You are on page 1of 11

MEMBINCANGKAN REAKSI NEGARA JIRAN KONFRONTASI DAN TUNTUTAN FILIPINA

Pada awalnya, selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat beliau menubuhkan Gagasan Malaysia, Indonesia tidak menzahirkan rasa tidak senang mahupun tentangan terhadap penubuhan tersebut. Menurut Dr Subandrio , Menteri Luar Indonesia, persoalan Gagasan Malaysia adalah persoalan penduduk wilayah-wilayah yang terlibat. Jadi, penubuhan tersebut terletak kepada rakyat dalam wilayah-wilayah tersebut untuk menentukannya. Namun, Parti Komunis Indonesia(PKI) telah mengkritik penubuhan Malaysia.

PKI secara lantang menyuarakan bahawa penubuhan Gagasan Malaysia merupakan satu dasar neokolonisme Barat yang ingin menguasai Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara, Singapura dan Brunei. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.

Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui. Pada 9 Julai 1963 di Malborough House, London Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

KONFRANTASI DAN PERDAMAIAN


Bila Persekutuan Malaysia di isytiharkan, Indonesia dan Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Malaysia telah berusaha mewujudkan perdamaian dengan Indonesia Langkah-langkah yang diambil

USAHA KE ARAH PERDAMAIAN MALAYSIA INDONESIA


1. Mei 1963 Rundingan tidak rasmi di Tokyo antara Tunku Abd. Rahman dengan Sukarno 2. Penubuhan MAPHILINDO 30 Julai 1963 bertujuan untuk meningkatkan persahabatan dengan negara anggota 3. Februari 1964 Mengadakan rundingan di Bangkok antara Tun Abd. Razak dengan Dr. Subandrio 4. Jun 1964 Persidangan di Tokyo juga gagal kerana Indonesia menuduh Malaysia membelakangkan Sidang Kemuncak Manila

5.

Tun Dr. Ismail membuat bantahan atas pencerobohan Indonesia di PBB ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 6. Kerajaan memperkemaskan pasukan pertahanan dengan menubuhkan Askar Wataniah 7. Meminta bantuan ketenteraan daripada negaranegara komenwel seperti Britain, Australia, New Zealand dan Kanada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan

Konfrantasi Tamat
Soeharto telah mengambilalih kuasa President Sukarno selepas Peristiwa GESTAPO 30 SEPTEMBER

Perjanjian Perdamaian IndonesiaMalaysia ditandatagani pada OGOS 1966

FILIPINA
Pada asalnya, Filipina member reaksi positif terhadap penubuhan Malaysia. Namun, dalam penerimaan gagasan tersebut Filipina juga turut menyuarakan rasa tidak puas hati.
Filipina membantah kemasukan Borneo Utara ke dalam Gagasan Malaysia.

Bagi Filipina, Sabah adalah tanah pajakan yang dibuat antara Sultan Sulu dan Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1878 dan bukannya serahan.

Walau bagaimana pun, tuntutan itu tidak diendahkan oleh British dan menganggap ia adalah sebuah pajakan yang kekal.
Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966

Sekian terima kasih.

You might also like