You are on page 1of 13

Memahami Maqasid Syariah Suatu Keperluan Masyarakat

Abstrak
Artikel ini membicarakan gambaran secara umum berhubung disiplin ilmu Maqasid al-Syariah.
Keperluan masyarakat memahami konsep Maqasid al-Syariah sebagai metod yang digunakan
untuk mengetahui rasional atau tujuan sesuatu syariat diturunkan serta skop dan ruang lingkup
perbahasan ilmu Maqasid al- Syariah. Selain itu kepentingan masyarakat Islam cakna terhadap
disiplin ilmu ini dan kaitan dengan suasana semasa. Contoh pengaplikasian dalam suasana
semasa di sertakan bersama supaya mudah memahami kaedah pengkajian ilmu Maqasid al-
Syariah.

1.0 Pendahuluan
Pemahaman konsep Maqasid Syariah semakin rancak di perkatakan dan perbahasan
penggunaan elemen maqasid diaplikasi sedaya-upaya dalam pelbagai sektor untuk menjamin
kemaslahatan umat Islam. Hukum-hakam syariat diterjemahkan dalam bentuk cuba jaya bukan
sekadar teori bahkan diminta di laksanakan dalam pengurusan organisasi. Pengamalan di
Malaysia merintis dunia Islam dengan pelancaran Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan
oleh Yab Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 10 Februari 2015 bertempat di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bersempena Majlis Perdana Ulama Umara 2015.
Tujahan Indek Syariah Malaysia merangkumi perundangan Islam, politik, ekonomi,
pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan sosial. (Malaysia J. K., 2015).
Selain itu kesungguhan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan senarai
sekuriti patuh syariah sewajarnya di puji. Melalui edaran itu dinyatakan jumlah serta senarai
sekuriti yang patuh syariah (Malaysia M. P., 2015). Masyarakat boleh meneliti dan
mengenalpasti sebelum membuat sebarang pelaburan supaya tidak terjebak dalam perkara
syubhat. Penilaian dari semasa ke semasa oleh masyarakat yang menekankan syariat dilaksana
masyarakat sejahtera akan menjadikan agenda agama sebagai keutamaan dalam pemilihan.
Perbincangan Maqasid Syariah bukan bermakna mempermudah-mudah untuk tidak
melaksanakan syariat kerana obses mahu mencari hikmah disebalik pensyariatan. Bahkan
Maqasid al-Syariah konsep menjaga masyarakat daripada hilang kewarasan dalam mencari dan
mengumpul harta tanpa panduan agama sekiranya mereka dari golongan peniaga. Masyarakat
seharusnya di didik dengan kepelbagaian maslahah awam yang luas seperti isu alam sekitar,
kebajikan pekerja dan sebagainya. Masyarakat juga harus di tarbiyah dalam menjana jihad

1
ekonomi mengikut keperluan maqasid(daruriyat,hajiyyat dan tahsiniyyat) (Engku Ali, Engku
Rabiah Adawiyah, 2013).

2.0 Definisi Maqasid


Maqasid dari segi bahasa adalah kata jamak bagi ) (dan ia berasal daripada kata
terbitan ( ), yang bermaksud tujuan terhadap sesuatu Ia merujuk kepada perbuatan
menuntut, menetapkan atau memfokuskan kepada sesuatu perkara (Muhammad Zuhaili,
2015). Pemahaman yang sebenar di sebalik perkataan maqasid yang di ambil daripada
perkataan ( )sebagaimana yang digunakan dalam bahasa Arab memerlukan penjelasan
bersandarkan perkara berikut: (Zaharuddin Abd Rahman, 2014)
1. Ia di ertikan dengan makna kesederhanaan serta pertengahan diantara dua perkara. Al-
Quran menyatakan seperti berikut dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud Dan
sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan: Manakala dalam surah al-Fatir ayat 32
menjelaskan kepada kita kalimah sederhana dengan maksud Dan di antaranya ada
yang bersikap sederhana.

