You are on page 1of 2

Cari maklumat berdasarkan pelbagai bahan rujukan, bagaimana guru dapat MINGGU menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan

perkembangan kognitif 12 murid. Berikan beberapa aktiviti yang anda cipta untuk menggembangkan minda murid tahun1.
Bagaimana guru dapat menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan perkembangan kognitif murid. Setiap perkembangan guru mestilah mempunyai memupuk pengetahuan kemahiran tentang dalam proses pertumbuhandan cara-cara merangsang

kanak-kanak

dan

perkembangan fizikal, kognitif,bahasa, emosi serta estetika dan daya kreatif kanak-kanak. Setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru haruslah selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid. Oleh kerana Piaget menyarankan bahawakanak-kanak belajar melalui pengalamandan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti dikelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yangsenang dilihat dan disentuh. Manakala pada peringkat Tahun Dua dan Tiga,kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad. Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka.

Cari maklumat berdasarkan pelbagai bahan rujukan, bagaimana guru dapat MINGGU menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan perkembangan kognitif 12 murid. Berikan beberapa aktiviti yang anda cipta untuk menggembangkan minda murid tahun1.

Berikan beberapa aktiviti yang anda cipta untuk mengembang minda murid tahun 1.

1. COIN TOSSING LANGKAH-LANGKAH letakkan markah ke atas setiap botol. setiap botol mempunyai markah yang berlainan. suruh murid-murid membaling syiling dari satu tempat yang tetap ke dalam botol yang disediakan. suruh murid-murid untuk mengira markah yang diperolehinya sendiri.

2. ALPHABET FUN LANGKAH-LANGKAH menyuruh murid-murid untuk menulis setiap satu huruf rumi di atas kertas dan terbalikkannya fikir sesuatu kategori. contoh: makanan,haiwan suruh pelajar fikir dan eja untuk mengikut kategori yang dipilih untuk setiap abjad.

You might also like