You are on page 1of 16

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Sidang Akademik 2010/2011 JMS 416 - Sejarah Sosio-Politik

Malaysia: Gerakan Protes

Prof. Madya Dr. Hj. Mohd. Isa Othman TUGASAN 3

Bincangkan peranan gerakan pribumi di Sabah dan Sarawak dalam gerakan anti British. 1. PENDAHULUAN pribumi di Sabah dan Sarawak sama seperti rakyat di

Gerakan anti British

Semenanjung Tanah Melayu menentang kehadiran kuasa British di negeri tersebut dengan melancarkan beberapa siri penentangan. Di Sabah gerakan anti British bermula setelah kemasukan pentadbiran British ke negeri itu. Berbagai langkah diambil untuk mewujudkan kuatkuasa pentadbiran. Peraturan-peraturan baru mula diperkenalkan seperti

menghapuskan hamba secara beransur-ansur, mengadakan sistem mata wang, menyukat tanah dan menghapuskan kegiatan lanun.1 Perubahan yang drastik dengan mengubah sistem pentadbiran tradisi dan juga menghadkan serta menyekat amalan lama penduduk tempatan telah dimulakan oleh Pihak Syarikat British North Borneo Company yang diketuai oleh Dent. Perbuatan Dent ini sebenarnya telah mengugat ketuanan kepimpinan politik tradsional peribumi di

Mohd Isa Othman, 1999. Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20 ,Kuala Lumpur :Utusan Publication &Distributars Sdn Bhd, hlm. 97.

1|Page

Sabah. Hj. Buyong Adil yang menjelaskan sistem pemerintahan kesultanan Brunei ke atas Sabah berasaskan susunan kekeluargaan yang dikuasai keluarga Duli Pengiran di Gadong.2 Kedatangan dan penguasaan British telah mengubah lanskap politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial negeri Sabah. Manakala di Sarawak, gerakan anti British bermula setelah James Brooke dilantik oleh Pengiran Muda Hashim sebagai gabenor di Sarawak pada bulan September 1841. Kekuasaan beliau semakin kukuh selepas Sultan Brunei ,Sultan Umar Ali Saifudin II menyerahkan Sarawak kepadanya melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1 Ogos 18423.Penyerahan itu meliputi

bahagian pertama Sarawak sahaja.Perlantikan Brooke itu tidak disenangi kemudiannya berikutan usahanya bagi menghakis pengaruh kesultanan Brunei serta langkah mengadakan peraturan dan undang-undang mengikut pola barat4. Bagi memenuhi cita-cita itu,beliau mengambil pendekatan yang

sederhana dengan melakukan pembaharuan dalam Kerajan Kesultanan Brunei. Usaha ini dilakukan dengan dengan bantuan Pengiran Muda Hashim. Namun begitu hasrat beliau gagal kerana berlaku pembunuhan ke atas Pengiran Muda Hashim dan adiknya Pengiran Baharudin.5 Susulan daripada campurtangan British dalam hal-ehwal politik dan pentadbiran,ekonomi serta sosial di negeri-negeri tersebut maka muncullah gerakan anti British yang dikendalikan oleh penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak.

2 3

R.M Jasni, 1981. Pemberontakan Mat Saleh. Kota Kinabalu :Persatuan Kebudayaan Sabah, hlm. 17. Buyung Adil 1981.Sejarah Sarawak .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ,.hlm .27. 4 Mohd Isa Othman,op.cit., hlm.115. 5 Tarling,Nicholas,Britian 1971.The Brookes and Brunei . Kuala Lumpur : Oxford University Press, hlm. 37 dan 78.

2|Page

2.

PERANAN GERAKAN PRIBUMI DI SABAH DALAM GERAKAN ANTI

BRITISH. Kehadiran kolonial ke Sabah dengan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial telah menyebabkan timbulnya gerakan peribumi di Sabah dalam gerakan anti British.

2.1.

