You are on page 1of 21

ABSF4103

QAWAID FIQHIYYAH

NAMA :
Norazwati binti Masgol

NO. MATRIK :
901213125244-001

NO. KAD PENGNEALAN :


901213-12-5244

NO. TELEFON :
010-2812480

E-MEL:
nour_qaseh@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :
Labuan Learning Centre

SEMESTER :
Mei 2016

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan

34

Kaedah Tasarruf Al-Imam Ala Al-Raiyyah Manut Bi AlMaslahah Beserta Sumber Asal

5, 6, 7

Empat Kaedah Pecahan Yang Terbentuk Darinya

89

1.
2.
3.
4.

Masalih Mursalah
Sad Al-Zarai
Istihsan
Uruf

10
10

Analisis Beberapa Peruntukkan Undang-Undang Atau Keputusan


Yang Di Lakukan Terhadap Kerajaaan Terhadap Rakyat
Malaysia
4

1.
2.
3.
4.

11 12
12

Kaedah Maslahah
Kaedah Qiyas
Kaedah Masalih Mursalah
Kaedah Sad Al-Zarai

12 13
13

Cadangan Sekiranya Imam(Pemimpin) Gagal Bertindak


Berdasarkan Maslahah Rakyat
1. Mewujudkan Sistem Pentadbiran Yang Cekap
14
5

6
7

2. Memberi Jaminan Hak Kepada Bukan Musli


14 15
3. Memastikan Hukum Syariah Diimplimentasikan Dengan
Efisyen

15

4. Menjamin Kebajikan Masyarakat Umum

15

Kesimpulan
Rujukan

17
18

1.0

PENGENALAN
Tasaruf al-imam ala al-raiyyah manutun bi al-maslahah adalah

suatu istilah yang digunakan berkaitan hubungan rakyat dan pemimpin


dengan berpandukan sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk
sistem politik Islam. Hasil rumusan ijtihad para ulama dalam pelbagai bidang
dan sektor maka terbentuklah polisipolisi kerajaan bagi memandu bidangbidang yang berkaitan. Aspek utama yang menjadi teras kepada kaedah ini
ialah

menentukan

cara

dan

strategi

dalam

mengendalikan

urusan

pemerintahan negara mengikut landasan syarak dengan berpandukan AlQuran, Al-Sunnah dan Ijtihad yang boleh menjamin kepentingan dan
kemaslahatan rakyat.
Menurut

perspektif

kaedah

fiqh

ini,

rakyat

atau

masyarakat

mempunyai pelbagai hak dan tanggungjawab terhadap kerajaan. Bagi


sebuah negara Islam, masyarakat mempunyai hak-hak tertentu dalam
pelbagai aspek. Masyarakat berhak untuk mendapat kebebasan dan keadilan
dari

pihak

pemerintah.

Selain

itu

masyarakat

juga

mempunyai

tanggungjawab terhadap pemerintah. Di antara tanggungjawab masyarakat


ialah

menyokong,

mentaati

dan

membantu

pemerintah

selagi

tidak

bertentangan dengan syarak dalam perkara-perkara yang selaras dengan


hukum syariah.
Sebagaimana diketahui, pemerintahan Islam bermula sejak zaman
Rasulullah SAW lagi. Pada waktu itu hanya Rasulullah SAW sahajalah yang
menjadi rujukan dalam semua urusan awam, sama ada perundangan,
pentadbiran mahupun pengadilan. Segala undang-undang dan peraturan
dalam pemerintahan tersebut berasaskan sama ada kepada wahyu secara
langsung

atau

pertimbangan

baginda

sendiri

berdasarkan

kepada

kepentingan dan cadangan para sahabat. Sudah pasti Rasulullah SAW akan
dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan kaedah yang tertentu.
3

Tugasan ini akan dimulakan dengan penerangan secara ilmiah tentang


kaedah

Tasarruf

al-imam

ala

al-raiyyah

manutun

bi

al-maslahah.

Beberapa pecahan kaedah yang terbentuk daripadanya akan dihuraikan.


Serta

beberapa

analisis

mengenai

peruntukkan

undang-undang

yang

dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat khususnya di Malaysia dengan


merujuk kepada kaedah-kaedah yang akan dibincangkan di dalam tugasan
ini. Disamping itu, beberapa cadangan juga akan turut dibincangkan
sekiranya seorang pemimpin gagal bertindak berdasarkan maslahah rakyat.
Islam menjamin hak-hak masyarakat dalam pelbagai aspek seperti hak-hak
untuk mendapatkan keadilan, hak persamaan, hak kebebasan dan lain-lain.

