You are on page 1of 16

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT)

Volume 1(3), June 2017: 51- 66

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM


MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Hj. Don &


Muhamad Faisal Asha’ari

ABSTRAK

Tulisan ini bertujuan untuk membincangkan konsep hisbah dan


pengurusan hal ehwal Islam (PHEI) di negeri Selangor yang berada
dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini kerana pengurusan hal
ehwal Islam yang berdaya maju dan berkesan amat penting bagi
menjana kemajuan masyarakat Islam pada masa kini. Hisbah
merupakan suatu elemen yang wujud dalam pengurusan hal ehwal
Islam dimana ianya menyentuh berkenaan konsep amar maaruf dan
nahi munkar. Manakala pengurusan Islam atau pengurusan hal ehwal
Islam merupakan suatu bentuk cara atau pengurusan yang berkaitan
dengan kehidupan umat Islam dalam mencapai al-falah iaitu
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kaedah analisis kandungan telah
digunakan bagi memenuhi objektif kajian. Jelasnya fungsi MAIS dan
JAIS adalah merupakan sebuah badan yang melaksanakan pengurusan
hal ehwal Islam mengikut jalur syarak yang betul, sesuai dengan kuasa
yang telah diberikan berdasarkan Undang –Undang Negeri Selangor;
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). Secara
teoritikalnya unsur hisbah itu wujud dalam pengamalan pengurusan hal
ehwal MAIS dan JAIS serta sesuai dengan dasar PHEI MAIS iaitu
untuk membangunkan ekonomi dan memelihara kesejahteraan umat
Islam di negeri Selangor Darul Ehsan.

Kata Kunci: Hisbah, PHEI, MAIS, JAIS

THE CONCEPT OF HISBAH AND MANAGEMENT OF


ISLAMIC AFFAIRS MAIS AND JAIS IN THE STATE OF
SELANGOR DARUL EHSAN

ABSTRACT

This paper aims to discuss the concept of hisbah and Management of


Islamic Affairs (MIA) in the state that is under the jurisdiction of the
Selangor Islamic Religious Council (MAIS) and Selangor Islamic
52 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Religious Department (JAIS). This is because the management of the


affairs of a viable and effective critical to generating the progress of
the Muslim community nowadays. Moral Conduct is an element
inherent in managing Islamic affairs where it touched on the concept
al-amr bi al-maᶜruf and al-nahyi ᶜan al-munkar. Whereas management
or management of the affairs of Muslims is a form method or
management related to the lives of Muslims in al-falah means to
achieve happiness in this world and the hereafter. Content analysis
method was used to meet the objectives of the study. Obviously the
MAIS and JAIS is a body which carries out management of Islamic
affairs according to Islamic law the right path, in accordance with the
authority granted by the rules of the State; Administration of the
Religion of Islam (State of Selangor). In theoretical, the elements of
hisbah is still exist in the practice of management of the affairs MAIS
and JAIS and MAIS PHEI accordance with the policy which is to
develop the economy and safeguard the welfare of Muslims in
Selangor Darul Ehsan.

Keywords: Hisbah, MIA, MAIS, JAIS

PENDAHULUAN

Pengurusan hal ehwal Islam pada masa kini terpaksa menghadapi


pelbagai halangan dan cabaran. Sesuai dengan perkembangan pada
masa kini yang memerlukan anjakan paradigma dalam meneruskan
lagi usaha yang lebih terkehadapan. Khususnya dalam persoalan
pengurusan Islam, supaya ianya dapat berkembang maju sesuai dengan
kehendak global pada masa kini. Agama Islam merupakan suatu
kepercayaan yang berdasarkan tauhid, dan ianya merupakan ajaran
yang merangkumi seluruh gerak kerja yang berkaitan dengan
kehidupan insan itu sendiri sesuai dengan kehendak fitrah.

Pelbagai masalah dan persoalan yang wujud sekitar pengurusan hal


ehwal Islam pada masa kini. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab
hendaklah memberikan perhatian yang lebih terhadap situasi tersebut.
Di samping itu juga, menjadi tanggungjawab dikalangan umat Islam
dalam memberikan kerjasama dan buah fikiran dalam usaha
mendayamajukan lagi aspek pengurusan Islam pada ketika ini dan
seterusnya. Antara perkara yang sering ditimbulkan adalah berkenaan
bidang kuasa badan pengurusan hal ehwal Islam itu sendiri, di mana
53 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

ianya hanya terbatas kepada beberapa lapangan sahaja seperti institusi


kekeluargaan, zakat, wakaf, pendidikan Islam. Malah terdapat juga
beberapa masalah lain seperti tahap perlaksanaan PHEI itu sendiri
sesuai dengan dasar dan strategi yang telah ditetapkan.

