You are on page 1of 55

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Good luck for all STPM candidates. All the best. These notes are not mine. I got it
from my History teacher. I just want to share it with you guys. Use it wisely. Hope it
can help you sikit2.
The best way to understand History subject is -- do your own notes and exercises.
Jangan terlalu mengharap kepada nota yang diberi. Do a lot of exercises. Semoga
berjaya :)

TRANSFORMASI MASYARAKAT
Pengenalan
Mulai abad ke-18 minat British di Burma telah meningkat akibat persaingan British dan
Perancis di India. Pihak British ingin memperluaskan perdagangan di Burma. Sumber asli
Burma yang paling diminati oleh British ialah kayu jati. Pada abad ke-19, Burma telah
dikalahkan oleh British dalam tiga peperangan iaitu perang British Burma pertama (1824-26),
Perang British Burma kedua (1852-53) dan perang British Burma ketiga (1885). Melalui perang
British Burma yang pertama, British menakluki wilayah-wilayah Arakan dan Tenasserim
manakala Pegu iaitu Burma Hilir ditakluki melalui perang British Burma kedua. British menakluki
Burma Hulu melalui perang British Burma ketiga. Ini bererti seluruh Burma telah jatuh ketangan
British pada tahun 1885. Burma Hulu telah ditakluki oleh British secara rasmi pada 1 Januari
1886. Burma telah dijadikan sebuah wilayah India. Penaklukan Burma oleh British menamatkan
Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Pemerintahan British
seterusnya mengakibatkan perubahan sosial, ekonomi dan politik. Keadaan politik, ekonomi
dan sosial di Burma inilah yang menjadi daya penggerak penjajahan British di Burma
Politik
1)

Masalah dalam sistem pentadbiran Burma

Masalah dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki Arakan. Penaklukan
Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu
merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman pemerintaha Bodawpaya; kerana
sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India. Penaklukan tersebut menyebabkan
Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong. Keadaan di
sempadan Arakan-Chittagong adalah tidak stabil kerana terdapat sebilangan besar orang
pelarian Arakan yang menggunakan wilayah British untuk menentang pemerintahan Burma.
Arakan ditadbir oleh seorang gabenor Burma.
Penawanan Arakan oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian antara British dan
Burma yang akhirnya mengakibatkan perang pada tahun 1824. Orang pelarian Arakan di bawah
pimpinan Nga Than De dan Chan Byan telah memberontak menentang pemerintahan Burma

pada tahun 1794 dan 1811. Sebagai tindak balas, askar-askar Burma seringkali memasuki
wilayah British untuk menawan pemberontak-pemberontak yang melarikan diri ke Chittagong.
Tindakan askar Burma ini telah mengancam ketenteraman wilayah British. Orang Burma pula
mula mengesyaki bahawa orang pelarian Arakan menerima bantuan daripada British. Malahan
terdapat pertempuran-pertempuran kecil di antara askar Burma dengan pihak British di
kawasan sempadan Arakan-Cittagong. Hal ini telah memburukkan hubungan British Burma
yang akhirnya menyebabkan peperangan.
Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa
pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan (1878-85), Burma Hulu mengalami
kekacauan politik yang serius. Raja Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja
dalam Februari 1879 kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus. Pembunuhan secara
beramai-ramai juga telah berlaku di Mandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga
berada dalam keadaan kacau bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina
telah membakar bandar Bhamo dan kebanyakan dari puak desakan-desakan daripada
golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah
kerana keadaan kacau bilau di Burma Hulu telah menggangg perdagangan.
2)

Masalah dalam hubungan diplomatik

Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebakan peletusan perang British Burma yang
pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811 (seperti
Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan 1811). Mereka
dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong, masalah
perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusan-utusan tersebut telah gagal
menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh keangkuhan
ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak. Malahan kedua-kedua Residen
British yang dihantar ke Rangoon iaitu Hiram Cox dan Lt. John Canning terpaksa pulang ke
Inidia pada tahun 1798 dan 1803 akibat layanan buruk oleh pegawai istana Burma. Burma
enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral India
yang dianggap sebagai tidak setaraf dengan rajanya. Hubungan diplomatik antara British dan
Burma telah putus pada tahun 1811. Hal ini telah merintis kepada peletusan perang British
Burma yang pertama.
Selepas penarikan residensi British di Burma pada tahun 1840, kerajaan British di
Calcutta telah menerima banyak aduan mengenai layanan buruk kerajaan Burma terhadap
pedagang-pedagang British. Pedagang-pedagang mengadu tentang pengenaan cukai-cukai
yang tidak adil. Gabenor Pegu, Maung Ok memang terkenal dengan pemerasan pedagangpedagang British kerana Raja Pagan memberi kuasa kepada Maung Ok yang bersifat anti
British. Pada bulan Julai dan Ogos tahun 1851, Maung Ok telah mengenakan tuduhan-tuduhan
membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis. Beliau
telah memaksa mereka membayar denda sebanyak 1000 rupi. Sheppard dan Lewis seterusnya
mengadu perkara ini kepada kerajaan British di India. Gabenor General British iaitu Lord
Dalhausi telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas.peristiwa ini telah member
kesempatan kepada kerajaan British (terutamanya Lord Dalhausie) untuk memberi satu
pengajaran kepada orang Burma dan menguasai Burma.

Masalah kasut juga menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara


terputus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78). Mengikut
adab Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkan kasut mereka dan
duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sabagai merendahkan
maruah mereka. Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw
di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah
menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen British
sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875 tidak
terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British. Malahan
pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin
mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British. Langkah Burma ini telah
ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan kemerosotan
hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting peletusan perang Brish
Burma yang ketiga.
3)

Penukaran kerajaan di Britain

Sebenarnya terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti politik
sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti Liberal dan Parti Konservetif.
Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang kedua-dua parti ini iaitu pada 1868, Parti
Konservetif di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan diganti dengan
Parti Liberal di bawah pimpinan William Gladstone yang bersifat anti-imperialis. Tetapi pada
1874, Parti Liberal telah dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif yang memang
menjalankan dasar imperialism, dan perubahan pimpinan ini berlaku beberapa kali sehingga
pada bulan Jun 1885, Parti Konservatif sekali lagi mengambil alih pimpinan daripada Parti
Liberal. Parti Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar yang lebih tegas terhadap
Burma. Kemunculan Parti Konservatif telah memungkinkan tindakan yang lebih berkesan di
Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya dengan kuasa Perancis.
4)

Mengekang kuasa Perancis

Sebenarnya agak menarik membincangkan tentang Burma atau Myanmar ini, iaitu apabila
menyentuh tentang peranan Perancis menyebabkan British campur tangan dalam perjalanan
politik Burma. Tetapi yang sebenarnya British telah campur tangan awal lagi dalam politik
Burma, namun tindakan pemerintah Burma yang menjalinkan hubungan dengan Perancis
menyebabkan British rasa curiga dengan tindakan ini. Perancis sebenarnya juga telah lama
berdagang di kawasan Timur ini dan kehadiran Perancis ini telah menimbulkan pergeseran
terutamanya dengan British. Perkara yang sebenarnya ialah pergeseran yang berlaku di Burma
dalah kerana tindakan kedua-dua kuasa ini yang telah lama bergeseran merebutkan kawasan
di Timur ini seperti wilayah-wilayah di India termasuklah Burma.
Perkara ini diburukkan lagi semasa Perang Kemerdekaan Amerika, apabila pihak Perancis
mengambil kesempatan menyerang kemudahan perdagangan dan perkapalan British sehingga
menyebabkan kerosakan yang teruk kepada British. Perkara yang berlaku pada peringkat awal
ini menyebabkan British dapat bertolak ansur lagi, tetapi apabila fasa ketegangan BritishPerancis memasuki peringkat pertengahan dan akhir abad ke-19 menyebabkan pihak British

tidak dapat bertolak ansur lagi. Raja Mindon Min (1852-1878)yang telah mula merintis jalan
dengan menjalinkan hubungan akrab dengan Perancis sehingga menyebabkan British berasa
tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah British ini. Pada tahun 1872
Mindon Min telah menghantar Perdana Menterinya Kinwun Mingyi ke Britain tetapi dalam
perjalanan beliau dan rombongannya telah melakukan perundingan perjanjian dengan
Perancis untuk meminta jasa baik Perancis bagi membantu Burma untuk membangunkan
istana, mengawasi percetakan wang Mindon yang baru. Perhubungan dengan Perancis inilah
yang menyebabkan British berasa terkilan dengan Burma. Sebenarnya terdapat beberapa isi
perjanjian yang telah dilakukan, seperti Burma berkehendakkan import senjata dari Perancis,
Perancis akan membekalkan pegawai tentera untuk melatih tentera Burma, dan yang
terakhirnya orang Perancis yang berada di Burma akan tertakluk kepada undang-undang
makhamah Burma.
Perkara ini tidak menjadi kerana melebihi kesanggupan dan telah ditolak oleh Menteri Luar
Negeri Perancis. Situasi ini juga kerana dalam usaha mengesahkan perjanjian itu dengan
Burma, wakil Perancis telah bertemu dengan wazir India dan menjamin bahawa Perancis tidak
mempunyai apa-apa niat terhadap Burma. Jika dipandang dari satu sudut yang lain jelaslah
bahawa Perancis pada peringkat ini masih mahu mengelakkan pergeseran dengan British di
India dan cubaan masuk ke dalam Burma adalah dilakukan secara halus, lemah-lembut dan
penuh dengan tolak ansur terhadap Burma dan British khususnya.
Apabila pemerintahan Burma diganti oleh Raja Thibaw dari tahun 1878 hingga 1885, telah
berlaku pelbagai perubahan yang berkaitan dengan Perancis dan Burma ini. Raja Thibaw
sebenarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa pemerintahannya. Beliau telah
menarik diri daripada perundingan Manipur kerana kegagalannya menggunakan Perancis untuk
melawan Britain. Beliau juga tahu Britain tidak senang hati dengan Perancis di Annam serta
Tongking, dan dengan jahilnya telah mengambil langkah menyambung semula rundingan yang
dibatalkan semasa ayah bliau dahulu. Beliau telah bertindak membuat perjanjian perdagangan
dengan Perancis dan telah menghantir wakilnya Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian
yang ditandatangani pada 1 Januari 1885. Tetapi sebelum itu, British telah mendapat tahu
bahawa soal lama yang pernah dikemukakan oleh Mindon Min telah ditimbulkan lagi oleh Raja
Thibaw, mengenai penjualan senjata ada dimasukkan dalam perjanjian. British minta wakil
Perancis Jules Ferry agar tidak memasukkan perjanjian mengenai pembelian senjata dan
beliau telah memberikan jaminan yang penuh bahawa peluang membeli senjata tidak akan
dimasukkan sebagai syarat perjanjian.
Keadaan ini sedikit sebanyak telah meredakan keadaan tegang yang timbul ekoran perjanjian
ini. Walaupon begitu, tindakan yang ditunjukkan oleh wakil Burma ini dan pihak Perancis sendiri
tetap mencurigakan pihak British kerana mereka juga sedar akan tindakan Perancis yang
datang ke Burma adalah atas dasar ingin mengambil peluang yang tersedia sama seperti
mereka. Hal ini juga kerana, mereka sedar bahawa pihak Burma juga telah lama tidak berpuas
hati kepada mereka ekoran pengambilan kawasan Burma dalam perang British-Burma I dan II
dahulu. Duta British telah menemui wakil Perancis iaitu Jules Ferry dan menyatakan mereka
akan menggunakan kekerasan kepada Burma sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat
dalam perkara ini, namun untuk mengurangkan keraguan itu pihak Perancis melalui Jules Ferry

telah menyatakan kepada British bahawa perjanjian yang ditandatangani hanyalah perjanjian
perdagangan biasa yang tidak mengandungi apa-apa perjanjian politik atau tentera kecuali
wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay. Sebenarnya pihak Perancis melalui Freederic
Haas ada menyatakan nasihat kepada Raja Thibaw supaya memperbaiki hubunganyya dengan
British tetapi tidak dipedulikannya, sebaliknya beliau tidak mahu menerima semula Residen
British.
Malahan, Raja Thibaw telah membenarkan Perancis menubuhkan bank di Mmandalay,
pembiayaan pembinaan jalan keretapi dari Mmandalay ke Toungoo oleh Perancis sehingga
menimbulkan khabar angin bahawa orang Perancis akan mengambil alih pengurusan hak
monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos, menjalankan kapal-kapal api di sungai Irrawadi,
dan dapat menyewa lombong-lombong batu delima. Tetapi tanpa disangka telah berlaku
perkara yang buruk iaitu surat perjanjian yang ditandatangani oleh Jules Ferry dengan wakil
Burma telah bocor, iaitu yang menyatakan bahawa sebaik sahaja keamanan di Tongking dapat
dipulihkan alat-alat senjata akan dihantar ke Burma melalui negeri terbabit.
Peristiwa terakhir yang melibatkan Perancis ialah, tentang tindakan Raja Thibaw
terhadap Syarikat Bombay Burma Trading Corporation yang menjalankan perusahan balak Jati
di kawasan Burma. Raja Thibaw yang tidak begitu menyukai British telah mengambil tindakan
terhadap syarikat ini dengan menyatakan bahawa syarikat ini telah mengeluarkan hasil balak
melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan oleh Burma, menyuap pegawai kerajaan,
dan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Burma. Perkara ini
diburukkan lagi dengan khabar angin yang bahawa perkongsian akan ditubuhkan dengan
Perancis sekiranya syarikat itu diusir. Dalam yang itu syarikat ini telah didenda sebanyak dua
kali ganda daripada jumlah yang dituduh tipu itu. Ini menyebabkan pihak British berasa tidak
berpuas hati.

Sosial
1)

Menyebarkan agama kristian

Agama kristian mula menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau
tersebut. Kehadiran kuasa Eropah telah bermula sekurang-kurangnya abad ke-16 dengan
dimulakan dengan kuasa Portugis yang Berjaya muncul sebagai kuasa maritime yang kuat
kertika itu. Halangan-halangan untuk memperoleh barangan dari Timur yang mempunyai harga
yang tinggi di pasaran Eropah mendesak mereka mencari laluan alternative daripada laluan
sedia ada yang telah dikuasai oleh pedagang Islam. Dalam masa yang sama misi mereka
bukan sahaja sekadar barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita untuk
menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh yang
demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi tiga G, iaitu Gold atau Emas, Glory
atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.