2.0

KAEDAH TASARRUF AL-IMAM ALA AL-RAIYYAH MANUTUN BI ALMASLAHAHBESERTA SUMBER ASAL


Umar ibn al-khattab merupakan seorang khalifah yang dikenali dengan

kebijaksanaan dan ketegasan ada mengungkapkan Dalam mengurus harta


Allah, aku meletakkan diriku sama seperti penjaga harta anak yatim. Jika aku
memerlukannya,

aku

akan

mengambilnya,

jika

tidak,

aku

akan

memulangkannya. Sekiranya aku berkemampuan, maka aku menahan diri


daripada mengambilnya. Sekiranya pula aku amat memerlukan, aku akan
menggunakannya dengan baik dan wajar. Kata-kata Umar ini merujuk
kepada peringatan yang diberikan Allah SWT dalam Surah An-Nisa, ayat 6
berhubung dengan tanggungjawab mengurus harta anak yatim.
Imam As-Syafie mengambil ungkapan Umar ini sebagai prinsip dan
mengatakan: Kedudukan pemerintah dalam mengurus urusan rakyat atau
orang yang dipimpin sama seperti kedudukan penjaga atau pentadbir dalam
urusan anak yatim. Akhirnya, ungkapan yang bermakna Khalifah Umar itu
dijadikan salah satu kaedah fiqh yang utama iaitu pengurusan hal ehwal
rakyat oleh pemimpin berdasarkan maslahah. Ulama menghuraikan kaedah
tersebut

dengan

agak

terperinci.

Menurut

mereka,

pemerintah

bertanggungjawab untuk memelihara maslahah rakyat. Justeru itu, mereka


berkewajipan untuk menjaga harta rakyat dan tidak membazirkannya.

Sebagaimana

yang

dinyatakan

oleh

Khalifah

Umar,

kedudukan

pemimpin tidak ubah seperti pengurus harta anak yatim. Hal ini bermaksud
tahap keprihatinan dan berhati-hati mereka dalam pengurusan harta
tersebut mestilah tinggi. Mereka seharusnya berasa amat bimbang sekiranya
cuai atau gagal sama sekali menguruskannya dengan baik. Sebagaimana
peringatan Allah didalam Al-Quran, kebinasaan akan menimpa mereka bukan
sahaja di dunia bahkan lebih teruk lagi di akhirat. Ulama juga menyatakan
bahawa kaedah ini menerangkan asas penting bagi pengurusan hal ehwal
ummah dan pentadbiran maslahah mereka sama ada khusus atau umum.
Demikian

juga

dengan

pelaksanaan

keadilan,

kebaikan

dan

kesaksamaan. Bagi memastikan kemaslahatan terpelihara dalam skop yang


lebih luas, maka pemimpin bukan sahaja dibataskan pada pemimpin negara
bahkan turut meliputi individu yang mentadbir pelbagai bentuk urusan orang
ramai. Antaranya termasuklah hakim, menteri, pengarah dan pegawai
atasan di sesebuah jabatan atau organisasi. Mereka ini merupakan wakil bagi
seluruh ummah untuk memelihara maslahah, melaksanakan keadilan,
menghalang

kezaliman,

memelihara

hak,

mengekalkan

keamanan,

menyebar luas ilmu pengetahuan dan menghalang serta menyucikan atau


menghapuskan segala bentuk kemudaratan yang menggugat kemaslahatan
ummah.
Kepercayaan yang diberikan oleh ummah kepada individu yang
mengendalikan urusan mereka adalah amanah besar. Pada semua individu
berkenaan disandarkan harapan agar urusan dan kepentingan mereka
dikendalikan dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu, kepercayaan tersebut
tidak wajar sama sekali dibalas dengan pengkhianatan. Dalam sebuah hadis
daripada

Maqal

ibn

Yasar,

Nabi

SAW

diriwayatkan

bersabda

yang

bermaksud: Tiada seorang (pemimpin) yang diamanahkan oleh Allah untuk


memimpin rakyat (orang bawahan)nya meninggal dunia, dan ketika
meninggal dunia itu, ia menipu rakyat (orang bawahan)nya, melainkan Allah
mengharamkannya untuk memasuki syurga.
6

(Al-Bukhari dan
Muslim)
Menyentuh tentang kemaslahatan ummah ini seharusnya diberikan
keutamaan oleh pemerintah. Pemerintah atau pemimpin mesti berusaha
menunaikan hak rakyat atau golongan yang dipimpin bagi mengekalkan
keamanan dan meraih keredaan Allah SWT. Sebaliknya jika pemimpin
mendahulukan kemusnahan berbanding dengan kemaslahatan, ianya hanya
mengundang kemurkaan dan dosa yang besar di sisi Allah SWT. Ini dapat
dilihat di beberapa Negara islam di dunia. Kebinasaan iaitu pembunuhan
rakyat

yang

menuntut

hak

mereka

diutamakan

berbanding

dengan

kemaslahatan iaitu pemeliharaan nyawa dan hak mereka.