Di samping itu, aspek hisbah juga turut dititikberatkan dalam


perlaksanaan pengurusan Islam pada masa kini. Hisbah merupakan
suatu konsep dan amalan yang wajar difahami dalam setiap organisasi
khususnya yang berkaitan dengan institusi organisasi Islam. Tanpa
pengetahuan, pemahaman dan pengamalan hisbah yang berkesan maka
pelbagai masalah yang akan timbul khususnya korupsi dan pecah
amanah serta salah guna kuasa.

Sewajibnya setiap pihak yang bertanggungjawab lebih berkerja keras


dan telus dalam membina model pengurusan Islam yang mantap dan
berjaya. Elemen hisbah amat penting pada masa kini, etika yang
dibentuk perlulah menonjolkan aspek hisbah yang bersih daripada
sebarang korupsi dan penyelewengan. Pelbagai usaha yang wajar
dibuat dalam memastikan konsep hisbah dapat difahami dan diaplikasi
dalam setiap organisasi khususnya badan agama yang menguruskan hal
ehwal umat Islam, seperti majlis dan jabatan agama Islam negeri.

ULASAN KEPUSTAKAAN
Perubahan dan pembangunan pada masa kini di kalangan masyarakat
Islam khususnya di Malaysia amat memerlukan kepada bentuk
pengurusan hal ehwal Islam yang mantap dan benar-benar efisyen
dalam memenuhi tuntutan perkembangan zaman pada ketika ini.
Sewajarnya konsep pengurusan Islam yang benar-benar ideal dan
efektif perlulah difahami dan diamalkan untuk kepentingan
pembangunan umat Islam pada masa ini. Sesuai dengan perkembangan
dan perubahan semasa maka pengurusan Islam seharusnya sentiasa
berkembang dan terus maju dalam memacu usaha untuk masa depan
masyarakat Islam di Malaysia.

Begitu juga dengan aktiviti hisbah, ianya turut memainkan peranan


yang cukup penting dalam memastikan setiap perkara yang dirancang
berjalan dengan lancar sesuai dengan kehendak syariat Islam. Hisbah
merupakan sebuah badan kawalan dalam pengurusan bagi memastikan
perjalanan sesebuah organisasi akan berjalan dengan baik dan
berkesan.
54 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Kewujudan eleman hisbah atau biasanya dikenali sebagai audit amat


dititikberatkan lebih-lebih lagi kepada proses pengurusan Islam pada
masa kini. Ini adalah kerana konsep amr ma’ruf wa nahi munkar
menjadi unsur yang penting dalam etika hisbah. Skop pemahamannya
amat luas bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah Taala semata-
mata malah turut juga menekankan sistem muamalah sesama makhluk
khususnya manusia. Terdapat ramai ilmuan Islam yang telah
membahaskan konsep dan persoalan hisbah, antaranya ialah Imam al-
Mawardi (450H) dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, Abu Ya’ala al-Fara
(458H) dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Taimiyyah (728H) dalam
Hisbah fi Islam, Ibn Qayyim (751H) dalam Turuq al-Hukumiyyah dan
Ibn Khaldun (808H) dalam Muqadimah.

Dalam konteks hari ini, menurut Mohd Rumaizuddin Ghazali (2011)


institusi hisbah ini mempunyai bidang kuasa yang lebih luas dan bukan
terhad kepada tugas yang disebut di atas sahaja. Bidang yang
dijalankan oleh Direktorat Penguatkuasaan Majlis Daerah dan Dewan
Bandaraya merupakan sebahagian daripada bidang hisbah. Begitu juga
dengan pegawai pencegah maksiat atau unit penguatkuasaan dan
pencegahan Jabatan Agama Islam Negeri dan Pengurusan Tatatertib
Perkhidmatan Awam.Terdapat beberapa penulisan yang berkaitan
dengan hisbah antaranya ialah Auni Bin Haji Abdullah (2000). Hisbah
dan Pentadbiran Negara Hisbah : Konsep Serta Pengamalannya di
Malaysia oleh Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim (2008), dimana
ianya lebih kepada penerangan konsep dan perlaksanaannya secara
umum di Malaysia.