Gerakan Awal Menentang British

2.1.1 Peranan Syarif Usman di Morudu dan Haji Saman di Membakut dalam gerakan anti-British Pada tahun 1845 seorang berketurunan Syarif telah mengetuai gerakan anti British di Morudu. Berpunca daripada masalah kutipan cukai sehingga membawa kepada gerakan penentangan ke atas British. Walau bagaimanapun gerakan yang dipimpin oleh Syarif Usman berjaya dihapuskan pada tahun Ogos 1845 dengan kekuatan kapal-kapal perang British. Manakala gerakan Haji Samad di Membakut pihak British menggunakan perang psikologi dan berjaya dihapuskan pada bulan Ogos 1846 setelah pasukan British menyerang hebat kubu Haji Samad, di Membakut.6 Kedua tokoh peribumi ini dicap sebagai lanun kepada Syarif Usman dan penderhaka,perompak dan pembunuh kejam kepada Haji Samad oleh pihak British.

Mohd Isa Othman,op.cit., hlm.98.

3|Page

2.1.2. Peranan Datu Baginda Putih di Sandakan, Pengeran Samah di Gomantong dalam gerakan anti-British. Kehadiran British tidak disenangi oleh Datu Baginda Putih. Beliau bersama pengikutnya melancarkan gerakan menentang British. Walau bagaimanapun gerakannya berjaya dihapuskan oleh British pada bulan Mei 1879. Manakala Pengeran Samah berkaitan isu kutipan cukai yang tidak disenanginya. Beliau diarahkan membayar cukai hasil kutipan sarang burung di Gua Gomantong. Gabenor William Pryer telah menggunakan kekuatan tentera untuk

menghapuskan penentang ini.7

2.1.3. Peranan Orang Murut Orang Bukit dalam gerakan anti-British Orang Murut Orang Bukit terdiri daripada beberapa sukuNabai,

Bokan,Timogun, Peluan dan Tagul. Anutan agama di kalangan mereka ialah Islam, anamisme dan Kristian.8 Gerakan ini juga berpunca ketidakpuasanhati terhadap pentadbiran British sehingga mengakibatkan terbunuhnya Raden Salleh dan beberapa orang pengikutnya serta dibakar pos kastam oleh orang Murut yang diketuai Dato Setia Bukit. Pihak British telah melancarkan kempen bumi hangus dengan membakar dan memusnahkan rumah-rumah. Selain itu, beberapa siri gerakan penentangan juga telah dilancarkan . Namun semua gerakan ini berjaya dihapuskan oleh pihak British dengan menggunakan kekuatan tentera dan polis.

7 8

Ismail Abbas dan K. Bali 1985.Peristiwa-peristiwa Berdarah di Sabah, hlm. 35-38. Cecilia Leong 1982. Sabah The First 100 years, hlm. 101-102.

4|Page

2.2.

Peranan Mat Salleh dalam gerakan anti-British (1894-1900)

Antara gerakan anti British di Sabah yang mengancam kedudukan Syarikat Berpiagam adalah gerakan protes yang dipimpin oleh Mat Salleh.Peristiwa yang membawa persengkataan terbuka antara Mat Salleh dan Syarikat Berpiagam bemula apabila dua orang peniaga Dayak dibunuh di Hulu Sugut pada tahun 1894.9 Kemudian diikuti dengan

campurtangan Kerajaan Syarikat Berpiagam di daerah Sugut. Menurut Hj. Buyung Adil, Mat Salleh mula melakukan pemberontakan disebabkan kehilangan kuasa memunggut cukai di Sungai Sugut atas alasan kawasan itu dalam pemerintahan British.10 Di samping itu, pemberontakan yang dipimpin oleh Mat Salleh juga berpunca bukan sahaja tergugatnya kedudukan sebagai pemunggut cukai tetapi menyedari kesan penjajahan yang mula menguasai ekonomi Sabah. 11 Mat Salleh telah menggunakan pelbagai pendekatan dalam Datu Mat Salleh

menterjemahkan protesnya terhadap kepimpinan dan pentadbiran British. Antaranya : a) Menggunakan kekuatan fizikal dan batiniah b) Rundingan dengan pihak British c) Surat menyurat Walau bagaimanpun, kebanyakan protesnya dengan cara melakukan pemberontakan bersenjata dan membuat kacau di daerah-daerah yang dikuasai

Mohd Isa Othman.op.cit., hlm 104. Hj.Buyong Adil 1981.Sejarah Sabah.Kuala Lumpur: DBP,hlm. 16. 11 INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara), 1982. Negara Kita. Sejarah Pentadbiran Dan Dasar-Dasar Pembangunan .Kuala Lumpur..hlm. 41.
10

5|Page

oleh British. Namun akhirnya, pada 27 Januari 1900 kubu Mat Salleh telah ditawan dan Mat Salleh terkorban ketika mana pasukan polis kerajaan menggempur ke atas kubu Mat Salleh secara besar-besaran.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

2.3.

