You are on page 1of 43

CTU263

7/11/2013

Maruwiah Ahmat

CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

MAKLUMAT KURSUS
2

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep, sumber
dan objektif pengurusan

Maruwiah Ahmat

KANDUNGAN
1. Pengenalan
Pengurusan Islam
1.1 Pengertian
Pengurusan
- definisi
- teori
- ciri-ciri
1.2 Sumber Pengurusan
1.3 Objektif Pengurusan
1.4 Sejarah Pengurusan
Islam

CTU263

7/11/2013

DEFINISI PENGURUSAN
3

Pengurusan berkait rapat dengan pentadbiran.


Terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi
pengurusan dan pentadbiran:
1. Pentadbiran dan pengurusan = perkara yang
sama (cuma berbeza sebutan dan ejaaan)
2. Pentadbiran dan pengurusan berbeza dari
semua aspek
3. Pentadbiran = sebahagian daripada
pengurusan ATAU
Pengurusan = lebih umum daripada
pentadbiran.

DEFINISI PENTADBIRAN
4

Maruwiah Ahmat

Muhd. A. Al-Buraey Administration diambil dari bahasa Latin,


administrare yang bermaksud pengurus.
Gladden Mengurus + mengawas manusia untuk menyelesaikan
masalah/pekerjaan.
Muhd. Abd. Rauf Proses pelaksanaan untuk mencapai sesuatu
matlamat/projek.
H. G. Federickson Pentadbiran negara secara sistematik untuk
tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan sosial.
Dimock Melaksanakan tugas pemerintahan, menyelaraskan
tenaga kerja dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta
tanggungjawab.

CTU263

7/11/2013

DEFINISI PENTADBIRAN
5

Kesimpulan
Muhd A. Al-Buraey, Gladden dan Muhd. Abd. Rauf:
Pentadbiran = mengurus + mengawas + proses
pelaksanaan = mencapai sesuatu matlamat.

H. G. Federickson dan Dimock:


Pentadbiran = hal pemerintahan dan pentadbiran
negara/awam

DEFINISI PENGURUSAN
6

Maruwiah Ahmat

Ahmad Ibrahim Abu Sin suatu kajian


ilmiah/kesenian terhadap bakat kebolehan serta
kemahiran seseorang menjadi pengurus.
Taji (sarjana India) melaksanakan perintah dan
menyelaraskan kegiatan bersama kelompok.
Muhd. A. Al-Buraey menyelaraskan tenaga
manusia sebagai makhluk sosial yang perlu
berinteraksi antara satu sama lain.
L. D. White menyelaraskan tenaga kerja untuk
mencapai matlamat negara.

CTU263

7/11/2013

DEFINISI PENGURUSAN
7

Dr. Mohd Yusof Noor kebolehan menggunakan


segala sumber alam dan manusia kurniaan Allah
SWT untuk kebajikan manusia dan sistem
pelaksanaan serta penyelarasan dasar
pemerintahan.
Prof. Syed Othman Alhabshi proses mendapat
dan mencantumkan segala sumber untuk mencapai
matlamat organisasi = barangan / perkhidmatan.
Yusof Ismail satu proses yang dilalui untuk
mencapai matlamat tertentu.

DEFINISI PENGURUSAN
8

Ahmad Ibrahim Abu Sin: Tiga pendapat umum


tentang pengurusan:
1.
Pengurusan = satu kajian ilmiah berpandukan =
prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa +
kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan
rancangan tersebut.
2.
Pengurusan = sebuah bentuk kesenian berasaskan
= kemahiran + bakat
3.
Pengurusan = pengkhususan berasaskan = prinsip +
peraturan tertentu

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

DEFINISI PENGURUSAN
9

Yusof Ismail: Teras kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam


berbanding pengurusan lazim:
1. mencari keredhaan Allah = mentaati Allah SWT dan
Rasulullah SAW
2. melaksanakan makruf dan mencegah mungkar
3. menjaga kesejahteraan masyarakat
4. membangunkan individu semaksimumkan mungkin
5. mewujudkan jamaah
6. melaksanakan syura
7. berlaku adil
8. berlaku ihsan
9. membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam

FUNGSI PENGURUSAN
10

1. Merancang memutuskan apa yang perlu berlaku pada


masa hadapan dan mencipta rancangan untuk
dilaksanakan.
2. Mengatur menggunakan sumber-sumber yang diperlukan
secara optimum untuk membolehkan rancangan
dilaksanakan dengan berjaya.
3. Memimpin/memotivasi menonjolkan kemahiran dalam
bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk memastikan
orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam
pencapaian rancangan.
4. Mengawal + mengawas memeriksa dan
membandingkan kemajuan yang sebenar dengan
rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut
berdasarkan maklum balas.

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

TEORI PENGURUSAN ISLAM


11

Maka pengurusan atau pentadbiran Islam


masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai
Suatu proses penglibatan dan
mengeksploitasi sumber (tenaga manusia,
benda dan perkara yang berkaitan )
supaya saling bekerjasama dan berfungsi
dalam sesebuah organisasi ke arah
mencapai sesuatu objektif dan tujuan
sama ada yang bermotifkan keuntungan
atau tidak ia hendaklah selari dengan
ketentuan-ketentuan syariat.