Demikian juga dalam soal pengurusan sumber dan perbendaharaan
negara. Kemaslahatan rakyat perlu sentiasa dijadikan keutamaan berbanding
dengan kemudaratan atau kesulitan. Justeru, kemaslahatan mereka tidak
harus sama sekali digadaikan demi pelaksanaan sesuatu dasar yang
kelihatannya

hanya

mendatangkan

kebaikan

yang

sedikit

tetapi

menimbulkan keluhan yang besar. Seandainya pemerintah negara atau


pemimpin organisasi atau yang lainnya benar-benar menghayati ungkapan
Khalifah Umar maka mereka pasti menyedari beratnya amanah mentadbir
urusan rakyat atau kumpulan yang dipimpin. Perbendaharaan negara atau
wang syarikat atau organisasi hanya diambil sekadar yang diperlukan dan
akan dipulangkan sekiranya tidak diperlukan.
Bahkan Umar juga mengatakan bahawa jika berkemampuan, beliau
akan menahan diri daripada mengambil wang daripada perbendaharaan
Negara. Jika perlu diambil, wang itu akan digunakan dengan cara yang amat
wajar. Dalam apa juga keadaan, hanya ketakwaan sahaja dapat membimbing
seseorang pemimpin untuk melaksanakan amanah kepemimpinan dengan
penuh

rasa

tanggungjawab.

Ketakwaan

jugalah

yang

akan

sentiasa

mengingatkan pemimpin perihal hakikat kepemimpinan dan harta sebagai


7

ujian. Dengan demikian, kedua-duanya akan ditadbir dengan amat berhatihati dan penuh kebimbangan. Kesejahteraan rakyat atau kumpulan yang
dipimpin sebagaimana diingatkan Khalifah Umar akan sentiasa dijadikan
keutamaan. Sebaliknya kemudaratan rakyat atau kumpulan yang dipimpin
segera sahaja dihapuskan.
Hal ini dilakukan kerana menyedari bahawa kemajuan negara, syarikat
atau organisasi yang dipimpin hakikatnya bergantung pada kebahagiaan dan
kesejahteraan kehidupan rakyat atau kumpulan yang dipimpin. Lebih
penting, segala hal berkaitan dengan mereka tidak akan terlepas tanpa
dipersoal dengan terperinci di hadapan Allah SWT kelak. Justeru, amanah
kepemimpinan tidak dianggap sebagai kelebihan untuk dinikmati. Sebaliknya
sebagai tanggungjawab yang mesti dilunaskan sebaik-baiknya agar di
akhirat kelak tidak disesali.

3.0

EMPAT KAEDAH PECAHAN YANG TERBENTUK DARIPADANYA BESERTA


CONTOH
8

Penggunaan ijtihad dalam pentadbiran Negara Islam sangat penting


kerana ia dapat menjaga kepentingan masyarakat dan mengukuhkan
kedudukan Islam itu sendiri. Melalui kaedah-kaedah ijtihad yang berasaskan
syarak dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan
negara. Pentadbiran negara akan menjadi selaras dengan kehendak syarak
dan dapat mengelakkan penyelewengan.
Kaedah ijtihad juga menggunakan pendekatan yang berbeza dari cara
pentadbiran sekular yang kadang-kadang mengambil kesempatan untuk
kepentingan peribadi kerana ia tidak mempunyai peraturan syarak dalam
perlaksanaannya. Melalui kaedah ijtihad yang dianjurkan oleh Islam,
pemimpin Negara Islam juga dapat menyediakan infrastruktur dan prasarana
baru yang membawa kebaikan kepada rakyat dan menyumbang kepada
keamanan dan kesejahteraan Negara.
Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Masalih Mursalah
Masalih Mursalah bermaksud mana-mana maslahah yang mendokong
Maqasid Syariah (matlamat Syariah Islamiah). Maslahah tersebut pada
asasnya tidak dinyatakan oleh nas syarak secara langsung samada
menerima atau menolaknya. Maksud Istislah menurut para ulama ialah: cara
menentukan hukum syarak berpandukan Masalih Mursalah.
Sebagai contoh Khalifah Uthman telah menyalin semula Al-Quran yang
dibukukan oleh Sayyidina Abu Bakar ke dalam beberapa salinan, kemudian
mengedarkannya keseluruh wilayah Islam, seterusnya mengeluarkan arahan
supaya membakar semua catitan dan tulisan Al-Quran yang dimiliki oleh
orang Islam ketika itu. Tindakan menyalin semula Al-Quran itu sebenarnya
tidak dinyatakan oleh mana-mana nas syarak secara langsung samada
menyuruh

atau

melarangnya.

