You are on page 1of 5

5.

1 LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN TEMPATAN

Sistem Kesukuan

· Sarawak: Iban(Tuai Rumah), Bidayuh( Tua Kapung), Kenyah( Peran Lepo), Kayan (Kelunan Maren),
Melanau (Menteri), menyelesaikan pertelingkahan penduduk, memastikan keharmonian, dilantik
mengikut kebolehan peribadi

· Sabah: Orang Tua(Ketua Kampung), diamalkan oleh Kadazandusun, Murut, Bajau( matto’a sebagai
pelindung adat, kepentingan anak buah). Majlis Kampung(membantu Orang Tua mengurus adat dan
kehidupan seharian), Tukang-tukang Adat( memastikan upacara dilakukan betul bagi mengelakkan
bencana)

Sistem Pentadbiran Tempatan

· SARAWAK: 3 bentuk iaitu Sungai Kerajaan, Sungai Tulin, Sungai Kuripan,Kawasan pedalaman
ditadbir oleh Orang Kaya, Berdasarkan sistem penguasaan tanah. Sistem kedatuan: Kerajaan Sawaku
ditadbir oleh Datu Merpati Jepang. Keturunannya bergelar Datu Patinggi, Datu Bendahara, Datu
Temenggung menjadi wakil Sultan Brunei mentadbir dan membangunkan Sarawak tanpa campur
tangan Sultan Brunei

· SABAH: barat dikuasai Kesultanan Brunei, Timur dikuasai Kesultanan Sulu. Brunei berdasarkan
sistem penguasaan tanah oleh pembesar tempatan sebagai wakil sultan. Sistem Datu mewakili Sultan
Sulu. Kuasa golongan Datu berdasarkan milikan bilangan hamba dan kemampuan menghantar ufti
tetap.Sistem Ketua Bebas: sikap berani dan keperwiraan tokoh mencabar kewibawaan Sultan, berkait
dengan keluarga Sultan Brunei atau Sulu, Mempunyai undang-undang sendiri dan tidak diiktiraf
kuasa lain, menjalankan pentadbiran di kawasan masing-masing.
5.2 PELUASAN KUASA DINASTI BROOKE DI SARAWAK

Sarawak ketika Kehadiran James Brooke

· Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei: 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan
Sarawak. Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat pentadbiran di Kuching mengenakan cukai
tinggi dan kerahan tenaga.

· Pengiran Raja Muda Hashim: dihantar untuk menyelesaikan masalh di Sarawak. Bapa saudara
Sultan , memujuk Datu Patinggi Ali dean pembesar Melayu tetapi gagal, Meminta bantuan James
Brooke.

· Datu Patinggi Ali: pembesar tempatan Sarawak, penentangan untuk membebaskan Sarawak
daripada cengkaman Pengiran Indera Mahkota. Berunding dengan James Brooke dan menamatkan
penentanagan

· James Brooke: menjalankan pengembaraan antara Sarawak dan Singapura dengan kapalnya
Royalist. Sokongan angkatan tentera laut British

James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan

· Rundingan: dengan Pengiran Muda Hashim apabila diminta menyelesaikan pertelingkahan


Sarawak, menawarkan Sarawak kepada James Brooke 2 kali

· Ugutan: 1. Pengiran Raja Muda Hasim berdolak-dalik dan tidak bersetuju menyerahkan Sarawak,
James mengugut sedia menyerang kedudukannya di Kuching2 terhadap Sultan Omar Ali Saifuddin
apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi angkatan tentera laut British untuk mengesahkan
penyerahan.

· Perjanjian 1841: James Brooke dengan Pengiran Raja Muda Hashim, James memerintah
Sarawak, menguasai hasilnya, menghormati, memelihara undang-undang adat Melayu. Perjanjian
1842: James Brooke dengan Sultan Brunei, menyerahkan Sarawak dari Tanjung Datu ke Sungai
Samaraahan, James memberi ufti tahunan 2500 Dolar Sepanyol, tidak campur tangan dalam hal adat
dan agama, tidak pindah milik tanpa izin Sultan Brunei. Mengiktiraf James sebagai Raja Putih
Sarawak.

· Ketenteraan: sokongan kapal HMS Dido yang dimiliki angkatan tentera laut British. Memerangi
ancaman lanun yang mengganggu perdagangan dan ketenteraman Sarawak.

Pengukuhan kuasa James Brooke

· Kekuatan Tentera: kapal perang HMS Dido menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sungai Saribas
dan Sungai Skrang.

· Menentang Kebangkitan Orang Tempatan: sebagai lanun, menjadi alasan meluaskan kuasa di
kawasan orang Iban sebagai tindakan yang sah dan mendapat sokongan British

· Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan: Orang Melayu, Iban

· Mengambil kesempatan daripada pertelingkahan yang wujud dalam masyarakat tempatan: Di


Mukah, menyokong Pengiran Matusin yang berkonflik dengan Pengiran Ersat dan anaknya yang lebih
dihormati. Membolehkannya memecahkan kekuatan masyarakat tempatan di Mukah

· Memperkukuh pertahanan Sarawak: Benteng dan kubu dilengkapi dengan meriam. 1862, Renjer
Sarawak ditubuhkan untuk mengawasi keamanan dan pertahanan
· Sokongan kewangan: pemodal Eropah terutama Baroness Angela Burdett-Counts
5.3 PELUASAN KUASA SBUB DI SABAH

Kemakmuran Sabah menarik Pemodal Asing

· Kedudukan strategic: laluan perdagangan antara China dan Singapura, berhampiran Pulau
Palawan yang merupakan laluan maritime kapal dagang ke China dan Jepun, penting dalam aktiviti
perdagangan kepulauan Sulu hingga Papua New Guinea. Pelabuhan membolehkan kapal berlabur
dengan selamat

· Kekayaan Ekonomi: sarang burung mendapat pasaran di China. Sagu, rotan, getah perca, gamat,
sirip ikan yu. Indigo dan kapas membolehkan pertanian komersial dijalan giat.

