You are on page 1of 6

ALIA SOFIAH SKRIP UNTUK PEMBENTANGANBACA SKRIP IKUT SLAID

Slaid 1 (kata aluan)


Assalamualaikum wbt..
Yang dihormati cikgu hanna (alia letak nama penuh cikgu hanna), guru mata pelajaran sejarah
kelas 3 syafie sabk maahad alyahyawiah, cikgu (nama cikgu pentaksir pusat, jika ada) dan
rakan2 kelas 3 syafie yang saya kasihi sekalian.
Nama saya alia sofiah bt. Yusof. Pada hari ini saya akan membentangkan pelaporan kerja kursus
sejarah yang menjadi tajuk kajian saya iaitu pertabalan sultan nazrin muizuddin shah sebagai
sultan perak ke-35.

Slaid 2 (pengenalan)
Saya memilih tajuk ini sbg bahan kajian kerja kursus sejarah adalah kerana peristiwa ini
merupakan satu peristiwa yang julung2 kali dapat kita saksikan. Peristiwa pertabalan ini adalah
sangat unik dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

Istiadat ini telah diamalkan sejak zaman pemerintahan sultan perak yang pertama iaitu almarhum
sultan muzaffar shah 1 ibni almarhum sultan mahmud shah. Baginda memerintah perak pada
tahun 1528.

Adat istiadat ini telah diamalkan dalam upacara pertabalan kesemua 34 sultan negeri perak darul
ridzuan sebelum ini.

Adat istiadat diraja turun temurun ini diteruskan dalam istiadat pertabalan sultan nazrin
muizzuddin shah ibni almarhum sultan azlan muhibbuddin shah, sultan perak ke-35 pada 6 mei
2015 yang lalu.

Istiadat ini berlangsung selama 15 hari bermula 3 hingga 17 mei 2015 di istana iskandariah, kuala
kangsar, perak.

Istiadat ini mengandungi 6 istiadat utama iaitu:


1. Istiadat meletak kerja
2. Istiadat tabal adat
3. Istiadat tabal pusaka
4. Istiadat menzirah makam diraja
5. Istiadat mencecah kaki di beting beras basah
6. Istiadat menutup kerja

Istiadat ini mengandungi beberapa istiadat kecil seperti istiadat:


1. Memasak tiang seri panca persada
2. Mengambil air bersiram tabal di tujuh kuala sungai
3. Memulih perkakasan kerajaan
4. Bersiram tabal
5. Menyantap nasi berastakona

Slaid 3 (faktor pertabalan 1)


Faktor utama berlakunya peristiwa pertabalan sultan nazrin shah sebagai sultan perak ke-35 ialah
kemangkatan sultan perak ke-34 iaitu almarhum sultan azlan muhibbuddin shah ibni almarhum
sultan yussuf izuddin shah.
Baginda mangkat pada 24 mei 2014, di institut jantung negara, kuala lumpur.
Pada ketika itu, sultan nazrin shah merupakan raja muda dalam penggiliran raja di negeri perak.

Slaid 4 (faktor pertabalan 2)


Bagi memahami faktor pemillihan sultan nazrin shah sebagai pemerintah negeri perak yang
baharu maka memahami sistem pewarisan takhta kerajaan perak.
Sistem pengganti raja di perak adalah unik kerana mengikut giliran di antara raja-raja bergelar
dan bukannya diturunkan dari ayah kepada anaknya seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja
di malaysia yang lain.
Kedudukan raja-raja bergelar negeri perak adalah mengikut turutan seperti berikut ( baca dari
bawah)

1. Sultan perak
2. Raja muda perak
3. Raja di hilir
4. Raja kecil besar
5. Raja kecil sulong
6. Raja kecil tengah
7. Raja kecil bongsu

Slaid 5 (faktor pertabalan 3)