Sebaliknya

ianya

bagi

mengelakkan

perpecahan umat Islam, dan mengembalikan kesatuan umat dengan cara


9

merujuk kepada satu mushaf yang seragam. Mengelakkan perpecahan dan


menguatkan kesatuan adalah sebahagian daripada Maqasid al- syariyah.
Khalifah Umar pula telah menggunakan kaedah maslahah apabila
beliau mengenakan kharaj (cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas
tanah pertanian) ke atas pemilik-pemilik tanah di Iraq. Apa yang dilakukan
oleh Khalifah Umar ialah mengembalikan tanah tersebut kepada pemiliknya
dengan

mengenakan

cukai

tertentu

yang

dipanggil

sebagai

kharaj.

Sebenarnya tidak ada nas secara langsung yang menyuruh kerajaan Islam
mengenakan cukai tersebut. Tindakannya itu hanyalah untuk menambahkan
pendapatan negara Islam dan untuk menampung keperluan golongan yang
tidak mampu dari segi kewangan seperti balu-balu tentera Islam yang
syahid, anak-anak para syuhada, anak yatim dan sebagainya. Maslahahmaslahah di atas begitu banyak dinyatakan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.
2 Sad Al-Zarai
Sad Al-Zarai bermaksud cara menentukan hukum syarak dengan
menggunakan kaedah menutup pintu atau saluran yang membawa kepada
keburukan dan kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus. Di
dalam al-Quran dan al-Sunnah, terdapat banyak contoh pemakaian Sad AlZari sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim yang
menyebut sebanyak 99 contoh Sad Al-Zarai sebagai mengambil sempena
99 nama Allah. Berdasarkan contoh ini memberikan gambaran bahawa
apabila mafsadah (kerosakan) lebih besar daripada maslahah, maka Allah
S.W.T mengharamkan perkara tersebut.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW tidak membunuh golongan munafiq
yang

sangat

merbahaya

seperti

Abdullah

mengelakkan timbulnya fitnah yang lebih

bin

Ubai

bin

Salul,

bagi

besar, di mana Rasulullah SAW

akan dituduh membunuh sesama Islam. Sebenarnya Rasulullah SAW


mengenali golongan munafik tersebut melalui wahyu dari Allah SWT, tetapi
baginda tidak membunuh mereka itu kerana orang ramai tidak mudah
10

mengenali puak-puak munafiq yang bijak berlakon dan memperdayakan


masyarakat dengan gaya dan percakapan yang amat menarik, sehingga
mereka itu kadang-kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam
yang benar-benar beriman.
Jadi untuk menutup ruang fitnah, maka Rasulullah SAW tidak
membunuh golongan munafiq walaupun sepatutnya mereka itu perlu
dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari kejahatan mereka.
Namun begitu, baginda mempunyai

pendekatan sendiri untuk menangani

kejahatan puak-puak munafiqin ini.


3 Istihsan
Istihsan ialah mengambil kira maslahah juzie ketika bertentangan
dengan

dalil

kulli

dengan

merujuk

kepada

maslahah

mursalah

dan

meninggalkan qiyas dengan melihat kepada maqasid syarak secara umum


dalam perkara yang difardukan. Contohnya, Hukum membuka aurat kerana
keperluan merawat anggota yang sakit atau keperluan perubatan. Membuka
aurat kepada ajnabi adalah haram berasaskan dalil kulli tetapi ianya
bertentangan dengan maslahah juzie kepada pesakit yang memerlukan
rawatan

doktor

ajnabi

sedangkan

mengutamakan

dalil

kulli

yang

mengharamkan melihat aurat akan membawa kepada kemudaratan kepada


pesakit sedangkan maksud syarak ialah mendapatkan maslahat kepada
umat manusia dan menjauhkannya daripada kemudaratan. Maka hukum
membuka aurat kepada doktor ajnabi diharuskan berasaskan dalil istihsan.
Contoh yang kedua, Seseorang bersumpah dengan katanya dia tidak akan
memasuki rumah. Maka apakah hukumnya memasuki masjid yang juga
dinamakan rumah Allah. Maka dengan menggunakan kaedah Istihsan
seseorang itu tidak akan dikenakan kifarah sumpah apabila memasuki
masjid kerana perkataan rumah biasanya difahami `uruf sebagai tempat
tinggal. Lantaran itu para fuqaha menggariskan syarat-syarat tertentu bagi
memenuhi

objektif

siyasah

syar`iyyah
11

dan

mengawal

sebarang

penyelewengan,

negara

untuk

kepentingan

peribadi

yang

akhirnya

membawa kehancuran kepada kerajaan Islam.


