You are on page 1of 41

MURID DAN ALAM BELAJAR

Norsiah Binti Saleng Asihwiniy A/P Francisco

Sejak lahir, main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan manipulasi alatan. Bermain merupakan satu pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidsk begitu formal, menyeronokkan dan bebas. Kanak-kanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung yang sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

Proses pembelajaran adalah lebih berkesan bagi kanak-kanak yang masih dalam peringkat perkembangan Operasi Konkrit (7-12 tahun) untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang berunsurkan hands-on, penglibatan dan eksperintial. Pengalaman langsung yang paling asas dan semula jadi ialah bermain.

Contoh-contoh pengalaman langsung yang boleh diimplementasikan merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza ialah;
- projek pembelajaran berkumpulan; - pendidikan luar; - kerja lapangan; - amali; - lawatan sambil belajar; - drama, dll.

Main menjadi bermakna sekiranya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasaan. Main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa. Main hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan. Main hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain. Main merupakan aktiviti fizikal, atau psikologikal atau kedua-duanya dan hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.

Dapat mengawal emosi kanakkanak. Membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Membantu perkembangan bahasa. Meningkatkan keyakinan diri. Sebagai keperluan kesihatan fizikal. Dorongan untuk belajar menyayangi.

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana : Memberikan peluang kepada kanakkanak meluahkan idea, perasaan dan emosi. Mewujudkan perasaan teneng dan menghiburkan hati . Menyediakan saluran untuk kanakkanak menggunakan tenaga yang berlebihan. Membolehkan kanak-kanak menyediakan diri ke arah kedewasaan atau kematangan.

Memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaiakan pelbagai bentuk masalah (kognitif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Dapat membudayakan proses pembelajaran termasuk mengulang, latihan, latih tubi, peniruan, penerokaan, penemuan,perkaitan, membuat huraian, rumusan dan menguji. Membantu dalam pembentukan jati diri, keterampilan diri, pemupukan nilai murni seperti motivasi, penglibatan, ketahanan, kemahiran interpersonal, keyakinan diri dan berani bertindak.

Perkembangan motor kasar dan motor halus. Meningkatkan kemahiran fizikal berlari, melompat, memanjat. Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh. Meningkatkan kemahiran manipulatif mencantum, melukis, menampal. Meningkatkan kemahiran mengimbang renang, kawal pernafasan.

Belajar berinteraksi secara positif. Belajar menghormati hak orang lain. Menghargai alam sekitar. Menghormati nilai budaya. Mengurangkan tekanan. Memenuhi keperluan naluri ingin tahu.

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Dapat meneroka sesuatu yang baru. Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar.

Kepentingan main secara ringkas : Meningkatkan keupayaan kognitif. Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif. Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan. Membantu dalam menyelesaikan masalah. Membina kemahiran sosial. Memahami dunia sekeliling. Mempelajari bahasa. Membantu murid mengatasi perasaan tertekan. Membina kemahiran kendiri yang positif . Memupuk sikap tanggungjawab. Mempelajari peranan orang dewasa.

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji:
Permainan Sosial Mildred Parten (1932) Main Kognitif Piaget (1962)

Beliau telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada 6 peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh beliau terus dijadikan rujukan.

Kategori main sosial mengikut Mildred Parten (1932), di antara umur 2 hingga 5 tahun, boleh dikalsifikasikan kepada 6 kategori. Unoccupied Play Main Pemerhati (Onlooker Play) Main Diri Sendiri (Solitary paly) Main Selari (parallel play) Main asosiatif (associative play) Main koperatif (cooperative play)

(a)Unoccupied Play(Perlakuan tidak menentu)


Murid berada dalam lingkungan kawasan permainan tetapi tidak bermain

(b) Main Pemerhati (Onlooker Play) Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minima atau tidak langsung tetapi lebih suka memerhati rakanrakan mereka bermain.

(c) Main Diri-Sendiri


Sesuatu aktiviti fizikal atau psikologikal, atau kedua-duanya dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak secara bersendirian tanpa peserta lain. Mengikut Patern, main diri-sendiri dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 tahun. Menyertai diri dalam main serupa hilang diri dalam dunia imaginasi tanpa mempedulikan kanak-kanak lain. Terdapat unsur main pemerhati (onlooker play) apabila memerhati seorang kanak-kanak lain bermain

(d) Main Selari


Aktiviti main dimana dua atau lebih kanak-kanak bermain sendirian secara berasingan dalam aktiviti main, tempat dan masa yang sama. Menarik minat kanak-kanak untuk turut menyertai aktiviti kanak-kanak lain. Membawa peluang meningkatkan interaksi dan komunikasi di antara mereka yang terlibat dalam main selari.

