You are on page 1of 13

1.

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya
dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil
sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh
berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian
itu Parameswara berasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan
dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun
sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah,
dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau
Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti
Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.

Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan
disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi
merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Kerajaan Melayu Melaka mempunya wilayah lingkungan pengaruh yang luas. Sempadannya
tidak ditetapkan seperti sempadan moden. Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi terhadap
rakyat sesebuah wilayah. Kedaulatan merujuk kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah atau
raja

1
Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.Bukti ketaatan kepada raja, rakyat
mempertahankan negara. Sultan merupakan pemerintah tertinggi dibantu oleh Bendahara,
Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana yang menjadi tonggak institusi kerajaan

2. KEDUDUKAN GEOPOLITIK MEMPENGARUHI SOSIO-EKONOMI


RAKYAT PADA ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA.

faktor-faktor kemajuan perdagangan di Melaka

Dari segi geografi, Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai di Selat Melaka yang
menjadi tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara Arab-India dan China-
Jepun. Melaka menjadi tempat persinggahan utama pertukaran monsun Timur Laut yang
bertiup pada bulan November hingga April dan angin monsun Barat Daya bertiup pada bulan
Mei hingga Oktober. Melaka yang dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera

2
menjadikan laut Selat Melaka tidak bergelora. Pesisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-api
mengelak hakisan dan perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan.

Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah, bijih timah, emas dan pelbagai hasil
hutan di kawasan pedalaman. Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa dan
Kepulauan Melayu yang lain mempunyai pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan.
Barang-barang ini amat diperlukan sebagai barang dagangan Arab, Parsi, India dan China
untuk dijual kepada pedagang-pedagang asing di tempat lain.

Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan untuk menjaga
kebajikan, keselamatan dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk
urusan perdagangan yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat,
saudagar Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, saudagar Kepulauan Melayu dan saudagar
negeri China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan Melaka menyediakan kemudahan membaiki
kapal, tempat penginapan para pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudang
penyimpanan barang yang selamat.

Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada pedagang asing dan
tempatan. Kemudahan lain turut digunakan seperti piawai timbangan. Pegawai penguatkuasa
dilantik oleh kerajaan Melaka bagi pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secara
adil dan saksama bagi mengelakkan penipuan, penindasan serta diskrimansi. Pedagang-
pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti berlaku semasa
pemerintahan Srivijaya.

Kestabilan politik, pengurusan pelabuhan sistematik dan jaminan keselamatan menyebabkan


saudagar-saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang mereka perolehi
dengan membuat pelaburan di Melaka. Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, India
dan China telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan
perdagangan pemborong. The Suma Oriental menyebut, pada  tiap-tiap tahun, berpuluh-puluh
buah jong pedagang Cina berniaga di pelabuhan Melaka.

3. KEDATANGAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU TELAH MEMBERI IMPAK


KEPADA SOSIO-EKONOMI PENDUDUK MASA ITU.

3.1 Penjajahan Inggeris

3
Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada
pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang
dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran
negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang
Melayu.

Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri


Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja
Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan
oleh kerajaan British.

3.1.1 Punca-punca Kedatangan Inggeris

punca-punca campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.

3.1.2 Impak kedatangan penjajah kepada sosio-ekonomi Tanah Melayu

Penjajahan British merubah landskap ekonomiTanah Melayu dari pertanian sara diri kepada
ekonomi komersil. Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah
mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan
mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan
ladang getah.

4
kesan sosio-ekonomi daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Kesan utama ialah kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Orang Melayu merupakan pribumi Tanah Melayu
yang bergerak dari sekitar Kepulauan Melayu termasuk Indonesia, Selatan Thailand, Indo-
China, dan Mindanao.

Orang-orang Melayu bergerak aktif di dalam Kepulauan Melayu semenjak beribu-ribu tahun
dahulu terutama selepas pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Mereka terdiri daripada suku
Bugis dar Sulawesi, Minangkabau dari Sumatera, dan Jawa dan Pulau Jawa. Mereka terlibat
dalam perdagangan, pertanian dan pentadbiran.