2. Di nyatakan juga dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Muhaddis
al-Zarqoni dalam kitab Mukhtasor al Maqasid, Hadis ini bertaraf sohih

( ) Bersederhanalah, bersederhanalah pasti kamu sampai. Bersederhana


adalah sikap yang terpuji dengan erti kata lain tidak melampau batas. Manakala dari segi istilah,
menurut pandangan ulama, ia bermaksud tujuan, matlamat, kesan dan makna yang
didatangkan oleh syariat, dan telah ditetapkan dalam hukum-hukum, serta berusaha untuk
merealisasikannnya dan dapat dilaksanakan pada setiap zaman dan tempat. (Muhammad
Zuhaili, 2015)

Beberapa pandangan ulama dinukilkan di sini agar pemahaman terhadap maqasid lebih
jelas dan terarah antaranya seperti berikut: (Zaharuddin Abd Rahman, 2014) .
1. Imam Abu Hamid Al-Ghazali
Beliau menyatakan maslahah pada mulanya ialah adanya manfaat serta menolak
mudarat. Maslahah menurut beliau memelihara tujuan sesuatu syariat yang Allah tetapkan
kepada hambanya. Tujuan-tujuan tersebut ialah menjaga agama, menjaga jiwa, menjaga akal,
menjaga keturunan dan menjaga harta. Kehilangan tujuan yang disebut diatas maka akan
berlaku mafsadah(kerosakan).Menjaga dari kehilangan tujuan adalah suatu maslahah.

2
2. Imam Asy-Syatibi
Beliau menjelaskan tujuan Allah menetapkan syariat untuk memberi kebaikan dunia
dan akhirat.Syariat yag ditujukan kepada umat Islam kebaikan semata-mata.Kebaikan yang di
janjikan oleh Allah bersifat kekal serta menyeluruh meliputi seluruh hamba-Nya yang mualaf
pada setiap keadaan.

3. Dr Muhammad Uqlah
Objektif sesuatu syariat diturunkan menurunkan rahmat serta bersamanya hikmah, nilai
yang bersifat tinggi. Pelaksanaanya untuk mencapai tujuan syariat itu sendiri berdasarkan
hukum-hukum yang disyariatkan terhadap manusia.

3.0 Batasan Maqasid syariah


Sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan
dimuliakan Bani Adam dengan bermatlamatkan kemuliaan berbanding seluruh makhluk yang
lain. Keistimewaan ini telah menjadikan manusia diangkat martabatnya menjadi khalifah di
muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan manusia sebagai makhluk yang sia-sia
ciptaanya, malah telah mengutuskan dalam kalangan manusia itu para Rasul dan Nabi, serta
diutuskan bersama mereka kitab- kitab dan syariat. Syariat yang terakhir diturunkan kepada
manusia adalah Al-Quran dan di syarahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan tiga
pendekatan utama iaitu syarah secara langsung, syarah melalui praktikal tunjuk cara dan
pengakuan Rasulullah. Hal ini bertepatan dengan firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah
ayat 3 yang bermaksud sebagaimana berikut:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Ayat di atas telah di turunkan pada hari Arafah selepas waktu asar pada hari Jumaat tahun 10
hijrah yang merupakan haji pertama dan terakhir bagi Rasulullah (Imam Abi Hasan Ali Bin
Ahmad, 2000).
Syariat ini bertujuan mencapai kesejahteraan bagi manusia di dunia demi
merealisasikan amanah mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Oleh yang demikian
itu, maka telah lahirlah hukum hakam untuk memastikan kemaslahatannya kepada manusia
dan menjauhkan kemudaratan dalam pelbagai sudut kehidupan. Ia bukan sahaja dapat
membimbing manusia ke arah kebaikan, membawa mereka kepada jalan yang benar. Hukum

3
syariat yang ditetapkan melalui al-Quran dan al-Sunnah sebenarnya mengandungi 1001
hikmah yang tersirat di sebalik perlaksanaanya. Bagi tujuan tersebut, telah diturunkan
bersamanya usul dan furu serta penjagaan terhadapnya agar dapat diguna pakai sepanjang
zaman. (Muhammad Zuhaili, 2015)

Para ulama telah menetapkan bahawa maqasid syariah dapat memberikan kebaikan
dan kemaslahatan kepada manusia di dunia dan akhirat, sama ada kebaikan tersebut diperolehi
secara langsung mahupun sebaliknya. Alaz bin Abdul Salam telah berkata: Ketahuilah bahawa
Allah Subhanahu Wa Taala tidak menetapkan sesuatu hukum daripada hukum-hukumNya
melainkan untuk memberi kemaslahatan secara langsung atau tertangguh, sebagai satu cara
memberikan kelebihan kepada hambaNya Oleh itu, telah jelaslah bahawa sesuatu pensyariatan
yang telah ditetapkan tidak sama sekali memberikan keburukan kepada manusia di dunia dan
akhirat, malah ia mempunyai tujuan-tujuan tertentu yang mana memberikan kebaikan kepada
manusia di sebalik pelaksanaanya. (Muhammad Zuhaili, 2015)

