You are on page 1of 18

SULIT* SKEMA SET 1

940/3 STPM 2016


SEJARAH
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
KERTAS 3
(Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


(KELANTAN EDUCATION DEPARTMENT)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

__________________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2016

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Skema ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

1
SOALAN 1

Bincangkan peranan pembesar dalam bidang pentadbiran di Tanah Melayu sehingga 1896.

A.PENGENALAN

1. Sebelum kedatangan British pada tahun 1874, masyarakat Meiayu telah


mempunyai sistem pembesar terdiri daripada pembesar peringkat negeri, daerah
dan kampung.
2. Pembesar merupakan pembantu sultan atau raja, mengutip cukai dan menduduki
hierarki kedua dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Golongan ini mempunyai
peranan yang penting dari segi politik, ekonomi dan sosial.
3. Walau bagaimanapun, peranan pembesar-pembesar Melayu mula berubah setelah
campurtangan British sehingga tahun 1896.

B.ISI

1.Peranan pembesar dari segi pentadbiran sebelum tahun 1874.

a) Fungsi utama pembesar-pembesar tradisi ini ialah menjalankan jentera pentadbiran


negeri dengan berkesan. Di samping itu, para pembesar di peringkat pusat diberi kuasa untuk
rnentadbir kawasan-kawasan tertentu. Mereka berhak memungut cukai dan juga rnenjadi
hakim bagi kesalahan jenayah dan sivil.
b) Di Kelantan, pada tahun 1800, Sultan Muhammad I telah melantik tujuh orang pembesar
untuk membantu pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan Muhammad 1l juga telah
membentuk sebuah badan Jemaah Menteri untuk memudahkan dan melicinkan Iagi jentera
pentadbiran.
c) Di Johor, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan satu perlembagaan berdasarkan
perlembagaan British. Menurutnya, sebuah badan Jemaah Menteri diperkenalkan. Mereka
ditugaskan untuk menasihati Sultan. Sistem pembesar dan peranan mereka tidak berubah di
negeri-negeli Melayu sehingga permulaan pemerintahan British pada tahun I870-an.

2.Peranan pembesar mulai 1874 hingga 1896

a) Di bawah Sistem Rasiden ( 1874 -1896), peranan dan kedudukan pembesar-pembesar


jauh berlainan daripada peranan mereka sebelum campur tangan British.
Semasa Sistem Residen, Majlis Negeri dibentuk di negeri-negeri Melayu mulai tahun
1877. Majlis ini dianggotai oleh Sultan sebagai Presiden Majlis, Residen sebagai
penasihat dan pembesar-pembesar sebagai ahli rasmi. Residen telah menggantikan
peranan pembesar-pembesar sebagai penasihat Sultan.

b) Sultan menjalankan pentadbiran rnengikut nasihat Residen dalam semua hal


berkenaan pentadbiran kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang
Melayu. Tugas-tugas lain pernbesar-pembesar seperti mengawal keamanan, keadilan
dan keselamatan telah diambil alih oleh pegawai-pegawai Inggeris yang berada di
bawah tanggungjawab Residen.

c) Perjalanan undang-undang dan penggunaan kekerasan adalah tanggungjawab


pasukan polis. Pihak polis sendiri harus menurut perintah yang dikeluarkan oleh
pegawai pentabiran yartg tertinggi, iaitu Residen atau pihak lain yang kedudukannya
ditetapkan oleh undang-undang. Dengan ini, pembesar tradisi tidak dibenarkan
memegang kuasa seperti dahulu. Dalam lain kata, fungsi politik pembesar-pembesar
diambil alih oleh pentadbiran baru iaitu Sistem Residen. Tugas pentadbiran di
peringkat jajahan diberi kepada pegawai-pegawai British yang dikenali dengan nama

2
Pemungut Hasil dan Majistret. Beliau menggantikan Bendahara sebagai ketua Hakirn
dan Penghulu Bendahari sebagai pemungut cukai. Walau bagaimanapun, kuasa
British itu tidak dapat sama sekali mengabaikan pembesar-pembesar tradisi kerana
golongan ini memang mempunyai pengaruh yang kuat atas rakyat jelata.

d) Tanpa kerjasama daripada goiongan ini, mungkin British tidak dapat rnengawal
orang Melayu. Ini adalah kerana kehidupan orang Melayu amat bergantung kepada
pembesar-pembesar tradisi. Oleh yang demikian, pembesar-pembesar yang sanggup
bekerjasama dengan British dijadikan sebagai pegawai pentadbiran British untuk
menjaga kawasan-kawasan yang lebih kecil sebagai satu cara memudahkan tugas
pegawai British. Mereka diberi gaji bulanan yang tetap.