Malahan terdapat kajian yang telah dijalankan berkaitan hisbah


antaranya ialah Institusi hisbah dalam pentadbiran Islam : suatu kajian
mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
oleh Noranita binti Mat Rozi (2003) dan Institusi hisbah dalam sistem
Islam: suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Direktorat
Penguatkuasaan DBKL oleh Syahrul Faizaz Abdullah (2003). Kajian
yang telah dibuat cuba untuk menyentuh berkenaan sejarah dan bentuk
perlaksanaan hisbah yang telah dijalankan oleh kedua-dua badan
tersebut yang bukannya terdiri daripada badan berkuasa agama seperti
majlis dan jabatan agama Islam negeri.
55 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah merupakan sebuah badan


yang menguruskan hal ehwal umat Islam di negeri Selangor. Pelbagai
bahagian yang wujud dibawah kuasa MAIS dalam usaha untuk
menjayakan dasar dan strategi yang telah dibentuk dalam mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai sebuah badan yang
mempunyai autoriti dalam menangani dan membangunkan langkah
terbaik bagi memastikan hal ehwal umat Islam berjalan lancar
mengikut apa yang telah dirancang maka pelbagai tindakan dan
anjakan telah dilakukan.

Sebagai suatu institusi yang ditubuhkan oleh suatu enakmen yang


tertentu. Ianya tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. Ianya merupakan sebuah badan yang tertinggi
mengenai penadbiran agama Islam di negeri-negeri berkenaan, tetapi
kuasanya adalah terbatas dalam lingkungan melaksanakan Undang-
undang Pentadbiran Agama Islam (Hailani Muji Tahir 1984:69).

Setiap Majlis Agama Islam yang wujud tidak mempunyai sebarang


ikatan dengan Majlis Agama Islam yang lain, ini adalah disebabkan
setiap urusan keagamaan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam pada
setiap wilayah tersebut terletak di bawah kuasa Sultan atau Raja yang
memerintah (Wan Husin Azmi 1985: 146). Majlis Agama Islam hanya
berfungsi sebagai satu badan untuk menguasai dan mentadbir hal
ehwal agama Islam yang terbatas oleh konsep pemahaman dan amalan
undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang
Negeri. Malah jenis organisasi keislaman di Malaysia jelas ditentukan
oleh Sultan di bawah pengaruh pentadbiran birokrasi British yang
kesannya masih wujud hingga kini (Ideris Endot 1983).

Oleh itu, urusan pengurusan Islam di Malaysia berkait rapat dengan


pembentukan Majlis Agama Islam di setiap negeri. Ini adalah kerana
badan tersebut berfungsi untuk membantu Sultan atau Raja berkaitan
dengan urusan hal ehwal Islam dan menguruskan sebarang urusan
yang berkaitan dengan agama Islam (sesuai dengan bidang kuasa yang
telah ditetapkan) (Rauf al-Shalabi 1981: 254).

Satu kajian perlu dibuat secara khusus terhadap badan agama Islam
tertentu seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menguruskan urusan hal ehwal
umat Islam di Selangor dan kaitannya dengan Hisbah. Iaitu dalam
56 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

usaha untuk mengkaji tahap pengamalan hisbah dalam gerak kerja


yang telah dilaksanakan. Ianya sejajar dengan matlamat kerajaan
dalam usaha untuk mentransformasikan sistem pengurusan Islam
kearah yang lebih cemerlang.

KONSEP HISBAH
Hisbah merupakan suatu aspek yang penting dalam proses pengurusan
Islam, di mana ianya menjadi kayu ukur kepada tahap dan perjalanan
pengurusan itu sendiri. Tanpa tumpuan yang khusus terhadap aspek ini
maka pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud. Oleh itu, ianya
perlu kepada proses pemerkasaan khususnya terhadap perlaksanaannya
pada masa kini. Sehubungan itu, ianya wajar diteliti dari semasa ke
semasa, supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh
mengundang bala kepada sesebuah organisasi khususnya terhadap
pengurusan hal ehwal Islam.

Hisbah berasal daripada lafaz ‫( حسب‬hasaba) yang membawa kepada


beberapa makna, antaranya ialah menghitung, mengira, menimbang
ataupun menilai. Sementara perkataan ‫( احتسب‬Ihtisab) yang berasal
daripada akar umbi kata yang sama bermaksud mengharapakan
pembalasan pada hari akhirat dengan melakukan perbuatan yang mulia
disisi Allah Taala. Dengan pengertian inilah hisbah sering dikaitkan
dalam sejarah ilmu pengurusan dan pentadbiran Islam sebagai institusi
yang bertugas memerhati, meninjau dan supaya semua kerja berjalan di
atas landasan menegakkan yang baik (ma’ruf) dan mencegah yang
jahat (munkar) (Auni bin Abdullah, 2000: 1)

Dr. Abdul Karim Zaidan (2011: 263) menyatakan bahawa hisbah itu
ialah satu bentuk peraturan yang terdiri daripada beberapa peraturan-
peraturan Islam, ianya merupakan asas tanggungjawab bagi orang
Islam dalam menghilangkan kemunkaran dan menyeru kepada yang
maaruf.