Bermula dengan Portugis, kuasa- kuasa lain kemudiannya sepanjang abad ke-17
hingga abad ke-19 turut mengembangkan agama ini. Walaupun kuasa-kuasa besar seperti
Belanda dan British lebih berminat dengan ekonomi berbanding dengan penyebaran agama,
namun tidak dapat disangkal, mereka juga mempunyai misi yang sama dengan Portugis dan
Sepanyol walaupun skala yang lebih minimum. Kejayaan kuasa Eropah terutamanya pada
abad-19 dan 20 dalam menguasai dan mendominasi Asia Tenggara, telah menjadi instrument
penting dalam usaha mereka menyebarkan agama Kristian.
Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam kedudukan
pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu Nampak semakin ketara pada
system pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala golongan
Mubaligh Kristian pula cuba menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk
pedalaman seperti puak Chin dan Kare. Selain itu orang British tidak menghormati
agama Buddha apabila mereka mengggunakan hasut si kuil-kuil Buddha. Kes ini
seolah-olah mencemari agama Buddha. Oleh itu golongan sami Buddha merupakan
golongan yang pertama yang menyemarakkan semangat berpaduan ini
memperlihatkan peranan agama Buddha di Myanmar. Mereka mempunyai peranan
penting dalam merangsang semangat nasionalisme.
Ekonomi
1) Perdagangan
Pontensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan
pedagang British. Mereka juga bercinta-cinta menjalankan perniagaan dengan
bahagian barat negara China melalui Burma Hulu. British ingin memperluas
perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana menghadapi
pegawai-pegawai Burma yang korup. Pedagang British terpaksa membayar harga
yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang dagangan dari Burma. Golongan
pedagangan ini melalui Dewan Perniagaan Rangoon dan dewan-dewan perniagaan
di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk menawan Burma Hulu. Peraturanperaturan perdagangan yang terhad di Burma Hulu telah mengakibatkan
ketidakpuasan hati golongan pedagang. Keengganan Kerajaan Burma untuk
mematuhi perjanjian-perjanjian perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah
menambah ketidakpuasan mereka.
Mengikut perjanjian-perjanjian perdagangan tersebut, Raja Burma hanya
mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi
amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading
dan cutch. Akibat tekanan daripada golongaan pedagang British di Rangoon dan
Britain merupakan satu faktor penting bagi peletusan Perang British-Burma.
2) Beras

Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutamanya sekali beras. Eksport beras
menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British.
Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab
menjadi pusat komersialnya khususnya pada tahun 1852. Adas pula telah
membahagikan perkembangan ekonomi kepada tiga peringkat iaitu peringkat
pertama, di antara tahun 1852-1900. Pada peringkat kedua, di antara tahun 19001930 dan peringkat ketiga di antara tahun 1930-1941. Pada peringkat pertama
inilah, penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama
pertanian di sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana kawasan delta
merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon (salah satu kaum di
Burma). Apabila berlaku peperangan kurun ke-18, telah menyebabkan kawasan itu
diabaikan malah hampir ditinggalkan dan mempunyai penduduk yang sedikit.
Perkara ini memudahkan kerajaan British membuka tanah untuk pertanian. Pihak
British ingin menggalakkan perdagangan eksport secara persendirian dan juga
mahukan semua tanah pertanian yang baru itu diberikan kepada petani-petani kecil
yang merdeka. Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan
untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina system pengairan dan
pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar
cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit menyebabkan petanipetani pendatang diperlukan untuk pengusahakan tanah-tanah baru itu. Oleh itu,
migrasi pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu dan Burma Hilir serta pendatang
India. Modal untuk memulakan tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu
para petani boleh meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak
milik mereka itu. Pada mulanya mereka meminjam daripada peminjam-peminjam
bangsa Burma, tetapi kemudian selepas 1880 peminjam-peminjam professional
India (Ceti) membekalkan sebahagian besar daripada pinjaman itu.
Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku penghijrahan
secara besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan Arakan sehingga
menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah digantikan dengan
kebudayaan orang Burma. Penghijrahan bukanlah merupakan satu perkara yang
baru bagi orang Burma kerana ada pepatah Burma yang berbunyi tanpa berpindah
seseorang itu tidak akan menjadi terkenal atau masyhur. Pada awalnya
perkembangan pertanian padi sawah sangat baik. Misalnya berlaku pertambahan
dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6 juta ekar di antara tahun 18551906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi
daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand
dam Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia.
Di antara ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak.
Dengan berlakunya perkembangan dalam pertanian sawah padi ini, British telah
membawa masuk orang India untuk atasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam
pertanian padi dan menyebabkan berlakunya pertambahan dalam kemasukkan
orang India ke Burma. Misalnya pada 1870, terdapat 15 000 buruh dari India

membanjiri Burma dan pada 1872, meningkat kepada 37 500 orang atau dua
peratus daripada jumlah penduduk Burma di Gilir dan angka ini telah meningkat
kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan
penduduk di Burma Hilir. Kemasukan tenaga buruh dari India ini telah menyebabkan
berlakunya persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk setempatan.
Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan tanah pertanian
yang telah menyebabkan timbul masalah. Petani petempatan mula menanggung
hutang kerana hasil yang diperolehi sedikit sedangkan cukai perlu dibayar. Petani
petempatan tidak berupaya untuk menyaingi petani dari India dan mereka hanya
memperolehi hasil yang sedikit bagi setiap ekar tanah kerana beberapa sebab iaitu
kurangnya penggunaan baja moden, benih yang kurang baik, cara pertanian tradisi
yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besar-besaran dan tidak mempunyai
modal yang besar. Akibatnya orang India banyak menguasai tanah dan pada
penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta dan 19 peratus bagi
tanah yang dikuasai oleh bukan petani. Keadaan menjadi teruk pada tahun 1939-an
apabila harga beras di pasaran jauh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak
dapat membayar hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjampeminjam modal yang rata-ratanya terdaripada golongan ceti India.
3) Minyak
Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi.
Telaga-telaga minyak kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung dan selama
beberapa abad telah membekalkan kepada rumah-rumah orang Burma dengan
bahan api untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu , tikar
dan manuskrip yang dibuat daripada daun palma yang diawet. Pada masa itu,
telaga-telaga minyak digali secara primitif atau tradisional iaitu dengan menggali
telaga-telaga minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang
sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan minyak
tanah terpaksa diimport dari Amerika untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.
British yang melihat pontensi Yenangyung yang mempunyai banyak hasil minyak
telah bertidak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Compony pada 1886 di
Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam
perusahan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertidak membeli
pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa
lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak tanah yang menucukupi
sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. Malahan,
syarikat ini telah mengeksport minyak yang pertama ke Indi dan pada tahun 1896
ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah dibina oleh syarikat ini 10tahun
kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang penapisannya
di Syriam.

Pada waktu ini orang yang memonopoli sector perlombongan dalah orang British.
Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang
India juga ada yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombonglombong sebagai kuli Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan
selepas 1900 ialah Indo-Burma Petroleum Compony, British Burma Petroleum
Compony dan Nath Sigh Oil Compony. Perkembangan dalam perlombongan minyak
tanah semakin baik selepas abad ke-19. Perkembangan ini dikaitkan dengan
kedatangan orang Cina khususnya selepas 1900-an. Secara kesimpulannya
kebanyakan aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat British.
Kebanyakan penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh
sahaja. Kedatangan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di
Burma telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan berlaku.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga beras jatuh dan para petani yang pada
awalmya ramai yang bertumpu di Burma Hilir beramai-ramai berhijrah ke Burma
Hulu.
4) Pembalakan (kayu jati)
Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan British di Burma dari
segi ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti
pembalakan khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk pembinaan
kapal. Bahkan kayu jati merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh
masyarakat Burma kerana nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi
(beras) yang tidak boleh dieksport berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya,
pada tahun 1752, Maharaja Alaupaya telah mengisyhtiharkan kayu jati sebagai
pokok diraja, manakala lebih kurang seratus tahun kemudiannya , Lord Dalhousie
telah menjadikan kayu jati sebagai Harta Milik Kemahkotaan British. Sebenarnya
kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling lama dibandingkan dengan
bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan pedagang-pedagang Arab pada abad
ke-6 masihi. Kayu jati merupakan ass kepada perusahaan membina kapal di Burma
dalam abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan anatara BritishPerancis pada abad ke-18. Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar
negara kerana mutunya yang tinggi, harganya pula murah dan sesuai digunakan
untuk industri kapal dan binaan. Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah
berkembang apabila perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British.
Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000
tan kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein. Walaupun, Moulmein
berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan, kayu jati Moulmein
berkurangan dan British beralih kepada Ranggoon (Yangon) yang berkembang
dalam perdagangan. Menurut D.G.E. Hall :
But indiscriminate felling without proper supervision ruined many of forest, and
rapid development of Rangoon after 1852 caused Moulmeons star wane

Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan Burma terbukti
apabila berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana Raja Thibaw mendakwa
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah mengambil lebih banyak kayu jati
melebihi perjanjian yang telah dibuat sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di
kawasan Tenasserim dan menjelang 1830-an, perusahan kayu jati berkembang
sehingga menjadi sumber kekayaan yang laing utama di daerah ini. Pada tahun
1941, Burma telah mengeluarkan kira-kira eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak
400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu jati Burma ini
merupakan hak milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh mereka. Namun,
keadaan ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan mengilang papan
dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila Jabatan
Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakkan kayu jati. Namun
menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah
menubuhkan Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi
pengawalan aktiviti pembalakan.
5) Sumber hasil bumi yang lain
Selain beras (padi), minyak dan kayu jati, Burma juga turut bergantung kepada
pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih tungsten), dan bijij timah.
Namun, pada peringkat awal sebelum kedatangan British, eksport bahan mentah ini
adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Olej itu, pihak British telah mengambil
kesempatan atas dasar penjajahan bagu memonopoli sumber-sumber bahan
mentah tersebut. Plumbum didapati dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke
timur laut Lashio) dan lombong di Namtu. Seperti yang berlaku dalam perusahaan
minyak, perusahaan plumbum juga dimonopoli oleh syarikat British diwakili oleh
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma. Perkembang perusahaan ini hanya berlaku
selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama beberapa
tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan perlombongan
orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong
pengeluar timah hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi
pusat pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.
Burma juga kaya dengan hasil bijih timah yang termasuk dalam lingkaran bijih
timah Asia. Namun perusahaan bijih timah juga seperti perusahaan plumbum yang
berkembang selepas abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih
timah tetapi British lebih tertarik dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya,
Burma hanya mengeluarkan 100 tan bijih timah setahun sebelum 1910 bijih timah.
Perlombongan wolfram juga berkembang selepas tahun 1900. Sedikit batu delima
dan batu nilam yang menjadi bahan termasyhur di Burma sejak dahulu lagi turut di
lombong. Lombong batu delima dan nilam ini terdapat di sekitar daerah Mogok
(utara Mandalay). Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam dan jed
yang dilombong.

Pada awalnya getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini didapati tidak
sesuai diusahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun apa yang pasti dalam
perusahaan getah ini kebanyakan tenaga buruh yang mengusahakan lading getah
adalah tersiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang getah tidak dimiliki oleh
orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil British (contohnya Steel
Brothers) dan orang-orang tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil sahaja.
Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor ekonomi juga menjadi daya penggerak
penjajahan Barat di Burma. Namun begitu, perkembangan ekonomi Burma di bawah
penguasaan British yang berteraskan pertanian padi, eksploistasi kayu jati dan
logam menjadikan Burma terlalu bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi
eksport dan import.
Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan pertanian di Burma, faktor
yang menyebabkan pergerakan penjajahan British disebabkan kepentingan
perdagangan British di negara itu. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawaipegawai kerajaan Burma telah member layanan yang buruk terhadap pedagangpedagang British termasuklah penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi
barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke
atas dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan di atas
hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak monopoli ke atas hal
ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British bimbang Perancis akan
memperluaskan pengaruhnya terutana di Burma Hulu.
Kesimpulan
Penjajahan ke atas sumber ekonomi menjadi faktor penting yang merupakan daya
penggerak penjajahan Barat di Asia Tenggara. Persaingan antara kuasa Barat,
seperti British dan Perancis dalam kajian ini juga melihat kepada penjajahan ke atas
Asia Tenggara. Namun begitu penentangan-penentangan yang dilakukan oleh
golongan rakyat dan raja negeri-negeri yang dijajah itu juga melihat akan kesedaran
penduduk Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, pada akhir tempoh abad ke-19 juga
melihat negara seperti British mula bergiat aktif dalam politik Asia Tenggara.
Pemerintahan British yang mengamalkan dasar ekonomi kapitalis telah
mengakibatkan perubahan ekonomi, politik dan social yang penting di Burma.
Antara lain Burma telah mencapai kebudayaan dan social. Sebahagian besar
daripada kemajuan Burma dinikmati oleh orang asing. Keadaan ini telah
mencetuskan semangat kebangsaan kepada rakyat Burma.

SEJAUH MANAKAH FAKTOR EKONOMI MEMPENGARUHI KUASA-KUASA BELANDA


UNTUK CAMPUR TANGAN INDONESIA
Pengenalan
Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia tEnggara pada peringkat awal adalah atas
dasar perdagangan atau mekantilisme atau mengembangkan agama. Istilah ini
yang digunakan sejak abad ke-18 diertikan sebagai doktrin ekonomi dan falsafah
moral. Keadaannya berubah yang membawa kepada imperialism iaitu penguasaan
atau kawalan sesuatu bangsa ke atas politik atau ekonomi sama ada secara
langsung atau tidak langsung ke atas bangsa atau masyarakat lain. Sementara

kolonialisme pula diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas negara


yang lain dari aspek politik, ekonomi dan social. Dasar perluasan kuasa barat ke
Asia Tenggara dipengaruhi oleh beberapa faktor antara yang penting ialah faktor
ekonomi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang tidak kurang
pentingnya. Pada abad ke-19 perkembangan pesat berlaku dalam bidang
perindustrian dan perdagangan. Keadaan ini menyebabkan negara-negara keluar
mencari tanah jajahan. Dalam hal ini Britain yang mengalami Revolusi Perindustrian
telah mencari tanah jajahan dan berjaya membentuk tanah jajahan merangkumi
Amerika Utara hingga ke China. Kemudian negara-negara Eropah yang lain telah
mengikut jejak British termasuk Belanda, Keperluan ekonomi turut mendorong
Belanda menjalankan dasar perluasan kuasa di Hindia Timur dan British di
Myanmar.
Faktor Ekonomi
Pihak Barat telah berada di Asia Tenggara sejak abad ke-16 untuk tujuan
perdagangan. Kuasa-kuasa Barat telah berjaya membuka penempatan di Asia
Tenggara dalam usaha mengembangkan perdagangan mereka. Pihak Belanda telah
bertapak di Indonesia.Tujuan Belanda campur tangan secara langsung di Indonesia
untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka. Selain itu, mereka berusaha untuk
menyebarkan agama kristian dan meluaskan empayar masing-masing. Sejak abad
ke-15 kuasa-kuasa barat termasuk Belanda telah menunjukkan minat untuk
menguasai kawasan yang kaya dengan rempah ratus, sutera dan the. Sikap ini
berubah setelah Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah.
Campur tangan Belanda di Indonesia sememangnya bertujuan untuk melindungi
kepentingan ekonominya. Indonesia yang dijajah oleh Belanda dimiliki daya tarikan
ekonomi. Belanda ingin memonopoli perdagangan rempah-ratus di Kepulauan
Indonesia. Belanda telah menguasai kawasan-kawasan pengeluar rempah utama
seperti Maluku, Makasar dan Banten. Pada abad ke-16 hubungan antara pelabuhan
Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila
pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti
perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai
pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di
bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan
menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon. Keadaan ini
telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangang
mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia
Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di
Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan
untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat
perdagangan Portugal di Timur. Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De
Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam,
kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam

pada tahun 1597. Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur
dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur
antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian
dengan pemerintaha tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan
member perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon
(1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli
perdagangan buah pala. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di
Kepulauan Rempah ini, maka pada thaun 1602, parlimen Belanda bersetuju
menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Reenigde Oostindische Compagine
(VOC). Dengan bermodal sebanyak 6 juta guilder. Penguasaan ini telah
membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada
hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah.
Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelaj berjaya
dalam tanaman rempah.
Perkembangan Revolusi Perindustrian yang melanda Eropah pada abad ke-19 turut
menjadi faktor campur tangan Belanda. Sehubungan perkembangan Revolusi
Perindustrian di Eropah Belanda memerlukan kawasan untuk memasarkan barangan
industri. Oleh sebab sebahaian besar daripada negara di Eropah terlibat dalam
perindustrian, kawasan pasaran baharu, khususnya Indonesia menjadi tumupuan
disebabkan jumlah penduduk yang ramai di kawasan Asia Tenggara.
Perusahaan mengetin makanan turut berlaku akibat pengeluaran yang berlebihan
akibat Revolusi Pertanian termasuk di Belanda. Perusahaan ini memerlukan bijih
timah. Bijih timah merupakan eksport utama Pulau Bangka, Pulau Belitong dan
Palembang. Pengeluaran bijih timah di Eropah tidak dapat memenuhi permintaan
dan Indonesia menawarkan keperluan ini terhadapnya. Penciptaan kereta bermotor,
mesin berjentera dan kapal terbang yang memerlukan petrol sebagai bahan api
telah menyebab permintaan terhadapnya melambung. Pada tahun 1890an
petroleum telah dicari gali di Pulau jawa, Sumatera dan Kalimantan.
Kemajuan teknologi dan kekayaan bahan mentah telah menjadi pilihan Belanda
untuk menjajah Indonesia kerana kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih
timahm bijih besi, emas dan petroleum. Iklim yang sesuai dan tanah yang subuh
sesuai untuk pelbagai jenis tanaman komersil seperti getah, kelapa sawit, padi dan
tebu. Keadaan ini berlaku kerana Belanda kekurangan tanah pertanian
memandangkan struktur geografi Belanda yang berada di bawah paras laut dan
kekurangan tanah untuk diusahakan.
PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ & TELEGRAF
Terusan Suez telah dibina oleh Perancis di bawah pimpinan juruteranya yang
bernama Ferdinand de Lesseps. Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak

dari Barat ke India, China dan Asia Tenggara serta dapat menjimatkan kos
pengangkutan. Pembukaannya menyebabkan kuasa barat memperkukuhkan
kedudukan politik mereka di Asia terutama apabila British telah membeli saham dari
Khedif Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan penguasaan British ini maka
imprialisme barat dapat mara dengan ke Asia Tenggara. Contohnya Belanda mula
giat dengan lebih aktif di Indonesia, Britain di China, Amerika Syarikat di Jepun,
British di Burma dan Perancis di Indochina. Pembukaan Terusan Suez juga
menyebabkan pelabuhan-pelabuahn baru dibuka seperti di Singapura. Kedudukan
Singapura telah menjadi tumpuan kepada pedagang dan penjajah barat terutama
British dan Belanda. Ciptaan telegraf juga membantu dalam mempercepatkan lagi
urusan dagangan kerana peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen
mereka di kawasan lain dengan cepat. Jika melalui tanjung Pengharapan jarak
perjalanan ialah 12 400 batu sementara menggunakan Terusan Suez 8000 batu.

