You are on page 1of 3

PENGAJARAN TERSIRAT DARIPADA PERISTIWA KEJATUHAN

KESULTANAN MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang unggul di rantau
Asia Tenggara. Kesultanan Melayu Melaka merupakan kebanggaan semua masyarakat Melayu,
kehebatan Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah telah mencetuskan wawasan
empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kejayaan Kesultanan Melayu Melaka menarik pedagang
dari luar termasuk Maharaja China telah menjadikan Melaka berkembang sebagai satu pusat
perniagaan yang maju dan mempunyai hubungan luar. Kejayaan Kesultanan Melayu Melaka
menjadi satu lipatan sejarah yang tidak mudah dilupakan oleh mesyarakan sehingga ke hari ini.
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada 25 Ogos 1511 juga merupakan
satu titik hitam dalam lipatan sejarah kesultanan Melayu. Oleh yang demikian peristiwa
kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah satu pengajaran kepada masyarakat masa kini.
Kejatuhan Kerajaan Melayu tidak seharusnya berulang.
Berdasarkan rentetan sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka difahami bahawa
pemimpin adalah factor penting yang menentukan hala tuju, jatuh bangun sesebuah organisasi.
Pemimpin atau Pentadbir sesebuah organisasi adalah orang yang mengarah kerja dan memimpin
orang bawahannya secara keseluruhannya. Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung
sepenuhnya kepada kebijaksanaan pentadbirnya atau orang yang memimpin organisasi tersebut.
Seorang pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang berjaya mempengaruhi dan mengawal
anggota atau orang bawahan yang lain dalam organisasi tersebut. Kulanz Salleh dalam blognya
telah memetik pendapat Dr. Robiah Sidin (1988) dalam buku Asas Pentadbiran Pendidikan
yang mengakatan bahawa secara umum ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh
seseorang pemimpin. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi dan
kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Perkara
pertama adallah amat penting kepada seorang pemimpin. Kuasa jawatan yang ada pada
seseorang pemimpin membolehkannya bertindak untuk mengarahkan orang-orang bawahannya
melaksanakan sesuatu tugas disamping mengawal pelaksanaan tugasan tersebut. Kegagalan
seseorang pemimpin mengawal pelaksanaan tugas oleh orang-orang bawahan menyebabkan

berlakunya penyelewengan yang akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan
masyarakat. Situasi ini adalah sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada sesebuah
organisasi.
Pemimpin juga harus mempunyai kebolehan diri, dari segi mentaliti, kemasyarakatan dan
moraliti. Mentaliti

disini merujuk kepada kebijaksanaan dan berkebolehan untuk membuat

pertimbangan dalam menilai tindakan-tindakan yang hendak dibuat dari segi kesan baik dan
buruk tindakan tersebut berdasarkan ilmu pengatahuan dan pengalaman. Mentaliti juga dirujuk
kepda kebaranian dalam menghadapi cabaran dan resiko yang datang dari luar atau dari dalam.
Kreatif untuk merancang sesuatu kebaikan dan mempunyai inisiatif sendiri untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud. Sikap kemasyarakatan pula merujuk kepada sikap kesediaan
untuk memberikan dan menerima pendapat dari pelbagai pihak, bersikap poditif dan terbuka,
mampu menggerakkan sesebuah organisasi disamping semangat juang yang tinggi dan mampu
berkomunikasi secara berkesan dengan semua lapisan masyarakat. Manakala sikap Moraliti
merujuk kepada disiplin diri yang unggul, mempunyai kebersihan jiwa dalam mengendalikan
pentadbiran iaiitu adil, amanah, tenang, sabar, berpendirian dan ketahanan diri disamping
mempunyai iman yang teguh berlandaskan agama.
Perpecahan dan perbalahan antara kaum melayu dan India-Islam telah melemahkan
Kesultanan Melayu Melaka yang akhirnya Melaka tidak dapat dipertahankan daripada jatuh ke
tangan Portugis. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa perpaduan merupakan satu perkara
yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau sesebuah kerajaan.
Perpaduan adalah proses meyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk identity dan nilai
yang cinta dan banggakan tanah air.
Pemimpin Kesultanan Melayu Melaka pada masa kejatuhannya tidak

mempunyai

kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan
menilai yang baik dan yang buruk. Contohnya, Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka yang
telah menaikkan kadar cukai ke atas barang-barang dagangan mengakibatkan pedagang luar
berasa tidak senang dan beralih arah ke pusat-pusat perdagangan lain. Tindakan ini telah
mendatangkan kerugian kepada Melaka. Ini jelas memperlihatkan bahawa pemimpin Melaka
pada masa itu tidak membuat perhituangasn yang bijaksana. Mereka tidak menailai kebaikan dan

keburukan dari kesan tindakan mereka.

Mereka hanya mementingkan keuntungan jangka

pendek tanpa memikirkan bahawa tindakan mereka akan membawa kerugian yang berpanjangan.
Disiplin diri yang unggul juga tidak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin pada masa itu.
Sikap suka berpoya-poya,

You might also like