Paparan ini menunjukkan kedudukan sultan nazrin shah sebelum bergelar sultan perak ke-35
Sebelum ditabalkan menjadi sultan perak ke-35, paduka seri sultan nazrin muizzuddin shah
ketika itu dikenali sebagai raja nazrin shah.
Baginda dilantik sebagai raja kecil besar pada 16 februari 1984 .
Apabila sultan azlan syah dimasyhurkan sebagai paduka seri sultan perak ke-34 pada 03 februari
1984, kedudukan raja bergelar negeri perak pada ketika itu adalah seperti berikut :
(baca dari atas)

1. Sultan perak - sultan azlan shah


2. Raja muda perak - raja ahmad saifuddin
3. Raja di hilir - raja ahmad hisham
4. Raja kecil besar - raja nazrin shah
5. Raja kecil sulong - raja izzuddin
6. Raja kecil tengah - raja jaafar
7. Raja kecil bongsu - raja iskandar dzulkarnain

Pada 12 april 1987, raja muda, raja ahmad saifuddin telah mangkat.
Maka kedudukan raja-raja bergelar sepatutnya naik satu anak tangga menjadi seperti berikut:
1. Sultan perak - sultan azlan shah
2. Raja muda perak - raja ahmad hisham
3. Raja di hilir - raja nazrin shah
4. Raja kecil besar - raja izzuddin
5. Raja kecil sulong - raja jaafar
6. Raja kecil tengah - raja iskandar dzulkarnain
7. Raja kecil bongsu - raja ashaman shah

Slaid 6 (faktor pertabalan 4)


Tetapi keadaan tidak berlaku sedemikian.
Raja ahmad hisham telah menolak tawaran untuk naik sebagai raja muda di atas faktor kesihatan
dan usia baginda yang telah lanjut.
Beliau telah memberi laluan kepada raja kecil besar iaitu raja nazrin shah untuk menjadi raja
muda manakala beliau kekal sebagai raja di hilir.
Kedudukan pewaris tahta berubah seperti berikut :

1. Sultan perak - sultan azlan shah


2. Raja muda perak - raja nazrin shah
3. Raja di hilir - raja ahmad hisham
4. Raja kecil besar - raja izzuddin
5. Raja kecil sulong - raja jaafar
6. Raja kecil tengah- raja iskandar dzulkarnain
7. Raja kecil bongsu - raja ashaman shah
8.
Slaid 7 (faktor pertabalan 5)
Pada 28 mei 2014, sultan perak ke-34, sultan azlan muhibuddin shah telah mangkat.
Dewan negara perak telah bermesyuarat dan bersetuju melantik raja nazrin shah sebagai sultan
perak ke-35 dengan gelaran duli yang maha mulia paduka seri sultan nazrin muizzuddin shah
ibni almarhum sultan azlan muhibbuddin shah.

Slaid 8 (kronologi)

Kronologi istiadat pertabalan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kronologi sebelum,
semasa dan selepas.
Kronologi sebelum pertabalan memfokuskan kepada:
1. istiadat tabal kerajaan
2. Istiadat meletak kerja.
Kronologi semasa pula memfokuskan kepada:
1. istiadat tabal adat
2. Istiadat tabal pusaka
3. Istiadat melawat makam2 diraja
4. Istiadat mencecah kaki di beting beras basah.
Akhir sekali, kronologi selepas memfokuskan kepada:
1. istiadat menutup kerja.

Slaid 9 (kronologi sebelum)

Istiadat tabal kerajaan telah berlangsung pada 29 mei 2014 di istana iskandariah,kuala kangsar,
perak.
Dalam istiadat tersebut, , raja nazrin shah telah dimasyhurkan sebagai sultan perak ke-35
selepas kemangkatan sultan perak ke-34 iaitu almarhum sultan azlan shah.
Sultan nazrin menandatangani surat perlantikan sebagai sultan perak ke-35
Paduka seri sultan nazrin shah sedang membaca lafaz sumpah sebagai paduka seri sultan perak
darul ridzuan
Baginda telah berkenan memilih tarikh 6 mei 2015 sebagai tarikh keramat untuk berlangsungnya
istiadat pertabalan

Slaid 10 (krono sebelum istiadat meletak kerja)

Tanda bermulanya istiadat pertabalan sultan nazrin


Berlangsung di perkarangan istana iskandariah
Kali terakhir dilakukan pada 30 tahun lalu
Sultan nazrin menzahir perkenan baginda & lafazkan pengisytiharaan
Diakhiri dengan doa oleh mufti perak
Tembakan meriam 17 das & paluan nobat dimainkan
Majlis kenduri arwah, kesyukuran & doa selamat diadakan di semua masjid & surau

Slaid 11(kronologi semasa 1 tabal adat)

Menerima tabik hormat daripada anggota rejimen askar jurutera diraja .