FAKTOR POLITIK
Barat terdorong untuk meluaskan kuasa politik di Asia. Kuasa-kuasa barat
berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dengan tujuan untuk menaikkan imej
negara mereka dan membentuk dengan Britain sebagai pelopor. Diikiuti oleh
Sepanyol, Jerman, Perancis dan Amerika Ayarikat yang menganggap negara mereka
sebagai suatu kuasa besar. Dalam proses imperialism berlaku persaingan kuasa.
Contohnya Jerman selepas penyatuan Bismarck begitu juga dengan Itali di bawah
pimpinan Count C arour. Negara-negara Eropah terutamanya Jerman dan Itali ingin
menguasai tanah jajahan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi serta imej
mereka sebagai kuasa besar dunia. Belanda memperluaskan pengaruhnya di
Indonesia kerana bimbang pengaruh British dan mengancam kepentingannya. Di
kepulauan rempah dan kepulauan Melayu.

FAKTOR SOSIAL
Barat menganggap orang-orang Asia belum bertamadun kerana barat telah
maju dalam bidang sains dan teknologi. Belanda menganggap mereka
bertanggungjawab untuk mengubah kebudayaan penduduk kepada satu sistem
Kebudayaan Barat yang lebih baik. Mereka mengulas tugas sebagai Beban Orang
Putih atau (White Men Burden). Keyakinan itu digunakan sebagai alasan untuk
menjelajah dunia. Kedatangan kuasa Barat juga untuk menyebarkan agama Kristian
dan menghapuskan agama Islam. Pada mereka ini adalah tugas yang suci dan
mulia. Mereka menyebarkan konsep bahawa peradaban barat lebih tinggi daripada
peradaban bangsa lain. Keadaan ini jelas apabila ramai penduduk tanah jajahan
dikristiankan seperti Belanda di Indonesia.
KEMAJUAN PENGANGKUTAN (Sains dan Teknolgi)

Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan penciptaan baru iaitu kapal
wap dan penciptaan ini lebih memudahkan proses perluasan kuasa kerana selamat
dan tidak bergantung kepada angin, kos pengangkutan barangan lebih rendah dan
boleh membawa muatan banyak, masa perjalanan dipendekkan dan kekuatan kapal
perang dengan senjata moden membolehkan mereka membolot perdagangan di
Asia Tenggara. Faktor perhubungan ini juga turut menarik kemasukkan pelaburpelabur Eropah untuk melabur modal di Indonesia kerana memudahkan dan
mempercepatkan urusan perdagangan terutama import dan eksport.
Perkembangan dalam bidang teknologi telah meningkatkan lagi permintaan
ke atas bahan-bahan mentah yang tidak dikehendaki dulu. Contohnya ciptaan
jentera memproses minyak sayur membawa kepada permintaan yang tinggi ke atas
minyak kelapa sawit dan kelapa. Keadaan ini menyebabkan Belanda membuka
lading kelapa sawit yang pertama di Medan, Sumatera pada tahun 1911.

PERGOLAKAN DALAMAN YANG BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ASIA


Pergolakan dalaman yang berlaku khususnya perang saudara dan perebutan kuasa
telah menyebabkan kuasa-kuasa asing campur tangan dalam pentadbiran
tempatan. Kekacauan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi pedagang asing
terganggu, malahan megakibatkan kerugian harta benda. Selain itu, pemerintah
tempatan yang tidak mampu menjaga keamanan dan keselamatan neagara
menyebabkan pihak Barat campur tangan dalam pemerintahan. Contohnya,
kegiatan lanun yang berleluasa di Kepulauan Rempah, khususnya di Makasar
menyebabkan Belanda bertindak campur tangan untuk membanteras kegiatan
lanun.

KESIMPULAN
Campur tangan asing di Asia Tenggara disebabkan faktor ekonomi, iaitu kekayaan
sumber alam. Perkembangan Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah
merancakkan usaha mereka untuk mencari bahan mentah dan mencari pasaran
untuk barangan keluaran kilang mereka. Selain itu, misi penyebaran agama kristian
turut menjadi faktor campur tangan asing secara langsung di Asia Tenggara.
Persaingan antara kuasa Barat untuk membina empayar yang luas di seberang laut
mempercepatkan proses campur tangan asing di negara-negara di Asia Tenggara.
Masalah dalaman di negara Asia Tenggara turut mengundang campur tangan Barat
dalam hal ehwal tempatan. Kuasa-kuasa asing ini akhirnya telah berjaya menguasai
negara-negara di Asia Tenggara dan sekaligus mengukuhkan kedudukan ekonomi
dan politik mereka.

BINCANGKAN PERLUASAN KUASA BELANDA DI INDONESIA SEPANJANG ABAD KE-19


PENGENALAN
Dasar imperialism dan kolonialisme jelas menunujukkan kehebatan kuasakuasa barat termasuk Belanda. Sarjana membahagikan proses campur tangan
melalui 3 cara iaitu melalui peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Campur
tangan di Indonesia pada abad ke-19 ialah melalui perjanjian dan peperangan.
Menjelang akhir abad ke-18, Belanda telah menguasai Pulau Jawa melalui Syarikat
Hindia Timur Belanda (VOC) yang ditubuhkan pada tahun 1602. Belanda merupakan
kuasa yang paling berpengaruh di seluruh Kepulauan Indonesia dan
memperkukuhkan kedudukannya di Indonesia melalui 3 dasar ekonomi iatu Sistem
Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika. Mulai than 1859 orang Belanda telah
melibatkan diri dalam pertelingkahan tempatan dan berjaya meluaskan kekuasaan
mereka ke atas wilayah di pulau-pulau luar. Pada tahun 1971, pErjanjian Sumatera
ditandatangani anatar Belanda dan British yangmemberi kebebasan kepada
Belanda untuk berkuasa di Sumatera. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga
telah memberi peluan kepada Belanda untuk meluaskan pengaruh di Indonesia
tanpa perlu bersaing dengan British.

PERLUASAN KUASA DI PULAU JAWA


a)

Perluasan kuasa Marshal Daendals 1808-1811

Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa,


mengadakan pembaharuan sera mengukuhkan kuasa Belanda di Hindia Timur.
Beliau telah campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan dengan menyerang
dan memusnahkan Kota Bantam kerana keenganan Sultan Banta menghantar buruh
ke Betawi sultan telah dubuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh.
Keadaan ini membolehkan Bantam dijadikan sebagai tanah jajahan Belana pada
tahun 1809.

Tindakan Sultan Amangkubuwono II ( Sultan Sepuh) iaitu Sultan Jogjakarta


yang bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan tenteranya tutut
menimbulkan kebimbangan Belanda. Oleh itu , pada 1810 Daendals telah
menyerang dan menakluki Jogjakarta. Sultan telah dihukum buang negeri.
b)

Perluasan kuasa De Bus de Gisignies (1825-1830)

Perang Jawa(1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puasa hati iponegoro, putera
kerajaan Jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capeelan di Pulau
Jawa. Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya mengasai Banjumas,
Bagelan, Madiun dan Kendiri yang sebelumnya dikuasai oleh Sultan Jogjakarta.
Sultan Pakubuwono, Sultan Surakarta dibuang negeri ke Ambon. Setelah itu Belanda
melantik Putera banginda sebagai sultan dengan gelaran Pakubuwono VII yang
menjadi boneka kerajaan Belanda.
PERLUUASAN KUASA DI SUMATERA
Belanda mengamalakan dasar berhati-hati berpanduakn Perjanjian Inggeris-Belanda
1824 kerana kedua-dua kuasa Barat ini telah bersetuju menghormati kemerdekaan
dan kedaulatana Acheh. Oleh itu perluasan kuasa Belanda di Sumatera adalah
secara berperingkat-peringkat. Untuk melindungi kepetingan dan kedudukan
mereka di INDONESIA, ORANG Belanada terpaksa lebih beruasaha untuk
menghapuskan kegiatan lanun dan perdagangan hamba abdi di Sumatera. Antara
tahun 1856 hingga 1868 pualu-pulau Lampong dan daerah Batak jatuh ke bawah
kuasa Belanda.
Pada tahun 1868, Sultan Siak telah meminta bantuan seorang pedagang British
bernama Wilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya mengalahkan
musuh Sultan Siak dan merampas Siak untuk dirinya. Tindakan Wilson telah
membimbangkan Belanda dan untuk menjamin kedudukan mereka Belanda
mengusir Wilson secara paksaan. Belanda telah menandatangani perjanjian dengan
Sultan Siak dan meletakkan wilayah seperti Siak, Deli dan negeri naungannya iaitu
Serdang, Langkat dan Asahan di bawah pemerintahan Belanda. Kemaraan, Belanda
telah membangkitkan bantahan hebat dari British yang mendakwa Belanda
melanggar perjanjian. Memandangkan perselisihan tersebut satu penyelesaian
diadakan akhirnya Perjanjian Sumatera ditandatangani pada tahun 1871.
Perjanjian Sumater 1871 telah menyerahkan kawasan milik mereka di Afrika Barat
kepada British. Belanda seterusnya bebas bergerak di Sumatera. Perjanjian ini telah
membawa kesan iaitu Belanda brjaya memperkukuhkan kuasanya di Sumater dan
seterusnya menguasai seluruh Sumatera. Belanda juga berpeluang memperluaskan
kuasanya terhadap Acheh.

PERLUASAN KUASA DI BANJAR MASIN

Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan Timur Pulau


Hutan menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dengan Sultan Banjarmasin
anatar tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering berlaku huru
hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 sehingga 1859 yang
membawa kepada campurtangan Belanda. Pada tahun 1856, Belanda menakluki
jajahan Lampung, Batak 1857 dan Bangkahulu 1868. Pada tahun 1894 pula
berajaya menguasai Lombok.

KESIMPULAN
Imperialisme Belanda di Indonesia dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama
belaku pada abad ke-17 dan tahap kedua selepas kemenangan dalam perang Jawa.
Pada peringkat awal ianya untuk menguasai perdaganagan rempah di Timur.
Menjelang pada abad ke-17, hampir seluruh Hindia Timur telah dikuasai Belanda.
Penguasaan tahap kedua dikukuhkan dengan perlaksanaan tiga dasar ekonomi iaitu
Sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.

HURAIKAN PROSES CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA (MYANMAR) PADA KURUN


KE 19
PENGENALAN
Kemaraan Inggeris di Burma dijalankan secara tiga peringkat iaitu melalui Perang
Inggeris-Burma 1 (1824-1826) yang mengakibatkan perampasan Arakan dan
Tenasserim oleh Inggeris. Peperangan ini menyebabkan Burma terpaksa
menandatangani perjanjian Yandabo. Akibat dari rasa tidak puas hati kedua pihak
menyebabkan perang Inggeris-Burma 11 (1856) yang membolehkan Inggeris
merampas Burma Hilir. Perang Inggeris-Burma 111 telah membawa kepada
penakulukan Burma Hulu.

PROSES CAMPUR TANGAN BRITISH DI BURMA

FAKTOR-FAKTOR PERANG BRITISH-BURMA 1


MASALAH PELARIAN ORANG-ORANG ARAKAN
Hubungan antara British Myanmar mula mengalami krisis
sejak pemerintahan Raja Bodawpaya. Raja Bodawpaya telah menjalankan dasar
perluasan wilayah. Pada tahun 1784 wilayah Arakan yang bersempadan dengan
wilayah British-India telah ditawan. Arakan telah dikalahkan dan doletakkan di

bawah penguasaan Myanmar. Raja Bodawpaya bertindak kejam ke atas penduduk


Arakan. Baginda telah merampas harta benda penduduk dibawa balik ke
Amarapura, ramai penduduk telah dihukum bunuh, mengerah tenaga penduduk
untuk menjadi askar dan membuat kerja-kerja pembinaan pagoda tanpa tanpa
dibayar upah dan ianya telah membangkitkan kemarahan orang-orang Arakan dan
mereka telah bangkit menentang melalui beberapa siri penentangan pada 1794,
1799, 1811 tetapi gagal. Bagi mengelakkan serang balas daripada tentera
Bodawpaya, pemberontak Arakan telah melarikan diri ke Chittagong yang
merupakan wilayah Inggeris dan ianya tidak disenangi oleh Inggeris seterusnya
mencetuskan masalah sempadan antara kedua-dua iaitu Myanmar dan Inggeris
seterusnya mencetuskan masalah sempadan antara kedua-dua iaitu Myanmar dan
Inggeris di India. Raja Bodawpaya meminta Inggeris menyerahkan pemberontakan
Arakan yang mendapatkan perlindungan Inggeris tetapi permintaan tersebut tidak
dihiraukan oleh Inggeris. Tentera Myanmar telah memasuki wilayah Inggeris untuk
menangkap mereka. Mereka juga telah mendirikan pangkalan tentera di seberang
Sg Naaf untuk menangkap pemberontak. Keadaan ini menyebabkan Inggeris tidak
berpuas hati dan merenggangkan hubungan antara Inggeris dan Myanmar.
PEMBERONTAKAN CHIN BYAN
Pemberontakan Chin Byan berlaku pada tahun 1811. Chin
Byan telah mendirikan sebuah pengkalan tenter di Chittagong dalam wilayah
Inggeris. Beliau telah melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah Myanmar
dan berjaya menawan Mrohaung. Tentera Arakan telah menyerang balas dan cuba
menangkapnya tetapi gagal dan telah berjaya melarikan diri dan memasuki
Chtittagong dengan mudah. Bodawpaya telah menuduh Inggeris memberi
perlindungan dan membantu Chin Byan menyerang Myanmar tetapi Inggeris
menafikannya. Tuduhan Burma atas alas an Chin Byan mampu mengumpulkan 20
000 orang tentera dan dapat menyeberangi sempadan Arakan menggunakan
perahu yang banyak. Inggeris juga telah menjalankan usaha untuk menangkap Chin
Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan ini menyebabkan maruah Inggeris jatuh dan
hubungan diplomatic antara keduanya semakin rumit dan tegang. Ketegangan ini
berlanjutan walaupun Chin Byan mati pada tahun 1815.
PENOLAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
Inggeris perlu menjalinkan hubungan baik dengan Myanmar atas
kepentingan perdagangan Inggeris berminat menguasai perdagangan di Myanmar
kerana ia kaya dengan kayu jati untuk perusahaan perkapalan. Penguasaan ke atas
Myanmar perlu untuk menjamin bekalan yang secukupnya. Tambahan pula, Inggeris
berhasrat menjadikan Myanmar sebagai tempat memasarkan barangan industri
Britain. Kedudukan Myanmar penting untuk meluaskan dan memantapkan lagi
penguasaan ekonomi Inggeris di Asia

Inggeris telah menghantar wakilnya untuk berunding dengan


istana Ava antaranya ialah Kapten Michael Symes pada 1795. Beliau ditugaskan
untuk berunding dengan pemerintah Myanmar berhubung menyelesaikan masalh
sempadan Arakan, merundingkan perjanjian perdagangan dengan Myanmar,
menutup pelabuhan Myanmar kepada perdagangan Perancis dan membincangkan
pelantikan seorang wakil Inggeris di Myanmar.
Hasilnya Raja Bodawpaya bersetuju mnerima seorang Residen
Inggeris tetapi keberatan untuk menutup pelabuhannya kepada perdagangan
Perancis serta enggan menyelesaikan masalah sempadan Arakan selagi
pemberontak-pemberontak Arakan tidak diserahakan kepada baginda. Oktober
1796, Kapten Hiramcox telah dihantar sebagai Residen Inggeris di Myanmar.
Malangnya, beliau tidak disukai kerana bongkak dan sering kali menghina rakyat
Myanmar. Tingkah lakunya telah menimbukan kebencian Istana Ava dan
masyarakat. Kapten Hiramcox akhirnya ditangkap oleh tentera Burma dan setelah
dibebaskan beliau membuat kenyataan kepada Inggeris di India bahawa Raja
Bodawpaya hendak menyerang Chittagong dan Assam. Kemudian keadaan ini
menyemarakkan lagi ketegangan hubungan antara kedua kuasa. Inggeris
kemudiannya menghantar John Cannings sebagai Residen Inggeris kedua. Beliau
juga tidak dapat bertugas lama di Myanmar kerana layanan tidak baik daripada
pemerintah. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan antara Inggeris Myanmar.
Peperangan dianggap sebagai jalan penyelesaian kerumitan hubungan antara dua
pihak.