4 Al-Uruf
Al-Uruf atau al-Adah juga merupakan sumber kaedah kepada kaedahkaedah salah qawaid fiqhiyyah dalam Islam. Ia dapat dihuraikan sebagai
suatu amalan yang mendasari jiwa dengan penyaksian akal yang diterima
oleh tabiat semulajadi manusia dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan
Al-Sunnah.
Jika satu ketika dahulu, para sarjana hukum Islam menggunakan
standard qullah dalam penyucian air mutanajjis sedangkan realiti semasa
sudah diperkenalkan dengan budaya metrik dan liter. Begitu juga, kitab-kitab
klasik menegaskan tentang tujuh jenis air yang boleh dibuat bersuci.
Sedangkan di dalam pengamalan sekarang, Malaysia tidak menerima salji
malah telaga juga banyak yang telah ditimbus dan digantikan dengan air
paip sebagai sumber utama air di rumah, pejabat dan kilang.
4.0

ANALISIS PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG ATAU KEPUTUSAN YANG


YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN KHUSUSNYA DI MALAYSIA DENGAN
MERUJUK KEPADA KAEDAH TERSEBUT
Setiap

penggubalan

undang-undang

mestilah

bertujuan

untuk

mencapai matlamat kebaikan kepada semua. Begitulah juga dengan tujuan


penetapan

undang-undang.

Umumnya,

undang-undang

bertujuan

mengekalkan keharmonian dan kelancaran kehidupan bersosial masyarakat.


Dalam konteks Negara Malaysia, berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
kerajaan di Malaysia telah banyak melakukan keputusan dan tindakan yang
memenuhi tuntutan kaedah-kaedah tersebut. Antaranya ialah :
1 Kaedah Maslahah

12

Memberikan dua hari cuti umum kepada kakitangan kerajaan bertujuan


menghidupkan aktiviti kekeluargaan dan mengeratkan hubungan keluarga
disamping dapat melahirkan masyarakat yang lebih mantap dari segi
perhubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Begitu juga dengan
tindakan memendekkan masa kerja pada bulan ramadan dengan mengambil
kira kepentingan masyarakat Islam dari aspek ibadat dan kelebihannya pada
bulan ramadan, maka kerajaan mengambil langkah mempercepatkan masa
pulang bagi kakitangan kerajaan dengan cara memendekkan masa rehat
tengahari. Oleh itu wanita yang bekerja juga mempunyai masa yang cukup
untuk menyediakan hidangan berbuka selepas waktu pejabat.
Sementara itu keputusan menambah bilangan hari cuti bersalin
menjadi 60 hari dan boleh dilanjutkan sehingga 90 hari diharap dapat
memberikan ruang masa yang secukupnya untuk ibu menjaga dan
memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka yang baru dilahirkan.
sebagaimana

Menteri

Besar Kelantan

dalam kenyataan rasmi

beliau

menyebut beberapa tujuan yang tersirat daripada pembaharuan ini iaitu bagi
menjamin kepentingan (maslahah) ibu-ibu dan

bayi mereka dari segi

kesihatan dan kasih sayang yang sangat diperlukan dalam kehidupan


manusia.
Begitu

juga

dengan

pengharaman

babi.

Di

Malaysia,

urusan

penternakan babi dikawal oleh kerajaan negeri. Enakmen tertentu dibuat


bagi mengawal selia penternakan ini. Tujuan undang-undang ini dibuat bagi
memastikan daging babi tersebut dan proses yang berkaitan dengannya
tidak bercampur dengan proses penyediaan makanan kepada umat Islam di
Malaysia. Sebagai contoh di Perak dan Selangor, terdapat Enakmen
Pengawalan Penternakan Babi di bawah Undang-undang Negeri tersebut.
2 Kaedah Qiyas
Pengharam dadah kerana memabukkan dan sekiranya dadah tidak
memabukkan maka ianya harus. Antara contoh, ia berkait dengan bahan
13

kosmetik atau ubatan yang digunakan untuk tujuan kesihatan atau


kecantikan. Penggunaan dadah di dalam ubat-ubatan tidak dapat dihalang
kerana kebanyakannya membantu mengurangkan kesakitan pesakit dan
membantu kesembuhan secara teknikal. Kerana dadah sememangnya
diperlukan dalan perubatan, maka wujudnya istilah penyalahgunaan dadah
bagi mereka yang mengambilnya untuk tujuan yang tidak baik serta salah di
sisi undang-undang. Manakala alkohol pula juga terdapat di dalam bahan
makanan serta kosmetik.
Pengurusan perundangan ini bertujuan mengawal manfaat yang
diperoleh daripada bahan-bahan haram. Makna ubat dari segi bahasa dikait
secara langsung dengan dadah. Islam membenarkan penggunaannya selagi
mana ia mengikut aturan dos atau kandungan dadah yang terdapat di dalam
ubat tersebut. Ia selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi apa yang
dibolehkan