Para jejawat berarak membawa masuk 16 lembing dan 16 payung kerajaan
Paluan nobat lagu 'raja berangkat' dimainkan untuk mengiringi keberangkatan masuk sultan
perak dan raja permaisuri perak ke dalam balairong seri
Istiadat dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran dan sultan nazrin mengucup al-quran.
Orang kaya bendahara seri maharaja membaca watikah permasyhuran pertabalan sultan perak
Pedang cura simanja kini di arak masuk ke dalam balairong seri. Pedang tersebut
dipersembahkan kepada sultan nazrin
Sultan nazrin kemudiannya menghunus pedang tersebut lalu mengucupnya.
Slaid 12 (sambungan tabal adat)

Toh seri nara diraja mempersembahkan mestika embun kepada sultan nazrin shah.
Mestika embun diibaratkan seperti batu geliga.
Merupakan alat kebesaran negeri yang amat penting dalam istiadat pertabalan sultan perak.
Meletakkan cap halilintar ke telinga kanan sultan nazrin
Membisikkan rahsia nisab sultani iaitu asal usul sultan kepada baginda dalam bahasa pallava-
sanskrit.

Slaid 13 (sambungan tabal adat)

Orang kaya-kaya bendahara seri maharaja membaca pemasyhuran pertabalan sultan nazrin
seterusnya melaungkan 'daulat tuanku' sebanyak tiga kali berturut-turut.
Nobat tabal dimainkan diiringi tembakan meriam 21 das.
Istiadat pemasyhuran penganugerahan gelaran raja permaisuri perak kepada tuanku zara salim.
Tuanku zara salim bangun menyembah sultan nazrin shah. Baginda kemudiannya menyemat
bunga pencawa pencara di kepala raja permaisuri perak.

Slaid 14 (istiadat tabal pusaka (ada 6 istiadat kecil)

1. Memasak tiang seri panca persada


a. Kayu khas bernama sungkai dipasakkan pada tiang seri panda persada.
b. Panca persada ialah binaan setinggi 11 tingkat berbentuk segiempat.
c. Khas untuk upacara bersiram tabal.

2. Mengambil air bersiram tabal di tujuh kuala sungai. Sungai2 tersebut ialah:
1. Sungai kangsar
2. Sungai chempias
3. Sungai saiyong
4. Sungai hitam
5. Sungai chermin
6. Sungai buaia
7. Sungai menora

3. Memulih perkakasan kerajaan


a. Satu istiadat merenjis tepung tawar kepada sultan, raja permaisuri dan
perkakasan -perkakasan kerajaan.

4. Bersiram tabal
a. Sultan dan raja permaisuri bersiram dengan air dari 7 kuala sungai mereka
bersemayam di atas panca persada.
b. Sehelai kain putih direntang diatas kepala baginda berdua dan air dicurah ke
atas kain tersebut.
c. Lagu raja berangkat dan lagu puteri mandi mayang dialunkan sepanjang
upacara tersbut.
d. Baginda berdua diselimutkan dengan kain songket berbenag emas selepas
selesai majis tersebut.