PERTENTANGAN KEBUDAYAAN
Burma merupakan sebuah kuasa yang konservatif dan angkuh,
berasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Kejayaan Alaungpaya menyatukan Burma
menundukkan puak-puak Mon, Shan dan puak lain serta pemusnahan kota Ayuthia
oleh Hsinbusyin menambah lagi kepercayaan orang Burma tentang ketinggian
kebudayaan dan kekuatan negaranya. Raja Burma berpendapat bahawa mereka
mempunyai taraf yang sama dengan kuasa-kuasa asing. Dengan itu, Burma hanya
akan menjalikan hubungan dengan Raja England sahaja dan bukan dengan Wizurai
India. Inggeris marah kerana mendapat layanan yang kurang baik dan dianggap
sebagai pembawak ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma seperti
menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas kantai sebelum menghadap gajah.
British menanggap satu penghinaan. Keadaan ini merenggangkan lagi hungan
natara dua kuasa.

ANCAMAN PERANCIS

Perancis jugak sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh di


Myanmar. Perancis merupakan musuh Inggeris kerana dasar perluasan kuasa
Perancis. Mereka pernag berperang di India pada tahun 1770 dan 1780. Pada tahun
1807, Perancis telah menandatangani Perjanjian Tilsith dengan Rusia (Napoleon
dengan Tsar Alexandar I). perjanjian ini membimbangkan Inggeris kerana
memungkinkan Perancis beregerak melalui Rusia dan menyerang India.
Memandangkan hakikatnya Burma berkongsi sempadan dengan India oleh itu
Inggeris tidak mahu bermusuhan dengan Myanmar kerana khuatir negara itu cuba
mendapatkan bantuan Perancis. Inggeris juga berasa curiga kemungkinan Perancis
akan menggunakan peluang ini untukmenjadikan Myanmar sebagai pangkalan
tentera bagi menyerang Inggeris di India. Jika ini terjadi hasrat Inggeris untuk
menguasai perdagangan kayu jati di Myanmar akan terjejas. Malah hasrat Inggeris
untuk menggunakan sebagai jalan ke China juga tidak berjaya.
1783 Perancis telah menghantar utusannya ke istana Ava bagi
membincangkan mengenai hak perdagangan dengan Raja Bodawpaya. Tindakan
Perancis mencetuskan kebimbangan Inggeris. Tambahan pula, Perancis telah
bertapak di Pulau Mergui dan menjadikan lokasi tersebut sebagai pangkalan
membaiki kapal-kapal mereka di Asia Tenggara. Bagi menyekatkan perluasan kuasa
Perancis di Myanmar Kapten Michael Symes telah dihantar untuk meminta supaya
kerajaan Myanmar menutup pelabuhannya kepada Perancis tetapi tidak dipersetujui
oleh Raja Bodawpaya. British juga menyedari kekuatan tentera Burma dan keadaan
huru hara di Burma. Keadaan ini disenangi oleh Inggeris kerana diharapkan
pemberontak Arakan akan melemahkan Burma dan tidak akan mengancam
kepentingan Inggeris di India. Hal ini membolehkan Inggeris mendesak Burma
supaya member konsesi perdagangan.

DASAR CAMPURTANGAN MYANMAR DI ASSAM, MANIPUR DAN CACHAR


1879, Raja Bodawpaya mangkat dan digantikan oleh cucunya Bagyidaw. Baginda
meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan General Mha Bandula yang
bercita-cita untuk meluaskan kuasa ke Assam, Manipur dan Benggala Timur. Pada
hari pertabalan Bagyidaw, Raja Manipur tidak menghadirkan diri. Maha Bandula
menggunakan alas an ini untuk menyerang Manipur. Raja Manipur dan rakyatnya
telah melarikan diri ke Cachar dan mereka telah diburu oleh tentera Myanmar.
Keadaan ini memaksa pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan cuba
mendapatkan bantuan Inggeris. Kerajaan Inggeris sedar bahawa sekiranya Cachar
jatuh ke tangan Burma kedudukan Benggala Timur akan terancam. Oleh itu, demi
mencegah kemraan Burma, Inggeris segera mengishtiharkan pertuannya ke atas
Cachar, Manipur dan Assam.

PENAWANAN PULAU SHAHPURI

1823 tentera-tentera Burma telah menyerang Pulau Shahpuri dan Sg Naaf.


Tindakan ini Myanmar ini mencetuskan kebimbangan Inggeris kerana Inggeris telah
mengakui pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan telah
didirikan di situ. Ekoran itu Inggeris mendesak agar tentera Myanmar segerakan
meninggalkan pulau itu. Meskipun, pulau itu dapat ditawan semula oleh Inggeris
namun kedegilan Maha Bandula yang meneruskan usaha untuk menyerang
Chittagong menambahkan kebencian Inggeris. Alasan ini digunakan oleh Inggeris
untuk menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan serangan ke atas Burma.
Sebelum ini Inggeris sedang berperang di Mysore dan Martha. Sebaik sahaja
peperangan tamat Inggeris di bawah Gabenor Jeneral Lord Amherst telah
mengisytiharkan perang ke atas Burma pada 5 Mac 1824 dn bermulalah Perang
Imggeris-Burma 1.
Permulaan campur tangan British di Burma dimulai dengan termetrinya
Persetiaan Yandabo pada 24 Februari 1826 akibat kekalahan Burma dalam Perang
Inggeris Burma 1. Syarat-syarat perjanjian ini ialah :
a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada Inggeris.
b) Burma berjanji tidak akan meluaskan kuasanya atau campur tangan di
sempadan timur laut India.
c) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan
Manipur. Burma berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal keduadua negeri itu.
d) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada
Inggeris.
e) Burma bersetuju menerima seorang Residen Inggeris untuk menjalinkan
hubungan diplomatik
f) Burma bersetuju menghantar seorang duta ke Calcutta untuk menjalinkan
hubungan diplomatik.
g) Burma juga bersetuju akan merundingkan satu perjanjian perdagangan
dengan Inggeris.

Perjanjian ini membawa pengertian yang mendalam kepada Burma.


Maruah Burma jatuh teruk kerana kekalahan tenteranya kepada Inggeris
dianggarkan 15 000 orang tentera Burma mati dalam peperangan. Maruah Burma
sebagai sebuah negara yang agong jatuh dan mereka terpaksa menerima konsep
persamaan taraf yang dibawa oleh Inggeris. Melaui perjanjian ini juga Inggeris
berjaya mengambi alih wilayah Myanmar yang kaya dengan hasil hasil beras iaitu
Tenasserim dan Arakan. Penguasaan ini juga membolehkan Inggeris bergerak
secara aktif untuk menguasai perdagangan kayu jati dan wilayah ini juga dijadikan
sebagai satu tapak kukuh untuk meluaskan kekuasaan mereka di seluruh Burma
tanpa gangguan kuasa Perancis. Tambahan pula, penyerahan Assam oleh Burma
telah membolehkan Kerajaan India-Inggeris memperolehi suatu sempadan timur
yang lebih selamat. Akibat daripada beberapa masalah yang tidak dapat

diselesaikan dan perasaan tidak puas hati yang timbul akibat Perjanjian Yandabo
yang dianggap berat sebelah oleh Burma menyebabkan Perang Inggeris Burma II
meletus dan menyebabkan Burma dapat dikalahkan dengan mudah sekali lagi
dalam peperangan. Kemenangan Inggeris sekali lagi membuktikan kelemahan
tentera Burma. Dalam tempoh masa yang singkat (8 bulan) seluruh wilayah Pegu
telah jatuh ke tangan Inggeris. Dengan penaklukan Pegu bermakna seluruh Burma
termasuk Rangoon, Martaban dan Bassein turut dikuasai Inggeris. Sehingga
Disember 1852 telah memperlihatkan perluasan kuasa Inggeris di selatan Burma.
Penguasaan ke atas Tenasserim dan Pegu yang memiliki ke semua pelabuhan
perdagangan terpenting menjadikan Burma sebagai sebuah negara yang terpencil
dan tertutup. Perang Inggeris-Burma II membawa kejatuhan kuasa Raja Pagan Min.
Sekali lagi peperangan di antara Inggeris dan Burma tidak dapat dielakkan. Perang
Inggeris-Burma III telah berlaku pada tahun 1885. Peperangan ini juga telah
membawa kekalahan kepada Burma dan seterusnya meletakkan Burma di bawah
kekuasaan Inggeris dengan penawanan Burma Hulu. Burma telah kehilangan
kemerdekaannya dan menjadi tanah jajahan British. Perang ini telah menamatkan
sistem pemerintahan beraja di Burma dan menandakan tamatnya pemerintahan
Dinasti Kounbaung.
KESIMPULAN
Kuasa barat telah bertapak kukuh melalui peperangan yang
seterusnya diakhiri dengan perjanjian di kedua-dua negara. Selain dapat
meluaskan kuasa Barat telah dapat meluaskan kepentingan ekonomi dan
perdagangan. Seterusnya, memperlihatkan kuasa tempatan jatuh dan maruah
kedua-dua kerajaan yang mengaku sebagai middle kingdom jatuh. Seluruh
Myanmar telah jatuh ke tangan Inggeris dengan kekalahan raja Thibaw dan
penawanan Burma Hulu. Myanmar telah hilang kemerdekaan dan menjadi tanah
jajahan Inggeris sehingga tahun 1948.

BINCANGKAN PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PEMERINTAHAN


BELANDA
PENGENALAN
Pada abad ke-19, kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk mendapat bahan
mentah dan pasaran bagi barangan perkilangan mereka akibat Revolusi
Perindustrian. Indochina dijajah oleh Perancis, Filipina dijajah oleh Sepanyol dan
Amerika Syarikat, Burma dan India oleh British dan Indonesia oleh Belanda. Akibat
campur tangan yang membawa kepada perubahan-perubahan dalam ekonomi,
sosial dan politik serta mengancam kedudukan masyarakat tempatan menyebabkan
berlaku beberapa penentangan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan.
Kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan masyarakat pribumi yang seterusnya mencetuskan banyak
penentangan terhadap Belanda. Penentangan berlaku di beberapa kawasan seperti
Maluku, Sulawesi, Sumatera dan Pulau Jawa.
1. SUMATERA
a) Minangkabau : Perang Paderi, telah meletus pada 1819-1832. Pada mulanya
ia menentang kegiatan yang bercanggah dengan agama Islam, seperti
berjudi, sabung ayam dan pesta-pesta yang bertentangan dengan agama.
Tetapi kemudiannya ia menjadi penentangan perluasan kuasa Belanda di
Minangkabau. Golongan agama telah berjaya menguasai Minangkabau dan
mengenepikan golongan diraja. Namun begitu, apabila Belanda kembali ke
Padng pada 1819, Belanda telah memerangi golongan paderi. Angkatan
paderi di bawah Imam Bonjol melancarkan gerakan tentangan k eats
Belanda. Namun begitu pada tahun 1825 Tunku Imam Bonjol
menandatangani perjanjian damai dengan Belanda. Walaupun begitu gerakan
tentangan ke atas Belanda masih berterusan di bawah pimpinan Tunku Imam
Bonjol, Tembusai dan Tunku Nan Cerdik. Gerakan Paderi berakhir pada tahun
1832.
b) Acheh 1873-1912 :
Kegiatan Belanda ingin menguasai perdagangan Acheh menyebabkan
berlakunya konflik antara kedua pihak. April 1873, angkatan Belanda di
bawah Major General J.H.R Kohler menyerang Acheh. Angkatan Acheh berjaya
mengalahkan tentera Belanda, Khler terbunuh dalam pertempuran di Masjid
Raya. Kemudian angkatan Acheh menghadapi serangan Belanda di bawah
pimpinan Van Swieten. Angkatan Acheh gagal dan Van Swieten berjaya
menguasai istana Acheh pada tahun 1874. Perjuangan menentang Belanda
diteruskan, tetapi Acheh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1903.
2. BANJARMASIN
Perjuangan berpunca daripada penglibatan Belanda dalam soal tahta
kerajaan Banjarmasin. Apabila Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, calon yang
mendapat sokongan Belanda, Pengiran Tamjid Ulah, cucu Sultan Adam dilantik

sebagai peganti. Baginda tidak disenangi oleh saudaranya, Pengiran Hidayat.


Akibatnya Pengiran Tamjid Ulah turun dari tahta. Belanda mengambil langkah
menghapuskan Kesultanan Banjarmasin pada 1860. Langkah Belanda ini
menimbulkan tindak balas dan gerakan menentang Belanda. Pengiran Hidayat
melancarkan seranagn tetapi menyerah kalah pada tahun 1862. Namun begitu
gerakan mentang Belanda berterusan hingga 1906.
3. MALUKU
Tentangan Sapurua, Julai-Disember, 1817 : antara lain
menentang langkah Belanda memaksa rakyat melaksanakan serahan dan kerja
wajib. Pejuang menentang Belanda dipimpin oelh Thomas Matulelsia. Mereka
melancarkan serangan ke atas kubu Belanda pada 15 Mei 1817 dan berjaya
menawannya. Residen Van Der Berg dan keluarganya, kecuali seorang anak Melayu
dibunuh. Namun begitu angkatan di bawah pimpinan Thomas Matulsia gagal
menghadapi serangan balas angkatan Belanda pada Ogos 1817. Kubu ini ditawan
semula oleh angkatan Belanda. Thomas Matulesia ditangkap.
SULAWESI : Gerakan tentangan terhadap Belanda dilancarkan dari Bone mulai
1811. Namun, angkatan Bone ini dikalahkan oleh Belanda pada 1825. Seterusnya
Bone menandatangani perjanjian dengan Belanda. Walaupun angkatan Bone masih
melancarkan serangan ke atas Belanda dan berperang dengan pasukan Belanda
pada 1858-1860. Belanda akhirnya berjaya menguasai Bugis dan Makasar pada
1905-1906.

4. JAWA
PERANG JAWA
i.

Pembatalan kontrak sewa tanah


Semasa Baron Van der Capellan bertugas sebagai Gabenor
Jeneral Jawa
saudagar-saudagar Erpoah tidak dibenarkan membeli tanah untuk
tujuan pertanian telah menyewa tanah dari pembesar-pembesar
tempatan. Mengikut syarat-syarat penyewaan, mereka berhak
menanam tanaman yang disukai di tanah sewaan mereka. Mreka juga
berhak mengawal dan memerintah petani-petani menjalankan kerjakerja penanaman. Bagi Capellan kedaan ini merupakan punca
penindasan ke atas kaum tani. Pembatalan ini menyebabkan
pembesar-pembesar kehilangan sumber mereka dan kebanyakan
pembesar tidak mampu berbuat demikian kerana wang pendahuluan
telah habis dibelanjakan. Mereka telah memaksa kaum tani bekerja

labih masa untuk mendapatkan lebihan hasil bagi membolehkan


mereka membayar balik wang pendahuluan.
ii.

Faktor Ekonomi
Faktor tersebut ialah penindasan cukai. Orang-orang Jawa
dikenakan cukai ke atas tanah mereka. Sebahagian besar pemungut
cukai terdiri daripada orang Cina. Mereka mengenakan cukai yang
lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh kerajaan. Orang-orang
tempatan marah kerana kerajaan Belanda memberikan kuasa
mengutip cukai kepada orang luar. Di samping itu orang-orang
tempatan yang melalui tanah kerajaan untuk pergi ke lading mereka di
kawasan pedalaman juga dikenakan tol. Kadar tol dikenakan sesuka
hati oleh pemungut cukai. Orang-orang tempatan juga dikenakan cukai
sempadan apabila mereka membawa hasil mereka dari wilayah
mereka ke wilayah kerajaan. Mereka juga dikenakan cukai kepala iaitu
cukai dibayar apabila membawa bayi dalam dukungan. Selain itu,
orang Cina juga member pinjaman wang dan mengenakan faedah
yang tinggi. Mereka juga menjadi orang tengah dalam perdagangan
garam serya membeli hasil pertanian daripada kaum tani dengan
harag murah. Penindasan ke atas petani tempatan menyebabkan
mereka buakn sahaja benci kepada orang Cina malah kepada kepada
Belanda kerana dasar yang mereka buat. Oleh itu untuk menyalurkan
kemarahan mereka menyokong perjuangan Diponegoro.

iii.

