Rekod penerokaan beliau
dicatatkan dalam bukunya ”Rihlah Ibn Battutah” dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti
Inggeris, Peranchis, Belanda, Jerman dan sebagainya. Diterjemahkan oleh HAR Gibb ke dalam bahasa
Inggeris yang betajuk ”The Travels of Ibn Battutah”. Ibn Battutah telah mengembara sejauh 75,000 km
selama 28 tahun. Beliau banyak menyumbang kepada perkembangan penerokaan Islam dan barat di
mana catatan penerokaan beliau telah dijadikan panduan oleh tokoh penjelajahan selepas itu seperti
orang Portugis dan Sepanyol.

133 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


C. KESIMPULAN

Sumbangan pengembara Ibn Battutah memberi suatu asas untuk manusia melangkah ke arah
kemajuan dan perkembangan tamadun manusia. Sumbangan Ibn Battutah bukan sahaja dalam bidang
geografi tetapi juga memperkayakan ilmu pensejarahan terutamanya dunia Islam. Sumbangan Ibn
Battutah yang besar ini menyebabkan beliau dikenali sebagai ”The Prince of Muslims Travellers”.

134 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 57 :HURAIKAN CIRI-CIRI SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16
DAN ABAD KE-17.

A. PENDAHULUAN
1. Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka
letak yang dibina oleh manusia.
2 Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila British
bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2.
3 Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya
dalam bidang seni bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).
B. ISI:
1. Ciri-ciri seni bina India
i) Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang
didirikan dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni
khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga
teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.
ii) Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya
tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana
yang didirikan dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
2. KUBUR/ MAKAM DIRAJA
Monumen lain ynag terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat
pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan
menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan
dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu
terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
3. TAJ MAHAL
i) Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj
Mahal. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan
isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas
dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

ii) Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga
hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain

135 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan.
Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.
iii) Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu
terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu
merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.
iv) Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di
sekeliling istana, terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam
pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
v) Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang
yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang
memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana.
vi) Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti
marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan
mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.

Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)

Pembinaan Kota Merah (Red Fort)

1. Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota
ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun
1857.
2. Penggunaa warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan
untuk membinanya.
3. Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
4. Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang
yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)
5. Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok
pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
6. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan
daripada dicerobohi musuh.
7. Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan
bentuk-bentuk seni bina India.
8. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah
bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

136 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Masjid Jama, Delhi

Pembinaan Masjid Jama

1. Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu
Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya
Jahanara Begum.
2. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini dipuncak sebuah bukit pada
tahun 1650.
3. Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin
Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama.
4. Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan
monument masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang
terletak berhadapan dengan Masjid Jama.
5. Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki
usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai
sembahyang semenjak 13 generasi.
6. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai
5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.
7. Terdapat ciri-ciri unit yang terdapat dalam masjid ini, iaitu terdpat beberapa artifak di dalam
masjid ini seperti naskah kitab suci al-Quran yang berusia 1400 tahun ditulis atas kulit rusa oleh
menantu Rasulullah S.A.W. (dalam bahasa Kufi).
8. Selain itu, terdapat juga tinggalan artifak yang lain, iaitu tapak kaki Rasulullah S.A.W. pada
marmar, kasut Rasulullah S.A.W. yang diperbuat daripada kulit unta dan janggut Rasulullah
S.A.W. sendiri.
9. Kedudukkan Masjid Jama juga menjadi titik pertembungan antara dua budaya, iaitu penduduk
Islam dan penduduk beragama Hindu.
10. Masjid Jama yang menyaksikan jatuh bangun empayar Moghul kerana masjid ini dikatakan
pernah dilelong sebelum dipulangkan semula oleh kerajaan penduduk Islam dengan tukaran 4
buah kampung.

Makam Humayum (Humayun Tomb)

Pembinaan Makam Humayun

1. Makam Humayun dibina oleh isteri maharaja Humayun (pemerintah Moghul ke-2), Hamida
Banu Begum sebagai tanda cintanya supaya maharaja Humayun sentiasa diingati.
2. Komplek perkuburan atau makam yang besar ini mula dibina pada tahun 1565, selepas 9 tahun
kemangkatan maharaja Hamayum dan siap pada sekitar tahun 1572 dengan kos pembinaannya
15 Lakh Rupee (1.5 juta) – pada masa tersebut.
3. Binaan makam ini diadabtasi daripada seni bina Parsi dan Moghul yang direka oleh Mirak
Mirza Giyuath (arkitek Parsi).
4. Daripada reka bentuk monumen ini juga diilhamkan oleh Shah Jahan untuk membina Taj Mahal
di Agra.
137 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
5. Makam Humayun terletak di Jalan Mathura, dikawasan timur Nizamuddin, tidak jauh daripada
Kota Delhi (disebut juga sebagai Purana Qilla) dan berdekatan dengan sungai Jumna (Yamuna).
6. Taman makam ini yang pertama dibina di tanah India dan diisytiharkan oleh UNESCO sebagai
Tapak Warisan Dunia pada tahun 1993.
7. Selain maharaja Humayun, isterinya, Hamida Banu Begum turut dimakamkan disini. Tokoh-
tokoh penting lain turut dimakamkan di makam ini ialah Dara Shiqoh (anak lelaki bongsu Shah
Jahan)

C. KESIMPULAN
1. Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan
khususnya dari aspek seni bina.
2. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung
nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.

138 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 58: HURAIKAN SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN GERAKAN
UTHMANI MUDA DAN JUGA TURKI MUDA.

A. PENGENALAN
1. Uthmani Muda atau Uthmani Baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar.
2. Kebebasan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu telah memberi
peluang yang luas kepada golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat
mengabaikan hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran Islam.
3. Kemunculan gerakan Turki Muda telah menjadi satu titik tolak yang membawa kepada
perubahan dalam kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 M.
4. Kebangkitan rakyat yang berlaku dalam Revolusi Turki Muda ini adalah bertujuan untuk
memperbaiki kelemahan yang ada. Namun, ia juga turut menyumbang kepada kelemahan
pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

B. ISI
1. Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang
bekerja sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri.
2. Antara tokoh utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey. Ziya Pasha dan
Mustafa Fazil Pasha.
3. Secara umum, gerakan Uthmani Muda turut terpengaruh dengan gerakan lain yang muncul
di Eropah seperti Young Spain, Young Itali dan Young France.
4. Golongan ini muncul pada awal tahun 1860-an berikutan ketidakpuasan hati mereka
terhadap sistem pemerintahan yang memperuntukkan kuasa yang lebih kepada Perdana
Menteri serta dasar dalam era Tanzimat yang pro-Barat.
5. Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran dasar pembaharuan ala Barat yang
semakin meluas.
6. Penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mula
mencengkam dan mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan
kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa
Eropah.
7. Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik
yang sedia ada kepada “sistem khalifah berperlembagaan” yang berteraskan sistem syura
(menerusi penubuhan parlimen).
8. Uthman Muda yakin pemerintahan berlandaskan “sistem khalifah berperlembagaan”
mampu mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah.
9. Mereka melihat ajaran Islam sudah tidak diendahkan dan dalam masa yang sama,
pengambilan budaya Barat terlalu berleluasa tanpa melihat kesesuaian dengan ajaran Islam.
10. Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan ‘Abd al-‘Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan
Uthmaniyah yang mula goyah dan muflis.
11. Organisasi gerakan Turki Muda yang terawal dalam kerajaan Uthmaniyah telah ditubuhkan
di Akademi Perubatan Tentera di Istanbul pada bulan Mei 1887 M apabila Kazim Nani