TEORI PENGURUSAN ISLAM


12

Kesimpulan dari pendapat sarjana tentang pengurusan


boleh dikategorikan kepada tiga kesimpulan iaitu:
Sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan
untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sebagai perlaksanaan dasar pemerintahan untuk


kebajikan awam atau rakyat.

Sebagai penyelarasan antara agensi kerajaan untuk


melaksanakan dasar yang telah diputuskan untuk mencapai
matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

TEORI PENGURUSAN ISLAM


13

Hierarki keutamaan pengurusan pembangunan dalam


Islam dibahagikan kepada tiga iaitu:

1. Dharuriyyat iaitu segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan


kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tidak dapat dipenuhi maka akan berlakunya
kepincangan dalam kehidupan.

2. Hajiyyat iaitu segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan
kemudahan dan menghindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka.

3. Tahsiniyyat iaitu nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa.

TEORI PENGURUSAN ISLAM


14

Perbezaan Antara Pengurusan dan Pentadbiran


Pentadbiran ialah perlaksanaan tidak melibatkan
perubahan dasar, pengurusan sebaliknya.
Pentadbiran tidak terlibat dalam membuat
keputusan, pengurusan menentukan keputusan.
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga
manusia, sistem perlaksanaan dan penyelarasan
untuk mencapai matlamat organisasi.

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

TEORI PENGURUSAN ISLAM


15

Keperluan Kepada Pengurusan Islam


Kebanyakan teori pengurusan memisahkan nilai masyarakat
setempat dan nilai organisasi.
Teori pengurusan semasa lebih menitikberatkan keuntungan
yang berlipat ganda tanpa mengambil kira tentang terapan
soal kerohanian dan kemanusiaan.
Pengurusan dengan acuan sendiri iaitu menerapkan nilai-nilai
Islam di dalam organisasi tanpa menceduk idea dari Barat.
Pembentukan identiti bangsa bermartabat.
Membawa rahmat kepada ummah, firman Allah SWT: dan
tidak kami utuskan engkau melainkan membawa rahmat ke
seluruh alam.

TEORI PENGURUSAN ISLAM


16

Sarjana Islam Mutakhir


- Muinal al-Din
- Zahid Ali
- Jurji Zaydan
- S. Khuda Bukhsh
- S. M. Imamuddin
- Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi
- Syed Othman Alhabshi

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

TEORI
PENGURUSAN
ISLAM
Peraturan
Mengikuti Kuliah
17

Sarjana Pengurusan Barat


- Peter Ferdinand Drucker
- Max Weber
- John C. Maxwell
- Thomas J. Peters
- Frederick Irving Herzberg
- Vytautas Andrius Graiinas
- Albert S. Humphrey
- Montgomery Watt

TEORI PENGURUSAN ISLAM


18

Pengurusan Barat dan Jepun


Falsafah dan Nilai
- Keperluan manusia
- Machiavellian

MEMAKSIMUMKAN
KEUNTUNGAN
- kebendaan
Pengurus dan tenaga kerja
Sistem dan amalan
- Kolar biru/putih
- Budaya
- Kemahiran
- Cara hidup
- prestasi

Maruwiah Ahmat

CTU263

7/11/2013

CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM


19

Ciri-ciri Umum Pengurusan Islam


1. Ikatan yang erat antara pengurus dan kakitangan
serta masyarakat.
2. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang
memberikan kepuasan = fisiologi, individu,
ekonomi dan kebendaan
3. Kemanusiaan dan kerohanian.
4. Menentukan tugas dan tanggungjawab.

CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM


20

Ciri-ciri Khusus Pengurusan Islam


1. Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia
dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam.
2. Menyempurnakan fisiologi pekerja.
3. Syura - mengadakan mesyuarat sebelum melakukan
sesuatu.
4. Kerjasama - mematuhi ketua dan pemimpin yang adil
khususnya dalam hal pengurusan.
5. Kemanusiaan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan.
6. Kebenaran bekerjasama memperjuangkan
kebenaran dalam segala hal pengurusan.

Maruwiah Ahmat

10

CTU263

7/11/2013

CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM


21

Pengurusan Islam
Falsafah dan Nilai
- al-Amanah
- al-khilafah

AL-FALAH
- Kejayaan dunia dan
akhirat
Pengurus dan tenaga kerja
Sistem dan amalan
- Kolar biru/putih
- Budaya
- Kemahiran
- Cara hidup
- prestasi

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


22

SUMBER PRIMER

Al-Quran

Allah SWT menjelaskan ayatayat berkaitan dengan


pengurusan dalam al-Quran
sebagai ikhtibar dan panduan

Maruwiah Ahmat

As-Sunnah
Melalui perbuatan, perkataan
dan pengakuan Nabi
Muhammad SAW yang sarat
dengan panduan dalam
pengurusan

11

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


23

Sumber Sekunder
Amalan para sahabat
Rasulullah SAW
Penulisan Ulama
Penulisan Sarjana
Semasa = Muslim/Non
Muslim

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


24

Al-Quran
Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Diturunkan secara berperingkat-peringkat
berdasarkan sesuatu peristiwa. Membaca Al-Quran
merupakan suatu ibadah.
Dalam perkara-perkara yang melibatkan kontak
pengurusan, berikut adalah ayat-ayat yang
berkaitan dengan dasar, taktik dan asas- asas
pengurusan Islam.