Politik
Semasa pemerintahan Raffles di Jawa Hamengkubuwono III
mangkat pada 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah
Jogjakarta dengan gelaran Hamengkubuwono IV. Ia berjanji akan
melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas
kemangkatan Djarot. Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles tidak
lagi mentadbir Jawa kerana Belanda tlah kembali memerintah Jawa
pada 1816. Belanda telah melantik putera Drajot yang berusia dua
tahun dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro dan
Mangkubumi dilantik sebagai penasihat sahaja.
Peristiwa ini menyebabkan Diponegoro merasa terhina dan marah. Dari
segi ekonomi Diponegoro juga mengalami kerugian akibat pembatalan
kontrak sewa tanah yang dikuat kuasakan oleh Capellan. Kerugian
ekonomi dan kekecewan politik menyebabkan beliau menaruh dendam
terhadap Belanda.

iv.

Agama

Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam


tidak diakui oleh Belanda. Beliau adalah seorang bangsawan yang taat
kepada agama. Beliau mendakwa menerima wahyu dalam mimpinya
untuk berjihad memulihkan pemerintahan Islam di Jawa. Mengikut
kepercayaan tradisional orang-orang Jawa, kewujudan Diponegoro
dianggap sebagai Ratu adil yang akan menyelamatkan dan
membebaskan mereka dari segala kesusahan. Kemarahan Diponegoro
semakin memuncak apabila Belanda merancang hendak membina
sebatang jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam rajaraja Jogjakarta yang merupakan nenek moyangnya yang dianggap
keramat dan suci di Tegalredjo tanpa memperdulikan larangannya.
Diponegoro benar-benar rasa tersinggung dengan tindakan Belanda
dan menganggap peristiwa itu satu penghinaan terhadap keluarganya
serta mencabar kesucian agama Islam.

KESIMPULAN
Kegagalan orang-orang Indonesia menentang Belanda kerana merka tidak
bersatu dan penentangan bersifat kedaerahan. Mereka juga tidak mempunyai
senjata yang baik dan moden jika dibandingkan dengan Belanda. Bagi mengelakkan
berlakunya pemberontakkan sedemekian Belanda telah menggunakan Perang Jawa
sebagai alas an untuk menguasai wilayah-wilayah Bagelan, Madiun, Kdiri serta
Banjunmas. Penentangan masyarakat tempatan telah mendatangkan kerugian yang
besar kepada kedua-dua pihak dan akhirnya Belanda telah memperkenalkan Sistem
Kultur untuk memulihkan kuasanya di Indonesia.

CAMPUR TANGAN BRITIS H TELAH MENIMBULKAN REAKSI MENENTANG DI


KALANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
PENGENALAN
Faktor sosial/Agama
Setelah British menjajah dan menguasai Myanmar golongan pemerintah
telah hilang kuasa dan rakyat pula hilang tempat bernaung secara tidk langsung
agama Buddha turut terancam. Faktor keagamaan telah dijadikan faktor utama
untuk menaik dan membakar semangat penentangan terhadap penjajah.
Penghapusan pemerintahan beraja juga mendatangakn kesan kepada agama
Buddha yang kehilangan pelindungnya. British meletakkan golongan sami Buddha
di bawah penguasaan dan pengawasan undang-undang dan polis. Mereka
kehilangan taraf sosial yang tinggi sebelumnya. Selain itu adat resam dan
kebudayaan Burma serta agama Buddha semakin merosot dan terjejas. Sangha
Buddha berpecah, kebanyakan sami Buddha berkecimpung dalam politik untuk
menyelamatkan nilai-nilai agama Buddha dan kebudayaannya. Mereka menubuhkan
Persatuan Pemuda Buddha dan Sangha Samatgi untuk mempertahankan nilai-nilai
agama Buddha. Keadaan ini jelas apabila munculnya golongan yang dikenali
sebagai Mettaya atau Maitreya yang dalam bahasa Poli bererti orang yang diberi
berkat, pemurah dan penyayang. Mereka merupakan tokoh yang muncul untuk
menegakkan agama Buddha.
Kerajaan British berusaha mengatasi masalah pelajaran tempatan. British
membentuk satu system pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(moastic).
Phayre membawa masuk banyak buku teks dan guru. Pada tahun 1866 pengarah
Jabatan Pelajaran Awam telah dilantik untuk menyelia rancangan system pelajaran
ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan Inggeris
kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib dengan sekolah-sekoalh
moden. Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat
menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-sekolah

vernacular Inggeris. Pada tahun 1880an, system pelajaran kesuluruhannya dikaji


semula. Sungguhpun terdapat sekolah-sekolahbyang dibiayai oleh kerajaan seperti
Regional Government Anglo-Verbacular School yang diasaskan pada 1873, memang
menjadi dasar Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh. Pada tahun 1900
terdapat 16 buah sekolah menegah mubaligh dan 5 buah maktab perguruan.
Pealajr-pelajar yang cemerlang dihantar mengikuti kursus matrikulasi di Universiti
Calcutta. Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap pendidikan
Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris semakin
dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris
untuk menjadi pegawai kerajaan. Keadaan ini menyebabkan pendidikan tradisional
tidak menarik perhatian rakyat.
Pentadbiran British juga telah memberi layanan yang tidak sama rata kepada
penduduk tempatan. Masyarakat Myanmar tidak dibenarkan menjadi ahli Kelab
orang Eropah seperti Kelab Golf Rangoon dan Kelab Orang Eropah. Keadaan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati golongan berada dan bangsawan.
Selain itu layanan buruk terhadap pekerja dan petani Myanmar juga
menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk.
Contohnya Syarikat steel Brothers yang memberi layanan buruk kepada Myanmar
yang mencuri (pekerja tersebut telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan
dua tingkat).
Faktor Tuntutan Setkya-Min
Kekalahan Myanmar sehingga jatuh ke tangan British pada tahun 1826 dan
tuntutan Setkya-Min turut menjadi faktor penentangan masyarakat tempatan. Pada
tahun 1830 pengganti Raja Bagyidaw telah dibunuh tetapi berita tersebar dengan
mengatakan beliau telah diselamatkan oleh seorang bomoh (Bo Bo Aung).
Dikatakan bahawa Setkya-Min akan muncul bila masa untuk enegakkan semula
keagungan kerajaan Buddha. Keyakinan ini melahirkan beberapa tokoh yang
mengaku sebagai Setkya-Min termasuk Maung-Tsetkya yang melahirkan gerakan
penentangan di Pegu.
Faktor Ekonomi
Perkembangan ekonomi Burma yang pesat juga turut mendatangkan kesan
negatif. Masalah pemindahan pemilikan tanah menyebabkan kaum tani menjadi
miskin. Keadaan ini berlaku kerana untuk memajukan penanaman padi, kaum tani
yang kekurangan modal meminjam wang dari ceti-ceti dengan kadar bunga yang
tinggi. Mereka terpaksa menyerahkan hak pegangan tanah mereka sebagai
cagaran. Kebiasaannya tanah mereka tergadai dan menjadi milik golongan ceti jika
mereka tidak dapat membayar hutang. Kesannya kaum tani menjadi penyewa
tanah atau pekerja di tanah sendiri. Mereka tidak mampu menggunakan kaedah
penanaman moden bagi meningkatkan hasil tanaman dan tanah menjadi kurang

subur, mereka semakin miskin. Pada tahun 1930, 50% tanah pertanian di Burma
dimiliki oleh golongan ceti. Di antara tahun 1915-1930 lebih kurang 1 300 000 ekar
tanah delta terlepas kepada golongan ceti kerana petani-petani tidak mampu
membayar hutang yang berjumlah 40juta dolar. Penduduk juga dibebani dengan
pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan golongan petani terpaksa meminjam
wang. Keadaan ini menyebabkan petani bangkit menentang British untuk
mendapatkan semula hak mereka.
Faktor Politik
Penjajahan British menyebabkan peruban politik dan seterusnya
menimbulkan rasa tidak puas hati seterusnya mencetuskan peperangan.
Pembaharuan bermula dengan system kerajaan tempatan. Pada tahun 1889 Akta
Perkampungan Myanmar telah diperkenalkan. Dewan Undangan yang diketuai oleh
Hlutdaw tidak lagi berfungsi apabila dianti dengan Pesuruhjaya Tinggi. Kuasa politik
masayarakat tempatan dihapuskan dan diganti dengan lantikan ole British.

KESIMPULAN
Pertembungan antara pentadbiran British dengan masyarakat tempatan telah
menimbulkan reaksi negatif di kalangan penduduk tempatan. Nilai tradisi yang
semakin hialng dan merosot telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan
dan akhirnya bangkit menentang British.

NILAIKAN PERANAN DIPONEGORO DALAM PERANG JAWA (1825-1830)


PENGENALAN
Pangeran Diponegoro (lahir di Yogyakarta, 11 November 1785
meninggal di Makassar, Sulawesi Selatan, 8 Jjanuari 1855 pada umur 69 tahun)
adalah salah seorang pahlawan nasional Republik Indonesia, makamnya berada di
Makasaar. Diponegoro adalah putra sulung Hamengkubuwana III, seorang raja
Mataram di Yogyakarta. Lahir pada tarikh 11 November 1785 di Yogyakarta dari
seorang garwa ampeyan (selir) bernama RA Mangkarawati, iaitu seorang garwa
ampeyan (isteri non permaisuri) yang berasal dari Pacitan. Pangeran Diponegoro
bernama kecil Bendoro Raden Mas Ontowiryo. Menyedari kedudukannya sebagai
putra seoran g gundik, Diponegoro menolak keinginan ayahnya, Sultan
Hamengkubuwono III, untuk mengangkatnya menjadi raja. Ia menolak
mengingatkan ibunya bukanlah seorang permaisuri. Diponegoro mempunyai 3
orang isteri, iaitu : Bendara Raden Ayu Antawirya, Raden Ayu Ratnanengsih, dan
Raden Ayu Ratanengrum. Diponegoro lebih tertarik pada kehidupan keagamaan dan
menjalani kehidupanya seperti rakyat biasa sehingga ia lebih suka tinggal di
Tegalrejo, tempat tinggal eyang buyut puterinya, permaisuri dari HB I Ratu Besar
Ajeng Tegalrejo daripada di Keratun. Pemberontakannya terhadap Keratu dimulai
sejak kepimpinan Hamengkubuwana V (1882) dimana Diponegoro menjadi salah
satu anggota perwalian yang mendampingi Hamengkubuwono V yang baru berusia
3 tahun, sedangkan pemerintah sehari-sehari dipegang oleh Patih Danurejo
bersama Residen Belanda.
PERANAN DIPONEGORO DALAM PERANG JAWA.

Perang Jawa merupakan perang yang sinoni dengan kewujudan


Putera Pembebas daripada kejahilan pemerintah Belanda. Perang Jawa yang
berlaku sekitar 1825-1830 telah memperlihatkan golongan bangsawan di tanah
Jawa untuk bebas, yang sekurang-kurangnya memperlihatkan satu gelombang
pertama sebagai pahalawan yang melancarkan perang ke atas Belanda secara
gerila. Perang Jawa secara langsungnya tercetus di bahagian tengan Jawa yang
tidak dapat dinafikan penglibatan golongan bangsawan dan petani yang tertindas
keitika itu untuk bangun dalam mendapatkan keadilan serta hal mereka yang
ternoda dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemerintah tetapi
sebaliknya hanya menguntungkan golongan penjajah sendiri, apatah lagi setelah
tamat perang Napoleon di Erpoah yang menyaksikan penerusan semula dan
pengambilalihan pentadbiran Pulau Jawa oleh Belanda sekali lagi.
Pemimpin utama dalam gerakan secara besar-besaran ini adalah
didokong dipelopori oleh seorang putera kerajaan yang bernama Diponegoro.
Sebahagian sejarawan barat termasuk C.P. Fetzerald menggambarkan Diponegoro
sebagai seorang pahlawan Asia yang pertama yang menggunakan teknik perang
gerila untuk melawan kehadiran penjajah, meskipun kemahiran dan teknik perang
yang mereka miliki jauh terkebelakang berbanding dengan Belanda yang cukup
terlatih dari aspek ketenteraan serta mempunyai senjata yang mencukupi. Jadi
dalam konteks ini, Diponegoro dianggap sebagai pelopor dan penggerak gerakan
nasinalisme awal di Indinesia. Awalnya, perang Jawa meletus pada Julai 1825 di
Jogjakarta semasa pentadbiran De Bus de Gisignies. Perang ini disebabkan oleh
beberapa faktor mustahak yang membangkitkan naluri pembebasan melalui perang
pada peringkat awalnya.
Semasa pemerintahan Raffles di Jawa Hamengkubuwono III mangkat pada
1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran
Hamengkubuwono IV. Ia berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah
Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Apabila Djarot mangkat pada 1822, Raffles
tidak lagi mentadbir Jawa kerana Belanda telah kembali memerintah Jawa pada
1816. Belanda telah melantik putera Djarot yang berusia dua tahun dengan gelaran
Hamengkubuwono V . Diponegoro dan Mangkubumi dilantik sebagai penasihat
sahaja.
Peristiwa ini menyebabkan Diponegoro merasa terhina dan marah. Dari segi
ekonomi Diponegoro juga mengalami kerugian akibat pembatalan kontrak sewa
tanah yang dikuat kuasakan oleh Capellan. Kerugian ekonomi dan kekecewaan
politik menyebabkan beliau menaruh dendam terhadap Belanda.
Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui oleh
Belanda. Belliau adalah seorang bangsawan yang taat kepada agama. Beliau
mendakwa menerima wahyu dalam mimpinya untuk berjihad memulihkan
pemerintahn Islam di Jawa, kewujudan Diponegoro dianggap sebagai Ratu Adil yang
akan menyelamakan dan membebaskan mereka dari segala kesusahan. Kemarahan
Diponegoro semakin memuncak apabila Belanda merancang hendak membina

sebatang jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang melalui makam raja-raja Jogjakarta
yang merupakan nenek moyangnya yang dianggap keramat dan suci Tegalredjo
tanpa memperdulikan larangannya. Diponegoro benar-benar rasa tersinggung
dengan tindakan Belanda dan menganggap peristiwa itu satu penghinaan terhadap
keluarganya serta mencabar kesucian agama Islam.
Diponegoro mengisytiharkan perang ke atas Belanda melalui perang Jihad
sejurus selepas Belanda membuat keputusan untuk membina jalan raya melintasi
tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro. Dengan perang pertama
menyaksiakn pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Eropah dan Cina di
Yogyakarta. Malah dalam perang itu penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian
telah bangkit untuk bersatu dengan Diponegoro akibat kesan negatif yang mereka
terima daripada pembaharuan-pembaharuan pertanian yang dilaksanakn oleh
Capellan. Sokongan kuat juga datang daripada Sentot dan Mangkubumi yang
merupakan pahlawan yang handal. Sentot seterusnya tlah memenangi hati
Diponegoro dan dilantik sabagai ketua tentera. Bagaimanapun, Belanda telah
menghantar tenteranya untuk memerangi Diponegoro yang menyebabkan beliau
berseta pengkiut-pengikutnya melarikan diri ke dalam hutan dan memulakan
perang gerila. Kesulitan yang dihadapi oleh Diponegoro untuk berperang dengan
Belanda kerana kekurangan senjata moden untuk mematahkan serangan Belanda.
Namun, nasib sedikit menyebalhi beliau kerana Belanda bukan sahaja terlibat
dalam Perang Jawa tetapi terlibat dalam Perang Palembang dan Boni yang juga
memerlukan belanja yang cukup besar. Seba itu peringkat awal serangan yang
dilancar oleh tentera Belanda dari pelbagi pelusuk termasuk dari Madura, Sulawesi
Utara dan Sukarta dapat dipatahkan dengan mudah.
Jeneral De Kock yang mengetuai angkatan perang Belanda telah bersiap
sedia sekali lagi dan memperkuatkan pertahanannya dengan membina jalan-jalan
serta kubu-kubu yang kukuh bagi mempermudahkan operasi memerangi perang
yang dilakukan secara gerila yang dilakukan oleh Diponegoro. Selain itu, Jeneral De
Kock juga telah memujuk Raja Madura dan Susuhanan Sukarta iaitu Pakubuwono IV
yang memihak kepada Belanda. Malah rancanganJeneral De Kock cukup menekan
para pejuang Diponegoro apabila rancangan pemusnahan tanaman dilaksanakan
yang akhirnya memberi kesan kematian kepada pengikut setia Diponegoro
disebabkan kematian akibat kebuluran dan serangan penyakit di hutan. Jeneral de
Kock yang masih tidak berpuas hati dengan pelbagai rancangan utk menawan
Diponegoro malah telah berjaya meyakinkan Sentot dan Mangkubumi untuk
berpihak kepada Belanda. Ini memberi tamparan hebat kepada Diponegoro kerana
mereka yang berpaling tadah itu adalah pemimpin tentera yang handal.
Kesannya Dipenogoro telah bersetuju untuk berunding dengan pihak
Belanda tetapi menemui kegagalan akibat Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro
sebagai Sultan Jogjakarta dan gelarannya sebagai Putera Pembebas dan
penyelamat Agama di Jawa. Dengan tipu muslihat Jeneral De Kock Dipenogoro

telah ditangkap ketika berunding dengan Belanda. Akhirnya, Dipenogoro telah


dibuang negeri ke Manado di Utara Sulawesi dan dipindahkan ke Makasar sehingga
meninggal dunia sekitar tahun 1855.
KESIMPULAN
Jelas bahawa terdapat konflik anatar nilai barat dengan nilai tempatan.kuasakuasa Barat tidak sensitive terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka
hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperi kemanusiaan dari kaca
mata mereka, sedangkan malan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam
masyarakat tempatan. Ini bermakna, Belanda telah campur tangan dalam adat
resam penduduk tempatan dan Diponegoro telah memainkan peranan penting
membangkitkan penentangan di kalangan masayarakat tempatan Pulau Jawa.