Manakala Imam Mawardi (2006: 349) menjelaskan bahawa hisbah itu


membawa pengertian menyeru kepada perkara kebaikkan apabila nyata
ianya ditinggalkan dan menegah daripada perkara kemunkaran apabila
terzahir kemunkaran tersebut. Seterusnya Imam al-Ghazali (1980: 398)
mendefinasikan hisbah sebagai suatu ibarat yang meliputi konsep amar
maaruf dan nahi munkar. Ibnu Bassam memberi takrif hisbah sebagai
57 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

amar maaruf dan nahi munkar dalam usaha mendamaikan sesama


manusia ( 1968: 10).

Pengurusan yang baik dan teliti adalah bentuk pengurusan yang amat
teliti dan telus dalam memastikan gerak kerja sesebuah organisasi itu
berjalan lancar dan tidak terjebak dengan mana-mana bentuk tindakan
yang boleh membawa padah dan kerugian kepada organisasi tersebut.
Kaedah hisbah atau audit yang tepat dan cemerlang dapat menjamin
perjalanan pengurusan yang baik, secara tidak langsung setiap dasar
dan strategi yang telah dibentuk dapat dicapai dengan jayanya.

Kemunculan Hisbah dalam sejarah tamadun Islam bertujuan


memastikan segala suruhan dan larangan Allah Taala ditaati dan
dilaksanakan dalam kehidupan manusia. Keadaan ini menjelaskan
bahawa hisbah mempunyai bidang kuasa yang amat luas meliputi
pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, pengurusan dan pentadbiran.
Dengan kata lain, hisbah merupakan sumbangan Islam dalam
peradababan dunia kerana ia mengandungi pengertian luas dan
merujuk kepada penglibatan semua aspek kehidupan (Mardzelah
Makhsin, 2008: 109).

Hisbah beberapa rukun yang terdiri daripada muhtasib, muhtasab alaih


muhtasab fih dan ihtisab. Keempat-empat rukun ini amat penting bagi
memastikan institusi hisbah berjalan mengikut syariat Islam. Rukun
yang pertama adalah muhtasib (pegawai penguatkuasa) yang
menjalankan tugas-tugas hisbah sama ada ianya dilaksanakan sendiri
ataupun dilantik secara rasmi daripada orang tertentu. Adapun
seseorang yang melaksanakan hisbah dengan tanpa taklif daripada
pemimpin, maka para fuqaha’ memanggilnya mutatawwi’. Malah
mereka juga turut meletakkan beberapa perbezaan yang wujud diantara
muhtasib dan mutatawwi’ (Abdul Karim Zaidan, 2011: 319).

Rukun yang kedua ialah muhtasab alaih iaitu golongan yang


dikenakan tindakan hisbah atas sebarang kesalahan yang dilakukannya
tanpa sebarang pengecualian. Boleh juga ditakrifkan sebagai orang
atau pihak yang melakukan perbuatan-perbuatan munkar atau
meninggalkan perbuatan-perbuatan maaruf yang wajib. Manakala
muhtasab fih merupakan perkara yang menjadi fokus atau topik utama
hisbah. Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu amar maaruf dan
58 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

nahi munkar yang membabitkan hak-hak manusia dan hak-hak Allah


Taala.

Ihtisab merupakan rukun terakhir iaitu rupa bentuk tindakan yang


diambil terhadap orang yang terlibat dalam hisbah. Ianya terdiri
daripada kaedah dan strategi secara berperingkat. Ia bermula dengan
tindakan secara ringan seperti makluman seterusnya diikuti kepada
bentuk hukuman yang berat seumpama sebatan dan sebagainya.
Tujuan utama ihtisab ialah sebagai panduan kepada manusia bahawa
setiap kemungkaran yang dilakukan akan menerima pembalasan di
dunia dan akhirat (Mardzelah Makhsin, 2008: 51).

PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM (PHEI) MAIS DAN JAIS


Agama Islam amat mementingkan bentuk pengurusan yang baik dan
efektif dalam perjalanan kehidupan manusia. Pengurusan yang mantap
dan berkualiti akan dapat memberikan manfaat dan pulangan yang
lumayan kepada pengamalnya. Pengurusan di dalam Islam juga disebut
sebagai Pengurusan Hal Ehwal Islam merujuk kepada Sistem
Pentadbiran Awam di Malaysia.

