You are on page 1of 20

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, murid-murid akan dapat;


 Menyenaraikan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan.
 Menyatakan cirri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946.
 Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union.
 Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
 Menjelaskan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 Mengenal pasti tokoh-tokoh yang terlibat dalam Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
1948.

PENGENALAN

Modul ini membincangkan pengenalan Malayan Union menyedarkan orang tempatan tentang
maksud penjajahan yang sebenar. Mereka bangun menentang Malayan Union untuk
menyelamatkan bangsa dan menggunakan pendekatan sederhana. Persekutuan Tanah Melayu
terbentuk dengan menjadikan system politik tempatan sebagai teras pembinaan negara dan
bangsa.

PETA KONSEP

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

MALAYAN PERSEKUTUAN PERGERAKAN


UNION TANAH MELAYU POLITIK DI
SARAWAK DAN
SABAH
Sebab-sebab Pengenalan Faktor-faktor pembentukan
Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu
Sarawak
Ciri-ciri Perjanjian Langkah-langkah
Malayan Union 1946 pembentukan Persekutuan Rukun Tiga Belas
Tanah Melayu
Reaksi terhadap Malayan
Union Perjanjian Persekutuan Tanah Sabah
Melayu 1948
Tindakan orang Melayu Persatuan sosioekonomi
menentang Malayan Tokoh-tokoh Penggerak bersifat sederhana
4.1 MALAYAN UNION
Union Persekutuan Tanah Melayu
1
 Merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Penerimaan British seawal penjajahan terhadap Tanah Melayu

Negeri Melayu Adat istiadat Melayu

Raja Melayu Agama Islam

Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Bahasa Melayu


Melayu

SEBAB-SEBAB PENGENALAN
MALAYAN UNION

Persediaan membentuk Membentuk bangsa


kerajaan sendiri Malayan Union

Melahirkan pentadbiran Menjimatkan kos


yang licin pentadbiran

Mengawal kuasa politik


orang Melayu

Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

2
British menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos.

Sebelum Perang Dunia Kedua- Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran
yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri2
Melayu Tidak Bersekutu - menelan kos yang besar dan pembangunan ekonomi di
setiap negeri tidak seimbang.

Hasrat British membentuk membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan


pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada
Malayan Union.

British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi
Tanah Melayu tidak terbantut.

British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah
Melayu.

Ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION


1946

Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri
Selat disatukan.

Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu


England akan mengetuai Malayan Union.

Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan
Union..

Raja-Raja Melayu menjadi


Seorang Pesuruyjaya Negeriahli Majlis
dilantik Raja-Raja
bagi Melayu
setiap negeri yangketua
sebagai hanyapentadbir.
membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu.

3
Kerakyatan Malayan Union
Jus Soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada
sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10
hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan.
Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak
warganegara di atas turut diberikan kerakyatan.
Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya boleh menjadi rakyat
Malayan Union.

Sistem Pentadbiran Malayan Union

Parlimen British

Gabenor Malayan
Union

Majlis Undangan
Majlis Eksekutif Malayan Union Majlis Raja-Raja
Malayan Union Melayu

Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya


Negeri Kelantan Negeri Perlis Negeri Negeri Kedah Negeri Pahang
Terengganu

Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya Pesuruhjaya


Negeri Pulau Negeri Selangor Negeri Perak Negeri Melaka Negeri
Pinang Sembilan

Pesuruhjaya Negeri Johor

 Dari segi pentadbiran – Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang
dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat.

4
 Pentadbirannya terus kepada Parlimen British di London.

 Konsep pentadbiran baru ini telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.

Kerajaan Malayan Union


Diisytiharkan pada 1 April 1946

Tempat King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur

Gabenor Pertama Sir Edward Gent

Menggantikan Pentadbiran Tentera British / British Military


Administration (BMA)

Maklumat (1) – Kamus Dewan


Status quo ­ status quo (Latin) keadaan

sebagaimana yang sedia ada

tanpa dibuat sebarang perubahan.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Menentang Malayan Union

 Sebab-sebab penentangan Malayan Union;

Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut


Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya
enggan menerima Malayan Union (seperti Sultan Badlishah, Kedah)

Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri (seperti yang berlaku kepada Sultan Perak)

Terdapat sultan menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan
kepada British (sepertii Sultan Selangor dan Sultan Johor)

 Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja


Melayu dalam Malayan Union.
 Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
5
tanpa sebarang kuasa.
 Hilang takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Kedudukan Raja-
Raja Melayu

 Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.


