You are on page 1of 3

BAB 4: PEMBINAAN

NEGARA DAN BANGSA


MALAYSIA
oleh: CHANG HUI KIE
CHEN VINCY
CHIA YEW KIT
GRACE FOO
TAN SHIANG WENG
4.1 MALAYAN UNION
Sebab-sebab Pengenalan Malayan Union
i. Persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan
sendiri.
ii. Untuk menwujudkan pentadbiran yang licin, tiga unit pentadbiran yang
berbeza telah disatukan, iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB).
iii. Untuk menjimatkan kos pentadbiran kerana pentadbiran berasingan
menelan kos yang tinggi mendorong penyatuan sistem pentadbiran
sedia ada.
iv. Berhasrat membentuk bangsa MU yang dapat melupakan negara asal
masing-masing dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
v. Dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan
ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
vi. Dapat menjamin penguasaan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
secara berterusan dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
• Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan.
• Diketuai seorang Gabenor British yang dilantik oleh Baginda
Ratu England.
• Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
• Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai
pelabuhan bebas.
• Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli mejadi
asas kerakyatan Malayan Union.
• Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu dan
hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
• Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua
pentadbir.

You might also like