You are on page 1of 14

0

NAMA KURSUS
EVOLUSI DAN TRANSFORMASI SOSIO-EKONOMI MALAYSIA
SKSE 3213
FAKULTI
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
(PROGRAM SEJARAH)
SEMESTER
SEMESTER 1 TAHUN 3 SESI 2023/24
NAMA PELAJAR
MUHAMMAD ZAHIR BIN ABDUL HALIM
NO TEL: 014-7764820
NOMBOR MATRIK
A186743
TAJUK TUGASAN
ANALISISKAN PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI DI SABAH
KETIKA PENTADBIRAN SBUB
NAMA PENSYARAH
DR. MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR
1

1.0 PENGENALAN

Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara pada asalnya di bawah
pemerintahan kesultanan Brunei. Peristiwa perang saudara pada abad ke-15 di Pulau
Chermin telah menyebabkan orang Sulu menuntut pantai timur Sabah sebagai
kawasan kesultanan Sulu. Tuntutan wilayah pantai timur Sabah ini masih berlarutan
sehingga kedatangan British di Sabah. Konflik ini memudahkan British menguasai
Sabah dengan melakukan perjanjian yang meragukan diantara tiga pihak; Brunei,
Dent Company dan Sulu.1 Pemajakan Sabah bermula pada tahun 1865, apabila
Charles Lee Moses yang merupakan Konsul Amerika Syarikat datang ke Brunei untuk
memujuk Sultan Brunei dan Pengiran Temenggung untuk memperkenankan pajakan
persendirian selama 10 tahun di Pantai Barat Sabah.

Brunei dan Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian persahabatan dan


perdagangan pada tahun 1850. Di bawah perjanjian ini, pihak Amerika Syarikat
berjanji untuk memberikan perlindungan kepada Kesultanan Brunei. Jawatan yang
disandang oleh Charles Lee Moses ini telah meyakinkan pihak kerajaan Brunei untuk
memperkenankan pajakan tersebut. Pada perjanjian pertama Charles Lee Moses
berjaya memajak kawasan Sungai Sulaman sehingga ke Sungai Paitan termasuk
Kepulauan Banggi. Pada perjanjian kedua, beliau mendapatkan Benoni, Kimanis,
Paitan, Sugut, Bongaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan dan Moming
dengan bayaran sewa tahunan keseluruhannya sebanyak $9,500. Charles Lee Moses
terus bergegas ke Hong Kong setelah berjaya mendapatkan konsesi tersebut untuk
melakukan pemindahan milik konsesi tersebut kepada American Trade Company
(ATC).

Setelah ATC melalui rakan kongsinya, Joseph Torrey gagal membangunkan


Kimanis, Joseph Torrey menjual hak milik pajakannya kepada Gustavus Baron Von de
Overbeck. Sultan Brunei tidak bersetuju atas tindakan ini kerana kerajaan Brunei
belum menerima sebarang bayaran daripada Joseph Torrey. James Brooke dan Hugh
Low juga menasihatkan Sultan Brunei tidak memperkenankan pajakan tersebut
1
Eko Prayitno Joko. Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut
Sumber Sejarah. Jurnal Kinabalu, 2020, hlm. 14.
2

kecuali jika perjanjian baharu dibuat hanya bersama Overbeck dan tidak melibatkan
Joseph Torrey. Pihak Amerika yang menyedari bahawa British ingin menyekat
pengaruh Amerika di Borneo Utara telah menghantar kapal perang ke Kimanis
sebagai amaran kepada Sultan Brunei. Setelah perbincangan dengan Overbeck, Sultan
Brunei setuju menyerahkan wilayahnya dengan memperbaharui semula perjanjian
1865 di antara Brunei, Charles Lee Moses dan Joseph Torrey.

