You are on page 1of 28

1.

BINCANGKAN ISU MH370 SERTAKAN KESAN KEPADA NEGARA


Tragedi kehilangan kapal terbang MAS MH370 menimbulkan banyak
persoalan tetapi ia juga telah menonjolkan pelbagai isu seperti keselamatan,
media, hubungan antarabangsa dan psikologi rakyat Malaysia sebagai satu
masyarakat dan dunia sebagai masyarakat global.
MH370 berlanjutan dan mencalar reputasi Malaysia di mata dunia, kerajaan
perlu kikis sikap urusan seperti biasa yang sering diamalkan. Ia perlu
sedar bahawa seluruh dunia terlibat di dalam krisis ini. Ini bukan urusan
domestik seperti yang selalu.
China hari ini merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Memainkan
sentimen perkauman ketika berdepan kritikan mereka mampu memberi
kesan buruk. Menyalahkan media negara China kerana cara mereka
membuat liputan berkenaan MH370 tidak akan membantu hubungan
diplomatik kedua-dua negara.
Malaysia perlu lebih berhemah dengan menggunakan semua saluran
diplomatiknya bagi berdepan kritikan. Bukan hanya China, Malaysia
sewajarnya sedar seluruh dunia turut terkesan dengan saga MH370 ini. MAS
sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang yang mencecah RM4
bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada kerajaan.
Krisis MH370 ini jika berlanjutan akan tambah memberi tekanan kepada
MAS serta kerajaan Malaysia. Ia juga bakal memberi kesan kepada ekonomi
makro negara.
Beberapa contoh disertakan di bawah ini:
Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dibuat di China dibatalkan
kerana sentimen kebencian di situ;
Malaysia sebelum ini menanam rasa sakit hati pengikut Syiah di Iran; dan
ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas
tentang bangsa cina dan rakyat cina.
Hubungan ekonomi.
Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselematan.
Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja.
Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara
dan website kerajaan oleh cyber troopers negara cina.
Pemulauan barangan Malaysia .
Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .
Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau
kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion
ringgit.
Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan
ekonomi akibat dari tindakan undang2, gantirugi, kos luar budget dll ...
Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.
Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut Malaysia terbongkar.
Media di China mula mempromosi Terusan Isthmus Kra bagi mengelakkan
Selat Melaka dan pelabuhan di Malaysia.
Hubungan tegang dengan China dan sikap Malaysia menjadikan pelabur
kurang yakin. Bolehkah Malaysia berdepan masalah jangka panjang bagi
industri dan perdagangannya? Semuanya boleh membawa kita ke zaman
gelap, anak-anak susah nak sekolah, nak makan pun susah, pengangguran
meningkat, kerja susah dan banyak lagi. Pihak berkuasa Malaysia perlu lebih
bertenang dan tidak berkonfrantasi dengan mana-mana pihak.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang selepas sejam
penerbangan pada pagi 8 Mac lalu. Ini termasuk 154 daripada China dan
Taiwan. Ahli keluarga di Beijing menuduh kerajaan Malaysia dan MAS
menipu kerana informasi yang tidak konsisten tentang nasib pesawat
tersebut. Ahli keluarga dari China membuat bantahan di hadapan kedutaan
Malaysia di Beijing. Mereka menuntut penjelasan dari Putrajaya. Mereka
bertempur dengan polis yang membuat benteng manusia di luar bangunan
kedutaan dan melaungkan slogan kerajaan Malaysia adalah pembunuh.
China juga mempersoal keabsahan maklumat satelit yang digunakan
Malaysia bagi mengumumkan pesawat MH370 telah terhempas di Lautan
Hindi. Presiden Xi Jinping telah mengarahkan wakil khas Naib Menteri Luar
Zhang Yesui ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan analisa secara dekat
sementara Timbalan Menteri Luar Xie Hangshend mengarahkan duta
Malaysia memberitahu beliau apa yang menyebabkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman memilukan itu. China
mendesak Inmarsat dan pihak berkuasa Malaysia menjelaskan mengapa ada
penangguhan empat hari sebelum maklumat disampaikan bagi misi
pencarian pesawat tersebut.
MH370 adalah lebih daripada hanya sebuah pesawat yang hilang kerana ia
menguji keupayaan Kerajaan Malaysia menjana sokongan antarabangsa
untuk misi mencari dan menyelamat. Sokongan antarabangsa sedemikian
tidak mungkin diperolehi tanpa wujudnya kedudukan mantap urusan
diplomasi Malaysia. Banyak isu politik seperti kedaulatan dan perbedaan
politik telah timbul, namun Kerajaan Malaysia berjaya mengatasi masalah
itu untuk mendapatkan sokongan banyak negara asing. Bagaimana pun
bahawa ada ruang untuk penambahbaikan khususnya kerana peristiwa itu
telah menunjukkan kelemahan keselamatan ruang udara negara. Pihak
tentera telah mengesan MH370 mengubah arah laluan penerbangannya
tetapi tidak mengambil sebarang tindakan kerana pihak tentera terlalu
berpegang kepada protokol yang ketat untuk mengambil tindakan
selanjutnya. Walau bagaimana pun terdapat banyak isu seperti keselamatan
telah timbul di peringkat antarabangsa dan telah dapat ditangani oleh
Malaysia dengan baik. Tuduhan Malaysia tidak telus dan tidak cekap
dilemparkan oleh rakyat China, Malaysia masih penting untuk negara China.
China adalah rakan perdagangan Malaysia yang terbesar dan China juga
tidak mahu Malaysia berpaling untuk menjadi terlalu pro Amerika.
Malaysia adalah penting untuk China kerana lokasinya strategik yang mana
Selat Melaka adalah laluan penting bagi China untuk bekalan minyak yang
amat diperlukannya demi perkembangan ekonominya. Namun begitu
menyorot kepada laporan yang mengatakan bahawa jumlah pelancong
China ke Malaysia telah merosot sebanyak 30 peratus sejak peristiwa itu.
Teori kononnya MH370 menjadi mangsa kerana ia membawa rahsia
teknologi dron terkini Amerika untuk dihantar ke China.