Ini adalah kerana status undang-undang negara sendiri meletakkan


bahawa urusan hal ehwal Islam adalah urusan yang melibatkan
pengorganisasian yang dikawal oleh sesebuah negeri. Oleh itu,
kewujudan organsasi Islam secara tidak langsung akan melahirkan satu
sistem pengurusan yang dipanggil pengurusan hal ehwal Islam
(Razaleigh Muhamat@ Kawangit,2005:12).

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada perlunya


kajian sebegini antaranya ialah saranan kerajaan dalam usaha
mentransformasikan PHEI di Malaysia supaya menjadi berdaya maju
serta berjaya menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain,
wujudnya persoalan terhadap kekuatan dan kelemahan badan-badan
agama Islam dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan umat
Islam pada masa kini, dan mengkaji usaha institusi-institusi agama
seperti majlis dan jabatan agama Islam dalam melaksanakan konsep
amalan hisbah dan etika hisbah secara menyeluruh.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dahulunya dikenali


sebagai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Selangor telah
ditubuhkan di bawah seksyen 5, Enakmen pentadbiran undang-undang
59 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Islam 1952 yang bertujuan untuk menasihati Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) Sultan dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam dan
adat Melayu. Walaubagaimanapun, pada tahun 2003 nama dan identiti
badan ini telah ditukar kepada Majlis Agama Islam Selangor
berdasarkan pada seksyen 5 kurungan 1, enakmen pentadbiran agama
Islam (Negeri Selangor) 2003.

MAIS merupakan Suatu Badan Berkanun Negeri yang kekal dan Pihak
Berkuasa Utama selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
MAIS juga bertanggungjawab untuk menasihati dan membantu Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam semua perkara yang
berkaitan dengan agama Islam di dalam negeri Selangor, kecuali dalam
perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubung dengan
pentadbiran keadilan (Seksyen 6, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) Pindaan 2008).

MAIS berkewajipan untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan


mengusahakan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial masyarakat
Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak
(Subseksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Selangor) Pindaan 2008).

Ianya ditubuhkan adalah untuk membuat dan melaksanakan kewajipan


dan dasar memajukan ekonomi dan menjamin kesejahteraan sosial
umat Islam Negeri Selangor selaras dengan subseksyen 7(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Pindaan 2008, “...maka
hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan,
mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan
kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri
Selangor selaras dengan Hukum Syarak” (Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri Selangor 2003 & Pindaan 2008: 13).

Secara umumnya Majlis Agama Islam (MAIS) mempunyai peranan


yang cukup besar dalam usaha menjaga dan memastikan
perkembangan serta pembangunan agama Islam dan umat Islam di
negeri Selangor sentiasa terjamin dan sesuai mengikut perkembangan
semasa. Penubuhan MAIS dan JAIS mempunyai perkembangan
sejarahnya yang tersendiri, dan jika dilihat kedua-dua organisasi ini
saling bantu membantu dalam usaha merealisasikan dasar yang telah di
60 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

bentuk oleh badan penggubal dasar yang telah dilantik oleh Sultan
Selangor sendiri.

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan


Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat
dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis
yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu
pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor
supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan.

Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana


YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha
institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di
pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang
setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan
adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Pada asalnya penubuhan jabatan ini adalah untuk membantu usaha


kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah
Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang
Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan
Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam
Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah
digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada
perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal
Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja
Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya. Kini JAIS beroperasi
di bangunannya sendiri di Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran
Masjid, Seksyen 5, Shah Alam (Ab Aziz Mohd Din 2006: 126).

Majlis dan Jabatan Agama Islam di negeri Selangor memainkan


peranannya yang penting dalam pengurusan berkenaan hal ehwal Islam
di Selangor Darul Ehsan. Bentuk pengurusan tersebut berdasarkan
kepada dasar dan strategi yang telah dibina oleh badan tersebut dalam
menguruskan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.
Antaranya seperti pengurusan keluarga Islam, pengurusan
pembangunan insan (saudara baru), pendidikan Islam dan pengurusan
wakaf serta pendidikan Islam di Selangor.
61 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Malah Majlis dan Jabatan Agama Islam di Selangor mempunyai


bentuk atau proses yang tersendiri berkaitan struktur organisasi, dasar
dan strategi Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) berbanding negeri-
negeri lain yang ada di Malaysia. Secara ringkasnya MAIS berperanan
sebagai penggubal dasar, bertanggungjawab untuk menjaga, mengurus
hal kutipan dan harta umat Islam secara amanah dan telus.