Maruwiah Ahmat

12

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


25

Pertama: Asas Ikatan Perjanjian (Kontrak) dan


Tanggungjawab Memenuhinya.
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah
organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh
individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau pun
surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung
syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan
kerja. Berikut adalah ayat yang mewajibkan kita mematuhi
setiap kandungan di dalam surat tersebut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang yang
beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian (AlMaidah:1).

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


26

Kedua: Asas Pemberian Ganjaran.


Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai
pekerjanya, diwajibkan memberi ganjaran kepada individu
tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan
tersebut tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut
maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi undangundang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang
mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang
berkhidmat untuk organisasi kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan bahawa
sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan
balasan apa yang diusahakannya (Al-Najm: 39).

Maruwiah Ahmat

13

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


27

Ketiga: Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai Yang


Wajib Diikuti.
Sesebuah organisasi sewajarnya mempunya matlamat yang jelas
untuk dicapai oleh pekerjanya. Ini bertujuan supaya pekerjanya
akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat
organisasi Islam adalah kebaikan di dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan di antara mereka ada
pula yang berdoa dengan berkata: Wahai tuhan kami! Berikanlah
kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah
kami dari api neraka. (Al-Baqarah: 201).

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


28

Keempat: Asas Komunikasi Dalam Organisasi.


Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam
organisasi. Komunikasi akan menyebabkan sesuatu arahan
dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan
kepada pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan
sesebuah syarikat akan gagal dalam mencapai
matlamatnya. Berikut adalah ayat yang menjelaskan
kepentingan organisasi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Apabila kamu diberi


penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka
balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya,
atau balaslah ia dengan cara sama. Sesungguhnya Allah
sentiasa menghitung setiap sesuatu (Al-Nisa: 86).

Maruwiah Ahmat

14

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


29

Kelima: Asas Pengurusan Sumber Manusia


Sumber Manusia merupakan satu jabatan yang
menguruskan tentang ambilan pekerja serta
bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa
bermotivasi. Berikut adalah ayat yang menyatakan
tentang sumber manusia.
Firman Allah s.w.t: Salah seorang perempuan yang berdua
itu berkata: Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang
upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil
pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. (Al-Qasas:
26)

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


30

Keenam: Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong


Menolong Antara Satu Sama Lain.
Hubungan antara jabatan-jabatan amatlah penting agar
kerjasama dalam dijalinkan. Ini bertujuan supaya sesuatu
matlamat itu lebih mudah hendak dicapai. Tanpa
kerjasama dari semua pihak mungkin menyebabkan
sesebuah ornganisasi lambat untuk mencapai
matlamatnya.

Firman Allah SWT: Dan hendaklah tolong-menolong


dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu tolongmenolong dalam melakukan dosa. (Al-Maidah: 2)

Maruwiah Ahmat

15

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


31

Ketujuh: Asas Etika.


Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang
baik. Ia bertanggungjawab menentukan tidak
seseorang itu baik ataupun tidak.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya pada Rasullulah itu
ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang
mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada
hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah.
(Al-Ahzab: 21)

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


32

Ayat-ayat lain
1.
Keadilan dalam urusan.
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku
adil dan berbuat kebajikan. (al-Nahl: 90 )
2.
Mempermudahkan urusan.
Allah sentiasa hendak meringankan beban
hukumnya daripada kamu, kerana manusia
dijadikan dalam keadaan lemah. (al-Nisa: 29)

Maruwiah Ahmat

16

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


33

3.
Kecekapan dan sistematik.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang
berperang di jalan-Nya dalam barisan yang
teratur seakan-akan mereka seperti satu
bangunan yang tersusun kukuh. (al-Saff: 4)
4.
Perubahan.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa
yang ada pada suatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. (al-Rad : 11)

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


34

5.
Larangan rasuah.
Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu
mengetahui salahnya. (al-Baqarah: 188)

Maruwiah Ahmat

17

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


35

6.
Arahan bermesyuarat
Amalan syura tidak syak lagi merupakan petunjuk Allah
SWT yang penting bagi mencapai kecemerlangan
organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran, ayat
159, yang bermaksud:
Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah keampunan
bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah (syura) dengan
mereka dalam urusan itu. Kemudian sesudah engkau
berazam (setelah melaksanakan syura untuk membuat
sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


36

Sunnah ialah apa


yang disandarkan
atau diambil
daripada Rasullulah
s.a.w sama ada
daripada perkataan,
perbuatannya atau
taqrirnya.

