You are on page 1of 5

NASKAH GURU

BAB ENAM : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Objektif Pembelajaran.

 Menyenaraikan faktor-faktor penubuhan Malaysia


 Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia
 Menyatakan intipati perjanjian Malaysia 1963

Pengenalan.
 Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kepada
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu
 Usaha membentuk Persekutuan Malaysia telah menimbulkan pelbagai
reaksi namun ia dapat ditangani melalui pelbagai usaha dan akhirnya
Pembentukan Malaysia diterima apabila Perlembagaan Malaysia 1963
digubal.

Peta Konsep

PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA


MALAYSIA

FAKTOR PEMBENTUKAN PERJANJIAN


PENUBUHAN MALAYSIA MALAYSIA 1963
MALAYSIA

1) Politik 1) Langkah-langkah 1) Intipati Perjanjian


2) Ekonomi pembentukan Malaysia Malaysia 1963
3) Sosial

Maklumat (1) Buku Teks Maklumat (2) Buku Teks


AKTA MALAYSIA HARI MALAYSIA
-Akta memperuntukan pengabungan negeri- - Hari peristiharan pembentukan
negeri berkenaan yang seterusnya yang Malaysia pada 16 September 1963
dinamai Malaysia. yang menggabungkan Semenanjung
Malaysia, Sabah, Sarawak dan
Singapura.
FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Faktor pembentukan Malaysia


1.Politik

- Kebangkitan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew(PAP).dan
boleh menggugatkan pemberian kemerdekaan kepada Singapura.
-Persekutuan Tanah Melayu juga berpengalaman dalam membenteras komunis, CCO pula
bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
- Penubuhan Malaysia juga mempercepatkan proses kemerdekaan.
- Penubuhan Malaysia juga proses dekolonisasi British keatas negeri-negeri kecil.

2.Ekonomi

-Pembentukan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang lebih luas dan menggalakkan
pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi akan dapat manfaatkan keistimewaan sumber-
sumber yang ada.

3. Sosial.

- Pembentukan Malaysia mengimbangkan kadar pertumbuhan kaum di negeri-negeri anggota


dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei.
- Pembentukan Malaysia juga dapat menyegerakan proses kemerdekaan negara anggota
seperti Sabah dan Sarawak
- Kerjasama dan semangat setia kawan juga antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, dan
Sarawak

Maklumat (3) Buku Teks


DEKOLONISASI
-Langkah kearah membebaskan tanah
jajahan/kearah berkerajaan sendiri.
LANGKAH – LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA.

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum.(JPPK)


 Ditubuhkan di Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald
Stephens.
 Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan
Malaysia, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan kearah
pembentukan Malaysia.
 Jawatankuasa
Gumpulkan pan ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali iaitu di Jesselton(Sabah),
Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura

2. Suruhanjaya Cobbold.
 Disertai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir
David Watherston.
 Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato’Wong Pow Nee dan Tan
Sri Ghazali Shafie.
 Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan
kepada pihak British.

3.Jawatankuasa Antara Kerajaan.


 Telah ditubuhkan pada Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil Persekutuan Tanah
Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak.
 Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne iaitu Menteri Negara Tanah Jajahan dibantu
oleh Tun Abdul Razak
 Jawatankuasa ini memgunjungi Sabah dan Sarawak untuk menerangkan penubuhan
Malaysia, dan telah bermesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia
 Jawatankuasa ini juga turut berbincang mengenai hak dan kepentingan penduduk Sabah
dan Sarawak
4. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu(PBB)
 Perwakilan Malaysia ke PBB telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U
Thant dan telah menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat
bersama 7 wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun
dan Republik Arab Bersatu untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan
mendapati majoriti rakyat di negeri tersebut bersetuju menyertai Persekutuan
Malaysia.

INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Semua hal ehwal luar adalah tanggungjawab Agama Islam agama Persekutuan kecuali di
Kerajaan Persekutuan. Sabah dan Sarawak

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perwakilan Parlimen,Sarawak


kecuali Sabah,Sarawak bahasa Inggeris diperuntukkan 24 kerusi, Sabah 16 kerusi
sehingga 10 tahun dan Singapura 15 kerusi.

Kuasa mengawal hal imigresen dan Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat
perkhidmatan awam diserah kepada Sabah taraf sama dengan Orang Melayu di
dan Sarawak sendiri. Persekutuan Tanah Melayu.
SOALAN STRUKTUR BAB 6.

1. Februari
SU 1962 SURUHANJAYA COBBOLD

a. Berikan dua tokoh British yang menjadi ahli Suruhanjaya Cobbold.


i.........................................................................
ii........................................................................

 Jawapan : Lord Cobbold, Sir Anthony Abbell, Sir David Watherston.

2. Siapakah dua tokoh tempatan yang menyertai Suruhanjaya:


i.........................................................................
ii........................................................................

 Jawapan: Dato’Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.

3. Berikan dua faktor politik yang membawa kepada Penubuhan Malaysia

i.........................................................................
ii........................................................................

Jawapan
--kebangkitan barisan sosialis
Ancaman Komunis
--mempercepatkan
Mempercepatkanproses
proseskemerdekaan
kemerdekaan..

4. Apakah faktor utama dari segi sosial yang diambil kira dalam penubuhan Malaysia
……………………………………………………
Jawapan
- mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
5. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang telah diterima dan
dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Nyatakan intipati Perjanjian Malaysia
1963.
(i) …………………………………………………………………………...
(ii) …………………………………………………………………………..
(iii) ………………………………………………………………………….
(iv) ……………………………………………………………………….....
Jawapan
- Agama Islam agama Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak
- Semua hal ehwal luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kecuali Sabah,Sarawak bahasa Inggeris
sehingga 10 tahun
- Perwakilan Parlimen,Sarawak diperuntukkan 24 kerusi,Sabah 16 kerusi dan Singapura
15 kerusi

You might also like