Overbeck berjaya mendapatkan semua wilayah, sungai daratan dan daerah


yang terletak di kawasan Teluk Kimanis di Pantai Barat laut Borneo dengan Sungai
Sibuku di timur. Setelah rancangan Overbeck untuk menjual konsesi tersebut kepada
saudagar Austria gagal, beliau memujuk Alfred Dent untuk menjadi rakan kongsi.
Alfred Dent bersetuju memberikan wang pendahuluan kepada Overbeck dan
mengarahkan Overbeck melaksanakan rancangannya di Borneo. Permasalahan yang
timbul di Sungai Tulin membuka ruang kepada British untuk campurtangan. Ramai
pegawai-pegawai British terlibat dalam usaha Alfred Dent membeli semua saham
Overbeck di Sabah dan membantunya mendapatkan sokongan untuk menubuhkan
sebuah syarikat berpiagam. Penubuhan Syarikat Borneo Utara British pada 1881
menandakan Sabah berada dalam jajahan British.2

2.0 SISTEM PERHAMBAAN

2.1 Sebelum Kedatangan SBUB

Sebelum wujudnya SBUB, rakyat Borneo Utara atau Sabah mengamalkan


sistem perhambaan. Jika seseorang itu memiliki hamba, ia menunjukkan bahawa
orang tersebut kaya dan sebagai tanda kemewahan serta pengukur darjat seseorang.
Hamba juga diperlukan bagi menjalankan kegiatan ekonomi kerana pada waktu
tersebut tenaga kerja yang besar diperlukan bagi menjalankan suatu kegiatan. Antara
kaum yang terlibat dalam sistem perhambaan ialah kaum Bajau, Murut, Balangigi,
Iranun dan Brunei. Golongan bangsawan dari kaum-kaum ini menggunakan hamba
dari kaum sendiri yang diperoleh daripada tawanan perang, perlanunan, penculikan,

2
Junaidah Awang Jambol, Baszley Bee. Perjanjian Penyerahan Wilayah Utara Borneo 1865, 1877 Dan
1878: Tinjauan Awal Terhadap Perbandingan Intipati Perjanjian. MANU, 2021, hlm. 130.
3

beban hutang dan ada juga yang memperdagangkan hamba. Kawasan yang kuat
mengamalkan sistem perhambaan ini ialah di Teluk Darvel, Tempasuk dan Teluk
Marudu.

Terdapat empat kategori hamba di Borneo Utara iaitu hamba ulun ulih Pesaka,
ulun ulih Beli, hamba berhutang dan hamba warisan. Hamba ulun ilih Pesaka adalah
seseorang yang menjadi hamba hasil daripada perkahwinan perempuan dengan lelaki
bertaraf hamba. Anak lelaki daripada perkahwinan tersebut akan mendapat gelaran
hamba namun ia bebas sama ada memilih untuk tinggal bersama tuan ibu bapanya
atau keluar menyara hidup sendiri. Bagi anak perempuan, dianggap sebagai ‘anak
amas’ yang mana jika ia berkahwin dengan lelaki merdeka, statusnya akan menjadi
merdeka. Anak amasjuga tidak boleh dijual tanpa persetujuan dan diberikan
kebebasan. Hamba ulun ulih beli pula ialah hamba yang diperoleh dari dua cara sama
ada dibeli atau ditangkap. Hamba ulun ulih beli ini boleh dijual sesuka hati dan tiada
kebebasan dalam kehidupan.

Hamba berhutang pula ialah daripada golongan rakyat biasa yang dijadikan
hamba akibat gagal melangsaikan hutang. Kebanyakan mereka dijadikan hamba
kerana mencuri dan gagal memulangkan barangan tersebut atau gagal membayar
denda yang dikenakan. Ada dikalangan mereka sanggup menggadaikan anak mereka
sebagai bayaran sekaligus anak tersebut terpaksa menjadi hamba. Hamba warisan
ialah hamba berkahwin tetapi belum melangsaikan hutang mereka ataupun sudah
mempunyai keluarga sebelum menjadi hamba. Anak dan isteri daripada golongan ini
juga akan dijadikan hamba selagi hutang peminjam tidak dilangsaikan. Terdapat juga
hamba warisan yang terdiri daripada hamba yang tidak dimerdekakan oleh tuannya
dan secara tidak langsung keturunannya akan terus menjadi hamba. Jika seseorang
wanita daripada golongan ini berkahwin dengan lelaki berstatus bebas maka status
wanita tersebut akan menjadi merdeka. 3