Allah S.W.T tidak menjadikan dan menetapkan sesuatu yang sia-sia buat hambaNya.
Dari satu sudut, sesuatu pensyariatan itu bukan sahaja memberikan induksi yang penuh kepada
kitab-kitabNya, malah, dari sudut yang lain juga, ia adalah untuk kebaikan manusia seluruhnya.
Untuk tujuan tersebut, pensyariatan yang Allah turunkan kepada manusia sangat sempurna,
yang mana ia meliputi aqidah dan ibadah, akhlak dan muamalat, akad harta, politik syariah,
denda dan hukuman, serta lain-lain lagi.

Justeru itu, aqidah dengan usul dan furunya telah diturunkan bagi memelihara
kemaslahatan kepada manusia dalam memberikan hidayah kepada mereka ke arah agama yang
benar, iaitu Islam dan Iman yang utuh kepada Allah Taala. Keimanan ini sebenarnya
memuliakan dan menaikkan martabat manusia berbanding makhluk yang lain, menjauhi
kesesatan dan kemusnahan, serta memelihara mereka daripada kepercayaan yang batil, hawa
nafsu dan syahwat yang kebinatangan. Hukum- hakam berkaitan aqidah seterusnya
mewujudkan keimanan kepada Allah Taala dan menjauhi kemaksiatan. Hal yang demikian
kerana, ia tidak lain tidak bukan adalah bagi mengangkat manusia dan keimanan mereka ke
satu martabat yang tinggi, iaitu dengan mengelakkan berlakunya syirik dan perhambaan kepada
berhala serta mendewakan matahari, bulan dan bintang. Terdapat pelbagai kisah yang Allah
telah rakamkan buat manusia melalui penceritaan kaum-kaum terdahulu di dalam Al-Quran
(Muhammad Zuhaili, 2015)

4
Manakala dari sudut ibadat pula, terdapat banyak nas yang menerangkan wujudnya
hikmah dan tujuan di sebalik sesuatu pensyariatan. Sesungguhnya Allah Taala tidak
memerlukan ibadah dan ketaatan hambaNya, malah tidak menerima sedikit faedah pun
daripada ketaatan hambaNya dalam melakukan sesuatu ibadat, dan juga tidak menerima walau
sedikit pun kemudaratan ke atas kemaksiatan hambaNya. Hal ini demikian kerana, semua
manfaat, faedah dan hikmah yang tersirat di sebalik ibadat-ibadat tersebut sebenarnya kembali
kepada hamba itusendiri. Walaubagaimanapun dalam pelaksanaan ibadah hikmah pelaksanan
sesuatu pensyariatan bukan matlamat yang di cari kerana syariat datang daripada Allah sebagai
hamba Allah yang mengaku beriman wajib menyatakan Kami dengar Kami Taat.

Dari sudut muamalat pula, Allah Taala telah menerangkan tujuan dan hikmah darinya,
iaitu untuk memberikan kemaslahatan kepada manusia dari setiap faedah dan kebaikan. Ia juga
menghalang daripada berlakunya ketidak adilan dan penipuan antara manusia. Melalui
pensyariatan tersebut, telah terzahir kemaslahatan buat manusia yang mana ia sebagai suatu
dakwah

4.0 Kepentingan dan keutamaan umat Islam memahami maqasid syariah


1)Menambah keimanan dan mengukuhkan aqidah.
Apabila umat Islam mengetahui berkaitan tentang maqasid maka secara tidak langsung
amalan yang di buat akan mengukuhkan akidahnya. Pelaku kepada ibadah yang mengerti
maqasid lebih beriltizam serta menjaga sungguh-sungguh hukum syariat yang terkandung di
dalamnya kebaikan dan kemaslahatan. Mengelakkan umat Islam terutama orang awam
daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak di suruh oleh syara.Mereka akan
menjadi ahli masyarakat yang berpegang teguh dengan syariat serta mengambil peduli terhadap
hukum hakam yang telah di tetapkan oleh syariat serta tidak berdolak dalik dengan perintah
yang telah qotie. Bahkan mereka akan bertambah bangga dan sayang dengan Islam dalam masa
yang sama mencintai Allah dan mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat (Samih Abd
WAhab al-Jundi, 2008)