Kawalan amat ketat pemerintah ke atas media arus perdana dengan
kewujudan pelbagai undang-undang yang mengongkong kebebasan media.
Ini membuatkan wartawan tempatan dari media arus perdana hanya dapat
bertindak sebagai pencatat peristiwa dengan menyuapkan berita versi
pemerintah semata-mata. Beberapa media arus perdana juga tidak
membantu keadaan. Wartawan mereka tidak berupaya bertanya soalan-
soalan yang harus dikemukakan. Wartawan yang berani berbuat demikian
penulisan mereka tidak akan digunakan atau disiarkan setelah diolah
semula. Kewartawanan Malaysia sudah tidak lagi menjadi satu profesyen,
sebaliknya satu pekerjaan sahaja. Dengan sebab pihak berkuasa hanya
biasa dengan wartawan yang telah dijinakkan dan menurut perintah ia
membuatkan pihak berkuasa tidak dapat menangani soalan dari media asing
dengan baik apabila berhadapan dengan mereka. Kelemahan tersebut
menyebabkan banyak kritikan yang dibuat terhadap keupayaan pihak
kerajaan dalam menangani isu tersebut.
Kesihatan psikologi keluarga terdekat mangsa penumpang MH370 dan
mendapati media telah memburukkan lagi keadaan psikologi mereka dengan
berterusan kerana mahu mengajukan soalan. Keluarga terdekat mangsa
sedang berhadapan dengan keadaan yang dikenali sebagai ambigious loss
atau kehilangan tidak menentu. Dalam keadaan kehilangan biasa seseorang
akan melalui proses bersedih dan menerima realiti. Akhirnya meraka redha
dengan kehilangan tersebut. Namun dalam kes MH370 kehilangan yang
mereka alami disertai dengan harapan besar bahawa keluarga dan orang
tersayang akan kembali. Apabila media berusaha juga untuk mengajukan
soalan seperti "bagaimana perasaan anda" membuatkan keluarga sentiasa
mengenang kembali kehilangan mereka. Ini sama sekali tidak membantu
usaha memulihkan perasaan mereka itu.
Pemangku menteri pengangkutan itu yang kini setiap hari berada dalam liputan
media tempatan dan antarabangsa mengatakan Malaysia tidak akan berputus asa
dalam usaha pencarian pesawat MH370 meskipun tiada perkembangan terbaru
mengenainya termasuk usaha mencari serpihan di Lautan Hindi yang dikatakan
ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.
Dalam usaha terus mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac ketika
dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
ke Beijing, reformasi atau pun perubahan secara besar-besaran perlu dilakukan
bagi Malaysia dalam pelbagai aspek.
Seharusnya Parlimen memberikan tumpuan kepada kes ini bagi membenarkan
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bekerjasama dalam berdepan dengan krisis
ini, akan tetapi ini tidak dilakukan.
Malaysia masih tidak berani untuk memberi peluang anggota parlimen parti
kerajaan dan pembangkang untuk bekerjasama dalam berdepan dengan isu
besar seperti ini.
Kehilangan pesawat MH370 juga membuktikan betapa pentingnya ketelusan
dan amalan pentadbiran baik atau good governance diamalkan di Malaysia. Jika
Jabatan Imigresen mengamalkan pentadbiran baik, tidak mungkin dua warga
Iran yang menggunakan pasport curi akan berjaya melepasi pemeriksaan
keselamatan sebelum berjaya menaiki pesawat MH370 yang masih hilang itu.
Ketika Malaysia menjadi tumpuan dunia akibat kehilangan pesawat Malaysia
Airlines itu, masyarakat antarabangsa turut sama menyaksikan pelbagai
kelemahan negara.
kini pegawai-pegawai kerajaan merasakan sendiri pengalaman dimaki hamun
keluarga penumpang daripada China kerana gagal memberikan maklumat tepat
kepada mereka. Putrajaya sebelum ini dengan gembiranya menyekat wartawan-
wartawan portal berita independen seperti The Malaysian Insider, Malaysia kini
dan lain-lain dalam majlis-majlis mereka kerana dikatakan pro pembangkang
kerana tidak bertanyakan soalan-soalan membodek. Kini Hishammuddin dan
pegawai kerajaan lain merasakan sendiri bagaimana sukarnya untuk menjawab
soalan-soalan daripada petugas media antarabangsa yang tidak akan berputus asa
bertanya selagi tidak mendapat jawapan.
Sekurang-kurangnya Hishammuddin banyak belajar daripada krisis ini berbanding
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih dikutuk
akibat daripada tidak membenarkan sebarang soalan ditanya ketika disidang media
khasnya minggu lalu.