Selepas penjajahan Inggeris, pada abad ke-19, penghijrahan masuk orang Melayu dari
Indonesia semakin meningkat. Mereka diperlukan untuk bekerja di sektor pertanian padi,
kopi, bijih timah dan getah, tetapi tidak kekal kerana dasar diskriminasi penjajah Inggeris.
Orang Melayu amat berpegang teguh dengan ajaran Islam dan setiap pertempatan atau
kampung mereka mesti terdapat surau atau masjid. Malangnya, orang Melayu tersisih dari
arus pembangunan perdana kerana pertempatan mereka yang di pinggiran, tiada infrastruktur
moden, tiada pertanian komersil, hidup sara diri, dan tidak berpendapatan tetap.

Penghijrahan masuk Orang Cina secara beramai-ramai bermula pada abad ke-19, terutama ke
negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka datang dari wilayah-
wilayah selatan China seperti Hainan, Kwangsi, Kwangtung, dan Fukien. Di negara China
terdapat kebuluran, politik tidak stabil, perang saudara, kemiskinan, kebuluran dan pelbagai

5
masalah. Mereka datang melalui sistem tiket kredit, persendirian dan Sistem Kangchu.
Pada abad ke-19, imigran Cina amat diperlukan di sektor perlombongan bijih timah di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan. Pada abad ke-20 mereka diperlukan diperusahaan getah, lada
hitam dan lombong bijih timah. Kemasukan imigran Cina semakin bertambah akibat dasar
imigran yang longgar oleh pentadbiran Britih sehingga tahun 1929.

Pada tahun 1941 orang Cina di Tanah Melayu ialah 43% manakala orang Melayu hanay 41%.
Semasa Perang Dunia Kedua orang Cina ramai pulang ke negara China kerana menganggap
Tanah Melayu hanya tempat mencari kekayaan dan bukan negara tetap yang perlu
dipertahankan dari serangan Jepun.

Orang Cina sangat bertuah kerana ditempatkan di sektor yang amat menguntungkan iaitu di
perlombongan bijih timah dan perladangan komersil lain yang bertaraf antarabangsa.
Pertempatan orang Cina di Tanah Melayu banyak berubah menjadi bandar-bandar baru seperti
Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Klang, Seremban dan Johor Bharu. Mereka
menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur, perumahan, dan pendapatan paling tinggi.
Mereka menjadi anak emas kepada penjajah Inggeris.

Orang India berhijrah masuk secara beramai-ramai pada abad ke-19 dan 20. Kebanyakan
mereka dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara terutama Punjab. Mereka
menghadapi pelbagai masalah di India termasuk kemiskinan, kebuluran, bencana alam,
kemarau dan pemberontakan.

Kemasukan orang India melalui sistem buruh kontrak dan siatem Kangani. Sebahagian
mereka merupakan banduan dan penjenayah yang dibawa oleh British untuk bekerja membina
bangunan awan, jalan raya dan keretapi. Orang India agak beruntung kerana ditempatkan di
kawasan yang disediakan pelbagai kemudahan infrastruktur asas seperti rumah pekerja, jalan
raya, bekalan elektrik, air bersih dan berpendapatan tetap.

Penjajah Inggeris lebih mengutamakan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang diterajui


oleh paderi Kristian. Kebanyakan sekolah Inggeris dibina di Bandar-bandar. Penjajah Inggeris
masih mengekalkan sekolah rendah berdasarkan pengantar bahasa ibunda yang digelar
sekolah venakular. Di peringkat menengah persekolahan Inggeris lebih terjamin
kesinambungannya. Sekolah Cina juga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara dan lebih

6
berasaskan keperluan kaum Cina tempatan dan antarabangsa. Sekolah Melayu sekadar untuk
menjadi petani dan nelayan kecil-kecilan.