139 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan Ittihat ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan
Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress) atau CUP.
12. Seterusnya dalam masa dua tahun, iaitu pada bulan Mei 1889 M, sekumpulan pelajar dari
akademi tersebut telah membentuk satu pertubuhan rahsia yang bertujuan untuk
menjatuhkan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1906 M).
13. Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo yang merupakan seorang Muslim
Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Perubatan Tentera selama
beberapa tahun.
14. Pada bulan Mei 1889 M, Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya, iaitu Ishak
Sukuti, Cerkez Mehmed Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu
pertubuhan rahsia diwujudkan dalam kalangan para pelajar.
15. Pertubuhan ini juga berjaya menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti
Sarfuddin Magmumi, Giritli Shefik, Cevdet Othman, Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan
Selanikli.
16. Pertubuhan ini pada mulanya dinamakan sebagai Ittihat Osmani Cemiyetti (Ottoman Union
Committee. Kemudian, nama pertubuhan tersebut ditukar kepada Ittihat ve Terakki (Union
and Progress) dan menjadi terkenal dengan nama tersebut.
17. Perjuangan mereka ke arah constituanalism, Ottomanism dan kebebasan, untuk
menggulingkan Sultan ‘Abd al-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan
saudaranya Murad ν ataupun Mehmed Resad.
18. Seramai 12 orang pegawai telah dipilih untuk menjalankan urusan pentadbiran dan
pengeluaran arahan. Ali Rushdi telah dipilih sebagai Presiden berdasarkan usia dan
kedudukannya, manakala Serefedden Magmumi sebagai Setiausaha dan Assaf Dervis
sebagai Bendahari.
19. Gerakan ini berkembang dengan cepat hingga ke sekolah-sekolah tinggi kerajaan yang lain
di Istanbul seperti di Harbiye Maktabi (Akademi Tentera), Baytariye (Sekolah Pertanian),
Mulkiye ( Kolej Awam), Bahriye (Akademi Tentera Laut) dan Topcu ve Muhandishane
(Akademi Artileri dan Kejuruteraan).
20. Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di
luar Negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa
melarikan diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintah kerajaan Uthmaniyah.
21. Di Paris contohnya, sekumpulan rakyat Uthmaniyah yang berfahaman liberal telah
bergabung untuk menggerakkan idea revolusi.
22. Namun begitu, agak sukar bagi mereka untuk bergabung kerana kewujudan perbezaan
ideologi dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza walaupun tujuan mereka sama, iaitu
menentang Sultan ‘Abd al-Hamid II.
23. Pada tahun 1889 M, kumpulan tersebut dipimpin oleh Ahmad Riza (1859-1930 M) yang
terkenal dalam kalangan kumpulan Turki Muda di Eropah.
24. Beliau telah meninggalkan jawatannya sebagai Pengarah Pendidikan di Wilayah Bursa bagi
mengetuai kempen menentang pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II dari luar negara.

140 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


25. Dalam pada itu, apabila Selanikli Nazim tiba di Paris, beliau telah menemui Ahmad Riza
dan mencadangkan supaya Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi
pergerakan mereka.
26. Pada akhir tahun 1895 M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim telah menerbitkan akhbar
dwibulananan iaitu Mesveret.
27. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitkan akhbar tersebut. Akhbar
Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan berjaya
disebarkan, terutama kepada golongan intelektual.
28. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat kebangkitan dan perkembangan pemikiran
rakyat.
29. Pada tahun 1896 M, Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan
Syeikh Naili yang terdiri daripada kalangan ulama dan kadi.
30. Selain daripada Ahmad Riza, seorang lagi tokoh utama gerakan Turki Muda di luar Negara
ialah Mehmed Murad Afendi (1853-1912 M). Ketika berada dalama negeri, beliau pernah
menjadi tenaga pengajar di Sekolah Perkhidmatan Awam pada tahun 1878 M.
31. Beliau berhubung rapat dengan para penulis liberal dan mula menerbitkan hasil karyanya,
iaitu Tarih-i Umumi dan Osmanli Tarihi. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasratnya
yang tidak kesampaian untuk mengubah keadaan, beliau telah pergi ke Mesir pada tahun
1895 M.
32. Beliau menerbitkan akhbar Mizan dengan bantuan Pesuruhjaya Tinggi Kerajaan
Uthmaniyah di Mesir. Beliau kemudiannya pergi ke Eropah dan mengumpul seramai yang
boleh pengikutnya di sana.
33. Ishak Sukuti pula pernah menubuhkan cawangan baharu gerakan Turki Muda dan turut
menerbitkan beberapa buah naskah akhbar. Beliau kemudiannya pergi ke Geneva dan
bekerjasama dengan Mizanci Murad dan Abdullah Cevdet untuk menubuhkan cawangan
baharu dan mula menerbitkan akhbar Osmanli.
34. Mehmed Murad pula mempunyai pandangan yang lebih jauh lagi dengan cita-citanya untuk
menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada gerakan Kristianisasi dan menuduh sultan
menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan,
sama ada dari dalam atau luar.

C. KESIMPULAN
1. Kemunculan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda berkait rapat dengan pembaharuan yang
dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah.
2. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan Barat menjadi pendorong kepada gerakan ini.
3. Reaksi yang diberikan adalah supaya kerajaan Uthmaniyah melaksanakan sistem kerajaan
berperlembagaan.

141 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 59: BINCANGKAN KONFLIK UTHMANIYAH-EROPAH DAN KESANNYA
TERHADAP KERAJAAN UTHMANIYAH.

A. PENGENALAN
1. Kerjasama antara kerajaan Eropah dan Rusia untuk menguasai wilayah-wilayah kerajaan
Uthmaniyah dapat dilihat pada zaman kemerosotannya.
2. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah juga menyebabkan wujud wilayah-wilayah yang menuntut
kuasa autonomi dan kemerdekaan.
3. Austria dan Rusia berminat dengan isu-isu yang berlaku di Balkan dan menguasai pantai
Mediterannean. British dan Perancis yang mewakili kuasa Eropah juga turut menyimpan cita-
cita untuk menguasai kawasan tersebut.
B. ISI
1. Penglibatan Perancis dan British dalam Perang Crimea pada tahun 1850-an, membuktikan
kebimbangan mereka terhadap pengaruh Rusia.
2. Austria Berjaya menguasai Bosnia dengan sokongan daripada Rusia. Manakala, Serbia pula
membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912 M, untuk menghalang monopoli oleh
Austria.
3. Pakatan Greek-Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912 M. Pada bulan
Oktober 1912 M, Montenegro menandatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria dan
bersedia untuk berperang.
4. Bagi pihak kerajaan Uthmaniyah pula mereka terpaksa berhadapan dengan percaturan politik
daripada jiran-jirannya di Balkan.
5. Perang Uthmaniyah-Itali memberi kesan kepada wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
Sejak bulan Oktober 1909 M, Itali dan Rusia membuat persepakatan bahawa Itali akan
menguasai Tripoli dan kapal perang Rusia mendapat laluan ke Selat Dardanelles.
6. Pada 29 September 1911 M, Itali melancarkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian
Lausanne yang ditandatangani pada 18 Oktober 1912 M, menyaksikan wilayah Tropoli dan
Cyrenaica diserahkan kepada Itali. Manakala, Pulau Dodecanese hanya diserahkan kepada
kerajaan Uthmaniyah setelah keadaan menjadi damai.
7. Itali terus menguasai Pulau Dodecanese sehingga Perang Dunia Pertama. Peperangan
Uthmaniyah-Itali juga membawa kesan kepada wilayah di Semenanjung Balkan seperti Serbia,
Bulgaria, Montenegro dan Greek yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
8. Wilayah-wilayah tersebut mengambil peluang membentuk gabungan untuk mengadakan
revolusi, menentang kerajaan Uthmaniyah yang kemudiannya membawa kepada konflik-
peperangan di Balkan.
9. Perang Balkan pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke utara
Albania dan Novi Pazar pada 8 Oktober 1912 M.
10. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas wilayah di Eropah, persempadanan wilayah di
Eropah, persempadanan wilayah berdasarkan etnik, melantik gabenor masyarakat Kristian,
majlis pentadibiran daerah, pendidikan secara percuma dan sebagainya.