Peranan pengikut Mat Salleh dalam gerakan anti British

Walaupun Mat Salleh terkorban namun pengikut-pengikutnya meneruskan perjuangan yang lebih bersifat gerila dan hidup secara bandit.12 Anggapan Hugh Clifford dengan kematian Mat Salleh akan menamatkan penentangan ternyata meleset. Kebangkitan pengikut-pengikut Mat Salleh ini juga berjaya dikekang oleh pihak British. Namun begitu, tentangan hebat terpaksa dilalui terutama oleh pengikut Mat Salleh yang diketuai oleh Kamunta.

12

Mohd Isa Othman, op.cit., hlm.108.

6|Page

2.4. 1915)

Peranan Orang Murut di Rundum dalam gerakan anti British (1914-

Gerakan anti British di Rundum tercetus apabila kerajaan mengambil keputusan untuk mendirikan pos di Tomani (58km dari Tenom).13 Antara punca masalah yang dihadapi adalah; a) Berhubung amalan ngayau b) Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang tidak popular iaitu i) ii) cukai minuman tapai- tapai beras 2 sen dan 1 sen tapai ubi kayu. cukai ladang- tanah diteroka 50 sen dan ketua-ketua bumiputera melanggar peraturan denda RM 25 iii) iv) cukai ikan besar- dikenakan RM 1 cukai pasangan- isteri dan suami yang dipaksa hidup berasingan disebarang sungai-setiap kali lawatan dikenakan RM 1 c) Kerahan membina jalan raya. Punca ketidakpuasanhati di atas tersebut telah membawa kepada kebangkitan Orang Murut di kawasan Rundum. Antara tokoh yang berpengaruh di Rundum terdiri daripada Blayong dan Antanom, Antak dan Mukang. Antara tokoh tersebut, Antanomlah antara tokoh pahlawan yang diingati sehingga terbinanya tugu peringatannya di pekan Tenom. 14
Tugu Peringatan Antanom di pekan Tenom. Gambar dipetik dari www.sabahtravelgu ide.com
13 14

Ibid.hlm. 109 Lihat lampiran A : Profil Antanom dan penglibatan Antanom dalam perjuangan menentang pihak British di Sabah.

7|Page

Kerajaan Syarikat Berpiagam berjaya menumpaskan gerakan protes ini dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu anggota polis dan tentera dalam menyelesaikan kemelut ini. Selepas kebangkitan di Rundum keadaan di Sabah sehingga Perang Dunia Kedua boleh dikatakan aman.

3.

PERANAN GERAKAN PRIBUMI DI SARAWAK DALAM GERAKAN ANTI BRITISH.

3.1

Peranan kaum Dayak dalam dalam gerakan anti British di Sarawak.

Orang Iban dan orang Melayu telah bersekutu dalam gerakan anti Brooke peringkat awal pemerintahan Brooke. Setelah gerakan penentangan ini dapat ditangani oleh raja Brooke orang Melayu dan Dayak Laut digunakan oleh Brooke bagi menekan kebangkitan orang Dayak Ulu. Kecenderungan Iban Laut dari Saribas dan Sekrang bermusuhan dengan Iban Balau telah digunakan sepenuhnya oleh raja Brooke.15 Gerakan penentangan orang Dayak ternyata bersifat tempatan dan tidak begitu mudah untuk ditundukan.

3.2

Peranan Rentap dalam dalam gerakan anti British di Sarawak.

