You are on page 1of 2

Ulasan artikel PAI (Madiha Hazirah binti Mohd Hisam 2K4)

Tajuk: Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-undang dan
Pentadbiran
Penulis: Siti Zubaidah Ismail

PENDAHULUAN
Artikel tulisan Siti Zubaidah ini telah menerangkan antara cara menangani ajaran sesat di
kalangan umat islam dari segi perspektif undang-undang dan pentadbiran. Di dalam artikel ini, senario
semasa berkaitan fenomena ajaran sesat di negara Malaysia telah dibincangkan. Fokus atau objektif
utama artikel ini adalah untuk mewujudkan kerangka penyelesaian akidah yang menyeluruh dari
sudut perundangan dan pentadbiran. Untuk membanteras isu ajaran sesat di nengara ini bukanlah
mudah dan memerlukan banyak usaha. Oleh itu, semua pihak terutamanya pihak kerajaan perlulah
memberi kerjasama yang baik.

SINOPSIS
Berdasarkan artikel ini, konsep atau definisi ajaran sesat ialah ajaran yang salah atau
penyelewengan akidah sebagai satu ajaran yang dibawa oleh orang Islam mahupun yang bukan Islam
dimana mereka mendakwa ajaran yang dibawanya itu berdasarkan ajaran Islam namun segalanya
adalah bertentangan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ajaran sesat ini juga sangat bercanggah
dengan akidah dan syariat Islam. Antara fenomena ajaran berunsur khurafat di Malaysia yang penulis
bincangkan ialah tentang kepercayaan animisme. Kepercayaan animisme ini melakukan pemujaan dan
perhambaan diri kepada nyawa dan roh. Nyawa dan roh tersebut yang dipercayai berkuasa perlu
dijaga supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Kepercayaan ini terang benderang
adalah salah dan sangat terpesong dari ajaran Islam. Oleh itu, pihak berkuasa telah mengambil
tindakan bagi mengelakkan kesesatan kepada masyarakat. Terdapat satu lagi ajaran yang telah
dibincangkan di dalam arikel ini iaitu ajaran yang dibawa oleh Arifin Muhamad yang lebih dikenali
sebagai ‘Ayah Pin’. Ajaran ini telah bertempat di Besut, Terengganu dan telah membina
perkampungan ibadat di kawasan kediamannya. Namun begitu, pihak berkuasa telah pun mengambil
tindakan merobohkan binaan-binaan pelik tersebut akibat tidak mendapat kelulusan dan bertentangan
dengan hukum syarak serta sudah pun difatwakan haram.
Daripada ringkasan perbincangan tentang sejarah ajaran sesat di Malaysia, ia menunjukkan
bahawa kegiatan ini sering dilakukan dengan pelbagai cara untuk menarik orang Islam dengan ajaran
karut-marut mereka. Untuk mengekang serta membanteras modus operandi sedemikian, pihak
kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang yang setimpal dan releven.

ULASAN/ KRITIKAN/ KEKUATAN/ KELEMAHAN


Pada pandangan saya, kandungan artikel ini sangatlah berinformasi kepada para pembaca
yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang undang-undang yang sudah sedia ada dan yang
diperuntukan oleh pihak berkuasa. Dalam artikel ini, perbincangan dimulakan dengan definisi ajaran
sesat serta sejarah ajaran sesat yang pernah berlaku di Malaysia. Seterusnya penulis telah
menyenaraikan peruntukan berkaitan ajaran sesat dibawah enakmen kesalahan jenayah syariah pada
masa kini. Penulis menerangkan dengan teliti satu persatu akta serta denda yang bakal dikenakan
setimpal dengan perbuatan pelaku. Antara akta atau undang-undang yang dinyatakan adalah termasuk
tentang pemujaan salah, doktrin palsu, dakwaan palsu, mengajar agama tanpa tauliah dan empat lagi
akta yang lain.
Selepas memberi penerangan dan huraian tentang peruntukan akta, penulis telah menekankan
tentang penguatkuasaan undang-undang dan fatwa serta pemulihan akidah. Antara tiga aspek yang
ditekankan dalam artikel ini adalah; pertama dari segi status ajaran itu sendiri sama ada yang
difatwakan atau tidak; kedua ialah pencegahan penyebaran dan penguatkuasaan fatwa serta undang-
undang dan; ketiga mengembalikan pengikut ajaran sesat ke pangkal jalan menerusi pemulihan akidah
dan kepercayaan.
Akhir sekali, penulis membincangkan dan mencadangkan tentang pemerkasaan dalam
menangani ajaran sesat. Mengikut artikel, walaupun tiga-tiga aspek di atas seperti sudah ada, ia perlu
diperkemaskan lagi. Pihak-pihak tertentu sewajarnya menubuhkan unit tindakan khas untuk
menangani kes ajaran sesat. Ini bermaksud, jika ada unit tersebut, pergerakan untuk menyegerakan
penyelesaian penyebaran ajaran sesat dapat dilaksanakan dengan lebih proaktif.
Antara kekuatan yang ada di dalam artikel ini ialah penulis artikel telah mendedahkan tentang
fenomena ajaran sesat yang pernah berlaku di negara ini. Ini membantu pembaca mengetahui tentang
sejarah ajaran sesat dan apakah tindakan yang pernah dilakukan oleh pihak berkuasa. Seterusnya
daripada artikel ini kita juga dapat tahu kewujudan peruntukan yang dikanunkan. Penulis mendalami
akta-akta yang sudah sedia ada di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah.
Dari segi kelemahan pula, penulis terlebih banyak menghuraikan tentang sejarah fenomena
ajaran sesat pada pendahuluan artikel. Pada pendapat saya, sejarah tersebut perlu dihuraikan tetapi
tidak perlu terlalu banyak kerana fokus atau objektif utama artikel ini adalah tentang cara mengekang
modus operandi ajaran sesat dari segi perspektif undang-undang dan pentadbiran. Kelemahan yang
kedua, penulis telah meletakkan rujukan-rujukan beliau bagi setiap sub-tajuk dibahagian bawah muka
surat. Ini menyebabkan kekeliruan terhadap penulisannya. Sepatutnya, penulis meletakkan rujukan-
rujukan bagi setiap sub-tajuk tersebut di akhir muka surat.

KESIMPULAN
Di sini kita dapat simpulkan bahawa usaha untuk menangani ajaran sesat di negara ini
bukanlah sedikit dan mudah. Setiap pihak perlulah memberi kerjasama yang baik. Tidak lupa juga
terhadap tanggungjawab individu untuk memainkan peranan sebagai masyarakat yang mengambil
tahu tentang isu sekeliling. Kita sebagai umat Islam perlulah juga menjaga diri supaya tidak terpesong
dan tersesat dengan ajaran sedemikian.

You might also like