142 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


11. Kerajaan Uthamaniyah tidak menerima permohonan tersebut. Ini memberi kesan yang hebat
kepada mereka terutama apabila Greek-Montenegro Berjaya menawan Pulau Aegean dan juga
menyekat laluan ke Anatolia dengan menguasai Rumelia.
12. Bulgaria pula memberi peluang kepada Greek-Montenegro berjaya menawan dan Serbia
memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan juga Edirne.
13. Siri kedua Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthamniyah. Albania mendapat
kemerdekaan dan memberi sokongan pada Itali untuk berkuasa di Adriatik.
14. Seruan ke arah perpaduan dan kesamarataan yang dilaungkan oleh pemimpin Turki Muda
selepas Revolusi 1908 M, menbawa kesan kepada kerajaan Uthmaniyah.
15. Kerajaan Uthmaniyah yang bimbang sekiranya berlaku konflik yang besar telah membuat
perjanjian perdamaian terlebih dahulu dengan Albania pada bulan September 1912 M dan Itali
pada bulan Oktober 1912 M.
16. Itali tidak hanya mendapat wilayah Tripoli dan Cyrenaica, bahkan memanipulasi isu Perang di
Balkan ini untuk mendapatkan Pulau Dodecanese.
17. Pentadbiran Turki Muda realitinya tidak bersedia untuk berperang. Walaupun sebelum ini
kerajaan Uthmaniyah sering menumpaskan kebangkitan yang berlaku di Balkan.
18. Namun begitu, kebangkitan yang berlaku kali ini amat kuat untuk dihadapi oleh kerajaan
Uthmaniyah. Wilayah-wilayah di Balkan mula bangkit dan menuntut kemerdekaan.
19. Antara faktor yang menyebabkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran
Turki Muda untuk menangani kemelut di Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan.
20. Tindakan Greek menguasai jalan laut, iaitu Laut Adriatik mengakibatkan pasukan tentera Turki
tidak dapat bergerak dengan pantas dari Anatolia dan Macedonia.
21. Di samping itu, masalah kewangan juga menyebabkan tentera turki tidak mempunyai
kelengkapan senjata yang moden dan persediaan yang mencukupi.
22. Perjanjian London yang ditandatangani pada 30 Mei 1913 M, memaksa kerajaan Uthmaniyah
melepaskan Bulgaria, Serbia, Greek dan juga Montenegro.
23. Peperangan di Balkan ini dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai perang salib yang
dilancarkan oleh masyarakat Kristian Eropah terhadap saudara mereka di sana.

C. KESIMPULAN
1. Konflik Uthmaniyah-Eropah melibatkan percaturan antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Eropah di rantau Balkan yang menuntut kuasa autonomi.
2. Siri Perang Balkan menyebabkan kerajaan Uthmaniyah berusaha untuk mempertahankan
wilayah kekuasaannya.
3. Perjanjian London yang ditandatangani pada 1913 M, memaksa kerajaan Uthmaniyah
melepaskan Bulgaria, Serbia, Greek dan Montenegro berikutan kekalahan dalam perang
Balkan.

143 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 60 : JELASKAN REAKSI MASYARAKAT MESIR TERHADAP PELUASAN
KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-20.

A.PENGENALAN

1. Abad ke-18M, Mesir sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M,
Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.

2.Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 – 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang
ekonomi, politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang
mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran
rakyat.

3.Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Gerakan memisahkan Mesir dari Turki
Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M dan 1839-1840M. Mesir
mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.

B. ISI

1.Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M

Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi
Alexandria. Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran
British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857M menambahkan
curiga British terhadap Perancis dan Mesir. Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjual saham
Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal
Mesir. British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada
1882. Bermula penjajahan British di Mesir. Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah
yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga
menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang
kezaliman kerajaan.

2.Perjuangan kebebasan Mesir

Penaklukan Perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan
situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad Sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.

144 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3.Faktor agama merupakan faktor utama kebangkitan menentang Perancis

Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan
dakwah di Mesir seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun.

4.Gerakan Arabi Pasha 1881 – 1882M

Gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai Pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi
tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan
anti orang asing (Perancis, British dan Turki). Namun, akhirnya gerakan ini menuntut perubahan dalam
pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Arabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan
British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi Pasha.

5.Gerakan Islah / Gerakan Pemulihan Islam yang dipelopri oleh Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh

Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan
kemerdekaan. Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui
proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Islah juga
dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-
tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.

5.Revolusi 1919M

Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar.
Muncul Parti Wafd 1919 pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh.
Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir.
Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa
penuh Mesir. Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh.
1932 Mesir beroleh kemerdekaan penuh. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada
1952M. Mesir menjadi sebuah republik.

6.Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin.

Sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta
kejatuhan khalifah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna pada 1928.
145 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada
pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan.
Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat.
Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi
menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan
meruntuhkan nilai moral tradisional. Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten
meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946 – 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin
mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan
merancang pemberontakan menjatuhkan kerajaan.

C. KESIMPULAN

1.Penduduk tempatan Mesir Berjaya mempertahankan kedaulatan Mesir. Reaksi masyarakat yang
disemarakkan oleh penindasan dan penguasaan British akhirnya membawa kepada kemerdekaan Mesir
dan pembebasan ekonomi dari eksploitasi British.

146 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 61: BINCANGKAN REAKSI MASYARAKAT ALGERIA TERHADAP
PELUASAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 HINGGAABAD KE-20.

A. PENGENALAN
1. Abad ke 16 hingga 19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khalifah Uthmaniyyah Turki.
2. Pernah dijajah Perancis selama 132 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di
dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas.
3. Penjajahan Perancis secara tidak langsung dikaitkan dengan isu wang yang berlaku antara tentera
Perancis dengan pedagang Algeria pada tahun 1790-an.
4. Kesan daripada penjajahan tersebut telah banyak memperlihatkan pelbagai reaksi masyarakat
tempatan Algeria terhadap peluasan kuasa Barat.