3.2 Penjajahan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi
sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada British kepada
pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran
orang-orang Melayu umum iaitu pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang
berkulit putih (British) sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara
Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember
1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada
masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

3.2.1 Kesan Ekonomi semasa penjajahan Jepun

Keadaan ekonomi Tanah Melayu amat merosot dan rakyat berada dalam kemiskinan serta
penderitaan:

i. Akibat tindakan tentera British melancarkan taktik ‘Bumi Hangus’,


menyebabkan berjuta-juta gelen petrol dan minyak bahan bakar
dimusnahkan; infrastuktur seperti limbungan, jambatan, jalan raya, kapal
korek, setor getah dibinasakan; dan, bahan makanan dibiarkan busuk.
Tujuannya supaya tidak terlepas ke tangan tentera Jepun yang mengusasi
Tanah Melayu.

ii. Ekonomi antarabangsa terputus dan tiada aktiviti import dan eksport secara
meluas. Pasaran bijih timah, getah, dan keluaran lain terjejas kerana
pengangkutan sukar didapati. Barang-barang dari Jepun amat terhad dan
terlebih dahulu digunakan untuk keperluan tentera Jepun. Keperluan rakyat
diketepikan.
iii. Kapal tentera Amerika Syarikat dan British sering mengganggu kapal dagang
Jepun. Ini menyebabkan perdagangan di Tanah Melayu semakin terjejas.

7
Bekalan beras dari Burma terputus kerana British menyekatnya. Akibatnya,
segala bekalan makanan amat berkurangan. Orang ramai memakai pakaian
diperbuat daripada guni jut, kain guni gandum atau benang daun nanas.
iv. Keadaan ini menyebabkan rakyat menderita dalam serba kekurangan.
Penduduk terpaksa makan nasi bercampur ubi kayu, keledek dan pisang
sebagai makanan ruji. Penduduk awam Tanah Melayu diancam kebuluran
dan kesengsaraan.
v. Barang-barang amat mahal, inflasi mendadak naik, kerana pemerintahan
Jepun mengeluarkan wang sendiri dan terlampau banyak di pasaran, iaitu
daripada $200 juta di sebelum peperangan kepada $4,000 juta di akhir
peperangan. Barang keperluan dijual di pasar-pasar gelap menyebabkan
harga naik berlipat ganda.
vi. Syarikat-syarikat dari Jepun masuk ke Tanah Melayu seperti Mitsui dan
Mitsubishi. Turut menyertai ialah syarikat kecil seperti Kaisya dan Kumiai.
Bank-bank Jepun ditubuhkan seperti Bank Specie Yokohama Berhad.

3.2.2 Kesan sosial

Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.
Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina yang mencetuskan
pergaduhan kaum.Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA dan bekerjasama dengan
Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.
Selain itu, tahap kesihatan rakyat merosot dan terdedah kepada wabak penyakit. Banyak
nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis. Pembinaan jalan keretapi
maut mengorbankan banyak nyawa. Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu
menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun telah mengancam adat istiadat dan
kebudayaan orang Melayu.

4. PERKEMBANGAN SOSIO-EKONOMI PADA ERA SELEPAS MERDEKA


HINGGA KINI

Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957.
Ketika itu bermulalah pemerintahan sendiri kerajaan Tanah Melayu. Banyak perubahan dan
perkembangan yang berlaku terutamanya dari aspek sosio-ekonomi.

8
Pihak kerajaan berusaha mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi
seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang
seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi
ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri
gantian-import. Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada
pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri
berorientasikan eksport.

4.1 Perancangan Ekonomi Jangka Panjang

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia.


Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British
di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan
Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung
dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada
Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966
hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan
untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

rangka rancangan pembangunan lima tahun

9
4.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia
telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

 mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan


dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum; dan
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun
begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur
apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

4.3 Penyusunan Semula Masyarakat

Sebelum DEB dilaksanakan, didapati bahawa orang Cina menduduki dan menguasai kawasan
perlombongan, bandar besar, perniagaan, perdagangan dan perladangan dengan pelbagai
kemudahan moden termasuk peringkat antarabangsa. Orang India di sektor perladangan dan
pembinaan kerja raya dengan pendapatan tetap dan mendapat kemudahan penempatan dengan
kemudahan asas yang cukup. Tetapi kaum bumiputera tinggal di luar bandar terus tersisih dari
pembangunan moden dan tidak mempunyai kemudahan infrastruktur sempurna bahkan
sebahagiannya tanpa kemudahan asas langsung.