Maruwiah Ahmat

18

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


37

Antara asas-asas pengurusan Islam di dalam sunnah ialah:


Pertama: Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi.
Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui
cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan
mengunakan cara yang salah untuk mencapai matlamat ini kerana agama
Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan
perkara yang haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah
yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan
perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang
melakukan syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala
ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya
memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada
sempadannya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram.
(Riwayat Al-Bukhari).

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


38

Kedua: Asas Pertanggungjawaban


Asas ini bermaksud dalam sesebuah organisasi terdiri dari
individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap
individu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab
masing-masing bagi membantu mencapai sesuatu matlamat.
Sabda Rasullullah SAW: Setiap kamu adalah pengembala dan
kamu semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaga.

Maruwiah Ahmat

19

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


39

Ketiga: Mutu Kerja/Kualiti Kerja


Menjalankan tugan merupakan
tanggungjawab setiap pekerja yang
wajib dilakukan. Namun begitu Islam
menekankan kepada kualiti kerja
tersebut. Islam tidak membenarkan
umat sekadar bekerja tanpa
mengambil kira kualiti yang dapat
dihasilkan.
Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya Allah s.wt menyukai
apabila seseorang iu melakukan
dengan itqan (berkualilti).

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


40

Keempat: Pengurusan Masa


Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga
memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat
beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh
yang demikian islam amat menitik beratkan tentang
pengurusan masa.
Sabda Rasulullah s.a.w; Hendaklah engkau berada di
dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar
kemudiannya berpesan: Jika engkau berada di waktu
petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila
menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah
masa sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari
masa hidup engkau pada masa sakit engkau.

Maruwiah Ahmat

20

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


41

Kelima: Kewajipan Beretika: Berakhlak Baik Dan


Tinggalkan Akhlak Buruk.

Sabda Rasullullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah


SWT di mana engkau berada, apabila engkau
melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan
melakukan kebaikan, nescaya kebaikan
menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada
manusia dengan akhlak yang baik. (Riwayat Tarmizi).

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


42

Keenam: Asas Pemberian Upah Dari Aspek Masa.


Sabda Rasullulah SAW: Berilah upah kepada pekerja
sebelum kering peluhnya.
Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
pernah memberi pekerjaan kepada penduduk
Khaybar dengan upah separuh daripada hasil yang
dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman.

Maruwiah Ahmat

21

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


43

Hadis yang lain


1.
Hubungan kemanusiaan
Berbicaralah kepada manusia menurut kadar
akal mereka masing-masing.
2.
Corak kepimpinan
Sifat lemah-lembut itu apabila berada pada
suatu perkara nescaya ia mencantikkannya dan
bila ia ditarikkan daripadanya nescaya bertukar
menjadi hodoh.

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


44

3.
Kepakaran
Sesungguhnya Allah sukakan mukmin yang
pakar (al-muhtarif)
4.
Amanah kepimpinan dan tugas
Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan
ahlinya, tunggulah masanya (kehancuran)
5.
Menegakkan kebenaran
Katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit

Maruwiah Ahmat

22

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


45

SUMBER SEKUNDER
Ijtihad Para Sahabat
Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan
hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul.
Ijtihad ini harus didasarkan kepada empat sumber
utama iaitu al-Quran, Hadis Nabi, Ijma Ulama dan
Qias.
Dalam kontaks pengurusan Islam pula bermaksud
amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat
terutamanya khulafa al-Rashidin dalam era
pemerintahan mereka iaitu:

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


46

Amalan pengurusan SAHABAT paling utama


(Khulafa Rasyidin)
- Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a
- Saidina Umar bin al-Khattab r.a
- Saidina Uthman bin Affan r.a
- Saidina Ali bin Abi Talib r.a
Amalan pengurusan sahabat-sahabat lain, tabi, tabi
tabiin, serta imam Mazhab seperti Imam Shafie, Imam
Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Iman Hanafi.

Maruwiah Ahmat

23

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


47

PENULISAN PARA ULAMA TERDAHULU


Sarjana Pengurusan Islam terdahulu:
-

Ibn Hazm keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai


dan teori pemilikan tanah.
Nizam al-Muluk al-Tusi kebajikan, pentabiran
negara, pengurusan negara, tanggungjawab
pemerintah dan rakyat, produktiviti, kualiti, keperluan
asas dan perancangan awam.
Al-Ghazali kebajikan, keadilan kerajaan,
kemakmuran ekonomi, pembahagian buruh,
pengkhususan pekerjaan, perdagangan, akauntabiliti,
pengurusan kekayaan, pemilikan, kemiskinan dan etika
dalam ekonomi.

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


48

Maruwiah Ahmat

Al-Turtusi kekayaan, pembangunan tanah, cukai, isu


kewangan negara, kebajikan sosial, rasuah,
penyelewengan dalam pengurusan dan pentadbiran.
Al-Shirazi Al-Hisbah (pengawasan), konsep
pekerjaan, kesatuan sekerja dan perdagangan.
Fakhruddin al-Razi Kekayaan, keperluan asas,
berjimat cermat, kemiskinan dan analisis belanjawan.
Al-Shatibi Kebajikan am dan fungsinya, undangundang sosioekonomi, isu perjanjian perdagangan dan
pengurusan perdagangan.