3
Aping Sajok. Perhambaan Tradisional di Borneo Utara Zaman Kesultanan Sulu & Brunei. Sains Insani,
2(2), 2018, hlm 25.
4

2.2 Selepas Kewujudan SBUB

SBUB mengambil berat terhadap kegiatan perhambaan yang berleluasa di


Borneo Utara termasuklah kegiatan perdagangan hamba di perairan Borneo. SBUB
juga menerima Piagam Diraja British yang mana Ratu Victoria menuntut mereka
menghapuskan sistem perhambaan di semua tanah jajahan British. Langkah pertama
British bagi memastikan sistem perhambaan dihapuskan di Borneo, British memburu
lanun di perairan Borneo kerana mereka menganggap kegiatan pelanunan berkait
dengan perdagangan hamba. Penghapusan sistem perhambaan ini sudah dijalankan
terlebih dahulu oleh James Brooke ketika awal pemerintahaan Brooke di Sarawak.

Kempen penghapusan sistem hamba ini tertumpu di Teluk Marudu, Tempasuk


dan Teluk Darvel. Kemuncak penghapusan lanun ini adalah ketika tercetusnya Perang
Marudu yang melibatkan Syarif Osman. James Brooke menganggap Syarif Osman
merupakan lanun dan mempunyai jumlah pengikut serta hamba yang ramai. 4 William
Pryer juga memainkan peranan penting dalam menghapuskan sistem perhambaan di
Borneo. Beliau bertindak membebaskan hamba jika terbukti berlaku penganiayaan
terhadap hamba. Beliau juga membeli hamba lelaki dengan harga 40$ dan wanita
sebanyak 60$ sebagai cara untuk membebaskan hamba dan memberikan pekerjaan
bergaji kepada hamba yang dibebaskan.5

British juga menguatkuasakan undang-undang berkaitan perhambaan melalui


Piagam Diraja British. Dasar baru telah diperkenalkan di mana di dalam dasar ini,
Orang asing termasuk orang Eropah tidak dibenarkan mempunyai hamba di Borneo
Utara, tetapi ini dikecualikan kepada golongan penduduk asli Borneo, Sulawesi
mahupun Sulu yang telah menetap di kawasan tersebut dalam jangka masa lima tahun.

4
Aping Sajok. Kempen Penghapusan Hamba di Borneo Utara 1845–1905. Jurnal Borneo Arkhailogia
(Heritage, Archaeology and History), 2018, hlm. 5.

5
K. G. P. Tregonning. The Elimination of Slavery in North Borneo. Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Society, Vol. 26, No. 1 (161), 1953, hlm. 27
5

Mereka juga boleh memiliki hamba dan hamba yang didapati melarikan diri akan
dihantar semula kepada tuannya.6

Walaubagaimanapun, dasar ini tidak diendahkan oleh masyarakat Borneo


Utara dan permintaan terhadap hamba masih berterusan walaupun telah berkurangan.
British mengambil pendekatan untuk mengambil langkah berhati-hati dan ingin
manghapuskan sistem ini secara beransur-ansur. Proklamasi kedua telah diperkenalkan
dan kandungannya lebih tegas dan drastis. Antaranya undang-undang baru yang
diperkenalkan ialah mengenakan denda kepada sesiapa yang melakukan kesalahan
dan penjara bagi sesiapa yang ingkar arahan. Arahan ini tertakluk kepada semua orang
termasuklah orang asing mahupun masyarakat peribumi. British juga bertindak
menghapuskan pusat perdagangan hamba terutamanya di Teluk Darvel, Teluk Marudu
dan Tempasuk serta menangkap pemilik dan penjual hamba.7