2)Mengukuhkan pengabdian
Umat Islam yang mengetahui maqasid al-Syariah akan mempunyai jati diri aqidah yang
mantap. Manakala Pelaksanaan ibadah yang dilakukan akan lebih yakin serta semata-mata
kerana Allah bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Zariat ayat 56:

5



Maksudnya : Allah tidak jadikan jin dan manusia kecuali sembah Allah
Pengabdian kepada Allah tidak akan berlaku sekiranya ibadah yang dilakukan oleh seorang
Muslim sekadar ikut-ikutan daripada bapanya tanpa ada ilmu. Islam memberi kebahagian dunia
dan akhirat. Oleh kerana itu pengabdian kepada Allah tiada betbelah bagi umat Islam yang
faham tentang maqasid syariah (Samih Abd WAhab al-Jundi, 2008)

3)Menangkis serangan pemikiran


Dunia hari ini dilanda dengan serangan pemikiran, Terlalu banyak dakyah-dakyah maupun
seruan-seruan yang dituju kepada IsLAM. Musuh Islam berusaha merosakkan aqidah umat
Islam serta mewar-warkan amalan-amalan yang menyeleweng serta penuh dengan
pembohongan bertujuan menimbulkan perasaan ragu terhadap umat Islam dan
menyembunyikan kebenaran Islam. Umat Islam dituduh dengan tuduhan yang jahat. Maka
jelas betapa ilmu maqasid ilmu yang sangat penting untuk menyingkap tujuan manusia yang
penuh dengan kepura-puraan. Masyarakat atau umat Islam yang jahil tentang ilmu maqasid
akan mudah dan cepat di tipudaya (Samih Abd WAhab al-Jundi, 2008)

4)Meyakini dan mengelakkan salah faham terhadap Perundangan Islam


Pelaksanaan undang-undang Islam suatu kewajaran yang harus diusahakan untuk
dilaksanakan. Maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 178 menjelaskan tatacara
berkaitan kesalahan Qishas sebagai suatu renungan kepada kita semua.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan
orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan
wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya,
hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi
maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barang siapa yang
melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam kisas itu ada
(jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa
Islam sangat mementingkan maslahah. Kebaikan yang di guna untuk semua umat
manusia. Menurut catatan suratkahabar Mesir al-Akhbar kadar jenayah di Amerika bertambah
sebanyak lapan belas peratus pada tahun 1974. Manakala jumlah harta benda yang di curi
bernilai enam juta dua ribu enam ratus dolar Amerika, di samping jumlah kematian melibatkan

6
pelbagai jenayah sebanyak dua puluh ribu orang (Mat Saat Abd. Rahman, 1993) Perbandingan
dengan Arab Saudi yang mengamalkan hokum jenayah qisas dan hudud sebelum tahun 1974
dalam masa dua puluh empat tahun kes jenayah yang melibatkan jenayah curi tidak melebihi
enam belas kes (Mat Saat Abd. Rahman, 1993). Ini menunjukkan pensyariatan hukum
mencapai maqasid dengan memelihara suasana aman dalam masyarakat.

5)Ketahanan dan kekuatan intelektual


Umat Islam mudah mengetepikan doktrin-doktrin yang tidak sehaluan dengan Islam
apabila telah memahami objektif pensyariatan bukan memandang sinis dan memperlekeh
agama sendiri. Sikap bangga dengan Islam, bangga beramal dengan cara hidup Islam suatu
yang mesti di perkukuhkan dalam minda masyarakat Islam. Dalam masa yang sama musuh-
musuh Islam akan gerun serta tidak berani berbuat sewenang-wenangnya terhadap umat Islam
dari paelbagai sudut.Sebagaimana Sayidina Umar al-Khattab memberi penegasan umat Islam
kaum yang di hebatkan dengan Islam selagi berpegang teguh dengan ajaran dan petunjuk
daripada Islam.