B. ISI
1.Penaklukan Perancis di Algeria 1830
Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di
Mediterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. Polisi
ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria. Perancis
memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik,
ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk
membuka kebun kerana keluasan tanah yang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota
di Algeria. Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira rakyat
Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar Perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat
tempatan kerana hak mereka telah dirampas. Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba
menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan
mendaulatkan bahasa Arab.
2.Penentangan oleh Syeikh Abdul Qader al-Jazair, Gabenor Mascara pada tahun 1832
Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara
dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut.
Jihad berterusan telah berlaku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar
sebagai ‘Negara Sejuta Syuhada’.
3.Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis
Keahlian terdiri daripada guru-guru agama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam. Gerakan
ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.
147 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
4.Penaklukan Jerman ke atas Algeria
Era Perang Dunia Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai
pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-
kem tahanan.
5.Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945
Apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua,
pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat
cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan
perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu
menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei
1945, rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan.
Namun, kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam.
45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera. Ekoran itu, segala
aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis
membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara. Penentangan semakin meningkat dan
Perancis bertindak balas.
6.Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi Algeria)
1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat dan nilai
Islam yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi.
Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. Perang gerila (Perang Kemerdekaan
Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN)
dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang
gerila. Perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas
asli. Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramai di mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera
Perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-
masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai
1962.
7.Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan. Perancis
meletakkan syarat kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan
negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya

148 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan Perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui
Perjanjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962. Perjuangan
kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria
terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk
Algeria ke arah berkerajaan sendiri.
8.Algeria Selepas Era Penjajahan
FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah Perancis) sebagai Presiden Algeria
pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang
mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne
pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga
kurang diendahkan. FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara
satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Boumedienne. Beliau
mengamalkan dasar antipenjajah dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.
9.Gerakan Islam Algeria
Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan
sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat
Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah
kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan FIS mengejutkan dunia
Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria
mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.

C. KESIMPULAN

1.Pelbagai rekasi dapat dilihat dan ditunjukkan oleh masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa
Barat di Algeria pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

2.Perancis telah menyekat kegiatan peribumi,namun menjelang tahun 1900-an muncul golongan
modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk mendapatkan
kebebasan daripada penjajahan Perancis.

149 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 62: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME DI MESIR PADA ABAD KE 20.

A. PENGENALAN
1. Pada awal abad ke-20, Mesir berada di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah,
namun pengaruh British di Mesir sangat kuat.
2. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamat Perang Dunia
Pertama. Selepas 1918, mula melonggarkan sedikit cengkaman ke atas pentadbiran Mesir
namun tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka.
3. Perlantikan Konsul Jeneral Lord Cromer memberi gambaran bahawa pihak British masih
mengawal pentadbiran dalam negeri Mesir. Pentadbiran tradisional di bawah pimpinan
khedif wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah hanyalah boneka untuk mengawal
penduduk tempatan sahaja.
4. Penduduk tempatan sering ditindas menyebabkan muncul gerakan nasionalisme.

B. ISI

1. Pengaruh Agama
1. Gerakan nasionalisme muncul apabila golongan reformis Islam bangun menentang pihak
British dengan menubuhkan pergerakan yang dinamakan Ikhwanul Muslimin oleh Shaikh
Hassan al Banna.
2. Pergerakan ini cuba menegakkan kembali Islam di Mesir berlandaskan ajaran al-Quran dan
sunnah serta menolak modenisme yang berbentuk sekular yang menular dalam masyarakat
Mesir ketika itu.
3. Gerakan ini menggunakan pengaruh agama untuk berjihad dan berbalik kepada ajaran
Islam.
4. Ikhwanul Muslimin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai Islam yang
terpengaruh dengan gaya pemikiran barat seperti Syaikh Ali Abdul Raziq yang menulis
buku berjudul Islam Dan Dasar-Dasar Pemerintahan yang memisahkan antara agama
dengan politik.

150 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


2. Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan
1. Boutros Ghali seorang hakim telah dibunuh selepas menandatangani perjanjian
pemerintahan bersama Sudan.
2. Kematian beliau telah diabadikan oleh Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan
dalam al-Muayyaddun al-Liwa. Sajak-sajak ini menjadi penggerak semangat nasionalisme
dalam kalanagan penduduk tempatan.
3. Seterusnya, Rashid Rida (gol. Modenis Islam) lantang memperjuangkan bahasa Arab Mesir.
Beliau meminta dijadikan bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa
Inggeris dan Perancis. Dengan cara ini dapat mengikis rasa hormat kepada kepada penjajah
sedikit demi sedikit.

3. Pengaruh Wartawan.
1. Bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk
Mesir.
2. Rasyid Rida-melalui akhbar Salafiya banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau
merupakan orang kanan Muhammad Abduh dan penulisannya banyak menyentuh soal
modenisasi Islam.
3. Rasyid Rida menyemarakkan semengat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan
menyalahkan dan mengaggap penjajah yang membuat umat Islam mundur.
4. Penulis wanita juga turut memperjuangkan hak mereka seperti Hifni Nasif yang
menggunakan nama pena Bahithat al Badiya. Beliau membincangkan isu pendidikan dan
peranan wanita.

4. Peranan Pendidikan.
1. British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di Mesir walaupun mereka mampu
membiayainya. Hal ini memberi kesan kepada golongan Muslim di Mesir untuk membaiki
taraf hidup mereka.
2. Rasa tidak tidak puas hati penduduk ketara apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh
pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk
tempatan.

151 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


3. Tahun 1908, rakyat Mesir dipimpin oleh Menteri Pendidikan dan beberapa tokoh nasionalis
cuba menubuhkan Universiti swasta mereka sendiri. Kemudian barulah Inggeris mengambil
berat tentang penubuhan universiti ini.
4. Peranan pendidikan tidak dapat disangkal dalam menyumbang kepada gerakan nasionalisme
di Mesir terutamnya lulusan dari Sekolah Undang-Undang. Ramai daripada bijak pandai
berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.
5. Golongan ini terdedah dengan nilai politik dan undang-undang barat semasa menuntut ilmu.
6. Mereka juga disuntik sikap anti-British melalui guru-guru mereka yang berbangsa Perancis
yang masih berdendam dengan British yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah
untuk merampas Mesir daripapa Perancis.

5. Peranan Intelektual.
1. Golongan intelektual terbahagi kepada 2 iaitu golongan ulama dan golongan intelektual
berorientasikan Barat.
2. Antara tokoh intelektual yg muncul dalam bidang undang-undang ialah Mustafa Kamil dan
Mohammed Farid.
3. Mustafa Kamil cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Mesir kerana sikapnya yang
keras menentang British. Beliau menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di
dunia Barat dan cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual drp golongan Qibti.
Beliau juga bercita-cita untuk merebut kemerdekaan drp British dan menubuhkan sebuah
kerajaan berparlimen ala-Barat.
4. Shaikh Hassan al Banna telah mempelopori golongan intelektual Islam untuk bangkit
menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Pertubuhan ini merupakan
sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan seluruh Mesir.
5. Melalui Ikhwanul Muslimin, Shaikh Hassan al Bana melaksanakan program-program
keislamana yang komprehensif utk memperbetulkan akidah umat Islam di Mesir dengan
tujuan untuk membina sebuah kerajaan Islam.
6. Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera Mesir memberikan sumbangan
yang cukup besar dalam gerakan nasionalisme Mesir. Ini terbukti apabila golongan pegawai
berketurunan Fellahin bangkit menentang British dan pemerintahan Khedif dari empayar
Turki Uthmaniyyah yang sudah korup

152 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


6. Pengaruh Luar
1. Pengaruh luar yang paling besar yang berjaya membuatkan penduduk Mesir bangkit
menentang kuasa asing ialah Perang Dunia pertama.
2. Para petani di Mesir dikerah secara paksa oleh British untuk meninggalkan ladang-ladang
mereka dan menyertai Perang Dunia Pertama. Dengan membantu Pertubuhan Palang Merah
dan menjadi kuli kepada tentera British di Palestin, Gallipoli serta Perancis.
3. Banyak nyawa rakyat Mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta itu.

C. KESIMPULAN

1. Sebagai kesimpulannya, faktor-faktor di atas telah menimbulkan gerakan nasionalisme di


Mesir pada abad ke-20.
2. Bagaimanapun, faktor agama, intelektual dan peranan pendidikan memberi sumbangan
yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di Mesir.

