You are on page 1of 1

1)Merupakan gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk

Persekutuan. Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unitpentadbiran
yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri . Selain itu , Residen Jeneral sebagai ketua
pentadbiran persekutuan. Seterusnya , Raja-Raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam
semua perkara kecuali agama. Ciri yang lain ialah Islam dan adat istiadat Melayu. Bukan ityu sahaja,
Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NNMB dan NNMB juga dikenali sebagai Pesekutuan 1896.

2)Faktor pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu ialah bagi menyeragamkan pentadbiran


kerana Pentadbiran di negeri-negeri ini tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri.
Bukan itu sahaja, kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang dan British perlukan pentadbiran
cekap untuk memudahkan eksploitasi ekonomi.Selain itu, faktor kedua ialah bagi mengatasi
kelemahan sistem residen kerana tiada garis panduan yang jelas . Residen semakin berkuasa dalam
Majlis Mesyuarat Negeri serta Raja dan pembesar tidak puas hati kerana hilang kuasa dalam
pentadbiran dan pungutan cukai. Faktor ketiga ialah bagi menjamin keselamatan negeri. Hal ini
membolehkan penggabunggan NNMB mempunyai pasukan keselamatan sendiri dan dapat menjaga
keamanan tanpa bantuan luar. Akhir sekali , pembentukkan negeri-negeri Melayu bersekutu dapat
menangani masalah kewangan Pahang . Akibat penggabungan negeri-negeri yang kaya, hal ini dapat
membantu beban kewangan Pahang.

Sebagai pemimpin sesebuah Negara, langkah yang boleh saya lakukan untuk menghalang campur
tangan asing di Negara kita ialah saya mempertahankan perpaduan negara melalui kerjasama
antara rakyat yang berbilang kaum supaya negara sentiasa aman. Selain itu saya juga akan
menjadi Pemimpin yang berilmu pengetahuan baik kerana dapat menerajui negara dengan baik. Saya
juga akan bijak mengambil Tindakan sebelum melaksanakan sesuatu perubahan kepada negara kita.
Selain itu, saya juaga tidak akan membenarkan kuasa asing untuk campur tangan dalam pentadbiran
negara kita. Saya juga akan menyedarkan rakyat Malaysia dengan mengadakan beberapa aktiviti yang
dapat memupuk rasa cinta akan negara serta dapat memupuk kedaulatan
negara.

You might also like