Penentangan terhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yang berpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang

15

Benedic Sandin 1967.The Sea Dayak of Borneo ,hlm. 65-67

8|Page

pejuang penjajahan

yang

mempertahankan bukannya

negeri

dari seperti

Inggeris,

lanun16

anggapan penjajah. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar dari Barat yang berniat Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang Iban jahat ingin menguasai Sarawak dan

menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu. Rentap,seorang berpengaruh di kawasan pemimpin Iban yang

Sungai Saribas. Beliau

yang berasal dari Hulu Sungai Kapuas telah berhijrah bersama ibu bapanya. Nama asalnya ialah Libau dan Rentap diambil setelah beliau berjaya memenggal kepala musuhnya dalam satu peperangan. Nama Rentap mempunyai maksud tersendiri dalam bahasa Iban ,iaitu merujuk kepada orang yang menggegarkan dunia.17 Pada 31 Julai 1849, Rentap telah mula terlibat dalam gerakan anti Brooke dalam peperangan di Banteng Maru. Gerakan beliau mendapat sokongan dari kawasan Sekrang dan Saribus. Bagi menyelesaikan kemelut ini, usaha kerajaan Brooke adalah dengan mengadakan beberapa ekspedisi menghukum ke atas Rentap namun ekspedisi yang dilancarkan tidak berjaya.Pada bulan September 1861 ekspedisi yang di hantar lebih berkesan dan kubu Rentap di Sadok ditawan pada bulan berikutnya.18

16 17

Lihat lampiran B: Penentangan Rentap Chang Pat Foh ,The Land Of Freedom Fifhter ,Ministry of Social Devolepment .Kuching,1995. 18 Mohd Isa Othman,op.cit., hlm.123-124.

9|Page

Charles Brooke menyerang kali ketiga kubu itu dengan sebuah meriam tembaga bernama Bujang Sadok dan dalam serangan itu,kubu Rentap berjaya ditawan. Rentap berundur ke Bukit Lanjak dan kemudiannya melarikan diri ke kawasan Kubu Rentap di Tabbatdi kaki Gunung Sadok

pendalaman di Entabai,Kanowit. Selepas peristiwa itu ,Rentap tidak lagi meneruskan perjuangan menentang pentadbiran Brooke. Beliau

dikatakan telah meninggal dunia pada usia tua sekitar Rentap pahlawan Iban Rentap tahun 1870an. Mayatnya tidak dikebumikan ,tetapi disimpan sebagai penghormatan di rumah mayat yang

dikenali sebagai Lumbong.19 3.2 Peranan Banten dalam gerakan anti British di Sarawak. (1896-1908)

Penentangan Banten dan orang Iban mempunyai hubungkait dengan tradisi dan kebudayaan yang sukakan peperangan, potong kepala dan migrasi. 20 Kebangkitan Iban lebih bersifat kelompok dan tidak terlalu bergantung kepada institusi kepimpinan. Malah jika kita telusuri ternyata kebangkitan penentangan penentangan.21 Banten lahir sekitar tahun 1855-60 di Delok. Beliau digelar Ijau Layang. Beliau mula terlibat dalam peperangan menetang raja Brooke pada tahun 1875 di Bukit Seligi.
19 20

Banten

boleh

dilihat

sebagai

mangkin

aktifnya

gerakan

Chang Pat Fong,op cit,hlm 114. Mohd Isa Othman, op.cit.124. 21 Ibid.hlm.125.

10 | P a g e

Gerakan Banten bermula pada tahun 1890 apabila keadaan di Hulu Batang Lupar bergolak. Pergolakan ini berlaku apabila orang Iban Hulu Batang Lupar yang dipimpin oleh Ngumbang tidak mahu membayar cukai pintu dan tidak mahu menghentikan amalan potong kepala.22 Brooke telah menghantar pasukan untuk menumpaskan pemberontakan tersebut dan hasilnya Ngumbang bersedia bekerjasama dengan Brooke. Namun keadaan ini tidak kekal lama ,Banten dan beberapa keluarga Ngumbang telah berpindah ke Delok. Tindakan pindah ini adalah untuk mencari kawasan penanaman padi huma yang lebih sesuai. Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan Brooke yang mahu penduduk membina penempatan di tebing-tebing sungai utama sahaja. Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang tegas dilakukan oleh D.J.S Bailey sebagai residen Bahagian Kedua pada akhir tahun1890 juga membawa kepada pemberontakan oleh Banten.Begitu juga apabila Banten dan beberapa orang ketua Iban yang pergi berniaga di Kapuas dikenakan cukai. Keadaan bertambah teruk apabila Bailey telah berjaya membunuh anak saudara Banten dan kepalanya dibawa ke Skrang untuk pesta ketika ekspedisi menghukum dilancarkan pada1896. Berikutan peristiwa itu, Banten telah mengambil tindakan untuk