3.0 KEMASUKAN MIGRASI DAN KESAN KEPADA SOSIOEKONOMI


BORNEO UTARA

3.1 Kemasukan Tenaga Buruh Dari China dan Pulau Jawa

Setelah mendapat Piagam Diraja British, SBUB menyedari bahawa mereka


kekurangan tenaga buruh kerana buruh merupakan perkara penting bagi
membangunkan tanah jajahan yang baru. SBUB mengambil keputusan untuk
membawa masuk buruh demi kepentingan ekonomi di Sabah. SBUB memilih
membawa masuk buruh daripada China setelah melihat kejayaan mereka dalam
membangunkan Hong Kong dan Singapura yang mempunyai ramai orang Cina.
British juga yakin akan kemampuan orang Cina yang dianggap rajin dan boleh
menyumbang kepada hasil kerajaan melalui kutipan cukai dan duti daripada
penggunaan candu, judi dan arak. British memperkenalkan pelbagai skim sepanjang
tempoh 1881 sehingga tahun 1941 bagi membawa masuk peneroka dan migran bebas
6
Aping Sajok. Kempen Penghapusan Hamba di Borneo Utara 1845–1905. Jurnal Borneo Arkhailogia
(Heritage, Archaeology and History), 2018, hlm. 5.

7
Ibid, hlm. 5.
6

ke Borneo Utara. Orang Cina juga dibawa khas untuk bekerja sebagai buruh di sektor
ekonomi Borneo Utara.8

Buruh daripada Jawa pula merupakan pilihan SBUB untuk dibawa masuk ke
Borneo Utara bagi memajukan ekonomi. Kemasukan buruh Jawa bermula apabila
Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) mengalami kemuflisan dan tempatnya diganti
oleh kolonial Belanda. Akibatnya telah berlaku migrasi keluar oleh penduduk Jawa
daripada beberapa faktor dalaman dan luaran dan direkrut sebagai buruh. Buruh Jawa
mula masuk ke Borneo Utara sedikit semi sedikit sehinggalah pada tahun 1914, SBUB
berjaya mendapatkan permit khas untuk merekrut buruh Jawa secara terus dari Pulau
Jawa oleh kerajaan Belanda.9

Pada tahun 1882, seramai 90 orang buruh kontrak Jawa telah dibawa ke
Borneo Utara untuk bekerja di ladang-ladang di kawasan Silama. Buruh-buruh Jawa
yang datang ke Borneo Utara akan diikat kontrak selama 3 tahun dan mempunyai
pilihan untuk menyambung kontrak tersebut. Kebanyakan buruh Jawa memilih untuk
pulang ke Pulau Jawa atas alasan peribadi berbanding mereka yang ingin bermastautin
di Borneo Utara. Sehingga tahun 1914, Kerajaan Belanda akan menghantar wakil
untuk memeriksa keadaan buruh-buruh Jawa di beberapa buah ladang di Beaufort dan
Tawau. Peningkatan migrasi Pulau Jawa ke Borneo Utara berlaku diantara tahun 1911
sehingga tahun 1921. Alasan SBUB membawa masuk ramai tenaga buruh dari luar
adalah kerana dasar mereka yang ingin melindungi penduduk bumiputera. Hal ini
bermakna pengambilan tenaga buruh di daerah sekitar Borneo Utara adalah tidak
dibenarkan. Dasar ini dilakukan kerana bilangan penduduk di Borneo Utara sangat
kecil berbanding kawasan tanah mereka yang luas.10

3.2 Sosioekonomi Baru Hasil Migrasi ke Borneo Utara

8
Maureen De Silva, Nursyazwani Edinin. Kapal Wap, Laluan Maritim dan Penghantaran Buruh Cina dan
Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021,
hlm. 297.

9
Ibid, hlm. 298

10
Khazin Mohd Tamrin. Orang Jawa di Borneo Utara: Satu Nota Awal. JEBAT 16, 1988, hlm. 126.
7

Kemasukan buruh Cina merupakan salah satu agenda British bagi


memperkembangkan kegiatan judi di Borneo Utara. Banyak pusat-pusat perjudian
telah dibuka dan beroperasi secara sah sehingga Borneo Utara terkenal sebagai
kawasan perjudian. SBUB memperluas kegiatan perjudian di Borneo dengan
menggalakkan pemegang-pemegang tender yang kebanyakannya adalah orang Cina
untuk mengadakan kegiatan perjudian di ladang-ladang serta memberi permit sah
disisi undang-undang kepada pemegang tender tersebut. Sandakan merupakan
kawasan pertama yang dibangunkan oleh SBUB dan berjaya menjadi bandar yang
pesat dan sibuk. Kepesatan Sandakan memberikan keuntungan kepada SBUB melalui
pemberian konsesi monopoli ekonomi kepada golongan individu tertentu ataupun
firma-firma dalam bentuk perkhidmatan mahupun komoditi. Antara aktiviti ekonomi
yang dijalankan di Sandakan ialah ladang arak dan candu, kawasan perjudian dan
kedai pajak gadai. Kemasukan imigran dari China telah mengubah sosioekonomi
Borneo Utara apabila mereka membawa masuk budaya sosioekonomi yang diamalkan
di negara asal mereka dan menerapkannya di Borneo Utara.