5. Menyantap nasi berastakona


a. Majlis berlangsung di balairong seri setelah tamat bersiram tabal
Slaid 15 (istiadat menziarahi makam dan mencecah kaki di beting beras basah)
Makam2 yang diziarahi ialah makam sultan azlan shah , tok temong, bendahara alang
iskandar, sultan ali, sultan yusuf, makam diraja alghufran, makam sultan tajul ariffin dan
semua makam-makam diraja yang terdapat di dalam negeri perak
Beting beras basah ialah bertempat di teluk intan, perak.
Sultan nazrin mencelup kaki dan membasuh muka.
Sebagai memperingati bumi perak yang pertama dipijak oleh sultan perak pertama apabila
baru tiba dari kampar, sumatera.
Slaid 16 (istiadat menutup kerja)
Berlangsung di istana iskandariah pada 17 mei 2015
Ia tanda berakhirnya istadat pertabalan sultan perak ke-35
Baginda menyucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
Mengingatkan kepada rakyat untuk mengamalkan kerjasama, kesatuan matlamat sebagai
budaya kerja untuk memajukan perak.
Slaid 17 & 18 (impak pertabalan kepada diri)
Mendapat banyak maklumat & kefahaman tentang kesultanan melayu perak.
Memberi kesedaran, keinsafan & mengubah persepsi terhadap golongan bangsawan bahawa
mereka bukan semuanya sombong tetapi ramai juga yang bertanggungjawab.
Berbesar hati mempunyai sultan yang luhur, rendah diri, bijak & prihatin terhadap rakyat
Mendapat ilmu dan maklumat baru contohnya tentang mestika embun dan nobat diraja.
Bangga mendapat sultan yang cintakan ilmu dan pentingkan integriti
Slaid 19 (impak pada masyarakat)
Rakyat berganding bahu, menyumbangan ilmu, kemahiran & kepakaran bagi menjayakan majlis
pertabalan.
Rakyat berpeluang mengenali baginda dengan lebih dekat apabila adanya majlis bersama rakyat
sewaktu baginda menyusuri sungai perak dengan menaiki balai gambang cempaka sari untuk
menziarahi makam2 diraja di sekitar negeri perak .
Menjadi jambatan ilmu untuk menyambung silaturahim melalui penulisan2 yang dihasilkan
sempena majlis pertabalan ini. Contohnya buku nazrin shah his royal highness.
Baginda seorang yang prihatin, mesra rakyat dan nasib rakyat terbela.
Slaid20 (impak pada negara)
Memberi kesedaran kepada rakyat supaya hidup bersatu padu dan hormat menghormati.
Memperjuangkan harapan rakyat untuk melihat bahawa terdapat pemerintah yang dapat
memerintah malaysia dengan baik.
Mempopularkan malaysia di mata dunia apabila national geogrhapic channel membuat
liputan tentang majlis pertabalan tersebut.
Menggalakkan perkembangan sektor pelancongan ramai pelancong datang untuk
melihat majlis pertabalan tersebut.
Slaid 21& 22 (iktibar pada diri)
Kita perlu mengutama, mencintai, dan memuliakan ilmu
Kita perlu memahami & menghayati peradaban bangsa melayu
Kita haruslah berusaha untuk menjadikan pendidikan sesuatu yang sangat menarik
Untuk mendapat kesenangan, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya
Prinsip hidup yang kuat perlu ada dalam diri kita
Slaid 23 (iktibar kpd masyarakat)
.kita perlu mempunyai kerjasama yang tinggi.
Kita perlulah mempunyai semangat bersatu padu & bersatu matlamat.
Baginda juga memberi amanat bahawa amalan ziarah perlu digalakkan dalam masyarakat
Slaid 24 (iktibar kepada negara)
Negara harus memastikan keutuhan sistem beraja
Raja adalah simbol perpaduan
Negara yang hebat berpunca daripada raja atau sultan yang bijak mentadbir
Raja, pemimpin dan rakyat harus bersatu padu dan bekerjasama
Slaid 25 (rumusan)
Insan yang arif tentang peradaban bangsa dapat membina jati diri yang kuat
Kita haruslah mencontohi keperibadian mulia yang ada dalam diri pemerintah di negara kita.
Kita perlu rasa bangga dan hebat kerana sejarah kesultanan melayu mempunyai sejarah yang
hebat
Semangat patriotisme harus sentiasa kuat dalam diri kita
Khazanah adat resam harus dibukukan untuk menjadi dokumen yang penting.
Ia akan terus kekal abadi dalam lipatan sejarah.

You might also like