153 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 63: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME DI SYRIA PADA ABAD KE 20

A. PENDAHULUAN

1. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan
empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi Negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis
Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
2. Di Syria,Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal Negara tersebut.
Walaupun Perancis dikatakan ingin member kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah
menjajah Negara tersebut selama tujuh tahun
3. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh
Parti Blok Nasional. Namun Syria masih berada di bawah penguasaan perancis tanpa
mendapat kemerdekaan penuh.

B. ISI

1 . Pengaruh Agama

a. Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab
sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria.
b. Kedudukan palestin yang bersempada di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk
Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin.
c. Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas
kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-
Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi
semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah.

2 . Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

a. Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan
kepentingan golongan minoriti . Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan
alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.
b. Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa Arab oleh golongan minoriti
masing-masing agar diiktiraf oleh bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf
sebagai bahasa rasmi dikawasan yang didiami oleh puak Kurdi.
c. Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang
majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.

3. Pengaruh Kewartawanan

a. Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan


tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di
Syria.

154 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


b. Majalah ini mengunkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea
pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh
dalam al-‘Urwa al-Wuthqa. Fokusnya kearah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
c. Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, Al-
Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
d. Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah,
menerangkan dasar-dasar pan-Islamisme,meneroka persoalan yang berkait dengan
ajaran akidah dan hukum,membincangkan fahaman modenisme,sekularisme,
nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya, dan
meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta
menangani isu-isu social dan peradaban.
e. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 mac 1898 sebagai majalah mingguan yang
memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir , di samping artikel utama yang
ditulis oleh ketua editor ,iaitu Rasyid Rida sendiri.Bermula pada tahun kedua, majalah
ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam
wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Maghribi dan turut diseludup ke Kepualauan
Melayu.

4. Peranan Pendidikan

a. Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari seluruh
pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
b. Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing
dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun
secara politiknya, mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu
bahasa Arab.
c. Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab
merdeka di Syria ialah Abu Khaldun sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada
masa mudanya , beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah.
d. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan
perdebatan golongan terpelajar tempatan.

5 . Peranan Golongan Intelektual

a. Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan
modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad
Abduh
b. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu , dibandingkan dengan
masyarakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi
apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar islam dan melakukan
itjihad dalam menghadapi kehidupan moden.

155 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


c. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan
umat Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun
1897 untuk menuntut ilmu.

6. Pengaruh Luar

a. Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki
Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan
menangkis ancaman pihak Barat.
b. Shakib Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah
kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria
menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
c. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara
sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.

C. KESIMPULAN

1. Beberapa faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada kemunculan semangat


nasionalisme masyarakat tempatan di Syria pada abad ke 20.
2. Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah
menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit untuk menentang ketidakadilan
penjajah Perancis.

156 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 64: BINCANGKAN SUMBANGAN TOKOH BAHASA DAN KESUSASTERAAN
DALAM GERAKAN NASIONALISME DI MESIR PADA AKHIR ABAD KE-19
DAN AWAL ABAD KE-20.

A. PENGENALAN
1. Gerakan nasionalisme di Mesir mencapai kemuncaknya ketika dijajah oleh Perancis dan
diikuti oleh British.
2. Punca kebangkitan gerakan nasionalisme disebabkan ancaman atau penguasaan terhadap
ekonomi dan politik oleh kuasa-kuasa Barat tersebut.
3. Kesedaran timbul dalam kalangan pemikir Islam untuk menghalang imperialisme Barat dan
menjaga kesucian agama Islam itu sendiri.

B. ISI

1. Taha Husayn

a) Taha Husayn merupakan tokoh sastera Mesir yang terkenal dan juga antara penulis Mesir
yang cukup berpengaruh pada kurun ke 20M.
b) Beliau dilahirkan pada 1889M di Maghaghah, Mesir. Mendapat pendidikan awal di kuttab
sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti al-Azhar dalam bidang penagjian Islam
dan Kesusasteraan.
c) Pada tahun 1914, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran daripada Universiti Kaherah dan
menjadi Pensyarah Kesusasteraan Arab di universiti tersebut. Seterusnya pada tahun 1919,
beliau dilantik sebagai profesor.
d) Pada tahun 1926, beliau menghasilkan tulisan yang berjudul Fi al-Shi’r al-Jahili yang
mendapat kritikan hebat.
e) Walaupun beliau banyak menghasilkan novel dan esei, namun beliau lebih dikenali dengan
karya autobiografinya berjudul al-Ayyam (The Days). Karya tersebut telah diterbitkan pada
tahun 1932.
f) Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan memainkan peranan yang
cukup besar dalam mempertingkatkan aspek pendidikan di Mesir. Bagi meningkatkan taraf
hidup rakyat, beliau menyarankan agar pendidikan diberikan secara percuma kepada rakyat

157 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


Mesir. Hal ini kerana pendidikan mampu melahirkan golongan cerdik pandai yang boleh
mengubah landskap masyarakat di Mesir.
g) Hasil-hasil karya Taha Husayn boleh dilihat dalam beberapa kategori, iaitu pengajian Arab
dan Kebudayaan, Kesusassteraan Islam, karya fiksyen yang menjadi refleksi sosial
masyarakat yang mengkritik masalah kemiskinan dan kejahilan serta penulisan berbentuk
politik.
h) Antara karyanya seperti Wednesday Talk, The Sufferers:Stories and Polemics, A Man of
Letters dan An Egyptian Childhood.

2. Najib al-Kilani

a) Najib al-Kilani merupakan antara sasterawan dan pemuisi Mesir yang terkenal dan
berperanan mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al-Islami al-Alamiyyah, iaitu satu gerakan
yang merintis kepada hasil karya yang dianggap sebagai kesusasteraan Islam.
b) Beliau telah melanjutkan pengajian di Fakulti kedoktoran. Ketika di universiti, beliau
dituduh terlibat sebagai anggota Ikhwan al-Muslimin dan dipenjarakan selama beberapa
tahun.
c) Disamping bekerja sebagai doktor, al-Kilani juga menulis puisi, cerita pendek, novel dan
naskah teater. Karya-karya beliau lahir daripada penghayatan nilai-nilai kemanusiaan,
persaudaraan dan cinta .
d) Lebih daripada 70 buah novel dan buku cerita yang ditulis oleh beliau memaparkan
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teranianya serta melawan kezaliman dan
kebatilan. Belaiu juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuan dalam
karya-karyanya.
e) Antara karya-karya beliau ialah seperti al-Tariq al-Tawil ( Jalam Panjang), Dumu’al-Amir(
Air Mata Pemimpin) dan sebuah antologi cerpen Sejarah Islam
f) Cerpen-cerpen beliau yang lain mengangkat fenomena sosial di Mesir, Syria dan beberapa
buah negara Timur Tengah ialah seperti Umar Yazhar fi al-Quds, Layali Turkistan
g) Beliau turut menulis berkaitan sastera seperti al-Islamiyyah wa al-Mazahib al-Adabiyyah
dan naskah teater berjudul ala’ Aswar Dimashq.
h) Aliran sastera Islam yang begitu kuat dalam pelbagai penulisannya, terutama novel dan
cerpen tidak menghalang karya tersebut untuk diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa

158 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


seperti Indonesia, Inggeris, Jerman, Perancis dan Urdu yang pastinya akan membawa
kepada penularan idea-ideanya ke seluruh ceruk rantau.
i) Idea-ideanya yang membangkitkan semangat nasionalisme telah menyebabkan beliau
beberapa kali di seret ke penjara.
j) Beliau telah menulis tidak kurang daripada 40 buah novel, empat koleksi cerita bersiri,
lapan buah puisi, beberapa buah buku kritikan sastera dan sekurang-kurangnya 30 buah
buku yang merangkumi pelbagai aspek dalam Islam.
k) Karya beliau banyak menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia, terutama
kedudukan umat Islam yang ditindas oleh penjajah Barat.