Sabah sebelum Penguasaan SBUB

· Pulau Balambangan: 1763, Alexander Dalryample membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu,
menghadapi masalah serangan lanun. Meninggalkan pulau pada November 1805.

· Pulau Labuan: Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada British melalui perjanjian 18 Disember
1846, British bertanggungjawab menumpaskan lanun seta melindungi perdagangan. James Brooke
Gabenor pertama.

Pertapakan SBUB

Sultan Brunei→Charles Lee Moses menyewa selama 10 tahun pada 1865→Menjual kepada
J.W.Torrey dan T.B.Harris dan menjadikan Kimanis pusat perdagangan→Alfred, Edward Dent memajak
pantai timur Sabah daripada Sultan Sulu 1878→Baron Gustavus von Overbeck berkerjasama dengan
Alfred dan Edward memajukan Sabah→Torrey menjual kepada Baron→Julai 1881, Alfred Dent dan
adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd. Dan mendapat status piagam
pada 1 November 1881→1888, Borneo Utara menjadi hegeri haungan British. SBUB memerintah
Borneo Utara hingga tahun 1942

Peluasan Kuasa SBUB

· Syarat piagam diraja: Menerima Penasihat British, melantik Pegawai Tadbir daripada pegawai
diakui British, tidak dibenarkan diserahkan kepada pihak lain tanpa izin British. Memelihara adat
resam, agama, undang-undang penduduk, adail, saksama

· Matlamat: pembangunan ekonomi malalui eksploitasi sumber dan melindungi, mempertahankan


hak masyarakat tempatan.

· Sir Rutherford Alcock menjadi presiden pertama, Alfred Dent sebagai pengarah urusan, William
Hood Treacher sebagai Gabenor pertama.

· Kuasa sebenar di London. Sistem birokrasi digunakan.


5.4 BENTUK PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

1. Pembahagian wilayah

· Sarawak: Zaman Raja Brooke, 3 bahagian. Charles Brooke menambahkan 2 bahagian pada 1885
dan 1890.

Bahagian pertama: Sg. Sarawak,Sadong. Bahagian kedua: Batang Lupar, Saribas, Kalaka, Simanggang.
Bahagian ketiga: Sg Rajang, Oya, Mukah, Bintulu, Matu. Bahagian keempat: Sg. Baram. Bahagian
kelima: Limbang, Trusan, Lawas.

· Sabah: Pada tahap awal, 2 residensi iaitu Residensi Pantai Timur berpusat di Sandakan, Residensi
Pantai Barat berpusat di Jesselton. 1922, 5 residensi iaitu Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Pantai
Timur dan Tawau berjumlah 17 daerah. Residen(Residensi), Pegawai Daerah, Penolong Pegawai
Daerah berbangsa Inggeris atau Eropah.

2. Pengekalan pembesar tempatan

· Sarawak: Kalangan Datu dikekalkan, jawatan baharu Datu Imam, Datu Hakim. Zaman Charles
Vyner Brooke, Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara, Datu Amar. Semua undang-undang, adat
tidak bercanggah dengan sistem Barat dikekalkan. Pembesar tidak memungut cukai, diberi gaji,
membantu pentadbiran.

· Sabah: SBUB membahagikan Ketua Anak Negeri diakui diserap ke dalam sistem pentadbiran dan
diberi gaji, Ketua Anak Negeri tidak diakui tidak dibayar gaji. Ketua bergaji memelihara keamanan,
mengutip cukai kepala, mentadbir keadilan, hakim di Mahkamah Anak Negeri. Juga digelar Orang
Kaya(O.K.) membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran daerah. Institusi Ketua Anak Negeri,
Ketua Kampung (Orang Tua), Mahkamah Anak Negeri.

3.Pentadbiran berhierarki

· Sarawak: Raja→Majlis tertinggi/Majlis Negeri→Residen(Bahagian)→Pegawai Daerah→Penghulu

· Sabah: Lembah Pengarah(Pemegang Saham)→Gabenor(Majlis Penasihat menasihati dalam hal


ehwal pentadbiran)→Setiausaha→Ketua Jabatan/ Residen→Pegawai Daerah→Ketua Anak
Negeri→Ketua Kampung

4. Pentadbiran berasaskan Kaum

· Sarawak: sistem pecah dan pemerintah, Melayu(pentadbiran),Cina(ekonomi, sitem Kapitan,


Kangcu), Iban(keselamatan,ketenteraan, Temenggung)

· Sabah: berasaskan peribumi, Penolong Pegawai Daerah(pentadbir), ketua etnik berperanan dan
dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran

5. Perundangan

· Sarawak: Undang-undang lapan perkara(Januari 1842), Mahkamah diadili raja, dibantu ketua
Majistret, Mahkamah Residen( Residen sebagai Majistret), Mahkamah Adat( mengadili kesalahan
masyarakat tempatan), Mahkamah Cina di Kuching(kes masyarakat Cina)
· Sabah: undang-undang barat dan tempatan, Mahkamah Majistret(undang-undang Barat ,diadili
Pegawai Daerah), Mahkamah Anak Negeri( diadili Ketua Anak Negeri)

You might also like