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dan perancangan untuk mengatasi masalah ini
dengan menuyusun semula struktur masyarakat.

a. Kerajaan melaksanakan pemodenan kehidupan di luar bandar dengan meningkatkan


kemudahan asas seperti memperbaiki jalan raya, menyediakan bekalan elektrik,
membekalkan air bersih terutama di kawasan luar bandar. Proses urbanisasi atau
pembandaran ini dapat memberi pelbagai kemudahan dan kemajuan terhadap
penduduk luar bandar terutama bumiputera yang dianak tirikan oleh penjajah.

10
b. Pihak kerajaan mengambil langkah menggalakkan pelaburan asing masuk dalam
membangunkan sektor pertanian secara besar-besaran terutama yang telah
dimajukan oleh penjajah. Sektor pertanian ladang seperti getah, kelapa sawit, koko
dan kelapa merupakan tanaman komersil yang mendapat pasaran antarabangsa.
Kerajaan menggalakkan bumiputera untuk menjadi sebahagian pekerja di sektor
perladangan tersebut terutama alam bahagian pengurusan.
c. Di samping itu, kerajaan khususnya di bawah agensi tertentu terutama MARA
menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang menjalinkan kawasan luar bandar
dengan bandar. Langkah ini dapat mendedahkan penduduk luar bandar dengan
pembangunan di tempat lain, interaksi yang lebih terbuka, pergerakan meluas dan
membawa barang perniagaan ke bandar-bandar.
d. Menggalakkan bumiputera dalam perdagangan di bandar bersama-sama kaum lain.
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA- Urban Development Authority) telah
membina kedai perniagaan, perumahan, dan membangunkan kawasan bandar.
Kerajaan menggalakkan bumiputera untuk mencari peluang pekerjaan di bandar dan
membina penempatan di bandar-bandar baru yang dibangunkan oleh pihak kerajaan
dan pembangunan ekonomi negeri.
e. Dalam memajukan pertanian sawah padi, kerajaan telah membina projek pengairan
besar-besaran seperti Projek Pengairan Sungai Muda di Kedah, Projek Kemubu di
Kelantan dan Projek Krian – Sungai Manik di Perak. Pengairan yang cukup ini
membolehkan petani menanam padi dua kali setahun. Petani mendapat harga yang
berpatutan melalui penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).
f. Negara mengubah strategi lebih drastik dalam pembangunan mula tahun 1980-an di
bawah kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pembangunan negara lebih
berorientasikan ’perindustrian’ termasuk sektor pertanian. Pada tahun 1982,
dilancarkan Dasar Pertanian Negara bertujuan meningkatkan kepentingan sektor
pertanian dari segi sumbangannya kepada ekonomi negara. Dasar ini diharapkan
dapat meningkatkan pendapatan daripada kegiatan pertanian, perikanan dan
ternakan.
g. Pihak kerajaan melancarkan projek Mini Estet iaitu penggabungan kawasan kecil di
bawah satu penyeleggaraan dan pemantauan seseorang pegawai sebagai penasihat di
bawah agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, dan MARDI. Tumpuan
adalah di kawasan luar bandar dan pekebun kecil terutam tanaman getah, kelapa,
koko dan kelapa sawit.