Manakala JAIS pula bertindak sebagai pelaksana terhadap setiap dasar


yang telah digubalSehubungan dengan itu, untuk memastikan hal
ehwal Islam sentiasa terurus dan terjaga dengan baik maka wujudlah
beberapa bahagian di dalam MAIS seperti bahagian baitulmal,
bahagian sumber manusia, bahagian pengurusan, bahagian hartanah,
bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), bahagian kewangan,
bahagian audit dan bahagian undang-undang (Abdul Qahhar bin
Ibrahim, 2011: 51). Terdapat beberapa bahagian yang terdapat di
dalam MAIS dan JAIS yang memainkan peranan yang penting dalam
proses hisbah PHEI di negeri Selangor antaranya ialah (Selangor Maju
Menurut Perspektif Islam, 2005:79):

A. Bahagian Penyelidikan MAIS


Bahagian ini berperanan melaksanakan penyelidikan dan penelitian
bagi memastikan kesucian agama Islam dan keharmonian masyarakat
Islam terpelihara serta tidak diganggu gugat oleh mana-mana anasir
yang boleh merosakkan kesejahteraan dan kefahaman umat Islam di
negeri Selangor sesuai dengan ajaran Islam. Antara fungsinya adalah:
i) Merancang, melaksanakan dan memantau penyelidikan berkaitan
ancaman yang menggugat kesucian Agama Islam dengan sistematik
dan tepat, sama ada melalui penyelidikan dalaman, kerjasama (JV)
atau khidmat luar (outsource).
ii) Memberi kefahaman dan membuat hebahan kepada Islam di
Selangor berkaitan perkara-perkara yang menggugat kesucian
Agama Islam
iii) Mengadakan kerjasama/penyelarasan dengan Bahagian R&D yang
sedia ada di agensi-agensi MAIS dan agensi-agensi lain
(www.mais.gov.my [21/1/2017]).

B) Bahagian Undang-undang MAIS


Penubuhan bahagian ini adalah untuk memastikan segala urusan
perundangan Majlis diurus dengan efektif, efisyen dan profesional
melalui khidmat nasihat, penggubalan, penyediaan dan semakan
62 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

perjanjian dan pengurusan kes mahkamah selaras dengan peruntukan


undang-undang sedia ada berlandaskan Syariah.

i) Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan


Pusat ini dilihat berfungsi memberikan latihan dan maklumat kepada
golongan wanita yang mempunyai masalah dan ianya merupakan
sebagai pusat pemulihan serta perlindungan bagi golongan tersebut.
Kewujudan pusat ini adalah selaras dengan dasar dan strategi PHEI
MAIS iaitu dari aspek pembangunan sosial dan ekonomi serta
berfungsi sebagai pusat yang berperanan pada aspek amar maaruf nahi
munkar. Pusat ini berperanan untuk menguruskan permohonan
perlindungan wanita Islam dan juga berperanan untuk melindungi
kepentingan kaum wanita yang bermasalah di negeri Selangor. Setiap
pelatih akan diberi latihan, kaunseling serta bimbingan dalam segenap
aspek yang mencakupi rohani dan jasmani melalui tarbiyah Islamiah,
para pelatih juga akan dilatih dengan pelbagai kemahiran bersepadu
dan kemudahan latihan vokasional. Malah ianya juga turut
memberikan perkhidmatan perlindungan, pemulihan, latihan
bimbingan, kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan
gejala sosial selaras dengan kehendak maksud Seksyen 53 & 54 (2)
Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 (1995).

ii) Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman


Bagi memperkasakan lagi pelaksanaan hisbah PHEI di negeri Selangor
maka MAIS telah mewujudkan Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman
dalam usaha mengamalkan konsep amar maaruf nahi munkar di
Selangor. Pusat ini berperanan menyediakan perkhidmatan pemulihan
akidah serta mengembalikan kesedaran, kefahaman dan pemulihan
akidah Islam yang selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Para
pelatihan terdiri daripada mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran
sesat dan yang berkaitan dengan salah faham mengenai akidah Islam.
Para Pelatih akan diberi bimbingan pemulihan melalui kursus
pemulihan, sesi kaunseling dan aktiviti susulan (Selangor Maju
Menurut Perspektif Islam, 2005: 83). Jelasnya pusat ini merupakan
penempatan untuk tujuan pemulihan bagi mereka yang terbabit dengan
mana-mana ajaran salah sesuai dengan apa yang telah diperuntukkan
dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (1995). Pusat ini
dilihat sebagai sebuah pusat yang meneruskan kesinambungan usaha
amar maaruf nahi mungkar PHEI di negeri Selangor selain dari kaedah
penguatkuasaan.
63 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

iii) Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS


Bahagian Penguatkuasaan melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan
undang-undang dan pematuhan berkesan serta berusaha untuk
mencegah kemungkaran dengan penuh tanggungjawab, berhikmah,
berhemah, bertoleransi dan sabar. Aktiviti Bahagian Penguatkuasaan
meliputi penerimaan aduan awam, melaksanakan tindakan siasatan dan
menyediakan fail kes. Bahagian ini merupakan bahagian utama yang
berperanan melaksanakan hisbah dari aspek penguatkuasaan enakmen
kesalahan jenayah syariah negeri di samping memperkasakan usaha
amar maaruf nahi munkar di negeri Selangor sesuai dengan dasar PHEI
MAIS.