24

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


49

Al-Maqrizi kewangan, kuasa membeli, pengurusan


belanjawan, cukai dan pengurusan pasar.
Ibn Tufail al-Qaizi teori ekonomi, pembangunan
individu dan masyarakat.
Muhammad Iqbal teori ekonomi, konsep manusia
dan tauhid, hubungan pembangunan rohani dan
kebendaan, milik awam dan peranan wanita.
Al-Muhasibi pengawalan kepentingan diri dalam
pengurusan, konsep keseimbangan, kekayaan,
pendapatan dan berjimat cermat.

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


50

Selain itu, terdapat manuskrip-manuskrip lama dan


dokumen mengenai pentadbiran antaranya :
1.
Surat oleh Khalifah Ali kepada gabenor Mesir, Malik
bin Haris al-Ashtar al-Nukhai
- beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika
pentadbiran, cara pelantikan kakitangan, hubungan
dengan rakyat, pengurusan kewangan dsb.
2.
Surat dari Ketua Setiausaha dalam zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah kepada rakan sejawat
mengenai etika profesion.
3.
Dokumen yang ditulis oleh Tahir ibnu Husain, seorang
jeneral Khalifah al-Makmun kepada anak beliau yang
dilantik sebagai gabenor al-Raqqah, Mesir.

Maruwiah Ahmat

25

CTU263

7/11/2013

SUMBER PENGURUSAN ISLAM


51

PENULISAN ILMUAN KONTEMPORARI ISLAM


Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam
Muhammad al-Buraey, Administrative Developement:
An Islamic Perspective
Muhammad Yasin Mazhar, Organisation of government under the
prophet
S. A. Q Husaini, Arab Administration
Jurji Zaydan, History of Islamic Civilization - Umayyads & Abbasids
S. Khuda Bukhsh, The Arab Civilization
S. .Imanuddin, Arab Muslim Administration
Muhammad Iqbal, Ilm ul Iqtisad
Prof. Datuk Dr. Syed Othman al-Habshi, Pengurusan dan pentadbiran :
mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai dan Islamic values
and management.

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


52

Maruwiah Ahmat

Melaksanakan
undang-undang
Allah

Memakmurkan
bumi

Melahirkan
masyarakat yang
berwibawa dan
adil

Melaksanakan
tugas sebagai
khalifah

26

CTU263

7/11/2013

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


53

Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara iaitu :


1.
Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti
berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hukum.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang
jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan
dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj: 41)
2.
Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha,
fikiran dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat
pemberian Allah dari perut bumi dan laut.

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


54

3.
Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi
termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan
pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka:
Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan
mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus
beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka
mereka itulah orang yang derhaka.

Maruwiah Ahmat

27

CTU263

7/11/2013

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


55

4.
Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil
dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan matlamat
terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan
maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,
meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah.

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


56

Manakala dalam kontaks pengurusan organisasi pula,


objektif utama pengurusan Islam adalah seperti berikut
Objektif Umum:
1. Menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada
pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
2. Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada
pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
3. Kriteria terpenting dalam mengukur pencapaian
organisasi serta melakukan pengawalan.

Maruwiah Ahmat

28

CTU263

7/11/2013

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM


57

Objektif Khas/Khusus
Objektif pentadbiran Islam secara khususnya ialah
untuk memelihara segala nilai-nilai yang diperlukan
oleh manusia iaitu yang terkandung dalam maqasid
syariah.

X
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
58

Maqasid
Syariah

Menjaga
akidah

Menjaga
harta

Menjaga
keturunan

Maruwiah Ahmat

Melindungi
nyawa

Melindungi
akal

29

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


59

PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebagai nabi dan Rasul


Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran al-Quran.
Baginda menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya
tentang aspek akidah.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah
cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan
pelbagai mukjizat oleh Allah.
Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, munakahat,
jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
Pernah melantik 12 orang ketua yang digelar sebagai naqib untuk menjadi
pemimpin dalam usaha dakwahnya.
Merancang mengadakan dakwah secara sulit, berhijrah ke Habsyah dan ke
Madinah.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


60

Hijrah ke Habsyah
(615 M- umat Islam dianiaya oleh Quraisy mencari
perlindungan di Habsyah (Abyssinia) diketuai oleh
Jaafar selama 3 bulan)

Hijrah ke Madinah
(622 M mengelakkan penganiayaan Quraisy dan
menyebarkan agama Islam)

Maruwiah Ahmat

30

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


61

Pemimpin masyarakat
Langkah baginda mempersaudarakan orang Ansar dan
Muhajirin sebaik tiba sahaja di Madinah.
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan
permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan
golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari
Mekah.
Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang
pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan
keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan
kukuh.
Bagindan juga menganjurkan berbuat baik dengan isteri,
ahli keluarga dan jiran.