C.KESIMPULAN

1) Sebagai kesimpulan, fungsi pernbesar-pembesar tradisi telah berubah. Mereka kini


hanya merupakan ejen pemerintah British dengan menggunakan pengaruh mereka
untuk menjamin kejayaan pentadbiran British yang baru. Mereka mempunyai
tanggungjawab tetapi tidak mernpunyai kuasa seperti mana yang dimiliki pada
zaman tradisi. Dengan cara ini, pentadbiran British dapat mengelakkan unsur-unsur
konflik yang terdapat dalam sistem politik Melayu tradisional.

2) Golongan yang utama dalam struktur politik tradisional, iaitu pernbesar-pembesar


diganti dengan suatu golongan baru iaitu birokrat yang terdiri daripada orang
Eropah. Namun dernikian, kehilangan kuasa politik pembesar-pembesar tidak
membawa perubahan kepada nilai-nilai lama yang dipegang oleh orang Melayu.
Pembesar-pembesar masih mempunyai status yang tinggi, iaitu rakyat jelata tetap
memberi hormat seperti biasa kepada mereka.

3
SOALAN 2.

Huraikan penentangan masyarakat di Sabah terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara


(SBBU) sehingga awal abad ke-20.

A. PENGENALAN

a. Pada abad ke 19, Sabah telah ditadbir oleh pihak berkuasa British

yang diwakili oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).

b. Di Sabah, SBBU telah mentadbir Sabah bermula dari tahun 1881. Sepanjang

pendudukan dan penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan oleh

SBBU. Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puashati penduduk tempatan

yang membawa kepada penentangan dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah,
Malingkote, Mat Salleh dan Antanum.

B. ISI

1. Gerakan penentangan di Sabah.

a. Penentangan Pangeran Samah (1884).

i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai

oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British.

Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU

mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.

ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang

burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa

British.

iii. Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk

mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh

pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya

bertindak menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung

dijalankan.

iv. Apabila pasukan peneroka tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran

Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum

Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

4
b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).

i. Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari

daerah Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan

penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote.

Beliau dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada

pada beliau telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba

untuk menghapuskannya.

ii. Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah

melahirkan rasa tidak puashati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit

menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi

akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).

i. Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang

pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh

bin Datu Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani.

Berasal dari hulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau.

ii. Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU

membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan

pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk

dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan

raya, jalan keretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga

bersikap sombong serta tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.

iii. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang

Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU.

Ini menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampong

Mat Salleh di Pulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya

melarikan diri.

5
iv. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya.

Tindakannya itu telah menyebabkanSBBU bertindakbalas dengan

memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Kegagalan menangkap Mat Salleh

menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh

menandatangani perjanjian damai.

v. Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh,

boleh mentadbir secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi

pengampunan.

vi. Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah

diambil semula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas

hati lalu mengatur strategi menyerang British. Belum sempat mat Salleh dan

pengikutnya melancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan

serangan. Dalam serangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah

Tambunan menjadi wilayah kepunyaan SBBU.

a. Penentangan Antanum

i. Penentangan ini berlaku pada 1915, Orang Murut telah bangun menentang di bawah pimpinan
Antanum iaitu ketua kaum Murut di Rundum.

ii. SBBU terus memperkenalkan beberapa perubahan yang bukan sahaja membebankan
penduduk tempatan, tetapi juga bercanggah dengan nilai-nilai tradisi yang mereka warisi.
iii. SBBU telah memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah yang bertujuan untuk
menyekat pertanian pindah dan mengawal kegiatan membuat tapai yg menjadi sebahagian
daripada cara hidup tradisi penduduk tempatan.
iv. Mengenakan bayaran menyukat tanah untuk menetapkan sempadan
v. Memperkenalkan lain-lain cukai seperti cukai untuk setiap pokok kelapa yang menghasilkan
nila utk membuat tuak dan bagi membuat tapai.
vi. Menggunakan tenaga orang Murut sebagai buruh paksa utk membina jalan ke kawasan
pedalaman dan memasang kawad telegraf antara Tenom dengan Rundum.
C. KESIMPULAN

1. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, gerakan penentangan penduduk


tempatan terhadap pentadbiran British di Sabah telah menemui

kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukan mereka.

2. Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa


telah muncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

6
SOALAN 3

Huraikan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai


kemerdekaan.

A. PENGENALAN

1. Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan setelah dijajah hampir 450 tahun. Setelah mencapai kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen serta mengamalkan prinsip Raja Berpelembagaan.
2. Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh
rakyat. Secara umumnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu terdiri
daripada tiga badan yang terlibat iaitu badan perundangan ( legislative ),badan
eksekutif ( executive ) dan badan kehakiman ( judicial ).
3. Pemerintahan menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi negara. Pengasingan ketiga-tiga badan ini dalam pemerintahan disebut
sebagai 'doktrin pengasingan kuasa’.

B. ISI

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

1. Badan Perundangan atau Parlimen

i) Yang Di Pertuan Agong

a) Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara.


b) Dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam
kalangan 9 orang sultan atau raja Melayu.
c) Yang Di Pertuan Agong dalam melaksanakan kuasa pemerintahan bertindak mengikut
nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kuasa Yang Di Pertuan Agong :

a. Melantik Perdana Menteri


b. Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan
pembubaran parlimen
c. Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
d. Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan
Jemaah Menteri
e. Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
f. Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang
berkaitan dengan keistimewaan,kehormatan,kedudukan dan kemuliaan Raja-
raja Melayu

7
g. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam
Mahkamah Syariah di Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah
Persekutuan
h. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan ,Sabah dan Sarawak.
i. Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.

ii) Dewan Negara

Di Malaysia Dewan Negara merupakan Majlis Tertinggi parlimen


a. Anggota Dewan Negara dikenali sebagai senator
b. Mempunyai 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik
c. 26 dipilih oleh Dewan-dewan Undangan Negeri
d. 43 orang ahli dilantik oleh Yang Di Peruan Agong
e. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai menteri
f. Ahli biasanya terdiri daripada warganegara yang telah berkhidmat dengan
cemerlang atau mencapai taraf kegemilangan dalam pelbagai lapangan seperti
perkhidmatan awam,perdagangan,perusahaan,pertanian, dan perkhidmatan
masyarakat.
g. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang- undang
yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
h. Hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah
diluluskan itu daripada dikemukan kepada Yang Di Pertuan Agong.
j. Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan.
Rang undang-undang lain selama satu tahun
k. Bertindak sebagai badan penyemak undang-undang

iii) Dewan Rakyat

Dewan Rakyat adalah badan perundangan tertinggi negara

a. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum


b. .Dewan Rakyat adalah majlis bagi wakil rakyat
c. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya parlimen
d. Bilangan ahli dewan Rakyat ialah seramai 222 orang yang dipilih melalui
pilihanraya
e. Bilangan keanggotaan ahlinya boleh diubah melalui undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen
f. Jawatan berakhir apabila parlimen dibubarkan
g. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun
h. Ahli Dewan Rakyat mestilah mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia
dan Perlembagaan Persekutuan sebelum mengambil tempat dalam dewan

8
i. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan rang undang-
undang
j. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan
Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di
Pertua Dewan Rakyat
k. Jika berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh
perletakan jawatan,kematian atau hilang kelayakan,maka kekosongan tersebut
hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di
Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak.
l. Satu pilihanraya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut

2. Badan Eksekutif

i) Jemaah Menteri atau Kabinet

a. Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif.


b. ·Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan
memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan
melaksanakan dasar-dasar tersebut
c. .Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat
yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan.
d. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet,memimpin
kerajaan,menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan ·
Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri,Menteri-
menteri,Timbalan-Timbalan Menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen
untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran negara
e. Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri
menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada
di luar negara.
f. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh
Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen,Setiausaha Politik,Ketua
Setiausaha Kementerian,pegawai kementerian dan kakitangannya yang
dikenali sebagai pegawai kerajaan
g. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat,negeri dan daerah. ·
Selain itu terdapat kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya
Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian
Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah.
h. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya
dilantik, misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Undang-undang dan kehakiman.

