You are on page 1of 11

CTU092: SISTEM UNDANG-UNDANG SYARIAH

ASAS-ASAS SYARIAH ISLAMIAH


(ULASAN BUKU)

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH KHAIRAH BINTI ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:
THOMSILVER TOIMING (2022606136)

PENILAIAN MARKAH

PENGENALAN /2

ISI + HURAIAN /9

CADANGAN/KESIMPULAN /2

ETIKA & PROFESIONALISM /2

JUMLAH /15

Page |1
ISI KANDUNGAN
PRAKATA........................................................................................................................................3
PENGENALAN................................................................................................................................4
ULASAN: ASAS-ASAS SYARIAH ISLAMIAH.............................................................................5
PANDANGAN DAN PEMAHAMAN..............................................................................................8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN...............................................................................................9
KESIMPULAN...............................................................................................................................10
RUJUKAN......................................................................................................................................11

Page |2
PRAKATA
Salam Damai dan Salam Sejahtera. Saya telah membaca senaskah buku yang berjudul
Asas-asas Syariah Islamiah yang ditulis oleh Dr. Azhar Abdul Aziz dan Dr. Mohd Asmadi
Yakob yang memakan masa beberapa minggu. Masa yang panjang diperlukan ekoran
kesibukan saya dalam melaksanakan program Cogliex dan persediaan diri untuk menduduki
ujian pertengahan semester dari 20 hingga 24 Mac yang lepas. Dengan izin Tuhan, saya
mampu menulis dan menyiapkan tugasan ini serta memberi ulasan peribadi saya tentang
buku ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Khairah kerana telah
memberikan saya panduan untuk menyiapkan tugasan ini dan juga kepada rakan-rakan
seperjuangan kerana sudi melakukan tugasan ini bersama-sama.

Bersukacitalah dalam pengharapan,


sabarlah dalam kesesakan, dan
bertekunlah dalam doa
(THOMSILVER, 2023)

Page |3
PENGENALAN

Buku Asas-asas Syariah Islamiah ditulis oleh Dr. Azhar Abdul Aziz dan Dr. Mohd Asmadi
Yakob. Walaupun biodata dan latar belakang kedua-dua penulis ini tidak disertakan dalam
buku, namun mereka merupakan pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari di
Universiti Teknologi MARA. Buku ini telah diterbitkan dan dicetak oleh Mashi Publication
Sdn. Bhd. pada 2016.