6)Seiring dengan kehendak syariat


Umat Islam kehidupannya di pandu oleh Allah dengan menjadikan Islam sebagai cara
hidup dalam pelbagai lapangan kehidupan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208





Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu
musuh yang nyata bagimu.
Islam sangat membenci sikap manusia yang mengaku beriman tetapi dalam melaksanakan
tuntutan Islam tidak sungguh-sungguh,

5.0 Contoh aplikasi Maqasid Syariah

5.1 Jual beli ketika azan Jumaat

7
Berjual beli ketika azan Jumaat ditegah. Arahan daripada Allah menegaskan agar umat Islam
bersegera meninggalkan jual beli apabila azan dilaungkan pada hari Jumaat. Penjelasan tentang
perkara ini di sebut di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:





Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli
(pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang
sebenarnya),
Arahan meninggalkan jual beli membawa maksud tidak di benarkan berjual beli ketika
azan telah berkumandang. Ulama Fiqh tidak berkhilaf dalam dalam menentukan status ayat
ini terhadap umat Islam yang sibuk berjual beli walaupun azan telah berkumandang. Golongan
ulama muktabar yang terdiri daripada Maliki, As-Syafii, dan Hambali mereka berpandangan
tegahan tidak boleh berjual beli ketika azan berkumandang sebagai suatu petunjuk kepada
hukum haram. Begitu juga apa yang di sebut oleh para Ulama Hanafi hukum makruh ketika
azan tetapi masih berjual beli sangat hampir dengan haram sama ada penjual atau pembeli
(Zaharuddin Abd Rahman, 2014)
Objektif pensyariatan tegahan berjual beli apabila azan telah berkumandang bagi
mengelakkan masyarakat Islam terutama golongan lelaki yang mukallaf meninggalkan solat
Jumaat. Solat Jumaat bagi lelaki adalah Fardhu Ain. Wajib untuk setiap individu lelaki yang
telah akil baligh menunaikannya. Umat Islam wajib memahami bahawa solat Jumaat adalah
perkara wajib di tunai dan wajib dilaksana kecuali ada sebarang keuzuran yang di benarkan.
Solat lebih utama daripada jual beli dan segalanya kerana ia merupakan teras dalam agama dan
merupakan hak Allah yang wajib di tunaikan. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah
disusun oleh ibn Hibban yang bertaraf sohih menyebut berkaitan hak hamba kepada Allah
sebagaimana berikut: (Takhaqoqo min Sihhati al-Hadis bi Suhulah, 2015)



Maksudnya: Sesungguhnya bagi tuhan kamu atas kamu ada haknya, Bagi keluarga kamu ke
atas kamu ada haknya, Bagi tubuh badan kamu ke atas kamu ada haknya, berikan setiap yang
berhak hak-haknya.
Sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

8
:))
))
Maksudnya : Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali
empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit. (Hadis
riwayat Abu Daud dan lain-lain)
Sabda Baginda lagi:

)) ((
Maksudnya: Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang
yang sakit. (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Imam an-Nawawi: Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran
yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah
(Samsuddin, Muhammad bin Ahmad al-Khotib, 1994) Peringatan dari Rasulullah kepada orang
Islam yang mukallaf meninggalkan solat Jumaat tanpa sebab selama tiga kali digelapkan
hatinya (Samsuddin, Muhammad bin Ahmad al-Khotib, 1994)


Maksudnya : Sesiapa orang Islam Mukallaf meninggalkan solat Jumaat tanpa sebab sebanyak
3kali digelapkan hatinya.
Oleh yang demikian itu, Maqasid syariah memberikan suatu penanda aras bahawa Solat
pembeza antara orang Islam dan sebaliknya.Kefahaman umat Islam terhadap maqasid khusus
berkaitan solat memastikan umat Muhammad cakna dan tidak mencuaikan solat kerana setiap
orang yang bersolat telah berjanji dan berikrar di hadapan Allah ketika membaca doa iftitah.


Maksudnya: Sesungguhnya Solatku,ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian
alam.

5.2 Aplikasi Maqasid pelaksanaan waqaf

Waqaf berasal daripada perkataan bahasa arab ( - ) .