3. Badan Kehakiman

i) Mahkamah Agong/Persekutuan

a. Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia

9
b. Mengandungi Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan
Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong
c. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga
orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara
d. Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan
rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi,menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri, memutuskan pertikaian di antara kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di
Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan

ii) Mahkamah Tinggi

a. Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo


b. Mempunyai kuasa pengadilan asal,rayuan dan pengawasan.Mempunyai kuasa
yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
c. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan
Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan
d. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
e. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes
sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah.Keputusan sivil
dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada
Mahkamah Agong.

iii) Mahkamah Rendah

a. Terdiri daripada Mahkamah Sesyen,Mahkamah Majistret dan Mahkamah


Penghulu.
b. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim
c. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali
kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup
d. Mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang
yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit
e. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah
dan sivil.
f. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di
Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat
g. Terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan
Majistret Kelas Dua.
h. Mahkamah Majistret kelas satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta
dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25,000.00

10
i. Dalam kes jenayah,mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang
hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau
dihukum denda sahaja
j. Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes
dan membenarkan jaminan.
k. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih
daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
l. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada
enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali

C. KESIMPULAN

1. Secara amnya sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957
hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi.
2. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum
yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan
dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan seharusnya
dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan
tersebut.

11
SOALAN 4.

Bincangkan peranan Raja Thibaw di Myanmar antara tahun 1878 hingga 1885.

A: PENGENALAN

1. Raja Thibaw memerintah dari tahun 1878 hingga 1885 merupakan raja terakhir
Dinasti Konbaung dalam sejarah Burma. Pemerintahan baginda berakhir apabila
Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma III pada 29
November 1885.

2. Baginda ialah anak Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Sejak kecil, baginda
mendalami ilmu ajaran agama Buddha. Baginda lulus peperiksaan Pahtamabyan,
satu peperiksaan agama Buddha yang sangat tinggi.

3. Raja Thibaw seorang yang lemah dan kurang agresif serta dipengaruhi oleh
permaisuri Supayalat dalam pentadbirannya.

4. Raja Thibaw dianggap penyebab kepada kejatuhan kerajaan Burma kepada British
dan berakhirnya pemertintahan beraja di Burma.

5. Antara peranan Raja Thibaw di Burma dapat dilihat melalui dasar dalam negeri,
hubungan dengan Perancis dan hubungan dengan British.

B. ISI

Dasar dalam negeri

1. Raja Thibaw sangat dikuasai oleh Permasuri Supayalat dan Taingda Mingyi (hamba
kesayangan Permaisuri Supayalat) sehingga Hluttaw, sebuah badan yang berpengaruh
dalam sistem pemerintahan pusat merasa terancam lalu terpaksa mengikut sahaja
dasar Raja Thibaw dan permaisurinya.

2. Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan, dan menindas


berbanding dengan pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana,
rakyat dan kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British
merasa tidak berpuas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai
Burma Hulu.

12
3. Pada zaman pemerintahan Raja Thibaw, pembendaharaan Burma Hulu mengalami
masalah kekurangan sumber pendapatan. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut,
Raja Thibaw meningkatkan cukai terhadap rakyat.

4. Dari segi pentadbiran, Raja Thibaw menambahkan jumlah jabatan dalam Hluttaw
daripada empat menjadi empat belas. Satu unit pentadbiran baharu daerah iaitu,
Khayaing dibentuk mengikut model pentadbiran British di India. Tujuannya adalah
untuk memusatkan pentadbiran di istana Burma Hulu. Burma Hulu dibahagikan
kepada sepuluh daerah di bawah Menteri Daerah.

5. Raja Thibaw memperkenalkan jawatan Myo-ok mengikut sistem pentadbiran yang


diamalkan oleh British di Burma Hilir.