Apa-apa pun, Malaysia kini sudah menjadi lebih masyur walaupun kerana sebab
yang tidak sepatutnya berlaku. Faktanya, Malaysia lebih dikenali dunia berbanding
sebelum ini. Apabila sudah terkenal bermakna negara akan terus diperhatikan.
Oleh itu Malaysia juga perlu berubah agar berjaya mencapai standard dunia. Jika
tidak, kita akan terus ditertawakan masyarakat antarabangsa kerana kebodohan
kita. Dalam pada itu, kita harus terus berdoa agar MH370 dapat ditemui dan segala
kesedihan, kepedihan dan ketidakpastian akan berakhir.

















2. BAGAIMANA FAKTOR KEMISKINAN BOLEH MEMPENGARUHI
HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan
dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara
masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan
keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan
sejarah yang tersendiri di Malaysia.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud
pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak
masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.
Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu
didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa
atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masayarakat majmuk.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo
ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera
Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya
terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di
Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat
faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal
masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat,
tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar
terutamanya daripada China dan India.
Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada
hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa
keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenal pasti diusahakan oleh
orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem
tiket yang sangat popular. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang
ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang
tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan
secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukan bermulanya
proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyrakat
Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu
telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat
Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau
kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya
pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam
dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang
menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana dinegara iyu yang
dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah
keluar kenegara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran
India dating sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu
bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris Berjaya
benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari
Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah
berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang
Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor
dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan
Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan
etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese.
Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang
dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad
ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon.
Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya
mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat
di negara asal mereka.
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman,
amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang
berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan
mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja
buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah
Barat dan Telok.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan
migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih
satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu,
Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai
signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat
homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu,
Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari
keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti
kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan dan kelompok Chitty yang
berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan
antara orang asing dengan penduduk tempetan, maka wujud beberapa sub-
kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan,
kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia
mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan
lain-lain.
Kesimpulannya pembentukan masyarakat majmuk diMalaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British diTanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa diMalaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya, adab
resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan Negara ini menjadi tarikan masyarakat
luar.
Perasaan perkauman di negara ini sejak merdeka sehingga kini tidak banyak
berubah. Biarpun peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan banyak pihak tentang
pentingnya perpaduan untuk keselamatan dan pembangunan negara tetapi
ia tidak berupaya mengikis perasaan perkauman di kalangan kumpulan etnik
di negara ini. Malahan pada masa ini, ikatan kesetiaan etnik memainkan
peranan yang amat penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan dan
pergerakan adalah berasaskan kepada etnik.
Jika keputusan pilihan raya 1986 boleh dijadikan sebagai ukuran perasaan
perkauman di negara ini, kita boleh rumuskan bahawa perasaan perkauman
kumpulan etnik di negara ini amat tebal. Pilihan raya 1986 memperlihatkan
betapa parti yang bersifat perkauman sahaja yang mendapat tempat di hati
pengundi. Parti yang tidak mengharapkan sokongan satu- satu kaum tidak
mampu bersaing dengan parti yang bercorak perkauman. Ini mudah
difahami kerana dalam masyarakat berbilang etnik yang kumpulan etniknya
bersaing antara satu sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama,
seruan-seruan menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat
mengumpulkan sokongan daripada anggota-anggota kumpulan etnik itu.
Perasaan perkauman yang tebal ini wujud di sebalik usaha kerajaan untuk
mewujudkan perpaduan antara etnik. Usaha itu termasuklah menubuhkan
Jabatan Perpaduan Negara selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969,
menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan
yang berorientasi perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara dan
melancarkan rancangan pembangunan 20 tahun Dasar Ekonomi Baru.

