You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................2

2.0 DASAR PERLEMBAGAAN ISLAM DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN.................3

3.0 PILIHAN RAYA DAN DEMOKRASI DARI PERSPEKTIF SIYASAH SYAR’AH..............7

4.0 ANALISIS PRINSIP PENGURUSAN ISLAM DALAM ORGANISASI..................................9

5.0 KESIMPULAN............................................................................................................................11

RUJUKAN...............................................................................................................................................11
1.0 PENGENALAN
Berdasarkan sejarah, sejak mula kedatangan Islam dan penerimaan masyarakat tempatan
terhadap agama Islam secara meluas di Nusantara amnya dan di Tanah Melayu khasnya pada
abad ke-13 Masihi yang mana telah mengubah banyak nilai kehidupan masyarakat tempatan
terutamanya dari aspek akidah. Islam memainkan peranan yang penting merangkumi hampir
semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, akhlak, keilmuan, sosial, politik, pengurusan dan
sebagainya.

Berdasarkan konsep dan ajaran Islam yang luas dan menyeluruh inilah menyebabkan sebuah
negara Islam iaitu Malaysia berjaya ditubuhkan di rantau ini dengan kemunculan Melaka sebagai
pusat pengajian dan penyebaran Islam pada awal abad ke-15 di gugusan Kepulauan Melayu dan
turut tersebar di Sabah dan Sarawak (Malaysia Kita, 2014). Pemerintahan pada era Kesultanan
Melayu Melaka merupakan pengurusan dan pentadbiran Islam yang pertama di Malaysia dan
boleh dikatakan sebagai empayar Islam di Asia Tenggara berdasarkan Hukum Kanun Melaka
sebagai teras dan sumber perundangan Islam pertama di Tanah Melayu (Wan Nik & Asma’
Husna, 2006). Secara umum, sistem organisasi pemerintahan pada era Kesultanan Melayu
Melaka pada awalnya adalah bercorak feudal kerana rakyat dibahagikan kepada beberapa lapisan
mengikut susun lapis yang tersendiri dalam bentuk piramid serta bagi hierarki golongan
pemerintah pula, terdapat dua golongan iaitu golongan pemerintah atau bangsawan dan golongan
yang diperintah (Malaysia Kita, 2014).

Agama Islam berkembang di Malaysia dengan hikmah untuk memajukan umat Islam, malah
tidak memudaratkan yang bukan Islam. Contohnya, pada masa kini terdapat beberapa agensi
kerajaan terlibat secara langsung dalam memelihara dan menjaga martabat agama Islam di
negara Malaysia sama ada secara lansung atau tidak lansung seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM),
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tabung Haji, Pusat Zakat dan sebagainya. Ia
bermula apabila satu badan secara rasmi ditubuhkan bagi menggubal dasar dan menyelaras
pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di Malaysia oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang
mana telah bersetuju menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada
17 Oktober 1968. Seterusnya Kerajaan menubuhkan Urusetia kepada MKI ini iaitu Bahagian
Ugama di Jabatan Perdana Menteri kemudian ditukar nama kepada Bahagian Hal Ehwal Islam
(BAHEIS) dan kini setelah dinaikkan taraf dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) berkuatkuasa pada 1 Januari 1997.

Dalam tugasan ini, kupasan akan di buat berkenaan dasar perlembagaan Islam dalam pengurusan
pentadbiran, demokrasi dalam pilihan raya dari perspektif siyasah syar’iah dan satu analisis
perinsip pengurusan islam dalam sebuah organisasi.

2.0 DASAR PERLEMBAGAAN ISLAM DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN


Umum diketahui, sistem pengurusan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman purba lagi seperti
zaman Mesir Kuno, zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Sebagaimana yang kita maklum, sistem
pengurusan Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sistematik kerana sistem ini
bersumberkan kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Prinsip pengurusan yang sangat jelas,
penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur disamping mempunyai asas yang kukuh
untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan bukan melihat aspek kebendaan dan keduniaan
semata-mata. Beberapa sarjana-sarjana Islam telah mendefinisikan maksud pengurusan.