6. Raja Thibaw tunduk kepada permintaan isterinya yang memaksa baginda melakukan
pembunuhan beramai-ramai terhadap 80 orang ahli keluarganya atas alasan mereka
akan membangkitkan rampasan kuasa. Malah isterinya juga memberi Taingda
Mingyi memegang jawatan penting dalam kerajaan Burma.

7. Dasar-dasar dalam negeri Thibaw sangat lemah dan boleh menggugat kedaulatan
Burma.

Hubungan dengan Perancis

1. Kemaraan kuasa British di Burma telah mencetuskan gerakan mempertahankan


kemaraan dan perjuangan menentang British.

2. Dalam Perang Inggeris-Burma I dan Perang Inggeris-Burma II, wilayah Burma dapat
dikuasai oleh British.

3. Berikutan itu, sebelum tercetusnya Perang Inggeris-Burma III, Raja Thibaw telah
mengisytiharkan kepada rakyat bahawa baginda akan menghalau British bersama
angkatan tenteranya.

4. Dalam usaha baginda untuk menyekat kemaraan British, baginda berusaha


mendapatkan bantuan Perancis untuk menentang British. Baginda mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis untuk menangani ancaman dan kemaraan
British.

5. Baginda memahami bahawa British tidak senang dengan kehadiran Perancis di


Annam dan Tongking.

13
6. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1883, Raja Thibaw bertindak dengan menghantar
wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1
Januari 1885. Sebenarnya, Raja Thibaw ingin membeli senjata dari Perancis.

7. British mendapat tahu tentang usaha Raja Thibaw tersebut. Duta British telah
menemui dengan wakil Perancis, Jules Ferry dan menyatakan British akan
menggunakan kekerasan ke atas Burma sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat
dalam perkara senjata ini.

8. Perancis melalui wakilnya, Fredric Haas pernah menasihati Raja Thibaw supaya
mengeratkan hubungan dengan dengan British. Namun begitu, Raja Thibaw tetap
tegas dengan pendiriannya tidak mahu menerima semula Residen British.

9. Raja Thibaw berpendapat bahawa baginda boleh menangani kekuasaan British


dengan bantuan Perancis. Oleh itu, baginda telah memberi banyak keistimewaan
kepada Perancis.

10. Konsul Perancis telah dilantik untuk membina sebuah pejabat konsul di Mandalay.
Selain itu, syarikat Perancis juga dibenarkan membuka bank, membina landasan
kereta api serta mengendalikan beberapa perkhidmatan seperti pos, kapal-kapal di
Sungai Irrwady dan mengambil alih monopoli diraja.

11. Hubungan Burma dengan Perancis merupakan laluan bagi British untuk bertindak dan
seterusnya menguasai Burma.

Hubungan dengan British

1. Tindakan Raja Thibaw yang menjalinkan kerjasama dengan Perancis menyebabkan


hubungan antara Raja Thibaw dengan British menjadi semakin renggang.

2. Raja Thibaw juga mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengeluarkan


kayu jati melebihi peruntukan yang diberikan selain menjalankan operasi di luar
kawasan yang telah ditetapkan. Syarikat ini juga didakwa memberi rasuah kepada
Pegawai Burma dan tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang
ditetapkan.

3. Syarikat milik British ini dibicarakan dan didapati bersalah sehingga didenda
sebanyak 23 juta Rupee dan hak pembalakan mereka dirampas.

14
4. Tindakan ini mendapat bantahan daripada British dan pihak British mendesak Raja
Thibaw mengadakan rundingan tetapi tidak dilayan oleh baginda.

5. Desakan British seterusnya ialah memberi arahan kepada Raja Thibaw mencari orang
tengah bagi menyelesaikan isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dan mahu dasar
luar Burma ditentukan oleh pihak British.

6. Semasa menunggu jawapan lebih kurang sebulan, pihak British menghantar 10 ribu
orang tentera sebagai amaran kepada Raja Thibaw.

7. Raja Thibaw bersetuju membatalkan denda sekiranya ada rayuan, menerima wakil
British dan dasar luar ditentukan oleh Burma, semua kuasa Barat akan diberikan hak
perdagangan yang sama dan Raja Thibaw mahu meneruskan hubungan dengan
Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain.