Menerusi Dasar Ekonomi Baru, kerajaan berusaha untuk menambah
penglibatan orang-orang Melayu dalam industri dan perdagangan. Hasrat ini
jelas dinyatakan dalam buku Rancangan Malaysia Kedua 1971-75.
Istilah etnik berasal dari perkataan Yunani ethnos yang bererti orang.
Etnik dalam bidang sosiologi membawa erti sekumpulan manusia yang
mempunyai persamaan dan menganggap dirinya sama dengan anggota
yang lain dari segi budaya, agama, bahasa dan nilai hidup. Perasaan sesuatu
kelompok yang menganggap kelompoknya berbeza dari kelompok lain
disebabkan oleh ciri-ciri sosio-budaya tersebut dinamakan etnisiti.
Oleh itu istilah etnik lebih sesuai digunakan dalam kajian mengenai masalah
perkauman dan perpaduan. Masalah-masalah ini wujud bukan kerana
perbezaan warna kulit atau warna mata. Ia disebabkan oleh prejudis,
stereotaip dan diskriminasi yang wujud akibat daripada perbezaan cara dan
nilai hidup.

Kemiskinan masih menarik perhatian banyak pihak, termasuk para ahli
akademik di berbagai bidang kajian. Kajian tentang kemiskinan selalunya
melibatkan faktor ekonomi, sosial, budaya dan juga politik. Ahli sejarah dan
perbandingan kemiskinan mendefinisikan kemiskinan melalui satu garisan
(continuum), kemahuan (want) bermula dari kebuluran, saradiri
(subsistence), sosial coping dan akhir sekali partisipasi sosial. Walau
bagaimanapun, kemiskinan merupakan sebagai suatu masalah kehidupan
sosial didalam masyarakat dunia ketiga, bukan hanya wujud pada
masyarakat luar bandar, tetapi juga bandar. Seperti halnya dituliskan oleh
ahli-ahli sosiologi, politik dan ekonomi yang menyatakan bahawa kemiskinan
termasuk dalam permasalahan sosial, tetapi apa yang menyebabkannya dan
bagaimana mengatasinya tergantung pada ideologi yang dipergunakan.
Maksud daripada ideologi ini adalah tergantung daripada bagaimana
pentadbir negara menyelesaikannya.

Para ahli sains sosial telah mengumpulkan berbagai statistik untuk
mengetahui betapa meluasnya fenomena kemiskinan yang berlaku di
seluruh dunia dengan berpautan kepada beberapa petunjuk tertentu. Antara
lain, kekurangan makanan, perkiraan usia purata dilahirkan, seberapa luas
ketidaktahuannya dan lain-lain.

Oleh sebab makanan merupakan keperluan asas untuk hidup dan pelbagai
jenis kekurangan berlaku keatas diri seseorang. Namun apabila makanan
sudah terpenuhi seseorang akan mencari perlindungan dengan membina
rumah yang layak didiami sehingga seseorang itu akan mudah meneruskan
kehidupannya. Di samping kedua-dua ukuran biologikal dan fizikal tersebut,
telah ditambahkan pula kurang pendidikan sebagai indikator yang berkaitan
dengan kemajuan sosial. Untuk mencapai kemajuan sosial tersebut
diperlukanlah pembangunan.

Pembangunan ditakrifkan sebagai sekumpulan usaha manusia yang
dilakukan secara merdeka, terancang dan berterusan untuk meningkatkan
kualiti kehidupan, matlamat asas pembangunan adalah memberdayakan
manusia sebagai insan yang merdeka supaya dapat mencapai taraf
kehidupan dan keadilan sosial yang lebih baik, ringkasnya, pembangunan
bertujuan untuk memperkaya kehidupan manusia atau enriching human
lives.

Oleh sebab itu pembangunan dapat dikatakan sebagai sekumpulan program
atau projek untuk memperbesar peluang manusia dalam mempertahankan
dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan, mempertinggi aksesibiliti
dan memperkuat penyertaan yang menunjukkan petunjuk tentang
kedudukan manusia sebagai diutamakan (put people first), merujuk kepada
pentakrifan diatas pembangunan sosial dan ekonomi bertujuan untuk
mensejahterakan sama ada manusia ataupun masyarakat. Secara tidak
langsung mensejahterakan manusia dan masyarakat ialah membasmi
kemiskinan dalam bentuk apapun.

Unsur manusia merupakan faktor kunci dalam pembangunan kerana
manusia sebagai subjek atau pelakon sekaligus objek atau tujuan
pembangunan. Ini bermakna bahawa pencapaian pembangunan adalah
bergantung kepada kebolehan manusia dalam menterjemahkan berbagai isu
pembangunan kemudian menggubal dasar dan merancang strategi
pembangunan. Seterusnya, untuk melaksanakan pembangunan tersebut
diperlukanlah, program dan projek pembangunan serta mengawal prosesnya
termasuk alokasi dan distribusi sumber-sumber atau faktor-faktor produksi,
untuk membasmi kemiskinan.