Pemungutan zakat  Ini kerana Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan
fitrah Union walau pun soal agama Islam terletak di tangan sultan.

 Orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar


Pemberian kepada orang dagang.
kerakyatan  Ini kerana, dasar tersebut akan mengancam status quo orang
Melayu sebagai peribumi.
 Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil manakala ekonomi dan
pendidikan mereka akan bertambah mundur.

 Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang


telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu
Melaka (KMM).
Warisan tamadun
 Bagi orang-orang Melayu, pengenalan Malayan Union akan
menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut.
 Justeru, kebanyakan orang Melayu menentang dengan menentang
Malayan Union dengan mengadakan demonstrasi secara besar-
besaran.

Menyokong Malayan Union

Orang dagang Golongan Melayu radikal Pertubuhan Parti Politik

6
Bersetuju

 Dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan
pentadbiran.

 Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak
 s perlindungan kepada orang Melayu.

 Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka kerana mereka boleh


mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.

 Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu..

 Pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan system


feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Parti Kebangsaan
Melayu . Melayu Malaya
(PKMM)
 Konsep Republik di Indonesia dapat dijalankan dan konsep
Melayu Raya dapat dilaksanakan.

Angkatan Pemuda Insaf (API)


Lain-lain
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

Barisan Tani Malaya (BATAS)

 Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana
hal ehwal pentadbiran Islam dipermudah.

 Pegawai Tadbir Melayu menyokong kerana British merupakan kuasa besar dan
mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu..

Tindakan orang Melayu menentang Malayan


Union

Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah
menyuarakan bantahan secara berterusan.
7
Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold
MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu,
Kelantan, dan di Alor Setar, Kedah.

Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union.


Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu berkongres dan
menubuhkan United Malays Organization (UMO) sebagai benteng menentang Malayan
Union.

Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.

Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.

Kongres Melayu kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah
pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukkan
bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Reese
Williams.

Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk
menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

 Dibentuk pada 1 Februari 1948


 Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Perjanjian Malayan
Union.

8
 Sebab perjanjian diadakan – hasil desakan orang Melayu yang menuntut British supaya
mempertimbangkan pendapat dan kehendak mereka dalam sebarang perubahan politik di
Tanah Melayu.
 Kepentingannya - menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajahan British
terhadap Tanah Melayu.

Ketegasan orang Melayu membantah Perpaduan orang Melayu daripada


Malayan Union semua golongan
(di bawah pimpinan Dato’ Onn (golongan raja dan rakyat)
Ja’afar)

Sikap politik Melayu yang sederhana UMNO tidak menuntut kemerdekaan


(hanya menulis dalam akhbar, – hanya menuntut rundingan untuk
berdemonstrasi, berkongres dan menolak Malayan Union.
memujuk Raja-Raja Melayu untuk
menyokong)

Sokongan Pegawai-Pegawai Tinggi Gesaan Piagam Atlantik 1945 –


British; Faktor-faktor dikeluarkan oleh PBB;
 Sir Malcolm Macdonald Pembentukan  tidak menggalakkan
 Sir Edward Gent Persekutuan penjajahan baru
 L.D Gammans TM  meminta negara-negara
kolonial memberikan latihan
Membantu orang tempatan berkerajaan sendiri kepada
menggantikan Malayan Union dengan penduduk tempatan
Persekutuan Tanah Melayu.

Sokongan bekas pegawai-pegawai British – bekas


pegawai yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
sebelum PD2 ;
 Sir Frank Swettenham
 Sir R.O Winstedt
 Sir George Maxwell
 Sir Cecil Clementi
(tolak dasar menakluk TM

Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah


Melayu

 Tubuhkan sebuah jawatankuasa – Jawatankuasa Eksekutif


 Anggota – 12 orang ahli
 Terdiri daripada ;
i) Pegawai kanan British 9
ii) Pemimpin UMNO
iii) Wakil Raja-Raja Melayu
 Mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur.

5 tuntutan orang Melayu

Prinsip MU Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan
Union
Persekutuan Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
Kerakyatan Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union

Dasar Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri Negeri Melayu dan orang
perlindungan Melayu dipulihkan
Raja-Raja Menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu
Melayu diakui semula

Menubuhkan
Reaksi orang Dagang dan Golongan Radikal melayu

 Menentang perundingan tersebut.


