You are on page 1of 19

1

BAB TIGA

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, murid-murid akan dapat;


 Menerangkan latar belakang pembinaan negara dan bangsa.
 Mengenal pasti asas negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
 Membandingkan sistem pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang diwarisi daripada
Kesultanan Melayu Melaka.

PENGENALAN

Modul ini membincangkan kesedaran pembinaan bangsa dan negara di Malaysia yang
diperjuangkan oleh tokoh-tokoh nasionalis tempatan. Sebelum para pelajar memahami proses
pembinaan negara dan bangsa di Malaysia, para pelajar akan didedahkan terlebih dahulu
dengan konsep umum yang perlu difahami iaitu konsep negara bangsa (nation state) serta
negara dan bangsa.

PETA KONSEP

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Latar belakang Kesultanan Melayu Warisan Negeri-Negeri


Pembinaan Negara dan Melaka – Asas Melayu
Bangsa Pembentukan Negara
Bangsa

Johor – Undang-undang
Pembinaan Negara dan Ciri-ciri Negara dan Tubuh Kerajaan Johor
Bangsa Bangsa dalam Kesultanan
Melayu Melaka
Kelantan – Sistem
Ciri-ciri Negara dan Jemaah Menteri
bangsa
Terengganu – Undang-
Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu (Ittiqan-
Ilmuluk Bi-Ta’dil il-
Suluk)

Negeri Sembilan –
Prinsip Demokrasi dan
Persekutuan

1
2

Panduan Menggunakan Modul Latihan

1. Sediakan Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima


2. Buka Bab Tiga dengan Tajuk KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA (halaman 63)
3. Baca dengan teliti setiap ayat dalam perenggan buku teks berkenaan.
4. Soalan dalam modul ini adalah berturutan berdasarkan perenggan dalam buku
Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima
5. Nota Rujukan - h- halaman/muka surat, b- baris ayat

BAB TIGA

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

JAWAPAN

1. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kemunculan sesebuah kerajaan adalah disebabkan

adanya raja.

2. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa.

3. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan

rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.

4. Sebagai balasan, rakyat akan menerima dan mengakui kekuasaan raja.

5. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan kerajaan dan atau

wilayah yang diperintah oleh raja berkenaan.

6. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah untuk

mengembangkan empayarnya.

7. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut,

negeri Bernam, dan negeri Krian.

8. Setelah British campur tangan di Tanah melayu, British merujuk setiap kerajaan Melayu

sebagai negeri.

2
3

9. British menetapkan sempadan setiap kerajaan yang mengakibatkan konsep kerajaan luput

dan digantikan dengan konsep negeri.

Pembinaan Negara dan Bangsa

1. Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah

yang tercetus di Barat ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang kemerdekaan

Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.

2. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan

negara bangsa moden.

3. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan, rumpun bangsa bagi

menggantikan bentuk negara feudal. Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap

bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16.

4. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan

bibit2 kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara

bangsa.

5. Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang

mempunyai penduduk berbilang bangsa.

6. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk

membentuk negara bangsa masing-masing.

7. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para

nasionalis.

8. Perang Dunia Pertama 1914 hingga 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan

sekutunya.

3
4

9. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi

Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

10. Deklarasi ini mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat

sendiri dan prisnsip sempadan negara berasaskan bangsa. Kesannya, Empayar

Austria Hungaru telah dibahagi-bahagikan. Ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan

bangsa beroleh kemerdekaan.

11. Muncullah negara bangsa yang baru.

12. Tujuh negara bangsa yang baru di Eropah ialah Czehoslovakia, Estonia, Finland,

Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia-Slovenia,

Montenegero, Crotia dan Bosnia-Herzegovina.

13. Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke-19. Itali

pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian utara, beberapa wilayah

seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai Austria.

14. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan

dan menghalau orang Austria.

15. Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha

menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau amat menyanjung penyatuan Itali

berasaskan pemerintahan monarki dan beliau mewujudkan kerjasama dengan Napoleon

III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada 1860.

16. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.

17. Melalui satu pungutan suara Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan

majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.

18. Pada 1866, sebagai balasan kepada Itali yang membantu Prussia menewaskan Austria,

wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.

4
5

19. 1870 Perancis mengundurkan tenteranyan daripada Rom, dan Count Camillo Benso di

Cavour mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali. Penyatuan ini akhirnya

membentuk sebuah negara Itali

20. Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik dan politik darah

dan besi untuk menyatukan negara itu. Beliau menggunakan pelbagai taktik seperti tipu

helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan

peperangan.

21. Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman.

22. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan Bismarck untuk

menyatukan Jerman.

23. Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan

membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

24. Bismarck menjadi Perdana Menteri pada 1862 dan sebelum itu beliau pernah menjadi

peguam, berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan menjadi duta Prussia di

Rusia dan Perancis.

25. Pembentukan Kerajaan Islam di Madinah adalah berbeza daripada pembentukan negara di

Eropah.

26. Pembentukan negara bangsa di Eropah mengamalkan realpolitik serta politik darah dan

besi.

27. Pembetukan kerajaan Islam Madinah adalah melalui penyatuan melalui prinsip Islam.

28. Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan

kerajaan Islam.

29. Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang bangsa seperti Yahudi, Kristian dan

Arab.

5
6

30. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan muafakat Baginda berjaya membentuk

kerajaan Islam di Madinah.

31. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut

adalah disebabkan wujudnya amalan kerjasama dan muafakat antara pemimpin dengan

pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Ciri-ciri Negara dan Bangsa

NEGARA

CIRI-CIRI
KERAJAAN NEGARA DAN PERLEMBAGAAN
BANGSA

BANGSA

1. Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan , dan pemerintah

berwibawa.

2. Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

3. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang

bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta

menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

6
7

4. Bangsa berujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta

mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman

sejarah.

5. Idea bangsa di Malaysia kini digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di

kalangan rakyat yang berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.

6. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan

melaksanakan dasar sesebuah negara.

7. Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat,

mentafsir dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.

8. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

sesebuah negara.

9. Kerajaan di Malaysia merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan

Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

10. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada secara bertulis atau tidak

bertulis yang menjadi rujukan akan panduan bagi mentadbir dan memerintah

sesebuah negara.

11. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan tertinggi yang didokumenkan dan

dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.

12. Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.

7
8

Kesultanan Melayu Melaka – Asas Pembentukan Negara dan Bangsa

1. Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

2. Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam Sejarah Melayu atau

Sulalatus Salatin karangan Tun Sri Lanang.

3. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan

serta mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri.

Susun Lapis masyarakat Melayu Tradisional (tidak berasaskan bilangan)

Sultan/Raja

Keluarga &
kerabat diraja

Ulama istana /Pembesar &


Pentadbir

Rakyat Biasa yang


bebas

Rakyat yang merupakan hamba

8
9

Ciri-ciri negara dan bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka

Wilayah Pengaruh Kerajaan

Ciri-ciri Negara dan


Bangsa dalam
Kedaulatan Kesultanan Melayu Lambang-lambang
Melaka

Keunggulan Rakyat
Undang2

1. Wilayah ialah kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya diterima umum.

2. Wilayah juga merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui

pemerintahan seorang raja.

3. Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan

kekuasaaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.

4. Kedaulatan juga merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara dan

pemerintah.

5. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk

menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna negara berkenaan

mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.

9
10

6. Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campurtangan, paksaan,

taklukan atau penjajahan kuasa asing.

7. Semasa Zaman Kesultanan Melayu melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang

memerintah yang dikatakan mewakili negeri dan kawasan pemerintahan.

8. Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan

bangsa.

9. Sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam

merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

10. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat

regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.

11. Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah keungggulan undang-undang

dalam pemerintahan.

12. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat

melalui peraturan yang telah diwartakan.

13. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.

14. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama

dan kerakyatan diterima masyarakat.

15. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka ada dua sumber undang-undang bertulis yang

dipengaruhi hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan

Undang-undang Laut Melaka.

16. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan

pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.

17. Hukum Kanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam,

undang-undang keluarga dll.

10
11

18. Undang-undang laut Melaka memperuntukkan tatacara pelayaran di laut seperti

tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa

nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

19. Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka terikat kepada

undang2 dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.

20. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja

yang memerintah.

21. Sebagai tanda ketaatan, rakyat sedia mempertahankan negara, menghadiri adat

istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dll.

22. Kerajaan merupakan badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran,

menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan

diplomatik dengan negara lain.

23. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Pada Zaman Kesultanan

Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh

Bendahara, penghulu bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi

tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfokio mengikut bidang tugas

masing-masing, iaitu di sitana, di darat, di laut, di sekitar melaka dan di jahan takluk

melaka.

24. Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja

dan kerajaan di Melaka.

11
12

Susun Lapis Sistem Pembesar Empat Lipatan

Sultan/
Raja

Pembesar
Berempat

Pemnbesar
Berlapan

Pembesar
Enam Belas

Pembesar Tiga
Puluh Dua

12
13

Warisan Negeri-negeri Melayu

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

1. Salah satu ciri asas pembinaan negara dan bangsa ialah adanya perlembagaan bertulis.

2. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan

lengkap yang dikuatkuasakan pada 1895.

3. Perlembagaan ini dipanggil Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang

mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan

orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri.

4. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, Raja hendaklah berbangsa

Melayu, lelaki, Islam dan merupakan waris pemerintah Johor.

5. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada

kuasa atau kerajaan lain.

6. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan

oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja.

7. Berdasarkan Perlembagaan Johor 1895, Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada

dua iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri

yang mempunyai kuasa pelaksanaan.

8. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi

membantu Raja dan jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang

termaktub dalam Fasal 49 perlembagaan berkenaan.

9. Jemaah Menteri terdiri daripada lapan hingga dua belas pegawai kanan kerajaan yang

menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu, Islam dan rakyat Johor.

10. Pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan

memberikan taat setia kepada Raja dan kerajaan Johor.

13
14

11. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja

apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri

Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.

12. Penggubalan perlembagaan Johor didorong oleh keinginan pemerintah Johor untuk

membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja

berkuasa mutlak.

13. Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memantapkan sistem

pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

Kelantan – Sistem Jemaah Menteri

1. Diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I (1801-1836).

2. Sultan Muhammad I melantik beberapa pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.

3. Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan

pentadbiran dan pemerintahan.

4. Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai empat pembesar.

5. Setiap Jemaah Menteri ada tugas masing-masing.

6. Penubuhan Jemaah Menteri menunjukkan Kelantan sudah ada sistem pentadbiran yang

mantap sejak abad ke-19. Sejak tahun 1842 beberapa perubahan berlaku dalam struktur

pentadbiran kelantan.

7. Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian

perebutan kuasa dan menggantikan dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan

Wan. Golongan pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad

II dengan memberikan taat setia kepada baginda.

8. Fungsi Setiap Jemaah Menteri adalah seperti berikut:-

14
15

Jawatan Tugas

Jemaah Penasihat Raja Urus perkara dan urusan penting yang bukan

rahsia
Jemaah Menteri Istana Istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri

Kelantan
Jemaah Menteri Keadilan dan Keadilan dan kehakiman

Kehakiman

Jemaah Menteri Dalam Negeri Keamanan Negeri

Jemaah Menteri Luar Dasar dan hal ehwal luar negeri

Jemaah Menteri Perbendaharaan Harta benda dan hasil mahsul

Jemaah Menteri peperangan Pertahanan dan Keamanan Negeri

Jemaah Menteri Pentadbiran dan Kemajuan dan pembangunan Negeri

Pengimarahan Negeri

Terengganu – Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu

1. Sultan Zainal Abidin III memerintah Terengganu selepas kemangkatan ayahandanya

iaitu Sultan Ahmad Syah.