Isu kemiskinan negara-negara yang sedang membangun selalunya menjadi
perbincangan yang menarik untuk dibahas di negara-negara maju. Namun
para penyelidik sosial kurang memperhatikan bahawa di bandar-bandar
besar masih banyak masyarakat miskin yang perlu diberi perhatian.
Kepesatan pembangunan sesebuah bandar merupakan daya tarikan kepada
masyarakat kampung untuk berpindah dan merasakan bagaimana rasa
kehidupan bandaraya. Keadaan dan masalah kemiskinan dalam bandar,
selalunya wujud didalam kawasan-kawasan setinggan di kawasan pinggiran
bandar. Selama ini isu kemiskinan sering dihubungkaitkan dengan keadaan
masyarakat luar bandar seperti di kampung yang terpencil ataupun
kampung yang mundur.
Kajian ini menyelidiki perbandingan program kerajaan dalam membasmi
kemiskinan pada masyarakat miskin di bandar yang terpinggirkan, kerana
selama ini mereka selalunya dianggap hanya sebagai masyarakat pelengkap
para penduduk kaya di bandar-bandar besar, tanpa diperhatikan kebutuhan
asasnya. Masyarakat miskin ini bekerja di sektor informal bandar dengan
pendapatan yang rendah untuk bertahan hidup di bandar-bandar besar.
Terdapat warga bandar yang tidak punya pekerjaan tetap dan melakukan
jenayah sekadar untuk mempertahankan hidup.

Bandar-bandar Malaysia mempunyai ciri-ciri penduduk yang hampir sama,
sehingga memungkinkan suatu kajian perbandingan dilakukan.Tingkat
penghijrahan ke bandar-bandar besar di kedua-dua negara ini mempunyai
tingkat yang hampir sama di negara-negara Asia Tenggara, selain Thailand
dan Filipina. Tingkat penghijrahan ini disebabkan kekurangan
seimbangannya pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Fenomena sosial seperti kemiskinan sendiri masih wujud di bandaraya Kuala
Lumpur, Malaysia. Oleh kerana kemiskinan merupakan satu bidang kajian
sosiologikal yang bukan sahaja dikaji sebagai suatu permasalahan dalam
kehidupan masyarakat bandar, tetapi juga termasuk berbagai program
kerajaan dalam pembasmian kemiskinan bandar. Pengambilan kes di
bandaraya Kuala Lumpur, ini kerana bandar ini memiliki ciri yang khas
merupakan pusat perniagaan, pendidikan dan pelancongan. Oleh kerana itu
adalah wajar jika kebanyakan warga yang tinggal di kawasan ini yang terdiri
bukan daripada hanya terdiri warga tempatan, dan tetapi juga warga
pendatang asing.

Kuala Lumpur memiliki lebih kurang 22 institusi pengajian tinggi, termasuk
awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kemudian beberapa pusat perniagaan yang
besar terdapat di sekitaran Kuala Lumpur. Di bandaraya Kuala Lumpur
penduduk tempatan (lokal) adalah terdiri daripada warga Melayu dengan
pendatangnya adalah warga etnik-etnik lain seperti Cina, India, dan
Indonesia.
Pelaksanaan program-program pembangunan negara telah dapat
meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Malaysia. Kemajuan yang
cemerlang dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah
mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi, bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru, pada
tahun-tahun 1970-an penglibatan kerajaan begitu kentara sekali dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi menerusi pelaksanaan projek-projek
pembangunan perindustrian, perniagaan dan sebagainya. Penglibatan
sedemikian dapat dilakukan kerana ekonomi negara pada saat itu adalah
kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan Malaysia juga kuat. Tambahan
pula pada masa itu sektor swasta pada umumnya tidak mampu memainkan
peranan sedemikian.

Kemelesetan ekonomi negara yang melanda hampir semua negara di Asia
memaksa kerajaan melihat kembali peranannya. Kedudukan kewangan
kerajaan dan hutang negara yang tinggi tidak memungkinkan ia
menampung satu perkhidmatan awam yang besar saiznya. Disamping itu
didapati setengah-setengah perusahaan awam tidak dapat dikendalikan
dengan baik kerana kelemahan-kelemahan pengurusan, kurang pengalaman
dan sebagainya. Ini termasuklah masalah perumahan bagi rakyat miskin,
usaha yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan
penduduk di Malaysia telah diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) yang merupakan teras utama dan dilaksanakan dalam Rancangan
Malaysia Kelapan, 2001-0055 serta Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-
2000. Matlamat utama dasar pembangunan negara ialah untuk mengekalkan
pertumbuhan ekonomi yang seimbang dapat dicapai, terutama melalui
pembangunan perumahan kos rendah bagi orang-orang yang masih
mendiami rumah setinggan .

Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu
lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-
nilai kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan
penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah
sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Untuk mencapai
pembangunan perumahan yang seimbang seperti yang ditekankan oleh
Dasar Pembangunan Nasional, beberapa strategi baru telah diperkenalkan.
Ini termasuklah dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas industri
perumahan, meningkatkan pembangunan sumber daya manusia dalam
sektor perumahan, menggalakkan usaha peningkatan teknologi dalam
sektor perumahan dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur antara
sektor perumahan bandar dan perumahan luar bandar serta antara wilayah
maju dan wilayah mundur.
Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi
keutamaan. Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan
dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua
lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, terdapat
rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional ke arah
mencapai wawasan 2020.
Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan
Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan
membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi
pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya,
berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada
perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: -
Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

- Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan
pertanian.
- Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.
- Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi.
- Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.
- Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.
Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara
serta Memupuk Minda Kelas Pertama

- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
- Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.
- Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
- Memperkasakan belia dan wanita.

Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara
Membina dan Produktif

- Basmi kemiskinan.
- Memacu pembangunan wilayah.
- Mengurangkan jurang kekayaan.
- Penstrukturan semula pola pekerjaan.
- Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
generasi baru.
- Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup

- Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan
perbandaran.
- Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.
- Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.
- Menjamin bekalan tenaga mampan.
- Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.
- Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.
- Membangunkan sukan.
- Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.
Sehingga kerajaan telah ikut serta dalam program ini dalam pembangunan
perumahan dan melalui projek penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan.
Bahkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan Keenam (1986-1995),
program-program perumahan telah dilaksanakan dalam konteks konsep
petempatan manusia. Di bawah ini penyediaan kemudahan-kemudahan
sosial seperti sekolah, klinik dan dewan masyarakat ditekankan, sebagai
tambahan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas
dan pengenal pastian peluang-peluang ekonomi. Ini merupakan satu
kesinambungan bagi strategi pembangunan perumahan untuk meningkatkan
kualiti kehidupan dan untuk mempertahankan perpaduan nasional.
Dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), sektor awam telah
merancang untuk membina 385,570 unit rumah kos rendah, tetapi hanya 45
% sahaja yang telah siap dibina. Dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-
1995), 602,723 unit rumah telah dirancang untuk dibina oleh kedua-dua
sektor awam dan swasta. Walau bagaimanapun, hanya 24,430 unit sahaja
yang telah dibina oleh sektor awam. Masalah perumahan banyak disiarkan
dalam akhbar-akhbar tempatan, terutamanya kesukaran untuk
mendapatkan hak milik tanah, sijil kelayakan menduduki rumah, kerosakan
rumah-rumah siap dibina, kelewatan menyiapkan projek tersebut serta
projek-projek yang terbengkalai.
Pada akhir tahun 1991, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Malaysia telah menganggarkan terdapat 173 projek perumahan yang
terbengkalai yang melibatkan 40,363 unit rumah dan 26,129 pembeli
rumah.
Pada tahun 1991 adalah dianggarkan jumlah keseluruhan projek-projek
yang terbengkalai adalah RM 1,918.4 juta. Pembangunan perumahan kos
rendah telah dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai
salah satu program pembasmian kemiskinan bandar. Masyarakat setinggan
sering dihubungkaitkan dengan masalah kemiskinan, maka tindakan-
tindakan penyelesaian masalah setinggan diharap dapat menyelesesaikan
masalah kemiskinan.
Pelaksanaan projek PPR (Projek Perumahan Kos Rendah) bersepadu telah
diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan juga Jemaah
Menteri bagi mengatasi masalah dan menempatkanpenduduk setinggan
yang masih ramai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai pemerintah
yang bertanggungjawab dan sentiasa merealisasikan harapan rakyat serta
prihatin kepada permasalahan perumahan yang dihadapi oleh penduduk
setinggan dan juga golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Malaysia
telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah positif dengan segera untuk
membina lebih banyak rumah kos rendah akan memenuhi keperluan
mereka.
Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat
(PPR) bersepadu dimana35,000 unit rumah kos rendah akan dibina disekitar
ibu kota dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2005, sesuai dengan
rancangan kerajaan untuk setinggan sifar pada akhir tahun 2005. Langkah
tersebut adalah membuktikanbahawa kerajaan Malaysia begitu serius,
komited dan bertanggung jawab dalam menunaikan janji kepada rakyat bagi
menyediakan perumahan yang selesa kepada keluarga setinggan dan
golongan berpendapatan rendah supaya golongan tersebutakan dapat
menikmati taraf kehidupan yang lebih sempurna.
Bandaraya Kuala Lumpur dengan kemegahan bandarayanya yang
megapolitan masih menghadapi permasalahan sosial seperti kemiskinan
yang secara struktural dilihat dari segi kewujudan rumah setinggan
ditengah-tengah gedung-gedung dan bangunan yang menjulang tinggi. Hal
ini dibuktikan dengan masih adanya sebuah kawasan setinggan yang masih
banyak rumah setinggannya atau kawasan sesak, di daerah Kampung
Kerinci. Beberapa program penempatan semula rumah setinggan untuk
warga kampung ini telah dilakukan oleh kerajaan dan sudah dilaksanakan
oleh kerajaan dengan membina pangsa untuk mereka. Namun hingga kini
warga Kampung Kerinci Bukit B Federal Highway ini enggan untuk pindah
dari kampungnya sehingga kerajaan sukar untuk membangunkan semula
kawasan Kampung Kerinci ini.
Projek PPR telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan setempat, namun
mereka mengalami kesulitan yang menghalang kemajuan kerajaan
setempat untuk menempatkan kembali warga Kampung Kerinci di kawasan
yang sudah disediakan oleh kerajaan secara kemas, sehingga memenuhi
syariat Islam.