C. KESIMPULAN

1. Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh penulis-penulis
seperti Taha Husayn dan Najib al-Kilani sesungguhnya menjadi inspirasi kepada
kebangkitan golongan nasionalis di Mesir.
2. Kaedah tersebut merupakan satu cara ‘lembut’yang digunakan oleh barisan pejuang
nasionalis bagi menentang British dan sekutu-sekutunya dengan harapankemerdekaan akan
diperoleh kelak.

159 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 65: “PEREBUTAN DALAM KALANGAN KUASA-KUASA EROPAH UNTUK
MENGUASAI BOSNIA-HERZEGOVINA, BEKAS WILAYAH TURKI-
UTHMANIYAH DI EROPAH MENJADI PUNCA PENGLIBATAN
KHALIFAH UTHMANIYAH DALAM PERANG DUNIA 1.”

A. PENDAHULUAN

Empayar Turki Uthmaniyah tidak dapat mengelak daripada penglibatan dalam Perang Dunia1.
Peperangan itu berpunca daripada perebutan antara kuasa-kuasa besar untuk menguasai Bosnia-
Herzegovina, bekas wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah. Sejak pertengahan abad ke-19 lagi kuasa-
kuasa Eropah, khususnya Rusia, berhasrat untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah. Rusia menghasut
Serbia di Bosnia –Herzegovina supaya memberontak terhadap kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada
1878.Empayar Turki Uthmaniyah masih dapat bartahan daripada tekanan Rusia kerana Britain
memihak kepadanya.

B. ISI

1. Apabila Britain berbaikdengan Rusiapada 1907, dan sebelum itu berbaik dengan Perancis pada
1904, keselamatan empayar Turki Uthmaniyah mula tergugat. Kuasa-kuasa Eopah itu berpakat
hendak mengusir empayar Turki dan meruntuhkan pemerintahan khalifah. Keruntuhan empayar
Turki yang menjadi penaung kepada umat Islam sejagat, akan memudahkan mereka
menguasai dunia. Persidangan Gereja-gereja Kristian di Kaherah pada 1909 mendesak kuasa-
kuasa besar menyekat kebangkitan Islam yang dianggap berbahaya . Ini menjadi punca
penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1.

2. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, Jerman kelihatan keseorangan berbanding kuasa
Eropah yang lain dan berharap agar Turki Uthmaniyah dapat menyebelahinya. Perbincangan
serius pakatan Jerman-dawlah Uthmaniyah bermula pada 18 Julai 1914. Enver Pasha dan
Perdana Menteri Said Halim memberikan tawaran kerjasama secara rasmi kepada Wangenheim
dan Pallavicini pada 22 Julai 1914. Tiga orang pemimpin Turki Muda dalam Committee of
Union and Progress (C.U.P) iaitu Enver, Talaat dan Jamal Pasha bertanggungjawab
mengambil keputusan mengheret dawlah Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Enver
danTalaat Pasha cenderung menyokong Jerman manakala Jamal lebih berpihak kepada
berkecuali. Perdana Menteri Said Halim Pasha dan Enver Pasha menandatangani perjanjian
rahsia pada 2 Ogos 1914 yang menyokong Jerman sekiranya dapat memberikan bantuan dalam
menghadapi ancaman dari pihak luar.

3. Turki Uthmaniyah memberi kepercayaan kepada Jerman kerana Jerman tidak seperti Britain,
Perancis, dan Rusia yang mana Jerman tidak menjajah negara umat Islam. Oleh kerana itu,
Jerman tidak dianggap sebagai kuasa imperialis. Kaiser William menonjolkan imejnya sebagai
pembela umat Islam. Dengan bersekutu dengan Jerman dan Australia, Turki Uthmaniyah
berharap empayarnya dapat dipertahankan daripada ancaman Rusia. Perjanjian ini dihadiri oleh

160 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


pegawai tinggi dawlah Uthmaniyah iaitu PerdanaMenteri, Said Halim, Menteri Peperangan,
Enver, Menteri Dalam Negeri, Talaat dan Ketua Parlimen, Halil Bey .

4. Apabila perang meletus antara Jerman dengan Britain, kerajaan Turki Uthmaniyah
membenarkan Jerman menempatkan dua buah kapal perangnya, Goeben dan Breslau di Selatan
Darnelles. Pada 17 September 1914, kerajaan Turki Uthmaniyah menutup selat tersebut.
Perluasan pengaruh Jerman di Turki Uthmaniyah dianggap oleh Britain sebagai satu ancaman
kepada kepentingannya. Pengawalan Selat Darnelles oleh Jerman menghalang kapal perang
British memasuki Laut Hitam. Pada 5 November 1914, Britain mengisytiharkan perang
terhadap Turki Uthmaniayh .

5. Senario sebelum Perang Dunia Pertama menunjukkan konflik berlaku di antara kuasa Eropah
dan ketidakstabilan di rantau Balkan. Keputusan pemimpin Turki Muda membawa kepada
penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam peperangan menyokong Jerman. Perang Dunia
Pertama ini bermula 1914 dan berlanjutan sehingga 1918 dan menyaksikan kekalahan berpihak
kepada pasukan Jerman dan sekutunya termasuklah kerajaan Turki Uthmaniyah. Dengan
runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, berakhirlah pemerintahan Khalifah yang menjadi
penaung dan pelindung umat Islam. Kesan daripada Perang Dunia Pertama membawa
pembentukan negara-bangsa di Eropah dan juga Timur Tengah. Sejak itu bumi Islam menjadi
mangsa penjajahan Barat. Penjajahan mengakibatkan umat Islam menjadi hina, mundur dan
lemah. Perjuangan untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu penjajahan Barat
mengambil masa yang lama. Justeru, Islam mewajibkan umatnya mempertahankan tanah air
daripada sebarang bentuk pencerobohan dan penjajahan asing.

6. Matlamat lain kerajaaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1 untuk mendapatkan semula
wilayah-wilayah di Macadonia, Thrace, Selatan Anatolia, Mesir dan juga Cuprus. Di samping
untuk membebaskan raktyatnya di Caucasus dan Asia Tengah daripada kekuasaan Russia dan
Armenia.
7. Selain itu untuk mengukuhkan kekuasaan khilafah Uthmaniyah keseluruh dunia Islam ,
membebaskan peperintahan daripada dominasi ekonomi dan politik negara-negara Eropah
termasuk daripada sekutunya Jerman.

C. KESIMPULAN

Pada peringkat awal , kerjaan Uthmaniyah memilih dasar berkecuali tetapi kemudian berpihak kepada
Kuasa Pusat (Jerman kerajaan Uthmaniayah dan Austria) berperang dengan Kuasa Bersekutu (British,
Peranchis dan Russia) setelah meletusnya peperangan. Pengisytiharan jihad oleh kerajaan Uthmaniyah
untuk mendapat sokongan daripada dunia Islam.Dunia Islam memberi reaksi walaupun mendapat
sekatan-sekatan daripada penjajah Barat. Seruan jihad tersebu ttidak mencapai sasarannya. Kekalahan
Kuasa Pusat dalam Perang Dunia 1 menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah turut sama tewas.
161 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
SOALAN 66: BINCANGKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)
KEPADA KERJAAAN TURKI UTHMANIYAH.