SEJAUHMANAKAH TINDAKAN THIBAW MENJADI PENDORONG MELETUSNYA PERANG


INGGERIS-BURMA 3
PENGENALAN
Raja Thibaw adalah generas ke-11 Dinasti Konbaung. Raja Thibaw adalah
raja terakhir Myanmar Monarch. Beliau menjadi Raja Myanmar pada tahun 1881
pada usia 16 tahun. Beliau dilahirkan seorang putera diraja daripada ibu Queen
dinamakan sebagai Permaisuri Laung Shay. Beliau dikenali sebagai putera bomgsu
di kalangan adik-beradik beliau. Tetapi kerana semua raja-raja telah dibunuh dalam
keadaan yang berbeza, dia adalah satu-satunya pewaris yang tinggal takhta Dinasti
Konbaung. Ketika dia menjadi Raja, dia telah mengambil kekasih dari zaman kanakkanak, Su Payar Latt sebagai ratu beliau. Mereka mempunyai empat orang anak

perempuan. Beliau telah ditinggalkan tanpa anak. Permaisuri Su Payar Latt menjadi
sangat berkuasa semasa pemerintahannya dan dia adalah seorang yang
memegang tali untuk empayar. Ramai menteri tidak bersetuju dengan banyak
peristiwa-peristiwa yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh permaisuri tetapi
tidak berkuasa untuk menentang. Pada 29 November 1885, Raja bersama-sama
dengan ahli keluarga diraja telah dibawa ke Yadanargiri, India. Dari masa itu,
Myanmar menjadi tanah jajahan kepada Empayar British. Beliau meninggal dunia
pada 15 Disember 1916 di Yadanargiri, India, pada usia 58. Tetapi dia hanya
dikebumikan pada 19 Mac 1919.
THIBAW DAN PERANG INGGERIS BURMA 3
Burma telah menghadapi dua kali peperangan dengan British yang akhirnya
Burma kehilangan wilayah-wilayah Arakan, Tenasserim, dan Burma Selatan.
Sungguhpun demikian pemimpin-pemimpin Burma belum sedar lagi akan
pengalaman pahit yang mereka rasai dan ingin terus mempertahankan maruah
dan mendapatkan semula wilayah-wilayah yang telah ditawan oleh British. Kecuali
Mindon Min Raja-raja Burma tidak Berjaya mengekalkan hubungan dengan British
kerana mereka bersifat anti British.
Hubungan antara kedua-duanya menjadi semakin serius apabila
Raja Thibaw (1878-186) menaiki takhta. Beliau bersifat anti-British dan meneruskan
hubungan dengan Perancis. Akibatnya pada akhir tahun 1879, Kerajaan India
menarik balik residensinya dari Myanmar Utara. Dengan ini tidak ada lagi saluran
rasmi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kedua-dua kerajaan itu.
Memandangkan hal ini, Kerajaan Myanmar cuba mendakan hubungan secara
langsung.
Kekacauan politik di Myanmar Utara. Raja Thibaw seorangg raja yang
lemah tetapi zalim. Baginda tunduk di bawah pengaruh permaisuri yang jahat iaitu
Permaisuri Supayalat. Sebaik sahaja baginda berkuasa, baginda telah melakukan
pembunuhan ke atas kerabat diraja yang dianggap menjadi ancaman kepadanya.
Tindakan baginda telah menimbulkan rasa dendam terhadap kerabat diraja yang
terlibat. Pada tahun 1880, seorang saudara Thibaw sendiri yang berlindung di
Calcutta kembali ke Myanmar dan melancarkan satu pemberontakan. Percubaan itu
gagal dan beliau melarikan diri ke wilayah British. Kerajaan Myanmar telah
memnuduh British campur tangan dalam pemberontakan tersebut dan hal ini
memburukkan lagi hubungan antara mereka. Kekacauan yang berlaku juga
disebabkan oleh pemberontakkan oelh suku kaum Syan dan Kachin. Pada tahun
1884, orang Kachin telah melakukan pemberontakan di Utara dan perompak Cina
telah menyerang Bhamo. Dengan danya kekacauan dan peristiwa pembunuhan,
saudagar dan golongan ugama telah mendesak India supaya campur tangan. Bagi
saudagar, kekacauan yang terus-menerus menggangu perjalanan perdagangan
mereka.

Raja Thibaw menyedari bahawa British tidak senang hati dengan


kegiatan Perancis di Annam da Tongking. Baginda menggunakan peluang ini untuk
menentang tekanan-tekanan daro Inggeris. Oleh sebab itu, baginda mengambil
keputusan untuk meneruskan semula rundingan dengan Perancis yang telah
dihentikan sejak pemerintahan Mindon. Pada Mei 1883, baginda menghantar satu
perwakilan ke Eropah atas alasan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai
perkilangan dan sains. Tetapi ternyata tujuan perwakilan itu ialah untuk mendapat
bantuan senjata dari Perancis. Pada tahun 1884, Myanmar dan Perancis telah
bersetuju sacra sulit di mana Perancis akan menghantar alat-alat senjata ke
Myanmar setelah tamatnya peperangan di Indo-China dan sebagai balasan Perancis
akan dibenarkan mengusahakan lombong permata dan diberi beberapa hak
istimewa yang lain. Persetujuan sulit tersebut diketahui oleh British. Hal ini benarbenar membimbangkan British kerana ini membuktikan dengan jelas juga usaha
Thibaw untuk menghapuskan kepentingan British di Myanmar. Kemuncak hubungan
Myanmar-Perancis ialah bila pada tahun 1886 ditandatangani perjanjian yang
memeberi kemudahan yang luas kepada Perancis. Seorang Konsol Perancis dilantik
di Mandalay. M. Ilaas telah dilantik sebagai Konsol Perancis yang pertama ke
Myanmar. Sungguhpun Ilaas dipanggil pulang pada bulan Oktober 1885 dan piajk
Perancis member jaminan tidak akan merosakkan hubungan dengan British, pihak
British tetap curiga. Untuk mengelakkan penglibatan Perancis di Myanmar, British
terpaksa menawan Myanmar Utara.
Selain Raja Thibaw, terdapat beberapa orang pegawai Myanmar yang antiBritish. Akibatnya berlaku penindasan ke atas rakyat British terutama golongan
saudagar. Pihak Myanmar telah mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap
urusan perdagangan. Mereka tidak lagi melaksanakan perjanjian-perjanjian 1862
dan 1867 yang dibuat oleh Raja Mindon dengan British. Tekanan-tekanan yang
dikenakan oleh Kerajaan Myanmar menyebabkan saudagar British membuat
bantahan kepada India dan mendesak supaya diambil tindakan terhadap Myanmar.
Selain itu, Myanmar Utara juga mempunyai kepentingan dari segi perdagangan.
Sebuah syarikat iaitu Manchester Chamber of Commerce ingin menjadikan
Myanmar sebagai pasaran baru bagi perusahaan kapasnya. Sejak tahun 1860,
syarikat tersebut mendesak Kerajaan India membuka jalan perdagangan MoulmeinYunnan yang dapat menghubungkan Myanmar dengan China. Untuk menjayakan
rancangan ini, British terpaksa menguasai Myanmar Utara. Seterusnya, golongan
saudagar British juga menyokong pengambilan seluruh Myanmar kerana ini akan
membawa kepada keuntungan yang besar. Golongan saudagar telah banyak
menanam modal di Lembah Irrawaddy, Arakan dan Tenasserim. Perniagaan ini perlu
diberi perlindungan dan ini hanya terjadi jika Myanmar Utara diletakkan di bawah
pentadbiran British. Atau setidak-tidaknya memaksa Myanmar Utara member
bebrapa hak istimewa kepada saudagar.
Sebab lain yang membantu keputusan Kerajaan India untuk
berperang dengan Myanmar ialah berlakunya perubahan pucuk pimpinan dan dasar

Kerajaan British di England dan juga Kerajaan India. Pada Jun 1885, di England, Parti
Konservatif pimpinan Salisbury telah Berjaya mengalahkan Parti Liberal pimpinan
Gladstone. Kerajaan baru dari parti Konservatif telah mengamalkan dasar yang
tegas terhadap Myanmar. Begitu juga di India, Gabenor Jeneral Lord Ripon yang
bersifat sederhan telah diganti oleh Lord Dufforin yang bersifat lebih radikal.
Peristiwa tindakan Kerajaan Myanmar mengenakan denda kepada
Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar merupakan sebab terakhir yang membawa
kepada keputusan Inggeris untuk berperang dengan Myanmar. Syarikat tersebut
diberi hak mengambil kayu balak di Ningyan selama 25 tahun dan permit itu telah
diperbaharui pada tahun 1884. SPBB telah dituduh mengambil kayu balak yang
berlebihan dari had yang ditetapkan. Ia juga dikatakan tidak membayar cukai
eksportnya, memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan memberi gaji rendah
kepada pekerja bangsa Myanmar. Akibatnya, SPBB didenda sebanyak 2.3 juta
rupee. Pihak British meminta supaya meminta masalah itu diselesaikan tetapi
cadangan itu ditolak. Oleh sebab itu, kerajaan India telah menghantar kata kedua
kepada Raja Thibaw bertarikh 22 Oktober 1885. British meminta supaya SPBB
diselesaikan mealui orang tengah. Kata dua ini berakhir pada 10 November 1885.
Kata dua dari British tidak mendapat sambutan. Sebahagian besar
pegawai Myanmar mendesak Thibaw untuk berperang. Ada juga yang
mencadangkan perdamaian. Oleh sebab rasa Bongkak, Thibaw telah memberi
jawapan kepada British:
a) Baginda bersetuju melucutkan denda ke atas SPBB kalau rayuan diterima.
b) Wakil British dibenarkan menetap di ibu negeri Myanmar tetapi kebebasan
bergerak sama seperti dulu.
c) Myanmar akan meneruskan perhubungan dengan Perancis , Itali dan Negara
lain.
Jawapan itu sampai ke Rangoon pada 9 November tetapi British tidak bersetuju
dengan syarat itu. Tanpa member sebarang alas an, pada 11 November 1885,
Kerajaan India mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.

KESIMPULAN
Apabila stelah peperangan diisytiharkan, Jeneral Prendergast
diarahkan menawan Mandalay. Serangan tentera British ternyata tidak
mendapat tentangan hebat dari tentera Myanmar. Raja Thibaw yang berada di
Mandalay begitu yakin akan kerajaannya kerana beliau menerima berita yang
sengaja dipalsukan mengenai kedudukan medan pertempuran. Tetapi setelah
tentera British menawan Ava, Raja Thibaw bersetuju menyerah diri. Raja Thibaw
bersama isterinya dan pengikutnya dibuang negeri ke India pada 11 Januari
1886. Raja Thibaw mangkat di India pada tahun 1916 dan permaisurinya

Supayalat dibenarkan balik ke tanah airnya.dengan penaklukan Myanmar Utara


bermakna seluruh negeri Myanmar ditakluk oleh British. Kejatuhan Myanmar
Utara juga berakhirnya pemerintahan raja-raja dari Dinasti Konbaung yang telah
diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Setelah Raja Thibaw ditangkap
dan dibuang negeri ke India, tidak ada tokoh yang layak ditabalkan untuk
menjadi raja. Ini terjadi disebabkan tindakan Thibaw yang membunuh kerabat
diraja kerana bimbang berlaku rampasan kuasa. Kekosongan ini menyebabkan
pemerintahan beraja ditamatkan pada Januari 1886. Dari segi pentadbiran,
Myanmar diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan India sehingga tahun 1937.
Penghapusan pemerintahan beraja telah menimbulkan kekacauan buat seketika
waktu kerana orang Myanmar menentangnya. Bagi orang Myanmar. Raja
adalah satu-satunya symbol pengiktirafan kuasa politik Myanmar. Antara tahun
1886-1889, pejuang-pejuang dan gerila-gerila Myanmar menyerang pusat
tentera British. Tentera British menghadapi kesukaran untuk menentang mereka
kerana ia melibatkan rakyat biasa, ketua-katua tempatan dan juga pemimpin
agama. Sementara itu, Putera Myingun telah menuntut takhta kerajaan bagi
Myanmar Utara yang dikosongkan oleh Thibaw dan Putera Limbin pula menuntut
kekuasaan ke atas wilayah Syan. Tuntutan itu tidak dihiraukan oleh British. Pihak
British telah mengambil masa 4 tahun untuk menteteramkan keadaan dalam
negeri. Sungguhpun demikian perasaan benci dan semangat untuk berjuang
terus wujud di kalangan orang Myanmar. Keadaan ini disedari oleh pihak British
dan oleh sebab itu, dikenakan beberapa kawalan politik terutama ke atas orangorang Syan. Ketika British berkuasa, mereka telah mengadakan beberapa
perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan social. Sebagai contoh, dalam
bidang pentadbiran system pemerintahan tradisional ketua-ketua puak
(Myothugyi/Thaiktugyi) dimansuhkan dan diganti dengan ketua-ketua kampong.
Hal ini bertujuan untuk menghindarkan munculnya semangat anti-British kerana
ketua-ketua puak telah memainkan peranan penting dalam berlakunya
penentangan terhadap British.

PENJAJAHAN BELANDA TELAH MENGUBAH SISTEM PENTADBIRAN DI INDONESIA


BINCANGKAN
PENGENALAN
Penguasaan Indonesia oleh Belanda telah mengubah system
pentadbiran di Negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepada
pentadbiran barat. Kehadiran Belanda secara beransur-ansur di Betawi pada
abad ke-17 secara beransur-ansur telah menawan Kepulauan Indonesia. Selepas
Belanda membubarkan VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) pada tahun 1799,
seorang pentadbiran telah banyak mengenepikan pentadbiran tempatan.