Perkara ini membawa kesan yang positif kepada SBUB kerana ekonomi
mereka di Borneo Utara semakin membangun. SBUB juga mengambil kesempatan ke
atas pengusaha-pengusaha tersebut dengan mengenakan cukai dan bayaran tender
tahunan melalui skop seperti pengoperasian stor penjualan barangan pelbagai, kedai-
kedai pajak gadai, rumah-rumah judi dan candu. Sandakan telah menjadi penyumbang
terbanyak kepada keuntungan British berbanding kawasan lain seperti Jesselton. Jalan
Batu 8 juga merupakan pusat kegiatan judi yang pesat dan sering dikunjungi para
buruh, penduduk tempatan dan kakitangan SBUB sendiri. Kawasan ini juga
menempatkan rumah pelacuran, kedai arak dan kedai pajak sebagai kemudahan
kepada para pengunjung.11

4.0 PERUBAHAN SOSIOEKONOMI YANG DIBAWA SYARIKAT BORNEO


UTARA BRITISH KE BORNEO UTARA

11
Andrey James. Sejarah Perjudian Di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo Arkhailogia, Volume
5(1), 2020, hlm. 115.
8

4.1 Perkembangan Perniagaan Kecil

Sebelum tahun 1881, kegiatan ekonomi masyarakat bersifat sara diri dan
berlaku pertukaran kecil melalui sistem barter ke sekitar kawasan kampung sahaja.
Masyarakat di Tempasuk yang terdiri daripada Dusun, Bajau Samah dan Iranun sering
bertengkar sesama sendiri sekaligus merencatkan ekonomi di Tempasuk. Usaha SBUB
melantik Pretyman sebagai residen Tempasuk dan pelantikan Ketua Anak Negeri
berjaya meredakan ketegangan diantara masyarakat Tempasuk. Aktiviti pertukaran
barang ini telah berkembang selepas 1897 apabila masyarakat mula bertukar barang
dan mengadakan perniagaan kecil sesama masyarakat lain di Tempasuk. Hasilnya
berlaku pemusatan perniagaan kecil yang dikenali sebagai Tamu. Tamu menjadi
kawasan yang penting bagi masyarakat di Tempasuk sebagai kemudahan kepada
mereka untuk berniaga dan membeli keperluan harian.12

4.2 Perkembangan Kapal Wap

Perkembangan ekonomi di Sabah bergerak seiring dengan perkembangan


syarikat kapal wap. Penggunaan kapal wap adalah penting kepada SBUB bagi
menjalankan aktiviti import dan eksport. Perubahan yang berlaku di bandar utama
Borneo Utara dan lambakan hasil bahan mentah dari pembukaan estet, perlombongan
dan kegiatan syarikat perdagangan yang lain menyebabkan keperluan terhadap
perkhidmatan kapal wap adalah penting untuk mengangkut hasil pertanian,
perlombongan, pembalakan dan hasil lain. Borneo Utara mempunyai kekayaan
sumber komoditi semulajadi seperti sagu, kayu balak, sarang burung, arang batu,
emas, antimoni, petroleum, sumber hutan, hasil laut dan sebagainya membuka
peluang kepada pedagang Eropah, China dan tanah jajahan British yang lain untuk
menjalankan kegiatan eksport dan import.