A. PENGENALAN

Kekuatan Tentera Bersekutu amat luar biasa. Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan
itu. Selepas 1914, Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada
Perancis Utara. Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi
menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami kelemahan. Bekalanny tidak mencukupi dan
terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera
Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera
Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Jerman menurunkan
tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November 1918 .

B. ISI

Kesan politik

1. Perpecahan wilayah umat Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah.
Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya membebaskan diri dan
sebahagiannya ditakluk kuasa Barat termasuk wilayah Palestin.
2. Munculnya negara bangsa dari wilayah-wilayah Uthmaniyah apabila sempadan-sempadan telah
digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun
semua satu agama.
3. Kesan gencatan senjata Mudros 1918 –Kerajaan Uthmaniyah terpaksa melepaskan wilayah
kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada kuasa
Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyah terpaksa dibubarkan ,membawa kepada penaklukan
tentera Bersekutu ke atas Istanbul.
4. Tentera Bersekutu memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Serves 1920.
5. Kemunculan Gerakan Kebangsaan Turki pimpinan Mustafa Kamal Attartuk yang melancarkan
Perang Kemerdekaan Turki.
6. Penubuhan parlimen Turki dan pembubaran sistem khilafah 1924.
7. Perjajian Lausanne 1923 membawa pengiktirafan dunia terhadap Republik Turki sekular.
8. Bermula proses sekularisme terhadap rakyat Turki apabila dasar memisahkan agama daripada
politik.
9. Mempeluaskan jurang Antara dunia Islam dan Barat –rasa curiga dan syak wasangka
meningkat.

Kesan ekonomi

1. Berlaku kemerosotan ekonomi kerana perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan.


2. Berlaku krisis hutang kerajaan Turki Uthmaniyah –membuka peluang campur tangan Eropah.
3. Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi
,Laut Mediterranean,Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah
semakin menguasai negara Islam.
162 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
4. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir,
5. Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran.

Kesan Sosial

1. Kemerosotan akhlak dan moral umat Islam


2. PemodenanTurki mengikut acuan Barat telah membawa keruntuhan akhlak dan melemahkan
peranan agama dalam kehidupan.
3. Kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki.
4. Perpecahan ummah ekoran kewujudan negara Bangsa.

C. KESIMPULAN

Perang Dunia Pertama ini bermula 1914 dan berlanjutan sehingga 1918 dan menyaksikan kekalahan
berpihak kepada pasukan Jerman dan sekutunya termasuklah kerajaan Turki Uthmaniyah. Dengan
runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, berakhirlah pemerintahan Khalifah yang menjadi penaung dan
pelindung umat Islam. Kesan daripada Perang Dunia Pertama membawa pembentukan negara-bangsa
di Eropah dan juga Timur Tengah.

Sejak itu bumi Islam menjadi mangsa penjajahan Barat.Penjajahan mengakibatkan umat Islam menjadi
hina, mundur dan lemah.

163 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 67 :BINCANGKAN GERAKAN PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA MESIR
MODEN PADA AKHIR ABAD KE 19 DAN AWAL ABAD KE 20.

A. PENGENALAN

1. Mengikut John Stuart Mill-"bangsa adalah bahagian rumpun manusia yag terikat dengan rasa

taksub bersama yang tidak wujud dalam hubungan rumpun tertentu dengan rumpun bangsa .

Negara-sebuah entiti undang-undang yang berdaulat serta mempunyai kerajaan yang

ditentukan sempadannya dengan jelas. Mewujudkan negara bangsa menjadi matlmat utama

pergerakan nasionalisme pada abad ke-19 dan abad ke-20

2. Latarbelakang sejarah Mesir sebelum abad ke 20;

i. Mesir sebelum 1798 ( di bawah Uthmaniyah)

ii. 1798-1801 Penjajahan Perancis di Mesir.

iii. 1840 penjajahan British Prusia, Rusia &Austria

3. Gearkan Penubuhan Negara –bangsa

1801 – 1936 Muncul berbagai bentuk reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan
Barat seperti Gerakan Ali Pasha (1881-1882), Gerakan Islah Islamiyah (1850an), Revolusi 1919,
Gerakan Islah Ikhwanu Muslimin 1928. Semua gerakan ini bertujuan untuk mwujudkan Negara
Bangsa Moden.

B. ISI

1. Gerakan Ali Pasha ( 1881- 1882)

a. Satu bentuk pemberontakan iaitu Pemberontakan Urabi

b. Dipimpin oleh Arabi Pasha

c. Tujuan :

i. anti asing ( Barat & Turki)


ii. Menuntut perubahan pentadbiran di Mesir

164 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


d. Kesan
- Gagal capai matlamat
- Asas kepada nasionalisme Mesir abad ke 20.

2.Gerakan Islah Islamiyah Pan Islamisme akhir Abad 19 dan awal Abad Ke20

a.- Konsep Gerakan Islah Islamiyah ialah gerakan pembaharuan pemikiran umat Islam di Mesir
akibat daripada akibat penjajahan mental dan pemikiran oleh Barat ‘ ghazw al-fikr” dalam semua
aspek politik, ekonomi dan social .

b.- Konsep gerakan Pan Islamisme ialah gerakan mewujudkan perpaduan sesama Islam tanpa
mengira kaum dan budaya melalui gagasan “al- Jamiah al-Islamiah.

c. - Ciri-ciri :

i. Sedarkan umat Islam ancaman pemikiran Barat

ii. Kritik amalan taklid buta, fanatic dan taksub tanpa berlandaskan pemikiran
rasional.

iii.Seru Umat Islam kembali kpd Al-Quran dan Sunnah

iv.Menguasai Ilmu-ilmu Barat seperti sains & Teknologi

v. Memupuk semangat perpaduan seagama tanpa mengira bangsa

d.- Tokoh lantang memperjuangkan Islah Islamiyah Pan Islamisme iaitu :

i.Syed Jamaluddin al- Afgani (1838-1897)

ii. Sheikh Muhamad Abduh ( 1899-1905)

e - . Kaedah perjuangan

i. Pidato & Pengajaran di Un. Al-Azhar & masjid

ii. Guna Akhbar/ majalah al- Manar, al- Urwah al- Wuthqa

3. Politik Kepartian & Revolusi 1919

a. Menjelang abad ke 20 selepas WWI reaksi masyarakat Mesir berubah kepada gerakan politik
kepartian dengan tertubuhnya Parti Wafd 1919

b. Pemimpin utama – Saad Zaghul Pasha seorang nasionalis radikal

c. Tujuan menuntut kemerdekaan Mesir daripada penjajahan British.