3. TERANGKAN SISTEM POLITIK DIMALAYSIA (RAJA
PERLEMBAGAAN DAN DEMOKERASI BERPARLIMEN) SERTA
PROFIL MALAYSIA SECARA RINGKAS.

Raja-raja Melayu merupakan pencetus dan menjadi dasar kepada identiti
tanahair kita. Perkara ini telah diambil perhatian dalam proses penggubalan
Perlembagaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara merdeka
dan berdaulat. Menerusi dua institusi raja-raja, iaitu Majlis Raja-Raja dan
Yang diPertuan Agong, Perlembagaan Persekutuan meletakkan raja-raja
Melayu pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting. Terdapat pelbagai
peruntukan khusus mengenai Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan peranan
yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong puladiangkat sebagai Ketua
Utama Negara. Baginda sebahagian daripada Badan Perundangan atau
Parlimen. Baginda juga diletakhak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan
kuasa Pelaksana atau kuasa eksekutif.

Dua perkara yang mendasari perbincangan ini ialah, pertama, Perlembagaan
adalah simbol kemerdekaan dan kedua, Perlembagaan juga adalah identiti
negara. Dua perkara ini begitu asas untuk kita fahami kerana, tanpa
Perlembagaan, kita tidak akan diiktiraf sebagai negara merdeka dan
berdaulat, dan tanpa Perlembagaan kita tidak mungkin dapat mencipta
falsafah atan indentiti negara.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua utama negara, yang secara undang-undangnya menganggotai tiga
badan kerajaan, iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah
(Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen
serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-
undang.
Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Yang di-
Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu
hukuman. Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain.

Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua
agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat
baginda mungkin mendapat kepercayaan.
Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar
Parlimen sekiranya terdaapt permintaan Perdana Menteri. Baginda
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat dan juga
membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan
Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri,
baginda mempunyai kausa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang
ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis. Baginda juga
melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.
Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh
Perlembagaan. Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai
kebebasan untuk membuat apa-apa pernyataan berkaitan raja-raja Melayu,
namun, mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mencadangkan
pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding Parlimen. Pindaan
Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja dan
keutamaan raja juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.

Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat
bukan sahaja atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri.
Di samping peruntukan Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di
atas, undang-undang jenayah negara juga menjaga kedudukan raja-raja
Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun Keseksaan.
Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap
negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup
ataupun hukum bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja.
Hukuman bunuh juga boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang
didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap tubuh badan Raja atau
bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau denda boleh
dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang
untuk memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.

Sistem politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan
sebagai pemerintah tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetian.
Sistem ini berlangsung berabad lamanya. Ketika berlangsungnya penjajahan
British di Tanah Melayu. Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk hal
tertentu bagi negeri masing-masing. Kedudukan mereka masih dianggap
berdaulat ketika itu. Apabila perlembagaan moden Persekutuan Tanah
Melayu digubal oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan sistem
beraja tetap diambil kira dengan meletakkannya sebagai Raja
berperlembagaan. Ia menjadi sebahagian elemen penting dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Tun Salleh Abbas (1997), apabila kemerdekaan diberikan kepada
Tanah Melayu, institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk
disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan Raja
berperlembagaan.

Ia sekali gus melambangkan Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah
dan warisan negara. Kewujudan institusi Raja menjadi sebahagian daripada
identiti negara dan ia dilindungi oleh perlembagaan. Ia disebut di dalam
Perkara 159(5) yang menjelaskan bahawa tiada pindaan boleh dibuat
terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-
masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 71 pula menjamin hak seseorang raja dalam negeri baginda untuk
mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di
sisi Perlembagaan. Demikian juga Perkara 38(4) menyebut bahawa tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja.

Institusi raja dianggap penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia
menjadi payung negara, menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan anutan kepercayaan agama. Ini adalah selari dengan
Perkara 32(1) yang meletakkan kedudukan baginda sebagai Ketua Negara
dan selaras dengan kedudukannya sebagai Raja berperlembagaan, baginda
perlu mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh
jemaah menteri.

Bagi orang Melayu institusi Raja berperlembagaan dengan fungsinya yang
tertentu penting bagi survival orang Melayu. Ini dapat difahami di dalam
Perkara 153 yang mana ia meletakkan Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab untuk melindungi dan memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam
perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau
kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen
perniagaan.

Peruntukan 153 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja
seperti yang digariskan di bawah Perkara 159(5). Selain itu, kedudukan
istimewa orang Melayu juga terkandung dalam Perkara 89 dan 90 yang
memberi kuat kuasa undang-undang melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Demikian juga pasukan
Rejimen Askar Melayu hanya boleh dianggotai oleh orang Melayu saja
seperti dikuatkuasakan.