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, pengurusan adalah sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat
dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus. Manakala Muhammad A. Al-
Buraey berpendapat bahawa pengurusan merupakan penyelaras tenaga manusia untuk mencapai
matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, Professor Syed Othman Alhabshi mendefinisikan pengurusan merupakan suatu proses
mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya
untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Secara totalnya, pengurusan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses penglibatan dan
mengeksploitasi seumber (tenaga manusia, benda dan perkara berkaitan) supaya saling
bekerjasama dan berfungsi dalam sebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan
sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-
ketentuan Syariat Islamiah.

Dalam sebuah organisasi, pengurusan dan pentadbiran berpaksikan Islam boleh bersumberkan
daripada Al-quran dan As-sunnah. Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad
S.A.W melalui perantaran Malaikat jibrail. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat
berdasarkan sesuatu peristiwa. Dalam pengurusan, ada beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan
dasar, taktik dan asas-asas pengurusan Islam seperti berikut.

1. Asas Ikatan Perjanjian (kontrak) dan tanggungjawab memenuhinya

Apabila seseorang individu diterima bekerja di sebuah organisasi, perkara pertama yang
perlu dilakukan oleh individu itu ialah mengisi dengan lengkap borang perjanjian atau surat
tawaran bekerja dengan organisasi tersebut. Di dalam surat tersebut juga mengandungi
beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan peraturan-peraturan sebelum memulakan kerja.
Firman Allah SWT:

‫َيا َأُّيَها اَّلِذ يَن آَم ُنوا َأْو ُفوا ِباْلُع ُقوِد‬
“Wahai orang yang beriman! Penuhilah serta sempurnakan perjanjian”(Al-Maidah: 1)

2. Asas Pemberian Ganjaran

Sebuah organisasi yang mengambil individu menjadi pekerjanya diwajibkan untuk memberi
ganjaran kepada individu tersebut atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tidak
memberikan ganjaran kepada pekerjanya maka ianya adalah suatu kesalahan di sisi undang-
undang dunia mahupun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran
kepada pekerja yang berkhidmat.

Firman Allah Taa`la:

‫َو َأْن َلْيَس ِلِإْل ْنَس اِن ِإاَّل َم ا َسَع ٰى‬


“Dan Bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang
diusahakannya”. (Al-Najm: 39)

3. Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai yang Wajib diikuti

Sesebuah organisasi sewajarnya memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai oleh pekerjanya.
Hal ini bertujuan agar pekerjanya lebih berusaha dalam mencapai matlamat tersebut di
samping berlandaskan matlamat organisasi Islam iaitu kebaikan di dunia dan akhirat. Firman
Allah Taa`la:
‫َو ِم ْنُهْم َم ْن َيُقوُل َر َّبَنا آِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفي اآْل ِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬
“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan diakhirat dan
peliharalah kami dari api neraka”. (Al-Baqarah: 201)

4. Asas Komunikasi dalam Organisasi

Komunikasi merupakan asas terpenting dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana
komunikasi adalah penyebab sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada
majikan kepada pekerjanya.

Firman Allah Taa`la:

‫َو ِإَذ ا ُحِّييُتْم ِبَتِح َّيٍة َفَح ُّيوا ِبَأْح َس َن ِم ْنَها َأْو ُر ُّد وَهاۗ ِإَّن َهَّللا َك اَن َع َلٰى ُك ِّل َش ْي ٍء َح ِس يًبا‬
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah
penghormatan tersebut dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama.
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung sesuatu”. (Al-Nisa`: 86)

5. Asas Pengurusan Sumber Manusia

Sumber manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang pengambilan pekerja
serta bertanggungjawab dalam memastikan pekerja tersebut sentiasa bermotivasi.