 Berpendapat bahawa – Jawatankuasa Eksekutif itu tidak diwakili semua pihak kerana tidak
disertai oleh seorang pun perwakilan orang dagang.
Pada awal tahun 1947
Menuntut

Tujuan

Konsep sebuah republik Kemerdekaan penuh

Tindakan mereka

Majlis Tindakan Bersama Seluruh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)


Malaya (AMCJA)

Reaksi British

10
Mengadakan pelbagai tindakan Menentang
seperti BritishMencadangkan
dan UMNO sebuah perlembagaan
ceramah potik, demonstrasi dan mogok iaitu Perlembagaan Rakyat
Bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka
dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan Rakyat
1947
1 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.
Singapura

2 Kerajaan Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih.


Pusat

3 Raja-raja Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan


Melayu bertanggungjawab kepada rakyat.

4 Kedudukan Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan.


orang Melayu

5 Adat dan Adapt istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.

11
agama Islam

6 Kerakyatan Kerakyatan yang sama rata.

7 Merah dan Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu.
putih

8 Bahasa Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Melayu

9 Pertahanan Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab
bersama British dan Tanah Melayu.
10 Warganegara Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

 Ditandatangani pada 21 Januari 1948


 Antara Raja-Raja Melayu dengan British.
 Tempat – King’s House, Kuala Lumpur.
 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasmi pada – 1 Februari 1948

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

1 Persekutuan Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

2 Ketua Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

3 Konsep Raja Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.

4 Senarai Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

5 Kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang


istimewa OM Melayu.

Sistem Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948

12
Pesuruhjaya Tinggi Majlis Raja-Raja

Majlis Majlis Perundangan


Eksekutif PTM PTM
Sultan Negeri

Menteri Besar

Majlis Eksekutif Majlis Perundangan


Negeri Negeri

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga menjelaskan perkara-perkara berikut;

 Syarat kerakyatan - diperketatkan


 Prinsip kerakyatan jus soli untuk – Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu dan Rakyat
British bagi Negeri-negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang).
 Rakyat Raja Melayu – orang Melayu yang lahir di sesebuah Negeri Melayu itu ialah rakyat
negeri tersebut secara automatik.
 Rakyat British – mereka yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka.

 British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu. .

 Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam
pentadbiran.
 Setiap negeri Melayu telah mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British.
 Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga
hari ini.

Maklumat (2) – Kamus Dewan

Ketuanan – Hak menguasai/ memerintah


sesebuah negeri/ daerah. ATAU Kedaulatan.

Tokoh-tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu

13
 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 – melibatkan;
i) Pemimpin tempatan
ii) Pihak British
iii) Raja Melayu
iv) Pemimpin UMNO

Raja-Raja Melayu

 Raja Melayu yang terlibat seramai 9 orang


 Antara sultan yang bersuara tegas ialah;
i) Sultan Badlishah (Kedah) Menuntut – kuasa-kuasa
ii) Sultan Abdul Aziz (Perak) Raja-Raja Melayu
iii) Sultan Ibrahim (Johor) dikembalikan seperti
sebelum tahun 1941

 Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan.
 Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta
perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.

Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan

 Diwakili oleh para pembesar yang bertindak sebagai penasihat kepada raja masing-masing.
 Sebahagian daripada mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 Mereka bersama-sama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British supaya
melindungi kepentingan orang Melayu berserta Raja-Raja Melayu..

 Hasil dan kesannya;


i) Prinsip-prinsip politik
ii) pentadbiran
Berjaya dimasukkan ke dalam
iii) Agama Islam
Perjanjian Persekutuan TM 1948
iv) Bahasa Melayu
v) Pengekalan institusi Raja Melayu

 Antara tokoh tersebut termasuklah;


i) Dato’ Onn Ja’afar (Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
ii) Dato’ Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan)

Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah

 Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British..

14
 Di Sarawak dan Sabah – dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak.

Masalah / kepincangan di Sarawak

 Keturunan James Brooke dan SBUB telah menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada
kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota.
.
 Vyner Brooke (Raja terakhir Sarawak) telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
disebabkan beberapa alasan. Antaranya termasuklah beliau telah tua dan uzur.

 Anthony Brooke – didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.


 Vyner Brooke menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar
Sarawak.
 Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8
Februari 1946.