iv) Bahagian Perundangan Syarak JAIS


Bahagian Perundangan Syarak berperanan untuk menjalankan tugas-
tugas pendakwaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan di
bawah undang-undang Islam yang berkuatkuasa di negeri Selangor dan
juga mencadangkan pindaan atau penggubalan terhadap Enakmen
Undang-undang Islam Negeri Selangor. Bahagian ini dilihat sebagai
pihak tengah yang menghubungkan antara bahagian penguatkuasaan
dan mahkamah syariah. Usaha penguatkuasaan menjadi lebih mudah
dan profesional melalui penubuhan bahagian ini. Ini kerana bahagian
pendakwaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa
prosuder yang telah dikuatkuasakan dapat dipenuhi oleh bahagaian
penguatkuasaan sebelum dihantar kepada pihak mahkamah syariah
untuk tindakan lanjut seperti penyediaan laporan yang lengkap,
pembuktian yang nyata dan saksi yang mencukupi agar tidak
timbulnya masalah ketika proses pendakwaan di buat untuk tujuan
penghakiman di mahkamah.

Jelasnya MAIS dan JAIS adalah sebuah badan agama yang amat
penting dalam menjaga dan memelihara hal ehwal masyarakat Islam di
negeri Selangor. Dasar yang dibentuk adalah bertujuan untuk
memelihara kesucian dan kemurnian agama Islam. Di samping itu,
selain bertindak sebagai sebuah institusi agama di Selangor, pihak
MAIS dan JAIS terutamanya turut bertindak sebagai badan yang
melaksanakan hisbah sesuai dengan bidang kuasa yang telah
diperuntukkan berdasarkan undang-undang agama Islam Selangor.
Sekalipun pelbagai isu yang timbul pada masa kini seperti isu murtad,
ajaran sesat dan sebagainya, MAIS dan JAIS tetap berdiri teguh dalam
64 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

membela dan menjamin hal ehwal Islam di negeri Selangor Darul


Ehsan.

HASIL KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dibuat maka dapat disimpulkan disini
bahawa:
1. Hisbah merupakan suatu konsep amar maaruf dan nahi munkar
yang meliputi kepada seluruh aspek kehidupan manusia dalam
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
2. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan sebuah badan
yang amat penting dalam memelihara kesucian agama Islam di
negeri Selangor Darul Ehsan sesuai dengan kehendak dasar yang
telah ditetapkan berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri Selangor.
3. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diberikan tanggungjawab
menjadi pelaksana dasar pengurusan hal ehwal Islam (PHEI) di
negeri Selangor dengan bantuan pejabat-pejabat agama Islam di
setiap daerah.
4. Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS merupakan sebuah
bahagian khusus yang menjalankan aktiviti hisbah sesuai dengan
bidangkuasa yang telah ditetapkan dalam melaksanakan tugas-
tugas penguatkuasaan undang-undang dan pematuhan berkesan
serta berusaha untuk mencegah kemunkaran berasaskan nilai etika
yang telah ditetapkan sesuai dengan apa yang telah diperuntukkan
dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (1995) dan
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor (2003).
5. JAIS telah menetapkan beberapa bentuk etika tersendiri dalam
amalan pengurusan hal ehwal Islam JAIS dalam menjamin
kecemerlangan pengurusan dan nilai kerja.
6. Bidangkuasa PHEI MAIS dan JAIS masih lagi terbatas dalam
beberapa lapangan sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal umat
Islam di negeri Selangor.
7. MAIS dan JAIS merupakan sebuah badan agama yang penting
dalam merealisasikan konsep amar maaruf dan nahi munkar bagi
menjamin kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya kajian ini ingin menumpukan secara khusus kepada
konsep Hisbah dan kaitannya dengan Pengurusan Hal Ehwal Islam
(PHEI) di negeri Selangor. Melalui etika dan pelaksanaan hisbah yang
65 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

cemerlang maka pengurusan hal ehwal Islam yang kukuh dan sesuai
pasti akan dapat membawa kepada manfaat dan keberkesanan yang
lebih berkualiti dalam perlaksanaannya terhadap masyarakat
khususnya di Selangor.