Firman Allah Taa`la:

‫َقاَلْت ِإْح َد اُهَم ا َيا َأَبِت اْسَتْأِج ْر ُهۖ ِإَّن َخ ْيَر َمِن اْسَتْأَج ْر َت اْلَقِوُّي اَأْلِم يُن‬
“Salah Seorang perempuan itu pun berkata, Wahai Ayahku, ambillah dia sebagai orang
upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat
lagi amanah”. (Al-Qasas: 26)

6. Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong-menolong antara satu sama lain

Hubungan antara jabatan dengan jabatan juga majikan dengan pekerja amatlah penting agar
kerjasama seperti ini dapat terjalin disamping mudah mencapai tujuan dan matlamat
sesebuah organisasi pengurusan khususnya Negara.

Firman Allah Taa`la:


ۖ‫َو َتَع اَو ُنوا َع َلى اْلِبِّر َو الَّتْقَو ٰى ۖ َو اَل َتَع اَو ُنوا َع َلى اِإْل ْثِم َو اْلُع ْد َو اِن ۚ َو اَّتُقوا َهَّللا‬
‫ِإَّن َهَّللا َش ِد يُد اْلِع َقاِب‬
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu
tolong-menolong dalam melakukan dosa (kemungkaran)”. (Al-Maidah: 2)

7. Asas Etika

Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik (mahmudah). Oleh itu, etika
berperanan menentukan seseorang itu berperilaku baik atau sebaliknya.

Firman Allah Taa`la:

‫َلَقْد َك اَن َلُك ْم ِفي َر ُسوِل ِهَّللا ُأْس َو ٌة َح َس َنٌة ِلَم ْن َك اَن َيْر ُجو َهَّللا َو اْلَيْو َم اآْل ِخ َر َو َذ َك َر َهَّللا‬
‫َك ِثيًرا‬
“Sesungguhnya pada Rasulullah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang
mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak
memperingati Allah”. (Al-Ahzab: 21).

Seterusnya adalah Al-hadis. Antara asas-asas dalam pengurusan Islam itu adalah as-Sunnah.
Pertama: Kesesuaian sistem dengan matlamat organisasi. Sesuatu matlamat dalam organisasi itu
seharusnya dicapai melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Islam tidak
menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya
perkara halal itu nyata dan perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah
yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia
akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang
pengembala yang mengembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan
ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada
sempadan, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Keduanya ialah asas bertanggungjawab iaitu dalam sebuah organisasi terdiri dari individu yang
mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu seharusnya menjalankan
tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan dalam
mencapai matlamat organisasi. Sabda Baginda S.A.W: “Setiap kamu adalah pengembala dan
kamu semua dipertanggungjawab terhadap apa yang dijaga”. (Hadis Riwayat Al-Muslim)

Seterusnya ialah asas kualiti kerja dan mutu kerja. Islam begitu menekankan kepada kualiti kerja
dan menegah umatnya bekerja sekadar bekerja malah mengabaikan kualiti serta mutu kerja
mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila seseorang itu
melakukan dengan Itqaan (sempurna atau berkualiti).

Selain itu, pengurusan masa juga ditekankan dalam pengurusan Islam. Hal ini kerana masa
memainkan peranan penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga memperlihatkan
keupayaan sesebuah organisasi sama ada beroperasi secara cekap atau sebaliknya. Sabda
Rasulullah S.A.W: “Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang”.

Tambahan pula, kewajipan berakhlak baik dan meninggalkan akhlak buruk sangat dituntut dalam
diri setiap individu muslim ketika bekerja mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Sabda
Rasulullah S.A.W: “Bertaqwalah kepada Allah SWT di mana engkau berada, apabila engkau
melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan melakukan kebaikan, nescaya kebaikan
menghapuskan kejahatan, dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik”. (Hadis
Riwayat Tarmizi)