menyerang balas di Skrang. Kerajaan Broooke telah menawarkan pengampunan terhadap Banten dan pengikutnya namun gagal. Satu serangan telah dilancarkan oleh Brooke dibawah pimpinan Panglima Dalam Munan dari Rajang bagi menghancurkan Banten. Kegananasan telah dilakukan di mana dalam ekspedisi
22

Banedic Sandin, 1966.Iban Hero,Dreams and Apparitions,SMJ,.hlm. 216.

11 | P a g e

ini telah membakar rumah panjang. Walau bagaimanapun perkara ini tidak mematahkan semangat penentangan oleh Banten.Keadaan hanya tenteram untuk selama tiga tahun sahaja. Kekecohan berlaku semula apabila seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan Belanda dibunuh di Sermat pada Disember 1901. Banten yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan si mati tidak berpuas hati dan telah mengambil tindakan membalas serangan terhadap Brooke. Brooke telah menghantar pasukan untuk menyerang Banten,tetapi akibat kemarau panjang serangan tersebut gagal. Ini ditambah pula Ngumbang telah menyertai Banten. Sebenarnya Banten dan pengikutnya tidak menganggap kerajaan pusat sebagai musuh. Banten melihat Bailey sebagai musuh kerana perlaksanan dasar yang keras. Apabila Bailey digantikan oleh A.B Ward keadaan telah beransur pulih. Langkah A.B Ward yang lebih diplomasi telah menyebabkan Banten dan Ngumbang telah membayar denda yang dituntut oleh kerajaan. Bagaimanapun Banten telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Sungai Leboyan dan telah meninggal dunia di sana pada tahun 1932.

3.3

Peranan Asun dalam gerakan anti British di Sarawak.

Ketika penentangan oleh Banten,Asun memihak kepada Brooke. Walau bagaimanapun pada tahun 1926 beliau meletakkan jawatan penghulu dan menyerahkan pakaian seragam dan lencana . Punca perbalahannya dengan

12 | P a g e

C.D Adams adalah sama dengan beberapa pemimpin lain di Sarawak malah juga di Tanah Melayu iaitu keengganan membayar cukai.23 Dasar Brooke yang menghalang masyarakat berpindah randah membawa kepada penentangan rakyat Sarawak terutamanya daripada kaum Iban. Bagi orang Iban, berpindah randah merupakan tradisi mereka sejak dulu lagi. Mereka sering berpindah randah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai untuk menanam padi huma. Pada tahun 1926, kerajaan Brooke telah menetapkan peraturan migrasi. Setiap orang Iban yang ingin keluar kawasan perlu mendapat pas terlebih dahulu.24 Amalan potong kepala juga merupakan amalan kaum Iban juga sering menjadi pencetus kepada penentangan . Amalan ini bagi mereka adalah satu usaha untuk menimbulkan semangat suka berperang dan keperwiraan di kalangan mereka. Beberapa langkah kerajaan Brooke untuk menghapuskan

budaya ini tidak mendatangkan kejayaan. Malahan penentangan antara puak pro kerajaan dan anti kerajaan menjadi-jadi. Asun telah menarik pemuda-pemuda Iban untuk bersamanya bagi mengekalkan budaya tersebut. Selain itu, pelaksanaan cukai dan peraturan baru telah membawa kepada kemarahan rakyat setempat. Antaranya; a) Pembayaran cukai pintu mengikut bilik perlu membayar cukai tidak mengira orang miskin,janda. b) Cukai senapang yang baru.

23 24

Robert Priegle, Asuns Rebellion, SMJ vol.xiv ,hlm. 350-351 Ibid hlm. 352.