165 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


d. perkembangan , Nov. 1918 Saad Zaghul Pasha mendesak kerajaan British memberi kemerdekaan
kepada Mesir. British bertindak menangkap dan mengasingkaan saad Zaghul Pasha. Tindakan British
menimbul kemarahan rakyat Mesir.

e. 9 Mac 1919 meletus revolusi besar-besaran di seluruh Mesir menentang British. Kesannya British
terpaksa membebaskan Saad Zaghul Pasha

f. 28 Feb 1922 bagi meredakan pemberontakan, British mengistiharkan Deklarasi Unileteral. Isi
utamanya ialah :

i. British akui kemerdekaan Mesir


ii. Mesir kws operasi tentera
iii. Jamin keselamatan Mesir drp ancaman luar

g. 15 Mac 1922 Ahmad Fuad istihar sebagai Raja Mesir tapi ditentang oleh gol. Nasionalis & tuntut
kemerdekaan penuh.

h. 1936 kemerdekaan penuh Mesir, 1952 Mesir sebagai Republik

4.Gerakan Ikhwanu Muslimin ( 1928-1949)

a.Diasakan oleh Sheikh Ahmad Abd. Rahman (Hassan Albana) 1928

b. Tujuan Penubuhan :

i. anti British/ Barat

ii Pulihkan Umpayar Othmaniyah

c. Perkembangan :

i. Selepas 1932 Cawangan Ikhwanu Muslimin dibuka hampir di seluruh Mesir

ii. Ikhwanu Muslimin menjadi pertubuhan anti British terpenting

iii.Kaedah perjuangan melalui majalah “ Muhibuddin khatib”

iv. mengadakan protes atau demostrasi anti Barat British

- membangkitkan isu-isu agama, pembaharuan pendidikan dan sosial.

Kelantangan Hassan al Banna dan Ikhwanu Muslimin menyebabkan Raja Mesir iaitu Raja
Farouk dan British mengambil tindakan drastic menangkap dan membunuh ahli-ahlinya.

- Pada Tahun 1949, beliau telah dibunuh dalam satu peristiwa yang dirancang oleh polis
rahsia kerajaan.
166 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
C. KESIMPULAN

1.Terdapat 2 bentuk gerakan Negara -bangsa iaitu :

a. reaksi bersifat pembaharuan pemikiran

b. reaksi politik kepartian

2. 1952 Mesir merdeka dan menjadi sebuah Negara republic menamatkan era

Empayar Kerajaan Uthmaniyah. Darul Islam.

167 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


SOALAN 68: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA TURKI PADA ABAD KE-20

A. PENGENALAN

1. Konsep Negara-Bangsa.

 John Stuart Mill, "bangsa adalah sekumpulan rumpun manusia yang terikat dengan

rasa taksub bersama yang wujud dlm hubungan rumpun tertentu dengan rumpun

bangsa lain . Manakala Negara, sebuah entiti undang-undang yang berdaulat serta

mempunyai kerajaan yang ditentukan sempadanya dengan jelas

 Mewujudkan negara bangsa menjadi matlamat utama pergerakan nasionalisme pada

abad ke-19 dan abad ke-20

2. Faktor-faktor pembentukan Negara-bangsa Turki secara umum

Terdapat faktor dalaman dan faktor luaran yang mendorong pembentukan Negara –bangsa

Turki Moden menjelang abad ke-20.

B. ISI

1. Kelemahan Kerajaan Pusat Uthmaniyah

• Kekalahan demi kekalahan dlm peperangan dengan kuasa Barat.Contohnya: • Perang Vienna-

Perjanjian Carlowits • (Hungary,Silvania & Croatia diserahkan kepada Habsburg)-Ukraine kepada

Poland.

2. Tekanan Kuasa-Kuasa Barat

Britain, Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan
Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa besar tersebut bergabung untuk menghancurkan empayar Turki
Uthmaniyah. Pihak barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk
168 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS
memberontak. Negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah untuk
merebut wilayah-wilayah dan harta peninggalannya. Tindakan kuasa-kuasa barat ini mendorong sultan
empayar Turki Uthamaniyah untuk menguatkan pembentukan negara-bangsa Turki.

3. Kesan Kekalahan Perang Dunia Pertama 1914-1918)

Dalam PD1, -Kemunculan Mustafa Kamal yang ditaja oleh kuasa-kuasa Barat sebagao tokoh prolifik

kononnya utk mmbebaskan bumi Islam,rakyat muslim & Sultan drpd cengkaman org bkn Islam-

sbnrnya utk dptkn sokongan gol. ulama. • sokongan terhadp beliau-persidangan Islam sejagat di Sivas

pd 1921 M- jihad • Akhirnya-beliau mghapuskan Khilafah Uthmaniyah mengantikan dgn Negara

republik pd 1923.- Presiden 1 Republik Turki • Terbentuknya negara bangsa Turki moden.

4. Penularan Idealogi Barat

Idea2 Barat mula menular dlm Krajaan Uthmaniyah seperti nasionalisme , sekularisme dan

Humanisme serentak dengan Gerakan Reformasi (Tanzimat) semenjak zaman Sultan Selim II

terutamanya selepas • Fahaman pembentukan negara bangsa dipengaruhi oleh Revolusi Perancis •

Timbulkan tuntutan-persaman status & kemerdekan sepenuhnya dlm klgn org bukan Islam.

5. Dasar Pan-Islamisme

Dasar Pan-Islamisme menekankan fahaman perpaduan dan kerjasama umat Islam di bawah pimpinan
khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Kefahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki tetapi
juga di seluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam di Turki digesa untuk bersatu padu di bawah
kepimpinan Sultan Abdul Hamid II. Baginda berusaha membangunkan keagungan khalifaj Islamiyyah.
Tokoh-tokh seperti Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida membantu sultan menggerakkan program
Pan-Islamisme untuk menahan kemaraan kuasa-kuasa barat. Oleh itu, Penyatuan umat Islam ini juga
menyebabkan pembentukan negara bangsa.

169 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


6. Perkembangan Sistem Pendidikan

Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan adalah untuk memajukan empayar Turki supaya
setaraf dengan negara-negara Barat. Banyak sekolah, peringkat rendah menengah serta institusi
pendidikan dibina untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan. Pada awal abad ke-20 idea-idea
seperti nasionalisme dan sekularisme dapat menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan
masyarakat Turki. Konsep negara bangsa menjadi kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam
kalangan golongan cerdik pandai ini. Ideologi yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam
di Turki membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthamaniyah dan penubuhan negara bangsa
Turki.

7. Gerakan Rejim Turki Muda

Peranan golongan Turki Muda (Young Turks) menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.
Golongan ini terdiri daripada pelajar yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1908,
Rejim Turki Muda mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan. Mereka banyak dipengaruhi oleh
revolusi Perancis 1789. Rejim Turki Muda ini menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada
penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Mereka memainkan peranan penting dalam
menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah.

7. Peranan golongan minoriti

Pembinaan negara bangsa Turki juga bergantung kepada peranan golongan minoriti dalam
empayar Turki Uthmaniyah. Di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan Ahl al-Dimmah
ini diberi pelbagai keistimewaan. Antara golongan ini ialah orang kristian dan orang Yahudi dari
kawasan Balkan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan tuntutan Islam. Namun, mereka
tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang Barat untuk memberontak. Pemberontakan
oleh orang Armenia dan campur tangan orang Yahudi menyemarakkan lagi semangat nasionalisme
puak nasionalisme Turki dan Arab.

170 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS


C. KESIMPULAN

Empayar Turki Uthmaniyah berakhir aabila rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang

Dunia Pertama dengan memihak kepada Jerman. Kekalahan dalam perang ini kepada tentera

bersekutu menghancurkan empayar Turki Uthamaniyah. Banyak daerah di bawahpenguasaan Turki

Uthmaniyah mendapatkan kemerdekaan. Akhirnya Mustafa Kamal Atarturk berjaya mengisytiharkan

sebuah kerajaan republik Turki dengan sokongan padu rakyat Turki. Akhirnya-beliau mghapuskan

Khilafah Uthmaniyah gantikan dgn republik pd 1923.- Presiden 1 Republik Turki • Terbentuknya

negara bangsa Turki Moden.

171 SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 PPD PASIR MAS

You might also like