kerana darurat diukur mengikut kadar darurat itu dan

keperluan itu diletakkan pada kedudukan darurat. Antara badan Antara


badan yang terlibat dalam penguatkuasaan kawalan dadah ialah Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah yang mana mereka ini berkuasa mengawal
pendaftaran

produk

farmaseutikal

dan

kosmetik

sekiranya

terdapat

kandungan dadah yang lebih, bahan kimia yang merbahaya kepada


pengguna dan sebagainya.
3 Kaedah Masalih Al-Mursalah
Manakala maslahah bagi sesuatu keadaan terbahagi kepada tiga iaitu
dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Bagi membincangkan perkara ini, ia
berkait secara langsung dengan dasar dan undang-undang negara. Setiap
dasar atau ketetapan yang membawa kepada terlaksananya amalan
perundangan

di

Malaysia

perlulah

melihat

kepada

keperluan

yang

disenaraikan di atas. Setiap perlaksanaan sesuatu dasar atau undangundang memerlukan kos yang perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

14

Islam

mengeji

perbuatan

membazir.

Maka,

sekiranya

wujud

pembaziran dalam proses tersebut, peruntukan undang-undang yang lain


perlu dikuatkuasakan agar keharmonian negara terjamin. Ketirisan dalam
mengendalikan kewangan negara akan membawa kepada peningkatan
jenayah dan beban isi rumah masyarakat meningkat. Undang-undang yang
digubal mestilah adil kepada semua lapisan masyarakat tidak terkecuali
rakyat kebanyakan atau pemerintah atau ahli penguatkuasa itu sendiri.
4 Kaedah Sad Al-Zarai
Beberapa tindakan telah dijalankan oleh kerajaan

Negeri Kelantan

bertujuan untuk mencegah dan mengawal daripada berlakunya gejala tidak


sihat atau menyekat daripada merebaknya suasana gawat dan tidak
menentu dalam masyarakat. Antara

pembaharuan yang merujuk kepada

kaedah tersebut ialah, pengharaman permainan yang melekakan, atau


menakutkan atau yang mendorong kepada maksiat. Semasa Kerajaan Negeri
mengambil tindakan menutup pusat snuker, billiard dan pusat video game,
Menteri Besarnya menyatakan alasannya adalah untuk mengelakkan para
remaja membuang masa dan lepak atau mengelakkan mereka dari terjebak
dengan kegiatan maksiat dan jenayah.
Menurut laporan Buletin Kerajaan Kelantan, penglibatan remaja dan
kanak-kanak di pusat-pusat video games dan snuker tidak terkawal dan
sangat

membimbangkan.

Para

pengusaha

pusat-pusat

tersebut

tidak

melarang kanak-kanak dan remaja memasuki premis mereka kerana mereka


mendapat keuntungan. Tanda larangan yang tertera di pintu masuk tidak
memberi apa-apa makna.
Begitu juga dengan mengemaskini penjualan arak yang tidak terkawal,
Kerajaan

Kelantan

juga

telah

menguatkuasakan

peraturan

tidak

membenarkan minum minuman keras atau arak ditempat-tempat awam.


Dengan itu hotel-hotel milik kerajaan, pasaraya, pasar mini dan emporium
tidak dibenarkan menjual arak. Langkah ini menjadikan ruang untuk
15

mendapat arak dan meminumnya di kalangan orang Islam sudah tertutup.


Walaubagaimanapun, kelonggaran untuk upacara-upacara berkaitan dengan
kebudayaan dan kepercayaan kaum bukan Islam yang menggunakan arak
untuk majlis tersebut seperti majlis
tujuan

perubatan

tidak

perlu

perkahwinan, keagamaan dan untuk

memohon

kebenaran,

tetapi

hanya

memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan.


