You are on page 1of 2

Kesultanan Sulu

Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah. Sejarah Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan. Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol. senarai sultan sulu 1) sultan shariful hasyim 1450-1480- pengasas kesultanan sulu 2) sultan kamaluddin 1480-1500 3) sultan muizzudin mutawaddin/ maharaja lipo 1500-1525 4) sultan nassaruddin awal 1525-1578 5) sultan abdul halimuddin pangeran al-halimi 1578-1596 6) sultan batara tengah 1596-1610 7) sultan mawail watir keboungsuan 1610-1650 8) sultan salahuddin keramat 1650-1680 9) sultan shahbuddin 1680-1710kesultanan brunei menyerahkan sabah timur kepada sulu atas kejayaan membantu kesultanan brunei menewaskan pemberontakan di pulau chermin serta menberi pulau palawan kepada sultan sultan qudarat sempena perkahwinan dengan puteri sulu 10) sultan mustafa shafuddin 1710-1718 11) sultan badaruddin barbilas 1 1718-1732 12) sultan nasaruddin 1732-1735 13) sultan alimuddin azimuddin 1 (1735-1748) (1764-1774) 14) sultan batilan maazuddin 1748- 1763 15) sultan israil 1774-1791

16) 17) 18) 19) 20) 21) 22) 23)

sultan sharifuddin 1791-1808 sultan alimuddin 2 1808 sultan aliyuddin 1 1808-1821 sultan shakiraullah 1821-1832 sultan jamalul kiram 1 1832-1842 sultan muhammad pulaluwan 1842-1862 sultan muhammad aranah 1862 sultan jamalul alam/ azam 1862-1881raja sabah terakhir disebabkan perjanjian di antara syarikat overbeck and dent pada 1879 dan menyerahkan sabah kepada syarikat tersebut yang kemudian menjadi syarikat berpiagam borneo utara(SBUB) 24) sultan badaruddin 2 1881-1884 25) sultan jamalul kiram 2 1884-1936

You might also like