You are on page 1of 84

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVIS

TEORI KOGNITIF & PRINSIP

PELOPOR TEORI KOGNITIF & PRINSIP

W . KOHLER R.M. GAGNE

J. S. BRUNNER DAVID . P AUSUBEL

BIODATA

Nama Penuh : Wolfgang Kohler P.O.B : Revel Estonia, 1887 Membesar : Jerman Bukunya ; The Mentality of Apes (1917) Meninggal dunia pada 1967

TEORI PEMBELAJARAN CELIK AKAL : W. KOHLER


Menggunakan pendekatan kognitif. Menurut Kohler, persepsi perkaitan untuk menyelesaikan masalah dikenali sebagai celik akal Celik akal - kebolehan mental yang mendorong manusia memberi pandangan terhadap perkaitan dalam persekitaran yang secara tiba-tiba dapat menolong menyelesaikan masalah.

EKSPERIMEN
Menjalankan kajian terhadap 4 ekor chimpanzi (Chica, Grande, Konsul, dan Mas)

Chimpanzi ditempatkan di kawasan permainan yang berpagar.

Alatan yang ada dalam kawasan permainan adalah termasuk kayu yang berlainan panjang dan kotak kayu.

Sesikat pisang di letakkan pada aras yang jauh dari capaian chimpanzi.

Gambar : Konsul menggunakan kayu sebagai belantan untuk mengambil buah yang tergantung.

Gambar : Chicha mendirikan kayu panjang dan memanjatnya dengan cepat sehingga ke pangkal dan mengambil pisang yang tergantung sebelum kayu jatuh.

Gambar : Grande menggunakan kotak kayu sebagai tingkat tangga,

ONE OF THE SMARTEST CHIMPS, SULTAN, WAS GIVEN A VERY DIFFICULT PROBLEM
Sesikat pisang diletakkan di luar kandang Sultan, dan 2 batang bambu pendek (kecil dan besar) dalam kandang Sultan.

Bambu yang disediakan di dalam kandang Sultan tidak cukup panjang untuk mencapai pisang yang berada di luar kandang.
CELI K AKAL

Sultan memasukkan bambu yang lebih kecil dengan lubang bambu yang lebih besar.

Pisang di tarik dengan menggunakan gabungan bambu tadi.

Mas created a long stick to pull the bananas.

KESIMPULAN
Kohler percaya bahawa chimpanzi mempunyai kebolehan mental, yang mana mereka melihat penyelesaian sebelum bertindak. Kebolehan kognitif mendorong kepada penyelesaian masalah melalui perkaitan persekitaran.

BIODATA
Nama : Jerome Seymour Bruner D.O.B : 1 Oktober 1915 P.O.B : New York Warganegara : Amerika Penulisan ; The Process of Education - menekankan pembaharuan kurikulum.

TEORI PEMBENTUKAN KONSEP : J. BRUNER


Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan dan mengatakan pembelajaran adalah satu proses sosial aktif.

Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat.

Persekitaran juga memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat) dan murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.

Pembelajaran penemuan Bruner menyatakan konsep mengetahui adalah satu proses. Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian. Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Guru perlu bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum.

Murid-murid belajar melalui pengalaman.

Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.
Bagi murid-murid di Tahap Satu, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.

Bagi murid-murid Tahun Enam ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar murid-murid berupaya mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa.

Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna.

Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi pelajaran.
Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlau yang diingini dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner.

guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya.
Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan. Kajian Bruner menekankan perkembangan kognitif kanakkanak.

Ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman.
Menurut Bruner, perkembangan kognitif juga melalui peringkatperingkat tertentu.

Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut: Peringkat enaktif ( 0 2 tahun ) Peringkat ikonik ( 2 4 tahun ) Peringkat simbolik ( 5 7 tahun )

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori.

Beliau mengutamakan pembelajaran secara induktif dengan menggunakan konsep atau kategori.
Beliau juga mementingkan sistem pengekodan dalam huraiannya tentang pemikiran. Dengan adanya sistem pengekodan, kita dapat membuat inferens (kesimpulan) daripada rangsangan yang diterima.

Robert Mills Gagne

Robert Mills Gagne 1916-2002 Beliau telah mendapat ijazah dalam psikologi di universiti Brown pada1940. beliau menghasilkan buku pertamanya The Conditions Of Learning dan menghasilkan Hierarki Pembelajaran.

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT: R.M GAGNE

Essential of Learning for Instruction, 1975 : teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. menunjukkan pembelajaran berlaku secara peringkat. Deria manusia menerima rangsangan dari luar. Maklumat ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Fasa-fasa Pembelajaran
1. Fasa Motivasi 2. Fasa Kefahaman 3. Fasa Pemerolehan 4. Fasa Pemilihan penanggapan 5. Fasa Pemahaman 6. Fasa Mengingat semula 7. Fasa Generalisasi 8. Fasa Maklum Balas

Pembelajaran Isyarat :

Memahami gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Menguap= mengantuk Pembelajaran melalui pelaziman tingkah laku.