5.0

CADANGAN

SEKIRANYA

IMAM(PEMIMPIN)

GAGAL

BERTINDAK

BERDASARKAN MASLAHAH RAKYAT


Demi menjamin maslahah terhadap masyarakat, maka kerajaan
bertanggungjawab

menguruskan

sistem

pemerintahan

Islam

dengan

merancang dan melaksanakan pelbagai usaha samada di peringkat negeri


dan negara. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berteraskan Tasarruf alimam ala al-raiyyah manutun bi al-maslahah mempunyai beberapa
kepentingan dari aspek pelaksanaan syariah yang lebih kemas dan susun
atur masyarakat yang lebih harmoni.
Berikut merupakan cadangan sekiranya pemimpin gagal bertindak
berdasarkan maslahah rakyat. Antaranya ialah:
1. Mewujudkan Sistem Pentadbiran Yang Cekap
Sistem pemerintahan di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu
di peringkat Negeri dan Persekutuan. Dua peringkat pemerintahan tersebut
akan diwakili oleh para perwakilan yang telah dipilih secara demokrasi dalam
Pilihan Raya Umum. Persoalan yang timbul dalam kerangka syariah Islam
ialah wanita sebagai pemimpin. Majoriti ulama sepakat meletakkan lelaki
sebagai syarat untuk memegang jawatan ketua negara. Pengecualian ini
tidak bertujuan merendahkan kedudukan wanita tetapi sebagai satu
penghormatan ke atas mereka daripada diberi tugas yang berat dan sukar.
Antara dalil yang menyokong keputusan hukum ini ialah Kaum lelaki itu
adalah pemimpin kepada kaum wanita.
16

Namun realiti masyarakat di Malaysia yang mempunyai wanita-wanita


yang

berkredibiliti,

berpendidikan

serta

berkebolehan

menimbulkan

persoalan. Gandingan buah fikiran daripada kalangan lelaki dan wanita


dalam pemerintahan mampu mewujudkan satu sistem yang lebih cekap dan
efisyen. Oleh itu, amatlah wajar wanita diberi peluang untuk menjawat
jawatan menteri berlandaskan siyasah syariyyah dengan mengambilkira
realiti tersebut.
2. Memberi Jaminan Hak Kepada Bukan Muslim
Pembinaan negara Islam di Madinah meniggalkan banyak kesan yang
dapat diadaptasi ke dalam pemerintahan Islam di masa ini. Pada awal
penubuhan negara Islam, Rasulullah memberikan kebebasan kepada bukan
muslim untuk menguruskan urusan agama mereka secara bebas. Apabila
kekuasaan

Islam

semakin

kuat,

maka

keperluan

untuk

menjalinkan

hubungan diplomasi yang lebih kompleks dan sistematik dengan bukan


muslim mencetuskan perundangan baru yang diberi nama jizyah.
Perundangan ini menjadikan status bukan muslim sebagai ahli
dhimmah yang berkewajipan membayar cukai kepada kerajaan dan sebagai
imbalan

kerajaan

perlu

menyediakan

suasana

yang

kondusif

untuk

kehidupan bernegara dengan aman dan harmoni. Realiti hari ini, terdapat
juga larangan yang wajar dilakukan oleh pemerintah untuk memastikan
agama Islam terus terpelihara seperti larangan menggunakan kalimah Allah
yang dibuat bersandarkan hukum fiqh. Dapat disimpulkan disini, kaedah ini
mampu memberi garis pertengahan dalam menentukan hak kepada
masyarakat bukan muslim dalam negara Islam.
3. Memastikan Hukum Syariah Diimplimentasikan Dengan Efisyen
Pemerintahan Islam perlu dipandu dengan sistematik agar undangundang syariah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Undang-undang
berkaitan dengan jenayah zina, rasuah, minum arak dan sebagainya dapat
17

dilaksanakan dengan berkesan melalui kewujudan satu sistem pemerintahan


yang menyelami realiti semasa. Sebagai contoh, perbuatan zina dapat
dielakkan

dengan

pelaksanaan

dasar-dasar

kerajaan

berpandukan

pendekatan kaedah fiqh.


Sebagai contoh, kerajaan negeri Kelantan telah mewujudkan beberapa
peraturan ke arah memastikan jenayah zina dan sumbang mahram dapat
dicegah dan dikawal. Kerajaan telah memperkenalkan etika kedai gunting
yang membolehkan tukang gunting berurusan dengan pelanggan yang sama
jantina

sahaja.

Seterusnya,

kerajaan

Kelantan

turut

mengharamkan

permainan yang melekakan dan menyumbang ke arah maksiat. Tujuan


utama ianya diperkenalkannya ialah menjaga generasi muda daripada terus
rosak dalam arus semasa yang fasid. Kerajaan Kelantan turut menghentikan
kegiatan kelab malam dan mengeluarkan arahan wajib memasang lampu
ketika tayangan filem di dalam pawagam. Pelaksanaan undang-undang ini
sangat jelas mendatangkan kesan positif dalam mencegah gejala yang tidak
sihat.
4. Menjamin Kebajikan Masyarakat Umum
Satu aspek yang penting dalam pemerintahan Islam, aspek kebajikan
wajar diberikan penekanan khusus. Hal ini kerana, kebajikan yang terpelihara
akan membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Rakyat
yang

