Professional Documents
Culture Documents
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini mengandungi 80 markah.
_______________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
STPM 940/3
( SEJARAH MALAYSIA )
BAHAGIAN B
4. “Penjajahan British di Myanmar pada abad ke-19 dan abad ke-20 telah mengakibatkan
trasformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut. ( 20 )
Undang- undang tertua di negeri Perak yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada
abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut .
Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yang dilakukan
oleh masyarakat pada masa itu.
Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur Islam dalam Undang2 99
Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perak merangkumi
aspek pemerintahan, jenayah, pembahagian harta, penzinaan dan perkahwinan.
a) Pemerintahan
Undang- undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbanding unsur Islam
Fasal 77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan di warisi
oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada , takhta tersebut akan diwarisi oleh anak
gahara yang kecil.
Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada pengaruh adat kerana
mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah
Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripada Islam
Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu .
b) Jenayah
Undang – undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat tempatan berbanding unsur Islam
Situasi ini jelas dapat dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam mengikut fasal
23 dimana orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain tidak boleh dijatuhi
hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir
Hukuman ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukum Islam
yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh juga.
Contohnya, seorang pembunuh akan dikenakan denda empat tahil dua paha emas , atau dua
dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.
Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan kes pembunuhan dalam
kalangan masyarakat Islam dengan adanya denda yang dikenakan .
c) Pembahagian harta
Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta. Mengikut
fasal 33 iaitu mengenai pembahagian harta, dimana pembahagian harta kepada orang
yang baharu meninggal dikenakan syarat – syarat tertentu.
Dalam hal ini, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan
dapur manakala anak lelaki pula diberika alatan senjata besi, sawah padi, lombong
Pembahagian harta dalam undang – undang Perak menjelaskan bahawa anak lelaki
mendapat dua kali lebih daripada anak perempuan.
Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil
Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Pembahagian harta dengan syarat- syarat dan secara adil menjamin keharmonian hidup
masyarakat
d) Penzinaan
Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut fasal 50 yang
menyentuh tentang hal-hal berkaitan penzinaan.
Mengikut undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yang
dilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas perlu
dilaksanakan dengan segera.
Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebih kepada
adat tempatan daripada unsur Islam
Jika didapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau
dimaafkan.
Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akan dikenakan
hukuman sebat 100 kali rotan .
Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaan dapat
dibendung pada masa itu .
e) Perkahwinan
Mengikut fasal 65, undang – undang Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang
baharu berkahwin tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari di atas alasan
untuk menjaga keimanan masing – masing.
Namun begikut, keadaan ini berbeza dengan syariat Islam dimana selepas akad nikah
dilangsungkan atau disahkan maka secara automatiknya suami isteri boleh tinggal
bersama .
Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung perbuatan khalwat sekaligus suasana
kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke – 19 dapat diwujudkan
C. KESIMPULAN
Hukuman yang terdapat dalam undang - undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat
tempatan daripada unsur – unsur Islam .
Undang – undang ini berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam masyarakat
Melayu .
Catatan guru : calon seharusnya dapat memberikan 4 hingga 5 isi penting beeserta bukti-bukti
atau contoh-contoh penting berdasarkan Undang-Undang 99 Perak atau adat tradisional lama
2. Galurkan gerakan penentangan masyarakat pribumi di Sabah terhadap
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sehingga tahun 1915.
A. PENGENALAN
Pada abad ke 19, Sabah telah ditadbir oleh pihak berkuasa British yang diwakili oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
Di Sabah, SBBU telah mentadbir Sabah bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan
penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan olehSBBU. Tindakan itu telah
menyebabkan rasa tidak puashati penduduk tempatanyang membawa kepada penentangan
dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote, Mat Salleh dan Antanum.
B. ISI
i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai
oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan
dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke
atas aktiviti mengutip sarang burung.
ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang
burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa
British. iii.Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk
mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak
berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak
menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.
iv.Apabila pasukan peneroka tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran
Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu
dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.
d. Penentangan Antanum
Penentangan ini berlaku pada 1915, Orang Murut telah bangun menentang di bawah
pimpinan Antanum iaitu ketua kaum Murut di Rundum.
SBBU terus memperkenalkan beberapa perubahan yang bukan sahaja membebankan
penduduk tempatan, tetapi juga bercanggah dengan nilai-nilai tradisi yang mereka warisi.
SBBU telah memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah yang bertujuan untuk
menyekat pertanian pindah dan mengawal kegiatan membuat tapai yg menjadi sebahagian
daripada cara hidup tradisi penduduk tempatan.
Mengenakan bayaran menyukat tanah untuk menetapkan sempadan
Memperkenalkan lain-lain cukai seperti cukai untuk setiap pokok kelapa yang menghasilkan
nira untuk membuat tuak dan bagi membuat tapai.