13 | P a g e

c) Khabar angin mengatakan bahawa setiap orang lelaki dikenakan cukai lima puluh sen untuk meniduri isterinya. d) Menghentikan amalan tanaman pindah, penebangan hutan, mengutip hasil hutan dan memburu binatang liar. e) Arahan membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Tindakan-tanduk pihak Brooke ini lah yang menimbulkan ketegangan dan membawa penentangan ke atas pemerintahan Brooke. Hubungan Asun dan C.D. Adams menjadi lebih tegang apabila Asun telah mengirim lembing-lembing perang kepada utusan yang dihantar oleh Adams untuk berunding. Asun telah dianggap oleh pihak kerajaan sebagai penderhaka dan Asun pula mengancam akan menyerang orang Eropah.Beberapa rundingan telah diadakan namun semuanya berakhir dengan kegagalan. Pihak kerajaan telah menghantar ekspedisi untuk menghapuskan gerakan Asun. Akhirnya Asun tidak dapat bertahan dan telah menyerah diri kepada pihak kerajaan. Setelah dipenjarakan di Kuching,Asun telah dibuang ke daerah Lundu. Berakhirnya penentangan Asun di Sarawak namun ,gerakan penentangan berterusan dan telah diketuai oleh pemimpin-pemimpin muda lain kaum Iban. Gerakan Asun tidak bertunjang untuk menggulingkan kerajaan Brooke. Tumpuan gerakan penentangan Asun hanya bersifat tempatan,perseorangan dan kebumiputeraan.

14 | P a g e

4.

KESIMPULAN.

Kehadiran penjajah British ,sama ada di semenanjung Tanah Melayu mahupun di Sabah atau Sarawak telah menimbulkan kegelisahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan dan akhirnya telah membawa kepada penentangan terhadap kuasa penjajah itu. Setelah kita telusuri ternyata kebangkitan gerakan pribumi anti British di Sabah konklusinya, gerakan penentangan berpunca daripada campur tangan British yang mengancam sistem politik, sosial, ekonomi dan unsur keagamaan serta kepercayaan penduduk tempatan. Penentangan bermula apabila pihak

berkuasa Inggeris mahu menguatkuasakan peraturan pentadbiran. Manakala di Sarawak, konklusi yang dapat kita buat gerakan

penentangan lebih bersifat tempatan dan kebumiputeraan. Antara alasan yang mendorong kebangkitan tersebut adalah bersangkutan; persoalan tanah, adat, pembunuhan, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baru, migrasi dan persoalan-persoalan kecil bersifat peribadi dan tempatan.25 Dalam menghadapi penentangan dan kebangkitan gerakan pribumi di Sabah dan Sarawak kerajaan Syarikat Berpiagam dan Kerajaan Brooke berjaya menanganinya dengan kekuatan tentera, mengeksploitasi permusuhan sukusuku kaum, dan pelbagai muslihat telah digunakannya. Walaubagaimanapun ,gerakan pribumi di Sabah dan Sarawak ternyata tidak dapat dipadamkan sepenuhnya.

25

Mohd Isa Othman.op.cit., hlm.130.

15 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Buyung Adil 1981. Sejarah Sarawak.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Banedic Sandin 1966.Iban Hero, Dreams and Apparitions,SMJ. Benedic Sandin 1967.The Sea Dayak of Borneo. Cheah Boon Kheng 1982. Komrad Bertopeng . KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chang Pat Foh 1995. The Land of Freedom Fighters. Kuching :Ministry of Social Development. Criswell,Colin N, The Mat Salleh Rebellion Reconsidered ,Sarawak Meseum Journal ,Jilid 19 Ismail Abbas dan K. Bali 1985. Peristiwa-peristiwa Berdarah di Sabah.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Othman 1999.Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20 ,Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributars Sdn Bhd. Pringle,Roberts,Rajah and Rebel 1970. The Iban of Sarawak Under Brooke Rules,1841-1941. London:Macmillan press. R.M Jasni 1981. Pemberontakan Mat Saleh. Kota Kinabalu : Persatuan Kebudayaan Sabah. Tarling,Nicholas,Britian,1971,The Brookes and Brunei . Kuala Lumpur : Oxford University Press. www.sabahtravelguide.com http://www.sabah.gov.my/pd.tnm/tnmdoc/lagenda.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sarawak

16 | P a g e

You might also like