Pembelajaran Gerak Balas:

Perlu peneguhan untuk memperkuatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas. Peneguhan-konsisten Gerak balas yang positif dapat dikekalkan

Pembelajaran Rangkaian Motor:

Melibatkan kemahiran motor Menimbulkan gabungan beberapa kemahiran motor Muzik, permainan dan mekanikal

Pembelajaran Pertalian Bahasa :

Digunakan untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Dibina melalui rangkaian bahasa

Pembelajaran Diskriminasi :

Membezakan apa yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu. Memudahkan proses mengingat Pelajar memberi gerak balas berbeza terhadap ransangan yang berbeza.

Pembelajaran Konsep :

Timbul melalui pertalian bahasa dan pembelajaran diskriminasi Membentuk konsep melalui persepsi dan pengamatan. Contoh yang jelas = konsep betul dan tepat.

Pembelajaran Hukum :

Melibatkan penggunaan rumus, prinsip, dan generalisasi. Melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dengan sesuatu urutan atau rangkaian

Pembelajaran Penyelesaian Masalah :

Menggabungkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum Menyelesaikan masalah dalam situasi baru Langkah penyelesaian masalah = mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan dan membuat rumusan

Kesimpulan....

Proses pembelajaran Gagne menyimpulkan bahawa proses pembelajaran bermula daripada rangsangan-rangsangan diluar, sama ada rangsangan dipilih menjadi bahan pembelajarannya bergantung kepada motivasi luaran/dalaman.

BIOGRAFI
David Paul Ausubel dilahirkan pada 1918 dilahirkan di Brooklyn, NY Psychology from Columbia University

TEORI PEMBELAJARAN RESEPSI : DAVID.P AUSUBEL

Penekanan kepada resepsi yang bermakna. Pembelajaran resepsi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan. Mempunyai perkaitan dengan teori Piaget, Gesalt, dan Bruner.

PEMBELAJARAN

Melalui

resepsi

penemuan

bermakna

hafalan

bermakna

hafalan

TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Dua prasyarat bagi pembelajaran resepsi :

Murid sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan positif terhadap aktiviti pembelajaran. Pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Faktor yang mengganggu pembelajaran yang bermakna :

Kognitif sukar memahami konsep yang lebih kompleks.

Sikap dan tujuan

Prasyarat pembelajaran resepsi

Pengetahuan sedia ada

Motivasi

- kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna. Strategi Pembelajaran - menghafal (menggalakkan pembelajaran hafalan yang tidak bermakna).

Perubahan dan perkembangan struktur kognitif dengan asimilasi maklumat yang dipelajari adalah dapat diperolehi melalui proses subsumption.

FAKTOR MENGGANGGU PEMBELAJARAN BERMAKNA

KOGNITIF

MOTIVASI

STRATEGI PENGAJARAN

Strategi Pembelajaran Resepsi yang Bermakna.

Peringkat persediaan
Menentukan objekif pembelajaran Memilih bentuk isi pengajaran Memilih contoh yang sesuai Peringkat Penyampaian Menimbulkan kesediaan belajar pelajar Memperkenalkan pengelola awal Hubungan konsep Pembezaan progresif Penyesuaian secara intergrasi

STRATEGI PEMBELAJARAN RESEPSI


PERINGKAT PENYAMPAIAN

PERINGKAT PERSEDIAAN

OBJEKTI F

INTERGRA SI
CONTOH

KONSEP

ISI PELAJARAN

PENGELOLA AN

Dua bentuk proses subsumption :


Subsumption
Menerbitkan

terbitan

sesuatu maklumat terbaru daripada maklumat yang sedia ada dan diasimilasikan dalam struktur kognitif orang.

Subsumption

korelatif

Menerima maklumat atau konsep baru melalui konsep perkembangan maknanya dalam struktur kognitif. Dapat mengubah maklumat yang sedia ada

Teori Metamorfosis

Pendapat berkait antara satu dengan yang lain dengan teratur. Fikiran- sesuai dengan kelogikan tataterib dalam menyusun pendapat denga lebih teratur. (The human mind follows logical rules for organizing information into respective categories)

Teori konstruktivis dan prinsip

KANDUNGAN
Konstruktivis Jean Piaget
PELOPOR

Lev Vygotsky Prinsip konsruktivis

APA ITU KONSTRUKTIVIS ??

Berasal daripada perkataan Constructivism, iaitu falsafah membina. Ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mempunyai erti yang sama dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau Konstruktivisme. Berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori perkembangan prokimal Vygotsky.