Manakala merujuk kamus Besar Bahasa Melayu : (memberikan (harta/tanah bagi keperluan
agama)menyerahkan tanah untuk perkuburan, memberikan/ menyerahkan masjid/surau dan

9
madrasah untuk keperluan dan di gunakan oleh orang ramai (Zainal Abidin Safarwan, 1995)
Pendekatan al-Quran terhadap kalimah waqaf dirangkumkan kepada tiga perkataan yang biasa
di gunakan dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia(Waqaf, Qard, infak). Contoh
firman Allah dalam surah al-Muzammil ayat 20 untuk menjelaskan maksud qard :





Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada
Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu
kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi
Allah,
Al-Quran juga menyatakan tidak akan mendapat kebaikan selama-lamanya selagi harta yang
di kasihi tidak di belanjakan pada jalan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Ali-Imran
ayat 92:



Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan
sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Terdapat perbezaan antara waqaf, sadaqah dan infak. Sadaqah di tujukan kepada orang-orang
fakir, miskin, pengutip zakat dan para muallaf. Firman Allah dalam surah taubah ayat 60:








Berikut merupakan syarat-syarat yang di kehendaki dalam aqad waqaf: (Mahmood Zuhdi
Abdul Majid;Mek Wok Mahmud;Akhtarzaite Abdul Aziz, 2012)
1. Pemberi waqaf memberi dengan sukarela bukan paksaan
2. Penerima waqaf di tentukan sama ada individu tertentu atau organisasi
3. Pewaqafan tiada tempoh serta tidak terikat dengan waktu
4. Barang waqaf wujud ketika serahan
Pensyariatan waqaf terhadap umat Islam tiada sebarang paksaan dalam proses pelaksanaan
kerana Islam mengajar penganutnya berlumba-lumba melakukan kebaikan. Keuntungan
dikembalikan pahalanya kepada orang yang mewakafkan manakala individu yang berat hati
berwaqaf kerugian pada dirinya tanpa memberi kesan kepada orang lain. Antara hikmah-
hikmah pensyariatan waqaf boleh di bahagikan kepada tiga dimensi: (Mahmood Zuhdi Abdul
Majid;Mek Wok Mahmud;Akhtarzaite Abdul Aziz, 2012)

10
1. Dari sudut ibadah: Waqaf satu qorinah mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Waqaf adalah satu cara menyucikan hati daripada sifat tamak dan haloba serta
mementingkan diri sendiri. Waqaf juga mendidik pewaqaf bahawa harta yang dimiliki
merupakan pinjaman dari Allah untuk menguji sejauh mana seorang hamba mampu
menggunakan dan menghabiskan mengikut tatacara yang di redhai oleh Allah. Infak
yang dilakukan dalam bentuk waqaf oleh individu menunjukkann bahawa mereka
mengimani firman Allah yang menyatakan kebaikan tidak dapat diraih selama-lamanya
selagi mana harta yang dikasihi tidak di belanjakan pada jalan Allah.

2. Dari sudut kemasyarakatan: Sosioekonomi ummah boleh dipertingkatkan dengan


kaedah berwaqaf. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial dapat dilaksanakan
dalam pelbagai bentuk untuk membantu secara langsung golongan yang tidak
berkemampauan. Contoh waqaf Selangor Muamalat yang menggunakan dana waqaf
orang ramai untuk pembangunan infrastruktur kesihatan, pembiayaan peralatan
kesihatan, kos rawatan kesihatan, dana penyelidikan dan sebagainya.

3. Dari sudut keagamaan: Pensyariatan waqaf menunjukkan Islam fleksibel. Peranan


waqaf telah banyak memainkan peranannya sejak zaman Rasulullah sehinggalah ke era
kegemilangan Tamadun Islam. Pembinaan masjid Kuba dan masjid Nabawi di bina
dengan harta waqaf. Sebagaimana di maklumi Universiti al-Azhar merupakan institusi
pengajian tinggi yang di bina daripada harta waqaf. Kelebihan Universiti Al-Azhar
berbanding institusi pengajian yang lain yang telah menjangkau 1000tahun
memberikan pendidikan percuma kepada seluruh penuntutnya dari seluruh dunia. Hal
ini menyebabkan berduyun-duyun pelajar dari seantero dunia menjadikan Al-Azhar
sebagai tempat menimba ilmu pengatahuan.