Page |4
ULASAN: ASAS-ASAS SYARIAH ISLAMIAH
Buku ini mempunyai lapan(8) tajuk, dan setiap tajuk merangkumi aspek-aspek tertentu
dalam bidang Syariah. Berikut merupakan ringkasan daripada buku ini.
Tajuk yang pertama menerangkan tentang konsep Syariah. Syariah didefinisikan
secara umum sebagai peraturan hidup, sama ada yang diwahyukan oleh Allah SWT
ataupun yang didoktrinkan oleh akal manusia. Dari sudut Bahasa, syariah bermaksud
sumber air, jalan yang lurus, dan juga pembawaan yang jelas. Menurut ulama, makna
syariah yang digunakan dalam Al-Quran mempunyai dua maksud, iaitu secara khusus: di
mana syariah adalah perundangan yang ditetapkan oleh Allah sendiri, dan juga secara
umum: yang berarti peraturan hidup yang digubal oleh manusia atau wahyu Allaj SWT. Skop
syariah ialah mencakupi kesuluruhan isi kandungan dan aturan Islam itu sendiri.
Tajuk kedua pula menerangkan tentang Syariah dan Fiqh. Fiqh menurut bahasa bererti
paham atau tahu sesuatu. Perkataan ini berasal daripada perkataan Arab yang bererti
pemahaman secara mutlak ataupun secara mendalam, dan orang yang mengetahui sesuatu
itu disebut sebagai faqih. Tajuk ini menekankan bahawa adalah sangat penting bagi
sesorang untuk memahami ilmu fiqh bagi menganalisis dalil-dalil dari kaedah untuk
mengambil hukum daripada sumbernya, iaitu Usul al-Fiqh dan ilmu al-Qawa’id al-Faqhiyah.
Tajuk ini juga menerangkan perbezaan antara syariah dengan fiqh. Syariah adalah hukum
dan perundangan yang berebntuk amali yang diturunkan oleh Allah kepada manusia,
manakala Fiaq adalah ilmu untuk memahami hukum dan perundangan yang diturunkan oleh
Allah supaya perintah tersebut dapat dilaksanakan oleh manusia di muka bumi. Fiqh
membahagikan hukum kepada dua bahagian iaitu Hukum Wad’ie dan juga Hukum Takfili.
Hukum Wad’ie mengaitkan sesuatu aktiviti dan perkara dengan sesuatu sebab atau syarat
atau halangan. Sebagai contoh Hukum Wad’ie ialah wajib puasa Ramadan apabila telah
Nampak anak bulan. Hukum Takfili adalajh hukum yang berkaitan perkara-perkara yang
dituntu oleh syarak supaya melakukan atau meninggalkan atau memilih untuk melakukan
atau meninggalkan. Dinamakan hukum takfili kerana ada unsur tanggungjawab terhadap
manusia seperti wajib, sunat,haram, harus dan makruh.
Tajuk ketiga adalah berkaitan dengan syariah dan undang-undang. Tajuk ini
menekankan bahwa undang-undang Islam adalah ketentuan-ketentuan syariat yang yang
telah melalui proses ijtihad dan telah ditetapkan oleh badan perundangan sesebuah negara
bagi melaksanakan undang-undang tersebut. Tajuk ini juga menerangkan keperluan
manusia kepada syariah dimana manusia mempunyai akal fikiran namun akal manusia tidak
dapat dijadikan undang-undang yang mutlak kerana akal manusia adalah terhad, dan tidak
mampu menyaingi kekuasaan Allah. Undang-undang yang ditetapkan oleh Tuhan adalah
lebih sempurna berbanding undang-undang yang ditetapkan oleh manusia. Undang-undang
syariah boleh dijumpai di dalam beberapa sumber, iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijma, dan
Al-Qiyas. Al-Quran dan Al-Sunnah adalah sumber primer bagi undang-undnag Syariah,
manakala Al-Ijma dan Al-Qiyas adalah sumber sekunder. Diterangkan juga perbezaan
undang-undang Syariah dengan undang-undang manusia. Undang-undang syariah adalah
hukum yang lahir daripada Allah sendiri melalui Nabi Muhammad, manakala undang-undang
manusia adalah undang-undangyang digubal oleh kerajaan dan hanya sesuai untuk sesuatu
bangsa tertentu sahaja.
Pada tajuk yang keempat,diterangkan tentang permalahan Fiqh dalam bersuci.Tajuk ini
menerangkan kesucian dan kebersihan sesorang daripada perkara-perkara yang dianggap
kotor seperti najis, istinja, dan juga hadas. Perintah syarak mengenai bersuci terbahagi
kepada 2 jenis iaitu bersuci daripada najis dan bersuci daripada hadas. Pengertian najis
dalam istilah syarak adalah segala benda yang kotor yang menghalang daripada sahnya