Sandakan menjadi pusat utama untuk syarikat kapal wap membuka ibu pejabat
mereka bagi memudahkan pengurusan aktiviti perkapalan mereka di kawasan Borneo
Utara dan kawasan luar yang terlibat di dalam aktiviti ekonomi import dan eksport

12
Marry Lalim. Perkembangan Perniagaan Kecil Masyarakat Dusun Di Tamu Kota Belud, Sabah, 1881-
1940. Jurnal Borneo Akhailogia (Warisan, Arkeologi & Sejarah), 2021, hlm. 48.
9

yang melibatkan barangan daripada Borneo Utara. Perkembangan aktiviti


perdagangan di bandar utama seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau, Teluk
Darvel, Teluk Marudu dan Labuan membolehkan setiap bandar tersebut memperolehi
keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada kegiatan import dan eksport yang
dijalankan oleh syarikat kapal wap yang beroperasi di Borneo Utara sehingga tahun
1941.

Beberapa hasil eksport Borneo Utara mencatatkan jumlah yang tinggi dalam
tempoh masa 1893 sehingga tahun 1941 seperti eksport sarang burung dari Gua
Gomantong, Gua Kuamut dan Gua Magdalene mencecah jumlah sebanyak $125,000
pada tahun 1926. Eksport kayu balak juga mencatatkan jumlah yang
memberansangkan, iaitu pada tahun 1885, eksport kayu balak Borneo Utara bernilai
90,000 Pound Sterling. Nilai eksport arang batu pula mencecah sebanyak 3 juta Pound
Sterling pada tahun 1891.13

4.3 Peningkatan Tahap Pendidikan dan Kesihatan

Sebelum tahun 1881, pendidikan dalam kalangan masyarakat tidak terlalu


dititkberatkan. Tiada sebarang pendidikan formal melainkan kelas keagamaan yang
dijalankan oleh golongan ulama, imam dan ustaz. Pentadbiran SBUB telah
memulakan sistem pendidikan secara formal di Borneo Utara bagi mengatasi masalah
buta huruf. Sistem pendidikan ini juga diperkenalkan selaras dengan Piagam Diraja
British. Objektif utama dalam memperkenalkan sistem pendidikan formal ini ialah
meningkatkan tahap pengetahuan membaca, menulis dan mengira di samping
memberi memberikan latihan teknikal untuk meningkatkan kemahiran masyarakat
peribumi dalam bidang pekerjaan utama mereka.

Selain itu, objektif lain dasar ini ialah memberi pendidikan kepada Ketua Anak
Negeri sebagai persediaan mereka untuk bekerja. SBUB hanya berminat memberikan
pendidikan asas kepada peribumi sahaja. Pendidikan formal di Pantai Barat Borneo
Utara bermula pada 1915 apabila SBUB membina sekolah untuk anak-anak Ketua

13
Mohamed Aliff Rosli. Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi Bandar di Borneo Utara,
1883-1941. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2018, hlm. 17.
10

Anak Negeri yang pertama di Jesselton. Pembinaan sekolah ini bertujuan memberi
pendedahan awal kepada anak-anak ketua tempatan tentang tugas-tugas pentadbiran di
samping melatih mereka menjadi Ketua Anak Negeri. Menjelang tahun 1930, 10 buah
sekolah Melayu telah ditubuhkan di Borneo Utara dengan bilangan pelajar seramai
391 orang.

Bagi kesihatan pula, sebelum kewujudan SBUB, tiada sebarang pusat


kesihatan dan kebanyakan masyarakat Melayu Brunei bergantung kepada amalan
perubatan tradisional daripada dukun, pawang atau bomoh. Perkara ini menyebabkan
kadar kematian masyarakat Melayu Brunei sangat tinggi. SBUB telah mengambil
inisiatif untuk membina hospital dan beberapa dispensari bergerak di Kudat, Kota
Belud, Marudu dan Jesselton pada tahun 1920-an bagi memenuhi keperluan para
pegawai dan kakitangan SBUB di pantai barat. Pejabat kerajaan di Kudat telah
dijadikan hospital yang diperlengkap dengan pelbagai kemudahan seperti katil dan
bilik bedah. Bagi masyarakat Melayu Brunei yang tinggal di pedalaman dan bekerja di
estet, bantuan ubat-ubatan telah dihantar ke kawasan tersebut melalui jalan air.
Masyarakat juga didedahkan dengan asas penjagaan kebersihan bagi mengelakkan
penyakit seperti malaria, tibi, batuk kering, kusta, cirit-birit, puru, radang paru-paru
dan sebagainya.14