3.0 PILIHAN RAYA DAN DEMOKRASI DARI PERSPEKTIF SIYASAH SYAR’AH

Dalam bahasa Melayu perkataan siasah disebut sebagai politik yang bermakna ilmu pengetahuan
berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Siasah atau politik merupakan satu struktur yang
mengatur hubungan antara pemimpin dengan rakyat bawahan dan ia terbentuk daripada
keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.
Jadi makna siasah atau politik tadi diterapkan pada pengurusan dan sebagai latihan kemahiran
untuk orang yang mengurus sesuatu organisasi. Namun penggunaan perkataan siasah pada
zaman moden ini tidak hanya terikat pada aspek kebaikan sahaja, malah digunakan juga pada
tindakan yang tidak baik seperti tipu helah dan tipu muslihat. Siasah kini digunakan juga sebagai
suatu tindakan untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing.
Kalau siasah syariyyah pula membawa maksud mengurus dan mengatur pemerintahan supaya
mengikut syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, siasah syariyyah ini
melibatkan umat Islam dan bukan Islam yang bernaung dengan aman di dalam sebuah negara
Islam. Kandungan perbincangan siyasah syar`iyyah ialah sistem, peraturan dan undangundang
yang diperlukan dalam urusan sesebuah negara yang bertepatan dengan asas-asas agama dan
dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala keperluan mereka.

Perbincangan ulama-ulama silam mengenai siyasah syar`iyyah dalam kitab-kitab mereka adalah
bertujuan untuk menjelaskan kepada pemerintah ketika itu khususnya dan kepada ummah amnya
mengenai ilmu-ilmu pentadbiran Islam sebagaimana Abu Yusuf menulis kitab al-Kharaj, al-
Juwaini menulis kitab al-Ghiyasi, Ghiyas al Umam Fi Tayas Ahl al-Dzalam, al-Mawardi menulis
kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Taimiyyah menulis Siyasah Syar`iyyah Fi Ra`i wa al-
Ra`iyyah, Ibn Qayyim menulis kitab Turuk al-Hukmiyyah, Ibn Jamaah menulis kitab Tahrir al-
Ahkam Fi Tadbir Ahl al-Islam dan begitu juga ulama mutakhir seperti Abdul Wahhab Khallaf
menulis kitab Siyasah Syar`iyyah Fi Syu‟un AlDusturiyah wa al-Kharijiah wa al-Maliyah.

Demokrasi itu dilihat sebagai sesuatu yang progresif dan dinamik iaitu sistem yang berpusatkan
kepada kuasa rakyat atau ”al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan)’ bagi
menjamin hak-hak dan kebebasan. Dalam konteks demokrasi Islam, ia lebih daripada sekadar
hak dan kebebasan tetapi merujuk kepada amanah menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
Oleh kerana Islam meletakkan musyawarah sebagai asas atau teras sama ada dalam aspek
politik, ekonomi, sosial dan sebagainya maka penulis beranggapan bahawa demokrasi yang
diamalkan pada waktu ini juga menepati ciri-ciri syura ini dalam bentuk yang baru.

Demokrasi islamik menekankan konsep-konsep seperti shura (perunding), ba’iah (janji ketaatan
bersama), ijma’ (persemuafakatan), ijtihad (mengeluarkan pendapat) dan maslahah (kepentingan
awam) untuk menunjukkan bahawa islam tidak kurang dalam landasan-landasan yang sesuai
dengan perjalanan dan matlamat demokrasi di Malaysia.

Allah SWT telah mewajibkan umat Islam mengadakan perundingan atau permesyuaratan sesama
mereka sebelum melakukan sesuatu perkara, sama ada kecil atau besar. Kaedah ini merupakan
satu penghormatan dan kemudahan kepada umat manusia bagi menjamin kestabilan, keutuhan
dan keharmoniannya serta dapat mengelakkan dan menyelesaikan konflik dan salah faham yang
sering berlaku di kalangan manusia. Firman Allah SWT di dalam al-Qur'an:
" ....... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal
keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk
membuat sesuatu) maka benawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang benawakal kepadaNya. "

Syura merupakan prinsip utama dalam sistem pentadbiran Islam yang mana prinsip ini membina
persekitaran organisasi yang kondusif untuk menggalakkan partisipasi para pekerja dalam proses
pembuatan keputusan.