Page |5
solat. Antara benda-beda yang najis adalah arak dan semua benda yang memabukkan,
anjing dan babi, bangkai, darah yang mengalir dan juga sus Binatang yang tidak memakan
dagingnya. Dinyatakan juga keadaan-keadaan najis, cara menyucikan najis dan juga jenis-
jenis najis yang dimaafkan. Hadas pula menurut istikah syarak, adalah kotoran yang wujud
secara anggapan pada anggota tubuh badan manusia yang menghalangnya daripada
sahnya ibadah solat. Hadas juga boleh diiertikan kotoran dari segi batin atau benda yang jijik
dari segi syarak. Syarak telah membahagikan hadas kepada dua bahagian, iaitu hadas kecil
dan juga hadas besar. Hadas kecil adalah kotoran secara anggapan iaitu yang berlaku
kepada tangan, muka, kaki dan kepala. Dalam erti kata lain, hadas kecil adalah apabila
seseorang itu tidak berwuduk atau hadas yang hanya menyebabkan sesorang itu wajib
berwuduk. Hadas besar pula adalah kotoran yang berlaku kepada seluruh badan yang
menghalangnya daripada sah ibadahnya. Hadas besar mewajibkan sesorang itu mandi
wajib. Istinja pula pada pada dasarnya ialah menyucikan najis yang ada pada kemaluan
selepas membuang air kecil atau air besar. Hukum istinja ialah mandi wajib, kerana semua
benda yang keluar daripada qubul atau dubur adalah najis.
Tajuk yang seterusnya ialah tajuk lima yang membincangkan tentang permasalahan
fiqh dalam berwudhuk. Definisi wudhuk ialah membasuh anggota tertentu dengan air mutlak
mengikut cara dan maksud yang tertentu. Wudhuk mempunyai rukun-rukunnya yang
dipanggil fardu, iaitu niat dalam hati untuk berwudhu, membasuh muka dengan
sempurnanya, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian daripada
kepala, membasuh dua kaki hingga ke buku lali, dan juga mengambil wudhu mengikut tertib.
Disertakan juga syarat-syarat untuk berwudhu, sunat-sunat wudhu dan juga isu-isu yang
berkaitan dengan wudhu. Tayamum juga dibincangkan di dalam tajuk ini. Tayamum
bermaksud berniat dan bersahaja dalam konteks bahasa. Dalam istilah syarak, tayamum
ialah menyapu debu ke muka dan kedua tangan mengikut syarak-syarak yang ditentukan.
Tayamum diharuskan oleh syarak untuk menggantikan wudu Ketika mengerjakan ibadah
solat. Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah ada keuzuran dalam musafor atau dalam
keadaan sakit, mengambil tayamum Ketika sudah masuk waktu solat, ada kesulitan untuk
mendapatkan air dan telah bersuci dan badan bebas dari najis sebelum melakukan
tayamum.
Tajuk yang keenam pula membincangkan tentang permasalahan fiqh dalam solat. Solat
didefinisikan di dalam bahasa sebagai doa. Tajuk ini membincangkan tentang syarat-syarat
solat iaitu seoarng muslim, baligh, berakal waras, sempurna pancaindera, suci daripada haid
dan nifas serta sampai seruan Islam; dan juga membincangkan syarat sah solat dan juga
rukuk-rukun solat. Tajuk ini juga menerangkan tentang hikmah dimana dosa yang dilakukan
dihapuskan dan juga menyempurnakan diri daripada perkara yang keji dan mungkar, serta
membersihkan jiwa dan raga. Dibincangkan juga perkara-perkara yang sunat semasa
menunaikan solat, isu-isu berkaitan solat dan juga solat sunat.
Pada tajuk yang ketujuh, dibincangkan tentang permasalahan fuqh dalam berpuasa.
Puasa adalah dimana seseorang itu tidak makan dan minum. Menurut hukum syarak, puasa
adalah menahan diri daripada makan dan minum serta menahan hawa nasfu daripada
segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam
matahari disertai dengan niat berpuasa kerana Allah Taal. Adalah wajib bagi Muslim untuk
berpuasa di bulan Ramadan. Tajuk ini membincangkan tentang syarat wajib berpuasa,
syarat sah puasa, rukun puasa: iaitu berniat pada waktu malam untuk berpuasa pada hari
esok dan juga menahan diri daripada semua perkara yang membatalkan puasa mulai terbit
fajar hingga terbenam matahari; perkara yang sunat dilakukan semasa berpuasa, perkara
yang membatalkan puasa, dan perkara yang makruh dilakukan semasa puasa.
Dibincangkan juga kefarduan ibadah puasa, dimana adalah wajib puasa Ramadan apabila