SEJARAH
Maksud: PENGURUSAN ISLAM
62

Ansar
(orang Madinah)

Muhajirin
(orang Makkah)
+
(disaudarakan)

Aus

Khazraj

(pelbagai suku/kabilah)

Maksud:
Ansar orang yang menolong
Muhajirin orang yang berhijrah

Maruwiah Ahmat

31

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


63

Masyarakat Madinah
Orang Islam = Ansar + Muhajirin - disaudarakan

Orang bukan Islam = Yahudi dibuat perjanjian


Bani

Qainuqa
Bani Quraidzah
Bani Nadhir

Golongan pendatang (peniaga/musafir)

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


64

Islam sebagai
tonggak

Menghapus
semangat
asabiyah

Maruwiah Ahmat

Mempraktikkan
syura

Asas
kepimpinan
Rasulullah
SAW

Merangka
Piagam
Madinah

32

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


65

Pemimpin politik
Rasulullah SAW telah menubuhkan Majlis Syura dan telah
memilih para sahabat paling terkanan untuk menganggotai
majlis tersebut.
Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, syura merupakan
amalan serta budaya baginda dan para sahabat. Ini dilakukan
dalam perkara-perkara yang besar seperti dalam menentukan
strategi peperangan ataupun dalam menangani isu-isu rumah
tangga atau peribadi. Dalam kes menentukan strategi dalam
Perang Badar dan Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan
kedudukan yang paling baik bagi menempatkan tentera
muslimin. Hasil syura dengan para sahabat dalam Perang
Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk membina
parit bagi menghadapi kaum musyrikin.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


66

Sambungan.
Syura ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam
mentadbir negara, mengatur masyarakat serta mengurus
rumah tangganya.
Rasulullah berjaya merangka Piagam Madinah yang
merupakan perlembagaan pertama di dunia.
Baginda melantik pegawai yang berwibawa untuk menjadi
amir bagi wilayah-wilayah tertentu seperti Uthman ibn Amr
al-As sebagai Amir bani Thanif dan Attab ibn Usaid
sebagai amir Makkah.
Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan
menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam
dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Parsi, Byzantine,
Ghassan, Hirah dan sebagainya.

Maruwiah Ahmat

33

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


67

Piagam Madinah
(digubal 622M)
Kandungan:

23 fasal - tentang hubungan antara umat Islam sesama umat


Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal - tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan


Islam iaitu Yahudi.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


68

Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:


Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua
penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk
kepada baginda.
Perpaduan- Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau
menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka
hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Kebebasan - Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat
istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Kerjasama- Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama
dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari
serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
Keamanan- Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi
mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam
tersebut.

Maruwiah Ahmat

34

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


69

Pemimpin masyarakat

Perpaduan

Persamaan
taraf

Keadilan

Kebebasan

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


70

Maruwiah Ahmat

Sebagai contoh, ketua-ketua suku diberikan


peranan khusus bagi mengendalikan anggota suku
masing2.
Sebelum hukuman dijatuhkan kepada suku Yahudi
Bani Quraidzah yang berkomplot dgn kaum msyrik
Quraisy di Makkah, NM menyerahkan kuasanya
kepada Saad bin Ubadah (ketua Khazraj) dan
Saad bin Muaz (suku Aus) untuk menyiasat.
Setelh terbukti benar, Saad bin Muaz diberikan
kuasa utk menentukan hukumannya.

35

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


71

Perancang ekonomi
Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi
baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman
Jahiliah dengan bebas rasuah dan manipulasi.
Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan
bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam:
tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan
dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
Membahagikan harta rampasan perang kepada orang
Islam.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


72

Maruwiah Ahmat

Pemimpin tentera
Rasulullah sendiri memimpin semua peperangan yang berlaku pada
zamannya.
Orang Islam berjaya memenangi peperangan pertama (Badar) yang
disusun atur oleh baginda.
Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang
seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak
serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah
Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tentera
untuk mencapai kegemilangan.
Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada
tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan
seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.

36

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


73

Perkara
Pemimpin keluarga

Perkara
Pemimpin masyarakat

Huraian
Bersifat penyayang dan pemurah, bertimbang rasa,
ringan tulang membantu kerja-kerja rumah
Sangat dihormati dan disayangi termasuk bapa
saudaranya Abu Talib
Huraian
Mewujudkan kemesraan tidak kira masyarakat muslim
atau bukan muslim dengan akhlaknya
Konsep persamaan taraf sesama manusia. Antara
strategi yang dilakukan untuk menghapuskan konsep
perhambaan : - membeli hamba - melaksanakan
konsep kaffarah
Menjadi pendamai bagi puak yang bertelagah contoh
peristiwa: meletakkan batu Hajr al-Aswad.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


74

Perkara

Sistem kepimpinan- sebagai


Ketua Negara

Strategi dalam mewujudkan


hubungan antarabangsa

Maruwiah Ahmat

Huraian
Berdasarkan wahyu Allah SWT
Konsep
Syura
(dengan
beberapa
proses
perbincangan dan permuafakatan)
sama ada
dalam sistem organisasi negara atau sistem
pertahanan negara.
Melaksanakan dasar turun padang sebagai contoh
teladan kepada masyarakat.
Memberikan jaminan hak asasi kepada rakyat
Membebaskan negara dari penjajahan Rom dan
Parsi

Menjalinkan hubungan diplomatik - menghantar


perwakilan ke negara luar seperti Mesir, Parsi dan
Byzantine.