diperintah

akan

merasa

bersyukur

atas

segala

program

dan

pentadbiran sesebuah kerajaan. Pengabaian kebajikan dalam pentadbiran


akan menimbulkan kekacauan, huru hara politik dan ketidakpuasan dalam
kalangan rakyat kerana merasakan hak mereka tidak dipenuhi. Sebagai
contoh langkah kerajaan ke arah menjamin kebajikan rakyat adalah dengan
memperbanyakkan

prasarana,

menyediakan

kemudahan

hospital,

menyediakan peruntukan banjir, menyediakan skim Bantuan Rakyat Satu


Malaysia peruntukan golongan miskin dan sebagainya. Oleh itu, program-

18

program yang mendatangkan kebajikan rakyat wajar diperbanyakkan dan


dikemaskan dari masa ke masa.

6.0

KESIMPULAN
Islam

merupakan

agama

yang

mempunyai

sistem

hidup

yang

menyeluruh, mencakupi semua bidang kehidupan. Islam juga mempunyai


kaedah tersendiri dalam tadbir urus negara dan masyarakat. Kaedah-kaedah
Siasah

Syariyyah

hendaklah

digunakan

dalam

tadbir

urus

negara.

Menggunakan kaedah siasah Syariyyah bermaksud menjalankan urus tadbir


19

sesebuah negara berdasarkan sesuatu yang baik, boleh menjamin sesuatu


kebaikan itu terlaksana dan mengelakkan keburukan, dengan syarat ia tidak
terkeluar dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umum syariah walaupun
perkara itu tidak disepakati oleh para imam mazhab.
Pemerintah atau pemimpin mesti berusaha menunaikan hak rakyat
atau golongan yang dipimpin bagi mengekalkan keamanan dan meraih
keredaan Allah SWT. Sebaliknya jika pemimpin mendahulukan kemusnahan
berbanding dengan kemaslahatan, ianya hanya mengundang kemurkaan
dan dosa yang besar di sisi Allah SWT. Ini dapat dilihat di beberapa Negara
islam di dunia. Kebinasaan iaitu pembunuhan rakyat yang menuntut hak
mereka diutamakan berbanding dengan kemaslahatan iaitu pemeliharaan
nyawa dan hak mereka.
Terdapat empat kaedah yang terbentuk daripada kaedah yang
dibincangkan di atas. Antaranya ialah Masalih Mursalah Mursalah bermaksud
mana-mana maslahah yang mendokong Maqasid Syariah (matlamat Syariah
Islamiah), Sad Al-Zarai bermaksud cara menentukan hukum syarak dengan
menggunakan kaedah menutup pintu atau saluran yang membawa kepada
keburukan dan kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus, Istihsan
ialah mengambil kira maslahah juzie ketika bertentangan dengan dalil kulli
dengan merujuk kepada maslahah mursalah dan meninggalkan qiyas
dengan melihat kepada maqasid syarak secara umum dalam perkara yang
difardukan dan Al-Uruf iaitu suatu amalan yang mendasari jiwa dengan
penyaksian akal yang diterima oleh tabiat semulajadi manusia dan tidak
bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Berdasarkan analisis yang dikaji, ternyata undang-undang di Malaysia
juga turut merujuk kepada kaedah-kaedah ini bagi perkara-perkara yang
tidak ada nas didalam Al-Quran. Sekiranya seorang pemimpin itu gagal
bertindak berdasarkan maslahah rakyat. Maka, pemimpin boleh mencari

20

inisiatif lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa membelakangi


rakyat

7.0

RUJUKAN

https://www.academia.edu/17353268/KEPENTINGAN_SIYASAH_SYAR_IYY

AH_DALAM_PEMERINTAHAN
http://m.utusan.com.my/rencana/kewajipan-pemimpin-mengutamakan-

kemaslahatan-rakyat-1.84954
https://www.academia.edu/8912171/Assignment_Syariah
https://www.academia.edu/17353268/KEPENTINGAN_SIYASAH_SYAR_IYY

AH_DALAM_PEMERINTAHAN
http://repository.um.edu.my/31756/1/38.%20ISLAM%20DALAM
%20TADBIR%20URUS%20NEGARA%20DAN%20MASYARAKAT%20-

%20%20PDF.pdf
http://repository.um.edu.my/32569/1/37a.%20%20HAK%20DAN
%20TANGGUNGJAWAB%20MASYARAKAT%20DALAM%20KONTEKS

%20SIASAH%20SYAR%60IYYAH.pdf
Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali (2000). Perbahasan Kaedah-Kaedah
Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

21

You might also like