5.0 KESIMPULAN

Sabah atau dahulu dikenali sebagai Borneo Utara merupakan kawasan yang
tidak mempunyai pentadbiran yang tetap berikutan konflik perebutan wilayah oleh
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Pentadbiran di Sabah adalah berdasarkan
ketua kaum sendiri dan ketua tempatan. Kewujudan kuasa British melalui Syarikat
Borneo Utara British telah mengubah landskap sosioekonomi di Sabah daripada
sebuah kawasan yang luas dengan jumlah penduduk yang kecil menjadi sebuah negeri
yang mempunyai pendidikan formal, penjagaan kesihatan, ekonomi yang baik dan
mempunyai bahan dagangan untuk import dan eksport. SBUB telah membawa
pelbagai perubahan dalam menaik taraf kehidupan serta membentuk masyarakat
14
Junaidah Awang Jambol, Baszley Bee. Perubahan Tradisi Penempatan Masyarakat Melayu Brunei di
Kawasan Pantai Barat Borneo Utara: Impak Terhadap Sosioekonomi (1881-1941). Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021, hlm. 35.
11

Borneo Utara yang lebih teratur. Sistem perhambaan yang sudah menjadi tradisi
sesetengah kaum di Borneo Utara juga berjaya dihapuskan dan masyarakat tempatan
boleh mencari peluang pekerjaan yang menawarkan gaji. Namun, SBUB juga telah
mengubah sosioekonomi masyarakat ke arah negatif dengan memperkenalkan dan
mempergiatkan perjudian di Borneo Utara. Hasil daripada undian yang dilakukan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu terhadap masyarakat Borneo Utara tentang
kemahuan mereka menyertai Malaysia, majoriti rakyat Borneo Utara mahu menyertai
pembentukan Malaysia dan pada tahun 1963, Borneo Utara merdeka bersama
Malaysia dan dikenali sebagai Sabah yang merupakan salah satu negeri dalam
Malaysia pada hari ini.
12

6.0 RUJUKAN

Andrey
James. 2020. Sejarah Perjudian Di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo
Arkhailogia, Volume 5(1), 105-118.

Aping Sajok. 2018. Kempen Penghapusan Hamba di Borneo Utara 1845–1905.


Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 1-11.

Aping Sajok. 2018. Perhambaan Tradisional di Borneo Utara Zaman Kesultanan Sulu
& Brunei. Sains Insani, 2(2), 20-28.

Eko Prayitno Joko. 2020. Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu
Penelusuran Daripada Sudut Sumber Sejarah. Jurnal Kinabalu, 1-34.

Junaidah Awang Jambol, Baszley Bee. 2021. Perjanjian Penyerahan Wilayah Utara
Borneo 1865, 1877 Dan 1878: Tinjauan Awal Terhadap Perbandingan Intipati
Perjanjian. MANU, 125-152.

Junaidah Awang Jambol, Baszley Bee. 2021. Perubahan Tradisi Penempatan


Masyarakat Melayu Brunei di Kawasan Pantai Barat Borneo Utara: Impak
Terhadap Sosioekonomi (1881-1941). Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 38-50.

Khazin Mohd Tamrin. 1988. Orang Jawa di Borneo Utara: Satu Nota Awal. JEBAT 16,
123-136.

K. G. P. Tregonning. 1953. The Elimination of Slavery in North Borneo. Journal of


the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 26, No. 1 (161), 24-36

Marry Lalim. 2021. Perkembangan Perniagaan Kecil Masyarakat Dusun Di Tamu


Kota Belud, Sabah, 1881-1940. Jurnal Borneo Akhailogia (Warisan, Arkeologi
& Sejarah), 41-58.
13

Maureen De Silva, Nursyazwani Edinin. 2021. Kapal Wap, Laluan Maritim dan
Penghantaran Buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 293-307.

Mohamed Aliff Rosli. 2018. Syarikat Kapal Wap: Pencetus Pembangunan Ekonomi
Bandar di Borneo Utara, 1883-1941. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage,
Archaeology and History), 1-27.

You might also like