37

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


75

Perkara

Huraian
Menjadi Panglima Angkatan Tentera.
Menjadikan matlamat peperangan untuk
mempertahankan agama Islam.

Pentadbiran di Medan Perang

Membalas serangan daripada pihak musuh


Melarang keras membunuh/memerangi kanakkanak, wanita dan orang tua.
Lebih banyak mengadakan jalan
diplomasi/perdamaian
Tidak menceroboh pihak lawan
Membahagikan harta rampasan perang dengan
adil

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


76

PENGURUSAN ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN


Abu Bakar al-Siddik (tahun 51 Sebelum Hijrah - 13 Hijrah, 573-634
M)
Beliau ialah Abdullah bin Uthman bin Amir.
Merupakan lelaki dewasa pertama beriman dengan Rasulullah s.a.w
khalifah ar-Rasyidin yang pertama (11-13 Hijrah / 622 - 624 M).
Sentiasa mengiringi Nabi s.a.w sebelum dibangkit menjadi rasul dan
selepasnya.
Beliau telah sanggup untuk menanggung penderitaan,
membelanjakan seluruh hartanya dan sentiasa bersama dengan
baginda Rasulullah s.a.w selama baginda berada di Makkah.
Beliau telah mengiringi Nabi s.a.w semasa hijrah, di dalam gua dan
dalam seluruh peperangan.
Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w, telah memerangi golongan yang murtad dan mereka yang
enggan membayar zakat.

Maruwiah Ahmat

38

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


77

Beliau mengekalkan prinsip dan sistem yang dibawa oleh


Rasullullah SAW iaitu khalifah berperanan sebagai Ketua
Ibadah dan Ketua Pentadbiran. Beliau telah menggariskan
tugas dan tanggungjawab khalifah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.

Menegakkan keadilan
Mewujud dan mengekalkan keamanan.
Mempertahankan kedaulatan negara.
Melantik khalifah dan kerajaan iaitu gabenor dan duta.
Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kakitangan
kerajaan.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


78

Maruwiah Ahmat

Umar bin Al-Khattab dilantik menjadi ketua hakim


dan Pengagih Zakat.
Saidina Ali dilantik menjadi penyelia orang tebusan
perang.
Abu Bakar al-Siddiq melantik gabenor, duta dan
pegawai tinggi kerajaan dan mengawasinya secara
langsung.
Gabenor bertanggungjawab mengurus hal ibadah,
membicarakan orang yang melakukan jenayah,
memunggut hasil dan melaksanakan syariah
Islamiah.

39

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


79

Umar bin al-Khattab (40 Sebelum Hijrah - 23 Hijrah / 584 - 644 M).

Khalifah ar-Rasyidin yang kedua (13 Hijrah / 634 M).


Beliau memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah dan telah dilantik
menjadi khalifah selepasa kematian Abu Bakar as-Siddiq.

Beliau adalah orang yang pertama digelar dengan Amirul Mukminin.

Abu Bakar telah melantik beliau sebagai hakim pada masanya dan
beliau merupakan hakim yang pertama dalam Islam yang sentiasa
dibuat perbandingan tentang keadilannya.
Beliaulah orang yang memulakan tarikh dengan tahun hijrah Rasulullah
SAW, membuka pelbagai jabatan dan mewujudkan Baitul Mal.
Semasa pemerintahannya telah berlaku pembukaan Syam, Iraq, alQuds, Mesir, al-Madain, al-Ahwaz (sbhgn), Fars (sbhgn), Kirman
(sbhgn), Isfahan, Hurmuz, Khurasan (sbhgn) dan Nishapur.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


80

Pembaharuan dan inovasi yang dibawa oleh Saidina Umar Al-Khattab kepada
pentadbiran dan pengurusan negara Islam banyak sekali. Muhammad A. AlBuraey menyenaraikan seperti berikut:
1. Menubuhkan pasukan polis peninjau untuk mengawal waktu malam (assah).
2. Beliau telah menubuhkan pasukan polis (al-syurtah) rasmi dan ketuanya
dikenali sebagai Sahib al-Ahdath.
3. Menubuhkan pasukan menjaga ketenteraman awam di pasar (al-Hisbah).
Ketua mereka dikenali sebagai Muhtasib.
4. Menubuhkan penjara rasmi.
5. Memperkenalkan sistem buang daerah kepada penjenayah.
6. Menubuhkan biro pengaduan rakyat.
7. Mengadakan mesyuarat tahunan dengan gabenor, amil, hakim dan
pegawai tinggi.
8. Mewujudkan jawatan pemeriksa tanah.
9. Menubuhkan secara rasmi Baitul Mal.
10. Mendirikan wisma pemerintah.