(e) Main Asosiatif


Sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam aktiviti main secara a kumpulan menggunakan peralatan yang sama Main asosiatif melibatkan kerjasama dan komunikasi kanak-kanak antara satu sama lain. Mengikut kajian Parten, pola main asosiatif dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 3 dan 4 tahun.

(f) Main Koperatif


Dua atau lebih kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. Kanak-kanak diberi peranan dan objek khusus dan mereka mematuhiperaturan yang ditetapkan. Setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial. Memainkan peranan yang penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi secara keseluruhan.

Piaget(1962) telah mengemukakan 3 peringkat dan kategori main, iaitu: Main latihan (practice play) melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti fizikal. (6 bulan hingga 2 tahun) Main simbolik (symbolic play) termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental. (2 tahun hingga 6 tahun) Main yang melibatkan aplikasi peraturan. (7 tahun dan seterusnya)

Permainan kognitif amat sesuai digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran memandangkan bermain merupakan proses belajar yang paling berkesan. Piaget, 1962 mengklasifikasikan jenis permainan kognitif seperti berikut:
Main Fungsian (Functional Play) Main Fantasi (Fantasy Play) Main Berperaturan (Games & Rules) Main Konstruktif (Constructive Play) Main Dramatik (Dramatic Play)

(a)Main Fungsian Melibatkan aktiviti bermain yang berupa gerak balas aktiviti otot. Mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan. Kanak-kanak melakukan perkara yang diperhatikan/ dicubanya sendiri sebagai satu penerokaan. Memberi peluang kepada kanak-kanak berlatih secara fizikal semasa meneroka persekitaran.

(b) Main Fantasi Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan untuk mencipta aktiviti-aktiviti baru di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka seperti mengambil kotak untuk mewakili sebagai kereta

(c) Main Berperaturan Permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan. Cth: permainan board game seperti dam ular, sahibba dan monopoli ialah permainan berperaturan sama ada peraturan sedia ada ataupun peraturan yang dibina sendiri oleh pasukan yang bermain.

Dari segi kognitif, permainan berperaturan ini membantu perkembangan kanak-kanak spt kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi. Dari segi sosial dan emosi, main jenis ini membuatkan kanak-kanak mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan sepasukan dan pasukan lawan, berkomunikasi, berkompromi, bertolak,ansur serta menghormati kemenangan dan menerima kegagalan.

(d) Main konstruktif Melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti. (cipta istana pasir, binaan,memasak)

(e) Main Dramatik Melibatkan interaksi verbal di antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam aktiviti ini. Dua kategori main sosiodrama :
Main yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik Main sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

Penglibatan aktif
o Apabila kanak-kanak bermain, pergerakan badan diperlukan. Mereka menggunakan motor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat manipulasi terhadap bahanbahan. Mereka melibatkan diri secara aktif berinteraksi dengan rakan dan persekitaran.

Motivasi intrinsik
o Keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diri individu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dan kepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.

Bebas untuk memilih


o Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang dari keputusan kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila hendak bermain. Dengan itu kanak-kanak dapat meneroka cara bermain serta menjelajah alam sekeliling serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang minima.

Menyeronokkan
o Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lain menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat penyesuaian yang menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar masyarakatnya.

Penerokaan
o Kedua-kedua jenis main, sosial dan kognitif, terdapat ciri penerokaan seperti meneroka alat permainan, tempat permainan, cara berkomunikasi, dan persekitaran. Setiap peristiwa/ bahan/ rakan merupakan pengalaman baru dan mempunyai kelainan. Membuka dan memasang alat permainan merupakan penerokaan. Kanak-kanak meneroka cara menggunakan fungsi alat permainan dengan efisien. Aktiviti berlari, memanjat, melompat dan membuai di taman permainan

Simulasi Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai situasi sebenar. Lakonan dan main peranan yang disediakan dengan kostum dan props yang mirip kepada senario sebenar dapat memberi kefahaman dan penghayatan pelakon (kanakkanak) merasakan watak yang dimainkan.

You might also like