Page |6
Nampak bulan Ramadan dan wajib berbuka apabila nampak bulan Syawal; serta isu
berkaitan dengan berkatan puasa.
Seterusnya, pada tajuk yang terakhir, dibincangkan tentang etika dan adab profesional
dalam Islam. Tajuk ini membincangkan makanan aapa yang haram dan yang halal untuk
dimakan dan juga menyertakan surah-surah yang berkaitan dengan hal ini seperti surah al-
A’araf dan surah al-Ma’idah. Terdapat tiga prinsip dalam pemakanan daripada ayat-ayat
tersebut. Prinsip yang pertama ialah semua jenis haiwan yan dimakan oleh bangsa Arab di
zaman Nabi SAW di waktu mereka senang. Kemudian, prinsip yang kedua ialah segala jenis
binatang yang buas haram untuk dimakan, iaitu haiwan-haiwan yang bertaring. Prinsip yang
ketiga ialah diharamkan bagi umat Islam untuk memakan semua jenis haiwan yang
disunatkan untuk dibunuh seperti ular, kala jengking, burung gagak, burung helang, tikus,
lipas, nyamuk dan lain-lain haiwan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada badan
manusia. Dibincangkan juga hal-hak yang berkaitan pengambilan barang-barang yang boleh
mendatangkan mabuk, seperti arak dan dadah. Selepas itu, tajuk ini menyatakan tentang
adab-adab dalam pakaian dan perhiasan. Secara ringkasnya, lelaki diharamkan untuk
berpakaian seperti wanita: memakai sutera dan mengenakan perhiasan-perhiasan emas.
Wanita pula wajib untuk menutup aurat mereka pada setiap masa, dan hanya ahli keluarga
dan yang mahram denganya sahaja yang boleh melihat aurat seseorang wanita tersebut.
Seterusnya, dibincangkan tentang adab dan etika dalam pergaulan. Kerosakan pergaulan
adalah apabila berlakunya pergaulan dan percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram. Hukumnya adalah haram.

Page |7
PANDANGAN DAN PEMAHAMAN

Dalam pandangan saya, setelah membaca buku ini, saya dapat memahami asas-asas
syariah dan undang-undang Islam secara umum. Saya menjumpai bahawa isi kandungan di
dalam buku ini adalah ringkasan terhadap apa Syariah itu tersendiri, dan kuasa atau
authority serta justtifikasi undang-undang ini berdasarkan Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Qiyas
dan Al-Ijma yang disertakkan dengan ilmu Fiqh, Buku ini sangat senang untuk difahami,
tidak mengira latar belakang pembaca, dan sangat sesuai bagi meereka yang ingin
mempelajari serta menerapkan diri dalam bidang Syariah. Walaupun begitu, tidak
dinyatakan cara-cara penguatkuasaan undang-undang Syariah di dalam buku ini. Tidak ada
kes-kes yang disertakan untuk mengikustrasikan penguatkuasaan undang-undang ini dan
juga penyelesaian isu-isu yang timbul. Buku ini juga mempunyai tidak mempunyai gambar
dan juga grafik-grafik yang dapat menarik minat pembaca dan membantu mereka yang
mempunyai cara belajar visual untuk lebih mudah memahami konteks di dalam buku.

Page |8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

I. Penulis boleh menambah gambar dan illustrasi untuk membantu pembaca lebih
memahami koteks yang dibawakan serta agar buku menjadi lebih menarik untuk
dibaca.
II. Penulis boleh menyertakan kes-kes yang relevan untuk mengilustrasikan bagaimana
undang-undang Syariah dilaksanakan di dalam Malaysia dan juga di negara Islam
yang lain.
III. Penulis boleh menyertakan biodata diri di dalam buku yang ditulis agar pembaca
dapat mengenali mereka secara lebih lanjut.

Page |9
KESIMPULAN

Kesimpulannya, buku Asas-asas Syariah Islamiah dapat mudah dipahami serta penuh
dengan ilmu-ilmu asas berkaitan dengan undang-undang syariah. Saya berharap agar
rakan-rakan saya yang berminat untuk menjadi seorang peguam syariah boleh
menggunakan buku ini untuk menimba ilmu Syariah Islamiah.

P a g e | 10
RUJUKAN

Dr. Azhar Abdul Aziz, 2016., Dr. Mohd Asmadi Yakob, 2016. Asas-asas Syariah Islamiah.
Kawasan Perindustrian Mas Jaya, Batu 9 Cheras, Selangor. Mashi Publication Sdn Bhd..
2016

P a g e | 11

You might also like