11
h. Kerajaan menubuhkan kawasan perindustrian moden bertaraf antarabangsa termasuk
Kawasan Perdagangan Bebas seperti Bayan Lepas Pulau Pinang. Barang-barang
yang keluarkan di kawasan ini tidak dikenakan cukai. Tetapi barang keluarannya
hanya dipasarkan di luar negara sahaja.
i. Bagi menjayakan rancangan industri berat, pada tahun 1980, kerajaan telah
menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM). Di antara
projek HICOM ialah industri membuat simen dikendalikan oleh Kedah Cement
Sendirian Berhad.
j. Kerajaan menubuhkan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON)
untuk mengeluarkan kereta nasional pertama yang terletak di kawasan perindustrian
Batu Tiga, Selangor. Pelbagai model dikeluarkan dan mendapat pasaran yang amat
menggalakkan dalam dan luar negara. Kejayaan pertama ini telah merintis kepada
penubuhan Kilang Kereta Kedua, iaitu PERODUA terletak di Rawang Selangor.
k. Bagi mengagihkan modal yang seimbang antara sektor perniagaan dan
perindustrian, kerajaan telah menubuhkan Yayasan Pelaburan Bumiputera yang
kemudiannya dikenali sebagai Permodalan Nasional Berhad (PNB). Demi
mempercepatkan pencapaian kerajaaan menubuhkan Amanah Saham Nasional
(ASN) pada tahun 1981. Skim saham ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
bumiputera mendapatkan pemilikan sebahagian daripada saham terkemuka dalam
mencapai pengagihan yang adil tanpa mengambil hak kaum bukan bumiputera.
l. Kesungguhan kerajaan dalam melibatkan perancangan pembangunan ekonomi
negara bertaraf antarabangsa ialah dengan penubuhan Perbadanan Petroleum
Nasional (PETRONAS). Perbadanan ini mendapat hak asas untuk mencarigali
petroleum di Malaysia bersama syarikat minyak antarabangsa lain di dalam dan luar
negara. Pada masa ini PETRONAS telah terlibat dengan perancangan dan kegiatan
carigali minyak di Afrika, Timur Tenga, China dan negara-negara Balkan
berhampiran Russia.
m. Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ditubuhkan untuk
mewujudkan kerjasama antara kerajaan dan swasta terutama dalam pembangunan
sektor perindustrian dan perkhidmatan mega. Dalam dasar ini, negara Malaysia
dianggap sebagai sebuah syarikat. Kerajaan dan swasta menjadi pemilik bersama.
Rakyat sebagai kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik dan pekerja
dalam Syarikat Malaysia. Perkembangan ekonomi yang dibangunkan bersama akan
memberi keuntungan kepada semua pihak iaitu kerajaan, swasta dan rakyat.

12
n. Dasar Penswastaan Negara dilancarkan bertujuan untuk memindahkan perkhidmatan
dan perusahaan kerajaan kepada pihak swasta. Di antaranya ialah penswastaan
Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad – STMB, Lembaga
Letrik Negara (LLN) kepada Tenaga Elektrik Negara Malaysia Berhad (TNB),
Penyiaran TV3, Kontena Pelabuhan Klang, dan Jabatan Perkhidmatan Pos.
o. Di samping itu, agensi kerajaan negeri-negeri mempelbagaikan perancangan dan
kegiatan ekonomi seperti membangunkan kawasan perindustrian di setiap negeri,
pembinaan bandar baru, membina semula bandar lama, dan memajukan sektor
pembinaan. Kerajaan negeri juga melaksanakan pelbagai projek pembangunan
ekonomi kecil dan sederhana termasuk yang berpotensi pasaran luar negara.
p. Pihak kerajaan menggiatkan pembangunan infrstruktur seperti lebuhraya Utara
Selatan menghubungkan Bukit Kayu Hitam di Kedah dengan Johor Bharu,
lebuhraya Timur Barat menghubungkan Grik di Perak dengan Jeli di Kelantan,
lebuhraya Pantai Timur menghubungkan Gombak dengan Kuantan, dan lebuhraya
di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Dibina juga lebuhraya jarak sederhana
dan jarak dekat terutama di kawasan bandar utama, laluan perdagangan dan kawasan
perindustrian. Ini temasuklah Lebuhraya Persekutuan menghubungkan Kuala
Lumpur dan Klang, Lebuhraya Shapadu menghubungkan Kuala Lumpur-Shah Alam
dan Pelabuhan Klang Utara, dan Lebuhraya KLIA menghubungkan Kuala Lumpur
dan KLIA Sepang.
q. Demi memastikan kepesatan negara berterusan, perkhidmatan cekap dan rangkaian
komunikasi menyeluruh, pihak kerajaan turut mengistiharkan budaya Teknologi
Maklumat. Pelabagai usaha dilaksanakan terutama penubuhan Multimedia Super
Corridor (MSC) bertujuan menghubung dan mengaitkan negara dan rakyat negara
ini dengan rangkaian era globalisasi negara maju dan negara membangun.

5. KESIMPULAN

Negara Malaysia telah melalui pelbagai proses untuk berada pada tahap sekarang. Bermula
dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Inggeris dan Jepun dan kini
kemerdekaan. Justeru itu, banyak kesan dan perubahan yang berlaku kepada Malaysia
terutamanya daripada aspek ekonomi dan sosial rakyatnya. Menjadi harapan seluruh rakyat
Malaysia supaya beroleh pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

13

You might also like