You are on page 1of 4

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895

 Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport


 Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-
pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan
Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
 Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
 Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal
(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
 Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen
Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

 Sultan-sultan NNMB tidak puas hati


 Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan
Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
 Ahli-ahli Durbar ialah;

i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

 Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak


 Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

Jawapan cadangan:

Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh


Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang
menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang
baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan
yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan
sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh
kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan,
diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895
merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan
mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa
faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan
penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.

Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah


kewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka
negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah
menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu
kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu
semasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar
dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu,
Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil
emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina,
dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang.
Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan
arak.

Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah


menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak
untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam
wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892,
hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk
memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang
mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang
meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang
bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato’
Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang,
kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya
terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis
menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri-negeri
Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi
bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang
dapat diatasi.

Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti


kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan
mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat
tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu,
kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri
yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan
mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan
kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu
mengurangkan kuasa Residen.

Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri


Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan
ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk
kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor
tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat
negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun
ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak
berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896
diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.
Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan
menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap
residen mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan
British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka,
wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri
yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah
negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba
mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai,
pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu.

Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem


pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman
bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan
menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan
kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan,
diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat
faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan
antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik
antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil
bumi ke pelabuhan untuk dieksport.

Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga


memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu
mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan
negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa
berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British
terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India.
Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut.
Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran
British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan
peperangan.

Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara


kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa
residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua
kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di
NNMB. Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan penting
terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan
supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang
dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral telah
menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan
pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk
berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya
untuk membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.
Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan
kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-
sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka
berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun,
selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar
bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di
tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen
dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan
agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya
berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh
residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa
menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah
diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat
Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur.

Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui


Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan
pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem
cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah
menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih
timah dan getah.

Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk


menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan
Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan
juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan
Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen
British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/faktor-faktor-dan-kesan-perjanjian-


persekutuan-1895.html#ixzz3eHlBrE00

You might also like