6.0 Kesimpulan
Maqasid Syariah adalah cabang disiplin ilmu Islam yang dicetuskan oleh sarjana Islam
sebagai sokongan terhadap ilmu Usul Fiqh. Ilmu Usul Fiqh adalah metod mengeluarkan hukum
syara berpandukan kepada nas-nas daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qias. Manakala
Maqasid Syariah satu kaedah penentu hukum yang mengambil kira faktor-faktor yang perlu
diberi perhatian dan keutamaan serta tidak bercanggah dengan prinsip asas yang berkaitan
dengan faktor masa, tempat, zaman, keadaan dan sebagainya. Sebagaimana kitab Muwafaqat

11
karangan Imam Syatibi yang merangkumkan kedua-dua disiplin ilmu dalam kitab yag sama
Usul Fiqh dan Maqasid al-Syariah. Situasi semasa pada hari ini kita melihat manusia sering
mencari pembuktian sebelum sesuatu perkara mahu dilaksanakan sekalipun ia jelas ada nas
daripada al-Quran dan hadith .
Kelebihan disiplin ilmu ini sebagai benteng mengimbangi serangan-serangan
pemikiran barat terhadap Islam serta menjaga keizzahan Islam daripada pemikiran-pemikiran
songsang. Penggunaan logik akal serta mudah difahami dengan syarat tidak menyalahi syara
adalah tatacara yang di ketengahkan oleh disiplin ilmu Maqasid al-Syariah. Suatu yang amat
wajar untuk umat Islam cakna dengan ilmu ini serta mendalaminya. Pengetahuan terhadap ilmu
Maqasid al-Syariah sebagai suatu landasan memahami rasional di sebalik pensyariatan sesuatu
hukum. Imam Syatibi menyatakan dalam kitabnya Muwafaqat Maqasid merupakan roh bagi
sesuatu amalan.
Penguasaan Fiqh tanpa maqasid tidak sempurna atau dengan bahasa mudahnya falsafah
di sebalik pensyariatan sesuatu hukum untuk memudahkan orang awam lebih memahami.
Suatu metod bagi mengelakkan perasan bosan, terpaksa dan malas mudah dirasai jika tidak
mengetahui kepentingan, kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan yang diamalkan. Bahkan pada
masyarakat umum pastinya bila mengetahui falsafah sesuatu syariat akan lebih mengukuh dan
berkeyakinan dalam pelaksanaan suatu amalan.

Rujukan
(2015, Julai 3). Retrieved from Takhaqoqo min Sihhati al-Hadis bi Suhulah: http://hdith.com/

Engku Ali, Engku Rabiah Adawiyah. (2013). Maqasid Syariah dan produk kewangan patuh Syariah
dalam sektor pengurusan dana Islam. Muktamar Kewangan Islam Brunei Darussalam 2013.
Brunei.

Imam Abi Hasan Ali Bin Ahmad. (2000). Asbab al-Nuzul. Dar al-Kutub ilmiah.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid;Mek Wok Mahmud;Akhtarzaite Abdul Aziz. (2012). Maqasid Al-
Syaria'ah. Selangor: IIUM Press.

12
Malaysia, J. K. (2015). Indek Syariah Malaysia:Model Tadbir Urus Berteraskan Maqasid Syariah.
Putrajaya: JAKIM.

Malaysia, M. P. (2015). Senarai sekuriti patuh Syariah. PUtrajaya: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Mat Saat Abd. Rahman. (1993). Undang-undang Jenayah Islam(Jenayah Hudud). Shah Alam: Hizbi.

Muhammad Zuhaili. (2015, Jun Khamis). Maqasid al-Syariah li huquq al-Insan. Retrieved from
http://library.islamweb.net/

Samih Abd WAhab al-Jundi. (2008). Ahammiah al-Maqasid fi al-syariah al-Islamiyah wa Atharuha fi
fahmi al-nas wa istinbadal-hukm. Beirut-Lubnan: Muasasah al-Risalah na Shirun.

Samsuddin, Muhammad bin Ahmad al-Khotib. (1994). Mughni al-Muhtaj ila makrifah Maa'ni alfaz
al-Manhaj. Dar Kutub al-Ilmiah.

Zaharuddin Abd Rahman. (2014). Fiqh Kewangan Islam Halal dan Haram dalam Sistem Jual Beli
Islam. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu. Utusan Publication&Distributors sdn
bhd.

13

You might also like