2. 1911 Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerejaan Negeri

Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada

pemerintah yang berdasarkan keadilan.

3. Undang-undang ini berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

4. Tujuannya ialah untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan pengaruh

di Terengganu.

15
16

5. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu 1911 masih mengekalkan amalan

sistem monarki dengan memberi kedudukan istimewa kepada agama Islam iaitu agama

negeri.

6. Pemerintahan beraja di terengganu bercorak raja berperlembagaan.

7. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki, dan waris

Sultan yang memerintah Terengganu.

8. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu Majlis Mesyuarat kerajaan dan

Jemaah Menteri.

9. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mesti Islam, Melayu, rakyat

Terengganu, serta taat setia kepada Sultan dan kerajaan.

10. Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Terengganu 1911 mengandungi fasal seperti

Perlantikan raja, syarat menjadi raja, waris takhta, tertib raja, zuriat sultan, raja yang

belum cukup umur, Tegahan kepada raja, sara hidup kerabat diraja, Menteri,

Bilangan Menteri, Kesetiaan Menteri, pelantikan menteri, Majlis Mesyuarat kerajaan

Negeri, Tanggungjawab pembesar, Kedudukan Islam, ketaatan kepada pemerintah,

Kesalahan khianat kepada negeri, Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar,

Kepentingan agenda mesyuarat kerajaan, mengadakan perjanjian, dan hubungan

kerajaan dengan kerajaan lain.

11. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri besar yang dilantik Sultan.

12. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenan Sultan.

13. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri

mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan

rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan

negeri lain.

16
17

14. Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah

daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain.

15. Pemerintah Terengganu sedar kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap

untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan.

16. Selain itu, perlembagaan bertulis menggambarkan kebijaksanaan pemerintah untuk

meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng mengekalkan

kedaulatan.

Negeri Sembilan – Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan

1. Negeri sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu:-

i. Sungai Ujong.

ii. Rembau

iii. Johol

iv. Jelebu

v. Jempol

vi. Seri Menanti

vii. Inas

viii. Terachi

ix. Gunung Pasir

2. Pada abad ke-18, Raja Negeri Sembilan ialah Raja Melewar yang bergelar Yam Tuan

Besar dan bersemayam di Seri Menanti.

3. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang mirip persekutuan sebelum

terbentuknya Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui perjanjian persekutuan 1896.

4. Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan adat perpatih iaitu

kedaulatan di tangan rakyat

17
18

Kedudukan Hierarki pemerintahan Adat Perpatih

Yang Dipertuan Besar

Lantik

Undang

Lantik

Lembaga

Lantik

Buapak

Lantik

Anak Buah

5. .Walaupun Yang Dipertuan Besar (YDB) merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda

tidak berhak melantik pembesar. Hal ini disebabkan pelantikan tersebut dibuat oleh

Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.

6. Setiap keputusan yang dibuat oleh YDB adalah berdasarkan rundingan baginda dengan

Undang.

7. Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut Luak.

8. Empat Luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol.

9. Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.

10. Undang Diberi tanggungjawab melantik YDB.

11. Di bawah Undang ialah Lembaga yang dilantik oleh Buapak.

18
19

12. Lembaga ialah ketua suku anggota masyarakat.

13. Setiap Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang.

14. Buapak merupakan Ketua Perut dan setiap Perut dikenali sebagai Anak Buah.

15. Buapak menjadi tempat rujuk bagi setiap masalah. Khususnya berkaitan dengan adat.

16. Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada individu

mengikut peringkat dan membuktikan bahawa Negeri Sembilan menjalankan sistem

pemilihan yang berunsur demokrasi.

17. Sistem pemerintahannya melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama,

semangat gotong royong, muafakat, dan hormat menghormati.

Bab Tiga Tamat

19

You might also like