8. British tidak berpuas hati dan menyerang Burma pada bulan November 1885.
Angkatan tentera British berjaya menguasai Hulu Burma yang dikenali sebagai
Perang Inggeris-Burma III. Kejayaan ini menyebabkan Burma menjadi tanah jajahan
British sepenuhnya.

C. KESIMPULAN

1. Kesimpulannya Raja Thibaw gagal memainkan peranan untuk mengekalkan


kedaulatan negaranya.

2. Raja Thibaw juga menghadapi masalah dalam negeri. Permaisurinya Supalayat


terbukti seorang yang kejam dan Raja Thibaw terpaksa tunduk kepadanya. Beliau
juga terpaksa menghadapi beberapa penentangan untuk menggulingkannya.

3. Tidak dinafikan bahawa Raja Thibaw berusaha mempertahankan kedaulatan Burma


Hulu. Demi menebus maruah negara, beliau menjalin hubungan dengan Perancis.
Namun, beliau gagal memelihara kedaulatan Burma Hulu sehingga berakhirnya
Dinasti Konbaung.

4. Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan baginda mangkat di sana
pada tahun 1916.

15
SOALAN 5

Huraikan langkah-langkah kemerdekaan Myanmar antara tahun 1941 hingga tahun 1948.

A.PENGENALAN

1. Kedatangan Jepun ke Burma diterima dengan sepenuh hati oleh rakyat Burma.
Burma jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942 dengan bantuan golongan nasionalis
Burma. Sokongan diberikan kepada Jepun dengan harapan Jepun akan memberikan
kemerdekaan kepada Burma seperti yang dijanjikan dalam propaganda mereka 'Asia
untuk orang Asia'.

2. Para nasionalis yang bergabung dalam pertubuhan tentera kemerdekaan Burma


(TKB) telah bersama-sama orang Jepun menghalau British dari Burma. Jepun mendapat
penghormatan kerana orang-orang tempatan diberikan jawatan-jawatan penting dalam
pentadbiran. Selain itu, Jepun juga membenarkan pentadbir Burma berkuasa ke atas unit-
unit tentera Pembebasan Burma yang dikelolakan sebelum perang.

B. ISI
1. Langkah-langkah kemerdekaan Myanmar bermula pada zaman Jepun lagi.
Pemerintahan Jepun telah mewujudkan kerajaan sementara di bawah Dr. Ba Maw pada 1
Ogos 1942. Dalam masa ini, sokongan orang-orang Burma mula berkurangan apabila Jepun
mula melakukan kekejaman dan keganasan melalui kempetai. Bukan itu sahaja, orang Bunna
juga kecewa kerana Jepun tidak menepati janji memberikan kemerdekaan. Lagipun kerajaan
Ba Maw adalah satu kerajaan boneka yang dikuasai oleh pembantu dan penasihat Jepun.

2. Satu parti politik telah ditubuhkan dan diberi nama parti Do-Bama Sinyetha
untuk rnenyokong kerajaan Dr. Ba Maw. Gerakan anti Jepun mula berkembang di Burma.
Jepun pula cuba mendapatkan sokongan, Burma dengan mengistiharkan kerajaan merdeka
Burma pada 1 Ogos 1943. Walaupun Burma merdeka tetapi masih dijajah oleh Jepun, tiada
kebebasan kepada Burma. Keadaan ini menyebabkan golongan nasionalis telah menentang
Jepun sambil bekerjasama dengan Jepun. Mereka juga mengadakan pakatan sulit dengan
pihak komunis pimpinan Thakin Soe.

3. Penentangan Jepun mula dilakukan oleh golongan nasionalis yang pada


mulanya menyokong Jepun. Penghinaan terhadap Burma menyebabkan ketidakpuasan pada
rakyat Burma. Selain itu, kesengsaraan hidup dan kesukaran ekonomi serta sosial turut
menyebabkan rakyat menentang Jepun. Tentera Pembebasan Burma di bawah pimpinan
Aung San menjadi tumpuan golongan nasionalis. Selain orang Burma. orang-orang karen
yang anti-Jepun pun menyertai pergerakan ini. Dakyah-dakyah anti-Jepun disebarkan dalam
tentera dan syarahan-syarahan telah disampaikan secara sulit telah membangkitkan semangat
kebangsaan. Satu lagi pertubuhan politik yang sulit iaitu Liga Kemerdekaan Rakyat Anti-
Fasis (AFPEL). Pada Mac 1945 Tentera Pembebasan Burma telah mula menentang tentera
Jepun dengan manifesto ‘usir keluar penjaiah-penjajah f'asis Jepun’. Penentangan ini telah
melemahkan angkatan tentera Jepun. Aung San berjaya menghubung tentera kebangsaan
Burma dan AFPEL dan memberi sokongan kepada British menentang Jepun di Bunna.
Akhimya pada tahun 1945 British berjaya menakluk Burma dan mewujudkan pentadbiran
tentera di negara itu.