Malaysia seperti negara islam yang lain menerima demokrasi Barat secara bertapis. Secara
umumnya, kita mengamalkan pilihan raya tetapi masih mengekalkan nilai asal yang diwarisi dari
pengalaman pemerintahan Islam yang lampau. Negara Islam tidak menerima sepenuhnya
falsafah demokrasi ala Barat. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi
perbahasan hangat dalam kalangan masyarakat Islam satu masa dahulu. Demokrasi memberi
ruang penyertaan dalam kalangan rakyat dalam menentukan pemimpin, dasar dan hala tuju
negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak dalam menilai pemerintah dan dianggap nilai yang
baik dalam demokrasi.

Dr. Yusuf al-Qaradharwi dalam bukunya Priorities of the Islamic Movement in the Counting
Phase ada bab mengenai Pergerakan dan Kebebasan Politik dan Demokrasi. Dalam buku ini ada
menunjukkan bahawa islam tidak membenarkan sebarang jenis sistem autokrasi dan monarki.
Beliau menyokong sistem demokrasi dan politik bebas. Namun beliau mencadang
penambahbaikan dengan memperkenalkan satu fasal dalam perlembagaan yang menyatakan
tiada undang-undang yang akan diluluskan bertentangan dengan perintah dan hukum-hakam al-
Quran dan as-Sunah (P Quereshi 2009:4). Dari sudut teori, telah diterima secara umum bahawa
terdapat keselarian antara islam dengan demokrasi, sungguhpun secara hakikinya mungkin
terdapat perbezaan yang agak ketara antara kedua-duanya (Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif
2007:43.

4.0 ANALISIS PRINSIP PENGURUSAN ISLAM DALAM ORGANISASI


Faktor persekitaran yang sentiasa berubah begitu mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi.
Pelbagai pendekatan diamalkan oleh para pengurus sama ada kaedah pengurusan yang
menekankan struktur, sistem mahupun manusia yang menjadi komponen penting sesebuah
organisasi. Organisasi yang dipilih untuk analisis prinsip pengurusan Islam adalah Perbadanan
Johor.

Kebebasan berdasarkan konsep tauhid bermaksud manusia hendaklah bebas daripada terikat
dengan sesama manusia. Manusia perlu memberikan komitmen sepenuhnya kepada Allah SWT
yang mana ketaatan kepada selain daripada Allah tidak akan diterima. Kebebasan berasaskan
konsep tauhid membawa kepada konsep kesamaan antara segala makhluk. Apabila seseorang
merasa dirinya rendah daripada orang lain, maka kebebasannya terjejas.

Dalam konteks pengurusan, para pegawai hendaklah diberikan kebebasan dalam membuat
keputusan sendiri dan tidak perlu mematuhi peraturan yang bercanggah dengan kehendak Islam.
Peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam, seperti kes Hakam bin 'Amru Ghadaffi yang tidak
mematuhi perintah khalifah Mu'awiyah untuk membahagikan harta rampasan selain daripada
emas dan jongkong, di mana pegawai bawahan tidak perlu menurut perintah dan arahan yang
dianggapnya jelas bertentangan dengan keyakinannya, kepentingan awam mahupun Islam.

Adalah menjadi tanggungjawab utama pengurusan untuk menguruskan perhubungan dengan


pihak induk dengan jayanya. Tanggungjawab ini menjadi persoalan yang sangat sensitif. Isu
yang terlibat boleh menimbulkan konflik, khasnya sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan
komersil dan boleh menjejaskan kedudukan strategik korporat organisasi yang terbabit.

Perbadanan telah berusaha secara terus-menerus untuk memperkenalkan konsep satu budaya
korporat barn dan menerapkan konsep keadilan dan persamaan di kalangan seluruh anggota
pekerjanya. Sejajar dengan penekanan Islam yang melihat pekerja dari sudut kemanusiaan dan
bukannya sebagai faktor pengeluaran, Perbadanan telah mengambil beberapa langkah
menghapuskan unsur-unsur elitisme dalam mendemokrasikan pengurusan. Matlamat utama
Perbadanan adalah untuk memberi layanan yang sarna rata kepada semua para pekerjanya.
Kemuncak daripada us aha ini adalah apabila Perbadanan secara rasminya mengharamkan
penggunaan istilah 'kakitangan' pada tahun 1984.