Di dalam Perlembagaan negeri yang memiliki raja pula menetapkan Raja
Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana
itu ia orang Islam. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong yang dipilih di
kalangan Raja-Raja Melayu itu juga adalah seorang Melayu dan beragama
Islam. Justeru, institusi raja turut melambangkan kedaulatan dan kuasa
Islam di negara ini. Kesimpulan, institusi Raja seperti yang terkandung di
dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu pengiktirafan oleh penggubal
perlembagaan yang memahami sejarah, warisan dan tradisi masyarakat dan
kedaulatan politik Melayu.

Mereka memahami bahawa ketuanan Melayu sudah pun mengakar lama
dengan kewujudan kuasa raja yang menjadi pemerintah di negeri-negeri
Melayu, iaitu berabad-abad lamanya sebelum British bertapak di negara ini.
Kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, terutama
untuk memelihara kedaulatan Melayu dilakukan dengan cukup baik tanpa
menzalimi mana-mana bangsa lain yang ada di bumi Malaysiai. Inilah
sebenarnya kehebatan sistem politik yang Malaysia amalkan malah jika
dibandingkan dengan mana-mana negara lain didunia tidak salah rasanya
sebagai sistem yang terbaik didunia.

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen
dan raja berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman
dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu,
ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-
masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain
lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang
di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-
Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-
raja.


Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu
dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-
negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama
Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut
nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55,
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen
untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk
memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan
untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara
persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan
Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-
kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis
akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau
Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari
masa ke semasa.


Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di
Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus
berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas
Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya
dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,
Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah
diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak
lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah
kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana
kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan
Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan
utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada
tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah
Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula
ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah
mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini
diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar
negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha
mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut
dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun
menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap,
Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula
mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan
tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri
negaranya muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan
semangat nasionalisme.
Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk
menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan
Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan
membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung
tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah
Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum
menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya
(PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya
sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-
1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali
berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan
yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei
1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut
dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan
sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk
membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka
pada 31hb. Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei,
Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September
1963.


Malaysia merupakan sebuah negara yang menarik dan mempesonakan. Terdiri
daripada berbilang kaum, budaya dan agama, rakyat di negara ini hidup secara
harmoni dalam syurga tropika di tengah-tengah Asia Tenggara. Malaysia terdiri
daripada dua daratan yang berlainan iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
Malaysia Barat dikenali sebagai semenanjung yang diapit oleh Laut China
Selatan di sebelah timur dan Selat Melaka di sebelah barat. Thailand adalah jiran
di sebelah utara manakala Singapura pula terletak di sebelah selatan. Keluasan
tanah Malaysia Barat dan Timur adalah lebih kurang 329,758 km2, dan
dipisahkan oleh lautan dengan anggaran 40 batu jaraknya. Malaysia Timur terdiri
daripada wilayah persekutuan dan dua negeri yang besar, iaitu Sabah dan
Sarawak yang terletak di utara Pulau Borneo. Malaysia Barat pula terdiri
daripada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan, kesemuanya memiliki ciri yang
tersendiri. Waktu di Malaysia adalah 8 jam lebih awal daripada WMG dan 16 jam
lebih awal daripada waktu piawai US Pasifik. Keadaan cuaca di Malaysia adalah
panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan sebuah negara yang
bertuah kerana tidak mengalami perubahan cuaca yang drastik atau sebarang
bencana alam. Suhu negara ini adalah antara 21C (70 F) hingga 32C (90 F)
sepanjang hari. Pakaian daripada kapas serta ringan, sejuk dan kasual adalah
disyorkan untuk dipakai pada sepanjang tahun.
Malaysia berbangga menjadi salah sebuah negara pengeksport utama kelapa
sawit, getah, gas asli, biji koko dan lada. Selain itu, Malaysia juga
merupakan salah satu negara peneraju eksport produk perkilangan di dunia
seperti semikonduktor, produk audio visual, barangan elektrik, produk getah
celup dan oleokimia.
Digelar Mini Asia, Malaysia merupakan negara majmuk terdiri daripada
berbilang bangsa dengan populasi lebih daripada 28 juta penduduk
berketurunan Melayu, Cina dan India serta bangsa asli yang lain, hidup
bersama dengan harmoni. Terdapat juga warganegara lain yang belajar,
bekerja dan menjalankan perniagaan di Malaysia. Bahasa Malaysia adalah
bahasa kebangsaan, namun Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil turut
digunakan secara meluas. Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun
Perlembagaan menjamin kebebasan beragama untuk semua kaum. Oleh itu,
kepercayaan seperti Kristian, Hindu, Buddha dan agama lain boleh
diamalkan secara bebas. Kestabilan politik di negara ini juga menekankan
perkongsian kuasa antara kaum, seterusnya menjamin persekitaran yang
aman dan harmoni. Hasilnya, Malaysia telah diiktiraf dan diakui sebagai
model masyarakat pelbagai budaya.

You might also like