Penyelarasan dan perlaksanaan yang jitu dan efektif akan dapat


membentuk nilai pengurusan yang berkualiti sesuai dengan
perkembangan zaman. Perkembangan semasa yang pesat pada masa
kini memerlukan kepada bentuk gerak langkah yang lebih sesuai
terhadap PHEI. Penambahbaikan dan cadangan yang difikirkan sesuai
terhadap pembentukan dan pengetahuan serta pemahaman yang tinggi
tentang hisbah wajar di ambil perhatian dalam usaha meningkatkan
lagi peranan pengurusan tersebut.

Di samping itu, konsep hisbah dalam PHEI perlu difahami dengan


sejelasnya oleh pihak-pihak yang berkenaan agar dapat mencapai
matlamat yang diingini hasil dari perlaksanaan PHEI. Islam amat
memandang penting terhadap bentuk pengurusan yang ideal sesuai
dengan prinsip-prinsip yang berteraskan asas agama Islam yang benar
khususnya yang berkaitan dengan hisbah.

RUJUKAN
Abd. Aziz Mohd Zin. (2006). Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Abdul Karim Zaidan. (2011). Nizām Al-Qadha’fi Al-Syariah Al-Islamiyyah.
Beirut: Muassasah Risalah Nashirun
Abdul Qahhar bin Ibrahim. (2011). Kajian Dasar dan Strategi Pengurusan Hal
Ehwal Islam (PHEI) MAIS dan JAIS di Negeri Selangor Darul
Ehsan. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan
Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. (1980). Ihya Ulum Al-Din, Jil 2. Beirut:
Dar Al-Rasyad Al-Hadithah
Al-Mawardi. (2006). Al-Ahkām Al-Sultaniyah. Kaherah: Dar al-Hadis
Anon. (2005). Selangor Maju Menurut Perspektif Islam. Shah Alam:
Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.
Auni Bin Haji Abdullah. (2000). Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala
Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd.
Hailani Muji Tahir & Mohd. Akhir Yaacob. (1984). Islam dan Beberapa
Persoalan Semasa. Bangi: Al- Rahmaniyah.
http://www.mais.gov.my/organisasi/sektor-perancangan-dan-
penyelidikan/bahagian-penyelidikan (21 Januari 2017).
66 | Konsep Hisbah dan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) Mais dan Jais
di Negeri Selangor Darul Ehsan

Ibn Bassam, Muhammad ibn Muhammad al-Muhtasib. (1968). Nihāyah al-


Rutbah fi Talab al-Hisbah, Beirut: Dar al-Nafais.
Ideris Endot. (1983). Dakwah Islamiah di Malaysia Semenjak Tahun 1957-
1979: Perkembangan dan Cabaran-Cabarannya. Tesis Ijazah Sarjana
Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mardzelah Makhsin. (2008). Hisbah: Sistem Pengawasan dan Etika
Pengurusan Islam. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim. (2008). Hisbah dan Pentadbiran Negara
Hisbah : Konsep Serta Pengamalannya di Malaysia
http://www.hisbahmohamadsyafiqe.my [16 Mei 2012].
Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2011). Penghayatan Prinsip Hisbah dan Urus
Tadbir yang Baik di Malaysia www.gerakmalaysia.org [16 Mei
2012].
Noranita binti Mat Rozi. (2003). Institusi hisbah dalam pentadbiran Islam :
suatu kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Bahagian
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam Jabatan
Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2005. Pengurusan Hal Ehwal Islam di
Pusat Islam IPT. Bangi: Pusat Islam UKM.
Shalabī, Rauf. (1981). Al-Islam fī Arkhabil al-Malāyū wa Manhaj al-Dacwah
Ilaihi. al-Qahirah: Matbacah al-Sacadah.
Syahrul Faizaz Abdullah. (2003). Institusi hisbah dalam sistem Islam : suatu
kajian mengenai sejarah dan pelaksanaannya di Direktorat
Penguatkuasaan DBKL. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Islam
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Undang-Undang Negeri Selangor; Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) (2003) & Pindaan 2008. 2008. Shah Alam: Majlis
Agama Islam Selangor.
Wan Husin Azmi & Harun Din. (1985). Al-Dacwah al-Islamiyyah fī Māliziyā
Zuhūruhā wa Intishāruhā. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Abdul Qahhar Ibrahim


Abdul Ghafar Hj. Don (Prof. Madya Dr.)
Muhamad Faisal Asha’ari (Dr.Pensyarah Kanan)
Jabatan Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor D.E. Malaysia
Fax: +603-8921 3152
Email: abdulqahharibrahim@yahoo.com.my

You might also like