Seterusnya, Pengerusi Eksekutif Perbadanan Johor, Dato' Mohd Ali Hashim dikenali sebagai
seorang pemimpin yang baik, mementingkan kebajikan pekerja, mementingkan hubungan baik
sesama kakitangan dan mementingkan amalan syura. Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin
selaku pengerusi Perbadanan menyatakan kepimpinan dan pasukan pengurusan yang berkesan
adalah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan Perbadanan.

Islam memberi perhatian yang berat terhadap aspek-aspek kepimpinan termasuklah ciri-ciri,
peranan pendekatan-pendekatan yang diamalkan oleh pemimpin dan juga faktor persekitaran dan
situasi yang mempengaruhi gaya kepimpinan seorang pemimpin. Model kepimpinan Islam
menggariskan beberapa ciri utama yang pedu diamalkan oleh seorang pemimpin Islam. Ciri-ciri
tersebut termasuklah berkebolehan, amanah, bersemangat, sabar dan jujur. Pemimpin juga
mestilah mengamalkan apa yang diperkatakannya. Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya. "

5.0 KESIMPULAN
Islam merupakan sebuah agama yang syumul dan lengkap. Ianya mengandungi pelbagai tatacara
dan peraturan untuk kehidupan seharian, pekerjaan dan juga dalam apa jua tindakan dan akitiviti
kita di dunia ini. Sebagai contoh, amalan Islam boleh di terapkan dalam pengurusan dan
pentadbiran negara mahupun organisasi. Selain itu, amalan demokrasi dalam pilihan raya juga
boleh dilaksanakan dengan mengaplikasikan cara dan gaya hidup Islam. Peraturan dan
bimbingan yang ada dalam agama Islam iaitu daripada Al-quran dan As-sunnah sememangnya
bertujuan untuk memastikan setiap manusia mempunyai hala tuju hidup yang betul dan paling
penting, untuk mendapatkan keredhaan Allah. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan
Muslimah, marilah kita menggunakan ajaran Islam sebaik mungkin dalam kehidupan seharian.

RUJUKAN

Bharudin Che Pa, S. A. (2010). Perlaksanaan Siyasah Syariyyah dalam Pentadbiran Di Malaysia.
Jurnal Al-Tamaddun, h. 58-65.

Dr. Mohamad Akhram Bin Laldin, D. M. (2008). Maqasid Syariah dalam Perlaksanaan Waqaf.
Jurnal Pengurusan Jawwar, 2(2), h. 2-5.

Hairunnizam Wahid, A. R. (2009). Pembaharuan Pentadbiran Untuk Pembangunan Menurut


Perspektif Islam.
Hasan Al-Bannah Mohamad, S. A. (2011). Pemantapan Sistem Pengurusan Islam Berkualiti
Melalui Konsep Tawhidi, Budaya Itqaan dan Nilai Ihsan. World-ISLAM 2011, h. 3-11.

Hasan Al-Bannah Mohamed, A. A. (2013, June). Sistem Pengurusan Islam yang Berkualiti
Mampu Menjamin Kepuasan Pekerja. Suatu Realiti dan Cabaran Masa Hadapan, 3(1), pp. h.
71-74.

Mohamad Hilmi bin Mat Said. (2000). Pemilihan Pemimpin: Kajian Perbandingan Sistem
Demokrasi Dan Syura.Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Zaidi Abdul Rahman. (2015). Maqasid A-Shariah Dalam Pentadbiran Negara:Satu
Tinjauan Sejarah Islam . Jurnal Fiqh, No. 12 (2015) 29-56

Mohd Izani Mohd Zain. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik. Ed 2.
Dlm. Shamrahayu A. Aziz (pnyt.). Islam, Demokrasi dan Raja di Malaysia: Perspektif
Perlembagaan. Hlm. 115-126. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

You might also like