PERUBAHAN PENTADBIRAN SEPANJANG ABAD KE-19


Pada 1 Januari 1808, seorang Gabenor Jeneral Belanda telah dilantik
untuk menyusun semula pentadbiran Betawi iaitu Marshall Herman Willem
Daendals cuba mengawal dengan memperbaiki Sistem Pentadbiran Bupati dan
pegawai tempatan dengan cara menjadikan mereka sebagai Pegawai Belanda
yang dibayar gaji dan jawatan tersebut dilantik oleh Gabenor Jeneral,
pendapatan pegawai kerajaan dikawal supaya tidak menindas petani dan bidang
kuasa ditetapkan supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pegawai
kerajaan.
Masalah yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 dan awal abad ke-19
menyebabkan Belanda menyerahkan sementara wilayah jajahanya di Timur
kepada British pada tahun 1816. Penguasaan Belanda ke atas Pulau Jawa
berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal pusat pentadbiran Belanda
di Betawi. Ketua pentadbiran di Jawa ialah Gabenor Jeneral dan dibantu oleh
empat orang Konsular Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha. Sebuah
Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan
kerajaan. Pada tahun 1819 baron Van der Capellan dilantik sebagai Gabenor
Jeneral. Terdapat 5 buah jabatan- Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan Agama dan
Industri Kerja Raya Awam, Kewangan dan Kehakiman. Pada masa itu pemerintah
tempatan semakin tersepit dengan perluasan kuasa Belanda. Kerajaan Mataram
yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah dan Sultan

tidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan. Keadaan ini membantu


Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau Jawa.
Baron telah menjalankan beberapa pembaharuan seperti
membatalkan kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa
selain memecat atau mengurangkan peranan institusi Bupati atau ketua daerah
di Jawa. Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar
tempatan merupakan faktor Perang Jawa(1825-30).
Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar
tempatan tetapi kuasa mereka tidak dikembalikan. Pada tahun 1874, system
pentadbiran daerah disusun mengikut jabatan. Terdapat dua orang Residen
dilantik untk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkan kuasa mereka
berkurangan. Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka
tidak dibenarkan memiliki tanah. Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan
telah kehilangan kuasa. Misalnya di Palembangan kesultanan berakhir apabila
sultan-sultan dibuang negeri kerana menetang Belanda. Keadaan yang serupa
juga berlaku di Jambi, Siak, Sambas, Banjarmasin, Bali dan Makasar.
Belanda telah memperkenalkan 3 dasar ekonomi yang
mengukuhkan penjajahannya di Indonesia iaitu Sistem Tanaman Paksa 1830
yang menindas rakyat tempatan. Dasar Liberal tahun 1870 yang bertujuan
membuka Pulau Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaiki taraf hidup
petani dan seterusnya Dasar Etika bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal.
Melaui dasar Etika pembaharuan dari segi pentadbiran telah dibuat iaitu
Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat(1903). Mengikut undang-undang ini
sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah kan ditubuhkan. Undang-undang
Desentralisasi bermaksud pentadbiran akan dipindahkan dari dari The Haque ke
Betawi sebagai pusat pentadbiran Hindia Timur. Majlis Perbandaran dan Daerah
akan dianggotai oleh pegawai Belanda, orang Indonesia dan orang Cina.
Pada tahun 1906, Undang-undang Desa atau Peraturan Kampung de
Graaf telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk memperbaiki kebajikan
rakyat Indonesia. Majlis Desa telah dibentuk di bawah Undang-undang Desa.
Majlis ini diketuai oleh penghulu. Belanda mengambil usaha melatih pendudk
peribumi melaui penubuhan Volksraad. Seramai 15 orang daripada 39 orang di
dewan ini merupakan penduduk peribumi. Pembaharuan dalam bidang
pentadbiran bertujuan menyediakan rakyat untuk kerajaan sendiri.
KESIMPULAN
Penjajahan Belanda di Indonesia telah menyebabkan berlaku
perubahan besar dalam pentadbiran tempatan yang telah diambil oleh Belanda.
Pentadbiran tempatan mengalami kemerosotan dan seterusnya menyebabkan
pembesar-pembesar tempatan kehilangan kuasa.

PERUBAHAN PENTADBIRAN TELAH BERLAKU SETELAH PENJAJAHAN BRITISH DI


MYANMAR. BINCANGKAN.

PENGENALAN
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan
ekonomi Negara yang dijajah. Di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan
beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar
Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan
penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang
kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur
ditindas semata-mata untu kepentingan pihak Belanda.
Di Indonesia, system ekonomi komersial berkembang dengan pesat
akibat pengenalan system Kultur atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem Tanaman
Paksa ataupun dikenali juga sebagai Rodi Tanaman ini diperkenalkan di Pulau
Jawa pada tahun 1830 oleh Belanda. Tujuan utama ia diperkenalkan ialah untuk
menyelesaikan maslah kewangan Belanda dengan menambahkan pengeluaran
tanaman jualan sperti kopi nila, tebu dan tembakau. Di samping itu, ia juga
bertujuan untuk meninggikan taraf hidup kaum petani di Indonesia.
Ciri sistem Tanaman Paksa ialah 1/5 daripada tanah pertanian
digunakan untuk tanaman kerajaan dan dikecualikan daripada cukai. Manakala
petani-petani dikehendaki bekerja selama 66 hari setahu. Seterusnya, hasil yang
melebihi nilai cukai akan dikembalikan kepada petani dan jika berlaku
malapetaka, petani-petani tidak perlu membayar cukai. Selain itu, pekerjapekerja di bawah wedana dan terdapat pengkhususan kerja. Cirri yang terakhir
ialah pegawai-pegawai Belanda menguruskan proses mengeksport hasil
tanaman kerajaan ke Negara Belanda. Sistem ini telah memberikan keuntungan
bersih yang lumayan kepada Belanda. Belanda telah memperoleh 823 juta

guilder dengan cara melakukan penindasan dan pemerasan ke atas petani Jawa.
Akibatnya sistem ini ditentang hebat oleh golongan berfahaman liberal dan
akhirnya digantikan dengan dasar Liberal.
Dasar Liberal diperkenalkan untuk menggantikan sistem Kultur
yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat jelata. Matlamatnya ialah untuk
memperbaiki taraf hidup para petani serta memberi peluang yang lebih luas
kepada kemasukan pelabur-pelabur persendirian dari Belanda dan Eropah untuk
menceburi bidang ekonomi Indonesia. Di bawah Dasar Liberal, pemosal-pemodal
swasta dapat menguasai perniagaan dan membuka lading-ladang besar. Banyak
tanaman baru diusahakan seperti koko, kopra, kelapa sawit dan getah, malahan
kegiatan ekonomi ini telah diperluaskan ke pulau-pulau luar seperti Sumatera,
Kalimantan dan Sulawesi. Selain itu, dasar Liberal juga adalah berkonsepkan
kebebasan dan tidak ada perlindungan yang diberi di bawah dasar ini.
Dasar Liberal ini turut meninggalkan beberapa kesan negatif ke atas
penduduk Indonesia. Taraf hidup penduduk peribumi tidak dijaga. Kebajikan
peribumi diabaikan. Pengusaha swasta lebih mengutamakan keuntungan sahaja.
Ini mengakibatkan peribumi di Indonesia masih ditindas dan dieksploitasi untuk
kepentingan mereka. Di bawah dasar ini, peladang-peladang Indonesia tidak
dapat bersaing dengan pengusaha-pengusaha swasta Eropah. Ini menyebabkan
mereka terpaksa menjuala ladang-ladangnya kepada peladang-peladang yang
kaya dan bekerja sebagai buruh bergaji. Dengan ini jelaslah yang Dasar Liberal
juga sperti Sistem Tanaman Pkasa yang tidak menjaga kepentingan kebajikan
peribumi di Indonesia. Akibatnya, ia mendapat tentanatngan dan diganti dengan
Sistem Etika.
Sistem Etika Dasar Susila dianggap lebih berperikemanusiaan
berbanding dasar-dasar sebelum ini. Dasar Etika adalah hasil dari kegagalan
Dasar Liberal. Dasar ini mempunyai unsur-unsur moral dan kemanusiaan dalam
perlaksanaannya. Di bawah dasar ini, keadaan ekonomi dan social penduduk
Indonesia dapat ditingkatkan dengan membawa kemajuan dalam bidang
pertanian, perlombongan, perdagangan, pelajaran, kesihatan dan infrastruktur.
Ini adalah hasil dari kerjasama kerajaan dan swasta.
Selain itu, kerajaan juga telah memajukan kemudahan pengairan
iaitu antara tahun 1900-1940 dan lebih 270 juta guilder telah dibelanjakan ke
atas kerja-kerja perairan. Di samping itu, kemuadahan infrastruktur juga
dimajukan. Kemudahan-kemudahan kredit turut disediakan dan perkhidmatan
kesihatan turut diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Bandar dan kampongkampung. Di bawah dasar ini juga, sistem pendidikan ala Barat telah
diperkenalkan. Kemudahan pendidikan di peringkat desa telah bertambah 31/2
kali ganda antara tahun 1909-1912. Dengan itu, menjelang akhir abad ke-19
hampir ke semua kawasan yang membentuk republic Indonesia telah berada di

bawah pemerintahan Belanda kecuali Pulau Timur (bawah Portugis) dan


Bangkahulu(bawah British).
KESIMPULAN
Perubahan dan perkembangan ekonomi telah membawa perubahan
besar dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat peribumi tidak mendapat hasil
atau keuntungan dari sistem ini. Mereka tetap miskin kerana ekonomi dibolot
oleh Kerajaan Belanda dan pelabur-pelabur barat.

HURAIKAN EKONOMI KOMERSIAL DI INDONESIA DAN MYANMAR SELEPAS


KEDATANGAN BARAT PADA ABAD KE-19
PENGENALAN
Di Indonesia ekonomi komersial diperluaskan selepas Perang Jawa
tamat. Belanda memperkenalkan Sistem Kultur yang menekankan ekonomin
komersial yang memberi keuntungan kepada Belanda. Di Myanmar pula sistem
ekonomi komersial turut diluaskan selepas Perjanjian Yandabo.

INDONESIA
a) Gula
Sistem Kultur mengubah corak perusahaan gula dan memberi penguasaan
sepenuhnya kepada Belanda. Orang Cina yang dahulunya menguasai
perusahaan ini terpaksa menanggung kerugian. Sistem Kultur telah
membawa kepada zaman kegemilangan bagi perusahaan gula,. Dalam
sistem Kultur ini, petani Jawa dipaksa menyerahkan 1/5 untuk tanaman

eksport kepada Belanda. Modal barat dan petani Jawa mempunyai hubungan
rapat dengan perusahaan ini. Kilang gula didirikan dengan modal dari Barat
dan diuruskan oleh orang Eropah. Pada tahun 1840 berjaya mendatangkan
hasil 2 kali ganda. Amsterdam telah dipulihkan semula sebagai pesanan
utama gula dan kopi di Eropah. 1870 Undang-undang Gula de Waal telah
menyebabkan gula boleh ditanam oleh pengusaha swasta di dalam Dasar
Liberal yang memberi keuntungan yang besar kepada pihak swasta sehingga
awak abad ke-20.
b) Kopi
Perusahaan kopi 1816 dapat dipulihkan daripada kemorosotan. Harga
dan pengeluarannya mening kat 300% dalam masa tiga tahun. Pada tahun
1923 perusahaan ini mengalami kesukaran. Sistem Kultur menyelematkan
industry tersebut. Perlaksanaan sistem ini telah menyebabkan
perkembangan pesat ladang-ladang kopi. Dianggarkan pokok-pokok kopi di
Jawa bertambah 7 kali ganda. Amsterdam selagi lagi menjadi pasaran kopi
utama Eropah. Eropah merupakan dan 1/3 dari nilai eksport Belanda di
Indonesia dan meliputi jumlah keuntungan dari sistem Kultur. Melalui
pengenalan dasar Liberal perusahaan kopi telah diswastakan oleh kerajaan
Belanda. Kopi mencapai kemuncak zaman kegemilangan pada abad ke-19.
Dalam tahun 1885 gula mengatasi eksport utama Indonesia. Pada abad ke19 perusahaan kopi telah diatasi oleh minyak tanah dan kemudian getah.
Kemunculan pekebun-pekebun kecil dalam perusahaan kopi terutamanya
bagi penanam-penanam di Sumatera dan kepulauan luar yang lain. Tanaman
ini merupakan satu sumber pendapatan tambahan. Ladang-ladang atau
firma-firma yang menguruskan pengeluaran kopi kepunyaan orang Eropah
semakin terlibat dengan pekebun-pekebun tersebut. Setengah-setengah
keadaan terdapat firma-firma Eropah yang benar-benar terlibat dalam
menguruskan penanaman tersebut seperti berlaku di Sulawesi Utara di mana
Molukse Handels-Veremiging mengkhususkan pengeluaran tempatan untuk
dieskport ke pasaran Eropah.
c) Bijih Timah
Bijih timah telah dijumpai di Bangka pada tahun 1710. Belanda
menaruh minar di dalam perusahaan ini pada tahun 1722. Monopoli ke atas
perusahaan itu disahkan oleh satu persetiaan lain dalam tahun 1755.
Belanda hanya berminat kepada perdagangan bijih timah bukan
perlombongan bahan itu. Pemerintah Palembang membawa masuk
pelombong darI China. Akibatnya orang Cina yang menguasai perusahaan ini
sehingga abad ke-19. Belanda di Indonesia menaruh minat apabila Syarikat
Bijih Timah Belitung ditubuhkan merupakan sebuah syarikat swasta. Dlama
tahun 1887 mendapat konsesi dari Sultan Riau-Lingga dan Syarikat Bijih
Timah Singkep ditubuhkan. Orang Cina kekal menguasai kegiatan
perlombongan sehibgga tahun 1890an. Belanda menjalankan kegiatan ini

berdasarkan kontrak dengan pelombong-pelombong Cina.


Walaubagaimanapun, kedudukan orang Cina di dalam perusahaan telah
tercabar dengan teknologi yang diperkenalkan oleh barat. Pada tahun 1890
jentera wap telah diperkenalkan menjelang masa itu pengeluaran bijih timah
di Bangka mengatasi pengeluaran dari NNS. Biojih Timah kemudiannya
mengatasi eksport gula dan kopi pada peghujung abad ke-29 dan hamper
berlipat ganda di antara tahun 1913 dan 1929.
d) Teh
Teh diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1824 di bawah
pengawasan kerajaan tetapi perusahaan ini tidak berkembang pesat
sehingga penglibatan pihak swasta pada akhir abad ke-19. Kejatuhan
pasaran dunia ke atas kopi dan kina telah membuka jalan kepada
perusahaan teh dan kemajuan-kemajuan peasat teknik-teknik menanam dan
memproses teh. Pada akhir tahun 1870an, kaedah pengkhususan telah
diperkenalkan di Sri Lanka telah diperkenalkan di Indonesia. Pada tahun 1881
Soekaboemische Landbouw Vereeniging ditubuhkan. Pertubuhan ini
bekerjasama rapat dengan pekebun-pekebun kerajaan di Bogor dan akhirnya
membawa kepada Penubuhan Stesen Percubaan teh dalam tahun 1902an
telah dibiayai dari sumbangan tabung kutipan perusahaan tersebut dan
bantuan teknik kerajaan. Mutu teh bertambah baik hingga awak tahun
1900an seterusnya Berjaya memasuki pasaran London, Amerika dan
Australia. Menjelang 1910 perusahaan ini bertambah kukuh dan Priangan
menjadi daerah pengeluaran teh yang utama di Indonesia dan dunia.
PERUBAHAN EKONOMI DI MYANMAR
1) Perdagangan
Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan
pedagang British. Mereka juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan
bahagian barat Negara China melaui Burma Hulu. British ingin memperluas
perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami kesulitan kerana
menghadapi pegawai-pegawai Burma yang karup. Pedagang British terpaksa
membayar harga yang lebih tinggi untuk mnendapatkan barang dagangan
dari Burma. Golongan pedagang ini melaui Dewan Perniagaan Rangoon dan
dewan-dewan perniagaan di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk
menawan Burma Hulu. Peraturan-peraturan perdagangan yang terhad di
Burma Hulu telah mengakibatkan ketidakpuasan hati golongan pedagang.
Keenganan Kerajaan Nurma untuk mematuhi perjanjian perjanjian
perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan mereka.
Minyak perjanjian-perjanjian perdagangan tersebut, Raja Burma
hanya mempunyai monopoli ke atas minyak, batu permata dan kayu jati.
Tetapi dari segi amalan, monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas,
gandum, gula, gading dan cutch. Akibat tekanan daripada golongan

pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor penting bagi
peletusan Perang British-Burma.
2) Beras
Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras.
Eksport beras menjadi punca ekonomi Burma yang banyak memberi
keuntungan kepada British. Beras terbaik dihasilkan di pinggir Sungai
Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya
khususnya pada tahun 1852. Ada pula telah membahagikan
perkembangan ekonomi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, di
antara tahun 1852-1900, peringkat kedua, di antara tahun 1900-1930 dan
peringkat ketiga di antara 1930-1941. Pada peringkat pertama inilah,
penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama
pertanian padi sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana
kawasan delta merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon
(salah satu kaum di Burma). Apabila berlaku peperangan kurun ke-18,
telah menyebabkan kawasan itu diabaikan malah hampir ditinggalkan dan
mempunyai penduduk yang sedikit. Perkara ini memudahkan kerajaan
British membuka tanah untuk pertanian. Pihak British ingin menggalakkan
perdagangan eksport secara persendirian dan juga mahukan semua
tanah pertanian yang baru itu diberikan kepada petani-petani kecil yang
merdeka. Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan
untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina sistem pengairan dan
pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki
membayar cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit
menyebabkan petani-petani pendatang diperlukan untuk mengusahakan
tanah-tanah baru itu. Oleh itu, migrasi pekerja telah berlaku di antara
Burma Hulu ke Burma Hilir serta pedatang India. Modal unutk memulakan
tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu para petani boleh
meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak milik
mereka itu. Pada mulanya mereka meminjam daripada peminjampeminjam bangsa Burma, tetapi kemudian selepas 1880 peminjampeminjam profesional India (Ceti) membekalkan sebahagian besar
daripada pinjaman itu.
Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku
penghijrahan secara besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan
Arakan sehingga menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah
digantikan dengan kebudayaan orang Burma. Penghijrahan bukanlah
merupakan satu perkara baru bagi orang Burma kerana ada pepatah
Burma yang berbunyi tanpa berpindah seseorang itu tidak akan menjadi
terkenal tau masyhur. Pada awalnya perkembangan pertanian padi
sawah sangat baik. Misalnya berlaku pertambahan dalam keluasan tanah
dari 700 000 ekar kepada juta ekar di antara tahun 1885-1906, yang

seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi daripada


162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand
dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport
beras dunia. Di antara ketiga-tiganya itu Burmalah pengeluar terbanyak.
Dengan berlakunya perkembangan dalam pertanian padi sawah
ini , british telah membawa masuk orang India untuk atasi masalah
kekurangan tenaga buruh dalam pertanian padi dan menyebabkan
berlakunya pertambahan dalam kemasukan orang India ke Burma.
Misalnya pada 1870, terdapat 15 000 buruh dari India membanjiri Burma
dan pada tahun 1872, meningkat kepada 37 500 orang atau dua peratus
daripada jumlah penduduk Burma di hilir dan angka ini telah meningkat
kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah
keseluruhan penduduk di Burma Hilir. Kemasukan tenaga buruh dari India
ini telah menyebabkan berlakunya persaingan dalam pekerjaan dengan
penduduk tempatan.
Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan
tanah pertanian yang telah menyebabkan timbulnya masalah. Petani
tempatan mula menanggung hutang kerana hasil yang diperolehi sedikit
sedangkan cukai perlu dibayar. Petani tempatan tidak berupaya untuk
menyaingi petani dari India dan mereka hanya memperolehi hasil yang
sedikit bagi setiap ekar tanah kerana beberapa sebab iaitu kurangnya
penggunaan baja moden, benih yang kurang baik cara, pertanian tradisi
yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besar-besaran dan tidak
mempunyai modal yang besar. Akibatnya orang India banyak menguasai
tanah dan pada penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta
dan 19 peratus bagi tanah yang dikuasai oleh bukan petani. Keadaan
menjadi lebih teruk pada tahun 1930an apabila harga beras di pasaran
jatuh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak dapat membayar
hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjam-peminjam
modal yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ceti India.
3) Minyak
Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja
Burma lagi. Telaga-telaga minyak kebanyakannya berpusat di
Yenangyaung dan selama beberapa abad telah membekalkan kepada
rumah-rumah orang Burma dengan bahan api untuk menyalakan pelitapelita dan juga membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yanh dibuat
daripada daun palma yang diawet. Pada masa itu, telaga-telaga minyak
digali secara primitif atau trdaisional iaitu dengan menggali telaga-telaga
minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang
sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan
minyak tanah terpaksa diimport dari Ameriks untuk memenuhi keperluan
penduduk Burma.

British yang m,elihat potensi Yenangyaung yang mempunyai


banyak hasil minyak telah bertindak membuka sebuah firma iaitu Burma
Oil Company pada 1886 di Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya
menjalankan kegiatan dalam perusahaan minyak tempatan, tetapi
kemudiannya firma ini bertindak membeli pajakan-pajakan kerajaan dan
juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa lima tahun, firma ini
berjaya mengeluarkan minyak tanah yang mencukupi sehinggakan
kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. Malahan,
syarikat ini telah mengeksport minyak yang pertama ke Inida dan pada
tahun 1896 ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah dibina oleh
syarikat ini 10 tahun kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan
minyak ke kilang penapisannya di Syriam.
Pada waktu ini orang yang memonopoli sektor perlombongan
adalah orang British. Hal ini kerana, orang British yang menubuhkan
syarikat perlombongan dan orang India juga ada yang bekerja dalam
syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli.
Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah
Indo-Burma Petroleum Company, British Burma Petroleum Company dan
Nath Singh Oil Company. Perkembangan dalam perlombongan minyak
tanah semakin baik selepas 1900an. Secara kesimpulannya kebanyakkan
aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat British. Kebanyaan
penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh sahaja.
Kedatanagan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di
Burma telah menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan
berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi apabila harga beras jatuh dan para
petani yang pada awalnya ramai yang tertumpu di Burma Hilir beramairamai brhijrah ke Burma Hulu.
4) Pembalakan (kayu jati)
Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan
British di Burma dari segi ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga
bergantung kepada aktiviti pembalakan khususnya pembalakan kayu jati
yang diperlukan untuk pembinaan kapal. Bahkan kayu jati merupakan
sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masayarakat Burma kerana
nilai komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi(beras) yang tidak
boleh dieksport berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya, pada tahun
1752, Maharaja Alaupaya telah mengisytiharkan kayu jati sebagai pokok
diraja, manakala lebih kurang seratus tahun kemudiannya, Lord
Dalhousie telah menjadikan kayu jati sebagai Harta Milik Kemahkotaan
British. Sebenarnya kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling
lama dibandingkan dengan bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan
oleh pedagang-pedagang Arab pada abad ke-6 masihi. Kayu jati

merupakan asas kepada perusahaan membina kapal di Burma dalam


abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan antara
British-Perancis pada abad ke-18. Kayu jati Burma mendapat permintaan
yang tinggi di luar Negara kerana mutunya yang tinggi, harganya pula
murah dan sesuai digunakan untuk industry kapal dan binaan.
Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila
perusahaan tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun
1830 dan 1852, lebih daripada 100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan
kayu jati diambil di Burma khususnya di Moulmein. Walaupun Moulmein
berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan, kayu jati di
Moulmein berkurangan dan British beralih kepada Rangoon (Yangon) yang
berkembang dalam perdagangan. Menurut D.G.E Hall :
But indiscriminate felling without proper supervision ruined many
of forest, and rapid development of Rangoon after 1852 caused
Moulmeins star wane
Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan
Burma terbukti apabila berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana
Raja Thibaw mendakwa Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah
mengambil lebih banyak kayu jati melebihi perjanjian yang telah dibuat
sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan
menjelang 1830-an, perusahaan kayu jati berkembang sehingga menjadi
sumber kekayaan yang paling utama di daerah ini. Pada tahun 1941,
Burma telah mengeluarkan kira-kira eksport kayu jati dunia iaitu
sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada jualan kayu
jati Burma ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan
mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi
selepas 1847 apabila Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan
mengawal aktiviti pembalakan kayu jati. Namun menjelang tahun 1850an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan Jabatan
Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan
aktiviti pembalakan.
5) Sumber hasil bumi yang lain
Selain beras (padi), minyak dan kayu jati, Burma juga turut
bergantung kepada pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih
tungsten), dan bijih timah. Namun, pada peringkat awal sebelum
kedatangan British, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti yang
kecil sahaja. Oleh itu, pihak British telah mengambil kesempatan atas
dasar penjajahan bagi memonopoli sumber-sumber bahan mentah
tersebut. Plumbum didapati dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke
timur laut Lashio) dan lombong di Namtu. Seperti yang berlaku dalam
perusahaan minyak, perusahaan plumbum jugak dimonopoli oleh syarikat
British yang diwakili oleh Syarikat perdagangan Bombay-Burma dimasuki

oleh kaum Cina. Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan


ini menjadi tempat kegiatan perlombongan orang-orang Cina dan
lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong pengeluar timah
hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi pusat
pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.
Burma juga kaya dengan hasil timah yang termasuk dalam
lingkaran bijih timah Asia. Namun perusahaan bijih timah juga seperti
perusahaan plumbum yang berkembangan selepas abad ke-19. Walaupun
Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tarik
dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya, Burma hanya
mengeluarkan 100 tan bijih timah setahun sebelum 1910 bijih timah.
Perlombongan wolfram juga berkembang selepas tahun 1900. Sedikit
batu delima dan batu nilam yang menjadi bahan termasyhur di Burma
sejak dahulu lagi turut dilombong. Lombong batu delima dan nilam ini
terdapat di sekitar daerah Mogok (utara Mandalay). Terdapat juga sedikit
pengeluaran arang batu, garam dan jed yang dilombong. Pada awalnya,
getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini didapati tidak sesuai
diuasahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun apa yang pasti dalam
perusahaan getah ini kebanyakkan tenaga buruh yang mengusahakan
ladang getah adalah terdiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang
getah tidak dimiliki oleh orang tempatan sebaliknya berada dalam tangan
British (contohnya Steel Brothers) dan orang-orang tempatan hanyalah
memiliki kebun-kebun kecil sahaja. Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor
ekonomi juga menjadi daya penggerak penjajahan Barat di Burma.
Namun begitu, perkembangan ekonomi Burma di bawah penguasaan
British yang berteraskan pertanian padi, eksploitasi kayu jati dan logam
menjadi Burma terlalu bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi
eksport dan import.
Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan
pertanian di Burma, faktor yang menyebabkan gerakan penjajahan British
disebabkan kepentingan perdagangan British di Negara itu. Hal ini kerana
pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah memberi
layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah
penetapan harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan
Burma. Kerajaan Burma juga mengenakan cukai yang tinggi ke atas
barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua sebab yang dikemukakan
di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak
monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British
bimbang Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma
Hulu.
KESIMPULAN

Perubahan-perubahan yang berlaku tidak menguntungkan rakyat


tempatan malahan rakyat terus ditindas semakin miskin dan berlaku
penganguran. Hak milik tanah juga telah jatuh ke tangan pihak
barat/pemerintah. Kemasukan kaum imigrin juga telah membawa satu
scenario ekonomi yang besar dengan mereka turut menguasai ekonomi di
kedua-dua Negara.

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI INDONESIA DAN MYANMAR


SETELAH CAMPUR TANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19
PENGENALAN
Pada peringkat awal di Indonesia sistem pendidikan amat
dipengaruhi oleh agama Islam dan Hindu Buddha. Kedatangan Belanda
telah mewujudkan pendidikan barat di Indonesia. Hal yang sama berlaku
di Myanmar.
INDONESIA
Sistem pendidikan pada peringkat awal tertumpu kepada
bentuk tradisional terutamanya sekolah-sekolah pondok yang diterajui
dan dibimbing oleh para ulama dan mubaligh. Selain itu ianya berpusat di
istana/kraton yang memberi keutamaan kepada golongan bangsawan.
Perubahan dalam bidang pendidikan jelas apabila Belanda
memperkenalkan sistem pendidikan sekular sehingga pendidikan
tradisional mulai merosot. Belanda turut sama memberi tumpuan kepada
golongan bangsawan untuk membolehkan mereka menjawat jawatan
rendah dalam bidang perkhidmatan awam. Kemudahan dan keistimewaan
telah diberikan kepada anak orang Belanda dan Serani seperti tidak perlu
membayar yuran persekolahan. Manakala anak-anak bangsa Indonesia
terpaksa menanggung beban persekolahan yang mahal.
Usaha-usaha telah dibuat oleh Belanda untuk memajukan
bidang pelajaran di Indonesia. Pada tahun 1882 pemerintah Belanda
menyediakan peruntukan sebanyak 1.2 juta guilders untuk pelajaran.
Ketika ini terdapat kira-kira 300 buah sekolah bumiputera di Pulau Jawa

dan 400 buah di pulau-pulau luar. Jumlah pelajar dianggarkan seramai 40


000 orang.
Selain sekolah-sekolah bumiputera terutama sekolah rendah,
sekolah-sekolah Belanda juga didirikan tetapi hanya anak-anak golongan
bangsawan yang dibenarkan memasuki sekolah Belanda. Bilangan pelajar
bumiputera yang memasuki sekolah-sekolah Belanda telah bertambah.
Pada tahun 1870, bilangan pelajar bumiputera yang belajar di sekolah
Belanda hanya 266 orang tetapi pada tahun 1900 meningkat kepada
2000 orang.
Pada awal abad ke-20, pemerintah Belanda mengadakan
peruntukan yang besar untuk membina lebih banyak sekolah di
Indonesia. Menjelang 1900 Belanda telah mendirikan institusi pengajian
tinggi seperti Sekolah Perubatan Stovia. Pada tahun 1901 didirikan pula
sekolah teknik yang petama iaitu Sekolah Queen Wilhelmia. Sejal 1907
lebih banyak sekolah menengah dibina termasuk Sekolah Haiwan 1907,
Sekolah Undang-Undang 1908, Sekolah Perdagangan dan Kelautan Prince
Henry 1911 serta Sekolah Pertanian 1913. Pada tahun 1913 terdapat
7000 buah sekolah kebanyakan sekolah rendah dengan 227 000 murid.
Kesan dari sistem pendidikan ini kemunculan satu golongan elit baru.
Walaupun mereka berpendidikan barat golongan ini tidak mesra dengan
Belanda kerana mereka mengalami diskriminasi. Mereka mengkritik
Belanda.
Pendidikan di Myanmar
British telah memperkenalkan sistem pendidikan barat di
Myanmar. Sekolah-sekolah Inggeris telah ditubuhkan secara berperingkatperingkat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar dan pendidikan dalam bahasa ini amat diperlukan untuk
membantu membentuk sebuah kerajaan yang mantap selain dapat
meningkatkan tamadun Myanmar. Oleh itu, sekolah-sekolah Inggeris telah
memperkenalkan mata pelajaran seperti Ilmu Kira-kira, Asas Geometri,
Astronomi, Ukur tanah dan Sejarah Eropah. Kerajaan British berusaha
mengatasi masalah pelajaran tempatan. British membentuk satu sistem
pelajaran dengan berdasarkan sekolah rahib(monastic). Phayre membawa
masuk banyak buku teks dan guru. Pada tahun 1866 Pengarah Jabatan
Pelajaran Awam telah dilantik untuk mnyelia rancangan sistem pelajaran
ini. Selepas kematiannya rancangan ini tidak diteruskan. Kerajaan
Inggeris kemudian kemudian cuba menggantikan sekolah-sekolah rahib
dengan sekolah moden.
Tambahan pula permintaan terhadap Pendidikan Inggeris amat
menggalakkan dan ia telah membawa perkembangan pesat sekolah-

sekolah vernacular Inggeris. Pada tahun 1880an, sistem pelajaran


keseluruhannya dikaji semula. Sungguhpun terdapat sekolah-sekolah
yang dibiayai oleh kerajaan seperti Regional Government AngloVeenacular School yang diasaskan pada 1873, memang menjadi dasar
Inggeris untuk membina sekolah-sekolah mubaligh. Penubuhan sekolahsekolah ini menyebabkan masyarakat tidak lagi memandang tinggi
kepada golongan sami dan guru-guru tradisional. Mereka tidak lagi
dihormati dan tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
tempatan. Kewujudan sistem pendidikan ini menyebabkan ramai kalangan
masyarakat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan
melahirkan ramai golongan berpendidikan barat.
Pada tahun 1900 terdapat 16 buah sekolah menengah mubaligh
dan 5 buah maktab perguruan. Pelajar-pelajar yang cemerlang dihantar
mengikuti kursus matrikulasi di Universiti Calcutta. Maktab Rangoon telah
didirikan pada tahun 1884 dan berperanan sebagai institusi yang
menyediakan peluang kepada pelajar Myanmar untuk melanjutkan
pelajaran ke Universiti Calcutta di India. Menjelang tahun 1900 sekolah
menengah Inggeris dan sekolah-sekolah kebangsaan Myanmar (sekolah
vernacular) telah banyak dibina. Selain itu British juga menubuhkan
sekolah-sekolah teknikal dan perguruan. Pada tahun 1900 dibawah
pengelolaan jabatan pelajaran, telah terdapat lima buah sekolah bagi
melatih guru-guru di Myanmar.
Pada tahun 1920 disebabkan permintaan yang menggalakkan
daripada masyarakat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi
Universiti Rangoon telah ditubuhkan dan penuntut-penuntutnya diserap
dalam perkhidmatan awam di Myanmar seperti sektor pendidikan dan
kesihatan. Kurun ke-20 menyaksikan satu kenaikan permintaan terhadap
pendidikan Inggeris. Pendidikan di sekolah rahib merosot. Bahasa Inggeris
semakin dipentingkan malah orang-orang Burma terpaksa mempelajari
Bhasa Inggeris untuk menjadi pegawai Kerajaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan sistem pendidikan di keduadua Negara pada bad ke-19 mengalamai banyak perbezaan. Usaha
pendidikan yang dilakukan di kedua-dua negara telah berkaitan dengan
sistem pendidikan Barat telah berjaya melahirkan golongan intelektual
seterusnya turut sama memberi sumbangan besar kea rah kebangkitan
nasionalisme di kedua-dua negara.

SEKIAN. ALL THE BEST FOR ALL STPM CANDIDATES

You might also like