Menggunakan tenaga orang Murut sebagai buruh paksa utk membina jalan ke kawasan
pedalaman dan memasang kawad telegraf antara Tenom dengan Rundum.
C. KESIMPULAN
Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, gerakan penentangan penduduk tempatan
terhadap pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan
kedudukan mereka.
Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telah muncul
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
Catatan: Calon seharusnya dapat menjelaskan faktor, peristiwa dan kesan gerakan
penentangan secara kronologi
A ) PENGENALAN
Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan
negaranegara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada
1931. Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan
negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54
buah negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun. Selepas
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan
ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.
Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak
semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
Tindakan Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan
negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen
Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan
serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian.
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan
Ketuaketua Negara Komanwel (CHOGM).
Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu semasa
antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam mesyuarat tersebut,
Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi telah dimeterai
yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian kepada isu alam
sekitar ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.
Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masingmasing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan
Malaysia turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini
dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.
4. Kerjasama ekonomi.
5. Rancangan Colombo
6. Sukan Komanwel
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap empat tahun
sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah
dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat
berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh
menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.
C. KESIMPULAN
Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat menyuarakan
pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa. Sumbangan
Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.
British telah berjaya menguasai seluruh Myanmar mulai tahun 1886 setelah Myanmar
mengalami kekalahan dalam Perang British-Myanmar 3.
British mula melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ekonominya di Myanmar pada abad
ke-20. Sektor-sektor ekonomi tumpuan British seperti pembalakan, perlombongan dan
pertanian komersial
ISI.
1. Pembalakan
Pembalakan menjadi tumpuan utama British kerana Myanmar mempunyai hasil kayu jati
yang berkualiti dan merupakan eksport kedua terpenting di Mynmar. Pegu merupakan
kawasan pembalakan utama di Myanmar
Pada tahun 1856 Jabatan perhutanan telah ditubuhkan. Jabatan ini betanggunjawab untuk
menghasilkan eksploitasi sumber hutan dan pembalakan dijlalankan dengan sempurna.
Terdapat empat buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di Myanmar. Syarikat
Perdagangan Bombay-Burma merupakan syarikat pembalakan yang terbesar.
2. Pelombongan
Terdapat beberapa bahan galian yang menjadi tumpuan British di Myanmar iaitu:
Petroleum atau minyak mentah
Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma (Burma Oil Campany) telah ditubuhkan pusat cari
gali minyak Myanmar bertumpu di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah.
Pengeluaran minyak secara besar – besaran telah dijalankan pada tahun 1908. Pada tahun
1890. Syarikat Minyak Burma, telah mengeluarkan ¾ daripada pengeluaran minyak di
Myanmar. Bakinya dikeluarkan oleh syarikat petrol British-Burma dan syarikat minyak
Nath Singh.
Bijih Timah
Myanmar merupakan pengeluar yang keempat bijih timah di Asia Tenggara sebelum PD2
Bijih timah banyak dilombong di Kawasan Mawchi, Tavoy, dan, Tennaserim. Pada
tahun 1910, pengeluar bijih timah di Myanmar berjumlah 100 000 tan
2. Galian-galian lain
Bahan galian lain yang diusahakan di Myanmar ialah timah hitam.
Galian ini terdapat di kawasan Badwin dan Namtu.
Selain daripada itu, perlombongan zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam juga telah
diusahakan di Mogok, Utara Mandalay.
4. Pertanian Komersil
Pada zaman British,ekonomi sara diri telah berkembang menjadi ekonomi perdagangan yang
bedasarkan prinsip-prinsip ekonomi Barat
Pengeluaran beras secara besar- besaran telah membolehkan Myanmar menjadi pengeluar
beras yang utama di Asia Tenggara.
Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar Pada
tahun 1886, kira-kira 4 juta ekar tanah telah ditanam dengan tanaman padi.
Pada tahun 1881, eksport beras Myanmar berjumlah 0,5 juta tan dan meningkat menjadi 1.4
juta tan pada tahun 1901 dan 2.5 juta tan pada tahun 1921.
British juga mengalakan orang Myanmar menbuka tanah baharu dengan meneroka hutan
dikawasan delta untuk penanaman padi.
KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulannya, ekoran daripada perkembangan ekonomi yang pesat ini, kebanyakan
ekonomi komersil telah dikuasai oleh orang-orang asing Rakyat Myanmar masih lagi miskin
dan mengamalkan ekonomi sara diri dan tidak berupaya unatuk bersaing dengan
pedagangpedagang asing terutama dari segi modal dan teknologi. Keadaan ini telah
membawa kepada perasaan tidak puashati rakyat Myanmar.
