You are on page 1of 2

LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang berlaku telah menyebabkan kecederaan, kematian serta
kerosakan kenderaan yang terbabit. Oleh itu, sewajarnya langkah-langkah yang efektif perlu
dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Antara langkah utama dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah memperbaiki
sikap pemandu itu sendiri. Semua pemandu yang berada di jalan raya hendaklah mematuhi
peraturan jalan raya. Para pemandu hendaklah memandu mengikut had laju yang ditetapkan
oleh pihak kerajaan. Sikap pemandu yang gemar melanggar lampu isyarat merah mestilah
dielakkan kerana ia boleh membawa kepada kemalangan dan kesesakan jalan raya. Di
samping itu, pemandu juga tidak dibenarkan memotong di garisan berkembar kerana ia
boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Pihak keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya mematuhi peraturan jalan raya semasa
memandu. Anak-anak juga boleh menasihati ibu bapa yang memandu supaya tidak memandu
terlalu laju dan sentiasa bertolak ansur ketika berada di jalan yang sesak. Jika anak-anak
melihat ibu bapa memotong barisan atau memotong jalan dengan menggunakan lorong
kecemasan, anak-anak perlulah menegur sikap ibu bapa. Amalan nasihat-menasihati
dalam hal keselamatan jalan raya pasti akan dapat mengelakkan kemalangan berlaku.
Pihak kerajaan juga boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan dan
peruntukan bagi membina satu sistem jalan raya yang selamat kepada pengguna jalan raya.
Pihak kerajaan juga boleh membina jalan raya yang lebih lurus dan ada laluan khas untuk
motosikal. Pihak kerajaan juga perlulah memperbaiki kemudahan pengangkutan awam supaya
lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam terutama semasa hari perayaan.
Dengan tindakan yang proaktif daripada pihak kerajaan pasti kesesakan dan kemalangan
jalan raya dapat dikurangkan.

Pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya juga perlu bertindak dalam


mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pihak polis mestilah bertugas dengan baik
dan membuat pemantauan yang berterusan terhadap sikap pemandu kenderaan. Pemandu
yang melanggar peraturan jalan raya hendaklah disaman dan didakwa di mahkamah untuk
dijadikan pengajaran kepada orang lain. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan juga boleh
memainkan peranan dengan menahan kenderaan yang tiada cukai jalan atau membawa
muatan yang berlebihan. Jika pihak penguatkuasa undang-undang jalan raya dapat
memainkan peranan dengan berkesan, maka kemalangan dapat dikurangkan dan ia pastinya
menguntungkan banyak pihak.
Pihak media massa juga boleh memainkan peranan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya. Peranan media massa dalam mempengaruhi sikap pengguna jalan
raya memang tidak dapatdinafikan. Contohnya, kempen-kempen keselamatan jalan raya
boleh dibuat dengan menggunakan media massa. Pihak kerajaan yang memiliki stesen
RTM boleh menggunakan stesen televisyen dan radio ini sebagai tempat untuk
menyampaikan kempen keselamatan jalan raya. Sewajarnya kempen-kempen keselamatan
jalan raya dibuat secara berterusan di media massa supaya dapat memberi k esan yang
mendalam kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya.

You might also like