Reaksi rakyat Sarawak

 Tindakan tersebut dibantah oleh beberapa orang pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
 Antaranya;
i) Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (ketua masyarakat Melayu Menentang kerana –
Sarawak) perkara tersebut
ii) Persatuan Melayu Sarawak (PMS) bercanggah dengan
iii) Persatuan Dayak Sarawak (PDS) Perlembagaan 1941

 Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-
ketua mereka.
 Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi sokongan anggota
bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diisytiharkan
sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946.

 Beberapa pertubuhan parti politik Sarawak telah menentang perisytiharan tersebut secara
terbuka. Antaranya;
i) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
ii) Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iii) Barisan Pemuda Melayu (BPM)

 Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemoonstrasi dan menghantar surat
bantahan kepada kerajaan British.

 Reaksi British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberikan amaran bahawa
tindakan akan diambil terhadap kakitangan awam yang terlibat..

15
 Kesannya – seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda
bantahan..

 Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak


Rukun Tiga
Belas  Kepentingannya – sebagai tindak balas terhadap tekanan politik British.

 Sir Duncan Stewart (Gabenor Sarawak) yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi
semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
 Tindakan British terhadap Rosli Dhobi – menghukum gantung Rosli Dhobi dan tiga orang
lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut..

Masalah / kepincangan di SABAH

 Terdapat beberapa persatuan politik di Sabah, antaranya;


i) Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Persatuan sosioekonomi
ii) Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) yang bersifat sederhana
iii) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton

 Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk oleh British pada tahun 1946, tidak terdapat
tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan, malah pada tahun 1951,
persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja..

Maklumat (3) – Buku Teks (m/s 110)


Perlembagaan 1941 –
 Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak
 Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada
Sarawak dan kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri
 Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak.

- Sukatan Bab 4 tamat -

UJI PEMAHAMAN MINDA

LATIHAN 1

16
a. Bilakah Malayan Union diperkenalkan?

1 April 1946

b. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Malayan Union diperkenalkan.

i) Persediaan membentuk kerajaan sendiri


ii) Membentuk bangsa Malayan Union
iii) Melahirkan pentadbiran yang licin
iv) Menjimatkan kos pentadbiran
v) Mengawal kuasa politik orang Melayu

c. Apakah yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union?

Prinsip Jus Soli

d. Nyatakan sistem pentadbiran yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.

Pentadbiran Tentera British / British Military Administration (BMA)

UJI PEMAHAMAN MINDA

LATIHAN 2

17
1) Bilakah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

1 Februari 1948

2) Apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?

Menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajahan British terhadap Tanah


Melayu.

3) Apakah faktor yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah


Melayu?

UMNO dan Raja-Raja Melayu hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan
Union / Tidak menuntut kemerdekaan.

4) Lengkapkan sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 berikut;

Sistem Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pesuruhjaya Tinggi Majlis Raja-Raja

Majlis Majlis Perundangan


Eksekutif PTM PTM
Sultan

Menteri Besar

Majlis Eksekutif Negeri Majlis Perundangan


Negeri

LATIHAN 3

1)
 Merupakan Presiden UMNO
 Menjadi Pegawai Tadbir Johor
 Merupakan Menteri Besar Johor

Senarai di atas merujuk kepada

18
A Onn Ja’afar
B Hamzah Abdullah
C Nik Ahmad Kamil
D Tunku Abdul Rahman

Jawapan : A

2) Senarai di bawah merujuk kepada golongan yang menentang Perundingan Jawatankuasa


Eksekutif

 Orang Dagang
 Golongan Radikal Melayu

Mengapakah mereka berbuat demikian?

A Tiada perwakilan
B kedudukan terancam
C tidak diberi keistimewaan
D kerakyatan diperketat

Jawapan : A

3) Rajah di bawah berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan oleh gabungan AMCJA-
PUTERA

 AMCJA Perlembagaan Rakyat


 PUTERA 1947

Antara cadangan yang terkandung dalam perlembagaan di atas ialah…

I Kerakyatan yang sama rata


II Penyertaan Singapura dalam persekutuan
III Pemulihan kedudukan istimewa orang dagang
IV Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Jawapan : A

19
4) Rajah di bawah merupakan salah satu syarat yang termaktub dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Rakyat Raja Melayu

Orang Melayu yang lahir di sesebuah negeri Melayu itu ialah


rakyat negeri tersebut secara automatik.

Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan bahawa British….

I Mengakui ketuanan Melayu


II mengiktiraf perundangan Melayu
III mengutamakan pendidikan Melayu
IV menjaga status quo negeri-negeri Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Jawapan : B

20

You might also like