5. Bincangkan perkembangan Sarekat Islam dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan
sebab-sebab kemerosotannya pada tahun 1920-an.
Pengenalan
Berasal dari Sarekat Dagang Islam yang ditubuhkan oleh Haji Samanhudi pada tahun 1906
Bertujuan melindungi peniaga batik Jawa daripada saingan peniaga Cina
Pada 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar nama menjadi Sarekat Islam
Pemimpin utama Sarekat Islam ialah Omar Said Tjokrominoto diikuti Haji Agus Salim
3. Tuntutan Sosio-Ekonomi
- sehingga tahun 1916 – Sarekat Islam tidak berunsur politik bahkan lebih kepada sosio-ekon
- undang-undang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan
- hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari pelepasan am
- institusi pendidikan Islam diberi subsidi
- diskriminasi dalam bidang pendidikan dihapuskan
- biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
- memiliknegarakan bidang perindustrian
- membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian
- memberi tumpuan isu tanah
4. Tuntutan Politik
- mulai 1916, Sarekat Islam mula perjuangkan isu politik Indonesia
- Majlis Daerah dibentuk dan memberi lebih banyak penduduk tempatan peluang menjad ahli
- Volksraad atau Majlis Rakyat diberi lebih banyak kuasa
- lebih ramai penduduk tempatan diserapkan dalam pentadbiran awam Belanda - menuntut
pemberian taraf pemerintahan sendiri (kemerdekaan)
- ideologi komunisme telah masuk ke Indonesia melalui ISDV dan pengaruhi pemimpin SI
- antaranya – Semaun, Musso, Alimin, Tan Malaka dan lain-lain
- mereka bentuk cawangan bergelar “Sarekat Islam Merah”
- berjaya pengaruhi ramai ahli Sarekat Islam untuk menyertai Sarekat Islam Merah - Maka
1921 pemimpin Sarekat Islam bertindak mengharamkan Sarekat Islam Merah dan
mengusir keluar pemimpin-pemimpinnya
- ini menyebabkan ramai ahli Sarekat Islam keluar dan kemudian menyertai PKI
- 1920-an berlaku konflik dalaman sarekat Islam antara golongan reformis dan konservatif
- mereka bercanggah pendapat tentang hala tuju dan program-program Sarekat Islam
- ini menyebabkan pemimpin2 golongan konservatif bersama pengikutnya keluar parti
- mereka bertindak menyertai pertubuhan-pertubuhan Islam lain seperti Nahdatul Ulama dan
Muhammadiyah
- mulai 1920-an muncul parti-parti politik Indonesia bersifat “massa” atau secular -
parti-parti ini dianggotai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama. kaum,
keturunan, pekerjaan dan lain-lain
- antaranya ialah PNI, PARINDRA, Kelab Pendidikan Nasionalis Indonesia,
PARTINDO dll
- parti paling popular pada 1920-an ialah Parti Nasional Indonesia atau PNI - PNI
dipimpin oleh Soekarno iaitu seorang pemidato hebat, berkarisme dan lantang
menentang Belanda
- ramai orang Indonesia telah menyertai PNI
- ini menyebabkan Sarekat Islam turut alami kemerosotan
Kesimpulan
- Sarekat Islam dianggap “pemangkin” gearakan nasionalisme Indonesia
- ia telah memberi jalan kepada pertubuhan-pertubuhan lain muncul dan membela
kepentingan penduduk
- mulai 1930-an Sarekat Islam terus alami kemerosotan
- namun perjuangan Sarekat Islam dan kepimpinan Omar Said Tjokromonoto menjadi
pendorong semangat kebangsaan Indonesia
- Indonesia akhirnya mendapat kemerdekaan pada tahun 1949
Catatan Guru : jawapan calon mesti menyentuh kedua-dua bahagian iaitu perkembangan dan
kemerosotan Sarekat Islam
PENGENALAN
- Filipina telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1946 daripada
- penjajah Amerika Syarikat
- Ia merupakan negara Asia Tenggara pertama mencapai kemerdekaan
- Selepas merdeka, Filipina telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu SEATO,dan pertubuhan serantau seperti ASEAN
- Hubungan luar adalah bertujuan memelihara kemananan sejagat di samping
mewujudkan mewujudkan kerjasama dalam aspek diplomatik, ekonomi,sosial, budaya
dan lain-lain
-
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )
KESIMPULAN
- Penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa dan serantau telah menjamin
keselamatan dan kesejahteraan di rantau ini
- Melalui penglibatan dalam pelbagai oraganisasi, Filipina juga dapat mewujudkan
kerjasama dalam halehwal politik, ekonomi dan sosial
- Filipina terus bergiat aktif dalam program-program pertubuhan antarabangsa dan
serantau