4. Pada tahun 1945 British telah mengalahkan Jepun di Burma dan Burrna jatuh
ke tangan British. AFPEL tidak berjaya menguasai Burma dan membentuk kerajaan kerana
British telah menguasai dan membentuk kerajaan tentera. Zaman pendudukan Jepun
mengakibatkan kegiatan perdagangan dan pertanian hampir lumpuh sehingga berlaku
kebuluran dan kemiskinan. Selain itu, inflasi juga berlaku. Oleh itu, British menegaskan
kemerdekaan hanya akan diberi setelah pernulihan dalam sistem ekonomi dan pentadbiran

16
dilakukan.
5. Selepas pemulihan, British telah meminta Aung San dengan tujuh orang ahli
Majlis Kerja Tertinggi menggubal satu perlembagaan bagi Burma yang merdeka. Pilihan raya
diadakan, AFPEL pimpinan Aung San berjaya kalahkan golongan komunis.

C.KESIMPULAN

1. Sebagai kesimpulannya, kemerdekaan Myanmar tidak dapat dikecapi oleh Aung San
kerana beliau bersama sahabatnya telah terbunuh atas arahan U Saw (bekas anggota
AFPEL).

2. Akhirnya Burma telah merdeka pada 4Januari 1948 daripada British. Burma menjadi
sebuah negara Republik dengan U Nu sebagai Perdana Menteri dan Sao Shwe Thaik
sebagai Presiden Pertama.

17
SOALAN 6

Bincangkan penglibatan Filipina dalam ASEAN pada abad ke-20

A. PENDAHULUAN

1. Tujuan hubungan luar Filipina adalah untuk mewujudkan kerjasama serantau dan
antarabangsa demi memelihara keamanan, keselamatam, dan kesejahteraan.
2. Penglibatan Filipina dalam ASA dan MAPHILINDO dan seterusnya dalam ASEAN.

B. ISI

1. Filipina antara negara terawal menyertai ASEAN selepas Deklarasi Bangkok pada 8hb. Ogos
1967. Penglibatan Filipina dalam ASEAN bermatlamatkan kerjasama dalam semua bidang
terutama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan kerjasama serantau bagi
memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan. Sebelum ini Filipina menyertai
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) dan MAPHILINDO bersama malaysia dan Indonesia.
2. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur , Filipina dan negara-negara lain mengisytiharkan ASEAN
sebagai ZOPFAN tahun 1971 (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) – Kawasan Aman,
Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya campur tangan kuasa-
kuasa asingyang besar.
3. ZOPFAN bermatlamat mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman dan
stabil poliitiknya. Ia tidak menyebelahi mana-mana Blok Barat atau Blok Timur dan mahu
mengelakkan campur tangan kuasa besar.
4. Melibatkan diri dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1984
menetapkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Sehubungan itu tidak
membenarkan kapal-kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan dan senjata nuklear.
5. Filipina bersama dengan negara-negara anggota lain turut bekerjasama mewujudkan kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA (Asia Free Trade Area).
6. Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN+3 yang ketiga tahun 1987.
7. ASEAN+3 merupakan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea.
8. Melibatkan diri dalam projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga ASEAN, Pertubuhan
ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina dan Pusat Pembaharuan dan Teknikal
(INNOTECH).

C. KESIMPULAN

1. Pada abad ke-20 Filipina telah menjalinkan hubungan peringkat kebangsaan seperti
menganggotai ASEAN, SEATO dan PBB.
2. Hubungan ini bertujuan untuk memelihara kedudukan politik, kemajuan ekonomi dan sosial.

18

You might also like