Piaget pandangan terhadap ilmu pengetahuan ialah proaktif. Vygotsky bersifat kolektif

PRINSIP KONSTRUKTIVIS
Pelajar :

Membina pengetahuan secara aktif


Bukan penerima pasif pengetahuan Bukan tentang pemerolehan idea baru tentang pelajar membina atau merubah idea mereka yang sedia ada

PRINSIP KONSTRUKTIVIS

Untuk belajar: Pelajar perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

Kegagalan belajar idea baru: Pelajar akan kekalkan idea sedia ada, atau pelajar akan sesuaikan secara palsu (false accomodation) idea baru tersebut dan kekal dengan idea sedia ada.

PRINSIP KONSTRUKTIVIS
Pembelajaran dilihat sebagai: pengubahan idea,

pembinaan & penerimaan idea baru, penstrukturan semula idea sedia ada.

JEAN PIAGET (1896-1980)

Seorang ahli psikologi. Terkenal atas sumbangan beliau dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Teori beliau berasaskan pada premis bahawa kanak-kanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu Peta mental Skema atau jaringan konsep. Tujuan : memahami serta memberi respon terhadap pengalaman fizikal dalam persekitaran mereka. Berdasarkan pemerhatian ke atas 3 orang anaknya, beliau berasa seolah-olah mengaplikasikan prinsip biologi dalam mengkaji perkembangan manusia.

JEAN PIAGET (1896-1980)

Menurut beliau, struktur kognitif kanak-kanak semakin bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui. Contoh : kanak-kanak akan beralih daripada refleks semulajadi seperti menangis, dan menghisap kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berjalan, melompat dan lain-lain.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET (1896-1980)

Teori ini dianggap sebagai menyeluruh walaupun masih terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan teori beliau. Piaget mengemukakan idea mengenai pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan. Mencadangkan penyelidik agar belajar mengikut perkembangan intelek yang kanakkanak alami secara berterusan. Piaget merumuskan bahawa :

Wujud sistem logikal yang mudah dan sistematik yang mendasari pemikiran kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET (1896-1980)

Untuk memahami perkembangan, seharusnya sistem ini diidentifikasikan dan diagih mengikut kriteria yang tersendiri. Percaya bahawa fungsi kecerdasan :

Membantu menyesuaikan diri (adaptasi), terhadap persekitaran. Fokus penyesuaian ialah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Pembelajaran dan kematangan kanak-kanak , maka kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET (1896-1980)

Perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan equilibration (penyeimbangan).

Equilibrationkeadaan yang menyebabkan kanakkanak mencari keseimbangan antara apa yang mereka alami dalam persekitaran dengan proses struktur kognitif yang dihadapinya.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET (1896-1980)

Melibatkan 2 proses untuk membuat adaptasi dengan persekitaran, iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Kedua-dua proses ini digunakan sepanjang hayat sambil proses penyesuaian diri kita meningkat dan bertambah kompleks.

DI LUAR

DALAM KEPALA KITA Merujuk kepada rajah disebelah, asimilasi adalah satu proses memuatkan maklumat baru dalam struktur kognitif yang sedia ada. Proses ini berlaku sepanjang masa kerana kita sering memproses pelbagai jenis maklumat dan pengalaman.

Asimilasi : proses mengintergrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada.

DI LUAR

DALAM KEPALA KITA

Akomodasi : proses mengubah struktur kognitif untuk , menerima sesuatu daripada persekitaran.

Merujuk kepada rajah disebelah, ialah bagaimana akomodasi berlaku apabila kita berdepan dengan maklumat atau pengalaman baru. Biasanya kita akan wujudkan skema baru untuk menempatkan maklumat atau pengalaman baru ataupun mengubahsuai skema sedia ada agar dapat muatkan pengalaman baru.

PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

Sensori motor

Praoperasi

Operasi konkrit

Operasi formal

TAHAP SENSORI MOTOR ( LAHIR-2 TAHUN )

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

OPERASI KONKRIT ( 7-11 TAHUN )

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

OPERASI FORMAL ( 11-HINGGA ZAMAN REMAJA )

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

BIOGRAFI

Ahli psikologi Russia. Berkhidmat sebagai seorang guru di kampungnya, dengan mengajar subjek Psikologi. The Psychology of Art, merupakan penyelidikan beliau yag unggul. Peroleh Ph.D dalam bidang Psikologi.

LEV SEMENOVICH VYGOTSKY (1896-1934)

VYGOTSKY DAN KONSTRUKTIVS SOSIAL

Beliau mengatakan bahawa murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi objek sedia ada. Murid yang berbeza dari segi latar belakang, budaya, kebolehan, minat dan sebagainya mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang berbeza.

ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZPD)

Tahap perkembangan murid dibahagikan kepada 2 bahagian :


1.

2.

Tahap perkembangan sebenar Tahap perkembangan berpotensi

ZPD merujuk kepada jarak antara tahap perkembangan sebenar (yang ditentukan oleh kebolehan menyelesaikan masalah secara individu) dan tahap perkembangan berpotensi (yang ditentukan oleh proses menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang dewasa yang lain ataupun rakan sebaya yang lebih berkebolehan.) Ringkasnya, bahawa rakan yang lebih berilmu akan berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan untuk merapatkan jurang antara mereka. Bagi menggalakkan berlakunya pembelajaran dalam murid-murid, perlulah menyediakan

ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZPD)


Had atas : tahap penerimaan tanggungjawab oleh pelajar dengan bantuan guru, jurulatih dan sebagainya.

ZPD
Had bawah : tahap penyelesaian yang dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa bantuan orang lain.

ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZPD)

KONSEP PERANCAH (SCAFFOLDING)

Scaffolding digunakan sebagai satu metafor. Perancah merujuk kepada bimbingan dan pembelajaran yang diberi oleh seorang dewasa, dalam proses PnP melalui soalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif.

Guru hanya memberi sokongan minimum sahaja bagi membolehkan murid berjaya.

ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZPD)

1.

2.

Garis panduan untuk membantu guru melaksanakan peranan sebagai perancah : Sedar tentang peranan anda yang pelbagai dan murid-murid sepanjan PnP. Misalnya guru sebagai model kepada mereka. Bilik darjah hendaklah disusun untuk kerja kumpulan agar murid-murid boleh berkolaborasi sesama mereka dan bertindak sebagai pengajar kepada rakan sebaya mereka.

RUMUSAN

Pembelajaran bertujuan untuk membolehkan murid-murid membina makna masing-masing, bukannya menhafal jawapan yang betul atau meniru rakan-rakan mereka. Oleh itu, cara untuk mengukur pembelajaran ialah dengan menjadikan pentaksiran sebahagian daripada proses pembelajaran. Pentaksiran yang diberi hendaklah memaklumkan kepada murid-murid mengenai kualiti pembelajaran mereka.

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ASPEK

KURIKULUM PENGAJARAN
PENILAIAN

KURIKULUM

Kurikulum yang disediakan di setiap tahap persekolahan hendaklah berasaskan pengetahuan lalu.

KURIKULUM
Menggunakan strategi pembelajaran resepsi agar lebih sistematik.
Memberi gambaran keseluruhan terhadap isi kandungan yang akan dipelajari.

Mengutamakan minat dan penyertaan murid dalam pembelajaran.

Menggunakan Lapan Fasa proses pembelajaran.

Menyerapkan aktiviti penyoalan dan menyelesaikan masalah.

PENGAJARAN

Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan menggalakkan pelajar untuk berfikir. Selain itu, mereka juga mampu untuk membuat penilaian fakta di samping memupuk pemahaman baru.

PENGAJARAN
Menggunakan pengelola awal sebagai motivasi pembelajaran di peringkat permulaan. Memberi kesempatan kepada murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran kendiri. Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif.

Bina suasana kondusif dan alat bantu mengajar yang menarik.

Mengaitkan ilmu sedia ada dengan pembelajaran baru.

Menggalakkan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan prestasi pembelajaran.

Menggunakan bahan konkrit untuk mengajar.

Membimbing pelajar membezakan ciri-ciri atau persepsi penting.

Atur langkah PnP berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.

Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiripenemuan dan kaedah induktif.

Mengajar mengikut mod pembelajaran yang berbeza. Enaktif model pembelajaran. Ikonik filem/video Simbolik - perbincangan

Guru bertindak sebagai fasilitator- menyusun maklumat untuk memudahkan perkaitan.

Membimbing pelajar menggunakan prinsip, hukum, dan teorem.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PIAGET


1

Merancang situasi yang mencabar.


Menimbulkan gerak balas. Memberi tugasan. Bentuk kumpulan koperatif

PENILAIAN

Penilaian adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di mana pengujian piawai yang berasaskan gred seeloknya dihapuskan. Peranan memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan masing-masing.

PENILAIAN
Mengembangkan tahap pemikiran menggunakan teknik penyoalan. Menggunakan penilaian formatif untuk menilai kemajuan murid.

Menggunakan celik akal untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi.

Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

Melalui refleksi.

Berdasarkan prestasi dalam Zon Perkembangan Proksimal.

ULASAN TOPIK
- Kohler - Bruner - Ausubel - Gagne

Kognitif

Pelopor dan prinsip Teori pembelajaran kognitif dan konstruktivis

Implikasi terhadapa pengajaran dan pembelajaran

konstruktivis

- Piaget - Vygotsky

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like