Maruwiah Ahmat

40

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


81

11. Memperkenalkan kalender Islam.


12. Merumus konsep pengurusan mutakhir. Contohnya memperbaiki jalan di
Iraq kerana takut keldai akan cedera. Keldai itu akan mendakwanya di
akhirat. Membangunkan pusat dan wilayah seimbang.
13. Mewujudkan jawatan setiausaha kepada gabenor (Katib).
14. Mewujudkan Katib Al-Diwan iaitu setiausaha baitul mal dan tentera.
15. Mewujudkan Sahib Bait al-Mal iaitu ketua pembendaharaan negara.
16. Menubuhkan Diwan al-Insya iaitu untuk menyimpan rekod negara.
17. Menubuhkan Diwan al-Jund (kewangan dan pendapatan) pada 21 H
menyimpan rekod hasil negara, pembayaran gaji semua kakitangan
dan tentera. Catatan keluar masuk wang, mencatatkan rekod jumah
penduduk dan penghijrahan.
18. Mewujudkan jabatan wakaf yang dikenali Dar al-Daqiq (Rumah
Gandum) bertujuan mengumpul sedekah dan derma selain zakat unguk
diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


82

Uthman bin Affan (47 Sebelum Hijrah - 35 Hijrah / 577 - 656 M)


Merupakan khalifah ar-Rasyidin yang ketiga (23 Hijrah
bersamaan 644 Masehi) daripada kalangan Quraisy Bani
Umayyah.
Beliau telah dilahirkan di Mekah dan memeluk Islam selepas
sekejap dari kebangkitan. Beliau merupakan seorang bangsawan
yang kaya semasa Jahiliah.
Telah berkahwin dengan Rokiah dan kemudiannya dengan Ummu
Kalthum iaitu kedua-dua anak Rasulullah SAW, oleh itu beliau
digelar dengan Zun-Nurain.
Antara khidmatnya yang terbesar ialah beliau telah
memperlengkapkan tentera yang tiada kelengkapan perang
pada tahun 9 H semasa peperangan Tabuk bersama Rasulullah
SAW.

Maruwiah Ahmat

41

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


83

Sambungan
Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas
Umar bin al-Khattab.
Semasa pemerintahannya, beliau telah berjaya
membuka Armenia, Qauqaz, Khurasan, Kirman,
Sajistan, Afrika dan Cyprus.
Beliau juga telah menyempurnakan pengumpulan
al-Quran.
Pemerintah pertama membesarkan Masjidil
Haram dan Masjid Nabawi.
Beliau telah mewujudkan polis dan sistem
kehakiman.

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


84

Ali bin Abu Talib (23 Sebelum Hijrah - 40 Hijrah / 600 - 661 M)
Khalifah ar-Rasyidin yang keempat (35-40 H / 656-661 M), sebagai anak
asuhan Rasulullah SAW, sepupu dan menantu kepada baginda. Beliau
merupakan jaguh Perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan Hunain.
Beliau telah dibai'ahkan menjadi khalifah selepas terbunuhnya Uthman.
Beliau adalah merupakan antara kalangan orang yang terkemuka sebagai
khatib dan ulama dalam perundangan.
Beliau telah memimpin tentera dalam peperangan Jamal, Siffin dan
Nahrawan.
Beliau juga mengekalkan apa yang telah dipelopori oleh khalifah
sebelumnya.
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau berbanding dengan khalifah
yang lain ialah, beliau memberi arahan, nasihat dan garis panduan tugas
dan tanggunjawab yang jelas, terperinci serta bijaksana. Contohnya ialah
beliau surat perlantikan al-Asytar al-NakahaI sebagai gabenor Mesir.

Maruwiah Ahmat

42

CTU263

7/11/2013

SEJARAH PENGURUSAN ISLAM


85

Antara kandungan penting surat tersebut ialah


a. Berusaha mengelak dan mencegah rasuah.
b. Pegawai dan kakitangan kerajaan awam yang hendak
dilantik mestilah mempunyai kelayakan, kecekapan,
amanah dan dedikasi.
c. Mengarahkan agar mereka dibayar gaji yang mencukupi
bagi mengelakkan gejala rasuah.
d. Mengalakkan mereka hidup sederhana dan menjauhi
kemewahan dan pembaziran.
e. Berlaku adil dalam segala tindakan pentadbiran dan
pengurusan.

RUJUKAN
86

Rujukan Nota Kuliah Bab 1


1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota
Samarahan, Sarawak.
2. Slide dari http://lib.kedah.uitm.edu.my (15/6/2013)
3. Pengurusan dalam Islam dari
http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusandalam-islam.html (15/6/2013)
4. http://zakwanhalim.blogspot.com/2011/04/pengurusan
-dan-pengurus.html (17/6/2013)
5. http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/kepimp
inan-nabi-muhammad-saw-dalam.html (17/6/2013)
6. http://www.islam.gov.my/en/rasulullah-saw-sebagaipemimpin (17/6/2013)

Maruwiah Ahmat

43

You might also like